elek trost a tik

9
::ELEKTROSTATIK:: 1. Jirim diperbuat daripada zarah-zarah yang dipanggil sebagai atom 2. Setiap atom mempunyai cas negatif dan cas positif 3. Proton bercas positif dan Elektron bercas negatif 4. Cas yang berbeza akan saling tertarik dan cas yang samaakan saling menolak 5. Objek yang mempunyai elektron yang lebih akan menjadi cas negatif manakala objek yang mempunyai sedikit elektron akan menjadi cas positif. Elektron tidak bergerak dan hanya terdapat di dalam objek sahaja. Fenomena ini dikenali sebagai ELEKTROSTATIK. 6. Statik bermaksud pegun atau tidak bergerak. Ini bermakna cas tidak mengalir dan elektrostatik ini berlaku di dalam penebat elektrik seperti plastik dan getah.

Upload: amry-hafifi

Post on 07-Sep-2015

242 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

::ELEKTROSTATIK::

1. Jirim diperbuat daripada zarah-zarah yang dipanggil sebagai atom2. Setiap atom mempunyai cas negatif dan cas positif3. Proton bercas positifdanElektron bercas negatif4. Cas yangberbezaakan salingtertarikdan cas yangsamaakan salingmenolak5. Objek yang mempunyai elektron yang lebih akan menjadi cas negatif manakala objek yang mempunyai sedikit elektron akan menjadi cas positif. Elektron tidak bergerak dan hanya terdapat di dalam objek sahaja.Fenomena ini dikenali sebagaiELEKTROSTATIK.6. Statik bermaksud pegun atau tidak bergerak. Ini bermakna cas tidak mengalir dan elektrostatik ini berlaku di dalam penebat elektrik seperti plastik dan getah.

ELEKTROSTATIK MELALUI GESERAN

Cas boleh dihasilkan dengan mengosokkkan sesuatu bahan dan bergantung kepada: Jenis bahan yang digunakan Bahan yang digosokkan kepada objek

ELEKTROSKOP

Elektroskop adalah alat yang digunakan untuk mengesan kewujudan cas

BAGAIMANA ELEKTROSKOP MENGESAN CAS??1. Sekiranya rod yang bercas positif diletakkan di bahagian plat logam.2. Semua cas negatif yang berada di bahagian rod logam dan daun emas akan tertarik ke bahagian plat logam.3. Ini memberi kesan kepada rod logam dan daun emas yang kedua-duanya menjadi cas positif.4. Apabila kedua-duanya bercas positif, ini menyebabkan ia saling tertolak. Oleh itu, daun emas tersebut akan mencapah.5. Apabila rod yang bercas positif dialihkan daripada plat logam, daun emas akan kembali ke kedudukan asal kerana telah dineutralkan.APLIKASI ELEKTROSTATIK1. SEMBURAN CAT Dalam penghasilan kereta, penyembur elektrostatik digunakan untuk mengecat kereta Badan kereta dicaskan dan penyembur cat dicaskan dengan cas yang berbeza Cas disemburkan di seluruh bahagian badan kereta dengan cepat2. PALAM PENCUCUH(SPARK PLUG) Palam pencucuh digunakan pada enjin kenderaan Ia akan menghasilkan percikan api antara elektrod dan akan membakar bahan bakar Kenderaan akan bergerak

3. PEMBENTUKAN KILAT

Awan yang tebal di langit akan bergeser dengan molekul-molekul air hujan menghasilkan cas pada awan Apabila terlalu banyak cas, ia akan menghasilkan percikan api ke awan lain atau ke bumi. Fenomena itu dipanggil sebagai kilat.::ELEKTRIK:: Elektrik adalah cas elektrik yang mengalir di dalam konduktor (pengalir elektrik) Elektrik merupakan sejenis tenaga yang boleh berubah ke bentuk yang lain Elektrik terhasil apabila ada elektron yang bergerak dalam satu arah menerusi konduktor Contoh elektrik yang digunakan dalam kehidupan seharian kita adalah:- Sel Kimia seperti bateri- Sel Solar yang menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga elektrik

Pada bahagian ini kita akan membincangkan berkenaan:ARUSVOLTANRINTANGANArus:1. Elektrik terhasil apabila ada elektron yang bergerak di dalam litar elektrik2. Arus elektrik adalah kadar pergerakkan cas elektrik (elektron)3. Unit SI untuk arus elektrik adalah ampere (A)4. Arus elektrik bergerak dari terminal Positif ke terminal Negatif manakala pergerakkan elektron pula sebaliknya.

PENJANA VAN DE GRAAFF:

Alat ini digunakan untuk menghasilkan cas elektrik (elektrostatik) dengan voltan yang tinggi di bahagian kubat alat ini.Apabila penjana digunakan, kepingan getah akan berpusing dan menghasilkan geseran dengan pemutar (roller) menyebabkan kubah dicaskan.Bahagian kubah pada penjana adalah bercas positifalat ini sesuai untuk melakukan eksperimen elektrostatik.

Voltan:

1. Tenaga elektrik yang diperlukan untuk membolehkan elektron mengalir daripada satu titik ke titik yang lain di dalam konduktor (litar elektrik)2. Unit SI bagi vontan adalahvolt (V)3. Voltan diukur dengan menggunakan voltmeter

Rintangan:1. Rintangan diukur dengan mengira berapa banyak komponen elektrik yang menghalang pengaliran arus elektrik.2. Semasa arus elektrik mengalir menerusi konduktor, sebahagian arus elektrik akan berubah bentuk kepada tenaga haba.3. Unit SI bagi rintangan adalahohm4. Semakin tinggi rintangan, semakin kurang arus elektrik mengalir5. Terdapat dua jenis perintang yang digunakan pada litar elektrik iaituperintang tetapdanperintang boleh laras (rheostat)6. Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan arus elektrik:

Kepanjangan :Semakin penjang konduktor, semakin tinggi rintangan Luas keratan rentas/Ketebalan :Semakin tebal konduktor, semakin rendah rintangan Jenis bahan :Rintangan juga bergantung kepada bahan konduktor. Sebagai contoh, Kuprum dan perak mempunyai rintangan yang rendah berbanding tungsten dan nikrom Suhu :Semakin tinggi suhu, semakin tinggi rintangan. Ini kerana apabila suhu tinggi, atom konduktor akan bergetar dengan laju dan menghalang pergerakkan elektron.

::PERHUBUNGAN ANTARA ARUS, VOLTAN, RINTANGAN::Untuk memudahkan para pelajar, formula segitiga dapat membantu para pelajar untuk melakukan pengiraan. Bagaimana ingin gunakan formula segitiga tersebut??

HUKUM OHMArus yang mengalir adalah berkadar terus dengan voltan yang digunakan.Semakin besar nilai voltan, semakin besar nilai arus elektrik

Graf:

::CONTOH PENGIRAAN::