elemen sinikal dalam penghasilan karya seni …
TRANSCRIPT
ELEMEN SINIKAL DALAM PENGHASILAN KARYA SENI
INSTALASI
SITI SOLEHA BINTI JAMIRIN 49044
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
( Seni Halus )
2017
ELEMEN SINIKAL DALAM PENGHASILAN KARYA SENI
INSTALASI
SITI SOLEHA BINTI JAMIRIN
Projek ini adalah salah satu keperluan untuk Ijazah
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni
Halus)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2017
i
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: _____________
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the Thursday of 15th June 2017.
Student’s Declaration:
I, SITI SOLEHA BINTI JAMIRIN (49044) from FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE
ART hereby declare that the work entitled ELEMEN SINIKAL DALAM KARYA SENI
INSTALASI. is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any
other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor
has any part been written for me by another person.
____________________________________ _______________________
SITI SOLEHA BINTI JAMIRIN (49044) Date Submitted
Supervisor’s Declaration:
I, ENCIK ANUAR BIN AYOB hereby certifies that the work entitled ELEMEN SINIKAL
DALAM KARYA SENI INSTALASI prepared by the above named student, and was submitted
to the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF
APPLIED ARTS WITH HONOURS (FINE ARTS), and the aforementioned work, to the best
of my knowledge, is the said student’s work.
Received for examination by: _____________________ Date: _______________
(ENCIK ANUAR BIN AYOB)
ii
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√) :
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act
1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where
research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be
placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and
rights as follows:
• This Project/Thesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak
(UNIMAS).
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for
the purpose of academic and research only and not for other purpose.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalize the
content for the Local Content Database.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of
the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
• No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this
Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
• This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be
distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS
permission.
Student signature ____________________ Supervisor signature: __________________
(Date: ) (Date: )
Current Address:
NO. 1127 FELDA TERSANG 01, 27610 RAUB PAHANG
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as
annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and
restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
✓
iii
PENGAKUAN
Projek bertajuk Elemen Sinikal Dalam Karya Seni Instalasi telah disediakan oleh Siti Soleha
Binti Jamirin dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi
syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus).
Diterima untuk diperiksa oleh:
_________________________
(Encik Anuar Bin Ayob)
Penyelia
Tarikh:
_________________________
iv
PENGESAHAN
Adalah ini diakui bahawa saya, Siti Soleha Binti Jamirin disertai penulisan yang bertajuk
bertajuk Elemen Sinikal Dalam Karya Seni Instalasi sebagai sebahagian daripada keperluan
untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dalam Program Seni Halus diterima.
Disahkan oleh:
__________________________
(Encik Anuar Bin Ayob)
Penyelia
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Alhamdulillah bersyukur saya
kepada Allah S.W.T dengan berkat dan limpah kurnianya, dengan penuh kesabaran dan usaha
yang gigih saya dapat menyiapkan penulisan ilmiah ini. Terima kasih saya ucapkan kepada
semua pensyarah yang mengajar saya dari tahun pertama sehingga saya menghasilkan Projek
Tahun Akhir ini. Ucapan jutaan terima kasih juga kepada penyelia Projek Tahun Akhir saya
iaitu Encik Anuar Bin Ayob yang tidak jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar serta berkongsi
pengalaman dalam penghasilan Projek Tahun Akhir ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah Program Seni Halus yang lain yang telah
banyak memberi tunjuk ajar serta memberi nasihat yang berguna kepada saya sepanjang tiga
tahun saya disini. Begitu juga ingatan tulus ikhlas dengan kasih dan sayang saya kepada
keluarga saya saya iaitu Saliah Binti Sahlan, Maslinda Binti Jamirin dan ahli keluarga yang lain
di atas sokongan dan berkat doa yang berterusan dan banyak memberi dorongan serta nasihat
sepanjang pengajian saya di sini.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang bersama-sama sepanjang penghasilan Projek
Tahun Akhir di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif bersama-sama ini saya ucapan terima kasih
kerana telah banyak berkongsi idea dan banyak memberi pendapat dalam penghasilan Projek
tahun akhir ini. Tidak lupa juga kepada staf-staf FSGK terutamanya kepada juruteknik kerana
banyak membantu sepanjang saya melaksanakan Projek Tahun Akhir ini.
v
Isi Kandungan
Perkara Halaman
Borang Pengesahan i - ii
Pengakuan iii
Pengesahan iv
Penghargaan v
Isi Kandungan vi - vii
Abstrak viii
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1
1 - 2
2 - 3
3
3
3
2.0 KAJIAN LEPAS
a. Sinikal
b. Seni Instalasi
2.1 Karya Rujukan
a. ‘Prisoners of More’, Andrew Kish III
b. ‘EAT*A*BLE episode 9: Cooking Clay’, Masha Ru dan
Dina Roussou
c. “Edible Complex” Cheryl Jackson
2.2 Kesimpulan
4
4 - 5
6 - 8
8
8 - 9
9 - 10
10 - 11
11
vi
3.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Primer
a. Ujikaji/ Eksperimen
b. Pemerhatian
c. Temubual
3.2 Sekunder
a. Rujukan Ilmiah
b. Internet
3.3 Kesimpulan
12
12
12 - 13
13 - 14
14 - 15
15
15 - 16
16
17
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Ulasan Karya Peribadi
4.2 Idea dan Konsep
4.3 Proses Awal
a. Lakaran Awal
b. Lakaran Susulan
4.4 Lukisan Cadangan
a. Lukisan Perspektif
b. Lukisan Konsep
4.5 Kajian Teknikal
4.6 Proses Produksi Karya
4.7 Kesimpulan
18
18 - 19
20
21
21
22
23
23
24
25 - 27
27 - 31
32
5.0 RUMUSAN 33
Bibliografi 34 - 35
vii
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian elemen sinikal dalam penghasilan karya seni instalasi. Sinikal
merupakan satu elemen dalam menghasilkan satu makna sindiran kepada audien Manakala seni
instalasi merupakan seni pemasangan yang melibatkan tiga dimensi (3D) yang sering direka untuk
mengubah ruang sekeliling. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti makna dan ciri-ciri dalam
elemen sinikal. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengekplorasi teknik persembahan dalam
penghasilan karya. Objektif lain juga ialah mengetengahkan sebuah karya berbentuk sinikal yang
dipersembahan menerusi seni instalasi. Hasil daripada ekperimentasi, karya bertajuk ‘Sikeret
Resapi… Its Unlocked’, ia memberi kesedaran kepada masyarakat. Karya ini dipersembahkan
dalam bentuk seni instalasi dengan bertujuan untuk mengajak audien merasai situasi sebenar
menerusi karya ini.
viii
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian elemen sinikal dalam penghasilan karya seni instalasi. Sinikal
merupakan satu elemen dalam menghasilkan satu makna sindiran kepada audien Manakala seni
instalasi merupakan seni pemasangan yang melibatkan tiga dimensi (3D) yang sering direka untuk
mengubah ruang sekeliling. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti makna dan ciri-ciri dalam
elemen sinikal. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengekplorasi teknik persembahan dalam
penghasilan karya. Objektif lain juga ialah mengetengahkan sebuah karya berbentuk sinikal yang
dipersembahan menerusi seni instalasi. Hasil daripada ekperimentasi, karya bertajuk ‘Sikeret
Resapi… Its Unlocked’, ia memberi kesedaran kepada masyarakat. Karya ini dipersembahkan
dalam bentuk seni instalasi dengan bertujuan untuk mengajak audien merasai situasi sebenar
menerusi karya ini.
1
1.0 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG
Seni adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Seni
memenuhi keperluan naluri estetik dan fizikal manusia. Menurut Herbert Read, (1993) dalam
bukunya seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan
kesenangan estetik. Secara tidak langsung dalam menghasilkan sesuatu karya seni, bakat,
kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang tinggi amat penting. Seni bersifat psikologi
dan sosiologi yang mempunyai hubungan dengan seni visual, seni tari dan lain-lain.
Latar belakang kajian ini tertumpu kepada elemen sinikal. Menurut Yue Minjun, (2002)
sinikal merupakan satu konsep mesej sindiran dalam seni kontemporari. Bermula pada tahun
1990-an. Bermula di Beijing, ia telah menjadi salah satu pergerakan seni kontemporari paling
popular di tanah besar China. Antara pengkarya yang banyak menggunakan elemen sinikal ialah
Yue Minjun, Fang Lijun, dan Liu Wei. Mereka berusaha untuk membangkitkan implikasi
psikologi terhadap kerajaan mereka. Walaupun seni ini kekurangan estetika penyatuan, namun
seni ini memberi satu perasaan kepada audien dan bersama-sama untuk berkongsi perasaan lucu
dan menyindir kepada audien.
Selain itu, kajian ini juga tertumpu kepada seni instalasi. Seni instalasi atau seni
pemasangan adalah karya seni yang melibatkan tiga dimensi (3D) yang sering direka untuk
mengubah ruang sekeliling. Seni instalasi ini muncul sebagai istilah pameran pada pertengahan
tahun 1970 an. Menurut Ilya Kabakov, (1988) mengatakan bahawa seni instalasi merupakan
satu seni yang menciptakan ruang untuk audien memasuki dan melihat keadaan sekeliling karya
secara langsung dan merasai objek tersebut. Kehadiran audien merupakan kunci utama dalam
seni instalasi.
2
Kesimpulannya, dalam membuat kajian latar belakang ini, elemen sinikal dalam
penghasilan karya seni instalasi ini, merupakan satu penghasilan seni yang baik. Dalam
menghasilkan karya seni instalsi ini, audien dapat merasai secara langsung suasana di kawasan
karya tersebut. Di samping itu, dalam merasai suasana karya instalasi tersebut, secara tidak
langsung sindiran secara halus disampaikan kepada audien mampu memberikan kesedaran
kepada audien.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Menurut Millie Wilson (2011), mengatakan bahawa seni instalasi merupakan satu seni
pemasangan yang tidak sempurna sepenuhnya.
Seni instalasi merupakan satu seni yang tidak sempurna dan audien itu sendiri adalah
kunci kepada kesempurnaan karya instalasi tersebut. Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji
melihat kepada penglibatan untuk menyempurnakan karya yang dihasilkan. Pengkaji
menciptakan satu ruang untuk audien memasuki dan melihat keadaan sekeliling karya secara
langsung dan merasai objek tersebut. Kehadiran audien merupakan kunci utama dalam seni
instalasi.
I think of my installations as unfinished inventories of fragments: objects, drawings,
paintings, photographs, and other inventions. They are improvisational sites in which
the constructed and the ready-made are used to question our making of the world
through language and knowledge. My arrangements are schematic, inviting the viewer
to move into a space of speculation. I rely on our desires for beauty, poetics and
seduction.
(Millie Wilson, 2011)
3
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenalpasti makna dan ciri-ciri sinikal.
ii. Mengekplorasi teknik persembahan dalam penghasilan karya.
iii. Mengetengahkan sebuah karya berbentuk sinikal yang dipersembahkan menerusi seni
instalasi.
1.4 PERSOALAN KAJIAN
i. Apakah maksud dan ciri-ciri dalam sinikal?
ii. Apakah teknik persembahan yang dilakukan dalam penghasilan karya?
iii. Bagaimanakah cara karya sinikal dapat dipersembahkan dalam seni instalasi?
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
i. Melalui kajian ini, pengkaji dapat memberikan kesedaran dari mesej sinikal yang ingin
disampaikan. Hal ini kerana, kesedaran harus diberikan supaya masyarat dapat tahu
bahawa makanan yang enak tidak menjaminkan kesihatan.
ii. Hasil kajian ini juga, dapat membantu dalam memperolehi maklumat tambahan dan juga
mampu membantu dalam mengembangkan seni instalasi dalam Malaysia.
iii. Hasil kajian ini juga, diharapkan dapat membantu menjadikan satu rujukan contoh
kepada industri pendidikan seni, industri awam atau swasta dan lain-lain.
4
2.0 KAJIAN LEPAS
Kajian lepas penting untuk mengetahui sumber-sumber kajian dan rujukan yang telah
digunakan. Kajian in telah dibuat melalui rujukan dari buku, jurnal, internet dan sebagainya.
Kajian lepas juga bertujuan untuk mencari bahan bukti bagi membuktikan kesahihan sesuatu
hasil kajian yang telah dikaji atau sebagai bahan sokongan dalam setiap kajian yang dijalankan.
2.1 Bahan Bacaan
a. Sinikal
Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua (2015), sinikal membawa maksud
ejekan atau penyindiran kepada orang dan diberikan secara lisan atau
percakapan. Sinikal merupakan sinis, lucu dan penyindiran dalam memberikan
kesedaran kepada sesautu keadaan. Menurut Yue Minjun, (2002) elemen sinikal
adalah sebuah seni kontemporari yang berbentuk lukisan.
Antara pengkarya yang menggunakan elemen sinikal ialah Yue Minjun,
Fang Lijun, dan Liu Wei. Walaupun seni ini kekurangan estetika penyatuan,
namun ia memberi satu perasaan kepada audien untuk berkongsi perasaan lucu
dan menyindir kepada audien. Sinikal ini merupakan mesej penyindiran hasil
dari seni konseptual yang berbentuk seni moden kontemporari. Seni ini memberi
keutamaan kepada idea yang ingin dibentangkan dengan cara visual dalam
mengetengahkan untuk sesuatu idea.
Elemen sinikal merupakan satu seni konseptual ini menyampaikan mesej
yang kuat kepada audien untuk mereka sendiri berfikir apa yang ingin
disampaikan oleh pengkarya. Beberapa artis konseptual menganggap bahawa
seni ini dicipta oleh audien dan bukan untuk artis atau karya seni itu sendiri. Oleh
5
itu, secara semulajadinya seni konseptual memerlukan seni instalasi dan seni
persembahan bagi mendapatkan karya yang lebih baik dalam menyampaikan
mesej kepada audien. Ketiga-tiga genre ini memerlukan satu sama lain bagi
menghasilkan kesan yang baik kepada audien. Sol Lewitt (1967), mengatakan
bahawa:
In conceptual art, the idea and concept is the most important aspect of
the work. When an artist uses a conceptual from of art, it means that
all of the planning and the decisions are made beforehand and the
execution is perfunctory affair
.
(Sol Lewitt, 1967)
Dalam kenyataan di atas, menjelaskan bahawa idea dan konsep penting
dalam menghasilkannya. Seni ini juga menggunakan apa sahaja bahan dan apa
sahaja bentuk yang sesuai untuk seseorang pengkarya itu meletakkan idea
mereka dan boleh menjadikan karya menjadi instalasi atau persembahan.
Kesimpulannya, elemen sinikal merupakan satu konsep yang mampu
memberi sindiran kepada audien dan juga masyarakat. Sinikal juga memberikan
kesedaran kepada mereka yang mengambil mudah tentang isu kesihatan ini.
Melalui elemen sinikal ini, pengkaji dapat memberikan sindiran secara halus dan
memberikannya melalui seni yang dihasilkan.
6
b. Seni Instalasi
Seni instalasi atau seni pemasangan adalah karya seni yang melibatkan
tiga dimensi (3D), dan direka untuk mengubah ruang sekeliling. Seni instalasi
muncul sebagai istilah pameran pada pertengahan tahun 1970 an. Istilah tersebut
dipakai untuk menjelaskan karya yang dipasang di ruang pameran. Seni instalasi
merupakan satu seni yang menciptakan ruang kehadiran audien untuk mereka
memasuki dan melihat keadaan sekeliling karya secara langsung dan merasai
objek tersebut. Kehadiran audien merupakan kunci utama dalam seni instalasi
dan merupakan salah satu karya yang paling besar dalam mempengaruhi audien.
Sebelum istilah seni instalasi muncul, istilah “environment” digunakan
oleh Allan Kaprow (1958) untuk menggambarkan karyanya. Dalam buku
‘Installation, Technology, Presence, and Absence’ (2004), oleh Heri Dono,
mengatakan bahawa penggunaan teknologi dan bahan sedia ada mampu
mengatasi keperluan komunikasi antara pengkarya dan audien. Teknologi
memberikan sesuatu karya instalasi bergerak, dan seolah-olah hidup.
Selain itu, Julie Reiss menjelaskan seni instalasi dalam bukunya ‘From
Margin to Center: The Spaces of Installation Art’ (1993). Menggariskan bahawa
ciri-ciri seni tidak lepas dari penglibatan audien di ruang karya iaitu:
“Spectator participation is so integral to installation art that without
having the experience of being the piece, analysis of installation art is
difficult.”
(Julies Reiss, 1993)
Julies Reiss menekankan bahawa tanpa adanya penglibatan audien, karya
seni tidak dapat disebut lagi sebagai seni instalasi. Aspek penglibatan. Lanjutan
7
dari penyataan Reiss, Elizabeth Bishop juga menagatakan dalam bukunya ‘One
Arts’ (1999), mendefinisikan seni instalasi, iaitu:
Bishop memberi pemahaman bahawa ciri-ciri seni instalasi berada pada
kehadiran audien. Seni instalasi memberi audien keinginan untuk melihat sendiri
karya instalasi dan pengalaman tersebut dirasakan seolah-olah seperti nyata. Hal
tersebut disebabkan seni instalasi bermain dengan fikiran. Hampir semua jenis
bahan atau media boleh digunakan, termasuk objek semulajadi atau buatan
manusia, lukisan dan ukiran, dan juga media baru seperti filem, animasi,
pelbagai bentuk fotografi, seni persembahan secara langsung, bunyi dan audio.
Secara umum, terdapat hal lain dalam seni instalasi yang
membezakannya dengan bentuk seni lain, iaitu posisi audien dalam menikmati
karya instalasi. Karya seni instalasi membuka peluang bagi audien untuk
memasuki dan melihat dalam posisi tertentu. Seni instalasi menjadi salah satu
platform utama dalam menghasilkan karya. Hal ini kerana seni instalasi adalah
salah satu seni yang memainkan peranan besar terhadap audien.
Kesimpulannya, seni instalasi adalah salah satu seni yang memainkan
peranan penting dalam mempersembahkan karya seni. Seni pemasangan ini juga
mampu menyampaikan mesej secara halus. Hal ini kerana, audien dapat merasai
“Installation art is a term that loosely refers to the type of art into
which the viewer physically enters, and which is often described as
theatrical, immersive, or experiential. Installation art addresses the
viewer directly as a literal presence in the space. It presupposes an
embodied viewer whose senses of touch, smell, and sound are
heightened as their sense of vision. This insistence on the literal
presence of the viewer is arguably the key characteristic of installation
art”.
(Elizabeth Bishop, 1999)
8
keadaan sesuatu persembahan karya secara langsung sekaligus mampu
menyampaikan sesuatu mesej kepada audien dengan baik.
2.2 KARYA RUJUKAN
a. ‘Prisoners of More’, Andrew Kish III
Figura 1
‘Prisoner of More’ 2015
Warna air
Andrew Kish III merupakan seorang artis yang mrnggunakan elemen
sindiran dalam menghasilkan karya. Dalam karya ‘Prisoner of More’ beliau
menggunakan elemen sinikal sebagai konsep utamanya. Beliau menciptakan
karya berdasarkan kisah kehidupan manusia yang sukar untuk menghadapi dunia
9
terutama dalam sosiopolitik dan menganggapnya sebagai pandangan sendiri
kehidupan peribadi beliau.
Beliau juga menganggap karya yang dihasilkan beliau sebagai
komunikasi terhadap persekitaran sekeliling beliau. Penghasilan karya beliau
sangat teliti dan penyampaian metafora beliau diterima oleh audien. Hal ini
kerana, makna setiap karya beliau jelas dan cara penyampaiannya juga diterima
baik oleh audien. Cara penyampaian beliau telah memberi inspirasi kepada
pengkaji dalam melakukan pengolahan idea dan penghasilan elemen sinikal.
b. ‘EAT*ABLE* episode 9: Cooking Clay’ Masha Ru dan Dina Roussou
Figura 2
‘EAT*A*BLE episode 9: Cooking Clay’
2016
Tanah liat
10
Karya ‘EAT*A*BLE episode 9: Cooking Clay’ oleh mereka merupakan
sesuatu yang berkaitan dengan memakan bahan-bahan yang berasaskan tanah
liat yang mentah. Mereka membuat makanan berasaskan tanah liat bertujuan
untuk memberitahu kepada audien bahawa memakan tanah liat adalah baik
untuk kesihatan.
Mereka mempersembahkan karya mereka di bahagian rak-rak tepi
dinding dan juga di atas meja bagi mendapatkan suasana seperi berada di kedai
roti. Karya ini dijadikan sebagai karya rujukan kerana mereka menggunakan
kaedah persembahan dalam bentuk sebenar bagi menyampaikan mesej sekaligus
memperkenalkan kepada audien tentang khasiat makanan yang dihasilkan.
c. ‘Edible Complex’ Cheryl Jackson
Figura 3
‘Edible Complex’
2012
Mixed media
11
Karya ‘Complex Edible’ ini, menceritakan apa yang kita makan pada hari
ini iaitu beliau mendapat inspirasi dari sikap pemakanan masyarakat Amerika
pada abad ke 20 yang cenderung kepada obesiti. Beliau menggunakan meja
sebagai penyatuan keluarga tetapi telah digantikan dengan televisyen yang
hanya menjadi sebagai stesen tempat duduk dan masing-masing memandang ke
arah televisyen tanpa menghiraukan anggota keluarga sendiri.
Beliau menggunakan seni instalasi sebagai persembahan kepada audien
untuk menyampaikan mesej tersebut. Beliau menggunakan lantai dan dinding
sebagai ruang utama dalam pemasangan. Karya ini telah dijadikan sebagai
rujukan karya kerana konsep yang diletakkan oleh beliau iaitu kaedah kaedah
persembahan yang diluar dari konteks galeri. Penggunaan ruang yang sedia ada
mampu menciptakan suasana sebenar.
Karya ini juga memberi mesej kepada audien tentang isu yang dihadapi
apabila wujudnya pengaruh media massa seperti televisyen. Berdasarkan konsep
yang beliau sampaikan kepada audien, telah menjadi rujukan utama dalam
berkarya.
2.3 KESIMPULAN
Kesimpulan dalam kajian lepas ini ialah pengkaji lebih memahami tentang penggunaan
sinikal dalam menghasilkan seni instalasi yang sesuai digunakan dalam karya. Selain itu,
pengkaji juga dapat mengkaji dengan lebih baik mengenai seni instalasi yang digunakan dengan
sokongan dan bukti dari artis lain dan ini mampu dijadikan sebagai bahan rujukan yang baik.
12
3.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN
Pengkaji telah membuat kajian tentang primer dan sekunder. Primer merupakan data
yang dikumpulkan sendiri oleh pengkaji untuk menguji hipotesis dalam kajiannya contohnya
soal selidik, pemerhatian dan temubual manakala data sekunder merupakan data kedua yang
dikumpul untuk membantu mendapatkan maklumat tambahan seperti ilmiah, internet dan lain-
lain. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas dan terperinci lagi
tentang pengaplikasian kaedah membantu dengan membuat huraian tentang proses kajian.
3.1 Primer
a. Eksperimen
Melalui kaedah ekperimen, pengkaji telah membuat beberapa kajian
terhadap ketahanan terhadap bahan karya. Pada awalnya, pengkaji menggunakan
habuk kayu sebagai media utama dalam penghasilan karya. Namun begitu,
ketahanan karya tidak lama disebabkan masalah bahan gam pengikat yang tidak
kukuh dan campuran bahan perasa makanan yang mudah berkulat (Figura 4).
Pengkaji membuat semula ekperimen dengan menggunakan bahan yang
lebih kukuh iaitu span tilam sebagai bahan utama. Span tilam tersebut di sapukan
dengan plaster of paris yang dicampur dengan perasa makanan, pewarna
makanan, gam pengikat, cat arkrilik dan lain-lain. Campuran ini telah berjaya
untuk membuat bahan tersebut tidak berkulat (Figura 5).
Akhirnya, selepas menggunakan bahan ini, ujikaji terhadap bahan selama
dua minggu menunjukkan keputusan yang baik dan pengkaji telah mengekalkan
bahan tersebut untuk membuat karya.
13
Figura 4
Hasil karya pada ekperimen pertama
selama dua minggu. Bahan karya
menjadi berkulat.
Figura 5
Hasil karya selepas dua minggu setelah
menggunakan bahan yang tidak
berkulat.
b. Pemerhatian
Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji telah membuat kajian
pemerhatian karya bertajuk ‘Bingkisan Batik Nusantara’ (2010) oleh Norazlan
Ahmad (Figura 6) di Balai Pendidikan Artgeng yang menggunakan teknik
media dan proses. Bahan utama yang digunakan oleh beliau ialah habuk kayu
yang dicampur dengan bahan gam pengikat khas.
Melalui kaedah ini, pengkaji dapat memerhati dengan lebih baik
bagaimana karya tersebut terhasil, melihat dari segi kelebihan dan kelemahan
tersebut dan merasai pengalaman dengan karya yang menggunakan teknik media
dan proses (Figura 7).