enriquez oribio

36
Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186 KESAN PENGGUNAAN TEKNIK SIGAI DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN SOALAN OPERASI DARAB Oleh ENRIQUEZ ORIBIO PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (MATEMATIK) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) CT10210186 ABSTRAK Penyelidikan kajian ini adalah dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Teknik SIGAI dalam meningkatkan kemahiran operasi murid tahun empat. Penyelidikan kajian tindakan ini juga memberi peluang kepada saya sebagai seorang guru untuk meningkatkan keberkesanan pedagogi pengajaran dan pembelajaran matematik saya. Kaedah SIGAI berasal daripada Jepun, di mana orang Jepun menggunakan kaedah garis dan titik untuk mengira hasil darab. Teknik SIGAI ini boleh digunakan untuk operasi darab dan bahagi, namun dalam kajian penyelidikan ini, saya hanya memfokuskan kepada operasi darab. 1

Upload: faridah-ani

Post on 30-Jul-2015

216 views

Category:

Career


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

KESAN PENGGUNAAN TEKNIK SIGAI DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN SOALAN OPERASI DARAB

Oleh

ENRIQUEZ ORIBIO

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (MATEMATIK)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

CT10210186

ABSTRAK

Penyelidikan kajian ini adalah dijalankan untuk mengkaji

keberkesanan penggunaan Teknik SIGAI dalam meningkatkan

kemahiran operasi murid tahun empat. Penyelidikan kajian

tindakan ini juga memberi peluang kepada saya sebagai

seorang guru untuk meningkatkan keberkesanan pedagogi

pengajaran dan pembelajaran matematik saya. Kaedah SIGAI

berasal daripada Jepun, di mana orang Jepun menggunakan

kaedah garis dan titik untuk mengira hasil darab. Teknik SIGAI

ini boleh digunakan untuk operasi darab dan bahagi, namun

dalam kajian penyelidikan ini, saya hanya memfokuskan

kepada operasi darab. Data penyelidikan kajian ini dikumpul

melalui pemerhatian, temu bual dan ujian pra dan pasca. Di

samping itu, penyelidikan tindakan ini juga meningkatkan

amalan kendiri saya dan profesinaolisme saya sebagai seorang

penyelidik dan pendidik melalui pelaksanaan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran operasi darab menggunakan Kaedah SIGAI.

1

Page 2: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

BAB 1 PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG

Pengalaman mengajar matematik selama 14 tahun memberikan saya

gambaran yang jelas, bahawa murid-murid sekolah rendah masih lemah

dalam penguasaan operasi asas matematik terumatanya darab. Fenomena

fobia sifir biasa dihadapi oleh ramai murid dalam matematik. Punca masalah

ini wujud disebabkan murid-murid bermasalah dalam kemahiran mendarab.

Dalam kajian ini sampel yang diambil merupakan murid tahun 4 yang berumur

dalam lingkungan 10 tahun. Kebanyakkan daripada mereka merupakan

murid-murid LINUS numerasi dan sekarang menjadi murid program PROTIM

matematik. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan penggunaan

kaedah teknik SIGAI dalam membelajari operasi darab seterusnya

mengaplikasikan kaedah tersebut dalam kemahiran menyelesaian masalah

yang melibatkan operasi darab. SIGAI adalah singkatan nama sifir garis

itamta. Sigai merupakan satu inovasi dalam rekreasi matematik yang

dihasilkan oleh Guru Besar SK Kati di Kuala Kangsar, Encik Itamta Harun.

Kaedah SIGAI melibatkan pengiraan menggunakan garisan menegak dan

melintang bagi mendapatkan jawapan dalm orepasi darap atau bahagi tanpa

perlu menghafal sifir 2 hingga 9. Untuk murid sekolah rendah SIGAI fasa 1,

fasa 2 dan fasa 3 perlu dikuasai. Sigai fasa 1 melibatkan kiraan satu digit

darab atau bahagi. Sigai fasa 2 melibatkan 2 digit dan Sigai fasa 3 melibatkan

3 digit. Seramai 20 orang murid dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang

digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pra, Ujian Pasca, temubual,

pemerhatian dan dokumentasi. Data yang dikumpul kemudian dianalisis

secara diskriptif.

2

Page 3: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pada umumnya murid-murid Tahun 4 Bijak terdiri daripada murid-murid yang

berpotensi dalam pembelajaran, mereka sentiasa berusaha menyiapkan

latihan matematik yang saya berikan dalam masa yang ditetapkan. Masalah

yang dihadapi oleh kebanyakkan mereka adalah berkaitan dengan operasi

darab, sama ada soalan darab dan juga yang memerlukan sifir untuk

mandapatkan jawaban. Menghafal sifir bagi murid lemah dan benci matematik

merupakan mimpi ngeri terutama bagi murid sekolah rendah Melayu, (SK).

Bagi saya sebagai guru pula, sering sakit kepala kerana tiada kaedah atau

alat menghafal yang mudah supaya murid berupaya mengingat dan berjinak-

jinak dengan sifir kerana sifir ialah ibu segala matematik. Masalah yang sering

dihadapi oleh murid adalah kegagalan menghafal sifir dan kelemahan dan

kiraan menambah secara berulang. Terdapat juga murid yang masih tidak

boleh menguasai konsep darab sebagai hasil penambahan berulang. Apabila

menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan operasi darab murid-murid

tahun 4 Bijak cenderung memberikan jawaban yang tidak tepat atau

membiarkan dan mengabaikan soalan tersebut tanpa jawaban.

3

Page 4: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

1.3 TINJAUAN AWAL

Hasil tinjauan dan pemerhatian saya sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan operasi darab dalam matematik, saya dapati

murid mengahadapi masalah bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Hasil pemerhatian saya daripada latihan dalam buku aktiviti dan buku latihan

murid serta respon murid semasa aktiviti soalan lisan dalam bilik darjah.

Dalam buku latihan, terdapat lebih banyak jawaban yang salah berbanding

jawaban yang tepat diberikan. Adakalahnya murid membiarkan sahaja soalan

tanpa jawaban.

Gambarajah diatas menunjukkan contoh hasil kerja murid melalui buku aktiviti

dan buku latihan daripada Tahun 4 Bijak bagi topik darab.

4

Page 5: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

Masalah tidak menguasai kemahiran operasi darab ini dibawa dari tahun 3

lagi, dan jika murid pada tahun 4 belum boleh menguasai darab, maka

permasalahan ini akan menjejaskan minat murid terhadap matematik,

natijahnya murid mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan. Seperti

yang dikatakan darab adalah ibu matematik maka banyak kemahiran pada

topik lain dalam silibus matematik yang memerlukan murid menguasai

kemahiran operasi darab. Selain daripada pemerhatian daripada buku latihan

dan buku aktiviti, saya dapati murid-murid kurang berkeyakinn dalam

menjawab soalan sifir yang saya berikan secara lisan. Murid cenderung

bersifat pasif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila terdapat

soalan berkaitan dengan darab. Daripada 20 orang murid dalam kelas 4 Bijak,

hanya dua orang murid yang yakin bila menjawab soalan berkaitan dengan

darab, di mana jumlahnya hanya 10% daripada murid dalam kelas tersebut.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF AM

Kajian tindakan ini bertujuan membantu murid-murid tahun 4 Bijak menguasai

kemahiran menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan operasi

darab. Teknik SIGAI iaitu kaedah menjawab soalan operasi darab tanpa perlu

menghafal sifir digunakan dalam kajian ini.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan soalan yang

melibatkan operasi darab dalam semua topik yang memerlukan

operasi darab bagi mendapatkan jawaban

2. Meningkatkan penguasaan murid terhadap operasi darab ( x )

menggunakan teknik SIGAI.

5

Page 6: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

3. Meningkatkan keyakinan diri murid menjawab soalan yang melibatkan

operasi darab.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kajian tindakan ini, beberapa persoalan berkaitan dengan

masalah yang dihadapi murid akan terjawab, antaranya ialah;

1. Apakah strategi atau kaedah yang akan digunakan bagi membantu

murid-murid tahun 4 Bijak menyelesaikan masalah berkaitan dengan

operasi darab dengan berkesan.

2. Adakah kaedah SIGAI dapat meningkatkan prestasi murid untuk opera

darab nombor sehingga 3 digit dengan 2 digit?

3. Adakah kaedah SIGAI dapat meningkatkan minat murid untuk

menyelesaikan soalan operasi darab?

4. Apakah punca-punca kelemahan dan kesilapan murid-murid tahun 4

Bijak dalam kemahiran mendarab.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Matematik merupakan suatu matapelajaran yang amat penting dan berguna

dalam kehidupan seharian. Biasanya murid yang cemerlang dalam matematik

akan turut cemerlang dalam pelajaran. Secara amnya matematik berkaitan

dengan kemahiran operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Seperti yang dikatakan bahawa operasi darab (sifir) itu merupakan ‘ibu

matematik’ maka jelaslah kajian ini penting demi kecemerlangan murid

khasnya dan sekolah amnya. Murid yang selama ini hanya menguasai sifir

dengan cara hafalan mempunyai kaedah baru untuk menguasai fakta asas

darab. Ini merupakan alternatif baru bagi murid yang lemah dalam sifir.

6

Page 7: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

Dengan pengetahuan kira tambah yang sudah sedia ada kepada murid itu

boleh berkembangkepada bentik kira darab. Kajian ini juga mempunyai

kepentingan kepada guru, kerana dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran

dan pembelajaran. Guru juga mempunyai pengajaran pilihan bagi murid yang

berlainan tahap pencapaian.

1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas kepada beberapa perkara iaitu;

1. Kajian ini hanya mengenalpasti kelemahan murid dalam operasi darab

dan keberkesanan penggunaan kaedah teknik SIGAI bagi murid-murid

tahun 4 Bijak, tanpa melibatkan operasi bahagi yang juga merupakan

daerah kelemahan murid dan boleh diselesaikan dengan teknik SIGAI.

2. Pengkaji tidak mengambil kira faktor lain yang menyebabkan

kelemagan murid dalam operasi darab, seperti latar belakang murid,

faktor emosi serta persekitaran murid.

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

Menurut kajian yang dilakukan oleh Nur Shahida Saberi yang bertajuk

Penggunaan Sifir Garis Itamta (SIGAI) Untuk Meningkatkan Kemahiran

Operasi Darab Sehingga Nombor 3 Digit Dengan 2 Digit Bagi Murid Tahun 4,

telah menunjukkan hasil yang positif dikalangan murid. hasil kajian

menunjukkan murid dapat menyelesaikan soalan darab dengan betul dan

perubahan sikap murid terhadap pembelajaran Matematik menunjukkan

respons yang positif.

Kaedah Sifir garis Itamta (SIGAI) membantu murid yang mempunyai masalah

Numerasi dengan :

1. Murid tidak perlu menghafal sifir.

7

Page 8: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

2. Murid tidak terikat dengan algoritma bentuk lazim.

3. Murid hanya perlu menguasai kemahiran membilang dan menambah.

4. Membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

Matematik dengan berkesan.

Kajian yang dijalankan menggunakan lakaran atau lukisan garis menegak

dan melintang dan menggunakan SIGAI KIT. SIGAI kit juga merupakan salah

satu kaedah di mana murid-murid dapat menguasai operasi darab dan bahagi

tanpa perlu menghafal sifir. Nama SIGAI kit diambil sempena dengan makna

perkataan sigai iaitu tangga. Lakaran kaedah sigai hampir menyerupai

tangga.

Menurut Kamus Dewan, SIGAI adalah tangga daripada buluh atau kayu yang

mempunyai cabang atau pasak tempat berpijak. Sigai merupakan satu

inovasi dalam rekreasi Matematik yang memenangi hadiah penghargaan

Anugerah Gemilang Akademik daripada JPN Perak 2001 dan penghargaan

dalam penyertaan i-envex daripada JPN Perak 2012. SIGAI adalah singkatan

nama SIfir GAris Itamta. Sigai pernah dibentang di UPSI (2004). Konvensyen

Pendidikan Kebangsaan di Alison Resort Negeri Sembilan (2005), Hotel Sei

Malaysia Ipoh (2008), Kursus Pengurusan Linus untuk guru-guru besar zon

utara di Pangkor Dalam Resort (2011), PPD Kuala Kangsar (2012). SIGAI

memenangi 2 gold medal daripada UniMAP dan MINDS, Special Award

daripada Korea INaAIA semasa International – ENVEX di Kangar, Perlis pada

2012.

8

Page 9: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

1.8 DEFINISI OPERASIONAL/KONSEP

1.8.1 Murid

Murid merujuk kepada 20 orang murid Tahun 4 Bijak, Sekolah

Kebangsaan Ranau yang dijadikan sampel untuk kajian tindakan ini.

1.8.2 Guru Matematik

Merujuk kepada pengkaji iaitu guru matematik kelas Tahun 4 Bijak

yang menggunakan kaedah SIGAI dalam pengajaran dan

pembelajaran operasi darab.

1.8.3 Matematik

Carl Friedrich Gauss merujuk Matematik sebagai ’ratu kepada sains

ilmu pengetahuan’ matematik selalunya didefinisikan sebagi

pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan

ruang atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar

rajah. Metematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang

menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol

metematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa

perbualan dan penulisan dengan kosa kata dan tatabahasa yang

sangat jelas untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan

konsep.

1.8.4 SIGAI Kit

SIGAI kit adalah sejenis alat bantu belajar untuk murid mencari

jawaban dalam operasi darab 1 digit dengan 1 digit. SIGAI kit dibuat

daripada 18 keping bahan lut sinar yang mengandungi lakaran 1

garisan menegak dan melintang. Sembilan keping berwarna merah

jambu mempunyai lakaran garisan menegak 1 hingga 9, dan

sembilan keping warna biru menggambarkan lakaran 9 garisan

melintang 1 hingga 9. Apabila kepngan dicantumkan mengikut soalan

berkaitan pendaraban, ia akan menemui jawapan setelah mengira

9

Page 10: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

jumlah titik-titik persilangan antara pertemuaan garisan menegak dan

melintang tanpa perlu menghafal sifir.

Gambar SIGAI Kit yang digunakan oleh murid pengkaji dalam kajian ini.

10

Page 11: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Dalam bab metodologi kajian ini, pembincangkan kaedah-kaedah yang

digunakan untuk mendapatkan data bagi tujuan kajian tindakan ini

dilaksanakan. Tatacara pemerolehan data dan prosedur menganalisis data

dibincangkan.

3.1 SUBJEK KAJIAN / KUMPULAN SASARAN

Berdasarkan pernyataan masalah di atas, didapati bahawa murid lemah

dalam mata pelajaran matematik disebabkan oleh kegagalan menguasai

kemahiran asas Matematik terutama opreasi darab. Oleh iti, kajian ini

berfokuskan kepada kemahiran darab. Kumpulan sasaran kajian adalah 20

orang murid Tahun 4 Bijak, SK Ranau Kota Marudu yang telah dikenalpasti

mempunyai masalah tahap penguasaan sifir darab yang lemah.

3.2 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini , beberapa kaedah akan digunakan dalam pengumpulan

data iaitu;

3.2.1 Tinjauan Masalah

Salah satu kaedah yang akan digunakan untuk mengenalpasti murid

lemah dan tahap penguasaan asas operasi darab matematik di

kalangan mereka ini ialah melalui kaedah tinjauan. Penyelidik

memfokus kepada murid-murid tahun 4 dan mengenalpasti punca

kelemahan mereka menjawab soalan matematik berkaitan dengan

operasi darab.

11

Page 12: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

3.2.2 Soal Selidik

Terdapat dua borang yang saya edarkan iaitu Borang Maklumat

Pelajar dan Borang Soal Selidik. Borang Maklumat Pelajar adalah

untuk mengetahui secara ringkas latar belakang murid serta tahap

pencapaian mereka dalam mata pelajaran matematik. Manakala

Borang Soal Selidik adalah bagi mengetahui minat dan presepsi

mereka terhadap mata pelajaran matematik umumya dan operasi

darab secara khususnya.

Kedua – dua borang ini saya sertakan sebagai LAMPIRAN A.

3.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung untuk mengenalpasti situasi sebenar pengasaan asas

operasi darab di kalangan murid-murid tahun 4 Bijak. Pemerhatian j

uga dapat memberi gambaran tentang keberkesanan pedagogi

pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Pemerhatian

dijalankan oleh penyelidik bersama guru Ketua Panitia Matematik

sekolah terbabit. Proses bimbing selia dijalankan antara guru-guru

matematik, bagi berkongsian ilmu.

3.3.3 Ujian Pra dan Pasca

Ujian Pra dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dalam operasi

darab. Set Ujian Pra terdiri daripada 15 soalan operasi darab yang

harus dijawab dalam tempoh masa 30 minit oleh semua murid. Ujian

Pasca merupakan set soalan yang sama dengan Ujian Pra, dijalankan

setelah murid-murid diajar menggunakan kaedah SIGAI untuk

menjawab soalan operasi darab. Ujian Pasca ini dijalankan bagi

mengukur keberkesanan penggunaan kaedah SIGAI dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik yang melibatkan operasi

darab. Set Ujian Pra dan Pasca disertakan dalam bahagian lampiran

laporan kajian ini.

12

Page 13: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

BAB 4 LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

4.1 STRUKTUR PELAKSANAAN

Kajian ini dilaksanakan menurut prosedur tindakan seperti berikut;

1. Tinjauan masalah

2. Soal Selidik

3. Pra Ujian

4. Intervensi

5. Pasca Ujian

Pada permulaan kajian saya telah membuat tinjauan masalah melalui

pemerhatian dalam bilik darjah semasa P&P, dan saya dapati murid-murid

sangat lemah dalam soalan berkaitan dengan operasi darab. Langkah

seterusnya saya edarkan borang Maklumat Pelajar dan borang Soal Selidik.

Borang maklumat pelajar adalah bagi mengetahui serba sedikit latar belakang

keluarga mereka dan gred matematik yang mereka perolehi semasa

peperiksaan 2013. Borang soal selidik pula adalah bagi melihat sejauh mana

minta dan kemahiran mereka dalam subtopik yang terlibat dalam kajian

tindakan. Saya menjalankan Ujian Pra bagi melihat sejauh mana prsetasi dan

potensi murid dalam operasi bahagi Seterusnya saya menjalankan intervensi

iaitu memperkenalkan kepada murid-murid tahun 4 Bijak menyelesaikan

masalah operasi darab menggunakan teknik SIGAI. Seterusnya saya edarkan

Ujian Pasca.

13

Page 14: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

4.2 INTERVENSI KAJIAN.

4.2.1 Analisis Soal Selidik

Semasa soal selidik dijalankan murid-murid memberikan respon yang positif

dan bersemangat untuk menjawab borang soal selidik. Saya menerangkan

cara-cara menjawab borang soal selidik beserta skala likert yang saya

gunakan ;

1 – Sangat Tidak Setuju

2 – Tidak Setuju

3 – Kurang Setuju

4 – Setuju

5 – Sangat Setuju

Daripada 11 soalan yang saya ajukan dalam borang soal selidik, soalan

nombor 7 menarik perhatian saya iaitu

“ Adakah anda bersetuju mata pelajaran Matematik subjek sukar?”

Sebelas daripada 20 orang murid menanda skala 5, menunjukkan presepsi

mereka bahawa mata pelajaran matematik ini sukar. Namun apabila murid

disoal secara lisan murid akan menjawab sebaliknya. Dapatan analisis saya

kebanyakkan jawapan yang diberikan dalam borang soal selidik oleh murid

adalah tidak telus dan kurang jujur. Sama ada mereka menjawab dipengaruhi

rakan sebaya ataupun mereka tidak jujur pada diri sendiri. Berikut merupakan

perincian daripada hasil soal selidik

14

Page 15: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

Bil Pernyataan 1 2 3 4 5

1Saya sangat meminati mata pelajaran Matematik.

0 0 4 4 12

2Pembelajaran mata pelajaran Matematik menggalakkan saya berfikir.

0 0 2 6 12

3Pembelajaran mata pelajaran Matematik memberi kesan dalam kehidupan saya.

0 0 1 13 6

4 Saya mahir sifir. 1 4 7 5 4

5Adakah anda suka menjalankan aktiviti individu atau berkumpulan semasa proses pembelajaran Matematik dijalankan?

0 0 4 8 8

6Adakah anda berminat menjawab soalan penyelesaian masalah operasi bahagi secara kumpulan / individu?

0 0 0 11 9

7Adakah anda bersetuju mata pelajaran Matematik subjek yang sukar?

1 5 9 4 1

8Saya bosan dengan pengajaran dan pembelajaran matematik yang biasa dalam bilik darjah.

0 0 9 11 0

9Saya tidak mengetahui suka soalan darab kerana tidak menguasai sifir.

0 0 7 10 3

10Pengguasaan sifir menjadikan saya lebih berminat dalam sesi pembelajaran.

0 0 12 8 0

11Guru mata pelajaran Matematik saya berjaya menghidupkan suasana pembelajaran dalam bilik darjah.

0 0 3 7 10

15

Page 16: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

4.2.2 Kaedah SIGAI

Secara asasnya kaedah SIGAI ini menggunakan garis lurus menegak

dan melintang. Nombor satu digit 1-9 diwakilkan dengan garis menegak dan

melintang seperti dibawah

Lambang 1 =

Hingga 9

Nombor DUA DIGIT yang mempunyai nombor sifar diwakili oleh garis putus-

putus contohnya;

Lambang 10 1 jarak

jarak 0

1 0

Nombor TIGA DIGIT, contohnya 203

Lambang 203

2

0

3

2 0 3

Intervensi SIGAI yang dijalankan adalah bagi operasi darab;

16

Page 17: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

1. 1 digit x 1 digit

2. 2 digit x 1 digit

3. 2 digit x 2 digit

4. 3 digit x 1 digit dan

5. 3 digit x 2 digit

Contoh 2 digit x 1 digit ; 24 x 4 =

Digit 24 diwakili oleh 2 garis menegak mewakili 20 dan 4 lagi garis menegak

mewakili 4 seperti rajah di bawah;

2 puluh 4 sa

Seterusnya dilukiskan 4 lagi garis melintang ke atas garisan tegak itu tadi

bagi mewakili darab 4 seperti rajah di bawah;

24 x 4

Bagi mendapatkan jawaban soalan 24 x 4 menggunakan teknik ini, titik

persilangan antara dua garisan ini dikira dan nilainya mengikut nilai rumah

nombor tersebut, seperti contoh rajah di bawah,

17

Page 18: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

Bagi contoh pendaraban nombor 2 digit dengan 2 digit adalah seperti berikut;

Soalan 11 x 23

6

80

10

PuluhSa

Puluh

2

Sa

4

Sa

4

200

30

20

3

Ratus

Puluh

Sa

Puluh

2

Sa

3

Sa

1

Puluh

1

18

Page 19: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

Dalam kajian ini ( Ujian Pra dan Pasca ) banyak menekankan operasi darab

antara nombor 3 digit dengan nombor 2 digit. Contoh bagi menyelesaian

darab nombor 3 digit dengan nombor 2 digit menggunakan teknik SIGAI

adalah seperti berikut;

Soalan ; 123 x 2 =

640

200

Ratus Puluh Sa

Sa

3

Sa

2

Puluh

2

Ratus

1

19

Page 20: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

4.2.3 Analisis Ujian Pra dan Pasca

Berikut merupakan berbandingan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan

Ujian Pasca.

BIL

NAMA MURID UJIAN PRA (%) UJIAN PASCA (%)

BEZAPRA/PASCA 2

1 Murid A 26 60 +34

2 Murid B 33 72 +39

3 Murid C 33 67 +34

4 Murid D 33 72 +39

5 Murid E 47 80 +33

6 Murid F 47 72 +25

7 Murid G 40 67 +27

8 Murid H 33 53 +20

9 Murid I 26 40 +14

10 Murid J 26 53 +27

11 Murid K 40 87 +47

12 Murid L 13 40 +27

13 Murid M 40 80 +40

14 Murid N 47 93 +46

15 Murid O 13 47 +34

16 Murid P 53 73 +20

17 Murid Q 20 53 +33

18 Murid R 26 47 +30

19 Murid S 40 87 +47

20 Murid T 33 73 +40

PURATA MARKAH 33.45 57.8 +32.8

Melihat kepada analisis keputusan Ujian Pra dan Pasca yang telah dijalankan, didapati keputusan Ujian Pasca meningkat berbanding markah

20

Page 21: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

yang diperolehi murid semasa Ujian Pra. Ujian Pra dijalankan sebelum penyelidik melakukan intervensi iaitu memperkenalkan kaedah SIGAI bagi menjawab soalan berkaitan dengan operasi darab.

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T0

10

20

30

40

50

60

Pencapaian Murid dalam Ujian Pra (%)

Pencapaian Murid dalam Ujian Pra (%)

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T0

102030405060708090

100

Pencapaian Murid dalam Ujian Pasca (%)

Pencapaian Murid dalam Ujian Pasca (%)

21

Page 22: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

Perbandingan Ujian pra dan Ujian Pasca

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T0

102030405060708090

100

Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%)

Daripada analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca didapati semua markah murid yang menjalani ujian meningkat. Pada ujian pra yang markah tertinggi yang diperolehi oleh murid ialah 53%, manakala dalam ujian pasca terdapat murid yang berjaya mencapai markah sehingga 93%. Bagi markah terrendah dalam ujian pra adalah 13% dan markah terendah yang diperoleh murid dalam ujian pasca adalah 40%. Ini menunjukkan semua murid lulus ujian yang berkaitan dengan operasi darab dalam ujian pasca yang dijalankan.

22

Page 23: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

BAB 5 REFLEKSI PENYELIDIK

5.1 Refleksi Kendiri

Keberkesanan kajian tindakan ini bergantung kepada tindakan secara

menyeluruh langkah intervensi yang telah dirancang. Saya amat yakin dan

percaya jika kita tidak mempelbagaikan aktiviti dan teknik inovasi dalam

pengajaran dan pembelajaran kita, maka semakin ramai yang murid yang

akan merasa Matematik terutama apabila disebut sifir yang merujuk kepada

operasi darab, merupakan mata pelajaran yang sukar dan membosankan.

Kemahiran matematik murid perlu dititik beratkan supaya pelajar mampu

menyelesaikan soalan sehingga peringkat tertinggi.

Sepanjang menjalankan kajian ini saya amat berpuas hati dengan usaha dan

kesungguhan murid untuk belajar sesuatu yang sudah lama dipelajari tetapi

menggunakan kaedah pembelajaran yang baru. Kepuasan mengajar terbit

hasil dari usaha penggemblengan tenaga antara guru dan murid serta rakan-

rakan guru yang lain dirasai. Saya juga banyak belajar daripada murid-murid

Tahun 4 Bijak, terutama kepelbagaian cara belajar murid yang terdiri daripada

pelbagai peringkat tahap kognatif dan daya tumpuan yang berbeza.

Dari diri saya sendiri, saya amat berpuas hati dan akan terus melakukan

kajian tindakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi kemahiran

pengajaran saya dan mempelbagaikan kaedah serta teknik saya mengajar.

Dengan menjalankan kajian tindakan, seseorang guru dapat meningkatan

kemahiran pedagogi dalam bilik darjah, kerana kajian memerlukan guru untuk

membuat carian dan pelaksanaan dan analisis keberkesanan teknik dan

kaedah yang digunakan kepada murid masing-masing. Walaupun sesuatu

kajian dilaporkan berjaya terhadap sekumpulan murid, namun ia tidak

semestinya sesuai dan berkesan digunakan pada murid kita sendiri.

Kumpulan sasaran iaitu murid harus dikenal pasti tahap kebolehan mereka

dan disesuaikan dengan teknik atau kaedah yang hendak diguna pakai

sebagai kajian.

23

Page 24: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

5.2 Refleksi Keseluruhan

Secara keseluruhannya, berdasarkan analisis ujian yang dijalankan dalam

kajian ini, hasilnya didapati bahawa teknik SIGAI membantu murid untuk

menjawab soalan berkaitan dengan operasi darab dengan lebih berkesan.

Hasil dapatan kajian juga mendapati penggunaan teknik SIGAI banyak

membantu murid-murid Tahun 4 Bijak meningkatkan keyakinan diri, daya

ingatan dan kefahaman terhadap matapelajaran matematik disamping

menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih aktif, ceria dan

menyeronokkan.

Apabila bekerja atau belajar dalam kumpulan terdapat juga murid-

murid yang bertindak sebagai penonton sahaja dan membiarkan rakan-rakan

mereka yang befikir dan menyelesaikan masalah yang diberikan. Saya selalu

menegur dan bersikap agak tegas kepada murid-murid berkenaan agar

mereka sendiri dapat pengalaman menggunakan SIGAI, kerana

pembelajaran akan lebih berkesan jika murid itu sendiri yang melakukan

tugasan.

Saya simpulkan kajian tindakan saya ini telah berjaya membantu murid

meningkatkan kemahiran dalam penyelesaian masalah matematik disamping

meningkatakn penguasaan mereka dalam operasi darab dengan

menggunakan teknik SIGAI.

BAB 6 RUMUSAN DAN CADANGAN

Pada hemat saya kajian tindakan seperti ini wajarlah diteruskan dan

disokong sepenuhnya oleh pihak pentadbiran sekolah bagi membantu para

24

Page 25: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

pelajar meningkatkan kefahaman mereka dalam mana-mana bidang yang

lemah dan memerlukan perhatian lebih. Maka cadangan untuk kajian

seterusnya ialah ;

Menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Model

POLYA bagi semua jenis soalan penyelesaian masalah.

Menggunakan Kaedah SIGAI bagi meningkatkan penguasaan sifir

dikalangan murid-murid tahap satu di sekolah.

Semua guru dan murid mahir SIGAI.

Hasil dari penyelidikan ini saya perhatikan terdapat perubahan amalan

pengajaran guru kepada pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif.

25

Page 26: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

BIBLIOGRAFI

Mok, Soon Sang (1998) Pengajaran dan Pembelajaran Matematik untuk

Peringkat

Sekolah Rendah, Petaling Jaya ; Longman.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Kajian 46 Sekolah Rendah di

Malaysia

Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Kurikulum Bersepadu sekolah

Rendah

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4.

Khairani Abu Bakar dan Hazali Hassan. (2000). Penilaian Di Dalam Kelas

Matematik

KBSR. Pulau Pinang: Cerdik Publication Sdn Bhd.

http://ed.edim.co/5564930/39529663_contoh_laporan_kajian_tindakan.pdf

26

Page 27: enriquez oribio

Latihan Ilmiah Kajian Tindakan Enriquez Oribio CT10210186

http://itaharmi.blogspot.com/2012/01/sigai.html

http://ppdkualakangsar.edu.my

27