emas sebagai penanda aras nisab zakat di malaysia: satu...

13
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA 1 Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu Analisa Azhan Rashid Senawi Universiti Teknologi Petronas [email protected] Muhammad Pisol Mat Isa Universiti Teknologi Petronas [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membentangkan analisis konseptual mengenai emas sebagai penanda aras nisab zakat dan kesannya terhadap masyarakat Islam di Malaysia. Secara umumnya, kewajipan membayar zakat diukur kepada nisab yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa zakat setiap tahun. Namun, nisab zakat ini ditentukan oleh harga emas yang ditentukan berdasarkan permintaan dan penawaran harga pasaran dunia. Isu turun naik nisab ini telah dibangkitkan oleh para cendekiawan kontemporari, yang mana nisab zakat ini mempunyai kecenderungan untuk mengeksploitasi golongan miskin sebagai pembayar zakat. Hal ini bercanggah dengan peranan zakat yang seharusnya membantu golongan miskin. Secara teori, kajian ini mendapati bahawa penanda aras nisab zakat berasaskan emas mempunyai kecenderungan untuk melibatkan golongan miskin sebagai penyumbang zakat. Ia bermaksud, nisab zakat yang rendah mempunyai signifikan yang positif terhadap golongan miskin untuk membayar zakat. Oleh itu, satu analisis diperlukan sebagai persediaan dan rujukan pihak berkuasa seperti institusi zakat dalam mengambil langkah yang sewajarnya dalam menangani isu ini yang kurang mendapat perhatian atau mungkin terlepas pandang. 1.0 Pengenalan Zakat merupakan rukun ketiga dalam Islam dan ia wajib dibayar apabila kekayaan seseorang mencapai dan melebihi nisab zakat yang telah ditetapkan pada tahun-tahun yang berkenaan (hawl). Tidak dapat dinafikan, antara maqasidnya ialah ia dapat mengelakkan perasaan dengki di antara si kaya dan si miskin, di mana yang kaya tidak akan mementingkan diri dan bersifat tamak, sementara yang miskin tiada perasaan kebencian dan iri hati. Ini akan merapatkan kedua-dua kelompok ini dalam suasana yang harmoni. Surah al-Taubah, ayat 103 (Al Quran, 2015) menyatakan, ‘Ambillah zakat dari harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka, Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui’. Pada asasnya, zakat adalah satu bentuk pengagihan kekayaan kepada mereka yang memerlukan dan bertindak sebagai mekanisme untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin. Ada sebahagian ulama membenarkan golongan fakir miskin ini diberikan keutamaan dahulu

Upload: vanthien

Post on 07-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

1

Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu Analisa

Azhan Rashid Senawi

Universiti Teknologi Petronas

[email protected]

Muhammad Pisol Mat Isa

Universiti Teknologi Petronas

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membentangkan analisis konseptual mengenai emas

sebagai penanda aras nisab zakat dan kesannya terhadap masyarakat Islam di

Malaysia. Secara umumnya, kewajipan membayar zakat diukur kepada nisab yang

dikeluarkan oleh pihak berkuasa zakat setiap tahun. Namun, nisab zakat ini

ditentukan oleh harga emas yang ditentukan berdasarkan permintaan dan

penawaran harga pasaran dunia. Isu turun naik nisab ini telah dibangkitkan oleh

para cendekiawan kontemporari, yang mana nisab zakat ini mempunyai

kecenderungan untuk mengeksploitasi golongan miskin sebagai pembayar zakat.

Hal ini bercanggah dengan peranan zakat yang seharusnya membantu golongan

miskin. Secara teori, kajian ini mendapati bahawa penanda aras nisab zakat

berasaskan emas mempunyai kecenderungan untuk melibatkan golongan miskin

sebagai penyumbang zakat. Ia bermaksud, nisab zakat yang rendah mempunyai

signifikan yang positif terhadap golongan miskin untuk membayar zakat. Oleh itu,

satu analisis diperlukan sebagai persediaan dan rujukan pihak berkuasa seperti

institusi zakat dalam mengambil langkah yang sewajarnya dalam menangani isu

ini yang kurang mendapat perhatian atau mungkin terlepas pandang.

1.0 Pengenalan

Zakat merupakan rukun ketiga dalam Islam dan ia wajib dibayar apabila kekayaan seseorang

mencapai dan melebihi nisab zakat yang telah ditetapkan pada tahun-tahun yang berkenaan

(hawl). Tidak dapat dinafikan, antara maqasidnya ialah ia dapat mengelakkan perasaan dengki

di antara si kaya dan si miskin, di mana yang kaya tidak akan mementingkan diri dan bersifat

tamak, sementara yang miskin tiada perasaan kebencian dan iri hati. Ini akan merapatkan

kedua-dua kelompok ini dalam suasana yang harmoni.

Surah al-Taubah, ayat 103 (Al Quran, 2015) menyatakan, ‘Ambillah zakat dari harta mereka

untuk membersihkan dan menyucikan mereka, Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan)

ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui’.

Pada asasnya, zakat adalah satu bentuk pengagihan kekayaan kepada mereka yang memerlukan

dan bertindak sebagai mekanisme untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin. Ada

sebahagian ulama membenarkan golongan fakir miskin ini diberikan keutamaan dahulu

Page 2: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

2

berbanding asnaf-asnaf lain demi menjaga iman mereka terutama dalam aspek keperluan hidup

seperti pakaian, makanan, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan (Marhaini & Shamsiah,

2012).

Manakala dari sisi pandang ahli ekonomi, zakat boleh menjadi sumber hasil yang penting

kepada negara terutama dalam merangsang permintaan keperluan asas, yang mana secara tidak

langsung ia dapat menggalakkan mobiliti barangan dan perkhidmatan lain dalam pasaran

(Marhaini & Shamsiah, 2012). Choudhury (1980) beranggapan bahawa peruntukan zakat

adalah lebih cekap berbanding rangsangan fiskal lain kerana kesan langsungnya kepada si

penerima dilihat mampu mengaktifkan aktiviti ekonomi mikro di sekitarnya. Ia juga boleh

memelihara kelestarian sumber dana awam terutama dalam kegawatan ekonomi (Faridi, 1980).

Dengan keterikatan agama, pengagihan zakat secara langsung kepada si penerima mampu

memberi keseimbangan dalam sesebuah komuniti masyarakat (Faridi, 1980). Salah satu ciri

yang memberikan jaminan ke arah pembangunan masyarakat adalah kadar tetap zakat itu

sendiri iaitu 2.5%, di mana ia dapat memperuntukkan dana dalam keadaan-keadaan tertentu,

contohnya dalam kegawatan ekonomi dan isu-isu luar jangka yang lain (Faridi, 1992; Sadeq,

2004). Choudhury (1980) dan Metwally (1997) berpendapat zakat mempunyai korelasi positif

kepada sektor perkhidmatan dan pengeluaran, oleh itu ia dapat menjana kuasa beli yang tinggi

dan mampu memobilisasi guna tenaga kerja setempat.

Namun begitu, Kahf (1999), Mahmud & Haneef (2012) dan Sadeq (2004) berpendapat zakat

tidak mampu memberikan impak ekonomi yang besar. Ia hanya melibatkan peratusan

sumbangan yang rendah dalam pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK). Ia tidak

memacu ke arah pembangunan ekonomi Islam dan tidak dapat memenuhi keperluan asas asnaf

(fakir dan miskin) dengan baik (Dabour, 2000).

Menurut Salih (1999), manfaat zakat hanya akan diterima bergantung kepada kuantiti

peruntukan dan kualiti pengagihan zakat. Ini memberikan justifikasi terhadap ketidakcekapan

institusi zakat dalam mengagihkan zakat kepada kumpulan sasaran penerima (Chapra, 1992).

Atas faktor perkembangan ekonomi, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam

menilai item-item yang munasabah sebagai item zakat dan ia seharusnya tidak terikat dengan

senarai yang hanya termaktub di dalam hadith (Marhaini, 2012).

Dalam situasi ini, Kahf (1989), Abu-Saud (1988) dan Iqbal (1995) mengajukan pandangan

kepada para ilmuwan Islam untuk meneliti kembali beberapa perkara yang mempunyai ruang

lingkup yang samar-samar untuk dinilai semula. Sebagai contoh, perincian terhadap asnaf

zakat, nisab zakat dan kadar peratusannya yang boleh menjadi nilai tambah dalam

meningkatkan peratusan kutipan zakat dan pengagihannya oleh institusi yang

dipertanggungjawabkan.

Berdasarkan kepada prinsip ilmu, kajian ini beranggapan, sebarang keraguan yang muncul atas

dasar pencerahan dari sudut ilmu pengetahuan dan selagi mana ia tidak bercanggah dengan

prinsip al Quran dan sunnah, ia diharuskan. Dengan mengambil kaedah asas dalam fiqh

mu’amalat iaitu:

Page 3: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

3

ألصل يف املعمالت اإللتفات اىل املعاينا

Iaitu: ‘ Hukum asas dalam urusan mu’amalat adalah kembali merujuk kepada

tujuannya dan maslahat kebaikannya (yang boleh dicapai daripadanya).’ (Abd

Rahman, 2008).

Begitu juga dengan hadith Nabi Muhammad SAW iaitu:

أنتم أعلم بامر دنياكم

Bermaksud, ‘Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.’ (Muslim, t.t.)

Kewajaran yang telah Nabi tunjukkan dengan membebaskan urusan dunia kepada si

pemiliknya, terbatas ke atas perkara yang tidak memesongkan kepercayaan manusia kepada

penciptanya (Allah). Rasionalnya, ada ruang lingkup yang bersifat fleksibel dalam memilih

asas yang terbaik untuk disesuaikan dengan perubahan dunia semasa.

Oleh itu, usaha-usaha baik dalam melanjutkan dan mengembangkan sumbangan ke arah

meningkatkan pembangunan masyarakat amat diperlukan sebagai nilai tambah kepada pihak-

pihak yang berkenaan (Kahf, 1989; Mahmud & Haneef, 2012; Sadeq, 2004).

Untuk kekemasan perbincangan, kajian ini di struktur seperti berikut; seksyen pertama adalah

pengenalan kepada pokok kajian, seksyen seterusnya akan membincangkan berkenaan isu-isu

nisab zakat, diikuti dengan implikasi ke atas isu kajian dan diakhiri dengan konklusi kajian.

2.0 Isu Nisab Zakat

Salah satu isu yang dibangkitkan oleh Kahf (1999) ialah nisab zakat yang diikat dengan harga

komoditi iaitu emas dan perak di pasaran dunia dan didapati secara relatifnya ia cenderung

untuk memberikan tindak balas kepada kos sara hidup masyarakat.

Situasi turun naik harga emas dan perak ini telah mengubah amaun nisab bagi tahun-tahun

berkenaan. Bagi negara-negara yang menggunakan perak sebagai penentuan nisab,

kecenderungan terhadap status kewajipan membayar zakat yang melibatkan golongan miskin

adalah tinggi kerana kejatuhan harga perak di pasaran dunia mutakhir ini. Ia berdasarkan

statistik yang dilaporkan oleh London Bullion Market Association & Bureau of Labor Statistics

(2016) (lihat rajah 1).

Page 4: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

4

Sumber: (London Bullion Market Association & Bureau of Labor Statistics, 2016)

Browne, Abbriano, & Lockwood (2015) beranggapan bahawa selagi mana sesuatu barangan

itu diklasifikasikan sebagai komoditi, tidak dapat tidak, ia akan mengalami situasi turun naik

harga akibat daripada aktiviti permintaan dan penawaran dalam pasaran.

Indikator ini memberikan justifikasi bahawa emas juga tidak terkecuali daripada menghadapi

kesan yang sama sebagaimana perak. Ia dibuktikan pada rajah 2 di mana kesan daripada

dagangan antarabangsa telah menjadikan harga emas terkini merudum jatuh. Akibatnya, ia

akan memberikan implikasi negatif kepada nisab zakat dan juga isi rumah yang dikategorikan

sebagai miskin dalam sesebuah populasi masyarakat.

Rajah 1: Harga Pasaran Perak Dunia (1970 – 2013)

Page 5: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

5

Sumber: (London Bullion Market Association, 2015)

Pada asasnya, nisab merujuk kepada perbezaan antara kaya dan miskin dalam aspek pegangan

harta. Jika seseorang mempunyai harta yang lebih daripada jumlah nisab maka zakat

diwajibkan ke atasnya (Mat Isa, 2013). Hikmahnya ialah agar zakat hanya dikutip daripada

orang kaya dan diagih kepada orang miskin (Al-Qardawi, 1988).

Umum mengetahui bahawa penanda aras nisab zakat menggunakan emas atau perak. Namun,

perak adalah lebih masyhur dan luas penggunaannya bersandarkan kepada hadith-hadith yang

sahih.

Perbincangan mengenai sama ada emas ataupun perak sebagai sandaran kepada nisab zakat

telah banyak diperdebatkan oleh para ulama kontemporari. Kesimpulan kepada itu, Al-

Qardawi (1988) dengan mengambil kira pelbagai faktor, telah membuat kesimpulan bahawa

kestabilan emas adalah lebih ketara berbanding perak.

Namun, disebabkan emas dan perak dikategorikan sebagai komoditi di pasaran antarabangsa,

situasi turun naik harga sememangnya tidak dapat dielakkan. Rajah 2 menunjukkan dengan

jelas bahawa trend semasa harga emas dunia yang menurun akibat daripada permintaan dan

penawaran yang tidak menentu. Hal ini telah dibuktikan dengan perbezaan yang ketara kepada

jumlah nisab semasa.

Sebagai contoh rujukan, nisab pada tahun 2003 dicatat berjumlah RM3000, tetapi ia telah

berubah menjadi RM14000 pada tahun 2013 (Mat Isa, 2013). Jumlah peningkatan yang hampir

400% ini telah memberikan petanda bahawa emas sememangnya dipengaruhi oleh faktor

Rajah 2: Harga Pasaran Emas Dunia (1970 – 2013)

Page 6: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

6

permintaan dan penawaran di pasaran dunia. Sebagai perbandingan, di antara item-item yang

dikenakan zakat seperti zakat ternakan iaitu lembu atau kambing, kadar peratusan

perubahannya adalah lebih kecil berbanding dengan harga emas meskipun wujud kenaikan

harga (Mat Isa, 2013). Ini dapat dilihat melalui ilustrasi jadual perbandingan harga item-item

zakat bagi tahun 2003 dan 2013 di bawah:

Jadual 1: Kadar Nisab 2003 (Ringgit Malaysia)

Kambing Lembu Unta Perak Emas

400*40

=16000

1500*30

=54000

5000*5

=25000

3.0*595

= 1785

35.3*85

=3000

Sumber: (Mat Isa, 2013)

Jadual 2: Kadar Nisab 2013 (Ringgit Malaysia)

Kambing Lembu Unta Perak Emas

700*40

=28000

2600*30

=78000

6000*5

=30000

3.5*595

= 2082.5

165*85

=14000

75% 44.4% 20% 16.6% 366.6%

Sumber: (Mat Isa, 2013)

Berdasarkan jadual di atas, dalam jangka masa 10 tahun (2003 hingga 2013), harga perak dan

ternakan iaitu kambing, lembu dan unta tiada perubahan yang ketara berbanding harga emas.

Peratusan perubahan harga yang ditunjukkan adalah sekitar 20% hingga 45% sahaja, namun,

emas telah mencecah hampir 400% dalam tempoh ini.

Perubahan harga emas ini, secara tidak langsung akan memberikan impak kepada nisab zakat

dan dikhuatiri harganya menurun dengan kadar yang besar di pasaran. Jika ia berlaku, ia

seakan memberikan justifikasi kepada pandangan Kahf (1999) iaitu penurunan kadar nisab

cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin dan tidak menunjukkan kayu ukur sebenar

kepada kos sara hidup mereka.

Ia disokong oleh Mat Isa (2013) yang menyatakan bahawa nisab zakat tidak lagi mampu

dijadikan ukuran ke atas tahap kekayaan seseorang, seandainya nisab itu jatuh dan berpotensi

menganiaya golongan miskin.

Berdasarkan kepada hadith yang meriwayatkan bahawa kewajipan zakat akan gugur jika ia

kurang daripada 5 ekor unta, bagi gandum, yang kurang daripada 5 awsuq, manakala bagi

wang, yang kurang daripada 200 dirham (Majah, 1952). Walau bagaimanapun Abu-Saud

(1988) tidak bersetuju dengan penanda aras ini kerana faktor zaman yang sudah berubah dan

struktur ekonominya juga berbeza.

Sebagai contoh, ketika zaman Nabi (S.A.W), 5 awsuq adalah memadai untuk kehidupan satu

keluarga tiga beranak bagi jangka masa setahun. Walau bagaimanapun, 5 awsuq untuk petani

Page 7: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

7

di Malaysia pada masa kini adalah tidak memadai dan sama sekali tidak memenuhi keperluan

asas mereka selama setahun. Oleh itu, faktor perubahan zaman menjadikan ia sudah tidak

praktikal untuk diguna pakai (Abu-Saud, 1988; Mahmud & Haneef, 2012).

Abu-Saud (1988) menegaskan lagi bahawa pembayaran zakat perlu berdasarkan kepada

beberapa kriteria yang disenaraikan seperti berikut;

a. Ia perlu mengambil kira perbelanjaan mandatori isi rumah (hawaij al asliyyah)

b. Ia perlu mengambil kira faktor semasa seperti kadar inflasi dan faktor-faktor ekonomi

lain, agar dapat dibuat pengecualian sebelum berzakat.

Melalui kriteria yang disenaraikan ini, beliau beranggapan bahawa ia mampu mengurangkan

jurang perbezaan dan dapat mengenal pasti keupayaan seseorang untuk membayar zakat.

Ada beberapa perbincangan berkenaan isu harga emas yang dikhuatiri merudum jatuh seperti

mana yang berlaku kepada harga perak; Al-Qardawi (1988) menyebut bahawa seandainya ia

berlaku, pemilihan untuk menggunakan penanda aras nisab zakat kepada item pertanian adalah

tidak sesuai kerana ia bersifat barang keperluan harian. Namun, ia tidak mustahil seandainya

kambing atau unta dijadikan sandaran nisab zakat kerana keseimbangan harga item berkenaan

di pasaran. Ini dapat dirujuk kepada perbandingan kadar nisab pada jadual 1 dan 2 di atas.

Selanjutnya, Mat Isa (2013) juga ada membuat perbandingan nilai yang dilihat lebih tepat

dengan menggunakan ukuran diyat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Abu Bakar

dan Saidina Umar al Khattab berdasarkan kepada catatan daripada hadith al Bayhaqi.

Jadual 3: Anggaran Harga Kadar Nisab Pada Zaman Rasul dan Abu Bakar (Dirham)

Kambing Lembu Unta Perak Emas

10*40

= 400

20*30

=600

40*5

=200

0.33*595

= 200

2.35*85

=200

Sumber: (Mat Isa, 2013)

Jadual 4: Anggaran Harga Kadar Nisab Pada Zaman Saidina Umar al-Khattab

(Dirham)

Kambing Lembu Unta Perak Emas

12*40

=480

60*30

=1800

120*5

=600

0.33*595

= 200

12*85

=1020

20% 200% 200% 0% 410%

Sumber: (Mat Isa, 2013)

Berdasarkan perbandingan jadual di atas, terdapat perbezaan harga di antara item-item zakat

dan ini menunjukkan bahawa wujud perubahan harga pada zaman pemerintahan Umar al

Khattab. Pada zaman ini, tiada ketetapan penyelarasan harga yang khusus, namun harga diyat

Page 8: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

8

telah dijadikan satu penyelarasan harga pada masa pemerintahan Umar al Khattab ((Mat Isa,

2013). Dalam hal ini, kajian mengenal pasti bahawa perubahan harga-harga ini mungkin telah

dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti permintaan dan penawaran di antara pembeli dan

penjual, saiz barangannya, tempat perdagangan dan juga jenis barangan.

Kajian ini juga dapat menyimpulkan bahawa kestabilan harga perak adalah disebabkan ia

adalah sandaran pertukaran nilai pada zaman itu. Catatan menunjukkan perak tidak mengalami

sebarang perubahan harga iaitu pada kadar 0% berbanding dengan harga kambing, lembu, unta

dan juga emas iaitu 20% bagi kambing, 200% bagi lembu dan unta, manakala 410% bagi emas.

Maka, tidak peliklah mengapa perak dijadikan sebagai nisab zakat pada ketika itu, kerana ia

adalah medium yang stabil dan boleh dijadikan ukuran kepada orang yang berharta iaitu

sebagai golongan yang wajib mengeluarkan zakat dan golongan miskin yang menerima

bantuan zakat.

3.0 Implikasi Isu

Rasional untuk mengkaji isu ini adalah disebabkan oleh faktor perubahan masa yang dilihat

boleh memberikan kesan kepada jumlah nisab dan secara tidak langsung melibatkan kenaikan

kos sara hidup serta hierarki keperluan utama terhadap mereka yang dikategorikan sebagai

fakir dan miskin (Kahf, 1989). Oleh itu, isu ini perlu diketengahkan bagi menjelaskan perkara-

perkara yang mungkin dapat menjejaskan kehidupan golongan fakir dan miskin.

Di Malaysia, mekanisme untuk mengenal pasti golongan miskin adalah melalui pendapatan

garis kemiskinan (PGK) yang dipantau oleh Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana

Menteri dari semasa ke semasa.

Dari segi definisi, miskin mempunyai dua kategori, yang pertama dikenali sebagai kemiskinan

mutlak dan yang kedua ialah kemiskinan relatif (Jamil & Che Mat, 2014; Mohamed Saladin

Abdul Rasool, Mohd Fauzi Mohd Harun, Ariffin Mohd Salleh, 2011; Ragayah, 2010)

Kemiskinan mutlak ditakrifkan sebagai seseorang yang pendapatannya adalah bersamaan atau

lebih rendah daripada pendapatan garis kemiskinan. Manakala, kemiskinan relatif ialah ukuran

pendapatan sara hidup purata dalam sesebuah masyarakat pada tahun-tahun tersebut (Jamil &

Che Mat, 2014; Ragayah, 2010).

Terdapat banyak perbincangan berkenaan kaedah dalam menilai pendapatan garis kemiskinan

(PGK) di Malaysia. Walau bagaimanapun, kajian ini akan hanya menganalisis data secara

fizikal tanpa menumpukan pendekatan yang manakah lebih tepat atau tidak. Oleh itu, kajian

ini hanya akan menganalisis secara umum data nisab zakat dan pendapatan garis kemiskinan

(PGK) di Malaysia sebagai satu perbandingan kaitan isu yang dibangkitkan.

Di bawah adalah jadual-jadual yang menunjukkan data PGK di Malaysia pada tahun 2004 dan

2014, dan jadual nisab zakat pada tahun 2004 hingga 2014.

Page 9: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

9

Jadual 5: Pendapatan Garis Kemiskinan Mengikut Negeri di Malaysia, 2004 dan 2014

Sumber: Unit Perancang Ekonomi (2014)

Jadual 6: Nisab Zakat

Tahun 2004 2014

Nisab (RM) 3,700 12,223

Sumber: Pusat Pungutan Zakat (2014)

Secara umumnya, terdapat perbezaan yang besar antara kedua-dua data ini kerana kaedah

pengiraan yang berbeza. Pada jadual 5, data PGK diukur dengan menggunakan kaedah purata

pendapatan daripada kumpulan isi rumah yang dinilai berdasarkan taraf hidup penduduk negeri

berkenaan (Jamil & Che Mat, 2014).

Manakala, jadual 6 dinilai berdasarkan kepada faktor permintaan dan penawaran ke atas emas

di pasaran dunia. Oleh itu, kedua-dua ukuran ini berbeza dari segi penentuan tanda aras

tersebut. Namun, kedua-duanya berpegang kepada prinsip yang sama iaitu merujuk kepada

paras purata pendapatan kemiskinan iaitu PGK dan status individu yang mampu untuk

membayar zakat bagi yang melepasi nisab zakat, manakala yang tidak melepasinya dianggap

sebagai miskin secara umumnya.

Jadual 7: Perbandingan Data di antara Nisab Zakat dan PGK Malaysia Pada Tahun

2004 dan 2014

Tahun Nisab (RM) Tahunan PGK Malaysia (RM)

Bulanan

2004 3,700 691

2014 12,223 950

Sebagai penjelasan, kajian ini akan memberi tumpuan kepada data PGK Malaysia sahaja untuk

memudahkan perbandingan antara kedua-dua data. Jadual 7 membuat perbandingan data bagi

tahun 2004 dan 2014 PGK Malaysia bulanan dengan nisab zakat secara tahunan. PGK bagi

tahun 2004 dan 2014 ialah RM691 dan RM950 sebulan masing-masing; yang bermaksud

individu yang berpendapatan di bawah paras ini atau sama diisytiharkan sebagai miskin. Begitu

juga dengan nisab zakat pada tahun 2004 dan 2014, orang-orang yang memperoleh pendapatan

di bawah RM 3700 dan RM 12223 setahun adalah dikategorikan sebagai orang tidak layak

membayar zakat, dengan kata lain ialah miskin.

Negeri 2004 (RM) 2014 (RM)

PGK Purata PGK Purata

Sem. Malaysia 661 930

Sabah 888 1170

Sarawak 765 990

Malaysia 691 950

Page 10: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

10

Hasil daripada perbandingan ini, ia seolah-olah menunjukkan nisab zakat tidak mempunyai

sebarang korelasi terhadap PGK sama sekali. Kenyataan Sadeq (2004), Kahf (1999) dan Mat

Isa (2013) yang mendakwa bahawa perubahan pada amaun nisab berkebarangkalian boleh

mengeksploitasi golongan miskin seperti tidak berasas. Merujuk kepada jadual 7, nisab zakat

dan PGK Malaysia pada 2004, ialah RM 3,700 dan RM 691 masing-masing. Begitu juga, pada

tahun 2014, nisab adalah lebih besar daripada PGK Malaysia iaitu lebih daripada sepuluh kali

ganda, iaitu RM 12223 dan RM 950. Oleh itu, boleh disimpulkan di sini bahawa tiada sebarang

korelasi yang signifikan di antara nisab zakat dan status kemiskinan dalam perkara ini.

Namun begitu, ukuran nisab zakat sebenarnya dinilai secara tahunan, manakala PGK adalah

secara bulanan. Jika nisab zakat dibahagikan secara bulanan, baharulah korelasi yang didakwa

sebelum ini dapat dijelaskan.

Sebagai contoh, pada tahun 2004, nisab zakat ialah RM 3700. Jika ia dibahagikan kepada 12

bulan, ia akan menghasilkan kira-kira RM 309 iaitu lebih rendah daripada RM 691. Manakala,

pada tahun 2014, nisab zakat sebanyak RM 12223 akan menjadi lebih kurang RM 1019

sebulan. Di sini, dapat dikenal pasti bahawa hujah yang dibawa oleh Sadeq (2004), Kahf (1999)

dan Mat Isa (2013) ada kemunasabahannya di mana situasi nisab yang rendah signifikan

kepada pengeksploitasian terhadap golongan miskin. Walaupun nisab tidak ditentukan secara

bulanan, tetapi ia tetap dapat memberikan hujah bahawa jumlah nisab pernah dinilai di bawah

purata pendapatan golongan miskin seperti mana yang berlaku pada tahun 2004 iaitu nisab

zakat adalah RM 309 lebih rendah berbanding RM 691 pada PGK Malaysia.

Seterusnya, jika PGK ditukar dalam bentuk tahunan, ia akan menghasilkan satu angka yang

lebih besar daripada jumlah nisab itu sendiri. Sebagai contoh, pada tahun 2004, RM 691

didarab dengan dua belas, akan menghasilkan jumlah RM 8292, manakala pada tahun 2014,

jumlahnya ialah RM 11400. Jadual 8 di bawah memberikan gambaran yang jelas mengenai

situasi ini.

Jadual 8: Perbandingan di antara PGK dan Nisab Zakat Secara Tahunan

Tahun PGK (Tahunan) Nisab Zakat

2004 RM8292 RM3700

2014 RM11400 RM12223

Daripada jadual di atas, ia menunjukkan bahawa golongan miskin mempunyai lebihan kira-

kira RM 4592 pada tahun 2004, tetapi pada tahun 2014, ia dicatat rendah berbanding nisab

zakat tahunan.

Fakta ini menggambarkan pada tahun 2004 golongan miskin telah diklasifikasikan sebagai

layak untuk membayar zakat, walaupun mereka dikategorikan sebagai golongan miskin.

Manakala, pada tahun 2014, pada jumlah nisab zakat RM 12223, golongan ini termasuk di

dalam golongan asnaf yang layak mendapat zakat. Oleh itu, perbandingan ini memberikan

petunjuk bahawa dakwaan yang dibuat oleh Kahf (1999), Mat Isa (2013) dan Sadeq (2004)

mempunyai asas kebenaran di mana pada ketika nisab zakat yang rendah, kecenderungan

Page 11: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

11

untuk golongan miskin dieksploitasi adalah tinggi seperti mana yang telah ditunjukkan pada

data tahun 2004.

4.0 Konklusi

Dalam surah al-Taubah, ayat 60 Allah berfirman dengan maksudnya:

‘Sesungguhnya zakat itu untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang

dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk

(membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah, dan untuk orang dalam

perjalanan, sebagai kewajipan daripada Allah. Allah Maha Mengetahui, lagi Maha

Bijaksana’ (Al-Quran, 2015).

Daripada perbincangan di atas, ia memberikan justifikasi bahawa jumlah nisab zakat yang

rendah seperti pada tahun 2004, berkecenderungan untuk membabitkan golongan miskin

sebagai antara kelompok pembayar zakat, walaupun hakikatnya mereka adalah antara golongan

yang dikategorikan oleh Allah dalam surah al-Taubah di atas sebagai kalangan yang paling

awal untuk menerima zakat.

Oleh itu, kajian ini beranggapan bahawa dakwaan terhadap nisab zakat berkecenderungan

untuk mengeksploitasi golongan miskin sememangnya mempunyai asas.

Tambahan lagi, isu berkenaan kaedah yang tepat dalam pengiraan PGK juga boleh menjadi

faktor kepada isu yang diketengahkan ini. Ini bermakna dengan kaedah yang lebih menyeluruh

boleh menyebabkan purata PGK meningkat daripada apa yang dapat dilihat dalam data.

Sebagai contoh, gaji minimum yang hendak dicadangkan ke peringkat menteri kabinet iaitu

sekitar RM 900 hingga RM 1200 juga boleh menyumbang kepada peningkatan purata PGK di

Malaysia (Ling, Yusof, Hasnaa, Mahmood, & Soon, 2014). Jika ia diluluskan, maka implikasi

terhadap golongan miskin ini perlu diambil kira dalam menilai semula penanda aras nisab zakat

yang sesuai seperti mana yang pernah dicadangkan oleh Al-Qardawi (1988).

Oleh itu, ruang penyelidikan masih terbuka dalam isu ini dengan menganalisis secara empirikal

sama ada benar golongan miskin akan dieksploitasi jika nisab zakat jatuh dan juga kesan harga

emas atau perak terhadap pungutan zakat. Jika wujud indikasi yang menunjukkan bahawa ada

hubungan yang signifikan di antara pemboleh ubah-pemboleh ubah ini, maka ia boleh dijadikan

satu sumbangan dan nilai tambah yang bermakna kepada institusi zakat khasnya dalam meneliti

isu yang dibangkitkan ini.

Rujukan

Abd Rahman, Z. (2008). Wang, Anda dan Islam. True Wealth Sdn Bhd.

Abu-Saud, M. (1988). Contemporary Zakat. Zakat and Research Foundation, 113.

Al-Qardawi, Y. (1988). Fiqh al-zakat. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Browne, R., Abbriano, S., & Lockwood, R. (2015). Gold & Silver Marketwatch.

Page 12: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

12

Chapra, M. (1992). Islam and the Economic Challenge.

Choudhury, M. (1980). The role of Az-Zakah in resource allocation. Some Aspects of the

Economics of Zakah.

Dabour, N. (2000). Eradication of Poverty in the Least Developed and Low-Income OIC

Member Countries. Journal of Economic Cooperation.

Faridi, F. (1980). Zakat and Fiscal Policy. Studies in Islamic Economics.

Faridi, F. (1992). Capital Formation, Economic Growth and Public Budgeting In An Islamic

Framework. Financing Economic Development.

Iqbal, M. (1995). Causes of Fiscal Problems in Muslim Countries and Some Suggestions for

Reform. In Finance Research Lettersnancing Development (pp. 128–129).

Jamil, N., & Che Mat, S. H. (2014). Realiti Kemiskinan: Satu Kajian Teoritikal. Jurnal

Ekonomi Malaysia, 48(1), 167–177.

Kahf, M. (1989). Zakat: Unresolved Issues in the Contemporary Fiqh. Journal of Islamic

Economics, 2(1), 1–22.

Kahf, M. (1999). The Performance of the Institution of Zakah in Theory and Practice. In

International Conference on Islamic Economics towards the 21st Century (pp. 1–14).

Ling, T. P., Yusof, M. F., Hasnaa, N., Mahmood, N., & Soon, T. H. (2014). The

Implementation of Minimum Wages in Malaysia. Sains Humanika, 2, 43–46.

London Bullion Market Association. (2015). Gold Price Forecast. London.

London Bullion Market Association, & Bureau of Labor Statistics. (2016). Historical Silver

Prices - 100 Year Chart. Macrotrends.

Mahmud, M., & Haneef, S. (2012). Debatable Issues in Fiqh Al-Zakat: A Jurisprudential

Appraisal. Jurnal Fiqh.

Majah, I. (1952). Sunan Ibn Majah. Darul Kutub Al Ilmiyyah, Beirut.

Marhaini, W. (2012). Zakat Investment In Malaysia: A Study of Contemporary Policy and

Practice In Relation to Shariah.

Marhaini, W., & Shamsiah, M. (2012). Classical Jurists ’ View on the Allocation of Zakat : Is

Zakat Investment Allowed ?, 12(2), 195–203. doi:10.5829/idosi.mejsr.2012.12.2.1683

Mat Isa, M. P. (2013). The Implementation of Gold and Silver as the Value of Nisab for

Zakat Calculation: A Comparative Study between the Present Practices and Those

During the Period of Prophet Muhammad Pbuh. In Kepentingan Dirham Perak dalam

Zakat (pp. 1–7).

Metwally, M. M. (1997). Economic Consequences of Applying Islamic Principles in Muslim

Societies. International Journal of Social Economics, 24(7/8/9), 941–957.

doi:10.1108/03068299710178955

Page 13: Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/11-Azhan-Rashid... · cenderung untuk mengeksploitasi golongan miskin

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

13

Mohamed Saladin Abdul Rasool, Mohd Fauzi Mohd Harun, Ariffin Mohd Salleh, . (2011).

Poverty Measurement in Malaysia : A Survey of the Literature. Akademika, 81(1),

73–81.

Muslim. (n.d.). Sahih Muslim. Beirut: Dar Al Ihya’ Al Turath.

Pusat Pungutan Zakat. (2014). Nisab Tahunan. Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam

Wilayah Persekutuan.

Quran, A. (2015). At Tawbah. In Al Quran Al Karim (7th ed.). Karya Bestari Sdn Bhd.

Ragayah, H. M. Z. (2010). Understanding the Formulation of the Revised Poverty Line in

Malaysia. Akademika, 70, 21–39.

Sadeq, A. A.-H. (2004). A Survey of The Instituttes of Zakah: Issues, Theories and

Adminisration.

Salih, S. (1999). The challenges of poverty alleviation in IDB member countries. Occasional

Paper.

Unit Perancang Ekonomi. (2014). Perangkaan Pendapatan dan Kemiskinan Isi Rumah.