e4800 programmable logic controllers unit10

Upload: adamwaiz

Post on 18-Jul-2015

1.702 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Uploaded from Google Docs

TRANSCRIPT

E4800 / UNIT 10 / 1 ___________________________________________________________________

UNIT 10

PEMILIHAN DAN PENYELENGGARAAN PLC

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM Menerangkan perkara-perkara penting yang perlu di ambil kira semasa membuat pemilihan penggunaan PLC. Mengenal pasti jenis-jenis kerosakan dan gangguan pada PLC dan cara-cara membuat penyelenggaraan.

OBJEKTIF KHUSUS Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat : Membuat pemilihan yang betul terhadap kapasiti input/output, jenis input/ output, saiz ingatan, jenis bahasa pengaturcaraan dan perkembangan sistem automasi masa depan apabila anda merancang untuk menggunakan PLC. Mengetahui jenis-jenis kerosakan luaran dan dalaman PLC. Membuat penyelenggaraan pencegahan dan baikpulih PLC.

E4800 / UNIT 10 / 2 ___________________________________________________________________

INPUT10.0 PENGENALAN Satu sistem kawalan PLC yang baik adalah terhasil dari segi pemilihan spesifikasi PLC dan penyelenggaraan yang tepat dan betul.

10.1

KAPASITI INPUT DAN OUTPUT PLC mempunyai berbagai nilai kapasiti Input dan Output. Kapasiti bermaksud bilangan terminal sambungan yang terdapat pada Unit Input dan Unit Output. Seseorang pengguna perlu memilih nilai kapasiti Input dan Output bersesuaian dengan kerja yang akan di lakukan oleh PLC supaya terminal sambungan Input dan Output mencukupi. Jadual 10.1 menunjukkan beberapa nilai Kapasiti Input dan Output.

10.2

JENIS INPUT DAN OUTPUT Seperti yang anda telah pelajari pada 10.1, PLC juga mempunyai berbagai jenis Input dan Output. Sebelum anda menggunakan PLC untuk mengawal sesuatu kerja, anda perlu memastikan jenis bekalan yang akan di sambungkan kepada Unit Input samada AC ataupun DC. Anda sama sekali tidak di benarkan untuk menyambung bekalan AC kepada unit Input DC dan sebaliknya .Manakala untuk mengawal peranti keluaran pada penyuisan biasa, anda perlu menggunakan Output jenis RELAY dan untuk penyuisan yang cepat maka anda perlu menggunakan Output jenis TRANSISTOR manakala untuk penyuisan pada voltan tinggi maka Output jenis AC di perlukan. Jenis-jenis Input dan Output yang telah diterangkan di atas adalah seperti yang terdapat pada Jadual 10.1.

E4800 / UNIT 10 / 3 ___________________________________________________________________

10.3

SAIZ INGATAN Saiz ingatan sesuatu PLC adalah merujuk kepada keupayaan ruang menyimpan aturcara di dalam sistem ingatan PLC anda. Jadual 10.2 menunjukkan beberapa saiz ingatan mengikut jenis CPUnya.

10.4

JENIS BAHASA PENGATURCARAAN Setiap PLC mempunyai bahasa pengaturcaraannya sendiri. Oleh itu anda perlu berhati-hati sebelum membangunkan sesuatu aturcara PLC. Jenis-jenis bahasa pengaturcaraan telah anda pelajari dalam UNIT 4 . Untuk pengetahuan anda Rajah Tangga merupakan bahasa pengaturcaraan yang sangat popular digunakan masa kini.

Rajah Tangga merupakan bahasa pengaturcaraan yang popular digunakan masa kini.

10.5

PERKEMBANGAN SISTEM MASA DEPAN Sistem kawalan di industri masa kini sedang mengalami perubahan dari kawalan tradisional kepada kawalan automasi di mana PLC merupakan agen utama sistem pengautomasian ini. Anda perlu peka kepada fenomena ini kerana buat masa kini banyak industri telah melaksanakan sistem kawalan berteraskan pengautomasian seperti Flexible Manufacturing System ( FMS ) dan Computer Intergrated Manufacturing ( CIM ). Pemilihan penggunaan PLC juga perlu melihat kepada keperluan masa depan industri supaya penggunaan PLC tidak merugikan industri berkenaan.

E4800 / UNIT 10 / 4 ___________________________________________________________________

10.6

SOKONGAN DAN BACKUP Sistem kawalan automasi diindustri memerlukan unit sokongan dan backup bagi menjalankan sistem kawalan yang sedia ada jika berlaku kerosakan . Disinilah peranan PLC sebagai unit sokongan dan backup kerana sambungannya yang mudah dan cepat . Kelewatan menggantikan sistem kawalan yang menghadapi kerosakan akan menyebabkan industri mengalami kerugian.

JENIS DC Input AC Input JENIS Relay Output

Units Transistor Output CQM1-OD211 CQM1-OD212 Units CQM1-OD213 CQM1-OD214 CQM1-OD215 AC Output Unit CQM1-OD221

UNIT INPUT NO. MODEL KAPASITI CQM1-ID211 8 points CQM1-ID212 16 points CQM1-ID213 32 points CQM1- IA121 8 points CQM1-IA221 8 points UNIT OUTPUT NO.MODEL KAPASITI CQM1-OC211 8 points CQM1-OC222 16 points 8 points 16 points 32 points 16 points 8 points 8 points

Jadual 10.1 : Spesifikasi Unit Input / Output

No. Model CQM1-CPU11-E CQM1-CPU21-E CQM1-CPU41-E CQM1-CPU42-E

Saiz Ingatan 3.2 K-word Program Memory 1K-word Data Memory

E4800 / UNIT 10 / 5 ___________________________________________________________________

CQM1-CPU43-E CQM1-CPU44-E

7.2 K-word Program Memory 6K-word Data Memory

Jadual 10.2 : Spesifikasi Unit CPU

AKTIVITI 10a

JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT

E4800 / UNIT 10 / 6 ___________________________________________________________________

1.1

Nyatakan TIGA perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membuat perancangan keatas penggunaan PLC ?

anda

1.2 1.3

Terangkan perbezaan diantara Output jenis Relay dan Output jenis Transistor Mengapakah anda perlu mengetahui jenis bahasa pengaturcaraan sebelum anda menggunakan PLC ?

Bandingkan jawapan kamu dengan jawapan di ruangan MAKLUMBALAS AKTIVITI.

MAKLUMBALAS 10a

JAWAPAN 1.1

E4800 / UNIT 10 / 7 ___________________________________________________________________

TIGA perkara penting yang perlu diambil kira sebelum saya membuat perancangan keatas penggunaan PLC ialah : 1. Kapasiti Input dan Output 2. Jenis Input dan Output 3. Saiz Ingatan JAWAPAN 1.2 Perbezaan di antara Output jenis Relay dan Output jenis Transistor ialah dari segi penyuisannya di mana Output Jenis Relay untuk penyuisan biasa dan Output Jenis Transistor untuk penyuisan yang cepat.

JAWAPAN 1.3 Saya perlu mengetahui jenis bahasa pengaturcaraan sebelum menggunakan PLC ialah kerana setiap PLC mempunyai bahasa pengaturcaanya yang tersendiri.

INPUT10.7 KEROSAKAN PERALATAN INPUT DAN OUTPUT ( SENSOR DAN ACTUATOR ) Daripada kajian yang telah di buat di dapati 60% - 80% kerosakan dalam

E4800 / UNIT 10 / 8 ___________________________________________________________________

sistem kawalan automasi kebiasaannya berlaku disebabkan oleh peralatan Input dan Output. Kemungkinan kerosakan ini adalah di sebabkan oleh perkara berikut : Sensor pada silinder berubah daripada kedudukan asal. Sensor terbakar di sebabkan oleh lebihan arus. Sesentuh dalaman sensor terputus. Gelung motor atau injap solenoid terbakar di sebabkan oleh lebihan arus.

10.8

KEROSAKAN PENDAWAIAN Kerosakan pendawaian yang berlaku di dalam sistem kawalan PLC kemungkinan di sebabkan oleh perkara-parkara berikut : Pengalir di dalam kabel terputus. Kelonggaran pada skru-skru peralatan, terminal Input dan Output. Pengalir mengalami proses pengoksidan.

10.9

KEROSAKAN SAMBUNGAN KOMUNIKASI Kerosakan sambungan komunikasi yang berlaku di dalam sistem kawalan PLC kemungkinan di sebabkan oleh perkara-parkara berikut : Pengalir di dalam kabel komunikasi terputus.

E4800 / UNIT 10 / 9 ___________________________________________________________________

Pin penyambungan pada terminal bengkok atau patah. Sambungan pin longgar. Berlaku gangguan ( interference ) di dalam sambungan kabel komunikasi yang di sebabkan oleh motor, gelung , voltan tinggi , pematrian yang tidak kemas dan sebagainya. Berlaku litar pintas sesama pengalir di dalam kabel komunikasi.

10.10 GANGGUAN BEKALAN KUASA Gangguan bekalan kuasa berlaku di dalam sistem kawalan automasi apabila voltan bekalan susut di bawah 85% daripada nilai kadaran. Keadaan ini akan menyebabkan PLC berhenti serta merta. 10.11 KEROSAKAN DALAMAN PLC Kerosakan dalaman PLC kemungkinan di sebabkan oleh perkara-parkara berikut : Geganti atau Transistor pada Unit / Module Output di dalam PLC terbakar. Optocoupler pada Unit / module Input tidak berfungsi. Fius terbakar. Bateri simpanan lemah. Komponen mikro elektronik ( Mikropemproses, RAM , ROM terbakar.

10.12 PERTIMBANGAN TERHADAP PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN Untuk mengurangkan masalah kerosakan pada sistem kawalan automasi, pemasangan dan pendawaian PLC perlu memberi pertimbangan yang serius terhadap perkara-perkara berikut :

E4800 / UNIT 10 / 10 ___________________________________________________________________

Elakkan pemasangan PLC di tempat yang mempunyai ciri-ciri seperti di bawah. Terdedah terus kepada cahaya matahari.

Suhu ambien melebihi julat 0C hingga 55C.

Kelembapan relatif melebihi julat 10% hingga 90% RH. Pemeluapan berlaku di sebabkan perubahan suhu yang berlaku secara tiba-tiba. Mengandungi gas gas mudah terbakar dan beracun. Mengandungi air, minyak, habuk bahan kimia. Mudah berlaku gegaran. Memasang PLC di dalam panel / kabinet yang mempunyai ciriciri berikut : Ruang yang cukup untuk peredaran udara. Kipas pendingin . Alat yang menghasilkan haba terletak di bawah PLC. Tiada mengandungi peralatan voltan tinggi. Talian kuasa terletak lebih kurang 200 mm daripada PLC.

Membuat pendawaian seperti di bawah. 1. Kaedah Pendawaian Handing Ducts

Talian Input / Output 300 mm minima

E4800 / UNIT 10 / 11 ___________________________________________________________________

Kabel kawalan dan Talian bekalan Kabel bekalan 2. Kaedah Pendawaian Floor Ducts Talian Input Output Kabel kawalan dan Talian bekalan Kabel bekalan 200 mm minima 300 mm minima

3. Kaedah Pendawaian Konduit Talian Input Output Kabel kawalan dan Talian bekalan Kabel bekalan

Mengikut panduan pendawaian seperti di bawah. Gunakan kabel sependek mungkin. Guna talian tunggal di antara peralatan dan jangan menyambung kabel untuk menjadikannya panjang.

E4800 / UNIT 10 / 12 ___________________________________________________________________

Hindarkan daripada membuat lengkongan yang tajam pada kabel. Jauhkan ruang sistem dan pendawaian kawalan daripada pendawaian tenaga tinggi. Asingkan pendawaian masukan, pendawaian keluaran dan jenis pendawaian lain. Asingkan pendawaian AU dan AT. Wujudkan komponen. 10.13 TEKNIK MENGATASI MASALAH GROUNDING PLC mengandungi banyak komponen aktif ( Transistor, Cip Litar Terkamil ), yang mana ianya akan terbakar jika voltan terjah ( surge voltage ) terjadi yang terhasil dari kilat . Oleh itu adalah perlu untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan garis panduan seperti di bawah : Pastikan terminal perlindungan bumi dan fungsian bumi pada PLC di bumikan dengan nilai 100 maksimum.

pembumian

yang

baik

untuk

semua

Pastikan kabel yang di gunakan untuk pembumian sekurangkurangnya 2 mm2.

Tapak pembumian dan kabel hijau mestilah di tamatkan pada kabel lug. Kabel lug ini mesti di ketatkan dan di pateri. Salutan dan hakisan cat mesti dibuang pada kawasan penyambungan pembumian. 10.14 KAEDAH PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN ( PREVENTIVE MAINTENANCE )

E4800 / UNIT 10 / 13 ___________________________________________________________________

Sungguhpun PLC di rekabentuk pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi namun ianya masih boleh menghadapi masalah kerosakan. Bagi mengelakkan masalah ini maka penyelenggaraan pencegahan adalah di perlukan . Langkahlangkah penyelenggaraan pencegahan boleh di buat seperti berikut :

Membuat pemeriksaan berkala terhadap keketatan skru ( Screw Tightness ) pada terminal Input dan Output. Memastikan semua komponen bebas dari habuk. Sistem penyejukan pada PLC tidak boleh di laksanakan jika terdapat habuk pada lapisannya. Hakisan kemungkinan berlaku pada sesetengah keadaan. Lakukan pemeriksaaan berkala terhadap hakisan yang mungkin ada pada terminal sambungan. Papan Litar Bercetak dan penyambung kemungkinan terhakis secara dalaman.

Simpan dan jaga peralatan simpanan ( spare parts )dengan baik untuk di gunakan pada masa berlakunya kerosakan pada komponen berkenaan. Pengguna akan mengalami kerugian jika peralatan simpanan tiada kerana mereka perlu menunggu dalam jangka masa lama untuk mendapatkan alat ganti.

Simpan dokumentasi operasi program dan litar pendawaian dengan kemas. Anda mungkin memerlukannya jika berlaku keadaan kecemasan.

AKTIVITI 10b

JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT 1.1 Nyatakan TIGA perkara yang menyebabkan berlakunya kerosakan kerosakan seperti di bawah.

E4800 / UNIT 10 / 14 ___________________________________________________________________

A) B) C) D) 1.2 1.3

Kerosakan peralatan Input dan Output. Kerosakan Pendawaian. Kerosakan Sambungan Komunikasi. Kerosakan Dalaman PLC.

Nyatakan TIGA garis panduan teknik mengatasi masalah grounding. Tuliskan TIGA langkah penyelenggaraan pencegahan yang boleh anda lakukan terhadap PLC.

Bandingkan jawapan kamu dengan jawapan di ruangan MAKLUMBALAS AKTIVITI.

MAKLUMBALAS 10b

JAWAPAN 1.1 TIGA perkara yang menyebabkan berlakunya kerosakan kerosakan seperti di bawah ialah.

E4800 / UNIT 10 / 15 ___________________________________________________________________

A)

Kerosakan peralatan Input dan Output. Sensor pada silinder berubah daripada kedudukan asal. Sensor terbakar di sebabkan oleh lebihan arus. Sesentuh dalaman sensor terputus. Gelung motor atau injap solenoid terbakar di sebabkan oleh lebihan arus.

B)

Kerosakan Pendawaian. Pengalir di dalam kabel terputus. Kelonggaran pada skru-skru peralatan, terminal Input dan Output. Pengalir mengalami proses pengoksidan

C)

Kerosakan Sambungan Komunikasi. Pengalir di dalam kabel komunikasi terputus. Pin penyambungan pada terminal bengkok atau patah. Sambungan pin longgar.

D)

Kerosakan Dalaman PLC Geganti atau Transistor pada Unit / Module Output di dalam PLC terbakar. Optocoupler pada Unit / module Input tidak berfungsi. Fius terbakar.

E4800 / UNIT 10 / 16 ___________________________________________________________________

JAWAPAN 1.2 TIGA garis panduan teknik mengatasi masalah grounding ialah

Pastikan terminal perlindungan bumi dan fungsian bumi pada PLC di bumikan dengan nilai 100 maksimum.

Pastikan kabel yang di gunakan untuk pembumian sekurang-kurangnya 2 mm2. Tapak pembumian dan kabel hijau mestilah di tamatkan pada kabel lug. Kabel lug ini mesti di ketatkan dan di pateri.

JAWAPAN 1.3 TIGA langkah penyelenggaraan pencegahan yang boleh anda lakukan terhadap PLC ialah

Membuat pemeriksaan berkala terhadap keketatan skru ( Screw Tightness ) pada terminal Input dan Output.

Memastikan semua komponen bebas dari habuk. Sistem penyejukan pada PLC tidak boleh di laksanakan jika terdapat habuk pada lapisannya. Hakisan kemungkinan berlaku pada sesetengah keadaan. Lakukan pemeriksaaan berkala terhadap hakisan yang mungkin ada pada terminal sambungan. Papan Litar Bercetak dan penyambung kemungkinan terhakis secara dalaman.

PENILAIAN KENDIRI

SOALAN a. Seorang pelajar telah merancang untuk mengawal suatu sistem kawalan dengan menggunakan PLC. Berikut adalah maklumat-maklumat tentang peralatan yang di perlukan oleh beliau.

E4800 / UNIT 10 / 17 ___________________________________________________________________

Dua suis penghad Lapan sensor 24 Vdc Dua buah motor Sembilan biji lampu penunjuk

Kawalan ini menggunakan penyuisan biasa pada unit output. Berpandukan kepada maklumat-maklumat di atas dan jadual yang di berikan di bawah, jawab soalan-soalan berikut : i. ii.JENIS DC Input AC Input

Nyatakan nombor model unit input yang di perlukan. Nyatakan nombor model unit output yang di perlukanUNIT INPUT KAPASITI 8 points 16 points 32 points 8 points 8 points UNIT OUTPUT NO.MODEL KAPASITI CQM1-OC211 8 points CQM1-OC222 16 points CQM1-OD211 8 points CQM1-OD212 16 points CQM1-OD213 32 points CQM1-OD214 16 points CQM1-OD215 8 points CQM1-OD221 8 points NO. MODEL CQM1-ID211 CQM1-ID212 CQM1-ID213 CQM1- IA121 CQM1-IA221

JENIS Relay Output Units Transistor Output Units

AC Output Unit

b) Nyatakan TIGA ciri-ciri yang menyebabkan pemasangan PLC mudah mengalami kerosakan. c) Lakarkan kaedah pendawaian Handing Ducts.

E4800 / UNIT 10 / 18 ___________________________________________________________________

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRIJAWAPAN a. i. ii. Unit Input Unit Output : CQM1-ID212 : CQM1-OC222

b.

TIGA ciri-ciri yang menyebabkan pemasangan PLC mudah mengalami kerosakan ialah. Terdedah terus kepada cahaya matahari.

E4800 / UNIT 10 / 19 ___________________________________________________________________

Suhu ambien melebihi julat 0C hingga 55C. Kelembapan relatif melebihi julat 10% hingga 90% RH.

c.

Lakaran Kaedah Pendawaian Handing Ducts

Talian Input / Output Kabel kawalan dan Talian bekalan Kabel bekalan 300 mm minima 300 mm minima