edaran dalaman fokus akruan - anm.gov.my akruan 1.pdf · memberi manfaat kepada para pembaca untuk...

8
1 Julai - September 2013 Edaran Dalaman Isu No.1 Isu No 1 - JUL- SEP 2013 Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Fokus AKRUAN Fokus AKRUAN Fokus AKRUAN KANDUNGAN EDISI INI Temuramah bersama YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Siregar Abdullah. -Mesej daripada Akauntan Negara Malaysia. -Pengenalan Kepada Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan 2015. -Akvi-akvi Perakaunan Akruan ( Kursus IPSAS-CFO Training-- Bengkel Pengumpulan Data dll.)

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edaran Dalaman Fokus AKRUAN - anm.gov.my AKRUAN 1.pdf · memberi manfaat kepada para pembaca untuk memahami dan menerima perubahan dalam pelaksanaan malahan juga dapat menyokong peralihan

1

Julai - September 2013 Edaran Dalaman

Isu No.1

Isu No 1 - JUL- SEP 2013

Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan

Fokus AKRUANFokus AKRUANFokus AKRUAN

KANDUNGAN EDISI INI Temuramah bersama YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Siregar Abdullah. -Mesej daripada Akauntan Negara Malaysia. -Pengenalan Kepada Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan 2015. -Aktiviti-aktiviti Perakaunan Akruan ( Kursus IPSAS-CFO Training-- Bengkel Pengumpulan Data dll.)

Page 2: Edaran Dalaman Fokus AKRUAN - anm.gov.my AKRUAN 1.pdf · memberi manfaat kepada para pembaca untuk memahami dan menerima perubahan dalam pelaksanaan malahan juga dapat menyokong peralihan

2

FOKUS AKRUAN

DARI MEJA EDITOR

Buletin Fokus AKRUAN ini merupakan salah satu medium penyebaran maklumat bagi warga kerajaan untuk mengetahui perkembangan semasa Projek Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan. Fokus AKRUAN ini akan diterbitkan pada setiap suku untuk memberikan paparan yang terkini mengenai pelaksanaan perakaunan akruan. Terbitan keluaran pertama Fokus AKRUAN ini akan memaparkan penerangan ringkas berkenaan objektif dan halatuju projek pelaksanaan perakaunan akruan.

Kerajaan telah menetapkan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) bagi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) melalui Program Transformasi Ekonomi. Antara IPS yang ditetapkan ialah Mengukuhkan Sektor Awam. Salah satu Langkah Dasar Strategik (Strategy Policy Measure) bagi mengukuhkan sektor awam ialah melalui Disiplin Fiskal dan Pembaharuan. Untuk tujuan ini, Sistem Perakaunan Akruan akan dilaksanakan bagi memastikan pengurusan fiskal yang lebih berhemat dan seterusnya dapat melaksanakan pengurusan kewangan sektor awam yang lebih efektif dan setanding dengan negara maju. Pada 11 Mei 2011, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah meluluskan pelaksanaan perakaunan akruan bermula tahun 2015.

Kerajaan Persekutuan kini mengamalkan asas perakaunan tunai ubahsuai iaitu satu kaedah perakaunan yang mengiktiraf dan merekod sesuatu urusniaga apabila tunai diterima atau dibayar dalam tempoh perakaunan tersebut. Segala perbelanjaan di bawah kaedah ini akan menggunakan peruntukan tahun semasa dan pembayaran dibuat sehingga bulan Januari tahun berikutnya. Manakala, perakaunan akruan pula mengiktiraf sesuatu urusniaga dan peristiwa apabila ianya berlaku dan merekodkan urusniaga dalam tempoh tersebut. Selain itu, perakaunan akruan juga memperakaunkan semua aset dan liabiliti. Semua urusniaga tersebut dilaporkan dalam penyata kewangan dalam tempoh yang sama.

Harapan kami agar Fokus AKRUAN ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada para pembaca untuk memahami dan menerima perubahan dalam pelaksanaan malahan juga dapat menyokong peralihan kepada landskap perakaunan sektor awam yang baru menjelang 2015.

Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan

Julai - September 2013

SIDANG REDAKSI

PENAUNG

Pn Devantri Kaur

PENASIHAT

Dr. Hj. Sofian Bin Kochik

Pn Noorlida Bt Mohd Khalid

KETUA EDITOR

En Mohamad Nor Azam Bin Sabtu

EDITOR

Pn Shabibah Bt Bachok - (UK&P)

Pn Nor Rosita Bt Idris - (UP&P)

Pn Nik Athirah Bt Nik Abdullah- (UTeknikal)

Pn Norhafiza Bt Burhanuddin - (UTeknikal)

Pn Nor Sakilawati Bt Abd. Wahab - (UPPD)

Pn Nor Azila Bt Ramli - (UPPD)

Pn Samsidar Bt Jaafar - (UAplikasi)

Pn Siti Nurbaya Bt Yaudin - (UAplikasi)

Pn Noorifaida Bt Subehi - (UP&P)

Pn Norfarazila Bt Abd. Rahim - (UK&P)

Pn Juliyana Bt Abd. Rahim- (UPP)

Pn Rohaiza Bt Manab - (UPP)

En Mohd Nazri Bin Hassan - (UPP)

PwC - Service Provider : Perakaunan Akruan

IA Group - System Integrator

PENYELARAS PENERBITAN

Pn Norayu Bt Hj Amir

Cik Nor Aniza Bt Rahman

Isu No 1 - JUL- SEP 2013

Edaran Dalaman

Isu No.1

Page 3: Edaran Dalaman Fokus AKRUAN - anm.gov.my AKRUAN 1.pdf · memberi manfaat kepada para pembaca untuk memahami dan menerima perubahan dalam pelaksanaan malahan juga dapat menyokong peralihan

3

FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman

Isu No.1

TEMURAMAH BERSAMA KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Siregar Abdullah

“Negara sedang mengalami transformasi besar-besaran. Untuk menjadi sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi, sistem kewangan negara perlu melalui transformasi yang sama. Negara kita pada masa kini sedang mempraktikkan pelaporan penyata kewangan secara asas tunai. Pelaporan Penyata Kewangan

Negara harus berubah kepada perakaunan asas akruan untuk setara dengan negara-negara maju yang lain. Melalui pelaporan penyata kewangan menggunakan asas akruan ini, kita dapat mengumpulkan kekayaan negara secara total. Begitu juga dengan maklumat liabiliti dapat diperolehi secara total dan seterusnya memberi gambaran maklumat yang lebih tepat berbanding menggunakan perakaunan asas tunai. Dengan adanya financial accounting report, perbandingan maklumat antara cash basis dan akruan dapat dilakukan serta dapat menunjukkan kekuatan kewangan negara yang sebenar. International Monetary Fund (IMF) dan negara maju telah mempraktikkan pelaporan penyata kewangan mengikut kaedah ini. Peralihan dari perakaunan asas tunai kepada akruan merupakan satu transformasi ke arah pengurusan kewangan sektor awam yang lebih efektif dan akan menjadikan Malaysia setanding dengan negara maju.”

-Temuramah bersama PricewaterhouseCoopers, 2013

MESEJ DARI AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA Y.Bhg. Datuk Wan Selamah binti Wan Sulaiman

“Malaysia sekarang berada di dalam proses transformasi dasar dan asas perakaunan negara dari ‘Perakaunan Tunai Ubahsuai’ kepada ‘Perakaunan Akruan’ di mana pelaksanaan penuh mulai tahun 2015. Setelah berdekad lamanya Kerajaan Malaysia menggunakan asas tunai ubahsuai, sudah pastinya transformasi ini

merupakan cabaran besar kepada JANM, terutamanya dalam aspek memberi kesedaran dan kefahaman tentang konsep perakaunan yang baru ini kepada stakeholders iaitu Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan. Ini merupakan salah satu cabaran paling besar dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan dalam pentadbiran kewangan Kerajaan Persekutuan. Oleh yang demikian, ini adalah masa untuk kita menjadi sebahagian daripada perubahan ini, kerana pada masa kini berubah bukan lagi satu pilihan, tetapi adalah satu kemestian. Semua penjawat awam perlu lebih cekap, berkesan, berani berubah serta peka kepada perubahan semasa untuk menangani persaingan dari dalam dan luar organisasi. Kita perlu memantapkan daya saing dan keupayaan diri melalui penguasaan dalam ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang berkaitan. Justeru itu, berbekalkan sumber manusia yang kompeten, insyaAllah segala permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh jabatan dan negara akan dapat ditangani.”

-Ucapan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011, 24 Mei 2012

“Saya menyeru kepada semua untuk

sama-sama berganding bahu, sepakat dan

bekerja sebagai satu pasukan

dalam menghadapi cabaran ini. Kita semua

harus bergerak selari dalam

memainkan peranan masing-masing bagi

menjayakan transformasi ini,

seperti sebuah orkestra, di mana setiap seorang

daripada kita adalah diibarat sebagai ahli

muzik yang memainkan

instrumen yang berbeza tetapi mampu

menghasilkan lagu yang merdu dan harmoni”

-Akauntan Negara Malaysia, 2011

Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan

Julai - September 2013

“THE SECRETS OF

CHANGE IS TO FOCUS

ALL OF YOUR ENERGY,

NOT ON FIGHTING THE

OLD, BUT ON BUILDING

THE NEW.”

- SOCRATES

Isu No 1 - JUL- SEP 2013

Page 4: Edaran Dalaman Fokus AKRUAN - anm.gov.my AKRUAN 1.pdf · memberi manfaat kepada para pembaca untuk memahami dan menerima perubahan dalam pelaksanaan malahan juga dapat menyokong peralihan

4

FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman

Isu No.1

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah

ditugaskan sebagai lead agency dalam membangun dan

mempertingkatkan keupayaan serta kecekapan sistem

pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan

Persekutuan melalui Pelaksanaan Perakaunan Akruan. Bagi

menjayakan projek ini, beberapa aktiviti seperti

Pengumpulan Data, Penyediaan Manual

Perakaunan, Pengurusan Perubahan, Penerangan

IPSAS dan sebagainya telah dijalankan. Pada masa ini,

Kerajaan Persekutuan menggunakan Perakaunan Tunai

Ubahsuai yang bermaksud pengiktirafan dan perekodan

hasil dan belanja hanya dibuat berdasarkan kepada

penerimaan dan pembayaran tunai suatu urusniaga dalam

tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) iaitu pada bulan Januari tahun berikutnya. Melalui kaedah ini, perbelanjaan aset tidak dimodalkan

dan liabiliti tidak dilaporkan di dalam penyata kewangan, segala perbelanjaan akan menggunakan peruntukan tahun semasa dan

pembayaran dibuat sehingga bulan Januari tahun berikutnya.

Perakaunan Akruan pula mengiktiraf sesuatu urusniaga dan peristiwa apabila ianya berlaku dan merekodkan urusniaga dalam

tempoh urusniaga berlaku. Perakaunan Akruan juga memperakaunkan semua aset dan liabiliti. Semua urus niaga tersebut

dilaporkan dalam penyata kewangan dalam tempoh yang sama. Transformasi Perakaunan Akruan penting untuk

kemajuan negara bagi memastikan komitmen perbelanjaan serta penggunaan peruntukan Kerajaan

dinyatakan dengan lebih jelas, telus serta mampu untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju sejajar

dengan aspirasi Kerajaan dalam mencapai taraf negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. (Contoh; Perancis, New

Zealand, Australia).

TIMELINE PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN

Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan

Julai - September 2013

PROJEK PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Isu No 1 - JUL- SEP 2013

Page 5: Edaran Dalaman Fokus AKRUAN - anm.gov.my AKRUAN 1.pdf · memberi manfaat kepada para pembaca untuk memahami dan menerima perubahan dalam pelaksanaan malahan juga dapat menyokong peralihan

5

FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman

Isu No.1

AKTIVITI-AKTIVITI PERAKAUNAN AKRUAN

KURSUS IPSAS

Sebanyak 6 siri Kursus IPSAS telah dianjurkan sehingga Jun 2013. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai IPSAS secara menyeluruh bagi memastikan peserta dilengkapi dengan pengetahuan yang sewajarnya ke arah pelaksanaan perakaunan akruan.

KURSUS CFO

Kursus Chief Financial Officer (CFO) telah diadakan pada 1-3 hb Julai 2013 dan bertempat di Kuching Sarawak. Seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada Pengarah Bahagian, Ketua Akauntan, Pengarah JANM Negeri dan Bendahari Negeri telah menghadiri kursus tersebut. Melalui kursus ini, diharapkan pihak pengurusan tersebut dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai CFO bagi membantu Pihak Pengurusan Atasan membuat keputusan berdasarkan maklumat Penyata Kewangan. Selain itu, maklumat mengenai aplikasi Perakaunan Akruan berdasarkan IPSAS dan pendedahan awal berkaitan implikasi dan cabaran perlaksanaan juga telah dijelaskan.

BENGKEL PENGUMPULAN DATA

Unit Pengurusan Perubahan JANM dan pihak PwC telah mengadakan bengkel Pengumpulan Data bermula pada 11 Jun 2013 di Putrajaya. Selain itu bengkel ini juga telah diadakan di Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan dan Seremban.

KAJI SELIDIK KESEDIAAN BAGI PERUBAHAN

Sesi kaji selidik pertama telah dijalankan ke atas semua Kementerian. Tujuan Kaji Selidik ini adalah untuk mengukur tahap kesediaan bagi perubahan ke arah pelaksanaan perakaunan akruan di kalangan kakitangan kewangan dan bukan kewangan. Sesi kaji selidik yang seterusnya akan diadakan pada akhir tahun 2013 bagi mengukur tahap penerimaan terhadap perubahan ke arah pelaksanaan perakaunan akruan.

BENGKEL PENGURUSAN PERUBAHAN

Bengkel Pengurusan Perubahan telah dijalankan di Putrajaya, Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan dan Seremban pada bulan Jun 2013. Seramai 281 peserta yang terdiri daripada pelatih dan wakil akauntan kementerian telah membantu menjayakan sesi bengkel yang diadakan. Maklumbalas yang diterima dari bengkel ini menunjukkan komitmen daripada pihak pengurusan atasan adalah penting dalam menjayakan projek perakaunan akruan sejajar dengan analisa yang diperolehi daripada kaji selidik kesediaan bagi perubahan.

Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan

Julai - September 2013

PROGAM PERJUMPAAN BERSAMA TRAINERS

Sebagai persediaan bagi trainers di dalam pelaksanaan perakaunan akruan ini, Bengkel Training of Trainers (TOT) Perakaunan Akruan telah dijalankan. Bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan, 93 peserta telah menghadiri kursus tersebut. Kursus ini bertujuan untuk memberi pemahaman, keyakinan dan kemahiran kepada trainers dalam persediaan menyampaikan topik Perakaunan kepada Kumpulan Pelaksana, antaranya; Pengenalan kepada Perakaunan Akruan; Perakaunan Perbelanjaan dan Liabiliti; Perakaunan Aset; dan Perakaunan Hasil.

Isu No 1 - JUL- SEP 2013

“The world hates change, yet it is the only thing that has brought progress” – Charles Kettering

Page 6: Edaran Dalaman Fokus AKRUAN - anm.gov.my AKRUAN 1.pdf · memberi manfaat kepada para pembaca untuk memahami dan menerima perubahan dalam pelaksanaan malahan juga dapat menyokong peralihan

6

FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman

Isu No.1

PENGENALAN 1GFMAS

PENGENALAN Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) bersama dengan Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) telah diberi tanggungjawab untuk memantau kemajuan projek 1GFMAS manakala Innovation Associates Group System Integrator (SI) telah dilantik untuk membangunkan sistem 1GFMAS, bagi tempoh April 2013 sehingga Ogos 2018.

“WE ARE ALWAYS CREATING NEW TOOLS AND

TECHNIQUES TO HELP PEOPLE, BUT THE

FUNDAMENTAL FRAMEWORK IS REMARKABLY

RESILIENT, WHICH MEANS IT MUST HAVE

SOMETHING TO DO WITH THE NATURE OF

ORGANIZATIONS OR HUMAN NATURE”

- JOHN KOTTER

3 FAKTA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG 1GFMAS

1. Pembangunan sistem 1GFMAS telah bermula pada bulan April 2013 2. Tarikh go-live sistem 1GFMAS adalah pada 5 Januari 2015 (pada tarikh ini, sistem sedia

ada tidak akan digunapakai lagi) 3. Innovation Associates Group ditugaskan untuk membantu JANM dalam proses

memusatkan 37 decentralized system GFMAS kepada satu sistem bersepadu 1GFMAS

Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan

Julai - September 2013

APAKAH RASIONAL DI SEBALIK 1GFMAS Sistem 1GFMAS akan memperkenalkan pelbagai fungsi dan ciri-ciri baru terhadap pelaporan kewangan, seperti berikut:

Pengumpulan data yang lebih baik (berpusat)

Pelaporan kewangan yang tepat

Pelaporan kewangan secara real-time

Sistem kewangan kerajaan yang decentralized (dengan mempertanggungjawabkan PTJ)

Memperkenalkan proses perakaunan akruan

APAKAH FAEDAH 1GFMAS UNTUK ANDA? 1GFMAS, yang dibangunkan akan mengoptimumkan kemampuan fungsi sistem GFMAS yang sedia ada. Dengan 1GFMAS, pengguna sistem akan dapat menjana laopran yang tepat, dipercayai dan dilaporkan secara real-time. Elemen-elemen baru seperti Accounts Payable, Accounts Receivable, Asset Management dan sebagainya akan dipaparkan dalam penyata kewangan berdasarkan Perakaunan Akruan, bagi menghasilkan pengurusan kewangan yang lebih baik dan berkesan.

Isu No 1 - JUL- SEP 2013

Page 7: Edaran Dalaman Fokus AKRUAN - anm.gov.my AKRUAN 1.pdf · memberi manfaat kepada para pembaca untuk memahami dan menerima perubahan dalam pelaksanaan malahan juga dapat menyokong peralihan

7

FOKUS AKRUAN Julai - September 2013

KNOWLEDGE SHARING FROM PRICEWATERHOUSECOOPERS

Towards a new era in government accounting and reporting The PwC global survey analyses key aspects of government accounting and financial reporting in terms of three themes:

Government accounting and financial reporting, today and tomorrow. The dynamic for accrual accounting.

Making the transition to accrual accounting: benefits and challenges.

The future of the government finance function.

140 countries were targeted to participate in the PwC global survey covering all geographic regions and levels of

development. The survey focused exclusively on central governments and did not take into consideration the

accounting and financial reporting practices of local governments

The top 10 key messages PwC insights

Government accounting and financial reporting, today and tomorrow. The dynamic for accrual accounting

There is great diversity in accounting practices

but the trend towards accrual accounting is clear

There is an urgent need for sound and transparent accounting by all governments. Governments financial statements should reflect the full economic impact of political decisions

A major shift to accrual accounting is expected

2 in developing countries, with IPSAS serving as a common reference point

Harmonisation of high-quality public sector accounting standards on the international level enhance the credibility of government financial statements and facilitates comparison within the global public sector

Budgets remain largely on a cash basis Accrual budgeting provides better insight for decision-

3 making, considering the long-term impact of political decisions

Conversion to IPSAS or similar accrual accounting standards is useful for government stakeholders

Greater transparency and accountability,

comprehensive inventory of assets and liabilities,

and performance assessment are the main benefits

Accounting for fixed assets, application of accruals concepts and disclosure requirements are the major areas of impact

More than three years is required on average to transition to accrual-based IPSAS (or similar)

The lack of trained staff and IT system

requirements are the main challenges

Making the transition to accrual accounting (IPSAS or equivalent), benefits and challenges

Government indicate a desire to improve their finance function partner, government finance

functions

Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan

9

The full benefits of accrual accounting implementation based on IPSAS or equivalent can only be captured as part of a wider finance reform

Better accounting leads to better reporting, which provides information for better decision-making, and in turn should lead to better use of public resources The change in accounting rules will impact the numbers, require the production of new data and a cultural shift in the mindset of those involved. The impact will be even greater if consolidation and employee benefits are included

The change to accruals-based IPSAS is much more than an accounting exercise, it is a transformation of the government finance function which impacts the whole organisation

A well-designed project and effective change management strategy, which considers people and systems requirements, are crucial for successful implementation

Cost accounting, performance management, fixed assets management and long-term planning and forecasting are the key areas for improvement

(Insights into these findings will be discussed in the future editions of Fokus Akruan)

Source: PwC Global survey on accounting and reporting by central government (April 2013)

The future of the government finance functions

10

8

7

6

5

4

3

2

1

By transitioning from scorekeeper to business partner, government finance functions will realise significant improvements

Improving these key areas will contribute to the overall objective of enhanced service performance and long-term sustainability of public finances

Isu No 1 - JUL- SEP 2013

Edaran Dalaman

Isu No.1

Page 8: Edaran Dalaman Fokus AKRUAN - anm.gov.my AKRUAN 1.pdf · memberi manfaat kepada para pembaca untuk memahami dan menerima perubahan dalam pelaksanaan malahan juga dapat menyokong peralihan

8

Unit Pembangunan (UAplikasi)

Unit Teknikal (UTeknikal)

Unit Pengurusan Pelaksanaan dan Data (UPPD)

Unit Polisi dan Piawaian (UP&P)

Unit Pengurusan Perubahan (UPP)

Unit Kualiti dan Pentadbiran (UK&P)

PricewaterhouseCoopers (Service Provider: Perakaunan

Akruan)

Innovation Associates Group (System Integrator)

Tel: 03 8882 1018

Fax: 03 8882 1222 / 1765

E-mel: [email protected]

No. 1 Persiaran Perdana Kompleks Kementerian

Kewangan, Presint 2, 62594 Putrajaya

Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan

(PPPA)

[email protected]

HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG KOMEN ATAU

PERTANYAAN

FOKUS AKRUAN

Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan

Julai - September 2013

Isu No 1 - JUL- SEP 2013

www2.anm.gov.my

Edaran Dalaman

Isu No.1