ekonomi kapitalisme

99
SEJARAH DUNIA (1500- 1955) 3 Kemajuan dan Pembangunan 3.1 Sistem ekonomi 3.1.1 Feudalisme dan

Upload: engkamop

Post on 07-Aug-2015

250 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

School work

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi Kapitalisme

SEJARAH DUNIA (1500-1955)

3 Kemajuan dan Pembangunan

3.1 Sistem ekonomi

3.1.1 Feudalisme dan kapitalisme

Page 2: Ekonomi Kapitalisme

Kawasan Kajian

England dan Amerika Syarikat

Masa Kajian

Abad ke-18-19

Page 3: Ekonomi Kapitalisme

Hasil Pembelajaran

Calon seharusnya dapat :

menghuraikan sistem ekonomi

kapitalisme.

Page 4: Ekonomi Kapitalisme

SOALAN CONTOH 940/1 STPM

Huraikan sistem ekonomi

kapitalisme di England pada

abad ke-18 . [20m]

Page 5: Ekonomi Kapitalisme

ENGLANDAMERIKA SYARIKAT

Page 6: Ekonomi Kapitalisme

Kapitalisme di Eropah

Page 7: Ekonomi Kapitalisme

Definisi kapitalisme

Page 8: Ekonomi Kapitalisme

Kapitalisme ditakrifkan sebagai organisasi perniagaan yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh seorang majikan atau syarikat-syarikat besar yang mempunyai kekayaan terkumpul untuk mendapatkan bahan mentah, peralatan industri, dan tenaga buruh bagi meningkatkan pengeluaran dan menambah kekayaan.

Page 9: Ekonomi Kapitalisme

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang mementingkan pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan matlamat utama ialah memperoleh keuntungan.

Walaupun merujuk kepada individu, ini tidak bermaksud bahawa hanya orang perseorangan yang terlibat.

Individu di sini termasuk sekumpulan individu seperti syarikat yang akan berperanan sama seperti individu.

Page 10: Ekonomi Kapitalisme

PerkaitanRevolusi Perindustrian

dengan sistem ekonomi kapitalisme

Page 11: Ekonomi Kapitalisme

Perkembangan industri atau Revolusi Perindustrian telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme, iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian terhadap harta benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah, dan lombong yang dikategorikan sebagai modal.

Malahan, keputusan tentang penggunaan modal dan pengeluaran ditentukan oleh pemilik modal sendiri.

Penggunaan tenaga buruh juga berbayar.

Page 12: Ekonomi Kapitalisme

• Revolusi Perindustrian merujuk kepada perubahan ekonomi yang mudah kepada ekonomi yang kompleks.

• Transformasi yang berlaku ini melibatkan kemajuan pesat dari segi inovasi teknologi dan penggantian tenaga manusia kepada penggunaan tenaga mesin atau jentera dalarn kegiatan pengeluaran dan pembuatan.

• Perubahan ini menyebabkan kegiatan perkilangan mengambil alih industri kraf tangan serta mengubah negara yang didominasikan oleh sektor pertanian kepada sektor perindustrian.

Page 13: Ekonomi Kapitalisme

Perkembangan Revolusi Perindustrian di England pada tahun 1760 hingga 1850 dan Amerika pada tahun 1812 mempunyai banyak pengertian.

Revolusi Perindustrian diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian.

Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia.

Dalam pengertian lain, Revolusi Perindustrian melibatkan proses perubahan dalam bidang industri, sosial, dan intelektual.

Page 14: Ekonomi Kapitalisme

Perkembangan Revolusi Perindustrian memperlihatkan perubahan yang berlaku di England dan Amerika daripada ekonomi yang berasaskan pertanian dan ekonomi komersial kepada negara perindustrian.

Perubahan ini menyebabkan pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertumbuhan penduduk yang tinggi.

Seterusnya membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlipat ganda, pengumpulan modal yang memesatkan pertumbuhan ekonomi dan menambahkan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan.

Page 15: Ekonomi Kapitalisme

Kegiatan Ekonomi

Kapitalisme di England

Page 16: Ekonomi Kapitalisme

1. Perkembangan

bidang pertanian

Page 17: Ekonomi Kapitalisme

a)Selepas tahun 1750 berlaku perubahan pesat dalam bidang pertanian yang meningkatkan pengeluaran makanan di England.

Penambahan makanan telah bawa kepada pertambahan penduduk pada abad ke-18.

Page 18: Ekonomi Kapitalisme

(b) Pada tahun 1701, jumlah penduduk England dan Wales ialah 5 juta orang, bertambah kepada 6.2 juta orang pada tahun 1751.

Oleh yang demikian, sektor pertanian menjadi sektor yang cekap dan produktif dalam menampung bekalan makanan di England.

Page 19: Ekonomi Kapitalisme

(c)Selain pertanian , perusahaan tekstil turut berkembang.

Perkembangan industri tekstil memaksa beribu-ribu tenaga kerja diambil untuk hasilkan barangan tekstil di England.

Page 20: Ekonomi Kapitalisme

2. Modal dan bahan mentah

Page 21: Ekonomi Kapitalisme

(a) Kekayaan yang diperoleh daripada perdagangan,dan industri kapas dilaburkan datum bank pusat. Oleh yang demikian, England mempunyai modal yang banyak yang dipusatkan di Bank England dan pertambahan penduduk di koloni yang menjadi pasaran untuk barangannya.

Page 22: Ekonomi Kapitalisme

(b)Syarikat persendirian dan orang perseorangan yang banyak melabur turut membantu perkembangan industri.

(c) Selain itu, England mempunyai bahan mentah yang banyak khususnya arang batu dan bijih besi.

Empayar England di luar negara juga menjamin sumber bahan mentah dan pasaran untuk barangan siap.

Page 23: Ekonomi Kapitalisme

3. Tenaga buruh dan

sistem pengangkutan

Page 24: Ekonomi Kapitalisme

(a) Kepesatan pertambahan penduduk pada pertengahan abad ke-18 di bandar dan desa menyumbang kepada peningkatan permintaan barangan keperluan dan keperluan tenaga buruh bagi memenuhi pekerjaan di bandar dan kilang.

(b) Kemajuan sistem pengangkutan membantu operasi pengagihan barangan ke seluruh negara. Misalnya, pembinaan jalan raya, landasan kereta api, terusan, lokomotif, dan sebagainya.

Page 25: Ekonomi Kapitalisme

4. Peranan kerajaan

Page 26: Ekonomi Kapitalisme

(a)England mempelopori industri perindustrian di Eropah kerana hasil kekayaan daripada amalan dasar mekantilisme.

(b)England mengamalkan satu bentuk sistem aristokrat yang terbuka.

Kemunculan kelas pedagang diterima secara terbuka pada abad ke-18 dan ini merapatkan hubungan antara kedua-dua golongan.

Di samping itu, England mempunyai pengetahuan dan kelengkapan kebendaan yang membantu memasarkan barangan ke luar negara.

Page 27: Ekonomi Kapitalisme

(c) Golongan puritan turut membantu dalam perkembangan Revolusi Perindustrian di England.

Golongan puritan melabur sejumlah wang dalam industri.

Mereka juga menyerapkan kemajuan sains dan teknologi ke dalam industri.

(d) Suasana iklim politik England yang tenang dan tidak berlaku peperangan turut menyumbang kepada inovasi dalam perindustrian.

Page 28: Ekonomi Kapitalisme

5. Penciptaan baharu

atau teknologi

Page 29: Ekonomi Kapitalisme

(a) Penciptaan baru dalam Revolusi Pertanian seperti mesin menyemai benih oleh Jethro Tull (tahun 1700) Rotterham, sejenis bajak yang membolehkan proses pembajakan berjalan lancar (tahun 1730-an), jentera berkuasa wap, dan mesin memukul yang menggunakan kuasa wap mula digunakan pada tahun 1798.

Page 30: Ekonomi Kapitalisme

(b) Penciptaan mesin-mesin tersebut menyebabkan pengurangan dalam tenaga manusia dan meningkatkan hasil pertanian.

Pengeluaran hasil pertanian yang berlebihan dijadikan sebagai sumber bahan mentah kepada sektor perkilangan.

Kesannya, wujud Revolusi Perindustrian.

Page 31: Ekonomi Kapitalisme

Perkembangan Ekonomi

Kapitalisme di England

Page 32: Ekonomi Kapitalisme

1. Perkembangan

bidang pertanian

Page 33: Ekonomi Kapitalisme

a) Sektor pertanian menggunakan sistem tanah dan kaedah pertanian baharu telah meningkatkan hasil tanaman.

Petani di England menggunakan sistem tanah berpagar untuk menggantikan tanah lapang. Pemagaran tanah dapat memisahkan kawasan yang dimiliki dan diusahakan daripada tanah yang diusahakan dan dimiliki oleh orang lain.

Konsep ini berjaya mengenepikan adat serta peraturan tradisi yang diamalkan sebelumnya dan memberi kebebasan yang lebih kepada seseorang dalam usahanya untuk memajukan tanah yang disewa atau dimilikinya.

Page 34: Ekonomi Kapitalisme

b) Akta Pemagaran Tanah Awam telah dikeluarkan oleh Parlimen England.

Melalui akta ini, tanah awam yang hendak dijadikan hak perseorangan perlu mendapat kelulusan parlimen.

Kesannya, antara tahun 1761 hingga tahun 1792, hampir 500 000 ekar tanah telah dipagari.

Page 35: Ekonomi Kapitalisme

c) Kaedah penggunaan tanah secara intensif diwujudkan bagi memaksimumkan penggunaan tanah.

Oleh itu, sistem Tanaman Bergilir Norfolk yang diperkenalkan oleh Vicount Townshend pada akhir abad ke-18 telah diguna pakai.

Dalam sistem tanaman bergilir ini, Townshend menganjurkan tanah pertanian digunakan sepanjang tahun.

Dalam satu-satu tahun itu, tanah berkenaan hendaklah ditanam secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan.

Misalnya, ditanam dengan gandum, turnip, barli, dan rumput.

Page 36: Ekonomi Kapitalisme

d) Kaedah ini bukan sahaja dapat mengekalkan kandungan nitrogen dalam tanah, malah dapat mengekalkan kesuburan tanah setiap masa.

Bagi menjayakan sistem tanaman bergilir ini, Townshend telah memperkenalkan tanaman turnip (sejenis lobak) dan ubi kentang.

Teknik yang diperkenalkan berjaya mengekalkan kesuburan tanah serta meningkatkan produktiviti ladang.

Para petani juga diperkenalkan dengan tanaman baharu.

Beberapa tanaman berakar diperkenalkan seperti ubi dan lobak.

Page 37: Ekonomi Kapitalisme

e) Seterusnya, penggunaan teknik penanaman baharu dan jentera diperkenalkan.

Antaranya menggunakan alat penggali dan penabur benih oleh Jethro Tull.

Penggunaan alat penggali ini memudahkan para petani menggali lubang dan menabur benih dalam jarak yang ditetapkan.

Hal ini menyebabkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut baris yang sama jaraknya dan memudahkan petani menggembur serta membersihkan tanah.

Page 38: Ekonomi Kapitalisme

f)Bagi menyuburkan tanah pula, kemajuan sains berjaya perkenalkan baja tiruan kepada masyarakat petani.

Penggunaan baja tiruan ini dapat memenuhi keperluan baja yang meningkat terutama dalam ladang-ladang yang luas.

Malahan, kesuburan tanah juga dapat ditingkatkan dengan penggunaan baja kimia.

Page 39: Ekonomi Kapitalisme

g) Coke of Holkham telah memperkenalkan cara menebus guna tanah.

Hasil pembaharuan ini, beliau menggunakan sistem guna tanah secara heavy-manuring iaitu menjadikan kawasan tanah berpasir sebagai tempat penanaman gandum yang subur.

Beliau juga memperkenalkan sistem pengurusan ladang paling moden di England ketika itu.

Beliau bekerjasama dengan para pemajak tanahnya dan memperkenalkan sistem pemajakan jangka panjang kepada para pemajak untuk menggalakkan mereka membuat pelaburan yang besar.

Page 40: Ekonomi Kapitalisme

h)Penggunaan kaedah dan pengenalan tanaman baharu telah meningkatkan sumbangan pertanian kepada ekonomi England.

Pada tahun 1750, sektor pertanian menyumbang sebanyak 15 peratus kepada eksport negara dan meningkat kepada 45 peratus pada tahun 1770.

Page 41: Ekonomi Kapitalisme

2. Perkembangan sektor

penternakan

Page 42: Ekonomi Kapitalisme

(a) Para petani juga turut mengamalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri dan lembu serta menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama.

Kaedah ini berjaya mengatasi masalah bekalan makanan binatang ternakan, khususnya dalam musim sejuk.

Malahan, bulu-bulu binatang ternakan boleh digunakan untuk industri membuat kain dan najis binatang pula dijadikan baja.

Page 43: Ekonomi Kapitalisme

(b) Antara tahun 1730 hingga tahun 1760, Robert Blakewell telah memperkenalkan kaedah baharu yang dapat mempercepat proses pembesaran binatang ternakan.

Beliau telah berjaya mempercepat pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan ternakan yang besar saiznya.

Page 44: Ekonomi Kapitalisme

(c) Hasilnya, beliau berjaya merevolusikan baka biri-biri yang terbaik iaitu baka Leicestershire.

Kaedah beliau seterusnya telah tersebar luas dan digunakan di England.

Kesannya, bekalan daging dan susu meningkat bagi memenuhi keperluan England ketika itu.

Malahan penternakan biri-biri juga menyumbang kepada sumber daging dan bulu.

Page 45: Ekonomi Kapitalisme

3. Kemajuan sektor

perindustrian

Page 46: Ekonomi Kapitalisme

(a) Bidang perindustrian tekstil, arang batu dan besi berkembang pesat pada zaman ini.

Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstil telah membawa kepada penciptaan mesin pemintal yang pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764.

(b)Pada tahun 1795, Edmund Cartwright telah mencipta mesin tenun pertama yang menggunakan kuasa air.

Kemajuan dalam perindustrian besi membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang batu untuk menghasilkan besi tempa bagi membuat peralatan mesin.

Page 47: Ekonomi Kapitalisme

(c)Pada akhir abad ke-18, kuasa wap telah digunakan dalam industri untuk mengendalikan jentera.

Beberapa kaedah baharu ditemui bagi memajukan industri perindustrian di England.

Antaranya, Siemens menemui kaedah baharu untuk menghasilkan keluli yang murah dan cepat daripada besi belum tempa.

Bessemer pula menemui kaedah mengurangkan masa untuk menghasilkan keluli daripada besi belum tempa.

Page 48: Ekonomi Kapitalisme

(d)Penggunaan teknologi tersebut membolehkan pertambahan pengeluaran dalam industri tekstil pada abad ke-18.

Pada tahun 1760, Britain mengimport 2.5 juta paun kapas mentah untuk industri tekstil.

Pada tahun 1787 ,berlaku peningkatan import kapas mentah sebanyak 22 juta paun dan pada tahun 1844 meningkat kepada 366 juta paun.

Pada masa ini, hampir kesemua pekerja industri kapas bekerja di kilang-kilang dan kain kapas British telah dijual hampir ke seluruh dunia.

Page 49: Ekonomi Kapitalisme

(e) Kesannya, pada tahun 1770, kilang tekstil hanya menggajikan 200 orang pekerja sahaja tetapi pada tahun 1780 telah meningkat empat kali ganda.

Pekerja lombong besi melebihi 1 000 orang. Kilang James Watt dan Matthew Boulton

yang mengkhusus kepada pengeluaran enjin dan mesin di Birmingham pada tahun 1774 telah mengambil pekerja seramai 20 000 pekerja lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Page 50: Ekonomi Kapitalisme

(f) Perkembangan industri tekstil British berterusan pada abad ke-19.

Antara tahun 1789 hingga tahun 1850, kapas mentah yang dibawa masuk ke Britain meningkat lebih daripada 50 kali ganda, iaitu meningkat sebanyak 11 juta paun setahun kepada 588 juta paun.

Dalam tempoh yang sama, British mengeluarkan kain kapas sebanyak 40 juta ela setahun kepada 2025 juta ela.

Kain kapas menjadi satu barangan eksport utama pada pertengahan abad ke-19.

Page 51: Ekonomi Kapitalisme

(g)Industri besi juga menunjukkan pertambahan dalam pengeluaran selepas Revolusi Perindustrian di England.

England yang mempunyai banyak sumber bijih besi telah mengeluarkan besi yang lebih bermutu apabila Henry Colt memperkenalkan penggunaan sistem puddling yang berjaya mengekstrak bijih besi yang berkualiti.

Penghasilan besi yang berkualiti telah meningkatkan permintaan daripada pengeluaran sebanyak 17 000 tan pada tahun 1740, meningkat kepada 2 juta tan pada tahun 1840 dan pada tahun 1852, hampir mengeluarkan sebanyak 3 juta tan untuk permintaan dunia.

Page 52: Ekonomi Kapitalisme

(h) Besi yang berkualiti ini digunakan untuk membuat mesin-mesin baru bagi sektor perkilangan dan membina lokomotif yang memerlukan 10 tan bijih besi pada tahun 1804.

(i) Kadar eksport England meningkat antara tahun 1750 hingga 1770 iaitu, eksport kain kapas meningkat dua kali ganda, seterusnya besi, kain bulu, linen, sutera, tembaga, kertas, sudu, garpu, serta peningkatan penggunaan arang batu dan kayu sebagai sumber tenaga.

Page 53: Ekonomi Kapitalisme

4. Kemajuan sistem

pengangkutan

Page 54: Ekonomi Kapitalisme

(a) Revolusi Perindustrian telah membawa kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, kereta api, dan terusan.

Kapal-kapal mula dibina daripada besi menggantikan kayu balak dari Baltik.

(b) Teknologi pembinaan kapal besi oleh Wilkinson pada tahun 1787 telah menyaksikan kapal-kapal dibina menggunakan besi sebagai rangka dan kayu sebagai dinding.

Kapasiti kapal menjadi lebih besar dengan penggunaan besi kerana boleh mengangkut lebih banyak kargo berbanding kapal yang dibuat daripada kayu sepenuhnya.

Page 55: Ekonomi Kapitalisme

(c) Pada tahun 1802, kapal-kapal menggunakan enjin stim dan keluli menggantikan besi dalam industi pembinaan kapal.

Hal ini menyebabkan kapal boleh mengangkut lebih banyak kargo.

(d) Peluasan permintaan barangan perkilangan turut mempengaruhi pembinaan jalan raya di Britain.

John Macadam memperkenalkan pembinaan jalan raya daripada batu dan minyak tar.

Kemajuan ini memudahkan perhubungan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain .

Page 56: Ekonomi Kapitalisme

Kapitalisme di

Amerika Syarikat

Page 57: Ekonomi Kapitalisme

Pendahuluan

Page 58: Ekonomi Kapitalisme

Peperangan Amerika Syarikat dengan Britain yang berakhir pada 1812 buka era baru bagi Amerika.

Rakyat AS berusaha gigih agar dapat berdikari dari segi ekonomi dan tidak dibelenggu oleh Britain.

Selepas tahun 1812, AS mula alihkan perhatian kepada dasar di dalam negara.

Page 59: Ekonomi Kapitalisme

Ekonomi masyarakat AS beralih daripada mengusahakan perladangan kepada perkilangan.

Pada abad ke-18 hingga ke-19, ekonomi AS beralih kepada perkembangan industri baharu seperti :

a) industri kereta apib) pemprosesan makananc) besi keluli d) perlombongan Perkembangan industri baharu ini selari dengan

industri lama seperti industri tekstil dan pembungkusan daging.

Page 60: Ekonomi Kapitalisme

Faktor yang menyumbang

kepada pertumbuhan

industri di Amerika Syarikat

Page 61: Ekonomi Kapitalisme

Faktor 1

Sumber asli dan negara yang luas

Page 62: Ekonomi Kapitalisme

Amerika Syarikat sebuah negara yang besar serta mampu sediakan penawaran tanah yang luas serta belum diterokai sepenuhnya.

Perkembangan Revolusi Perindustrian telah tambahkan pengeluaran hasil pertanian, tingkatkan penggunaan teknologi dan kurangkan permintaan tenaga buruh dalam bidang pertanian.

Page 63: Ekonomi Kapitalisme

Amerika Syarikat juga kaya dengan sumber asli sepeti kayu balak, arang batu dan minyak yang bawa kepada pertumbuhan industri:

i. arang batu ii. besi keluli iii. minyak.

Page 64: Ekonomi Kapitalisme

Faktor 2

Imigrasi, buruh dan

perbandaran

Page 65: Ekonomi Kapitalisme

Amerika Syarikat jadi tumpuan imigran dari Perancis dan Jerman kerana mereka tidak mahu terhimpit dalam peperangan antara Perancis dengan Jerman.

Kebanyakan mereka menetap di Amerika Utara dan Pennsylvania.

Buruh dari China pula masuk ke pantai barat Amerika.

Page 66: Ekonomi Kapitalisme

Kemasukan buruh ini hasil galakan daripada Undang-undang Buruh Kontrak yang telah diwartakan pada 1864.

Kedatangan buruh luar dan penghijrahan penduduk dari desa ke bandar telah dorong pertumbuhan ekonomi kerana terdapat penawaran buruh yang banyak.

Page 67: Ekonomi Kapitalisme

Penghijrahan penduduk dari desa ke bandar serta kedatangan imigran untuk cari peluang pekerjaan telah tingkatkan populasi di bandar.

Antara bandar yang alami pertumbuhan pesat ialah New York, Chicago dan Boston serta bandar di pedalaman seperti Kansas City dan Denver.

Page 68: Ekonomi Kapitalisme

Faktor 3

Kemajuan teknologi

Page 69: Ekonomi Kapitalisme

Banyak ciptaan baharu yang sumbang kepada peningkatan ekonomi di AS.

Antaranya :i. Telegraf oleh Samuel Morse (1844)ii. Telefon oleh Alexander Graham Bell (1876)iii. Cahaya elektrik oleh Thomas Alva Edison

(1879)iv. Kereta oleh Henry Ford (1893)Penciptaan baharu selaras dengan penggunaan

tenaga elektrik dan telefon telah mudahkan sistem komunikasi dan tingkatkan hasil pengeluaran perkilangan di Amerika.

Page 70: Ekonomi Kapitalisme

Faktor 4

Teknik pemasaran

Page 71: Ekonomi Kapitalisme

Teknik baharu pemasaran bantu penjualan barangan siap dan majukan bidang perniagaan di Amerika Syarikat.

Teknik yang digunakan ialah:i) MaiI orderhouse Perkhidmatan hantar barangan melalui

sistem pos. Barangan dapat dihantar dan diterima oleh masyarakat luar bandar.

ii) Gedung jualan besarGedung jualan besar tawarkan pelbagai

barangan dan perkhidmatan di satu tempat.

Page 72: Ekonomi Kapitalisme

iii) Teknik pengiklananSistem pengiklanan untuk

promosikan barangan mula berkembang pada tahun 1869.

iv) Ekspo antarabangsaDalam ekspo ini, pelbagai barangan

pengguna telah diperkenalkan kepada rakyat Amerika Syarikat.

Page 73: Ekonomi Kapitalisme

Faktor 5

Peranan kerajaan

Page 74: Ekonomi Kapitalisme

Kerajaan Amerika Syarikat mainkan peranan penting dalam pertumbuhan industri dan perdagangan di Amerika.

Antaranya:i. Wujudkan kestabilan mata wang.ii. Adakan tarif yang bersesuaian.iii. Benarkan pengguna gunakan sumber

semula jadi.iv. Bentuk polisi imigrasi yang longgar.v. Kenakan kadar cukai yang rendah.vi. Wujudkan sistem perbankan kebangsaan.

Page 75: Ekonomi Kapitalisme

Kerajaan AS juga wujudkan beberapa akta bagi galakkan dan lindungi perdagangan.

Antaranya:i. Akta Landasan Kereta Api Pasifik (1862

dan 1864). Membolehkan kerajaan AS sumbangkan

tanah awam kepada syarikat swasta untuk bina landasan kereta api merentas benua.

ii. Akta Ladang dan Akta Majlis Tanah.

Page 76: Ekonomi Kapitalisme

Perkembangan Ekonomi

Kapitalisme di Amerika Syarikat

Page 77: Ekonomi Kapitalisme

1. Pertanian dan industri

Page 78: Ekonomi Kapitalisme

Pada 1800, 6 daripada 7 pekerja di AS ialah petani.

Ketika itu tiada bandar yang ada penduduk melebihi 100 000 orang.

Pada 1860, populasi bertambah kepada 30 juta orang

9 buah bandar pula ada kepadatan penduduk melebihi 100 000 orang.

Pada 1860, hanya 50% pekerja AS ialah petani.

Page 79: Ekonomi Kapitalisme

Namun, sebahagian kawasan selatan dan barat AS masih usahakan pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama.

Negeri di selatan AS usahakan pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama dan perlukan banyak buruh untuk usahakan kegiatan perladangannya.

Hasil keluaran negeri di selatan yang utama ialah kapas, gula, beras dan tembakau.

Hasil ini dibawa ke negeri di utara bagi tujuan pemasaran di dalam negeri atau ke luar negara.

Page 80: Ekonomi Kapitalisme

Perkembangan pertanian ini bawa kepada perkembangan perindustrian dan perkilangan di negeri utara AS.

Kebanyakan pekerja datang dari daerah pedalaman New England.

Selain akiviti perdagangan yang dijalankan di wilayah utara, aktiviti pemasaran barangan turut dijalankan sama ada untuk di dalam negeri atau ke luar negara.

Page 81: Ekonomi Kapitalisme

2. Perkembangan sistem

pengangkutan

Page 82: Ekonomi Kapitalisme

Selepas kerajaan luluskan Akta Landasan Kereta Api Pasifik pada 1862, sistem landasan kereta api AS telah berkembang pesat.

Jaringan landasan kereta api telah meningkat daripada 31 ribu batu kepada 53 ribu batu.

Menjelang 1880-an, peluasan landasan kereta api berada pada kemuncaknya apabila jumlah perbatuan meningkat sehingga 166 ribu batu.

Page 83: Ekonomi Kapitalisme

Usaha bangunkan landasan kereta api dilakukan oleh kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan serta syarikat persendirian.

Antara kesan pembinaan jaringan landasan kereta api:

i. galakkan perpindahan penduduk.ii. buka petempatan baharu.iii. percepatkan penghantaran barang dari

bandar ke desa dan ke serata AS.iv. jadi satu cara pengiklanan untuk galakkan

kedatangan imigran dari dalam dan luar ke petempatan baharu di AS.

Page 84: Ekonomi Kapitalisme

Syarikat pembinaan landasan kereta api ini berjaya lahirkan jutawan di AS.

Antaranya ialah :i. Cornelius Vanderbilt ii. Daniel Drew iii. James Hilliv. J. Pierpont Morgan Kejayaan jutawan ini perlihatkan kemahiran

atur strategi perniagaan serta pamerkan teknologi moden sebagai alat mengawal ekonomi pada abad ke-19.

Page 85: Ekonomi Kapitalisme

3. Industri minyak

Page 86: Ekonomi Kapitalisme

Industri minyak bermula di AS dengan penggunaan minyak tanah bagi tujuan pemanasan dan cahaya semasa Perang Saudara (1861-1865).

Telaga minyak yang pertama dijumpai di Pennsylvania pada 1859.

Seterusnya pada penghujung abad ke-19, industri minyak bertumpu di Cleveland, Pittsburg dan Philadelphia.

Page 87: Ekonomi Kapitalisme

Usahawan yang mula libatkan diri dalam industri minyak ialah John Rockefeller pada 1863.

Pada 1870, syarikatnya, Standard Oil Company of Ohio telah jadi pengeluar terbesar di Cleveland, Ohio.

Kejayaan syarikat ini berterusan apabila keluarkan 90% daripada minyak AS dan jadi pengeluar utama minyak pada 1880.

Page 88: Ekonomi Kapitalisme

Rockefeller telah gunakan pelbagai kaedah untuk memonopoli industri minyak.

Antaranya, membeli syarikat pesaing, membeli secara terbuka atau secara senyap, memulau, dan memufliskan syarikat lain melalui perang harga.

Kejayaannya memonopoli perniagaan ini telah berkembang kepada bidang lain dengan mewujudkan syarikat lain.

Misalnya, syarikat gula, tembakau, dan sebagainya.

Hal ini perlihatkan perkembangan ekonomi kapitalisme di AS.

Page 89: Ekonomi Kapitalisme

4. Industri besi keluli

Page 90: Ekonomi Kapitalisme

Andrew Carnegie bertanggungjawab majukan industri keluli di AS.

Menjelang 1894, firmanya kuasai 25% daripada pengeluaran keluli negara.

Pada 1901, Carnegie jual syarikatnya kepada Pierpont Morgan.

Morgan telah mulakan penyatuan sehingga membawa kepada penubuhan U.S. Steel Corporation.

Syarikat ini telah berjaya atasi pesaingnya dan kuasai industri keluli di AS.

Page 91: Ekonomi Kapitalisme

5. Perniagaan besar

Page 92: Ekonomi Kapitalisme

Perniagaan besar muncul melalui gerakan penyatuan syarikat di AS yang membentuk persyarikatan dalam industri utama di AS.

Langkah yang dimulakan oleh Carnegie dan Rockefeller telah menjadi ikutan industri lain di AS.

Kemunculan perniagaan besar telah bawa kestabilan ekonomi kapitalisme di Amerika.

Selain itu, dapat dominasi ekonomi dan kawal pasaran di AS.

Page 93: Ekonomi Kapitalisme

Gelombang penyatuan besar ini bermula dari 1895 ke 1905.

Dalam tempoh ini lebih kurang 300 syarikat lenyap setiap tahun.

Syarikat besar yang kuasai pasaran ialah Syarikat Dupont dan General Electric yang dominasi 85% pasaran bahan kimia dan kuasa elektrik.

Page 94: Ekonomi Kapitalisme

Syarikat besar ini mempunyai empat ciri penting, iaitu:

a) Melabur wang yang banyak dalam kos tetap.

b)Memiliki modal yang besar. c) Pembentukan perbadanan.d)Struktur birokrasi yang mempunyai

organisasi dan peraturan sendiri.

Page 95: Ekonomi Kapitalisme

6. Perdagangan antarabangsa

Page 96: Ekonomi Kapitalisme

Kelahiran perniagaan besar yang keluarkan lebihan hasil pertanian dan barangan perindustrian telah menyebabkan AS perlukan pasaran yang lebih luas serta keperluan bahan mentah bagi sokong kesinambungan dan kejayaan ekonomi AS.

Oleh itu, AS rasa perubahan dasar pemencilan kuasa kepada peluasan empayar akan berikan manfaat kepada perdagangan antarabangsanya.

Page 97: Ekonomi Kapitalisme

• Perubahan dasar AS ini perlihatkan peningkatan perdagangan antarabangsa.

• Pada 1897, nilai eksport pengeluaran AS jauh melebihi nilai import.

• Pelabur AS banyak melabur dalam penanaman tebu di Hawaii dan berhasrat menjajah Hawaii.

• Hal ini kerana kedudukan Hawaii strategik di Lautan Pasifik, jamin kepentingan ekonomi AS, dan jadi tempat persinggahan dalam urusan perdagangan AS dengan China.

• Berdasarkan kepentingan ini, Hawaii secara rasminya dijajah pada 12 Ogos 1898.

Page 98: Ekonomi Kapitalisme

AS ialah pasaran utama gula dari Cuba. Pada 1894, hampir 90% hasil gula Cuba

dieksport ke AS.Berasaskan kepentingan industri dan

dagangan tersebut, Amerika teruskan dasar peluasan kuasanya.

Pada 1898, Presiden McKinley bayar $20 juta kepada Sepanyol.

Sepanyol serahkan Cuba, Guam, Puerto Rico dan Kepulauan Filipina kepada Amerika.

Page 99: Ekonomi Kapitalisme

SEKIAN,TERIMA KASIH.