ebook teknik baca cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...baca-cepat-download-p… ·...
TRANSCRIPT
Ebook Teknik Baca Cepat
4 Teknik Yang Akan Meningkatkan 33%
Kelajuan Membaca Anda
(Download Percuma)
islamicparentingnetwork.net 2
Pengenalan
islamicparentingnetwork.net 3
Bagaimana Otak Kita Bekerja Ketika Membaca.
Jika kanak-kanak ditanya, adakah mereka berminat dengan video games? 9 dari 10
orang kanak-kanak menjawab ya. Tetapi bila ditanya adakah mereka suka
membaca.. jumlah yang sama akan menjawab tidak.
Kenapa? Sebab masyarakat kita terlupa akan satu kemahiran yang perlu diajar pada
anak mereka selepas mereka pandai membaca iaitu ‘speed reading’ atau ‘baca
cepat’. Perkara yang bergerak atau datang perlahan tidak digemari otak. Cuba
bercerita pada mereka secara perlahan. Contohnya, Paaaadaaaa suatuuuuu
hariiiiiii….. tentu membosankan jugakan?
Jika kanak-kanak diajar awal tentang kaedah ini, mereka akan mampu melakukan
speed read dengan lebih 800 perkataan seminit pada umur 14 tahun. Kelajuan biasa
orang dewasa adalah 150 perkataan seminit. Menurut US Labor Department, ahli
perniagaan atau ahli korporat yang membaca 7 buku perniagaan/pemasaran
setahun, mempunyai pendapatan 230% lebih banyak dari mereka yang membaca 1
buku sahaja setahun. Bagi orang dewasa, ia bagus untuk cemerlang dalam kerjaya.
islamicparentingnetwork.net 4
Kita hanya menggunakan 10% daripada kapasiti otak kita. Otak kita cepat bosan
sesuatu yang datang perlahan. Menunggu dalam waktu yang lama sangat
membosankan tetapi mengejar sesuatu dengan pantas sangat mengujakan.
Terutama jika kita tahu hadiah ‘ilmu’ yang kita akan dapat di penghujungnya.
Begitu juga dengan membaca pantas. Otak akan rasa teruja. Ia akan jatuh minat
dan menjadi lebih fokus mengejar ayat-ayat yang dibaca. Ia seolah-olah satu
‘permainan’ baginya. Ia mengelakkan otak kita melayang memikirkan benda lain
ketika membaca sebab kebosanan dengan kelajuan kita itu. Ini menyebabkan
adakalanya ketika kita membaca perlahan, kita masih tidak faham apa yang telah
dibaca.
Kepentingan Membaca Cepat
Setiap manusia mempunyai kelebihan dan minat yang berbeza-beza. Kita belajar
dan menuntut ilmu untuk mengembangkan bakat dan kelebihan kita. Kebanyakkan
ilmu untuk mengembangkan bakat ini adalah dengan membaca. Maklumat dan
ilmu kelihatan bersepah-sepah di internet, perpustakaan dan kedai-kedai buku.
Tiada masalah dengan sumber ilmu. Yang masalahnya adalah diri kita sendiri.
Rasa berat untuk membaca ilmu-ilmu itu yang sangat mengambil masa kita yang
sudah memang sibuk. Kita tidak boleh menghadam pantas kerana kekurangan kita
dalam kelajuan atau ‘kemahiran membaca’ ilmu tersebut.
Sudah berlalu zaman dimana kita hanya mengajar anak kita setakat pandai
membaca sahaja. Kita perlu juga mengajar mereka kemahiran meningkatkan
kelajuan membaca juga. Pandai membaca tidak semestinya mereka akan suka
membaca atau banyak membaca. Dengan kelajuan membaca yang meningkat,
minat membaca juga akan meningkat. Sebuah buku yang nipis selalunya
mengambil masa 2-3 hari untuk membacanya, sekarang boleh dihabiskan tidak
sampai 1 jam! Sudah tentu amalan membeli buku dan menyimpan buku didalam
almari hingga ada masa untuk membacanya, tidak akan terjadi.
islamicparentingnetwork.net 5
Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca sekurang-
kurangnya 33% lebih cepat dari biasa.
1. Reticular Activating System
Adakala sistem otak akan hanya mula bekerja setelah kita memberi ‘pengenalan’
kepadanya. Contohnya, jika kita baru membeli sebuah kereta proton yang terbaru
dengan warna terkini. Baru saja keluar dari kedai proton, dalam perjalanan balik ke
rumah, kita lihat rupanya sudah ramai orang yang memiliki model baru yang kita
pakai itu. Sebelum ini kita tidak perasan pun. Ini dinamakan ‘Reticular Activating
System’. Kita akan lihat apa yang otak kita mahu mata kita lihat.
.
Begitu juga dengan baca cepat ini. Tidak semua orang pernah dengar atau tahu
tentang baca cepat ini. Jika anda membaca buku ini, anda telahpun diperkenalkan
untuk pertama kali atau untuk beberapa kali, idea tentangnya. Kita mengenalkan
idea dan konsep kepada otak kita. Kemudian kita akan lihat setiap kali kita
memegang buku, kita akan mencuba serba sedikit. Hingga satu hari kemahiran itu
semakin baik.
islamicparentingnetwork.net 6
Peringkat kedua dalam Reticular Activating System adalah dengan
memperkenalkan tajuk buku dan isi kandungan buku sebelum buku itu dibaca.
Beritahu otak apakah yang akan dibincangkan didalam buku itu. Adakah mengenai
bagaimana untuk diet? Atau ia berkenaan agama - tentang puasa dan qada puasa
dan sebagainya. Kita perlu maklumkan pada otak kita berkenaan apa yang di baca
itu serta tujuan dan kepentingannya untuk diri kita. Bila kita ada tujuan, kita tidak
akan membazir masa untuk ‘melayarkan’ minda kita ke dunia lain ketika
membaca. Kita akan fokus dengan apa perlu kita dapatkan dari bacaan tersebut.
2. Mata suka benda yang bergerak.
Pernahkah ketika anda duduk santai menikmati teh panas di balkoni rumah anda
sambil mata anda menikmati pemandangan yang indah, tiba-tiba anda terasa
kucing anda lalu di sisi anda dan anda dengan cepat mengalihkan mata anda untuk
melihatnya. Benar, ia kucing anda. Kenapa anda sudah tahu tetapi masih mahu
melihatnya? Ini adalah bukti mata anda sukakan pergerakan. Ia lebih sukakan
pergerakkan dari benda yang statik.
Maka untuk membaca dengan cepat dan kefahaman yang meningkat, kita perlu
buat apa yang otak suka. Iaitu berikan pergerakkan. Gunakan pointer, atau
penunjuk semasa membaca. Sama seperti kita membaca al Quran dulu kala. Kita
membaca al Quran menggunakan penunjuk, tetapi bila membaca buku, kita tidak
terfikir untuk menggunakan penunjuk. Penunjuk yang bergerak ketika membaca
adalah satu alat yang diminati oleh mata.
islamicparentingnetwork.net 7
3. Postur Badan Ketika Membaca
Postur badan ketika membaca juga memberi kesan kepada kelajuan membaca kita.
Contohnya jika kita membaca dalam keadaan baring, dengan buku diletakkan di
dada, mata secara automatisnya berada diarah mudah untuk melihat tubuh tetapi
dipaksa untuk melihat buku. Sukar untuk mata menumpukan pembacaan terutama
di bahagian pertengahan ke bawah mukasurat buku tersebut. Mata kita akan cepat
letih. Akhirnya kita akan tertidur dengan buku yang kita baca itu.
Membaca diatas meja yang terlalu rendah juga tidak bagus. Ia menyebabkan
kepala tunduk terlalu ke bawah dan akan memenatkan kita. Kepala yang tunduk,
akan terkeluar dari paksi leher menyebabkan urat leher terpaksa memegang berat
kepala itu dengan lebih kuat. Berat kepala kita adalah lebih kurang 4 kg. Selepas
islamicparentingnetwork.net 8
20 minit kemudian, kita akan berasa letih. Badan kita akan mula cuba untuk
berkomunikasi kepada otak menghantar signal bahawa ia letih. Bermakna, ada 2
komunikasi sedang berlangsung dengan otak. Satu dari mata yang mengarah otak
untuk memproses maklumat, dan satu lagi dari leher dan badan yang mengarah
untuk mengubah kedudukan kerana penat. Ini akan menyebabkan kefahaman
dalam menyerap apa yang dibaca makin kurang. Kita akan rasa letih dan hilang
fokus untuk membaca dengan cepat dan tidak boleh mencapai kefahaman yang
tinggi.
Semakin kurang tenaga untuk melakukan benda lain selain dari membaca buku,
semakin laju dan tinggi kefahaman bacaan anda.
4. Kurangkan Mengulang Ketika Membaca
Kebanyakkan kita selalu mengulang baca sebanyak 30% dari keseluruhan waktu
membaca kita. Ini adalah kerana kita mempunyai sikap ‘aku mahu mengetahui apa
benda yang tak faham tu’. Contohnya kita tidak faham satu perkataan itu. Kita
mula mengulang. Jika masih tidak faham, kita berhenti dan bertanya orang lain.
Jika orang lain pun tidak dapat menjawab, kita mencari kamus atau mencari
maksudnya di internet dengan menaipnya di google. Bila jadi begitu, otak kita
akan menjadi letih dan cepat bosan dengan banyaknya perhentian.
Kurangkan mengulang jika anda tidak faham mana-mana satu perkataan, teruskan
hingga habis perenggan. InsyaAllah anda akan tahu apa ceritanya selepas habis
perenggan tersebut. Jika masih tidak faham, teruskan hingga habis satu mukasurat
itu. Mengulang semula apa yang anda baca samalah dengan anda ‘reverse kereta’
anda setelah ianya dipandu laju. Ia akan menyebabkan anda jadi lambat. Anda
telah membantutkan kelajuan yang digemari otak yang tengah keseronokkan
membaca tadi.
Cuba lihat perkataan dibawah ini. Adakah anda tahu apa maksudnya?
i. bheni
ii. ladnga
islamicparentingnetwork.net 9
iii. tuhmub
iv. akra
v. utnas-utnas
vi. hacaay
vii. mnejuanlg
viii. tukat
ix. anka
x. mengugnu
xi. mengisa
Sekarang kita gunakan perkataan itu dan membaca tanpa berhenti keseluruhan
ayat. Jangan berhenti jika anda tidak faham perkataan tersebut. Setelah selesai,
tanya diri anda, adakah anda faham apa yang dibaca dalam keadaan anda tidak tahu
perkataan yang dihitamkan itu? Adakah anda faham cerita yang ingin dibawa ini?
Ada 2 biji bheni tanaman yang terhampar di sebuah ladnga yang subur. Benih
yang pertama berkata,” Aku ingin tuhmub besar. Aku ingin menjejakkan akraku
dalam-dalam di tanah ini dan menjulang utnas-utnasku kelangit. Aku ingin
merasakan hacaay matahari dan kelembutan air embnu pagi di pucuk-pucuk
daunku. Dan benih itu tuhmub..semakin mnejuanlg.
Benih yang kedua tergamam mendengar kata-kata benih pertama, “Aku tukat. Jika
ku tanamkan akarku ke tanah ini, aku tak tahu apa yang akanku temui dibawah
sana. Bukankah disana sangat gleap? Dan jika ku tembuskan tunasku keatas, pasti
ada anka kecil bermain akan lalu disini dan mencabutku.”
Dan benih itu pun mengugnu sendirian.
Beberapa minggu kemudian, seekor ayam mengisa tanah itu dan menemui benih
yang kedua tadi dan segera mematuk dan memakannya.
islamicparentingnetwork.net 10
Kebanyakkan orang akan faham setelah dia selesai ke baris akhir. Tidak perlu
berhenti melihat kamus atau mengulang 2-3 kali sehingga faham, sebelum ke ayat
seterusnya. Tetapi jika kita tidak mahu ‘memaksa’ diri untuk meneruskan
pembacaan selepas terjumpa perkataan yang tidak faham, ia akan membantutkan
objektif meningkatkan kelajuan membaca.
Otak Kiri dan Kanan ketika membaca
Otak kiri membaca secara teliti dan teratur. Membaca satu perkataan demi satu
perkataan dalam satu baris. Dia ingin memastikan setiap patah difahami dengan
jelas. Otak kanan pula membaca secara keseluruhan atau satu kumpulan.
Bermakna ia melihat secara keseluruhan apa yang dibaca tersebut. Dia boleh
membaca gambar dengan sekali imbas dan membuat kesimpulan dengan cepat.
Jika anda boleh membaca cerita didalam kotak tadi dengan sekali baca sahaja,
bermakna anda telahpun menggunakan otak kanan. Jika anda diberi arahan supaya
jangan berhenti jika tidak faham, dan anda masih berhenti juga untuk mencari apa
maksud perkataan hitam itu, ini bermakna anda menggunakan otak kiri dan sukar
untuk menggunakan otak kanan ketika membaca. Segalanya memerlukan latihan.
islamicparentingnetwork.net 11
Latihan Otak Kanan Untuk Kanak-Kanak
Untuk melatih otak kanan bagi kanak-kanak pula, salah satu daripadanya adalah
dengan mengajar mereka melihat secara keseluruhan dengan cepat. Contoh
menggunakan flashcard Right Brain dari huruf A ke huruf Z yang disertakan
dengan ebook Teknik Baca Cepat ini.
Cuba tengok kad huruf itu. Ianya kelihatan seolah seperti kad biasa yang mengajar
huruf dan perkataan yang bermula dengan huruf tersebut. Kemudian tutup kad
itu dan soal anak anda dengan soalan yang disediakan dengan gambar tersebut.
Contoh soalan :
1. Berapa ekor semut di dalam gambar tadi?
2. Yang manakah lebih banyak, semut merah atau semut
biru?
3. Buah epal dalam gambar tadi berwarna hijau atau
merah?
4. Dan lain-lain soalan.
islamicparentingnetwork.net 12
Ini akan melatih mata kanak-kanak untuk memerhati dan mengingat dengan cepat
secara keseluruhannya.
Baca cepat memerlukan fokus. Kita tidak boleh membaca cepat sambil jari-jari
bermain dengan rambut panjang kita itu (bagi perempuan), menggoyang kaki, atau
memicit jerawat! Jika tenaga fokus ini dialihkan ke tempat lain, bermakna bukan
sahaja kelajuan baca cepat kita akan menurun, malah kefahaman apa yang dibaca
itu juga akan menurun.
Percayalah, jika kita sudah berlatih untuk 3-4 hari untuk membaca cepat, dan
kemudian kita cuba untuk membaca seperti sebelumnya, kita akan rasa betapa kita
membazirkan banyak masa dengan cara kita dahulu. Kita akan berkata, “kenapalah
kita tidak terfikir untuk membaca lebih cepat seperti sekarang”. Berlatihlah dengan
menggunakan apa-apa buku yang agak nipis yang anda telah beli tetapi belum
dibaca yang diletakkan di dalam almari itu. Jadikan ianya satu latihan dengan 5
mukasurat sehari dengan 4 teknik ini.
Selamat Mencuba!
Lina Karim
islamicparentingnetwork.net 13
Untuk Modul yang tersusun dan latihan yang lebih terancang, anda boleh dapatkan
di ‘Ebook Teknik Baca Cepat”.
Pakej Ebook Teknik Cepat Baca
1. Ebook Teknik Cepat Baca
2. Kids Right Brain Alphabet Set
Boleh didapati di bacacepat.islamicparentingnetwork.net
islamicparentingnetwork.net 14