ebook 3 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook3.pdf · saya termenung, hati rasa tenang,...

44
EBOOK 3 TIPS REZEKI PANTAS, BERSIH KOLAM JIWA. 70 FORMULA REZEKI MELIMPAH RUAH “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA dan di AKHIRAT”

Upload: nguyenliem

Post on 06-Jun-2019

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

EBOOK 3

TIPS REZEKI PANTAS, BERSIH KOLAM JIWA.

70 FORMULA REZEKI MELIMPAH RUAH

“Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah,

kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di

DUNIA dan di AKHIRAT”

Lesen & Peraturan Keberkatan ilmu daripada E-book ini akan berkurangan, jika E-book ini disebarkan dengan mengaut untung tanpa keizinan penulis. [Boleh] mencetak dan mempraktikkan segala ILMU yang diajar [Tidak Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda [Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara [Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri [Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog, web lelong atau seumpamanya Segala ilmu dalam D-book @ E-book ini hanya halal untuk perkara positif yang membawa kepada saham Akhirat untuk ke syurga sahaja. Ia adalah kerana, segala kandungan E-book ini berada di bawah tanggungjawab penulis iaitu, Nora Yusof p.s: Penulis asal, Nora Yusof, https://www.facebook.com/naora.ayabito

ALHAMDULLILLAH

“Ya Allah, izinkanlah aku untuk menceritakan tentang keagonganMu,

membongkarkan hikmah syariatMu dan berkongsi rasa dengan sahabat-sahabatku agar ianya akan

lebih menambahkan rasa kehambaan pada jiwaku. Ya Allah, jadikanlah ia sebagai ibadah serta

dapat memberi manfaat untuk diriku, juga untuk insan-insan yang dengan rela hati terpanggil untuk

membaca coretanku ini. Ya Allah jauhkanlah diriku dari sifat ‘ujub, riak dan takabbur tatkala aku

menumpang di bumiMu, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu serta berezeki dengan

limpah kurniaanMu. Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu jua.”

Saya sangat berharap agar setiap TULISAN saya ini

dapat memberikan MANFAAT kepada PEMBACA SEKALIAN.

supaya suatu hari nanti ketika kalian di SYURGA,

jika ditakdirkan saya masuk NERAKA,

kalian boleh ingat dan sebut saya

sebagai sahabat yang pernah

memberikan kalian sedikit manfaat ketika hidup di DUNIA.

supaya kita boleh bersama-sama di dalam SYURGA.

InsyaALLAH.

kerana saya tahu

saya tidak layak masuk ke SYURGANYA.

Dengan sedikit ilmu dan perkongsian ini,

Saya doakan kalian KAYA, BERJAYA serta BAHAGIA di DUNIA dan AKHIRAT. Aaamiin.

NORA YUSOF

WRITEtoHEAVEN

MODUL 3: TIPS REZEKI PANTAS, BERSIH KOLAM JIWA.

Formula 47: The More you Give, The More You Get 1

Formula 48: Rahsia Seorang Jutawan 2

Formula 49: The Power of Gratitude 3

Formula 50: Hati Yang Khusyuk Ketika Solat 4

Formula 51: Berhenti Bersedih 5

Formula 52: Kunci dan Kuasa Sujud 6

Formula 53: Perjalanan Fasa hidup Kita Sebagai Manusia 7

Formula 54: Jangan Ada Benci, Jangan Ada Dendam 8

Formula 55: Jangan Menunda Solat 9

Formula 56: Sifat Ahli Syurga vs Sifat Ahli Neraka 10

Formula 57: Jutawan Chicken Chop 13

Formula 58: Akrab dengan DUIT pembuka rezeki 16

Formula 59: Kisah Sebuah Keluarga Ahlullah 17

Formula 60: Spektrum Di Syurga 19

Formula 61: Tanda-tanda Orang Yang Sombong 20

Formula 62: Ambillah Waktu 21

Formula 63: Bersangka Baik 22

Formula 64: Matlamat ILMU 24

Formula 65: Hargai-Menghargai 25

Formula 66: Belajarlah 26

Formula 67: Keajaiban Matematik 27

Formula 68: Mengetuk Pintu Rezeki 30

Formula 69: MISKIN atau KAYA itu PILIHAN 31

Formula 70: Tempat Asal Kita 32 RINGKASAN FORMULA REZEKI MELIMPAH-LIMPAH 33

PENUTUP 39

Rezeki yang melimpah ruah itu dapat memberikan kesenangan dan

ketenangan hidup kepada diri dan keluarga serta kita akan dapat

membantu menyenangkan hidup orang lain yang lebih memerlukan.

Ketenangan adalah suatu keadaan di mana kita merasa selesa, lega dan bebas

daripada tekanan perasaan. Cara mudah mendapatkan ketenangan ialah

1) Kerap bersenam dan beriadah

2) Menjaga pernafasan yakni bernafas dengan baik dan lancar

3) Mencari persekeliling yang positif segar dan selesa

4) Amalkan gaya hidup sihat

5) Senyum itu menarik rezeki.

SENYUM-SENYUM SELALU

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin yang membantu mengindahkan

perhiasan lahir yang kurang cantik

Dengan senyum, ke manapun kita pergi, bersinarlah di sana cahaya

kegembiraan. Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini. Semuanya

akan dapat diatasi.

Senyumlah supaya alam turut tersenyum kepada kita.

Jangan ketawa melihat orang lain jatuh, kerana jarang seseorang itu

jatuh dengan sengaja kerana ia sakit. Tetapi bersyukurlah kepada Allah,

jika tidak jatuh ke dalam perjalanan yang sulit.

FORMULA 47: THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET

The more you give,

The more you get,

Ramai yang tidak faham konsep memberi ini kan?

Malah ramai yang takut untuk memberi, takut menyusahkan diri sendiri, takut miskin dan sebagainya.

Apabila timbulnya ketakutan ini, maka, jelaslah tahap kebergantungan kita kepada Allah

sebenarnya 0%.

Saya selalu dimarahi kerana saya tidak punya duit tetapi sibuk hendak bersedekah. Saya faham mereka risaukan saya kerana saya kesempitan.

Tetapi itu sebenarnya salah. The more you give, the more you get. Apa yang saya faham, jika

kita makin sempit, makin sempit, makin sempit itulah semakin kita kena memberi.

Ada orang berbahas dengan saya. Dah kalau kita sendiri pun tiada apa hendak diberi, jika kita sendiri pun kesusahan hendak memberi, bagaimana mahu senang memberi?

Jawapannya ialah, semakin memberi semakin kita kaya. Tak mengapa, beri sahaja apa yang kita

ada, kalau tiada, jualkan apa yang ada, berikan kepada mereka yang memerlukan.

Kan Allah dah janji, tidak akan miskin orang yang memberi sedekah. Yakinlah! Jika kita bersedekah dengan tidak yakin, ragu-ragu, mana nak dapat imbalannya?

Ketika bersedekah itu, janganlah main masukkan je dalam tabung sedekah. Pesan tuan guru

saya, Dr.Azizan Osman, iringilah sedekah itu dengan doa.

Contoh doa 'ya Allah semoga dengan sedekah ini, kau berikanlah manfaat kepada penerimanya, bahagialah mereka. Semoga dengan sedekah ini, kau ampunkan dosa-dosaku

dan jauhkan aku dari kesempitan hidup' aaminn...

Percayalah! Saya dah mengalaminya sendiri. Saya kesempitan teramat sangat, masa itu duit ada rmX sahaja dalam dompet saya. Lepas itu saya berjalan-jalan ternampak tabung amal. Saya beri semua rmX yang saya ada tadi sampai kosong dompet saya. Lepas itu saya balik ke rumah,

saya termenung, hati rasa tenang, membuat kerja saya seperti biasa, saya berusaha mencari rezeki seperti sedia, tapi pada hari itu sangat mudah, sangat lancar, jualan masuk sehingga saya

mendapat rm700 untuk sehari itu. Pelikkan? Tapi benar. Alhamdullillah.

(Nora Yusof)

1

FORMULA 48: RAHSIA SEORANG JUTAWAN

1) SOLAT SUBUH+ SELAWAT 1000x+ISTIGFAR 1000x atau lebih (jangan dikira-kira)

2) SOLAT DHUHA+ SOLAT ISTIQARAH

3) SOLAT ZOHOR+SOLAT SYUKUR

4) SOLAT ASAR+ BACA ALQURAN 2MUKASURAT atau LEBIH

5) SEDEKAH JARIAH yang termampu atau RM50 KEATAS KONSISTEN

5) SOLAT MAGHRIB + SOLAT HAJAT

6) SOLAT ISHAK + SOLAT SUNAT TAUBAT

7) SOLAT MALAM IAITU TAHAJJUD

8) PUASA SUNAT ISNIN KHAMIS SETIAP MINGGU

Buat atau lakukan amalan diatas dalam masa 60 hari, + faham apa itu rukun-rukun islam,

erti islam yang sebenar+tujuan hidup+ misi-visi + kolam hati bersih.

ALLAH TELAH BERJANJI.

barangsiapa yang menjaga SOLAT,

maka dia adalah orang yang BERJAYA...

barangsiapa yang menjaga SOLAT,

maka Allah akan angkat kesempitan hidup di dunia...

Mereka yang tidak yakin dan tidak percaya dengan janji-janji ALLAH

walaupun satu huruf daripada AL-QURAN maka ternyata rosaklah AKIDAH.

BERIMAN KEPADA KITAB ALQURAN itu WAJIB.

Janji Allah itu pasti.. WALLAHUALAM

2

FORMULA 49: THE POWER OF GRATITUDE

Jika kita menerima DUIT, Jika kita mendapat DUIT, Maka ada pula yang bertanya, "siapa beri kamu DUIT?" "bagaimana kamu mendapat DUIT itu?" Jawapan yang sepatutnya diberi ialah, "ALLAH yang beri" Caranya? DIA memberi rezeki macam-macam cara ikut suka dia nak beri. The power of gratitude, latihlah diri kita, iaitu kebergantungan rezeki kita adalah daripadaNYA. HATTA 1 SEN sekalipun. Nescaya lama-kelamaan kita akan merasa bersyukur dan berterima kasih serta akan merasa sangat cukup dengan rezeki itu.

3

FORMULA 50: HATI YANG KHUSYUK KETIKA SOLAT

Cara MEMATIKAN DIRI sebelum MATI

Manusia yang Hidup tetapi hakikatnya MATI ialah

"MANUSIA yang HATINYA mati tetapi JASADNYA hidup"

Sewaktu berdiri tegak hendak mengerjakan SOLAT,

niatkanlah di dalam HATI bahawa seolah-olah ini adalah SOLATKU yang terakhir.

Seolah-olah kita akan MATI selepas melakukan solat itu.

HADIRKAN di dalam HATI kita, bahawa kita tidak akan dapat SOLAT lagi untuk solat-solat yang

seterusnya.

"Beribadatlah kamu, seolah-olah kamu akan MATI ESOK."

Inilah cara yang paling afdal untuk mematikan diri di dalam solat yang KHUSYUK.

4

FORMULA 51: BERHENTI BERSEDIH

Berhenti bersedih. Walau banyak mana sekalipun dosa kita, banyak mana kesusahan kita, Jangan pernah mengalah berjuang untuk mendapatkan SYURGA. “Aku tidak dapat bertahan! Makanya ALLAH berfirman:

“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusof: 87). Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita. Selagi hayat dikandung badan, Teruskan bertaubat, Allah sangat maha pengampun lagi maha penyayang. Setiap kali bangun pagi-pagi, Berdiri di hadapan cermin, Senyum lebar-lebar ke telinga. COMELKAN? :D Alhamdullillah masih hidup. Banyakkan senyum dan istigfar.

“Jangan putus asa jika ALLAH SWT menunda apa-apa yang kamu sukai, Jangan bersedih hati. Tetapi bersabar dan tersenyumlah”

kerana dia berfirman dengan penuh kasih sayang “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (Al-Insyirah:6)

“Barangsiapa yang ingin doanya terkabul pada saat sedih dan susah, maka hendaklah memperbanyakkan berdoa pada saat lapang” (HR Tirmidzi).

5

FORMULA 52: KUNCI dan KUASA SUJUD

Waktu paling dekat kita dengan Allah ialah ketika SUJUD dalam SOLAT. SUJUD ITU ADALAH TANDA TAAT KEPADA ALLAH SWT. SUJUD ITU ADALAH KUNCI KEDAMAIAN. SUJUD ITU ADALAH KUNCI KETENANGAN.

dan banyak lagi kelebihan SUJUD. Ketika SUJUD mintalah apa yang diHAJATI. InsyaALLAH diperkenankan. Maka perbanyakan SUJUD iaitu dengan mengerjakan solat-solat SUNAT.

~SUJUD KETIKA SOLAT FARDU

~SUJUD SYUKUR

~SUJUD KETIKA TAHAJJUD

~SUJUD KETIKA HAJAT

~SUJUD KETIKA DHUHA

~SUJUD KETIKA ISTIQARAH

~DAN LAIN-LAIN SUJUD dalam solat SUNAT.

KETIKA SUJUD TERAKHIR PADA SETIAP SOLAT MAKA BERDOALAH.

“Ya Allah,Tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal dan berkat, Iman yang benar, Ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih, dan Kejayaan yang Besar”.

6

FORMULA 53: PERJALANAN FASA HIDUP KITA SEBAGAI MANUSIA

Setiap daripada KITA, sebagai MANUSIA, tidak akan terlepas dari UJIAN ALLAH, kita kaya, kita miskin, kita senang, kita susah,

setiap daripada KITA, sejak lahir, sudah tertulis Qadaq dan Qadar ALLAH, pasti ada pahit dan manis perjalanan setiap peringkat FASA HIDUP kita, Jadi kita tidak boleh mengandaikan bahawa: kita lebih susah daripada orang lain, orang lain tidak merasa apa yang kita rasa, Kita lebih tahu daripada orang lain, orang lain tidak tahu apa yang kita tahu, TIDAK! Jangan sesekali kita berfikiran dan berandaian sebegitu. JANGAN SESEKALI. TETAPI, kita perlu meletakkan diri kita di tempat orang itu, kita hanya mampu membayangkan kesusahan mereka, tetapi, kita tidak akan pernah tahu bertapa susahnya mereka untuk mendapatkan kebahagiaan itu. JADI KENAPA KITA PERLU IRI HATI DAN DENGKI dengan KESENANGAN ORANG dan KESUSAHAN orang LAIN? Jangan sesekali membuat andaian yang bukan-bukan, melainkan perkara itu sudah kita cuba, sudah kita buat, dan ianya ternyata payah, ADJUSTLAHlah, AMBILlah, pengajaran daripada itu supaya ia menjadi lebih senang. Perkara yang belum dicuba, belum dibuat, sudah kita kata susah, sudah kita kata payah, buatnya tidak. jika tidak tahu, sila tanya dulu, jika tidak cuba, sila cuba dulu, jika tidak buat, sila buat dulu, Sesudah itu, barulah kita boleh membuat kesimpulannya.

Nora Yusof.

7

FORMULA 54: JANGAN ADA BENCI, JANGAN ADA DENDAM

Setiap rasa 'SAKIT' yang kita buat terhadap orang lain, Suatu hari nanti Allah akan balas semula pada kita sepertimana yang kita telah lakukan pada orang lain. Kita telah rampas hak orang sekarang, akan datang orang lain pula akan rampas hak kita, Kita buat orang sakit menangis, kecewa, sedih, Akan datang kita pula akan rasa semua kesakitan itu. Kita tipu orang, hina orang, akan datang, kita pula akan ditipu oleh orang lain, dihina lagi terhina. Hidup ini putaran roda, sekejap kita di atas dan pada bila-bila masa sahaja kita boleh berada di bawah kembali.

Setiap perbuatan pasti ada pembalasan, antara cepat dan lambat sahaja. Maka wahai hati yang lemah lagi lemah, bersabarlah. Kemenangan pasti berpihak kepada

yang benar.

Jangan ada Benci, Jangan ada Dendam,

8

FORMULA 55: JANGAN MENUNDA SOLAT

Jika kita menunda-nundakan solat 5 waktu, maka ALLAH akan menunda-nundakan rezeki kita. Jika kita buat sesuatu perkara secara suka-suka, maka ALLAH bagi rezeki kita dalam bentuk suka-suka sahaja, Jika kita buat sesuatu perkara itu secara sungguh-sungguh maka ALLAH bagi rezeki kita dalam bentuk terbaik sungguh-sungguh.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, Sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri” (Surah Ar-Ra’d 13:11)

Apabila mengerjakan pekerjaan kita dengan bersungguh-sungguh itu bermakna kita menghargai dan menghormati keistimewaan yang ALLAH kurniakan kepada kita. Gunakanlah kelebihan, kebolehan yang ada sebaik-baiknya.

9

FORMULA 56: SIFAT AHLI SYURGA vs SIFAT AHLI NERAKA

Sifat ahli SYURGA ialah

SEDEKAH SENYUM SYUKUR SABAR

sifat ahli NERAKA ialah

KEDEKUT

MASAM/BERSEDIH TIDAK BERSYUKUR

PEMARAH/PANAS BARAN

Jika kita merasakan diri kita adalah ahli SYURGA, mesti dan sudah tentulah kita tidak memiliki sifat-sifat ahli neraka bukan? Ahli syurga bertenang, relax, tidak mengeluh, tidak marah-marah

apabila ditimpa masalah. contoh; tayar kereta pancit pun dia boleh senyum lagi macam ini ----->

Kalau ahli neraka, sudah semestinya menyumpah seranah, marah-marah, sepak tendang akan

tayar kereta itu bukan?

Oleh itu, cuba semak kembali jauh ke dalam diri kita sama ada kita memiliki sifat ahli neraka atau sifat ahli syurga setiap kali berdepan dengan masalah? Bagaimana kita atasi dan berdepan

dengan masalah, atau UJIAN kasih sayang ALLAH itu? Renung-renungkanlah. Di syurga semuanya Indah, tidak ada masam muka, pergaduhan dan sebagainya, yang ada Cuma ucapan

salam sesama AHLI syurga.

10

ALKISAH AHLI SYURGA.

Berjalan di bukit bintang. Nak beli barang bersama sahabat. Ish, dah lama kita tak dakwah orang kita jumpa di jalan begini..

Jom setengah jam kita cakap kebesaran Allah. Antara yang kami jumpa 2 orang budak muda tengah minum arak dalam tin duduk tengok maknyah agaknya.

Saya beri salam. Dia jawab salam tapi macam terkejut dan tak berapa nak layan..

Ish lawanya awek tu. Lelaki ke perempuan tanya saya. Jawabnya kira awek je lah..

Dalam syurga nanti lagi lawa. Wanita pakai baju 70 lapis. Mereka mula dengar cerita saya.

Siapa tahan diri dari berzina di dunia, nanti Allah beri wanita cantik dalam syurga. Di haramkan nikmat bersama wanita dalam syurga bagi yang berzina di dunia.

Siapa tahan dari minum arak, Allah beri arak dalam syurga. Minum tak pening dan mabuk. Malahan boleh terbang dalam syurga..sungai arak tanpa tepi. Minum dalam bekas yang istimewa..

Macam kami tak solat, minum arak, buat jahat masuk neraka ke? tanya mereka.

Saya terus tanya dah makan ke? Jom makan dekat mamak depan tu. Mereka kata jom..

Saya sambung, Allah nak semua orang masuk syurga. Allah sentiasa membantu dan mudahkan orang buat baik. Allah jaga dia. Tiada siapa boleh susahkan dia melainkan apa yang Allah kehendak. Adik berdua ni orang baik. Saya mula ceritakan dulu saya bagaimana...

Esok cuti ke? Duduk mana. Tanya saya.

Esok free abang. Tu yang lepak-lepak sini.

Jom ikut kami nak. Kami berada di masjid sekitar sini. Tanya saya

Malam ni ke? Ada apa..tanya mereka. Rumah Allah taman syurga. Siapa biasa masuk taman syurga insyaAllah senang-senang masuk syurga. Tidur je malam ni. Iktikaf masjid, Allah jauhkan 3 parit dari api neraka..dalam masjid macam syurga. Cuma banyak nyamuk nak bagi pahala dekat kita. Nanti darah kena gigit nyamuk pun jadi saksi…

11

Esok Subuh kita dengar kuliah Subuh. Lepas tu abang hantar balik ok..setelah dipujuk bersungguh-sungguh dia orang ikut..

Sampai masjid mereka tanya banyak soalan. Tak tidur dibuatnya. Selepas kuliah Subuh mereka kata, kami dah lama tak rasa tenang dan best macam ni..

Jawab saya kadang-kadang kita tengok semua manusia termasuk diri kita cari selain Allah untuk capai apa yang dia nak. Akhirnya buntu dan pening..buat dosa ingat happy. Rupanya lagi serabut. Sebab Allah hanya sediakan satu jalan fafirru illallah...berlarilah menuju kepada Allah..lihatlah layanan Allah kepada kita...itulah segala-galanya. Orang yang berkorban di jalan Allah dengan diri, harta dan masanya dia mengecapi bahagia yang terus hadir walaupun baru sebentar hidupnya dalam kegelapan terus dihadiahkan cahaya dan bahagia Allahuakbar-

Oleh Ustaz Ebit Lew www.keluargasunnah.com 14 september 2014.

12

FORMULA 57: JUTAWAN CHICKEN CHOP

Subhanallah, Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam. Saya masih belum mengerti bagaimana

saya boleh terselamat dari krisis kewangan 3 tahun lepas, kisah yang benar-benar berlaku

kepada diri saya.

# Elektrik nak dipotong - tertunggak RM10,000.00

# Sewa RM4,000.00

# Hutang pembekal RM15,000.00

# Hutang kawan yang dituntut sebab terdesak (kalau tak silap dalam RM4,000.00)

Berlaku dalam bulan Ramadhan 3 tahun lepas. Masa tu saya hanya ada sebuah kedai makan

(D'Apple Cafe & Restaurant) dan tunai di tangan hanya RM100.00 sahaja (dalam bank tiada dan

tiada benda yang bernilai untuk dicagarkan) serius, ianya benar.

Hutang sewa, TNB, pembekal perlu dibayar dalam masa terdekat lebih kurang dalam

RM40,000.00.

Menangis tak cukup air mata. Tengok anak-anak, lagi deras air mata keluar. Bagaimanalah

nasib mereka, macam-macam keluar. Cukup ke makan minum mereka, kebulur tak mereka.

Sudah dirasakan tiada jalan. Berpelukan suami isteri sambil menangis sampai ke pagi. Mata

bengkak, tubuh longlai kepenatan, tidur hanya beberapa jam. Namun tiada selesai jua masalah

walaupun keluar air mata darah sekalipun. Nak pinjam along? Takut, lagi pun apa yang nak

dicagarkan.. Nak pinjam adik beradik, ada yang dah pinjam, malu sebab yang lama belum

langsai. Tapi ada yang bagi RM500 seorang, Terima kasih Kak Muni dan Kak Tie, syukur .

Dunia dah gelap, buntu, terasa tiada jalan keluar, betul-betul tak tahu nak buat apa dah.

Tangan terketar-ketar, lidah kelu, penasaran dan 'blur'. Hari-hari ditekan dengan panggilan

meminta hutang. Tiada tenang walau seketika. Hidup dalam keadaan tertekan sentiasa dan

tiada putus-putus menyebut "Ya Alah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah".

13

Tak tahu nak buat apa, pergi cerita , mengadu, merintih dekat umi tersayang, tercinta. Minta

doa, mintak restu tapi tak mintak duit. Umi minta bersabar. Mulai dari itu, tiada pernah

tertinggal satu malam pun umi buat solat hajat. Mohon dipermudahkan urusan anak lelaki

'keras kepala' ni.

Asal je celik mata, menangis, sebelum pejam mata, pun menangis. Kedai makan tutup sebab

terlalu sedih dan kecewa. (dalam 3-4 hari tutup kalau tak silap) Salah satu sebab jadi teruk

begini adalah kerana ditipu pekerja, tak jaga akaun dengan baik dan miss management.

Akhirnya, Saya kata kepada isteri,

" Kita meraung siang malam pun tak ada guna. Sayang... jom kita pergi buka kedai ya. Kita

serah kepada Allah nasib kita. Kita usaha, kita bangkit, kita baiki balik, Sekurang-kurangnya

duit masuk daripada dok menangis siang malam lagu ni..."

Tiap-tiap malam berdoa pada Allah agar dikeluarkan dari bencana ni. Sungguh, hutang ni

mendatangkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari. Tak tertanggung jiwa raga.

Dan pada masa tu seminggu sebelum raya, bermodalkan RM100 yang tinggal, kami buka balik

restoran dan mulakan semula operasi. Mulakan balik dengan apa yang ada. Beli sayur sikit,

ayam sikit, daging sikit, dan satu sen pun tak tinggal modal.. Saya cakap benar dan jujur, tiada

satu sen pun yang tinggal. Tukang masak tak ada masalah sebab kami berdua yang jadi chef

nya. Pekerja lain? Adik ipar dan beberapa pekerja part time (student kolej berdekatan, student

dari Sarawak yang tak balik raya). Cerita pada hari pertama. Dapat hasil jualan RM100 selepas 2

jam beroperasi, pergi beli tambahan bahan mentah RM100 pula. 2 jam selepas tu dapat hasil,

dan masa tu juga pergi beli tambahan ayam, ikan, sotong, udang dan beras. . Hari pertama

dapat jualan RM 700 (lebih kurang, hasil dari modal RM100 pertama yang dipusing beberapa

kali pembelian dalam masa sehari). Hari kedua dah punya modal yang mencukupi.

Alhamdulillah.

Allah Maha Kuasa, ramainya pelanggan. Subhanallah! Keajaiban berlaku. Dari seminggu

sebelum raya dan 2 minggu selepas raya, saya dapat langsaikan hampir 3/4 dari

hutang/bebanan yang ada. Hampir RM35,000. Saya sendiri pada masa tu tidak rekodkan jualan

atau keuntungan berasa sangat hairan bin ajaib dari mana datangnya duit sebanyak tu untuk

selesaikan hutang. Sampai ke hari ni ianya masih menjadi misteri. Siang malam kami suami

isteri cuba cari jawapan dari mana datangnya sumber wang itu namun tak jumpa. Apa yang

saya tahu, hutang selesai. Walaupun tak semua tapi hampir 4/5 hutang yang ada., SELESAI..

Kami BEBAS dan mula tersenyum.

14

0

Kisah ni betul-betul terjadi pada saya 3 tahun lepas dan bila mengenang kembali, saya selalu

mengucap SYUKUR ALHAMDULILLAH. Berkat doa dan restu ibu, dan doa yang tak henti-henti,

keajaiban boleh berlaku bila-bila masa dengan keizinan Allah..

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Allah mendengar permintaan hambaNYA yang betul-betul meminta dan tiada putus-putus

meminta. Hanya pada waktu yang betul-betul tersepit, kita paling dekat dengan Allah. Allah

tidak melakukan sesuatu dengan sia-sia. Segala ujian yang diturunkan adalah untuk

membuatkan kita lebih kuat dan berjaya.

Jangan mengeluh bila ditimpa ujian. Kembalilah kepadaNYA. Pasti jaya menunggu kita.

Percayalah " Disebalik kesulitan, pasti ada kemudahan ". InshaAllah. Jangan putus asa ya.

(Oleh Abdul Hakim CEO D’APPLE)

15

0

FORMULA 58: AKRAB DENGAN DUIT PEMBUKA REZEKI

Duit akan gembira untuk tinggal lama dengan kita.

Belajar untuk berkawan akrab dengan Duit.

Ciumlah duit sebelum membuat apa-apa pembayaran.

"Apabila melepaskan duit tatkala membuat pembayaran, ingat cium duit itu. Bisik kepada duit "sentuh setiap orang dengan kasih sayang. Beli makanan untuk si lapar. Beli

baju baru untuk mereka yang mahu cantik"

Katakan lagi pada duit, " sampai waktu, kita jumpa lagi.

Ajak ramai lagi kawan-kawan duit berkunjung ke sini. Dalam dompet panjang anak sapi milikku ini"

-HIKAYAT PUAK KAYA DAN BERJAYA.

Dato’ Roslan Abdul Hamid

16

FORMULA 59: Kisah Sebuah keluarga Ahlullah.

Sepasang suami isteri selalu mendidik anak mereka bahawa yang memberi rezeki ialah Allah.

Sebelum makan, mereka akan menyuruh anaknya solat 2 rakaat memohon kepada Allah agar

diberikan rezeki. Setiap petang apabila pulang dari sekolah, ibunya akan menyuruh anaknya

bersolat 2 rakaat dulu seperti biasa. Inilah kebiasaan yang anak itu akan lakukan selama

beberapa tahun.

Suatu ketika, pada hari pertama, anak pulang dari sekolah dan bersolat 2 rakaat. Selepas solat,

dia membuka tudung saji dan nampak makanan yang telah disediakan ibunya lalu terus makan.

Pada hari kedua, selesai solat, anak itu membuka tudung saji tapi tiada makanan. Lalu dia pergi

ke periuk, di situ ada makanan yang telah disediakan ibunya lalu dia pun terus makan.

Pada hari ketiga, selepas selesai solat, anak itu tidak menjumpai makanan bawah tudung saji

dan dalam periuk. Tapi ibunya telah tinggalkan di dalam kabinet dapur. Lalu dia pun terus

makan.

Begitulah yang berlaku selama beberapa tahun. Tapi Allah nak tarbiah anak ini. Pada hari

berikutnya, si ibu bergegas menghadiri pengebumian saudaranya dan terlupa untuk memasak

makanan anaknya.

Selepas saudaranya itu dikebumikan, si ibu bergegas pulang dan di dapati anaknya sedang

menunggu di depan pintu sambil tersenyum. Lalu anaknya pun berkata, "Sedap betul lauk ibu

masak, tak pernah rasa masakan ibu yang paling sedap macam hari ni."

17

Ibunya terdiam lalu bertanya apa telah terjadi. Si anak menjawab, "Saya pulang dari sekolah, lepas solat saya turun makan check tudung saji tiada makanan. Check dalam periuk pun tiada. Check dalam kabinet dapur pun tiada Saya rasa solat saya tadi banyak cacat cela lalu saya bersolat sekali lagi. Selepas tu saya check masih tiada makanan di semua tempat tadi. Mungkin solat saya masih Allah belum terima sebab sebelum ni tiada masalah pun. Saya pun solat lagi sekali untuk kali ketiga, perbaiki supaya lebih khusyuk dan mohon kepada Allah. Apabila saya turun, makanan telah terhidang di atas meja dan lauk dia yang paling best pernah saya rasa." Ibunya masih dapat mencium bau lauk yang wangi itu yang masih melekat dari mulut anaknya. Orang alim beritahu, makanan tersebut Allah hantar cash dari syurga. Ibunya dikisahkan pergi juga ke dapur tapi tiada apa-apa yang dilihat. Ganjaran tersebut hanya untuk si anak. Apabila keyakinan kepada Allah 100%, maka di situlah bantuan Allah sampai melalui perantaraan solat seperti yang berlaku pada zaman Nabi S.A.W dan para sahabat r.hum dulu. Firman Allah, "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." Taha 20:132 Hanya Allah Maha Mengetahui. Oleh Aji Yusop dipetik dalam fanpage giller kentang.

18

FORMULA 60: SPEKTRUM DI SYURGA

Sejak saya tahu yang isi dunia ini adalah 1 sahaja daripada 100 spektrum kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT, Saya rasa saya tidak ubah seperti sampah yang berdebu di jalanan… isi Dunia kelihatan tidak berharga, isi Dunia yang kita agung-agungkan ini kelihatan kecil pada sudut pandangan. Saya rasa isi yang ada di DUNIA ini bukanlah apa-apa. Kosong-sekosongnya. Kerana 99 spektrum keajaiban dan kekuasaan ALLAH selebihnya ada di SYURGA. Bertapa indahnya isi SYURGA itu, Sehinggakan manusia yang ingin masuk ke SYURGA berdiri selama 40 tahun di hadapan pintu SYURGA kerana terlalu kagum dengan keindahan di dalamnya. (Nora Yusof)

19

FORMULA 61: TANDA ORANG-ORANG yang SOMBONG

"Tidak disediakan syurga bagi orang yang mempunyai rasa sombong di dalam hatinya walaupun sebesar zarah" (HR Muslim)

[7 TANDA-TANDA ORANG SOMBONG]

Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong ialah:

1. Cepat melahirkan sifat marah

2. Suka memotong percakapan orang.

3. Suka bermujadalah yakni bertegang leher.

4. Nampak di mukanya rasa tidak senang

jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis.

5. Bercakap meninggikan suara.

6. Pantang ditegur.

7. Tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu tapi ALLAH

melihat HATI kamu”.

20

FORMULA 62: AMBILLAH WAKTU

⊙ Ambillah waktu untuk BERFIKIR, itu adalah sumber KEKUATAN.

⊙ Ambillah waktu untuk BERDOA, itu adalah sumber KETENANGAN.

⊙ Ambillah waktu untuk BELAJAR,

itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN.

⊙ Ambillah waktu untuk BEREHAT, itu adalah sumber KESEGARAN.

⊙ Ambillah waktu untuk MENCINTAI dan DICINTAI,

itu adalah sumber HAK ISTIMEWA yang di berikan ALLAH.

⊙ Ambillah waktu untuk BERAMAL, itu adalah KUNCI menuju SYURGA.

Dipetik daripada mz fanpage giller kentang.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan kurang ketawa dan

banyak menangis.- Riwayat Al-Bukhari, (hadis dipetik daripada Fahmy Adam)

21

FORMULA 63: BERSANGKA BAIK

Apabila seseorang mengeluarkan satu status di wall facebook atau lain-lain laman maya

perihal:

makanan

gambar

keagamaan

dan sebagainya

>>>Bukanlah bermakna dia ingin menunjuk-nunjuk atau mencari perhatian orang lain. Mungkin

ada aktiviti dia lakukan yang kita tidak nampak di sebalik facebook.

>>>Boleh jadi dia memerlukan semua orang mengaminkan doanya

>>>Boleh jadi dia sedang memerlukan kekuatan dan semangat daripada kawan-kawannya.

>>>Boleh jadi dia sedang mendengar ayat-ayat suci Al-quran sambil berfacebook.

>>>Boleh jadi dia sedang membaca buku sambil berfacebook

>>>Boleh jadi dia dah siapkan segala tugasnya sambil berfacebook

>>>Boleh jadi dia seorang usahawan yang mencari rezeki membalas mesej-mesej customer

sambil berfacebook

>>>Boleh jadi dia sedang membaca status-status Islamik FB atau melihat video di youtube yang

dapat menyedarkan dan menginsafkan diri dia.

>>>Boleh jadi dia mendapat maklumat berguna, ILMU atau berita-berita terkini daripada

facebook kerana membaca status dan sebagainya...

22

Bagaimana kamu boleh berperasangka kepada orang yang mengUPDATE status di FB sebagai orang yang lalai?? Kamu ada bukti?? Hanya kerana status UPDATEnya yang tidak bermanfaat?? ------------------------------------------------------------------------------------- Boleh jadi dia sedang stress dan memerlukan sokongan dan rakan-rakan bagi menghilangkan resah di hatinya walaupun dia sudah meluahkan rasa masalahnya pada ALLAH taala. Tetapi dia tetap inginkan perhatian manusia kerana kita jangan lupa ALLAH SWT memberikan penyelesaian setiap masalah kita adalah melalui manusia dan cara yang tidak disangka-sangka. ALLAH tidak turunkan penyelesaian masalah secara langsung dari langit tanpa sebarang perantaraan. Harap maklum. dan perantaraan itu ialah melalui manusia lain. Jadi berbaik-baiklah kita dengan orang lain. JADIKAN FACEBOOK sebagai MASJID kita untuk tambahkan PAHALA (seperti: post-post status bermanfaat islamik, Ilmu, kisah tauladan dan sebagainya) JANGAN JADIKAN FACEBOOK sebagai TEMPAT MAKSIAT tambahkan DOSA. (seperti: Jangan mengumpat, membuka aib dan sebagainya) jika kita terasa panas, sakit hati dan sebagainya dengan status seseorang sila triple cek. Kalau kita tidak makan cili manakan hendak terasa pedasnya. IMAM SHAFIE ~ "Jika kita menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah kita bersangka baik pada orang lain setiap MASA" Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah telah memberikan wahyu kepadaku, hendaklah kalian bersikap tawadhuk(rendah hati) sehingga tidak ada seseorang yang membanggakan dirinya atas orang lain dan tidak ada seseorang yang menganiaya orang lain.”- (HR Muslim) Dari Muaz bin Jabal r.hu meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “barangsiapa yang memalukan saudaranya yang muslim dengan sesuatu dosa yang dia telah bertaubat dengannya, Allah tidak akan mematikannya sehinggalah dia sendiri terjerumus ke dalam dosa tersebut.” Maka berhati-hatilah, jangan jadikan facebook dll laman maya sebagai ladang dosa kita, banyakan baik sangka pada orang, jadikan facebook tempat merapatkan UKHWAH dan persaudaraan. (Nora Yusof)

23

FORMULA 64: MATLAMAT ILMU

MATLAMAT kita semua sebelum MATI,

Dengan ILMU...

ILMU itu CAHAYA,

dan

CAHAYA itu ialah

AL-QURAN dan AS-SUNAH

Kita bukan mencari HEBATnya manusia.

Kita mencari HEBATnya SANG PENCIPTA.

Ilmu yang dicari...

Ilmu yang didalami...

Ilmu yang diamali...

Ilmu yang dipelajari...

adalah untuk kita

mengenali...

sang pencipta yang bernama.. ILAHI,

sebelum kita semua pulang ke kampung ABADI,

supaya dapat tinggal di ISTANA TERTINGGI,

SYURGA FIRDAUSI.

(Nora Yusof)

24

FORMULA 65: HARGAI-MENGHARGAI

Marilah kita sama-sama tolong-menolong dalam melakukan kebaikan,

Marilah kita sama-sama hargai dan menghargai kebaikan yang dilakukan oleh manusia lain.

Dengan cara memberi sokongan antara satu sama lain.

kerana, dengan cara ini akan dapat membuatkan seseorang yang berniat melakukan kebaikan

akan sentiasa bersemangat dan berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan.

Sifat menolong dan menghargai ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada perasaan:

1) Was-was @ ragu-ragu.

2) Rendah diri

3) Putus asa

4) Lemah

5) Kembali kepada KEJAHATAN

6) Buruk Sangka

7) dan lain-lain

kerana sebagai khalifah di atas MUKA BUMI ini adalah menjadi KEWAJIPAN kita menjaga dan

menyebarkan DAKWAH KEBAIKAN dan AGAMA ALLAH.

BUMI ini sudah TUA,

kerana PAKU-PAKUnya

sudah banyak dicabut-cabut,

MAKSIAT bermaharajalela,

Dunia AKHIR ZAMAN direbut-rebut,

Jika hendak SELAMAT,

buatlah amal KEBAJIKAN berturut-turut

kerana… Manusia sudah LUPA,

dalam Al QURAN hari KIAMAT yang disebut-sebut,

hampir TIBA.

(Nora Yusof)

25

FORMULA 66: BELAJARLAH

✿~ Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN

✿~ Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA

✿~ Belajarlah TAAT walau BERAT

✿~ Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI

✿~ Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN

✿~ Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA

✿~ Belajarlah MENGASIHI walau DISAKITI

✿~ Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH

✿~ Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH

“Belajar dari Kesalahan membuatmu dewasa dan belajar dari pengalaman orang lain membuatmu bijaksana”

Percayalah bahawa ALLAH SWT selalu di samping kamu.

Ubahsuai daripada Jj gillerkentang fanpage

26

FORMULA 67: KEAJAIBAN MATEMATIK

(ilmu Allah)

" PERTAMA :

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

" KEDUA :

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 + 10 = 1111111111

" KETIGA :

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

27

Cuba lihat simetri ini :

" KEEMPAT :

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Kurang hebat ?

Sekarang lihat ini :

Jika 101% dilihat dari sudut pandangan Matematik, apakah ia

sama dengan 100%, atau ia LEBIH dari 100% ?

Kita selalu mendengar orang berkata dia boleh memberi lebih

dari 100%, atau kita selalu dalam situasi di mana seseorang ingin

kita memberi 100% sepenuhnya.

Bagaimana bila ingin mencapai 101% ?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah ini dapat

membantu memberi jawapannya.

Jika

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ Disamakan sebagai 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17

18 19 20 21 22 23 24 25 26

28

Maka, kata KERJA KERAS bernilai :

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1 = 99%

H-A-R-D-W-O-R-K

8 + 1 + 18 + 4 + 23 + !5 + 18 + 11 = 99%

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%

A-T-T-I-T-U-D-E

1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%

Sikap diri atau ATTITUDE adalah perkara utama untuk mencapai

100% dalam hidup kita.

Jika kita kerja keras sekalipun tapi tidak ada ATTITUDE yang

positif di dalam diri, kita masih belum mencapai 100%.

Tapi, LOVE OF GOD

12 + 15 + 22 + 5 + 15 + 6 + 7 + 15 + 4 = 101%

atau, SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

( ertinya, Cinta & Kasih Sayang ALLAH melampaui Segalanya...)

SUBHANALLAH~!! T_T

Oleh: Dwen Rasid dipetik daripada Wan Amri.

29

FORMULA 68: MENGETUK PINTU REZEKI

Terdapat seorang manusia yang bekerja sebagai seorang tukang urut. Ketika dalam perjalanan pergi mengurut, maknya menelefon meminta duit sebanyak jumlah RM300. Tukang urut ini menuju ke bank dan 'check' akaun banknya hanya ada baki RM280. Jadi, duit yang mak minta tu tidak cukup untuk diberikan, oleh keran tidak cukup, dia pergi bekerja mengurut terlebih dulu. Orang yang hendak diurut tersebut orang kaya. Orang kaya tersebut mempunyai penyakit strok. tetapi bersifat kedekut. Setelah selesai mengurut, tukang urut tersebut diberi upah sebanyak RM50. Kemudian, si tukang urut ini memasukkan baki duitnya ke dalam bank untuk dikirimkan kepada emaknya yang meminta tadi. Dia sentiasa mengutamakan keperluan emaknya terlebih dahulu. Dia sangat yakin dengan janji ALLAH bahawanya setiap kebaikan yang dilakukan akan dilipatgandakan. setelah itu dia pulang ke rumahnya. Tiba-tiba pada waktu malam, dia mendapat panggilan daripada orang kaya tersebut. Orang kaya itu menyuruhnya datang rumah semula kerana hendak memaklumkan betapa gembiranya dia sudah boleh berjalan semula selepas diurut oleh tukang urut tersebut. Orang kaya tu menghadiahkan sebiji kereta dan RM15 ribu kepadanya. Itulah rezeki yang tidak di sangka yang diperolehi. Sekarang si tukang urut ini telah menjadi seorang Ustaz. selepas mendapat hadiah duit daripada orang kaya tersebut, dia menghantar emaknya menunaikan ibadah Haji di MEKAH. Subhanallah. berbuat baiklah dengan ibu bapa kita selagi masih ada hayat mereka. Terlalu besar ganjarannya. Rezeki melimpah-ruah dan kehidupan berkat akan diperolehi. (Mz giller kentang fanpage)

30

FORMULA 69: MISKIN atau KAYA itu PILIHAN

Menjadi KAYA atau MISKIN itu PILIHAN.

Menjadikan kaya atau miskin itu sebagai HALAL dan HARAM juga PILIHAN.

"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberikan banyak manfaat kepada diri dan orang

lain." ~ RASULLULLAH.

iaitu mereka yang boleh memberikan sumbangan yang banyak.

JIKA kita MISKIN, mampu ke kita memberi manfaat kepada orang lain?

Memang betul kita hidup miskin dan asalkan halal,

tetapi fikirkan apakah sumbangan kita kepada orang lain?

Cukup sekadar menjaga diri kita sendiri bukan?

Berapa ramai orang miskin yang hidup secara HALAL?

JIka kita KAYA, kita mampu memberi bukan?

Kita mampu menyumbang mempermudahkan hidup orang lain bukan?

Berapa ramai orang kaya yang hidup secara HARAM?

Tuan Guru saya, iaitu, DR. AZIZAN OSMAN,

seorang JUTAWAN MALAYSIA,

Beliau seorang yang KAYA bukan?

Bagaimana beliau memanfaatkan kekayaan beliau?

OLEH itu,

BERHENTILAHlah berfikir BAHAWA

“lebih baik HIDUP MISKIN lagi HALAL daripada HIDUP KAYA tapi HARAM”.

YANG menjadikan HALAL atau HARAM itu PILIHAN KITA. Benar bukan?

Tidak percaya kata-kata saya? Sila renungkan.

ITU semua UJIAN ALLAH semata. Siapa suruh KITA menjadi orang KAYA yang JAHAT?

ALLAH tidak suruh, ALLAH suruh KITA JADILAH orang KAYA yang BERSYUKUR dan BERSEDEKAH.

(Nora Yusof)

31

FORMULA 70: TEMPAT ASAL KITA

Dosa Jangan di ( + )

Amal Jangan di ( - )

Cinta Jangan di ( : )

Hidup hanya 1 ( x )

Gugur Bunga kerana Layu..

Gugur Iman kerana Nafsu..

Gugur Cinta kerana Cemburu...

Tertawa kerana Bahagia..

Menangis kerana Derita..

Bertaubat kerana Dosa..

Beribadah kerana Takwa...

Hidup tanpa Cinta pasti hampa..

Hidup gila Harta pasti celaka..

Hidup penuh dosa akan ke Neraka..

Hidup Bersyukur dan apa adanya

In Sha Allah akan Bahagia ^__^

Tempat asal kita ialah SYURGA,

Jadi berusahalah kembali ke tempat asal kita

dengan SELAMAT.

32

RINGKASAN FORMULA REZEKI MELIMPAH-LIMPAH

:: FORMULA REZEKIMU MELIMPAH-LIMPAH...::

CARA NABI MUHAMMAD S.A.W

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya

dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat

setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca

kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuatkan hatimu kaya

dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan

kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”

(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah

jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,

menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah

menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang

dibuatnya.”

(Riwayat at-Tirmizi)

33

4.Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri

kepada orang beriman.

Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati

Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”

(Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur

dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali

kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan

umurnya.”

(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki

(Allah ) daripadanya.”

(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua,

orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi

s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di

kalangan kamu.”

(Riwayat Bukhari)

34

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat

sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”

(Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu

dapat menghilangkan kesusahan,

kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan

disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,

menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh

berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka

hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”

(Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara

termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah .

Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah

akan memurahkan rezeki.”

(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

35

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda

kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah

azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian

kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya

Allah menyedikitkan baginya.”

(Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab

seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga

mempunyai rahsia tersendiri.

Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu

permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat.

Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi

sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi:

“… dan Kami akanmemberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

(Ali Imran: 145)

36

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan

melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah,

dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali

setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan

rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab

dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang,

diiringi doa:

“Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya

Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam,

dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada

rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya

Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah

berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah

beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.

(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah

rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang

baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik

dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat

dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

37

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah .

Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan

(keperluannya) .”

(At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi

rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”

(Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.

Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan

memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah

buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu

Allah limpahkan hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

38

PENUTUP Sekiranya saya Nora Yusof, sedang menasihati kamu, bukanlah bererti sayalah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukanlah juga yang paling solehah dalam kalangan kamu, kerana... saya juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Mungkin saya adalah yang paling hina dalam kalangan kamu semua. Ambillah yang mana-mana ilmu ALLAH yang baik terutama dari ALQURAN dan ASSUNNAH sebagai PANDUAN hidup kita. Terima kasih kerana terus menyokong tulisan saya yang serba kurang ini

"Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan adalah merendah hati. Dan kunci kebaikan

(kehormatan) adalah taqwa... "

Allah berfirman:

"Sesungguhnya amalmu bermacam-macam

maka barangsiapa yang memberikan hartanya ke jalan ALLAH dan bertakwa dan mengakui

adanya PAHALA yang berbuat baik, maka kami mudahkan baginya jalan menuju kesenangan

(kebahagiaan),

yang menginfakkan hartanya di jalan ALLAH untuk membersihkan diri, memberikan manfaat

semata-mata untuk mencari keredaan ALLAH yang maha Tinggi. Dan kerana itu dia mendapat

kesenangan yang sempurna."

Surah Al-LAIL surah ke 92 1-14 petikan tafsir Al-Quran.

Selamat beramal bagi menghidupkan hati kita yang mati dan membuka seterusnya menarik

rezeki yang melimpah-limpah, semoga bermanfaat dengan ilmu yang sedikit daripada saya ini

dan tuan guru, sejuta maaf saya ucapkan, andai tersalah bicara, tersalah maklumat, yang baik

itu semua kepunyaan allah swt. jika ada persoalan, pertanyaan pembetulan sangat-sangatlah

saya alu-alukan.

BOLEH HUBUNGI:

FACEBOOK SAYA Nora Yusof, https://www.facebook.com/naora.ayabito

ALAMAT E-MEL: [email protected] No Telefon: 013-2465712

39