esei literasi bahasa

Upload: patricia93lim

Post on 02-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    1/14

    1.0 PRABACAAN

    Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru

    perlulah menyediakan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf.

    Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat

    bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap

    ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka

    mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Prabacaan terbahagi

    kepada 3 peringkat iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan

    pergerakan tangan dan mata. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi

    pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap

    kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.

    Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992), tahap

    prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan

    kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama.

    Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong

    mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

    Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh

    dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk

    mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Guru hendaklah menjalankan aktiviti melukis

    garisan-garisan tertentu yang menyerupai huruf. Garisan-garisan ini hendaklah

    dimulakan dengan garisan lurus atau bentuk-bentuk yang seimbas dengan huruf

    yang diperkenalkan kepada murid.

    Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan

    ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh

    membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu).

    Tentu banyak sebabnya perkara tidak boleh membaca ini berlaku. Tetapi bagi

    mencari penyelesaian, elok dikaji semula antara lain, kaedah mengajar Bahasa

    Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), dan menggubal cara yang lebih sesuai,

    mudah dan berkesan.

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    2/14

    Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat

    membaca bahan-bahan bacaan yang senang pada akhir Darjah 1 persekolahan

    mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil kira

    hal-hal berikut:

    a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah alphabetic dan fonemik ertinya ada

    hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali

    dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu).

    b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika

    dibandingkan dengan bahasa-bahasa laindengan bahasa Inggeris misalnya).

    Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat

    meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah

    mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat

    awal.

    c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu)

    yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa

    Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi

    untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar

    bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua

    (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar membaca bahasa

    Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu

    sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan kelambatan untuk murid-murid

    kita belajar membaca bahasa kita.

    Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh

    guru-guru kitakaedah abjad , kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut,

    kaedah eklektik dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca

    sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan

    atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan

    kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan

    murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan

    bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa murid-

    murid akan menambah kecekapan membaca dengan terus diberi kemudahan untuk

    mereka membaca.

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    3/14

    Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti, kejayaannya

    dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira

    bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai,

    beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu haruslah

    menarik dan berisi : berbagai ilmu pengetahuan, mesej moral, dan sebagainya.

    1.1 Analisis Aktiviti Prabacaan

    Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu.

    Sekiranya seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membaca pada

    usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca di

    sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah

    berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya

    Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan

    untuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatan pendengaran,

    penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan

    latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih

    keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakala aktiviti pengamatan

    pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan

    pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan sebagai

    pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata.

    Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti

    membezakan bentuk. Objektifnya untuk mengecam bentuk yang berlainan di dalam

    satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankan yang

    bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti lain seperti

    memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama,

    aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atau urutan huruf,

    aktiviti benda-benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan huruf dengan

    bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan mobil abjad. Pada

    peringkat murid di prasekolah atau tadika terdapat banyak lagi aktiviti prabacaan

    yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti kotak

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    4/14

    huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan.

    Permainan lain seperti Di Manakah Saya, Permainan Kad Nama, Pokok Nama

    dan aktiviti membina perkataan.

    1.2 Kaedah Pengajaran Yang Biasa Dibuat

    1.2.1 Kaedah Abjad

    Berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata , perkataan dan frasa,

    membaca ayat dan aktiviti mengeja menggunakan Bahan Bantu Belajar yang

    sesuai. Kaedah ini juga dikenali kaedah mengeja. Murid perlu mengenalpasti nama-

    nama huruf melalui latihan menyebut dan menghafal abjad a hingga z, huruf besar

    dan kecil. Penggunaan Bahan Bantu Belajar amat membantu guru bagi

    membolehkan murid menguasai aktiviti membaca. Setelah murid menghafal semua

    nama huruf, murid perlu di tekankan nama dan bunyi huruf vokal ( a, e, i, o dan u ).

    Seterusnya pembentukan suku kata secara berturutan dan diikuti perkataan iaitu

    latih tubi mengeja. Pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf dan

    seterusnya diikuti dengan sebutan suku kata.

    1.2.2 Kaedah Suku Kata

    Dalam melaksanakan aktiviti seperti menyebut nama huruf abjad A hingga Z, huruf

    besar dan kecil, menyebut sukukata V(vocal) dan KV (konsonan vocal), mengeja

    suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat penggunaan bahan

    Bantu belajar yang sesuai diperlukan bagi membantu pelaksanaan pengajaran dan

    pembelajaran yang berkesan.

    1.2.3 Kaedah Pandang dan Sebut

    Aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Kaedah ini memerlukan

    murid melakukan aktiviti menyebut perkataan, mencerakin perkataan supaya

    menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana

    pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu, barulah

    huruf atau suku kata. Seterusnya murid dikehendaki membina dan membaca ayat.

    Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga menggunakan bahan bantu belajar

    seperti kad imbasan, di mana murid menyebut perkataan-perkataan secara

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    5/14

    berulang-ulang. Murid sepatutnya memandang gambar objek yang ditunjuk dan

    seterusnya menyebut perkataannya pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah

    pertama menyebut perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku

    kata. Langkah seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Penggunaan

    bahan Bantu belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini.

    1.2.4 Kaedah Fonik

    Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat

    hubungan di antara simbol (huruf) dan bunyi (grapheme phoneme relationship)

    supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan

    baru yang mereka hadapi.

    Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar bunyi-bunyi huruf. Ertinya

    lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya a dibunyikan aa, t

    tah, s ss. u uu, z zz, dan sebagainya. Setelah mereka tahu

    hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ba,

    da, tu, ka, lu, mi dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata

    ini menjadi perkataan-perkataandada, batu, kata, lalu, dan sebagainya.

    Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan

    perkataan-perkataan ini.

    Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik,

    (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara huruf dan bunyinya), dan oleh

    sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini

    sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan

    Melayu. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih

    berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.

    Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal

    bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya masa yang

    agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata

    sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.

    1.2.5 Kaedah Eklektik

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    6/14

    Kaedah ini adalah kaedah Campuran campuran kaedah-kaedah mengikut

    kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan.

    Ada yang menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik dan ada pula

    penujuan sintetik-analitik.

    Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu, kesan

    yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialah seolah-olah

    mereka memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca

    bagi kanak-kanak Melayu kita.

    Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara Kaedah ini diterapkan, agak

    banyak yang mengajar kurang sistematik. Jadi kerap kali Kaedah ini menjadi akedah

    cacamurba, kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan.

    Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar eklektik

    tetapi sistematik, yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa

    Melayu, struktur suku-katanya, dan tatabahasanya di suatu pihak, dan keadaan

    pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain. Maksudnya kita harus menciptakan

    Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai

    bahasa pertama; tetapi kaedah itu haruslah sistematik.

    2.0PRATULISAN

    Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi

    menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima

    oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan

    di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan

    menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan

    benda tersebut.

    1) Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas

    hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi

    kanak-kanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata

    tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    7/14

    1.) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti

    menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain- lain

    2) Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan

    sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

    3) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke

    bawah dan lain-lain.

    2.1 Analisis Aktiviti Pratulisan

    Sebagai guru kita boleh menerangkan kepada murid bahawa tulisan (abjad)

    adalah alat bahasa dan pemikiran yang telah dihasilkan melalui proses jangka masa

    yang begitu panjang, misalnya abjad A, B, C yang kita lihat sekarang adalah hasil

    rekaan manusia yang bermula daripada tamadun yang berkurun lamanya. Dalam

    bidang kreativiti, kita perlu mengesan berbagai jenis bentuk dan makna dari satu-

    satu perkara. Sebagai contoh abjad W yang mana 2V berjalan bersama atau 2 gigi

    jerung, abjad M macam gunung atau W terbalik. Banyak lagi perkara-perkara dari

    abjad lain yang boleh dihidupkan bentuk atau ertinya yang luar biasa yang boleh

    meningkatkan kreativiti murid dalam mengajar pratulisan.

    Pratulisan merupakan aktviti penting sebelum murid melangkah ke Tahun Satu.

    Aktiviti ini dijalankan terutama di kelas prasekolah atau tadika. Ianya merupakan

    asas untuk kemahiran tulisan mekanis. Menulis merupakan satu penghasilan

    simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk

    perkataan, ayat dan lain-lain. Aktiviti pramenulis ialah tempoh masa murid-murid

    disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum dapat menulis huruf dengan

    kemas dan teratur. Latihannya menitikberatkan latihanlatihan pergerakan tangan,

    latihan gerakan tangan yang bebas supaya dapat menulis dengan sempurna, latihan

    pergerakan mata, dan latihan koordinasi mata dan tangan.

    Latihan-latihan Pergerakan Tangan

    Dalam latihan pergerakan tangan, aktiviti seperti menggenggam dan

    membuka tangan beberapa kali secara berulang-ulang, menggenggam dan

    menghancurkan atau meronyok sehelai daun atau kertas, mengenggam dan merasa

    beg yang berisi kekacang dan memegang benda-benda seperti pensel dengan cara

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    8/14

    guru menunjukkan cara memegang benda-benda dengan cara yang betul. Latihan-

    latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari,

    menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya., Aktiviti seperti

    memasang butang baju dan sebagainya serta latihan membuka dan mengikat

    semula tali kasut juga merupakan latihan pergerakan tangan . Latihan

    menggerakkan jari ini bertujuan supaya murid-murid bersedia untuk menggunakan

    jari bagi memegang pensel disamping sebagai latihan penggunaan otot-otot tapak

    tangan dengan aktiviti membuat bentuk daripada plastisin, tanah liat atau tepung

    yang dibancuh dengan air.

    Latihan Pergerakan Tangan Yang Bebas Untuk Menulis Dengan Sempurna

    Aktiviti gerakan tangan secara bebas yang dilakukan oleh murid ini bertujuan

    supaya murid dapat menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu latihan

    membentuk garisan lurus, latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan

    garis lurus boleh dilakukan secara bebas. Latihan melukis gambar-gambar

    mengandungi garisan lurus dan bulat juga termasuk dalam aspek gerakan tangan

    secara bebas supaya akhirnya murid dapat menulis dengan lebih sempurna. Aktiviti

    bagi tangan juga boleh dilakukan melalui aktiviti melukis bentuk bebas

    menggunakan jari di udara, di meja, di lantai, di rumput tanpa menggunakan alat

    tulis seperti membentuk bulatan, menulis bentuk-bentuk di atas pasir atau tanah.

    Aktiviti merasa huruf sebenar dalam bentuk 3D, huruf kertas pasir dan membuat

    rantai secara bebas turut membantu murid membentuk huruf akhirnya.

    Latihan Pergerakan Mata

    Latihan bagi mata seperti menutup kedua-dua mata murid dengan tangan,

    membuka mata dan menyebut benda-benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.

    Aktiviti seperti menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk

    oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Aktiviti lain seperti menyebut

    benda-benda pelbagai saiz yang dipegang oleh guru. Seterusnya guru boleh

    menyuruh murid menyebut warna benda atau menyebut bentuk asas objek.

    Latihan Kordinasi Mata dan Tangan

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    9/14

    Aktiviti mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan merupakan

    latihan bagi kordinasi mata dan tangan. Aktivitiaktiviti lain yang boleh dilaksanakan

    seperti menyusun , mencantum dan mewarna gambar yang diselaras mengikut

    urutan. Aktiviti lain dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan ialah mencantum titik

    atau sempang untuk membentuk huruf, memadankan gambar bagi benda-benda

    yang serupa, mencari sejumlah benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan dan

    juga aktiviti membuat garisan lurus dari atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan

    mewarna dari kiri ke kanan dan sebaliknya juga dapat melatih murid bagi kordinasi

    mata dan tangan.

    Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu

    memegang pensel serta boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih

    membentuk lambang-lambang tulisan. Bermula di kertas kosong tanpa garisan,

    diikuti latihan membentuk huruf pada garisan, di mana peringkat ini ialah peringkat

    menulis mekanis.

    3.0 PEMULIHAN BACAAN

    Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk

    penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu.

    Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak

    dapat menguasai kemahiran ini.

    Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat

    membaca. Yang pertama sekali ialah faktor yang ada pada murid itu sendiri

    (pembaca). Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti

    kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia

    ada. Yang kedua ialah faktor yang ada pada bahan bacaan. Faktor-faktor yang

    tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata, panjang pendek

    ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik.

    3.1 Analisis Aktiviti Pemulihan Bacaan

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    10/14

    Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi

    kebolehbacaan murid. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat

    membantu perancangan dan penyediaan proses pengajaran. Pengetahuan dan

    pemahaman guru dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

    serta meningkatkan kefahaman. Aktiviti pemulihan membaca perlulah dilakukan

    dengan menggunakan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai agar murid-

    murid mampu menguasai asas kemahiran berbahasa iaitu membaca.

    Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran

    fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan

    penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan

    juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi

    seperti bibir, gigi, gusi, lelangir keras, anak tekak, lidah dan sebagainya.

    Melalui aktiviti pemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya

    menguasai dan menghafal huruf a sehingga z dengan urutan yang betul. . Justeru,

    guru boleh melaksanakan aktiviti seperti nyangian lagu A,B,C dan menayangkan

    huruf satu persatu secara berulang

    Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam

    mengajarkan asas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa

    menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolah

    bahan, membina, menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulah

    menarik, dan memenuhi keperluan pancaindera.

    4.0 PEMULIHAN TULISAN

    Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam

    bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses

    memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan

    bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Konsep menulis ialah;

    i. Lambang-lambang bunyi bahasa yang dilahirkan dalam bentuk grafik bagi

    melahirkan fikiran, idea dan perasaan.

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    11/14

    ii. Proses memindahkan lambang-lambang bunyi untuk dijadikan alat

    komunikasi.

    Objektif menulis :

    i. Menjadikan asas yang kukuh supaya murid dapat melahirkan idea, fikiran dan

    perasaan dengan pantas, cekap dan baik.

    ii. Membolehkan murid menyusun huruf-huruf menjadi suku kata, perkataan dan

    ayat.

    iii. Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea.

    iv. Untuk menghasilkan bentuk penulisan kreatif dalam jangka masa panjang.

    Peranan tulisan:

    a) Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat

    melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

    b) Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair,

    sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa

    dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan

    juga seluruh insan umumnya.

    c) Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen

    bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

    d) Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,

    perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.

    e) Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta

    bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana

    membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama

    keperluan hidup masa kini).

    Antara masalah tulisan yang dihadapi oleh kanak-kanak pemulihan termasuklah

    perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain, tiada keseragaman jarak di

    antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan, bentuk-

    bentuk huruf yang tidak jelas atau tepat dan sebagainya.

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    12/14

    4.1 Analisis Aktiviti Pemulihan Tulisan

    Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah

    ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti

    pengajaran guru bersama murid lain diasingkan, dan seorang guru pemulihan

    ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Beberapa waktu pelajaran telah

    diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini.

    Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang kebetulannya

    membawa berbagai-bagai makna negatif). Guru pemulihan yang ditugaskan

    akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya

    pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut.

    Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuan

    mengesan kelemahan murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan dalam

    darjah empat. Setakat mana perkara ini dilaksanakan terpulanglah kepada

    kemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat. Selaras dengan

    keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan

    membaca, menulis dan mengira, berikut dikemukakan cara-cara pelaksanaan

    rancangan pemulihan dalam 3M.

    Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang

    pertama sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang

    memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan

    mengira. Langkah ini diberi nama saringan. Kemudian, setelah murid-murid

    tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu

    menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama

    ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi petunjuk

    kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk

    mengatasi kelemahan murid tersebut.

    Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah

    berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan

    perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal

    menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    13/14

    sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah

    susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti

    pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelaj ari ketika murid

    masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.

    Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil,

    atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon

    adalah seperti berikut:

    1. Murid disuruh memegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil

    tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa

    mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri

    dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun;

    bukanlah setakat tapak tangan sahaja.

    2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan

    bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus

    dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.

    3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu

    jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan

    senang dan selesa.

    4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan

    mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

    5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari

    telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di

    kedudukan yang betul.

    Tambahan pula, dari perspektif guru, guru perlulah memberi latihan dan

    pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan

    asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah

    diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat

    diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-

    murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-

    murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

  • 7/27/2019 Esei Literasi Bahasa

    14/14

    Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan

    oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan

    bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi

    menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk

    menggunakan getah pemadam.