ekspedisi ke utara
TRANSCRIPT
1.0 Latar belakang
1.1 Ekspedisi Utara
Ekspedisi ke Utara atau “Northern Expedition” merupakan satu gerakan
nasionalisme untuk menghapuskan kekuasaan panglima perang yang mengusai
banyak wilayah di China. Sebelum berlakunya Ekspedisi Utara ini, gerakan
nasionalisme iaitu Kuomintang menekankan Tiga Prinsip Rakyat iaitu “pembebasan
untuk negara China”, “kebebasan dari imperialisme Barat”, dan “persamaan untuk
semua bangsa dalam negara China”.1 Dalam pada itu, gerakan nasionalis Kuomintang
ini telah menjalinkan hubungan dengan Soviet Union, mengadakan kerjasama dengan
pihak komunis dan membantu petani dan pekerja. Kongres ini menerima penyertaan
ahli komunis secara individu ke dalam KMT dan menyusun semula jawatankuasa
eksekutif pusat KMT yang juga menerima ahli komunis sebagai ahlinya. Selain itu,
kongres ini juga turut menandakan pembentukan pakatan KMT dengan komunis
secara rasmi.
Selepas Sun Yat Sen meninggal pada tarikh 12 Mac 1925, beliau telah diganti
oleh Chiang Kai-Shek. Sebenarnya terdapat tiga orang yang berpengaruh dalam KMT
iaitu penasihat komunis Borodin, Wang Ching Wei dan Chiang Kai-Shek. Pada
asalnya Wang Ching Wei terlebih dahulu diberi amanat untuk mentadbir KMT,
namun demikian Wang Ching Wei lebih cenderung ke arah puak kiri. Hal ini telah
menyebabkan Chinag Kai-shek bimbang berlaku peristiwa pengepungan kapal Chung
Shan di pelabuhan Whampoa dan dituduh merampas kuasa. Hal ini menyebabkan
Chiang Kai-Shek mengisytiharkan undang-undang darurat dan menghantar balik
beberapa orang penasihat Soviet Union ke Rusia. Selepas itu, persidangan dilakukan
untuk mengesahkan tindakannya dan mengehadkan pengaruh komunis. Ahli-ahli
persidangan tersebut kemudian telah bersetuju dengan tindakan Chinag Kai-Shek
sekali gus telah menjadikan beliau sebagai “Commander in Chief ” untuk Ekspedisi
ke Utara.2
1.2 Long March
“The Long March” atau “Perjalanan Jauh” atau “ Ch'ang Cheng” merupakan satu
peristiwa penting yang berjaya mengubah keadaan politik di China. Wujudnya Long
March bermakna ia adalah titik kepada zaman kejatuhan penguasaan Kuomintang
1 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 129.2 Ibid. Hlm 133.
1
yang diasaskan oleh Sun Yat Sen. Perbezaan ideologi dan juga prinsip perjuangan
merupakan faktor utama yang menjadi penghalang untuk kedua-dua pihak iaitu
Kuomintang (KMT) dan juga Komunis untuk bersatu di China. Walhal, pada awal
kewujudan Parti Komunis China (PKC) adalah disebabkan oleh galakan daripada
pemimpin Kuomintang sendiri iaitu Sun Yat Sen. Pada peringkat awal kedua-dua
belah pihak telah bersetuju untuk membuat pakatan bersama bagi menyatukan
wilayah-wilayah China yang berpecah.3 Namun begitu, pakatan ini musnah sejurus
KMT berjaya menguasai keseluruhan China.
Tokoh penting yang menggerakkan peristiwa ini adalah Mao Zedong.4 Beliau
tidak asing lagi dalam arena politik di China, sebagai pemimpin paling berpengaruh
dalam PKC. Peristiwa “Long March” bukanlah suatu peristiwa yang terancang pada
permulaannya. Bibit-bibit kebencian antara KMT terhadap PKC sudah lama wujud,
dan peristiwa Long March ini adalah kemuncaknya. Sebenarnya, keadaan politik di
dalam pakatan KMT-PKC sewaktu ekspedisi ke Utara dijalankan bukanlah dalam
keadaan yang baik. Hal ini boleh dilihat melalui perpecahan yang berlaku di dalam
kerajaan KMT di Nanking dan juga Hankow. KMT yang diterajui oleh Chiang Kai-
Shek telah mentadbir kawasan Nanking manakala, pihak berhaluan kiri dan juga PKC
telah menguasai Hankow.5
Pertikaian inilah yang menjadi pencetus amarah pihak KMT ke atas PKC yang
mana selepas tahun 1927, memperlihatkan bagaimana PKC diperlakukan dengan
kejam oleh KMT. Pihak KMT telah menggeledah pejabat PKC dan merampas
beberapa fail-fail penting di samping membunuh ahli-ahli yang setia kepada
pergerakan komunis di China. Li Ta Chao misalnya, merupakan tokoh komunis
terkenal di China dan juga seorang pustakawan di Universiti Peking telah ditangkap
dan dibunuh oleh pihak KMT.6 Tindakan melampau pihak KMT ke atas PKC ini
sebenarnya sudah terkeluar daripada matlamat asal perjuangan KMT, seperti mana
yang dimahukan oleh mendiang Sun Yat Sen sewaktu beliau menubuhkan KMT ini
dahulu.3 William J. Duiker, Jackson J. Spielvogel. (2006). World History: From 1500. California: Wadsworth
Publishing. Hlm. 669-670.
4 Editors Of Kingfisher. (2004). The Kingfisher History Encyclopedia. United Kingdom: Oxford University
Press. Hlm. 403.5 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 136.6 Robert Wedeworth. (1993). World Encyclopedia of Library and Information Services, 3rd Ed. United State:
American Library Association. Hlm. 521.
2
Rasa tidak puas hati golongan penyokong KMT terhadap PKC semakin ketara
apabila, pihak KMT mula menyerang kedudukan PKC secara terang-terangan di
Kiangsi. Serangan ini adalah bertujuan untuk melemahkan serta menghapuskan
pengaruh dan anasir-anasir PKC di China. Hal ini demikian kerana, para pegawai
KMT bimbang akan jumlah sokongan golongan petani dan buruh ke atas perjuangan
PKC yang semakin hari semakin bertambah berlipat kali ganda. Atas tujuan untuk
menyelamatkan diri dan juga kelangsungan perjuangan PKC maka, Mao Zedong
bersama-sama Red Army atau tentera merahnya telah melancarkan ekspedisi
Perjalanan Jauh atau “Long March”. Bermula pada detik inilah, peristiwa Long
March (1934-1935) telah muncul dan mewarnai perjalanan sejarah di China. Selain
daripada itu, sejarah juga mencatatkan bahawa, ekspedisi ini telah menyebabkan
ratusan ribu nyawa tentera PKC melayang, dan hanya seramai 7000 hingga 8000
orang tentera sahaja yang terselamat dalam ekspedisi yang sangat mencabar ini.7
Namun begitu, terdapat sedikit percanggahan berkaitan jumlah tentera yang selamat
ini.
"The Long March": A Poem by Mao Zedong8
The Red Army fears not the trials of the Long March And thinks nothing of
a thousand mountains and rivers. The Wuling Ridges spread out like
ripples; The Wumeng Ranges roll like balls of clay. Warmly are the cliffs
wrapped in clouds washed by the Gold Sand; Chilly are the iron chains
lying across the width of the Great Ferry. A thousand acres of snow on the
Min Mountain delight My troops who have just left them behind.
— Mao Zedong, September 1935
2.0 Perbandingan Faktor Berlakunya Ekspedisi Utara dan Perjalanan Jauh
Ekspedisi ke utara (Northern Expedition) merupakan kempen ketenteraan yang
dijalankan oleh pihak Kuomintang (KMT). Peristiwa ini berlangsung dari tahun 1926
hingga 1928. Menurut Encyclopedia Britannica, Northern Expedition berlangsung dari
tahun 1926 hingga 1927. Ekspedisi ini merupakan sebuah kempen yang dijalankan oleh
7 Lucien Bianco. (1971). Origin Of The Chinese Revolution, 1915-1949. Stanford University Press: California.Hlm. 68.
8 Mao Zedong. (2008). Mao Zedong Poems. Open Source Socialist Publishing. Hlm. 22.
3
Tentera Nasionalis China (yang diambil alih oleh komunis). Ekspedisi ini bermula dari
Guangzhou (Canton) hingga ke Sungai Yantze (Chiang Jiang). Northern Expedition ini
bermula pada 9 Julai 1926.9
Perkara utama yang menjadi penyebab berlakunya ekspedisi ke utara ini adalah
kerana perpecahan China di bawah pemerintahan panglima-panglima perang. Perpecahan
China ini dapat diatasi dengan menyatukan orang China di bawah pemerintahan kuasa
Kuomintang di samping menumpaskan penguasaan panglima perang. Menurut Joginder
Singh Jersey, tujuan kempen ketenteraan di kawasan utara China adalah untuk
menewaskan askar-askar hulubalang perang dan membentuk penaklukan tentera di
Negeri China. Tujuan lain adalah untuk menawan gudang simpanan senjata yang terletak
di kawasan Tengah negeri China.10 Penguasaan Warlord atau Panglima Perang ini
berlaku dalam tempoh 1916 hingga 1927 di China. Penguasaan ini berlaku setelah
kematian Yuan Shi-kai pada 1916 yang tidak meninggalkan pengganti yang boleh
mengambil alih peranannya sebagai individu yang berkuasa di China.11 Setelah kematian
Yuan Shi-kai, keadaan politik China bergolak kerana jeneral-jeneral atau gabenor
wilayah (warlord) saling berperang antara satu sama lain untuk berkuasa. Keadaan ini
menyebabkan pihak KMT melancarkan serangan dan kempen pada tahun 1927 untuk
menguasai wilayah China12 yang dikuasai oleh warlord dan menyatukan wilayah-wilayah
tersebut di bawah satu pentadbiran.
Peperangan yang berlaku dalam kalangan panglima perang digalakkan lagi
dengan bantuan Rusia yang menjadi pembekal senjata perang. Keadaan ini menyebabkan
keadaan di China semakin buruk dan tidak tenteram. Para panglima perang memerintah
kawasan yang dikuasai dengan sesuka hati, tidak tertakluk kepada Peking. Ketika itu
Peking dianggap sebagai kerajaan pusat Republik China tetapi tidak berkuasa mengawal
wilayah-wilayahnya. Kuasa sebenar China telah dipecahkan terletak di tangan panglima
perang, warlord. Panglima perang yang paling berpengaruh adalah kumpulan Anhwei,
Fengtian dan Chihli, terdiri daripada bekas jeneral tentera Peiyang. Mereka memerintah
wilayah yang dikuasai dengan secara peribadi dengan kuasa autonomi serta cuba
9 Hans J. van de Ven. (2003). War and Nationalism in China, 1925-1945. London: RoutledgeCurzon. Hlm. 95.10 Joginder Singh Jessy. (1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd. Hlm 248.11 Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn.
Bhd. Hlm. 207. 12 Ibid. Hlm. 207.
4
mengukuhkan kuasa sendiri daripada kawalan mana-mana pihak.13 Mereka bebas
memungut cukai di wilayah-wilayah kekuasaannya dan tidak berkeinginan untuk
memajukan dan membangunkan wilayahnya. Warlord memiliki penyokong dan pasukan
tentera masing-masing. Mereka menguasai jalan-jalan perdagangan atau kereta api untuk
mendapatkan hasil cukai bagi menyara perbelanjaan dalam pengurusan penyokong dan
tentera untuk mendapatkan kesetiaan pengikut masing-masing.14 Warlord juga mendapat
bantuan dan sokongan luar semasa berperang. Persengketaan yang berlaku dalam
kalangan warlord merupakan persaingan politik dan ingin berkuasa. Hal ini
menyebabkan keadaan huru-hara yang berpanjangan di wilayah China yang terlibat.
Warlords mengambil sikap tidak mengambil peduli tentang keadaan berpecah-
belah di China termasuk ketidakstabilan di dalam wilayah kekuasaannya. Keadaan dan
kebajikan masyarakat China pada masa itu juga tidak terjaga di mana berlaku kekejaman
yang buruk yang di bawah pemerintahan warlord. Zaman Warlodism ini juga
menyebabkan gangguan dan kejatuhan dalam aspek ekonomi, kewangan dan institusi
kemasyarakatan. Warlord turut terlibat dalam perdagangan candu yang membawa kepada
perluasan kawasan wilayah mereka di samping menubuhkan struktur birokratik yang
baru. Di sebalik usaha meluaskan dan mengajar kekayaan ekonomi, warlord memerintah
dengan kejam dan perebutan dan persaingan antara mereka membawa kesengsaraan
kepada masyarakat.15
Perpecahan dan keadaan huru-hara yang ditimbulkan oleh panglima perang ini
menyebabkan pihak KMT mengambil keputusan untuk menjalankan kempen atau
ekspedisi ke Utara untuk menewaskan tentera panglima perang pimpinan Wu Pei-fu, Sun
Chuan-fang, Chang Chung-chang dan Chang Tso-lin.16 Perpecahan antara wilayah-
wilayah warlord perlu dibendung dengan menewaskan mereka dan menyatukan wilayah-
wilayah tersebut ke bawah penguasaan tentera KMT. Kelemahan pihak kerajaan republik
membawa kepada kegagalan kerajaan untuk mengawal para warlord dan mendapatkan
kesetiaan mereka. Ketiadaan pemimpin yang mampu menguasai dan mentadbir wilayah
13 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 110.14 Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hlm 207-208.15 Hans J. van de Ven. (2003). Militarization of China. Hlm. 95.16 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm.134.
5
China menyebabkan warlord bebas membentuk dan menjalankan undang-undang mereka
sendiri, mengeluarkan wang dan mengenakan cukai di wilayah masing-masing.17
Selain itu, pembayaran cukai ke atas masyarakat contohnya petani adalah tinggi.
Penduduk turut diarah untuk berkhidmat dengan pihak panglima perang sebagai
pengangkut barang. Rakyat turut diculik dan kereta sorong dirampas semasa tercetusnya
perang bagi tujuan membantu panglima perang.18 Maka langkah KMT untuk
menumpaskan panglima perang dan tenteranya adalah bertujuan untuk menamatkan
kesengsaraan penduduk dan mengambil semua wilayah di China untuk diletakkan di
bawah kuasa ketenteraan KMT.
Dengan itu, berbeza pula jika dibandingkan dengan faktor berlakunya Perjalanan
Jauh iaitu Long March yang bergerak ke arah selatan. Long March bermula pada
Oktober 1934 yang dilakukan oleh Parti Komunis China (PKC) selepas diserang oleh
Koumintang. Perjalanan jauh atau Long March berlaku akibat daripada banyak tekanan
dan serangan secara terang-terangan oleh pihak KMT.19 Chiang Kai Shek iaitu
pemimpin Koumintang di China menyerang Tentera Komunis China dan Komunis
China terpaksa berundur kerana gagal menangkis serangan tersebut. Selain itu, mereka
juga terpaksa berundur kerana Chiang Kai-Shek membunuh ahli komunis yang berjaya
ditawan dalam serangan itu.20
Disebabkan kegagalan tentera Komunis China untuk bertahan, mereka terpaksa
mengundurkan diri ke Yunan dan perjalanan ini memakan masa yang lama. Dalam
situasi yang penuh ketegangan ini, Mao telah membuat keputusan untuk berundur ke
Shaanxi,21 dan mereka telah tiba di Shaanxi Utara pada Oktober 1935 yang mana telah
mengorbankan kira-kira 70000 orang. Serangan yang dilakukan oleh Chiang Kai-Sek ini
adalah faktor utama tercetusnya Long March kerana melalui serangan inilah, tentera
Komunis telah nekad untuk menyelamatkan diri dan memulakan rancangan baru bagi
mengatasi serangan Kuomintang.
17 Ibid. Hlm. 111.18 Ibid. Hlm. 11219 Ibid. Hlm. 150.20 Eileen Tamura. (1997). China: Understanding Its Past, Volume 1. USA: University of Hawaii’s Press. Hlm.
178.21 Eileen Tamura. (1997). China: Understanding Its Past, Volume 1. Hlm . 178.
6
Faktor Long March yang kedua ialah PKC ingin membentuk pasukan yang lebih
mantap di Yunan. Setelah kehilangan begitu ramai anggota dan tentangan Kuomintang
lebih agresif, pihak Komunis China perlu merancang sebuah sistem ketenteraan yang
lebih baik dan sistematik untuk mengatasi Kuomintang. Pada Oktober 1935, perarakan
mereka telah tiba di Yunan.22 Oleh itu, di Yunan pihak Komunis telah mendapatkan
kesemua bantuan yang boleh bagi mengatasi Kuomintang ini. Untuk tujuan itu, pihak
komunis telah cuba untuk meraih sokongan daripada pelbagai pihak bagi memantapkan
lagi pertahanan mereka. Parti Komunis China telah mengukuhkan kembali kedudukan
kembali dengan meraih sokongan dari golongan miskin dan wakil-wakil barat untuk
menyokong mereka.23 Lebih kurang 10,000 orang terselamat sepanjang perarakan
tersebut dan jumlah yang terselamat ini digabungkan dengan tentera komunis di Yunan
untuk membentuk kembali angkatan tentera bagi menyerang Kuomintang.
Banyak serangan yang telah dilancarkan oleh pihak KMT ke atas PKC. Melalui
siri peperangan antara PKC dan KMT banyak memihak kepada pihak KMT. Pengkaji
menyatakan bahawa peperangan antara PKC dan KMT ini adalah perang saudara.
Perang yang berlaku di Changsa, Hunan yang dikuasai oleh pihak PKC pada mulanya
telah ditawan semula oleh pihak KMT sekitar tahun 1930.24 Semasa serangan ini, PKC
dipimpin oleh Li Li-san pada akhirnya telah dipecat akibat kekalahan menentang pihak
KMT di Bandar tersebut. Akibat daripada itu, tekanan dan serangan KMT
mengakibatkan PKC memindahkan Jawatankuasa Pusat PKC di Shanghai ke Kiangsi.
Antara kisah lain yang membawa kepada perjalanan jauh ini apabila sekitar
tahun 1930 sehingga 1934, pihak KMT menerusi Chiang Kai-shek telah melancarkan
lima siri serangan bagi memberi tekanan dan dalam masa yang sama menghapuskan
pihak PKC. Dalam tempoh 19 Disember 1930 sehingga 29 April 1933, empat siri pada
mulanya pihak PKC dapat mempertahankan Kiangsi namun pada siri yang kelima pihak
PKC telah kalah teruk kepada KMT.
Seterusnya, siri peperangan yang kelima telah memberi kekalahan kepada PKC.
Hal ini kerana, pihak KMT dikatakan mendapat bantuan daripada penasihat tentera
Jerman yang diketuai oleh Jeneral Hans von Seeckt. Di pihak KMT mempunyai 7000
000 kekuatan tentera yang mengepung kedudukan pihak PKC di Kiangsi.25 Kepungan
22 Ibid. Hlm. 178.23 Ibid. Hlm . 178.24 Thomas. (2000). Mao Zedong, Zhou Enlai and the Evolution of the Chinese Communist Leadership . Nordic
Institute of Asian Studies. Hlm 58–61. 25 Ed Jocelyn dan Andrew McEwen. (2006). The Long March. London : Constable. Hlm 109.
7
yang dilakukan oleh pihak KMT menyebabkan PKC semakin lemah dengan banyak
kubu-kubu pihak PKC ditawan oleh KMT. Keadaan terdesak itu menyebabkan pihak
PKC yang diketuai oleh Mao Tse-Tung mengambil keputusan untuk berundur pada 15
Oktober 1934. Pengunduran ini memberi simbol kepada bermulanya Perjalanan Jauh.
Faktor yang seterusnya ialah mengumpulkan ahli-ahli Komunis China yang
masih terselamat. Dalam perjalanan jauh ini , pihak PKC telah menyediakan ramai
tentera yang terlibat dalam peperangan dengan KMT. Walau akhirnya pihak tentera
PKC telah mencatat kematian yang besar namun persediaan pihak PKC bagi melawan
KMT ketika berundur dari Kiangsi. Buktinya semasa mulanya pengunduran bilangan
tentera di pihak PKC amat besar. Dikatakan jumlah mereka sekitar 100 ribu pengikut,26
terdiri daripada tentera, separa tentera dan golongan petani. Persediaan pihak PKC bagi
melakukan perjalanan jauh dengan mengumpul tentera yang ramai sehingga ratusan ribu
orang. Dalam masa yang sama, pihak PKC juga berusaha bagi mendapatkan sokongan
daripada golongan petani tempatan yang mudah dipengaruhi bagi menyokong
perjuangan PKC. 27
Atas faktor inilah, pasukan yang diketuai oleh Mao Tze Dong telah memulakan
perjalanan jauh bagi menyelamatkan dan menyebarkan fahaman komunis ini kepada
masyarakat tani yang mudah untuk memberi sokongan kepada komunis. Hal ini kerana,
golongan tani memihak kepada PKC adalah kerana fahaman komunis ini mementingkan
golongan bahawa yang sering tertindas dengan keadaan ekonomi. Konsep sama taraf
mampu menarik minat golongan tani bagi bersama-sama memberi sokongan kepada
PKC. Sebagai buktinya, telah lahir satu pasukan baru dalam tentera komunis ini
sepanjang Long March. Tentera baru ini dikenali sebagai Red Army. Red Army
merupakan asas pasukan ketenteraan pihak Komunis.28
Selain itu, faktor lain terjadinya Long March ialah mempertahankan wilayah
Kiangsi. Semasa di Kiangsi, pihak PKC telah berusaha bagi memperkukuhkan kekuatan
dan menyusun tenteranya bagi melawan pihak KMT. Walaupun dalam masa yang sama,
pihak PKC terus diasak oleh KMT, namun bukan menjadi halangan kepada pihak
komunis bagi memperkukuhkan tenteranya bagi menghadapi perjalanan jauh hampir 10
26 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 151.
2719Jean Fritz. (1988). China's Long March : 6,000 miles of danger. New York : Putnam. Hlm 56.
28 Maurice Meisner. (2007). Mao Zedong. United Kingdom: Polity Press. Hlm. 54.
8
000 km.29 Semasa dalam perjalanan jauh PKC ini, pihak komunis telah merekrut ramai
petani dan golongan miskin bagi bersama-sama dalam perjuangan PKC. Pihak PKC
turut merangka strategi bagi membolehkan mereka melaksanakan perjalanan jauh dalam
masa yang sama keluar dari kepungan pihak KMT. Antara strategi yang dirangka oleh
PKC adalah dengan menghantar satu pasukan pertama bagi menjadi pembuka kepada
laluan pasukan utama PKC. Pasukan yang di pimpin oleh Fang Zhimin memulakan
perjalanan bagi menghadapi pasukan KMT sekitar Jun 1934. Ini merupakan taktik bagi
mengelirukan pihak KMT,30 yang menjangkakan pengunduran yang pertama ini
melibatkan semua pasukan PKC. Sekitar bulan Julai 1934, pasukan utama PKC keluar
dari Kiangsi.
3.0 Perbandingan Matlamat Ekspedisi Ke Utara dan Perjalanan Jauh
Ekspedisi ke Utara dilancarkan adalah bertujuan untuk menyatukan masyarakat China.
Sebelum pelancaran ekspedisi ke Utara, pada ketika itu China berada pada kemuncak
gerakan nasionalisme. Gerakan-gerakan nasionalisme ini tidak berpuas hati dengan
pemerintahan Yuan Shih-Kai. Semasa pemerintahan Yuan Shih-kai, beliau telah bertindak
membelakangi kepentingan negara. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau telah membuat
permohonan pinjaman sebanyak Ɫ25 juta daripada kerajaan asing tanpa pengetahuan
parlimen.31 Permohonan pinjaman Yuan Shih-kai ini telah melibatkan campur tangan
kuasa luar. Konsortium enam negara iaitu gabungan syarikat yang terdiri daripada bank-
bank negara Jerman, Britain, Jepun, Rusia, dan Perancis. Konsortium ini telah meletakkan
hasil garam negara China sebagai jaminan. Tindakan Yuan Shih-Kai ini telah memalukan
negara kerana beliau telah dianggap menjual kedaulatan negara.
Bukan itu sahaja, Yuan Shih-Kai dilihat sebagai seorang pemimpin yang diktator
sehingga beliau dianggap sebagai pemimpin yang masih mengekalkan sistem monarki dan
kemaharajaan di China. Hal ini telah menimbulkan tentangan dari wilayah-wilayah China
sehingga wilayah-wilayah ini berpecah dan mengisytiharkan kemerdekaan dan
penentangan terhadap Yuan Shih-kai.32
Seterusnya, matlamat ekspedisi Utara adalah untuk menghapuskan Panglima
perang. Hal ini demikian kerana, pada penghujung peranan Yuan Shih-Kai sebagai
29 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 151.30 Jonathan D Spence. (2006). Mao Zedong. New York, N.Y. : Penguin Books. Hlm. 154. 31 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 10732 Ibid. Hlm. 108.
9
pemerintah, beliau telah melantik Panglima Perang untuk menyokongnya dan
mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai maharaja. Terdapat panglima perang yang
berpengaruh di setiap wilayah di China. Hal ini disebabkan oleh kelemahan pentadbiran
kerajaan Republik yang gagal mengawal negara. Keadaan ini menyebabkan kuasa sebenar
China telah jatuh ke tangan beberapa orang jeneral China yang dipanggil panglima
perang. Panglima perang yang paling berpengaruh dan kuat terdiri daripada kumpulan
Anhwei, Fengtian dan Chihli. Mereka telah memerintah wilayah-wilayah China dengan
autonomi dan cuba mengekalkan kuasa mereka.33 Panglima perang ini telah bertindak
membentuk undang-undang sendiri dan mengenakan cukai di kawasan pemerintahan
mereka. Kelemahan sistem pentadbiran China telah menyebabkan panglima perang
mempunyai kuasa ke atas wilayah-wilayah di China.34 Tindakan panglima perang ini telah
menyebabkan rakyat tertindak dan keadaan ini telah mendorong berlakunya gerakan
nasionalisme untuk menghapuskan kekuasaan panglima perang dan untuk menyatukan
wilayah-wilayah China yang terpisah. Pada tahun 1926, Chiang Kai-Shek telah
menyatakan matlamat untuk menentang Panglima Perang.35 Justeru itu, Chiang Kai-Shek
telah melaksanakan beberapa strategi untuk menghapuskan panglima perang.
Selain itu, ekspedisi ke utara ini juga bermatlamat ingin menghapuskan pengaruh
komunis. Chiang Kai-Shek dilihat tidak yakin dengan sokongan komunis dan ingin
menghapuskan ahli-ahli komunis dalam KMT dan juga kawasan yang dikuasainya.36
Usaha untuk menghapuskan komunis ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan parti
KMT. Hal ini demikian kerana pada Julai 1924, Zhang Ji merupakan puak kanan dalam
KMT menyatakan bahawa sejak komunis masuk KMT, komunis tidak membawa sebarang
kebaikan malah membawa pelbagai masalah.37 Selain itu, Chiang Kai-Shek juga ingin
menghapuskan komunis kerana kebanyakan penasihat Askar Soviet mempunyai sikap
yang sombong dan berpengaruh.38 Kesannya, Chiang Kai-Shek telah memutuskan
pertalian dengan komunis pada 12 April 1927 dan beliau telah membunuh beratus-ratus
orang komunis dengan menggunakan senapang api termasuklah kebanyakan ketua-ketua
komunis.39
33 Ibid. Hlm. 110. 34 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 110.35 June Grasso, Jay Corrin & Micheal Kort. (2009). Modernization and Revolution in China : From the Opium
Wars to the Olympics. New York : M. E Sharpe, Inc. Hlm. 85.36 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 137. 37 Mechthild Leutner et.al. (2002). The Chinese Revolution in The 1920s : Between Triumph and Disaster. New
York : Routledge Curzon. Hlm. 128.38 Ibid. Hlm 129.39 W.Scott Morton & Charlton M. Lewis. (2005). China : Its History ang Culture Forth Edition. New York
McGraw-Hill, Inc. Hlm. 188.
10
Di samping itu, ekspedisi ke utara juga mempunyai matlamat untuk menghapuskan
imperialisme oleh pemerintahan maharaja di China. Yuan Shi Kai mempunyai matlamat
untuk mengembalikan sistem monarki dan kemaharajaan di China.40 Beliau dilihat lebih
memihak kepada sistem maharaja. Bukan itu sahaja, Yuan Shi Kai telah mengisytiharkan
dirinya sebagai angkatan tentera yang diktator dan kemudian akan mengisytiharkan
dirinya sebagai maharaja.41 Rakyat China mempunyai semangat untuk menghapuskan
pemerintahan China yang diktator sehingga muncul gerakan anti-Manchu. Pemerintahan
Manchu dilihat telah melemahkan dan menekan orang China. Perasaan anti-Manchu ini
telah menimbulkan beberapa kebangkitan seperti Revolusi 1911.42 Justeru itu, ekspedisi ke
utara ini adalah untuk memulihkan pentadbiran China yang sebelum ini lemah dan
dipengaruhi oleh kuasa lain. Hal ini dapat dibuktikan lagi apabila Chiang Kai-shek telah
mengutarakan ikrarnya untuk menyeru semua tentera China bersatu dan menentang
imperialisme di China. Beliau mengakui bahawa imperialisme telah membawa kesusahan
pada negara China itu sendiri.43 Di samping ekspedisi Utara ingin menyatukan China, ia
juga bermatlamatkan ingin menghapuskan imperialisme di China dan ingin berubah
kepada sistem republik.
Selain itu, ekspedisi ke utara ini juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan
pertahankan China. Chiang Kai-Shek mempunyai masalah dalam perhubungan dengan
angkatan Soviet Union kerana sikap buruk askar tersebut. Sehubungan dengan itu, Chiang
Kai-Shek berpendapat bahawa KMT tidak harus lagi untuk mendapatkan bantuan
daripada Rusia dan beliau berusaha untuk tidak terlalu bergantung kepada Commintern.
Namun begitu, Chinag Kai-Shek agak tertarik dengan kebolehan dan kelebihan yang
dimiliki oleh askar Soviet Union dan cara mereka mengawal parti mereka. Dengan itu,
Chinag Kai-Shek telah menyatakan perlunya ada sebuah sekolah ketenteraan. Beliau
mengatakan bahawa sebelum menguatkan dan memperkayakan negara, mereka perlu
menyatukan wilayah-wilayah di China. Bagi memenuhi usaha untuk menyatukan wilayah-
wilayah China ini, mereka perlu membasmi dan menghapuskan panglima perang. Dengan
itu, mereka perlu membina kekuatan dalam pasukan tentera China. Hal ini menunjukkan
bahawa penyatuan dan kekuatan negara bergantung kepada penubuhan sekolah
40 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 107. 41 Patricia Buckley Ebrey. (1996). Cambridge Illustrated History China. United Kingdom : University of
Cambridge. Hlm. 266.42 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 103.43 Ibid. Hlm. 133.
11
ketenteraan.44 Di samping usaha untuk menghapuskan panglima perang, tentera China
dapat mempelajari cara ketenteraan Rusia.
Secara tidak langsung, hal ini berbeza pula dengan matlamat perjalanan jauh yang
telah dilaksanakan oleh PKC. Berdasarkan pembacaan dan analisis beberapa buah buku
yang berkaitan peristiwa Long March, matlamat utama ekspedisi Long March ini adalah
untuk menyelamatkan PKC daripada terus menerima tekanan daripada KMT. Tambahan
pula, langkah ini diambil adalah untuk memastikan PKC dapat meneruskan perjuangannya
itu di China. Bukan itu sahaja, tujuan Long March ini dilakukan adalah untuk menyusun
semula kedudukan PKC serta merancang strategi yang lebih berkesan untuk
menundukkan KMT. Jika sekiranya Mao Zedong tidak mengambil tindakan ini sudah
pasti, riwayat PKC akan tamat di China.45 Atas usaha mahu menegakkan prinsip
perjuangan ke arah penyatuan China yang gemilang di bawah PKC. Prinsip inilah yang
telah membakar semangat para pejuang PKC untuk bersama-sama memastikan matlamat
PKC tercapai. Oleh sebab itu, tidak hairanlah para pejuang PKC sanggup menggadaikan
nyawa mereka dalam peristiwa ini bagi memastikan PKC dapat memerintah China. Walau
bagaimanapun, KMT dan PKC pernah bekerjasama semula buat seketika semasa Perang
Dunia Kedua menentang Jepun, kerjasama ini sebenarnya rapuh. Setelah perang tersebut
tamat keadaan menjadi seperti sedia kala di mana PKC terus memerangi KMT sehingga
mereka kalah.46
Hasil perjuangan yang tidak mengenal erti putus asa akhirnya PKC berjaya
menyanggah kedudukan KMT dalam politik semasa di China. Pada tahun 1949, negara
China yang berdaulat, bebas dan merdeka telah diisytiharkan di China oleh Mao Zedong
di ‘Dataran Tianmen’. Pada waktu itu juga, China disebut sebagai Republik Rakyat China
(PRC).47 Akibat kekalahan kepada pihak PKC, kerajaan buangan KMT telah dipaksa
keluar daripada China. Lantaran itu, pihak KMT telah berpindah ke Taiwan bersama-sama
lebih kurang dua orang juta pengikutnya.48 Di Taiwan, KMT telah mengisytiharkan
Taiwan sebagai Republik China serta mengaku bahawa KMT masih kerajaan yang sah.
Ibarat bermimpi di siang hari, cita-cita KMT itu tidak kesampaian, dan PKC terus gah
44 Mechthild Leutner et.al. (2002). The Chinese Revolution in The 1920s : Between Triumph and Disaster. Hlm.127.
45 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 151. Lihat juga, Robert Carver North (1954)
Kuomintang and Chinese Communist Elites, California: Stanford University Press. Hlm. 37-40.46 Kathlyn Gay. (2007). Mao Zedong's China. Minneapolis: Twenty-First Century Books. Hlm. 47.47 Ibid. Hlm. 47.48 Denny Roy. (2003). Taiwan: A Political History. New York: Cornell University Press. Hlm. 76.
12
memacu dan mentadbir China sehinggalah ke hari ini, manakala KMT terus berkuasa di
Taiwan.
4.0 Kesan Ekspedisi Utara
4.1 Penghapusan Kuasa Panglima Perang
Ekspedisi ke utara mencapai banyak kejayaan terutama sekali dapat dilihat apabila
ekspedisi ini berjaya menjatuhkan satu persatu panglima perang di setiap wilayah di
China. Ada di antara panglima perang yang mula mengakui kekuatan KMT dan
memberi sokongan kepada mereka.49 Walau bagaimanapun, ekspedisi ke utara ini
menimbulkan permasalahan baru ke atas kerajaan nasionalis. Masalah yang pertama
adalah masalah yang berkaitan dengan keutuhan dan kesatuan KMT yang semakin
retak akibat masalah kepimpinan. Masalah kedua pula adalah masalah menangani
kegiatan komunis. Keadaan ini menyebabkan Chiang Kai Shek tidak yakin dengan
sokongan komunis dan beliau telah bertindak menghapuskan ahli-ahli komunis
dalam KMT dan kawasan yang dikuasainya.
4.2 Penghapusan komunis.
Di samping itu, ekspedisi ke utara ini memberi kesan kepada gerakan komunis di
China. Hal ini demikian kerana Chiang Kai Shek telah menyekat kegiatan komunis
di China. Penghapusan yang berlaku terhadap gerakan komunis ini telah membawa
kepada perpecahan besar kepada KMT. Perpecahan yang dimaksudkan adalah
terdapat dua pusat kerajaan KMT iaitu di Hankow yang disokong oleh puak kiri dan
komunis. Manakala puak kanan pula disokong oleh Chiang Kai Shek di Nanking.50
4.3 Gerakan anti-komunis
Selain daripada itu, ekspedisi ke utara ini memperlihatkan kesan kepada kemunculan
gerakan anti-komunis yang semakin merebak sehingga ke utara. Pelbagai langkah
telah dilaksanakan oleh gerakan anti-komunis ini. Sebagai contoh, Chang Tso-Lin
telah menghantar surat protes kepada kerajaan Soviet Union kerana mereka
mempunyai niat untuk mengadakan huru-hara di utara. Surat protes ini dihantar
ekoran daripada serbuan ke atas kedutaan Soviet Union di Peking. Serbuan yang
dilakukan ini berlaku pada 6 April 1927. Kesannya banyak penemuan dokumen
rahsia komunis yang berkaitan dengan gerakan KMT di China. Bukan itu sahaja,
terdapat juga senjata api, buku-buku, dan pelbagai risalah telah dirampas. Keadaan
49 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 137.50 Ibid. Hlm. 138.
13
ini membuktikan bahawa Soviet Union memberi bantuan kepada pihak KMT untuk
menentang kerajaan utara dan pihak imperialis barat.51
4.4 Penguasaan dan penyatuan China
Akhir sekali, ternyata selepas berjaya menghapuskan kuasa panglima perang dan
komunis, Chiang Kai-Shek dan partinya telah berjaya menguasai China. Kesan ini
memberi sebuah pentadbiran baru kepada Chiang Kai-Shek untuk memerintah
China.52 Dengan itu, jelaslah menunjukkan bahawa pengakhiran daripada ekspedisi
ke utara ini memberi kesan yang besar kepada penyatuan semula China.
5.0 Kesan Long March
5.1 Kelangsungan Kewujudan Red Army dan CCP di China
Peristiwa Long March merupakan langkah strategik CCP untuk membina semula
ketumbukan tentera yang telah hampir-hampir musnah dibinasakan oleh tentera
nasionalis KMT dalam peristiwa serangan ke atas Jiangxi pada tahun 1932-1934.
Sepanjang ekspedisi ketenteraan Long March, CCP telah mengumpul semula saki baki
divisyen tentera yang ditemui sepanjang laluan lalu membentuk tiga buah ketumbukan
tentera yang padu dan lebih tersusun, iaitu First Front Red Army, Second Front Red
Army dan Fourth Front Red Army. Sebagai contoh saki baki tentera Divisyen 1st, 3rd
dan 5th telah digabungkan ke dalam unit First Front Red Army oleh Bu Gu dan Li De
ketika berada di selatan Kiangsi. Second Front Red Army pula digabungkan oleh He
Lang dan Jen Pi Shih di timur Kweichow yang terdiri daripada saki baki tentera 2 nd
dan 6th, manakala Fourth Front Red Army yang terdiri daripada tentera-tentera lain
ditubuhkan oleh Zhang Guoton di Szechuan. Meskipun hanya tinggal 5 % daripada 80
000 jumlah keseluruhan, saki baki tentera yang tinggal sudah cukup untuk membina
semula legasi Red Army.53 Tambahan pula, jumlah tentera singkat tersebut merupakan
tentera yang sangat tahan lasak, berkemahiran dan bersemangat tinggi yang telah
dibina di sebalik kepayahan, kesengsaraan dan penderitaan sepanjang ekspedisi Long
March.
5.2 Penubuhan Pusat Pentadbiran CCP Utama di Yunan
Peristiwa Long March telah menemukan CCP dengan sebuah tempat yang jauh
daripada ancaman KMT dan Jepun, serta hampir dengan kedudukan Kesatuan Soviet.
51 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 138.52 June Grasso, Jay Corrin & Micheal Kort. (2009). Modernization and Revolution in China : From the Opium
Wars to the Olympics. Hlm. 87.53 I. Epstien. (1998). From Opium War to Liberation. Joint Publishing Co. Ltd;Hong Kong. Hlm. 151-152.
14
Mao menggunakan dakyah propaganda beliau dengan menjanjikan tempat tersebut
sebagai sebuah tempat yang beliau gelar sebagai “The Promised Land” yang
bermaksud tanah yang dijanjikan untuk CCP. Yunan dilihat sebagai tempat yang
paling sesuai untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran baru CCP kerana kesesuaian
faktor geografi yang lebih dekat dengan Soviet. Mao menggunakan kelebihan geografi
tersebut untuk menyaingi lawannya di pentadbiran pusat (Central Committee).
Sepanjang ekspedisi Long March, pihak CCP telah berkempen mengenai ideologi
komunisme kepada para penduduk di setiap perkampungan-perkampungan “warlords
“yang dilalui oleh mereka sehinggakan sokongan penduduk China terhadap Mao Tze
Dong telah bertambah, dan pengaruh komunisme juga semakin diterima oleh rakyat
China.
5.3 Kemunculan Mao Tze-Dong sebagai pemimpin tertinggi CCP dan Red Army.
Peristiwa Long March telah digunakan oleh Mao serta pengikutnya untuk mengangkat
nama beliau dan parti CCP bimbingannya ke seluruh pelusuk China. Meskipun Long
March kelihatan hanyalah sebagai sebuah perakan tentera, tetapi di sebalik itu Mao
ingin menyaingi lawan-lawan beliau di dalam CCP yang dikenali sebagai 28
Bolshevick.54 Mao dan anggota 28 Bolshevicks sudah tidak serasi sejak awal
perjuangan lagi. Idealisme komunisme Mao adalah lebih berkonsepkan kepada
“kecinaan” (Chinese Communist Thought), adalah sangat berbeza daripada idealisme
28 Bolshevicks yang berpaksikan kepada arahan Commintern di Moscow. Sebab
itulah, Mao mendirikan pusat pentadbiran beliau di Jiangxi, manakala lawan beliau itu
pula di Centrall Committee. Persidangan Zunyi (Zunyi Conference) pada tahun 1935
telah digunakan sepenuhnya oleh Mao untuk menjatuhkan anggota 28 Bolshevicks
yang mengawal Central Committee. Beliau menyelar keburukan dan kelemahan
Central Committee yang terlalu bergantung kepada keputusan Commintern dalam
setiap peperangan sehingga menyebabkan kekalahan CCP kepada KMT dalam siri
peperangan 1932-1934. Hasil daripada keputusan persidangan tersebut telah
menyingkirkan peranan ahli 28 Bolshevicks dalam CCP yang sekali gus
menyingkirkan pesaing Mao di dalam CCP. Persidangan tersebut juga telah
mengangkat Mao selaku peneraju utama CCP di China.
54 Allan Lawrence. (2004) Chinese Since 1919 – Revolution and Reform ; A Sourcebook. Routledge: London.Hlm. 45.
15