faedah membaca

2
Adik-adik tentulah sudah sedia mengetahui bahawa hobi membaca memberikan faedah yang sangat besar. Guru adik-adik pasti selalu menyarankan supaya adik-adik selalu rajin membaca. Ibu bapa di rumah juga selalu menggalakkan adik-adik mengisi masa lapang dengan membaca. Bahkan, kerajaan di negara kita juga tidak ketinggalan melancarkan kempen galakan membaca. Hobi membaca dapat menjadikan kita sebagai orang yang pandai mengisi masa lapang. Hal ini demikian kerana hobi membaca merupakan suatu amalan yang sangat berfaedah. Jika adik-adik mengisikan masa lapang dengan perkara tidak berfaedah, tentulah menjadi sia-sia sahaja. Sekiranya adik-adik rajin membaca buku, akhbar, dan majalah, adik-adik akan sentiasa dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan. Di samping itu, membaca juga dapat memberikan hiburan dan keseronokan. Misalnya, jika adik-adik membaca buku cerita, sudah tentulah dapat menghiburkan hati. Namun, hiburan ini adalah berfaedah. Amalan membaca juga dapat membantu adik-adik mempertingkat kemahiran bahasa. Hal ini penting kerana kemahiran bahasa juga merupakan salah satu kemahiran yang harus dimiliki oleh setiap orang. Selain itu, amalan membaca juga sangat berguna kerana dapat membantu adik-adik mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Pelbagai ilmu pengetahuan yang diperoleh sudah tentulah dapat dimanfaatkan oleh adik-adik untuk menjadi pelajar yang pintar. Amalan membaca memang dapat memberikan banyak faedah. Itulah sebabnya adik-adik harus memiliki hobi membaca. Sekiranya adik-adik malas membaca, adik-adik tidak akan menjadi orang yang berilmu pengetahuan tinggi.

Upload: fardzli71

Post on 19-Jul-2015

4.832 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faedah membaca

Adik-adik tentulah sudah sedia mengetahui bahawa hobi membaca memberikan faedah yang sangat besar.

Guru adik-adik pasti selalu menyarankan supaya adik-adik selalu rajin membaca. Ibu bapa di rumah juga selalu menggalakkan adik-adik mengisi masa lapang dengan membaca. Bahkan, kerajaan di negara kita juga tidak ketinggalan melancarkan kempen galakan membaca.

Hobi membaca dapat menjadikan kita sebagai orang yang pandai mengisi masa lapang. Hal ini demikian kerana hobi membaca merupakan suatu amalan yang sangat berfaedah. Jika adik-adik mengisikan masa lapang dengan perkara tidak berfaedah, tentulah menjadi sia-sia sahaja.

Sekiranya adik-adik rajin membaca buku, akhbar, dan majalah, adik-adik akan sentiasa dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan.

Di samping itu, membaca juga dapat memberikan hiburan dan keseronokan. Misalnya, jika adik-adik membaca buku cerita, sudah tentulah dapat menghiburkan hati. Namun, hiburan ini adalah berfaedah.

Amalan membaca juga dapat membantu adik-adik mempertingkat kemahiran bahasa. Hal ini penting kerana kemahiran bahasa juga merupakan salah satu kemahiran yang harus dimiliki oleh setiap orang.

Selain itu, amalan membaca juga sangat berguna kerana dapat membantu adik-adik mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Pelbagai ilmu pengetahuan yang diperoleh sudah tentulah dapat dimanfaatkan oleh adik-adik untuk menjadi pelajar yang pintar.

Amalan membaca memang dapat memberikan banyak faedah. Itulah sebabnya adik-adik harus memiliki hobi membaca. Sekiranya adik-adik malas membaca, adik-adik tidak akan menjadi orang yang berilmu pengetahuan tinggi.

Page 2: Faedah membaca

Sesungguhnya, adik-adik, orang yang berilmu pengetahuan tinggi sudah tentulah akan menjadi orang yang cerdik pandai.