e-proceeding of the 4th world … · web viewsegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua,...

23
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 ANALISIS FAKTOR PENGELUARAN BAGI SEKTOR PEKEBUN KECIL GETAH DI MALAYSIA Norlee Ramli , Fathin Faizah Said, Oswatun Samat, Khairi Ismail Faculty of Economics and Management,Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] , [email protected] , [email protected] , khairiismail88 @yahoo.com ABSTRAK Pengeluaran getah asli di Malaysia dimonopoli oleh sektor pekebun kecil di mana ianya menyumbang sebanyak 94.6% daripada jumlah pengeluaran getah asli Negara. Industri getah merupakan salah satu komoditi utama yang menyumbang kepada pendapatan negara dengan 2.6% daripada jumlah keseluruhan eksport yang bernilai melebihi 20 billion ringgit setahun. Berdasarkan kepentingannya kepada ekonomi negara, kajian ini menyelidik beberapa input utama yang memberi kesan kepada pengeluaran getah dalam sektor pekebun kecil getah di semua negeri di seluruh Malaysia. 3 jenis input utama iaitu penggunaan buruh, keluasan tanah dan kepatuhan amalan agronomi dikaji secara mendalam dengan melihat kesan penggunaannya terhadap jumlah pengeluaran. Berdasarkan teori fungsi pengeluaran, aplikasi analisis regresi berganda (OLS) digunakan untuk menguji hubungan setiap jenis input kepada hasil pengeluaran di mana data Tinjauan Lembaga Getah pada tahun 2014 oleh Lembaga Getah Malaysia digunapakai. Analisis kajian mendapati 96% hasil pengeluaran getah adalah diterangkan oleh pembolehubah tak bersandar yang terdiri daripada buruh, keluasan kebun, merumpai dan membaja di mana keluasan tanah dan pematuhan amalan agronomi memberikan kesan positif terhadap hasil pengeluaran getah manakala penggunaan buruh yang tidak cekap memberikan kesan negatif terhadap hasil pengeluaran getah. Kata Kunci : Pekebun Kecil Getah, Analisis Regressi Berganda(OLS), Fungi Pengeluaran, Amalan Agronomi --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017). (E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized By https://Worldconferences.Net Page 199

Upload: vodat

Post on 18-May-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

ANALISIS FAKTOR PENGELUARAN BAGI SEKTOR PEKEBUN KECIL GETAH DI MALAYSIA

Norlee Ramli, Fathin Faizah Said, Oswatun Samat, Khairi Ismail Faculty of Economics and Management,Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected], [email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK

Pengeluaran getah asli di Malaysia dimonopoli oleh sektor pekebun kecil di mana ianya menyumbang sebanyak 94.6% daripada jumlah pengeluaran getah asli Negara. Industri getah merupakan salah satu komoditi utama yang menyumbang kepada pendapatan negara dengan 2.6% daripada jumlah keseluruhan eksport yang bernilai melebihi 20 billion ringgit setahun. Berdasarkan kepentingannya kepada ekonomi negara, kajian ini menyelidik beberapa input utama yang memberi kesan kepada pengeluaran getah dalam sektor pekebun kecil getah di semua negeri di seluruh Malaysia. 3 jenis input utama iaitu penggunaan buruh, keluasan tanah dan kepatuhan amalan agronomi dikaji secara mendalam dengan melihat kesan penggunaannya terhadap jumlah pengeluaran. Berdasarkan teori fungsi pengeluaran, aplikasi analisis regresi berganda (OLS) digunakan untuk menguji hubungan setiap jenis input kepada hasil pengeluaran di mana data Tinjauan Lembaga Getah pada tahun 2014 oleh Lembaga Getah Malaysia digunapakai. Analisis kajian mendapati 96% hasil pengeluaran getah adalah diterangkan oleh pembolehubah tak bersandar yang terdiri daripada buruh, keluasan kebun, merumpai dan membaja di mana keluasan tanah dan pematuhan amalan agronomi memberikan kesan positif terhadap hasil pengeluaran getah manakala penggunaan buruh yang tidak cekap memberikan kesan negatif terhadap hasil pengeluaran getah.

Kata Kunci : Pekebun Kecil Getah, Analisis Regressi Berganda(OLS), Fungi Pengeluaran, Amalan Agronomi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengenalan

Getah asli merupakan salah satu komoditi utama yang menyumbang kepada pendapatan negara. Bermula pada tahun 1870an penanaman pokok getah secara besar-besaran meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Sektor pekebun kecil merupakan sektor utama dalam industri getah yang menghasilkan 94.6% daripada pengeluaran getah asli negara. Sektor ini turut menyumbang sebanyak 2.6% daripada jumlah eksport iaitu melebihi 20 billion ringgit. Sektor pekebun kecil memainkan peranan penting sebagai pengeluar getah asli terbesar di Malaysia. Sesebuah kebun kecil getah ditakrifkan sebagai semua kawasan, bersambungan atau berpecah-pecah, dengan keluasan kurang daripada 40.47 hektar (100 ekar), ditanam dengan sesuatu tanaman atau di

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 199

Page 2: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

mana penanaman tanaman tersebut dibenarkan dan di bawah satu hak milik yang sah (Lembaga Getah Malaysia).

Pemilikan kawasan penanaman tersebut adalah dibenarkan samada kepada pengusaha individu atau di bawah rancangan agensi kerajaan. Lazimnya kebun kecil getah yang dimiliki pengusaha individu tidak tersusun dari segi kaedah pengurusan dan pengoperasian. Manakala kebun kecil getah yang tersusun merupakan kawasan penanaman di bawah rancangan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (FELCRA), Rancangan Tanah Kerajaan Persekutuan, dan Rancangan Tanah Kerajaan Negeri (Jabatan Perangkaan Malaysia 2010). Agensi-agensi pelaksana seperti FELDA, FELCRA, Mini Estet RISDA, TSK (Tanam Semula Komersil, LIGS serta perbadanan kemajuan negeri turut menyokong pekebun perseorangan dengan menyalurkan bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, peralatan pertanian dan lain-lain bagi memastikan kelangsungan sektor ini pada masa akan datang.

Sejak penanaman getah diperkenalkan, jumlah kawasan penanaman pokok getah pekebun kecil adalah lebih luas berbanding sektor estet. Pada tahun 2014, terdapat 342,180 buah kebun getah di seluruh Malaysia, meliputi kawasan seluas 946,553 hektar. Manakala mengikut laporan perangkaan getah tahunan bagi tahun 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 185 buah estet di Malaysia dengan jumlah keluasan merangkumi 49,740 hektar. Kedua-dua sektor getah ini telah menunjukkan tren penurunan yang ketara bagi jumlah keseluruhan kawasan penanaman getah di seluruh Negara.

Rajah 1 di bawah menunjukkan jumlah keluasan dalam hekta bagi kebun getah muda dan kebun getah dewasa bagi setiap negeri. Getah muda merupakan definasi bagi pokok getah bermula dari yang baru ditanam sehingga pokok getah yang sudah boleh dibuka toreh tetapi belum dibuka toreh. Bagi getah dewasa pula majoriti pokok getah telah dibuka toreh sehingga kerja-kerja penorehan sedang dijalankan di panel BI-1. (termasuk yang telah berhenti ditoreh tetapi berhenti pada panel berkenaan). Kawasan bagi kebun getah dewasa meliputi 218,221 hektar manakala keluasan bagi kebun getah muda pula adalah sebanyak 120,286.37 hektar. Kelantan merupakan negeri di Semanjung yang memiliki jumlah luas kawasan kebun getah terbesar iaitu 54,116 hektar manakala Sabah bagi negeri di Malaysia Timur seluas 57,075 hektar.

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 200

Page 3: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Johor

Melaka

N.Sembilan

Selan

gor

Pahan

g

Teren

gganu

Kelantan

Perak

Kedah

Perlis

P Pinang

Sabah

Saraw

ak0.00

10,000.00

20,000.00

30,000.00

40,000.00

50,000.00

60,000.00

MudaDewasaJumlah

Jumlah Luas Kawasan Getah Setiap Negeri

Hekt

a

Rajah 1: Luas kawasan kebun getah muda dan kebun getah dewasa di setiap negeri

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh sektor ini ialah berlakunya perpindahan guna tanah untuk tujuan selain daripada penanaman pokok getah. Pada tahun 2010, dilaporkan telah berlaku pengurangan kawasan penanaman pokok getah sebanyak 26.04% menjadikan jumlah keluasan sebanyak 0.97 juta hektar berbanding 1.31 juta hektar pada tahun 2000 (Rafain 2012). Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan tanah bagi tujuan pertanian pada tahun 1987-2012 (dari Jamal Othman 2014).

Jadual 1: Perbezaan keluasan tanah bagi jenis tanaman berlainan pada 1987 dan 2012

Jenis tanaman

1987 2012

Luas kawasan Peratusan penggunaan tanah pertanian (%)

Luas kawasan Peratusan penggunaan tanah pertanian (%)

Getah 1881.3 29.4 1041.5 13.2

Kelapa sawit 1640.2 25.7 5076.9 64.5

Kelapa 320.6 5 112 1.4

Koko 370 5.8 21.7 0.28

Padi 644.8 10.1 684.5 8.7

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 201

Page 4: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Sumber: Jabatan Statistik Malaysia, 1985 – 2012 (Jamal Othman 2014)

Sektor ini turut menghadapi isu kecekapan dalam pengeluaran. Ini disebabkan kekangan dari segi keluasan setiap kebun yang kecil, iaitu kurang dari 2 hektar setiap satu (LGM) menyebabkan penyerapan pengetahuan dan penggunaan teknologi di kalangan pekebun adalah perlahan. Sektor ini juga menghadapi isu kekurangan tenaga kerja yang merupakan salah satu input utama sebagai faktor pengeluaran. Pada tahun 1999 jumlah pekerja dalam sektor ini adalah sebanyak 35,299 orang tetapi bilangan ini telah jatuh sebanyak 70.4 peratus menjadikan jumlah pekerja sebanyak 10,450 orang pada tahun 2009. Antara faktor penyebab kepada pengurangan jumlah pekerja ialah peralihan tenaga kerja kepada sektor kelapa sawit (Jamal Othman 2014).

Tren Pengeluaran

Sektor pekebun kecil merupakan sektor utama dalam industri getah negara. Pada tahun 2011, sektor ini menghasilkan 94.6% daripada pengeluaran getah asli negara, bersamaan dengan 0.99 juta tan. Jumlah keluasan penanaman pokok getah adalah sebanyak 958,000.58 hektar, meliputi 93.7% kawasan penanaman di seluruh negara (Laporan LGM 2014). Perbandingan jumlah pengeluaran di antara sektor ini dengan penanaman estet dapat dilihat dalam Rajah 2 yang menunjukkan perbezaan besar dari hasil pengeluaran. Berbanding estet, hasil pengeluaran sektor pekebun kecil tidak konsisten disebabkan oleh kecenderungan untuk turun menoreh di kalangan pekebun yang ditentukan oleh perubahan harga getah (Rafain 2012).

Penawaran insentif, program dan bantuan pertanian dari agensi pelaksana seperti FELDA, FELCRA, Mini Estet RISDA, TSK (Tanam Semula Komersil, LIGS serta perbadanan kemajuan negeri membuktikan kepentingan sektor ini kepada pembangunan ekonomi Malaysia (Bissonnette 2017).

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 202

Page 5: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Rajah 2: Jumlah pengeluaran getah asli bagi sektor pekebun kecil dan sektor estet.

Walaupun sektor ini merupakan pengeluar terbesar getah asli, namun tren pengeluaran menunjukkan penghasilan getah yang menurun. Rajah 3 menggambarkan tingkat pengeluaran getah sektor ini pada tahun 2004 hingga 2014.

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014

('000 metrik tan)

Rajah 3: Pengeluaran getah oleh sektor pekebun kecil dari 2004 hingga 2014

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 203

Page 6: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Punca utama berlakunya penurunan dalam pengeluaran getah adalah disebabkan oleh pengurangan jumlah kawasan penanaman getah itu sendiri di mana tanaman getah ditukarkan kepada tanaman yang lain. Kuantiti dan kualiti pengeluaran susu getah bergantung kepada kesesuaian klon (Rabiah, Mohd. Fairuz Fazli & Kamarozaman 2015), jenis tanah (Zahidin, Noordin & Zulkefly 2017) dan keadaan muka bumi (Ismail 1984). Agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan RISDA membekalkan klon-klon yang bersesuaian kepada pekebun bagi mengoptimumkan hasil pengeluaran. Tetapi produktiviti yang ditunjukkan dalam sektor ini jauh berbeza daripada potensi produktiviti sebenar klon-klon getah yang telah disyorkan (Zulkefly et al. 2010).

Selain daripada itu, terdapat juga faktor lain seperti kawasan kebun dewasa yang tidak bertoreh yang menjejaskan produktiviti pengeluaran getah asli di Malaysia. Kaji selidik yang dilakukan mendapati kebun getah dewasa bertoreh merangkumi 62% dari keseluruhan kebun dan 36% merupakan kebun dewasa muda manakala terdapat juga 2% yang terdiri dari kebun dewasa tidak bertoreh. Negeri Kedah dan Sabah pula memiliki kawasan penanaman getah mudah yang lebih luas daripada kawasan penanaman getah dewasa iaitu masing-masing merangkumi 53% dan 54% daripada jumlah keseluruhan kawasan peneneman getah. Rajah 4 di bawah menunjukkan jumlah keluasan kebun dewasa di setiap negeri yang tidak ditoreh iaitu meliputi kawasan seluas 6,958.30 hekta di mana majoriti kebun yang tidak bertoreh ini, iaitu sebanyak 4,094 kebun (75%) didapati di negeri Sarawak yang melibatkan keluasan 5,410.89 hekta.

Johor

Melaka

N.Sembilan

Selan

gor

Pahan

g

Teren

gganu

Kelantan

Perak

Kedah

Perlis

P Pinang

Sabah

Saraw

ak0

50100150200250300350400450500

51.28

107.53

346.78

13.56

95.451.08

88.74102.47

192.09

3.42 7.11

487.95

5410.89

Luas Kebun Getah Dewasa Tak Bertoreh (Hekta)

Rajah 4: Keluasan bagi kebun getah dewasa yang tidak bertoreh di setiap negeri

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan kebun dewasa yang tidak bertoreh dan memberi kesan kepada jumlah pengeluaran getah seperti:

i. Tiada tenaga kerja di sesetengah kebun menyebabkan kebun dibiarkan tidak bertorehii. Kedudukan kebun yang berada jauh dari kediaman pekebun kecil menyebabkan masalah

kenderaan.

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 204

Page 7: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

iii. Sesetengah pekebun kecil mempunyai pekerjaan utama yang lain. iv. Terdapat beberapa masalah seperti kebun-kebun yang sudah tidak produktif, pokok getah

yang sudah tua, keadaan kulit pokok getah yang telah rosak dan tidak boleh lagi ditoreh, banyak pokok getah yang mati, pokok getah yang diserang pelbagai penyakit dan terbiar tanpa dirawat.

v. Segelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka.

vi. Pokok-pokok getah yang sudah tua dan tidak lagi mampu mengeluarkan susu getah perlu ditebang dan penanaman semula anak pokok getah perlu dilakukan. Oleh itu terdapat beberapa kebun getah yang sedang dalam perancangan untuk penanaman semula pokok getah baru.

Selain daripada keluasan kawasan penanaman, kecekapan buruh dalam sektor pekebun kecil juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan tingkat pengeluaran yang tinggi. Terdapat seramai 36,627 orang pekerja upahan telah di upahkan untuk bekerja di kebun-kebun getah di mana sebanyak 89% merupakan pekerja tempatan dan 10% terdiri dari orang asing yang merupakan warga Indonesia, Bangladesh, India, Kemboja, Thailand, Burma, Myanmar, Nepal dan Cina. Rajah 5 di bawah menunjukkan bilangan buruh yang terdiri daripada buruh tempatan dan buruh asing yang bekerja di sektor pekebun kecil getah bagi setiap negeri.

Johor

Melaka

N.Sembilan

Selan

gor

Pahan

g

Teren

gganu

Kelantan

Perak

Kedah

Perlis

P Pinang

Sabah

Saraw

ak0

1000

2000

3000

4000

5000

6000

7000

8000

9000

AsingTempatan

Rajah 5: Jumlah buruh tempatan dan buruh asing di setiap negeri.

Terdapat beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi pengeluaran getah bagi sektor pekebun kecil terutamanya amalan agronomi seperti membaja dan merumpai. Didapati 41% kebun membaja mengikut syor dan 15% kebun membaja tidak ikut syor. Terdapat 42% kebun yang tidak pernah dibaja bagi satu tahun kebelakang di mana negeri Sabah dan Sarawak mempunyai bilangan kebun yang banyak sekali dalam kategori ini, iaitu 15,061 dan 21,653 kebun masing-masing. Rajah 6

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 205

Page 8: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

menunjukkan jumlah pekebun kecil yang membaja mengikut cara yang disyorkan, tidak mengikut cara yang disyorkan dan tidak pernah membaja kebun yang diusahakan.

Johor

Melaka

N.Sembilan

Selan

gor

Pahan

g

Teren

gganu

Kelantan

Perak

Kedah

Perlis

P Pinang

Sabah

Saraw

ak

Jumlah0

10,000

20,000

30,000

40,000

50,000

60,000

70,000

80,000

BISBTISTPM

BIS= Baja Ikut Syor, BTIS= Baja Tak Ikut Syor, TPM= Tak Pernah Membaja

Bilangan Kebun

Rajah 6: Pembajaan yang mengikut syor, tidak mengikut syor dan tidak pernah membaja.

Begitu juga dengan amalan kawalan rumpai yang terbahagi kepada 3 kaedah. Rajah 7 di bawah menunjukkan bilangan kebun yang menggunakan kaedah kawalan rumpai secara Kimia dan Manual iaitu sebanyak 43%, diikuti dengan Manual sahaja (37%) dan Kimia sahaja (18%).

Johor

Melaka

N.Sembilan

Selan

gor

Pahan

g

Teren

gganu

Kelantan

PerakKed

ahPerl

is

P PinangSab

ah

Saraw

ak

Jumlah0

10,000

20,000

30,000

40,000

50,000

60,000

70,000

Kimia&ManualKimiaManual

Bilangan Kebun

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 206

Page 9: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Rajah 7: Kawalan rumpai dengan kaedah Kimia dan Manual, Kimia sahaja dan Manual sahaja

Manakala Rajah 8 pula menunjukkan kekerapan merumpai yang dilaksanakan oleh pekebun kecil getah di mana sebanyak 46% kebun dirumpai sebanyak 2 kali, 30% kebun dirumpai sebanyak 3 kali dan lebih, dan 21% sekali sahaja dalam setahun.

Johor

Melaka

N.Sembilan

Selan

gor

Pahan

g

Teren

gganu

Kelantan

Perak

Kedah

Perlis

P Pinang

Sabah

Saraw

ak0

2,0004,000

6,0008,000

10,00012,000

14,000

16,00018,000

1 Kali2 Kali3 Kali&Lebih

Kekerapan Meracun

Bila

ngan

Keb

un

Rajah 8: Kekerapan meracun dalam setahun bagi setiap negeri

Analisis Kajian

Kajian ini bertujuan menganalisis beberapa input utama yang memberi kesan kepada pengeluaran getah dalam sektor pekebun kecil getah di semua negeri di seluruh Malaysia. 3 jenis input utama iaitu penggunaan buruh, keluasan tanah dan kepatuhan amalan agronomi dikaji secara mendalam dengan melihat kesan penggunaannya terhadap jumlah pengeluaran getah. Kajian ini menggunakan data Tinjauan Lembaga Getah yang dibuat pada tahun 2014 yang diperoleh daripada Lembaga Getah Malaysia. Berdasarkan teori pengeluaran, kecekapan penggunaan input pengeluaran dianalisis bagi membandingkan penggunaannya dengan hasil pengeluaran. Analisis regrasi berganda (OLS) telah digunakan untuk menguji hubungan setiap jenis input kepada hasil pengeluaran. Bilangan buruh, produktiviti tanah dan dua amalan agronomi iaitu membaja dan merumpai diuji bagi melihat kesannya kepada pengeluaran getah di seluruh Malaysia.

Teori Pengeluaran

Proses pengeluaran melibatkan penggunaan input atau faktor pengeluaran kepada output. Lazimnya input terbahagi kepada tiga kategori iaitu modal, buruh dan bahan mentah. Input modal terdiri dari tanah, bangunan dan peralatan, input buruh adalah perkhidmatan berasaskan sumber manusia, dan input bahan mentah adalah seperti penggunaan bahan utama dalam proses pengeluaran. Proses

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 207

Page 10: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

pengeluaran dirumuskan sebagai suatu fungsi pengeluaran untuk menggambarkan jumlah input yang digunakan bagi menghasilkan kuantiti output yang maksimum. Fungsi pengeluaran asas bagi dua input asas; buruh dan modal adalah seperti berikut:

q = f (L,K).

di mana q ialah jumlah unit output yang terhasil menggunakan L unit input buruh dan K unit input modal. Ahli ekonomi kemudiannya memperluaskan penggunaan setiap fungsi pengeluaran dengan menambah input lain selain buruh dan modal. Hamermesh (1984) menerangkan, dengan menggunakan sejumlah faktor pengeluaran tertentu (Xt) telah memperoleh fungsi pengeluaran umum untuk sesebuah industri seperti berikut:

Q = f(X1,…,Xn), dengan f’ > 0 dan f” < 0.

Fungsi pengeluaran tersebut juga boleh diaplikasi dalam industri pertanian dengan kombinasi penggunaan input modal, pekerja, dan faktor-faktor lain yang digunakan seperti bahan kimia, baja dan sebagainya (Rosine 1974) dinyatakan dalam bentuk persamaan seperti di bawah:

Q = F (A,L,K,C)

Dengan

Q = Hasil pengeluaran

A = tanah,

L = buruh,

K = input operasi (bahan kimia, baja, minyak dsb.), dan

C = modal kapital (mesin, bangunan dsb.).

Kajian ini mengaplikasi fungsi pengeluaran Rosine (1974) dengan mengambilkira amalan agronomi iaitu merumpai dan membaja sebagai input operasi dalam proses pengeluaran. Memandangkan pemilikan dalam sektor pekebun kecil adalah hak individu maka ia tidak diambilkira sebagai input pengeluaran.

Input pengeluaran dalam sektor pekebun kecil adalah sama tetapi tingkat produktiviti penggunaan input yang membezakan hasil pengeluaran. Pengiraan produktiviti bagi setiap input dinilai berdasarkan pengukuran seperti berikut:

Kecekapan buruh dinilai berdasarkan jumlah buruh yang terlibat dalam proses memotong, memproses dan menjual getah, samada dalam bentuk lateks atau keping berbanding jumlah pengeluaran;

Kecekapan penggunaan tanah dinilai mengikut keluasan tanah (hektar) dan dibandingkan dengan jumlah pengeluaran;

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 208

Page 11: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Teknologi dinilai berdasarkan amalan agronomi yang terdiri dari aktiviti membaja dan merumpai mengikut saranan agensi; dan

Jumlah pengeluaran ialah jumlah keseluruhan kutipan dan jualan getah, dalam bentuk lateks atau keping. Jumlah pengeluaran dinilai berdasarkan jumlah berat (kilogram)

Amalan Merumpai

Rumpai ialah tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh di kawasan kebun dan menjejaskan pertumbuhan pokok getah. Lazimnya rumpai bersaing untuk mendapatkan cahaya, zat, air dan nutrien di kawasan pertumbuhan pokok getah. Rumpai yang tidak dikawal boleh membantutkan tumbesaran pokok getah serta melambatkan pokok getah mencapai kematangan. Pekebun lazimnya merumpai bagi memudahkan kerja membaja dan mengawal serangan penyakit pokok getah.

Kekerapan merumpai bergantung kepada umur pokok getah. Semasa pokok berumur 0-4 tahun, pekebun perlu merumpai 3-4 kali setahun. Apabila pokok mencecah umur 5-7, pekebun perlu merumpai sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Kebun getah yang mencapai umur 8 tahun ke atas hanya perlu dirumpai sekurang-kurangnya sekali setahun (Ramli 2012). Kebun yang diselanggara dengan baik menghasilkan pokok getah yang sihat dan besar, yang menjamin hasil pengeluaran lateks. Hubungan kekerapan merumpai dengan tingkat pengeluaran digambarkan di dalam Rajah 2. Kepentingan merumpai terbukti memberi kesan kepada hasil pengeluaran.

Amalan Membaja

Pertumbuhan pokok getah boleh dikategorikan kepada dua iaitu pokok muda dan pokok dewasa. Kedua-dua kategori ini bergantung kepada jenis baja dan jadual pembajaan yang berbeza. Pokok muda misalnya perlu dibaja 13 kali sehingga mencapai umur dewasa dan boleh ditoreh (Mohd. Fauzi 2014). Pokok dewasa pula perlu dibaja setahun sekali sepanjang hayatnya kecuali 3 tahun sebelum ditebang untuk penanaman semula (Wan Noordin 1991). Pembajaan merupakan elemen penting bagi memastikan sumber nutrien yang betul dan mencukupi bagi tumbesaran pokok getah (Said 2005). Pembajaan yang sempurna dapat meningkatkan pengeluaran susu getah, merangsang pemulihan kulit baru selepas ditoreh, menguatkan sistem pertahanan daripada serangan penyakit daun, dan mempercepatkan kanopi di antara pokok agar menghasilkan naungan yang mengurangkan pertumbuhan rumpai. Kekurangan baja membantutkan pertumbuhan pokok, seterusnya menjejaskan kuantiti susu getah. Penggunaan baja yang berlebihan pula menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan pokok yang berpotensi untuk patah seterusnya merosakkan keadaan pokok.

Kajian-kajian lepas telah membuktikan kepentingan aktiviti pembajaan kepada kualiti pokok dan susu getah (lihat Wan Noordin 1991). Namun kajian yang menguji aktiviti pembajaan kepada hasil pengeluaran getah masih kurang dijalankan terutama dalam sektor pekebun kecil di Malaysia. Kajian-kajian lepas lebih terarah kepada aspek teknikal dan saintifik seperti menguji keberkesanan kaedah

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 209

Page 12: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

pembajaan kepada kesesuaian jenis tanah dan klon (Zahidin, Noordin & Zulkefly 2017), kepadatan kebun getah (Shima, & Kheong 2008) atau tumbesaran pokok getah (Salisu, Daud & Ahmad 2013).

Amalan Agronomi

Amalan agronomi yang baik merangkumi sistem pengurusan kebun yang mengikuti saranan-saranan pertanian yang diberikan oleh agensi kerajaan untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Amalan agronomi yang baik bergantung kepada setiap pekebun bagi memastikan persekitaran kebun bersih dari tumbuhan yang merosakkan pokok getah. Pekebun yang mengamalkan penjagaan kebun mampu mencapai tingkat produktiviti sehingga 2,000/hektar setahun (Zainuddin 2014).

Pengawalan rumpai dan pembajaan merupakan amalan berterusan yang mesti dilakukan oleh pekebun sepanjang tempoh penanaman dan penorehan. Kedua-dua amalan tersebut perlu dilakukan pada tempoh masa yang sama bagi memastikan impak yang optimum. Sebelum membaja misalnya pekebun perlu meracun dan membersihkan persekitaran kebun. Kawasan di sekitar pokok perlu dibersihkan daripada semak dan rumpai bagi memastikan baja yang ditabur diserap oleh pokok (LGM 2010).

Keputusan Kajian dan Perbincangan

Jadual 2 di bawah adalah merupakan keputusan kajian yang diperolehi daripada model yang dianggarkan menggunakan analisis regresi berganda di mana pembolehubah bersandar adalah merupakan jumlah pengeluaran getah dan pembolehubah tak bersandar yang terdiri daripada amalan membaja, meracun rumpai, keluasan kebun getah dan jumlah buruh yang terlibat dengan sektor pekebun kecil getah.

Jadual 2: Keputusan analisis regresi bergandaANOVAa

Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.

1 Regression 1603914139.049 4 400978534.762 26.891 .000b

Residual 119291489.178 8 14911436.147

Total 1723205628.227 12

a. Dependent Variable: Jumlah_pengeluaranb. Predictors: (Constant), Membaja, Merumpai, Luas_kebun, Buruh

Coefficientsa

Model Unstandardized Coefficients Standardized Coefficients

t Sig.

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 210

Page 13: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

B Std. Error Beta

1 (Constant) -1341.909 2542.062 -.528 .612

Buruh -3.573 1.123 -.792 -3.181 .013

Luas_kebun .001 .000 1.579 6.985 .000

Mrumpai -1240.226 3011.641 -.039 -.412 .691

Membaja 2052.127 2765.438 .089 .742 .479

a. Dependent Variable: Jumlah_pengeluaran

Daripada Jadual 2 di atas, hasil analisis regresi berganda telah menunjukkan;

i) R2 = 0.96 menunjukkan 96% perubahan (variasi) dalam pembolehubah bersandar (hasil pengeluaran) diterangkan oleh pembolehubah bebas seperti buruh, luas kebun, merumpai dan membaja.

ii) B1= -3.573 adalah bermaksud penurunan 1 orang buruh akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 3.573 kg dengan andaian faktor lain adalah tetap (iaitu sigfikan).

iii) B2 = 0.001 menunjukkan peningkatan 1 hektar tanah akan meningkatkan hasil pengeluaran sebanyak 0.001 kg dan ianya adalah signfikan.

iv) B3 = -1240 bermakna wujudnya perbezaan hasil pengeluaran sebanyak 1240kg antara amalan merumpai dengan tidak merumpai.

v) B4 = 2052 menunjukkan wujudnya perbezaan sebanyak 2052kg hasil pengeluaran antara amalan membaja mengikut standard yang disyorkan dengan yang tidak mengikut standard yang telah ditetapkan. Hasil yang lebih banyak diperolehi sekiranya amalan membaja dilakukan mengikut standard yang telah disyorkan.

Cadangan dan Saranan

i) Bagi mengatasi masalah buruh dan menambah hasil pengeluaran, penggunaan teknologi penorehan terkini dan amalan pertanian yang baik perlu dipertingkatkan. Teknologi penorehan terkini dapat menjimatkan tenaga buruh manakala amalan pertanian yang lebih mesra alam kepada penoreh dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti susu getah yang diperolehi. Usaha pemindahan teknologi secara terus kepada pekebun kecil melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), projek- projek khas, aktiviti promosi dan khidmat nasihat dan kajirunding perlu dipertingkatkan oleh agensi-agensi pelaksana.

ii) Mini estet diwujudkan hasil dari gabungan kebun-kebun kecil merupakan satu langkah yang cekap bagi meningkatkan produktiviti pekebun- pekebun kecil di mana agensi-agensi kerajaan dapat memantau perkembangan tanaman pokok getah berada pada tahap kualiti yang tinggi dengan memastikan benih getah yang tahan penyakit, mengeluarkan susu getah yang banyak, amalan agronomi yang mengikut piawaian yang ditetapkan serta pemindahan teknologi yang lebih cekap dan berkesan.

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 211

Page 14: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

iii) Mencipta peluang pendidikan kepada keluarga pekebun kecil memandangkan pendidikan merupakan salah satu elemen penting dalam peningkatan taraf sosio-ekonomi pekebun kecil getah. Usaha yang telah dilakukan oleh RISDA merupakan contoh terbaik di mana Kolej RISDA telah melahirkan ramai anak-anak pekebun kecil yang berpendidikan tinggi yang mana pengukuhan asas ekonomi dapat memastikan kelangsungan industri getah agar terus maju dan membangun secara mampan diperingkat antarabangsa.

iv) Peningkatan dalam kemajuan teknologi melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dipergiatkan oleh agensi-agensi yang terlibat seperti Lembaga Getah Malaysia, FELDA, FELCRA, LIGS dan Jabatan Pertanian bagi membantu menyelesaikan banyak pemasalahan di peringkat huluan dan hiliran industri getah dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan getah Negara.

Kesimpulan

Kajian ini munggunakan aplikasi analisis regrasi berganda (OLS) untuk menguji hubungan setiap jenis input kepada hasil pengeluaran di mana berdasarkan teori pengeluaran, kecekapan penggunaan input pengeluaran iaitu bilangan buruh, produktiviti tanah dan dua amalan agronomi iaitu membaja dan merumpai dianalisis bagi membandingkan kesan dan penggunaannya dengan hasil pengeluaran getah di seluruh Malaysia. Analisis dilakukan menggunakan data Tinjauan Lembaga Getah yang dibuat pada tahun 2014 oleh Lembaga Getah Malaysia. Hasil analisis menunjukkan 96% hasil pengeluaran getah adalah diterangkan oleh pembolehubah tak bersandar yang terdiri daripada buruh, keluasan kebun, merumpai dan membaja. Keputusan regresi juga mendapati peningkatan 1 hektar tanah akan membawa kepada peningkatan hasil pengeluaran sebanyak 0.001 kg manakala terdapatnya perbezaan hasil pengeluaran sebanyak 1240kg antara amalan merumpai dengan tidak merumpai. Hasil yang lebih banyak diperolehi sekiranya amalan membaja dilakukan mengikut standard yang telah disyorkan di mana wujudnya perbezaan sebanyak 2052kg hasil pengeluaran antara amalan membaja mengikut standard yang disyorkan dengan yang tidak mengikut standard yang telah ditetapkan.

Secara keseluruhannya dapatan kajian ini mendapati keluasan kawasan penanaman dan amalan agronomi memberi kesan terhadap hasil pengeluaran tetapi tidak bagi input buruh. Kajian ini mencadangkan supaya kemahiran dan kualiti di kalangan pekebun kecil getah perlu diper

tingkatkan agar ianya memberi kesan positif terhadap hasil pengeluaran getah negara.

Rujukan

Hamermesh, D. S. 1986. The demand for labor in the long run. Handbook of Labor Economics,. doi:10.1016/S1573-4463(86)01011-8

Ismail, A. Y. 1984. Pemilihan Klon Mengikut Enviromaks. Getah Asli, 2, 11–13.

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 212

Page 15: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Perangkaan Getah Tahunan. ISSN 1823-0938.

LGM. 2010. Pembajaan Tanaman Getah Dewasa. Lembaga Getah Malaysia.

Mohd. Fauzi, M. Y. 2014. Pembajaan Pokok Getah. Sains & Teknologi, Lembaga Getah Malaysia.

Othman, J. & Jafari, Y. 2014. Selected issues in the Malaysian agricultural sector. Jurnal Ekonomi Malaysia, 48(2), 127–136.

Perangkaan Getah Tahunan Malaysia 2010. 2010. Jabatan Perangkaan Malaysia.

Perangkaan Tanaman Getah Malaysia. 2014. Jabatan Perangkaan Malaysia. doi:10.1017/CBO9781107415324.004

Rabiah, M. Y., Mohd. Fairuz Fazli, M. I. & Kamarozaman, I. 2015. Kajian Perbandingan Keluaran Hasil (GTT) Klon RRIM 2014, RRIM 2015, RRIM 2024 DAN RRIM 2025 di Ladang Hutan Getah, Rriminis Lakai, Negeri Sembilan. Sains & Teknologi, Lembaga Getah Malaysia.

Rafain Ahuar, Z. D. & M. N. M. 2012. Membina Senario Masa Hadapan Industri Getah Malaysia : Road Map dan Pemacu Utama Industri Building of the Future Scenario of Malaysian Rubber Industry : Identifying the Road. Prosiding Perkem Vii, Jilid 1, 1, 27–43.

Ramli, O. 2012. Ke arah pengeluaran hasil tinggi melalui amalan pertanian baik. Lembaga Getah Malaysia.

Rosine, J. & Helmberger, P. 1974. A Neoclassical Analysis of the U. S. Farm Sector, 1948-1970. American Journal of Agricultural …, 56(4), 717–729. doi:10.2307/1239301

Said, M. A. M. 2005. Harvesting the yield targeted. Malaysian Rubber Board, Procedings.

Salisu, M., Daud, N. & Ahmad, I. 2013. Influence of fertilizer rates and soil series on growth performance of natural rubber (Hevea brasiliensis) latex timber clones. Australian Journal of Crop Science, 7(13), 1998–2004.

Shima, N. & Kheong, Y. F. 2008. A Study of Fertilizer Requirement for Rubber Forest. eminar Perladangan Hutan Getah Kebangsaan, Kuala Lumpur, 13-14 Nov. 2008,. Lembaga Getah Malaysia.

Wan Noordin, W. D. 1991. Khasiat membaja. Lembaga Getah Malaysia, 12–17.

Zahidin, R. M., Noordin, W. D. W. A. N. & Zulkefly, S. 2017. The effect of soil series and fertilizer rates on the growth of RRIM 3001. Journal of Rubber Research, 20(1), 43–57.

Zainuddin, R. Transformasi Komuniti Orang Asli Melalui Amalan Pertanian yang Baik (GAP) Tanaman Getah di Negeri Melaka. , Sains & Teknologi 47–51 (2014). Lembaga Getah Malaysia.

Zulkefly, S., Khairul Ashraf, A., Shima, N., Akbar, M., A, G. S. . & Ikhsan Mashuri. 2010. Ke Arah Pengeluaran Hasil Tinggi Melalui Amalan Pertanian Baik dan Teknologi Penuaian Latek. Seminar Pemindahan Teknologi Kebangsaan, Akademi Hevea Valaysia, Stesen Penyelidikan RRIM Sungai Buloh, 12 October 2010.,.

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 213

Page 16: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD … · Web viewSegelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 214