e-fm - science.utm.my · symposium closing ceremony. 12 june 2018 submission of hard cover project...
TRANSCRIPT
e-FM J A B ATA N S A I N S M AT E M AT I K U T M
e-FM18.02
S h a z i r a w a t i
T o k I t a m
S i s K e k w a t
H a z z i r a h
H a n g S e e P h e n g
Taufiq
Z a r i n a
fauzi
Sekiranya anda
mempunyai artikel
menarik yang ingin
dikongsikan, sila emel-
kan kepada:
SIDANG
REDAKSI
e-FM
Tahniah!
PM Dr. Norma Alias telah menerima anugerah Distinguished
Women in Mathematical Sciences daripada Venus International Women Awards. Maklumat lanjut: http://viwa.info/
BERITA DAN MAKLUMAN
Lantikan Task Force (TF):
TF The Stem Mentor Mentee Award. Tarikh kuat-
kuasa: 1 Januari 2018 sehingga selesai. Ahli TF: Dr.
Shariffah Suhaila, PM Dr. Normah, PM Dr. Nor
Muhainiah, Tn. Hj. Hamisan, Dr. Anati, Dr. Farhana,
Dr. Faridah, Dr. Fuaada, Dr. Norazlina, Dr. Nur Arina
Bazilah, Dr. Syarifah Zyurina, Dr. Shazirawati, En. Wan
Rohaizad, Pn. Wan Rukaida, Dr. Yeak, Dr. Zaiton, Dr.
Zaitul Marlizawati, dan Dr. Zuhaila.
TF Program Bersama Novelis-Alumni Fakulti Sains.
Tarikh kuatkuasa: 11 Januari 2018 sehingga selesai.
Ahli TF daripada JSM: PM Dr. Nor Muhainiah Mohd
Ali (Ketua), Dr. Nur Arina Bazilah Aziz, Dr. Shazirawati
Mohd Puzi, dan Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah.
TF Bengkel Introduction to Business Intelligence and
Analytics, JSM. Tarikh kuatkuasa: 22 Februari 2018
sehingga selesai. Ahli TF: Dr. Muhammad Fauzee
Hamdan, Dr. Farhana Johar, Dr. Arifah Bahar, Dr. Zai-
tul Marlizawati Zainuddin, Dr. Norazlina Ismail, Dr.
Norhaiza Ahmad dan Dr. Hang See Pheng.
TF Program Persiapan Kerjaya Alaf 21. Tarikh kuat-
kuasa: 28 Februari 2018 sehingga selesai. Ahli TF: Dr.
Fong Wan Heng, Dr. Farhana Johar, Dr. Amidora
Idris, En. Wan Rohaizad Wan Ibrahim, Pn. Halijah
Osman dan Tn. Hj. Che Lokman Jaafar.
1/4
PSM 2: IMPORTANT DATE 14 May 2018
Submission of abstract, spiral binding project
report (thesis), proceeding & log book.
23 - 24 May 2018 Symposium.
28 May 2018 Symposium closing ceremony.
12 June 2018 Submission of hard cover project report, 1 cd of
project report & proceeding.
TARIKH TARIK DIRI KURSUS
Tarikh akhir tarik diri kursus bagi semester II 2017/2018 ialah pada 5 April 2018. Semua pen-syarah diminta untuk memaklumkan markah Ujian 1, Kuiz atau Tugasan kepada pelajar sebelum tarikh tersebut supaya pelajar dapat membuat keputusan samada untuk terus atau menarik diri dari kursus tersebut.
Staf Menghadiri Bengkel/Seminar/Kursus.
7th Passage to ASEAN (P2A) Partners' Meeting,
28-30 Januari 2018, bertempat di UTM Kuala
Lumpur. Staf terlibat: Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin. Beliau telah menyam-
paikan ceramah 30 minit yang bertajuk "Fore-sighting the Trends for
Internationalisation of Higher Education in ASEAN Countries : Enhancing
Competitiveness".
3rd International Conference on Mathematical Sciences and Statistics
(ICMSS2018), 6-8 Februari 2018 bertempat di Le Méridien Putrajaya. Staf
terlibat: PM Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali.
Bengkel Strategic CEE, 9-11 Februari 2018, bertempat di Hotel Royale
Chulan, Seremban. Staf terlibat: Prof. Dr. Norsarahaida S. Amin dan PM
Dr. Yudariah Mohd Yusof.
Bengkel Survey Research: Methods and Analysis, 12-13 Februari 2018,
bertempat di Makmal 15, Fakulti Komputer dan Sains Matematik, UiTM
Shah Alam. Staf terlibat: Dr. Nur Arina Bazilah Aziz dan Dr. Syarifah Zyuri-
na Nordin.
Eurasia Higher Education Summit 2018 (EURIE2018), 13-16 Februari 2018,
bertempat di Istanbul, Turki. Staf terlibat: Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin.
Beliau telah menyampaikan pembentangan beliau bertajuk "New Player
in International Education: Malaysia".
Prepared by: Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim & Dr. Hang See Pheng
Assalamualaikum dan
salam sejahtera.
Isteri Tok Itam ziarah ka-
wan beliau. Rumah banglo.
Punyalah besar rumah be-
liau, cerita isteri Tok Itam. Dahlah besar, dia
besarkan lagi rumah tu sebesar rumah yang
sedia ada.
Tok Itam : ‘Dia kerja apa?’
Isteri TI : ‘Kerja pegawai. Suami perunding
kejuruteraan awam’.
Tok Itam : ‘Patutlah. Jurutera awam kerjanya
membina, mentaliti bina’.
Kami pergi pula melawat seorang kawan
lama. Punyalah cantiknya hiasan dalaman
rumah dan laman beliau. Hiasan dalaman
dan lanskap taman yang layak masuk maja-
lah Anjung Seri.
Tok Itam : ‘Tak hairanlah. Suami dia ahli lan-
skap, mentaliti melanskap.’
Tok Itam berbual pula dengan kawan Tok
Itam, seorang jurutera mekanikal. Dia pakai
kereta BMW tahun 1998. Kereta lama dengan
enjin single Vanos kata beliau. Panjang lebar
cerita beliau tentang kehebatan enjin Vanos,
single Vanos dan double Vanos. Tok Itam
hanya mampu dengar dan mengangguk. Nak
tanya tak reti, nak bagi komen pun tak reti.
Beliau kata ramai kawan-kawan dia juga ju-
rutera mekanikal macam beliau yang pakai
BMW yang dikuasai oleh enjin Vanos. Tak
hairanlah. Mereka ini jurutera mekanikal.
Engin berkuasa tinggi mainan mereka. Be-
gitulah pada hemat Tok Itam, minat
seseorang dipengaruhi oleh bidang yang
diterokai.
Isteri TI : ‘Jadi, orang matematik ni apa
pulak ek?’’
Tok Itam : ‘Optimum’.
Untuk makluman, optimum bermakna maksi-
mum atau minimum. Optimum Tok Itam
adalah perbelanjaan minimum tetapi dapa-
tannya hampir sebaik perbelanjaan maksi-
mum. Rugilah kalau perbelanjaan maksimum
tetapi dapatannya sebaik perbelanjaan mini-
mum.
Tok Itam
2/4
SERIES 2 : ACADEMIA IN 4IR
The modification of industrial systems in order to get in line with the
emerging Fourth Industrial Revolutions (4IR) indirectly implicates the
need for the transformation of existing education ecosys-
tems. Realizing this desideratum, the World Economic Forum's Sys-
tem Initiative on Shaping the Future of Education, Gender and Work
conducted a Dialogue Series in 2016, where one of their main objec-
tives was to determine the key features of a future-ready education
ecosystem. It was highlighted that there are three main interconnect-
ing features which affect the development and deployment of talents;
First, the rapid increment in the pace of change in job creation and
destruction caused by technology and globalization which shifts the
business models in all sectors. Second, static and under-invested edu-
cation and training systems which are inadequate for the first feature.
Third, outdated but prevailing cultural norms and institutional stagna-
tion create roadblocks to the improvement of any sectors.
Academia's Role in 4IR
With the rapid evolving technology, academia is trusted to be the
vanguard in producing the future-ready employees with the skills and
education needed to succeed in the 4IR. Universities, as the center of
research and education have crucial role especially in the develop-
ment of new technologies, in the engagement with the broader con-
sequences of 4IR and in the education of the next generation in order
to produce highly skilled workforce to deal with the challenges of
4IR.
Every academia in each area has an important role in catalyzing the
4IR and characterizing its impact so that the implementation of suita-
ble method of educations and the invention of new technologies can
be done. The new technologies described here are not only useful in
the daily life but can also assist in the transformation of the education
itself. As example, in the former area, mathematicians and physicists
can collaborate to expand their knowledge in number theory and
quantum mechanics to create inputs for the development of quantum
computing. Then, in latter area, engineers and inventors can use the
input to create new technologies. Hence, the development of the new
technologies involves multidisciplinary researchers without leaving
behind the knowledge of fundamental sciences. Moreover, the new
technologies can be applied in transforming the curriculum of the
fundamental sciences courses so that they are no longer static and
suitable for the current needs.
The University of the Future
Jeschke, 2016 highlighted that the challenges of future teaching and
learning must be turned into opportunities for change. In the World
Economic Forum, she had some suggestions for universities in the
future development of curriculum, which are revealed in the figure
below:
The graduates in universities are facing the challenge of world trans-
formation by 4IR where multidisciplinary skills and creativities will be
needed to deal with uncertainties in the future career. It is expected
that the growth of artificial intelligence the automation technology
will be able to replace some of the existing jobs of people in the world
within next 20 years (ILO, 2016). Therefore, the universities graduates
should be prepared by the universities to increase their professional
value and playing new roles in the the era of 4IR.
References :
1. White Paper. World Economic Forum's System Initiative on Shaping
the Future of Education, Gender and Work. January 2017.
2. www.weforum.org
3. Jeschke, S. Engineering Education for Industry 4.0, 2016.
4. ASEAN in Transformation. How Technology is Changing Jobs and
Enterprises. Geneva, ILO, 2016
Next Series : Science and Technology in 4IR
4IR SERIES
AKTIVITI BERGAMBAR
1. Bengkel FRGS (UTMCIAM) diadakan pada 4 Februari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat UTM-CIAM. Staf yang terlibat
adalah Prof. Dr. Zainal Abdul Aziz sebagai fasilitator, Dr. Arifah Bahar, Dr. Haliza Abd Rahman dan Pn. Noraslinda Mohd
Ismail sebagai wakil STAM-RG manakala Dr. Zaitul Marlizawati Zainuddin, PM Dr. Rohanin Ahmad, Dr. Rashidah Ahmad,
Dr. Nur Arina Bazilah Aziz, Dr. Farhana Johar, dan Dr. Hang See Pheng sebagai wakil RGMO.
2. Bengkel FRGS (Applied Algebra & Analysis Group) juga diadakan pada 4 Februari 2018 bertempat di C22 301. Staf yang
terlibat adalah PM Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali, Dr. Fong Wan Heng dan Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim.
3. Bengkel FRGS (Climate Change Group) diadakan pada 8 Februari 2018 bertempat di Makmal Komputer 2 C22. Staf yang
terlibat adalah PM Dr. Fadhilah Yusof (fasilitator), Dr. Ani Shabri, Dr. Norazlina Ismail, Dr. Shariffah Suhaila dan Dr. Nor
Haiza Ahmad.
BENGKEL PENYEDIAAN RESEARCH PROPOSAL FRGS
Tarikh: 9 Februari 2018. Tempat: SEMSAS Kuantan.
Staf terlibat: Tn. Hj. Hamisan Rahmat.
Program Pengukuhan Matematik
Tambahan SPM
Tarikh: 22-24 Februari 2018, Tempat: PWTC KL.
Staf terlibat: Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin
dan Dr. Syarifah Zyurina Nordin.
STEM MENTOR MENTEE AWARD
2018, MTE 2018
Tarikh: 10 Februari 2018
Tempat: SMK Taman Nusajaya
Program melibatkan 81 orang pelajar Ting. 4 dan 5, SMK Taman Nusajaya
Staf terlibat: Tn. Hj. Hamisan Rahmat, Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin, Dr.
Shazirawati Mohd Puzi, Dr. Amidora Idris, Dr. Norazlina Ismail, Dr. Fuaada
Mohd Siam, Dr. Farhana Johar, Dr. Zaiton Mat Isa, Pn. Wan Rukaida Wan
Abdullah, Dr. Muhammad Fauzee Hamdan dan En. Wan Rohaizad Wan
Ibrahim.
Program Pengukuhan Matematik Tambahan - Persamaan Kuadratik
Tarikh: 25 Februari 2018
Tempat: Perpustakaan UTM
Anjuran: FS, Perpustakaan UTM dan UTMAlumni
Staf terlibat/hadir: PM Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali (Pengarah Program), Dr.
Nur Arina Bazilah Aziz, Dr. Shazirawati Mohd Puzi, En. Wan Rohaizad Wan
Ibrahim, Dr. Anati Ali, dan Prof. Dr. Zainal Abd Aziz.
Santai Bersama Novelis Nia Azalea (Alumni FS)
3/4
e-FM diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM
Yeay! Semester baharu kini bermula. Walaupun agak
lambat bermula gara-gara raya 1 Malaysia, tetapi ianya tetap
datang dengan semangat baru. Sebelum memulakan kelas, pen-
syarah sempat berbincang bagaimana nak handle class supaya
lebih menarik minat pelajar dalam kuliah. Kita tidak mahu pelajar
sekadar menghafal tetapi juga perlu faham konsep. Jika soalan
ditanya dari pelbagai cara pun, faham konsep, maka akan mem-
bantu dalam menjawab soalan dengan baik. Itulah matematik.
Contoh mudah adalah sifir. Sis ada ternampak sebelum
ini berkenaan dengan teknik-teknik untuk menghafal sifir. Bukan
konsep yang diajar. Tetapi bagaimana untuk tulis sifir tanpa per-
lu hafal. Teruja juga nak belajar ilmu baru sebab selama ini Sis
mewajibkan anak Sis untuk hafal sifir setelah mereka tahu apa
maksud sifir itu. Contohnya, jika menghafal sifir 3, murid faham
bahawa mereka membuat penambahan tiga-tiga iaitu 3, 6, 9, 12
dan seterusnya. Bermaksud 4 kali buat penambahan 3 akan sama
dengan 12 (4x3=12). Dah faham konsep, bolehlah hafal sahaja
untuk lebih cepat menjawab.
Tetapi Sis ada tertonton satu video
yang di share di Facebook. Seorang anak
kecil, melukis 9 petak yang sama seperti
rajah ini. Apa yang ditunjukkan adalah
bagaimana nak buat sifir 2, 4, 6, dan 8 be-
dasarkan kepada nombor yang tertulis di
petak itu (kena HAFAL pula petak ni!). Make
sense. Cuma tak pasti jika sifir 3, 5, 7 (tidak
ditunjukkan). Persoalannya adalah dari mana konsep petak-petak
ini? Sis tidak la arif. Jika cikgu membuat kuiz jawab pantas, be-
rapa masa yang boleh dijawab utk soalan 3x7?
Mungkin boleh sama-sama kita fikirkan kerana generasi
inilah yang akan berhadapan dengan Sis dan rakan kelak sewak-
tu di universiti. Hanya hafal, jawab betul, OK? Sekarang pun, ka-
mi sudah menerima impaknya. (-1) kuasa dua pun perlu tekan
kalkulator. Sis akui generasi sekarang ini sangat mahir dengan
kalkulator, tetapi sejauh mana ya daya otak kita berfikir se-
canggih kalkulator yang ada?
Sis mendapat pertanyaan dari seorang pelajar semasa
mengajar subjek yang perlukan kalkulator utk mengira. Sebagai
contoh mudah, pelajar diminta mengira nilai function f jika
x = -1 bagi f(x)=x2+3.
“Dr, kenapa ya boleh ada jawapan 2, dan kira lain ada
jawapan 4 pulak?”
Tekan kalkulator tanpa ilmu begitulah soalannya. Jika kita tahu
konsep persamaan kuadratik, insyaAllah tiada soalan sebegitu.
Di kelas subjek yang lain pula.
Sis: “Ok. Apa jawapan untuk 2/0 ?”
Pelajar 1: “infinity!”-yakin nya…
Pelajar 2: “math error!” (buntal mata Sis dengar jawapan ini)
Pelajar 3: “Takda jawapan!”
Pelajar 4: “tulis..math error!”
Sis: “Ok. Kamu pelajar matematik ya. Apa maksud infinity?
Apa pula maksud math error or takda jawpan tu?”
Tersengih-sengih sahaja semuanya. Sekali lagi, konsep di mana?
Itu belum lagi teknik darab sisi (tak pasti apa namanya,
tapi ini masuk akal kerana perlukan sifir juga), teknik darab guna
garis-garis panjang yang mana persilangan garisan-garisan ini
akan diambil sebagai jawapan. Whoa! Pelajar tak perlu sifir! Tapi,
mengira la kome dengan berapa banyak titik persilangan itu.
Apapun semua teknik ini perlu diperhalusi. Tidak dinafi-
kan ianya membantu sesetengah murid. Tetapi perlulah diterap-
kan konsep terlebih dahulu. Bagaimana ia bermula dan kenapa.
Semua perlu jawapan supaya mereka faham apa yang mereka
belajar. Murid-murid sekarang adalah generasi yang bakal kita
hadap akan datang. Begitulah yang cuba Sis terapkan dalam
pembelajaran kini. Walaupun masih old school, tapi Sis dan
rakan-rakan kenalah belajar dan terus belajar. Fuhh…mencabar
dan semakin tercabar!
Semester baharu,
Pemahaman pelajar pula
bagaimana?
4/4
Capacity: 30 + 1 (instructor)
Two-sides projectors
Long dry-glass-erase writing boards
Tables suitable for teams of six
Connectors from team devices table to projectors
For reservation and rental rates, kindly refer HERE.
Computer Lab 2 is now open
for use! ■ A Collaborative Computer Lab ■ Active Learning Space