eisenhower fellowship

4
SCENARIO PLANNING SEBAGAI PERANCANG STRATEGI KOMUNIKASI KERAJAAN Sejak kebelakangan ini begitu banyak isu negatif yang melanda kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dilengkapi dengan peralatan komunikasi mudah alih seperti telefon pintar dan komputer tablet, sebarang maklumat dan berita yang berlaku di Kuala Lumpur dapat diketahui oleh penduduk di Gua Musang sepantas kilat. Ini semua berjaya dilakukan melalui applikasi Facebook, WhatsApp dan Twitter telah berjaya melakukan revolusi komunikasi di Malaysia. Revolusi ini membuktikan bahawa segala dasar-dasar kerajaan meskipun bertujuan baik untuk rakyat, dapat diputarbelitkan oleh pihak pembangkang ataupun sesiapa sahaja dan disebarkan secara berkesan kepada seluruh penduduk Malaysia. Suka atau tidak kita harus bersetuju bahawa revolusi komunikasi menerusi media sosial ini telah mengubah lanskap politik diMalaysia yang dimanifestasikan menerusi keputusan pilihanraya pada tahun 2008 yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi menghadapi keputusan yang agak teruk semenjak penubuhan Barisan Nasional pada tahun 1973. Perdana Menteri sedar akan hebatnya pengaruh media sosial ini, khususnya setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdulah Ahmad Badawi pada tahun 2009,

Upload: habib-mukmin

Post on 17-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Essay submitted for Perdana Fellowship selection. This is an essay which has helped someone to clinch a position as a Fellow at Eisenhower School of Public Policy. It gives a very deep sense of humor, witty and bravery.

TRANSCRIPT

SCENARIO PLANNING SEBAGAI PERANCANG STRATEGI KOMUNIKASI KERAJAAN

Sejak kebelakangan ini begitu banyak isu negatif yang melanda kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dilengkapi dengan peralatan komunikasi mudah alih seperti telefon pintar dan komputer tablet, sebarang maklumat dan berita yang berlaku di Kuala Lumpur dapat diketahui oleh penduduk di Gua Musang sepantas kilat. Ini semua berjaya dilakukan melalui applikasi Facebook, WhatsApp dan Twitter telah berjaya melakukan revolusi komunikasi di Malaysia.

Revolusi ini membuktikan bahawa segala dasar-dasar kerajaan meskipun bertujuan baik untuk rakyat, dapat diputarbelitkan oleh pihak pembangkang ataupun sesiapa sahaja dan disebarkan secara berkesan kepada seluruh penduduk Malaysia. Suka atau tidak kita harus bersetuju bahawa revolusi komunikasi menerusi media sosial ini telah mengubah lanskap politik diMalaysia yang dimanifestasikan menerusi keputusan pilihanraya pada tahun 2008 yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi menghadapi keputusan yang agak teruk semenjak penubuhan Barisan Nasional pada tahun 1973.

Perdana Menteri sedar akan hebatnya pengaruh media sosial ini, khususnya setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdulah Ahmad Badawi pada tahun 2009, apabila mengambil langkah pro-aktif dengan menubuhkan unit komunikasi maya yang menguruskan akaun Facebook dan Twitter beliau sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan seperti Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan juga konsep 1Malaysia.

Walaubagaimanapun, usaha ini masih tidak berjaya memberikan hasil yang diinginkan apabila keputusan pilihanraya pada tahun 2013, menunjukkan keputusan terburuk parti Barisan Nasional dalam sejarah pilihanraya umum di Malaysia.

Ini menunjukkan bahawa meskipun Perdana Menteri telah berjaya menerima pakai idea revolusi komunikasi menerusi media sosial, pendapat umum dan keyakinan rakyat untuk mengundi Barisan Nasional masih tidak bertambah. Pada pendapat saya, hal ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang harus diberi perhatian oleh unit komunikasi Perdana Menteri. Faktor utama yang diamati adalah kurangnya strategi dalam proses penyampaian dasar dan polisi kerajaan serta strategi dalam menangani serangan dan kritikan terhadap Perdana Menteri. Kegagalan unit komunikasi Perdana Menteri dalam mengantisipasi maklum balas dan kritikan terhadap dasar-dasar yang disampaikan Perdana Menteri merupakan kelemahan utama yang menyebabkan imej dan juga keyakinan terhadap Perdana Menteri merudum dengan teruk. Ini diburukkan pula dengan kenyataan-kenyataan yang seakan-akan membodohkan diri sendiri dan kerajaan daripada menteri dan timbalan menteri yang berkaitan.

Beberapa kenyataan yang bercanggah daripada menteri-menteri yang terlibat secara langsung mahupun secara khusus terhadap sesuatu isu, membuktikan bahawa kerajaan tidak mempunyai strategi komunikasi yang mantap dalam pelaksanaan sesuatu dasar. Dasar-dasar yang agak anti populis seperti pelaksanaan GST sebenarnya mampu diterima oleh rakyat dengan lebih baik sekiranya perancangan strategi komunikasi dirancang dengan baik. Salah satu solusi yang boleh mengatasi masalah ini adalah dengan mengadakan perbincangan strategi menerusi kaedah scenario planning. Scenario Planning ataupun Perancangan Senario merupakan antara kaedah mengatasi krisis yang sangat berjaya dan telah berjaya menyelamatkan syarikat Shell daripada krisis minyak dunia pada tahun 1971.

Hal ini boleh diaplikasikan dalam krisis politik yang melanda Perdana Menteri sekarang, jika senario 1MDB dan GST di ambil kira dalam strategi komunikasi Pejabat Perdana Menteri.

Isu-isu seperti 1MDB dan GST seharusnya sudah pasti boleh ditangani dengan baik sekiranya perancangan senario telah dilakukan oleh unit komunikasi memandangkan rancangan pelaksanaan GST dan penubuhan 1MDB telah lama berlaku. Sekiranya setiap senario yang boleh dipercayai akan berlaku telah dirancang, plan mitigasi mampu untuk menangkis sebarang serangan dan kritikan mengenai isu-isu yang berkaitan. Ini menunjukkan betapa pentingnya perancangan strategi dalam komunikasi Perdana Menteri.

Secara konklusinya, unit Komunikasi Pejabat Perdana Menteri harus melaksanakan usaha merancang dan membina strategi komunikasi kerajaan khususnya Perdana Menteri yang berkesan jika mahu memastikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah Perdana Menteri terakhir Malaysia daripada UMNO pada pilihanraya umum ke 14.