e-bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/bulletin fkmp 1... ·...

15
FKMP Won Best Faculty Award 1/2018 Road to EBC EBC Base Camp EVEREST E-Bulletin E-Bulletin

Upload: ledang

Post on 07-Jun-2018

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

FKMP WonBest Faculty Award

1/2018

Road toEBCEBCBase Camp

EVEREST

E-BulletinE-Bulletin

Page 2: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

MyFKMPE-Bulletin

2018

Kand

unga

n

01

02

03

04

05

06

07

08

10

11

12

13

Dr. Eliza Binti M. Yusup (Ketua)

En Yaacub Zaki Bin Ali (Penolong Ketua)

Dr. Shahmir Hayyan Bin Sanusi

PM. Dr. Norasikin Binti Mat Isa

Dr. Haslina Binti Abdullah

Dr. Mohammad Zula�f Bin Rahim

En Mohamad Rashid Bin Kasmari

En Mohd Raminhizad Bin Abd Razaman

En Zulkhairi Bin Subari @ Rahmat

En Mahyan Bin Nasoha

SIDANGREDAKSI

PM. Dr. Shahruddin Bin Mahzan@ Mohd Zin

Penaung

Penasihat

Sidang Editor

PM. Dr. Mas Fawzi Bin Mohd Ali

E-BulletinE-Bulletin

Amanat Dekan

FKMP Awards & New Appointments

Pengerang Site Visit

CFDRI 2017

Qaseh Ramadhan FKMP 2017

Hari Raya Aidil�tri 2017

Zumba Wanita

Road to Everest

Pendakian Gunung Banang

Program Mechyfest 2017

PPM Gala Dinner

Program MyFkmp Junior 6.0

Page 3: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

manat DekanA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Allah SWT, Pencipta seluruh Alam, kerana dengan berkatnya MyFKMP E-Buletin ini dapat diterbitkan pada tahun 2018. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga Sidang Editor kerana telah bekerja keras dalam menyediakan butiran seterusnya menghasilkan E-Buletin kali ini.

Menyingkap kembali pencapaian FKMP pada tahun 2017 telah menyaksikan pelbagai kejayaan dan kenangan manis yang dikecapi oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, terutama dalam aspek pengajaran, penyelidikan dan pemban-gunan mahasiswa. Kejayaan dalam menempatkan diri dalam kelompok 300 terbaik dalam subjek “Mechanical, Manufactur-ing, Aerospace” dalam penarafan QS World Ranking telah mem-buktikan kehebatan FKMP. Walaubagaimanapun, segala kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa pengorbanan dan usaha berterusan dari semua warga fakulti. Tahniah dan syabas saya ucapkan.

Seperti yang semua sedia maklum, hasrat dan matlamat Universiti adalah untuk menghasilkan graduan professional dalam menghadapi arus revolusi IR 4.0 yang sering diperkata-kan. Justeru itu, bagi menyediakan para pelajar yang berpeng-etahuan dan berkemahiran dalam konteks seorang jurutera professional, kita sebagai warga pensyarah perlu mempelba-gaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang kreatif dan inovatif selaras dengan keperluan masa hadapan. Ini bagi membolehkan hasrat dicapai dengan kaedah yang lebih mantap dan tersusun.

Sebagai Dekan FKMP, saya berasa sungguh bertuah kerana mempunyai ramai pensyarah dan kakitangan sokongan yang sangat komited dalam menjalankan semua tugasan yang diberikan. Bagi menjamin suatu usaha yang lebih berkesan, gandingan kerja berpasukan perlu dilaksanakan dalam situasi dan persekitaran yang harmoni. Justeru itu, saya mengharap-kan agar semua ahli fakulti dapat menjalinkan hubungan kerja yang lebih erat serta bekerjasama di antara satu sama lain dengan lebih berkesan agar hasil dapat dijelmakan secara opti-mum. Saya menyeru agar kita semua dapat bergerak seiring dengan satu suara, satu harapan,bersama membentuk satu cita demi mencapai matlamat dan objektif fakulti serta merealisasi-kan impian kita untuk menjadikan FKMP sebagai satu fakulti yang cemerlang dan terbilang. Semoga semua usaha kita diberkati Allah. Amin.

Akhir kata, selamat maju jaya.

kita sebagai warga pensyarah

perlu mempelbagaikan

kaedah pembelajaran dan pengajaran yang

kreatif dan inovatif selaras

dengan arus revolusi IR 4.0

"

"

Page 4: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

E-BulletinE-Bulletin

02

FKMP: Awards & New Appointments FKMP won best faculty award

FKMP has won The Best Faculty Award for Research Graduate 2017. The award was given by UTHM Vice Chancellor during the UTHM 7th Postgraduate Hooding Ceremony in conjunction with UTHM 17th Convocation. During the event, 34 FKMP supervisors were appreciated together with 18 Phd and 36 Master graduates. This is an epitome of great achievement that can be realized only through holistic team e�ort by sta� and students of FKMP. Today is indeed a glorious day for FKMP.

Perlantikan Prof. Adjung, Pemeriksa Luar dan Panel Penasihat Industri

Tahniah!!! Sukacita dimaklumkan bahawa Perlantikan Profesor Adjung, Pemeriksa Luar dan Penasihat Industri bagi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan adalah seperti berikut:

Profesor Adjung:Tuan Syed Ja�ar Syed Ahmad (PETRONAS)

Pemeriksa Luar:YBhg. Prof. Dr. Rizalman Mamat (UMP)YBhg. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad (UKM)YBhg. Prof. Ir. Dr. Khairol Anuar Mohd. Ari�n (UPM)Prof. Madya Ir. Dr. Abdul Rahim bin Abu Talib (UPM) Panel Penasihat Industri:YBhg. Datuk Badriyah Abdul Malek (TKSU Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau)En. Zulki�ee Umar (Suruhanjaya Tenaga)

Page 5: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

E-BulletinE-Bulletin

03

Pengerang Site VisitVisit to Pengerang Cogeneration PlantTuesday, 17th of October 2017 - A delegation of 22 academic sta� from the Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering (FKMP) visited Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC)- speci�cally the Pengerang Cogeneration Plant (PCP) Project site. Traveling by bus, it took 1 hour from the nearest Aman Sari Hotel located in Bandar Penawar, to the PCP project site. The trip was considered smooth as we were escorted by one of the PCP o�cer and was arranged by the Head Project and Head Construction of the PCP Project himself, Tuan Syed Ja�ar Bin Syed Ahmad. Tuan Syed Ja�ar who has recently been appointed as an Adjunct Professor of FKMP has envisioned and planned activities between FKMP and related Petronas units throughout his tenure, which will bene�t both parties, as well as widen and strengthen the linkages between university and the industries. Upon arriving at the project site, the visitors were welcomed and given an introductory and safety brie�ng by Tuan Syed Ja�ar himself, and his team. Right after that, we were equipped with safety jackets, helmets, goggles and boots prepared by the host to be taken for a project site tour. The PCP is considered as one of the critical projects of the PIPC because it supplies electrical power and steam to the other facilities within the PIPC. Powered by natural gas (converted from LNG), the thermal power plant consists of one steam turbine, and four gas turbines with a total capacity of 1.7GW. The plant was designed and manufactured by Siemens, boasting a thermal e�ciency of 81% by utilizing co-generation and featuring latest technology. At the end of the site visit, �ve collaborative research/innovation topics were discussed. Further collaboration activities were planned. We

came to realize that all the delegations have experienced some valuable information and knowledge as well as real-life site experiences during the PCP site visit. With humble hearts, we sincerely hope that this type of direct/indirect collaboration between industry player and UTHM should continuously nourished, and bene�cial to our country.

Page 6: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

E-BulletinE-Bulletin

04

CFDRI 2017The 2nd International Conference on Computational Fluid Dynamics in Research & Industry

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,in collaboration with Prince of Songkla University (PSU) of Thailand jointly organized The 2nd International Conference on Computational Fluid Dynamics in Research & Industry (CFDRI) 2017. The conference was held at BP Samila Beach Hotel & Resort, Songkhla, Thailand on 3-4 August 2017. The conference executive committee consisted of members from the Centre for Energy and Industrial Environment Studies of UTHM, the Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering of

CFDRI received a total of 61 submissions from various countries

UTHM, the Department of Mechanical Engineering of PSU and the PSU Energy System Research Institute. CFDRI 2017

Professor Dr. Wahid bin Razzaly, and witnessed by Prince of Songkla University Vice President, the Honourable Associate Professor Dr. Perapong Tekasakul. Also present were the Dean of FKMP, Associate Professor Dr Shahruddin bin Mahzan @ Mohd Zin, and the Director of PSU Energy System Research Institute, Associate Professor Dr. Udhompon Puetpaiboon. Prior to the conference main event, CFDRI received a total of 61 submissions from various countries such as Malaysia, Thailand, United Kingdom and India. All accepted peer-reviewed papers will be published in the conference proceeding indexed by Scopus. Conference participant from PSU, was conferred with the best paper award for the conference.

Page 7: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

E-Bulletin

Program Qaseh Ramadan 2017 di FKMP FKMP BANTU GOLONG KURANG BERKEMAMPUAN

Kelab Kebajikan dan Rekreasi staf FKMP(MechClub) dan FKMP telah menganjurkan Program Qaseh Ramadan 2017 bermula 1 hingga 28 Jun yang lalu. Pogram ini diketuai oleh Dr. Reazul Haq dan Dr. Ramhuzaini dibantu oleh AJK dan pelajar yang telah dilantik untuk menyempurnakan pogram tersebut. Aktiviti pertama adalah memasak bubur lambuk secara gotong royong bagi mengukuhkan ukhuwwah dan menanamkan sifat kerjasama sesama staf fakulti telah berlangsung pada 7 Jun 2017. Semua staf FKMP bekerjasama seawal 8 pagi untuk menyediakan bahan dan memasak.Selepas zohor, bubur lambuk diedarkan kepada seluruh warga fakulti dan PTJ yang berkaitan sebagai juadah berbuka puasa. Kemuncak program Qaseh Ramadan ini adalah Majlis Iftar Perdana yang telah berlangsung pada 15 Jun 2017 di Dewan Terbuka UTHM. Antara objektif utama program ini adalah bagi memenuhi tanggungjawab sosial dalam usaha ke arah pembentukan

MAJLIS IFTAR PERDANA DI DEWAN TERBUKA UTHM

masyarakat penyayang, bersatu hati dan prihatin terhadap kebajikan setempat terutama mereka yang memerlukan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Shahruddin Mahzan, Dekan FKMP. Majlis ini telah disertai oleh hampir 500 orang terdiri daripada pelajar-pelajar asnaf daripada enam buah sekolah sekitar Parit Raja dan Batu Pahat serta muallaf sekitar Kluang. Aktiviti ziarah telah diadakan pada 20 Jun 2017 yang lalu dan telah disertai oleh warga fakulti yang bersama-sama mengedarkan sumbangan kepada 50 keluarga asnaf di sekitar Parit Raja dan Batu Pahat. Sumbangan adalah berbentuk wang tunai dan juga barang keperluan harian seperti beras, tepung, minyak masak, gula, minuman kordial dan biskut. Diharapkan program ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang bagi melaksanakan tanggungjawab sosial warga Universiti seterusnya membantu meringankan beban golongan asnaf serta dapat mengeratkan ukhuwwah dan kerjasama di kalangan warga fakulti.

E-BulletinE-Bulletin

05

Page 8: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

E-BulletinE-Bulletin

06

Hari Raya Aidil�tri MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI FKMP 2017

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil�tri FKMP ini adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi, FKMP (MechClub) sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidil�tri bersama rakan staf FKMP. Majlis ini diadakan pada 25 Julai 2017 di Foyer Bangunan Kompleks Teknologi FKMP, G2. Majlis bermula pada jam 10 pagi di mana rakan staf FKMP berkumpul dan beramah mesra sebelum pengerusi majlis memulakan aktiviti pada jam 10.30 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ucapan daripada Y.bhg Dekan FKMP, Prof. Madya Dr Shahruddin Bin Mahzan @ Mohd Zin, tayangan montaj program Mechclub sepanjang tahun, penghargaan kepada mantan pengurusan FKMP, penyampaian cenderahati kepada staf yang pindah ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dan Pusat Pengajian Diploma (PPD) di Pagoh, dan juga pemberian hadiah kepada staf yang menerima cahayamata. Majlis kemudian berakhir dengan acara kemuncak iaitu berselawat dan menikmati juadah aidil�tri bersama.

2017

Page 9: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

E-BulletinE-Bulletin

07

ZUMBAWANITA

SENAMAN AEROBIK ANJURAN MECHCLUB

Program Senaman Aerobik/Zumba Wanita anjuran MECHCLUB telah diada-kan sepanjang Semester II 2016/2017 iaitu dari Mac – Mei 2017. Program ini diketuai oleh Dr. Azmahani Sadikin sebagai Pengarah Program dengan dibantu oleh Pn. Azlin Masah selaku Timbalan Pengarah.

Program ini bertujuan untuk membu-dayakan sukan dan budaya sihat dikalangan warga universiti. Selain itu juga, program ini merupakan salah satu aktiviti riadah dalam membentuk keseimbangan ditempat bekerja. Ia juga sebagai salah satu medium untuk men-ingkatkan hubungan silaturahim diantara staf.

Program ini juga dibuat untuk menambah dana tabung MECHCLUB dengan mengenakan bayaran RM 5.00 seorang untuk penyertaan untuk satu sessi.

Sebanyak 5 sesi senamrobik telah dijalankan di pelbagai lokasi iaitu Dataran Kompleks Teknologi FKMP di Blok G2, Dewan Sultan Ismail (DSI) dan FPTP. Senamrobik ini dijalankan selama 1 jam iaitu dari 5.30 petang – 6.30 petang. Senamrobik ini telah dipimpin oleh Pn. Anim Zalina bt. Azizan dari FPTP.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga UTHM dengan penyertaan staf dari fakulti dan PTJ lain selain FKMP. Program ini juga telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 67.00 untuk tabung MECHCLUB.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program senam-robik ini.

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

Page 10: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

E-BulletinE-Bulletin

08

ROAD TOEVERESTGUNUNG KERINCI: MISI KIBARAN BENDERA UTHM 25 TAHUN

Tiga orang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) iaitu Dr. Nur Kamilah Yusuf, Dr. Mohammad Zula�f Rahim dan Dr. Nor Azali Azmir telah berjaya merealisasikan misi bagi mengibarkan bendera UTHM bersem-pena 25 Tahun penubuhan universiti ini di puncak gunung berapi aktif tertinggi di Indonesia. Misi kibaran bendera di Gunung Kerinci ini meru-pakan latihan bagi persediaan untuk ke dua misi seterusnya iaitu kibaran di puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4095m dan kem dasar tertinggi di dunia iaitu Kem Dasar Everest pada ketinggian 5364m.

Gunung Kerinci atau Puncak Indrapura adalah gunung berapi aktif tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3805m dari paras laut. Gunung Kerinci terletak di daerah Jambi sekitar 130km di sebelah selatan Padang. Gunung ini dikelilingi hutan Taman Nasional Kerinci Seblat dan merupakan habitat harimau sumatra dan badak sumatra.

Info lain tentang Gunung Kerinci:1. Merupakan gunung berapi yg masih aktif dan kali terakhir meletus pada tahun 2009.2. Gunung tertinggi di Sumatra.3. Gunung berapi tertinggi di Indonesia.4. Puncak tertinggi di Indonesia di luar Papua.

Dari Lapangan Terbang Padang kami telah bergerak ke Jambi dengan menaiki kereta menuju ke Kresik Tuo yang mengambil masa selama 8 jam perjalanan. Di Kersik Tuo, kami telah bermalam di Inap Desa Rapani sebelum memulakan pendakian pada keesokan harinya.

Dari inap desa menuju ke Pintu Rimba mengambil masa selama 45 minit dengan menaiki kereta.

Kami memulakan pendakian pada pukul 9 pagi waktu Indonesia. Ringkasan tentatif perjalanan untuk hari pertama pendakian adalah seperti di bawah ini:09.00 am: Memulakan pendakian dari Pintu Rimba09.30 am: Tiba di Pos 1 (1885m)10.00 am: Tiba di Pos 2 (2020m)11.00 am: Tiba di Pos 3 (2225m)12.00 pm: Tiba di Shelter 1 (2504m)02.00 pm: Tiba di Shelter 2 (3100m)03.00 pm: Tiba di Shelter 3 (3400m)

Hujan yang lebat dan angin yang kencang di sepanjang kami bermalam di Shelter 3 menyebab-kan keadaan menjadi terlalu sejuk sehingga suhu mencecah 3 darjah celcius.

Kami bangun seawal jam 4.30 pagi untuk makan dan bersiap-siap untuk menuju ke puncak. Cuaca pagi itu sangat sejuk dan berkabus menyebabkan pendakian puncak Gunung Kerinci menjadi sangat sukar. Hampir 90% laluannya adalah men-egak dan berdebu.

Perjalanan pendakian kami pada hari kedua dimu-lakan seperti ringkasan tentatif di bawah ini:5.30 am: Memulakan pendakian dari Shelter 3.6.30 am: Tiba di Tugu Yudha7.00 am: Tiba di Puncak Gunung Kerinci

Tepat jam 7 pagi, kami berjaya mengibarkan ben-dera UTHM di puncak Gunung Kerinci pada

ketinggian 3805m daripada aras laut. Suhu dicatatkan berada pada 1 darjah celcius selain angin bertiup kencang dan debu-debu yang berterbangan berunca daripada kawah gunung berapi seluas 400 X 120m yang berdekatan. Selain itu, kelihatan juga pemandangan indah Kota Jambi, Padang, dan Bengkulu. Di sebelah timur puncak pula kelihatan Danau Bento, iaitu paya berair jernih tertinggi di Sumatera dan di belakangnya terdapat Danau Gunung Tujuh. Kami tidak mampu bertahan lama di atas puncak apabila hujan debu berlaku. Kami kembali bergerak untuk turun ke bawah pada pukul 8 pagi. Hujan lebat kembali turun semasa kami memulakan perjalanan pada jam 1 tengahari dari Shelter 3 menyebabkan perjalanan turun ke bawah mengambil masa yang agak lama. Kami telah berjaya sampai di kaki gunung pada jam 5 petang.

Page 11: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

Tiga orang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) iaitu Dr. Nur Kamilah Yusuf, Dr. Mohammad Zula�f Rahim dan Dr. Nor Azali Azmir telah berjaya merealisasikan misi bagi mengibarkan bendera UTHM bersem-pena 25 Tahun penubuhan universiti ini di puncak gunung berapi aktif tertinggi di Indonesia. Misi kibaran bendera di Gunung Kerinci ini meru-pakan latihan bagi persediaan untuk ke dua misi seterusnya iaitu kibaran di puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4095m dan kem dasar tertinggi di dunia iaitu Kem Dasar Everest pada ketinggian 5364m.

Gunung Kerinci atau Puncak Indrapura adalah gunung berapi aktif tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3805m dari paras laut. Gunung Kerinci terletak di daerah Jambi sekitar 130km di sebelah selatan Padang. Gunung ini dikelilingi hutan Taman Nasional Kerinci Seblat dan merupakan habitat harimau sumatra dan badak sumatra.

Info lain tentang Gunung Kerinci:1. Merupakan gunung berapi yg masih aktif dan kali terakhir meletus pada tahun 2009.2. Gunung tertinggi di Sumatra.3. Gunung berapi tertinggi di Indonesia.4. Puncak tertinggi di Indonesia di luar Papua.

Dari Lapangan Terbang Padang kami telah bergerak ke Jambi dengan menaiki kereta menuju ke Kresik Tuo yang mengambil masa selama 8 jam perjalanan. Di Kersik Tuo, kami telah bermalam di Inap Desa Rapani sebelum memulakan pendakian pada keesokan harinya.

Dari inap desa menuju ke Pintu Rimba mengambil masa selama 45 minit dengan menaiki kereta.

Kami memulakan pendakian pada pukul 9 pagi waktu Indonesia. Ringkasan tentatif perjalanan untuk hari pertama pendakian adalah seperti di bawah ini:09.00 am: Memulakan pendakian dari Pintu Rimba09.30 am: Tiba di Pos 1 (1885m)10.00 am: Tiba di Pos 2 (2020m)11.00 am: Tiba di Pos 3 (2225m)12.00 pm: Tiba di Shelter 1 (2504m)02.00 pm: Tiba di Shelter 2 (3100m)03.00 pm: Tiba di Shelter 3 (3400m)

Hujan yang lebat dan angin yang kencang di sepanjang kami bermalam di Shelter 3 menyebab-kan keadaan menjadi terlalu sejuk sehingga suhu mencecah 3 darjah celcius.

Kami bangun seawal jam 4.30 pagi untuk makan dan bersiap-siap untuk menuju ke puncak. Cuaca pagi itu sangat sejuk dan berkabus menyebabkan pendakian puncak Gunung Kerinci menjadi sangat sukar. Hampir 90% laluannya adalah men-egak dan berdebu.

Perjalanan pendakian kami pada hari kedua dimu-lakan seperti ringkasan tentatif di bawah ini:5.30 am: Memulakan pendakian dari Shelter 3.6.30 am: Tiba di Tugu Yudha7.00 am: Tiba di Puncak Gunung Kerinci

Tepat jam 7 pagi, kami berjaya mengibarkan ben-dera UTHM di puncak Gunung Kerinci pada

E-BulletinE-Bulletin

09

Road to EverestGunung Kerinci: Misi Kibaran Bendera UTHM 25 Tahun

ketinggian 3805m daripada aras laut. Suhu dicatatkan berada pada 1 darjah celcius selain angin bertiup kencang dan debu-debu yang berterbangan berunca daripada kawah gunung berapi seluas 400 X 120m yang berdekatan. Selain itu, kelihatan juga pemandangan indah Kota Jambi, Padang, dan Bengkulu. Di sebelah timur puncak pula kelihatan Danau Bento, iaitu paya berair jernih tertinggi di Sumatera dan di belakangnya terdapat Danau Gunung Tujuh. Kami tidak mampu bertahan lama di atas puncak apabila hujan debu berlaku. Kami kembali bergerak untuk turun ke bawah pada pukul 8 pagi. Hujan lebat kembali turun semasa kami memulakan perjalanan pada jam 1 tengahari dari Shelter 3 menyebabkan perjalanan turun ke bawah mengambil masa yang agak lama. Kami telah berjaya sampai di kaki gunung pada jam 5 petang.

Page 12: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

E-BulletinE-Bulletin

10

Pendakian Gunung Banang

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) buat julung kalinya telah menganjurkan Program Mendaki ke Puncak Batu Pahat 2017 bertemakan “SOARING UPWARDS, SUSTAIN THE NATURE”. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan (MechClub) dan telah berlangsung pada 31 Mac 2017 di Gunung Banang. Menurut pengarah program, Dr. Nor Azali bin Azmir, Program Mendaki ke Puncak Batu Pahat 2017 ini dian-jurkan sebagai memberi ruang kepada staf FKMP untuk bergiat lebih aktif dan cergas melalui aktiviti mendaki di mana ia mampu membentuk modal insan yang jitu. Selain itu, program ini bertujuan untuk mem-beri ruang peningkatan diri serta kesedaran kepada staf akan kepentingan dan kelebihan aktiviti rekreasi seperti pendakian agar mempunyai keseimbangan dari segi intelek dan �zikal.

Rasionalnya, program ini adalah untuk menguji daya ketahanan mental, �zikal dan rohani selain mem-perkasa nilai-nilai murni dalam diri staf FKMP. Aktiviti yang dijalankan telah juga dapat menambah pengeta-huan peserta dan memberi penghayatan yang meluas akan kepentingan pemeliharaan alam semulajadi. Oleh itu, pendakian ke Gunung Banang menjadi signi�kan kepada pencapaian yang perlu dicapai oleh

Program Mendaki ke Puncak Batu Pahat 2017

staf FKMP agar bersedia dengan segala cabaran yang mendatang. Untuk info, Gunung Banang mempunyai ketinggian kira-kira 1402 kaki atau 432.38 meter. Peserta pen-dakian perlu melalui laluan berturap yang dibina oleh Telekom Malaysia (TM) untuk ke Menara Pemancar Gelombang Mikro sepanjang kira-kira 2900 meter. Program pendakian bermula di tempat berkumpul iaitu di Jalan Minyak Beku. Sebelum pen-dakian bermula, untuk tiba di tempat berkumpul, peserta perlu melalui satu jalan kecil bersebelahan rumah penduduk di kawasan tersebut. Pendakian bermula kira-kira jam 7 pagi dan para peserta telah selesai menuruni gunung kira-kira 9.30 pagi.

Secara keseluruhan, Program Mendaki ke Puncak Batu Pahat 2017 telah berjaya mencapai objektifnya dan memperlihatkan kesungguhan warga fakulti untuk turut sama menjayakan program ini. Semoga Program Mendaki ke Puncak Batu Pahat 2017 ini dapat diteruskan pada setiap tahun sebagai salah satu aktiviti utama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Mission accomplished, Syabas FKMP!

Page 13: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

E-BulletinE-Bulletin

11

PROGRAM MECHYFEST 2017

Pada 1 hingga 21 Disember 2017, Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM), dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) telah menganjurkan Festival Mechyfest 2017 yang bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI) dan Dewan Kuliah A, G3. Program ini merupakan penggabungan program – program akademik dalam suatu program besar. Ia adalah suatu kejayaan yang amat membanggakan fakulti malah ia telah dimasukkan ke dalam Sasaran Kerja Tahunan FKMP bagi tahun 2017.

Program ‘MechyFest 2017’ kali ini telah dipecahkan kepada beberapa pecahan program. Antara pecahan program ialah program akademik, pertandingan sukan, dan program islamik iaitu solat hajat dan bacaan yaasin sempena peperiksaan akhir tahun pada sesi kali ini. Rasionalnya, ‘MechyFest 2017’ kali ini, pihak kami ingin mengadakan sebuah program yang seimbang dari segi jasmani dan rohani pelajar. Turut diadakan makan malam pelajar bersama penasihat akademik (PA) bagi merapatkan ukhwah antara para pelajar dan pensyarah fakulti. Makan malam ini akan diadakan pada majlis perasmian dan majlis penutup Mechyfest. Kesinambungan dari program – program yang diadakan di bawah

program MechyFest 2017, Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) telah bekerjasama dengan beberapa persatuan/kelab seperti Pusat Islam, Rakan Masjid, Unit Penyelarasan Data HEPA FKMP, Kelab Aeronautik, Majlis Kepimpinan Pelajar Kolej Kediaman Tun Fatimah, penyelaras – penyelaras subjek Reka Bentuk, Keusahawanan, Mechanics of Machine, Creativity and Innovation, Masjid UTHM, Kelab Robotik Mekanikal dan Mekatronik (KROMME), Pejabat OSHE dan MechClub.

Aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program ini adalah Bengkel Multimedia, Futsal MechyFest, Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin, Majlis Perasmian MechyFest, Oil and Gas Career Fair, Mechypreneur, Innovator X, CREX-PRO, Mechanics of Machine, King of Foodies, Majlis Restu Ilmu, Career Fair, Combat Robot, Bengkel Fire�ghting, OSHE DAY dan Majlis Anugerah Pelajar dan Staf (MAPS).

Page 14: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

E-BulletinE-Bulletin

12

GALADINNERANJURAN PPM

Pada 9 Disember 2017 yang lalu, Persatuan Pelajar Mekanikal telah menganjurkan malam penghar-gaan buat julung kalinya bertempat di Dewan Ban-quet, Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Program PPM Gala Dinner - Apprecia-tion of Triennium Wonders ini bermatlamat untuk mengukuhkan hubungan antara pelajar, alumni dan pensyarah serta menghargai usaha sama pensyarah dan kepimpinan Persatuan Pelajar Mekanikal dalam menganjurkan pelbagai program sepanjang pen-gajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Program ini berjaya mengumpulkan kepimpinan Persatuan Pelajar Mekanikal dari sesi 2014/2015 sehingga ke sesi 2016/2017. Seramai 120 orang jem-putan hadir ke majlis penghargaan PPM Gala Dinner - Appreciation of Triennium Wonders ini.

Program pada malam tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan pembukaan majlis daripada jemputan Yg. Bhg. Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Prof Madya Dr. Shahruddin Bin Mahzan @ Mohd. Zin seterusnya diteruskan dengan tayangan video montaj yang meliputi pelbagai kenangan, kejayaan serta program-program yang telah dijayakan oleh Persatuan Pelajar Mekanikal sejak sesi 2014/2015. Kehadiran alumni, pensyarah serta ahli jawa-tankuasa Persatuan Pelajar Mekanikal yang dijem-put menyerikan lagi majlis makan malan pada hari tersebut.

Sepanjang program berlangsung, beberapa persembahan pelajar telah diselingkan semasa makan malam. Suatu majlis penyampaian sijil peng-hargaan kepada Jawatankuasa Persatuan Pelajar Mekanikal Sesi 2016/2017 yang dipimpin oleh Saudari Jacquelyne Anne Boudeville juga turut diadakan. Majlis pada malam tersebut diakhiri dengan sesi fotogra� dan pertukaran hadiah antara

para jemputan. Semoga Persatuan Pelajar Mekani-kal terus membanggakan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan serta Universiti Tun Hus-sein Onn Malaysia dengan pelbagai usaha serta program yang memberikan manfaat kepada pen-ganjur dan pesertanya.

Page 15: E-Bulletin - mech.uthm.edu.mymech.uthm.edu.my/v1/sites/default/files/webform/Bulletin FKMP 1... · Akhir kata, selamat maju jaya. kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagaikan

E-BulletinE-Bulletin

13

Program MyFKMP Junior 6.0

01 Latar belakangPada 10 hingga 11 September 2017, Pihak Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM UTHM) telah berjaya menganjurkan Program MyFKMP Junior 6.0 buat julung kalinya. Program yang bertempat di Dewan Kuliah A, G3 ini bersifat “curiousity” di mana

pelajar-pelajar baru diberi peluang untuk mengenali Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) dengan lebih dekat. Oleh hal yang demikian, program yang berlangsung selama dua hari ini telah banyak memberi impak kepada mahasiswa/i baru Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam mengenal dunia kejuruteraan.

02 Aktiviti Program yang telah berlang-sung selama dua hari diisi dengan pelbagai aktiviti anta-ranya adalah Taklimat sistem Akademik & OBE, sesi bersama HEPA dan PPM, Tour FKMP, Entrepreneur@FKMP dan lain-lain.

03 Malam Gala

Acara kemuncak adalah Majlis makan malam yang dianjurkan PPM. Antara VIP yang dapat menghadirkan diri adalah Dekan FKMP, Prof. Madya Dr. Shahrud-din Bin Mahzan @ Mohd. Zin dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pela-

jar (HEPA), Prof. Madya Dr. Mohd. Zamani Bin Ngali. Selain itu, beberapa orang pensyarah seperti Dr. Azlis Sani dan Dr. Yusni juga hadir bagi memeriahkan majlis makan malam ini.

04 FaedahProgram ini memberi pendeda-han kepada pelajar-pelajar baru tentang perjalanan fakulti sepanjang tahun. Di samping itu, program ini juga dapat merapatkan silaturrahim antara pelajar dan staf.