faktor yang mempengaruhi nilai terhadap … yang mempengaruhi nilai terhadap... · persepsi...
TRANSCRIPT
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NILAI TERHADAP KERJA GENERASI-X DAN GENERASI-BOOM
HU SAN SAN
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains
(Pembangunan Sumber Manusia)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI NIALAI'SIA SARAWAh
2005
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya Cik Zaiton
Hassan, atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan sudi meluangkan masa beliau sepanjang
menyiapkan kajian ini.
Di sini juga, saya ingin mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada semua
pensyarah, tutor dan staf-staf Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia atas
bantuan yang telah mereka hulurkan.
Terima kasih juga ditunjukkan kepada Cik Leanard selaku Pengurus Sumber Manusia di
Ngiu Kee, Kuching dan Encik Steven Low selaku Penyelia di Ngiu Kee, Bau, kerana
telah banyak menghulurkan bantuan, memberi sokongan dan juga kehenaran kepada saya
untuk menjalankan kajian im di organisasi behau.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan tcrima kasih kcpada rakan-rakan saya
yang telah banyak mcmberi dorongan dan tunjuk ajar kcpada saya dalam mcnyiapkan
kajian ini.
...... SEKIAN TERIMA KASIH......
III
SENARAI KANDUNGAN
Penghargaan
Senarai Kandungan
Senarai Rangka
Senarai Jadual
Abstrak
Abstract
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 ObjektifUmum
1.4.2 Objektif Khusus
1.5 Kerangka Konseptual
1.6 Hipotesis
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Definisi Konseptual Dan Istilah
1.9 Limitasi Kajian
1.10 Kesimpulan
2.0 Sorotan Kajian Lepas
2.1 Pengenalan
2.2 Perbezaan Persepsi Keija Di Antara Pekeija Generasi-X Dan
iii
iv
vii
viii
X
XI
I
3
6
6
6
7
7
x 9
I () 12
13
14
Iv
Generasi-Boom 14
2.3 Perkaitan Di Antara Faktor Sikap Individu Dan Persepsi Kerja 16
2.4 Perkaitan Di Antara Faktor Kepuasan Kerja Dan Persepsi Keija 17
2.5 Perkaitan Di Antara Faktor Motivasi Dan Persepsi Kerja 19
2.6 Perkaitan Di Antara Faktor Tingkah Laku Dan Persepsi Kerja 21
2.7 Kesimpulan 22
3.0 Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian
3.4 Instrumentasi Kajian
3.4.1 Soal Selidik
3.5 Ujian Rintis
3.6 Pengumpulan Data
3.7 Analisis Data
3.8 Kesimpulan
4.0 Dapatan Dan Perbincangan Kajian
4.1 Pengenalan
4.2 Persepsi Keija
4.2.1 Keputusan Tahap Persepsi Kerja
4.3 Sikap Individu
4.4 Kepuasan Keija
4.5 Motivasi
24
24
25
26
27
30
31
32
34
35
35
38
39
40
43
V
4.6 Tingkah Laku 45
4.7 Analisis Korelasi Pearson 46
4.8 Perbezaan Persepsi Kerja Generasi-Boom Dan Generasi-X 49
4.9 Kesimpulan 49
5.0 Rumusan, Kesimpulan Dan Cadangan
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Kesimpulan
5.4 Cadangan
5.4.1 Organisasi
50
50
51
52
5.4.2 Pengamal Sumber Manusia 53
5.4.3 Pengkaji Akan Datang 54
5.5 Kesimpulan 54
6.0 Rujukkan
7.0 Lampiran
7.1 Lampiran A- Sampel Borang Soal Selidik
7.2 Lampiran B- Surat Ke Ngiu Kee
56
60
68
vi
SENARAI RANGKA
Rangka 1
Kerangka Konseptual 8
vii
SENARAIJADUAL
Jadual 1
Julat Skor Untuk Mengenal Pasti Tahap Persepsi Kerja 30
Jadual 2
Hasil Dapatan Ujian Kebolehpercayaan Terhadap Borang Soal Selidik 31
Jadual3
Kekuatan Perkaitan Antara Pembolehubah Tidak Bersandar Dan Pembolehubah
Bersandar 33
Jadual 4
Frekuensi Responden Untuk Tahap Persepsi Kerja Generasi-Boom Dan Generasi-X 37
Jadual 5
Keputusan Tahap Persepsi Kerja Generasi-Boorn Dan Generasi-X 39
Jadual 6
Frekuensi Responden Untuk Tahap Sikap Individu Generasi-Boom Dan Genelasi-X 40
Jadual 7
Frekuensi Responden Untuk Tahap Kepuasan Keija Generasi-Boom Dan Generasi-X 42
Jadual 8
Frekuensi Responden Untuk Tahap Motivasi Generasi-Boorn Dan Generasi-X 44
Jadual 9
Frekuensi Responden Untuk Tahap Tingkah Laku Generasi-Boom Dan Generasi-X 45
Jadual 10
Analisis Korelasi Pearson Di Antara Pembolehubah Tak Bersandar Dengan
Persepsi Kecja Generasi-Boom Dan Generasi-X. 48
viii
Jadualll
Ujian-t Antara Persepsi Kerja Dengan Generasi-Boom Dan Generasi-X. 49
ix
ABSTRAK
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NILAI TERHADAP KERJA GENERASI-X DAN GENERASI-BOOM
Hu San San
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi nilai terhadap keija Generasi-X dan Generasi-Boom. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara persepsi kerja dengan faktor sikap pekerja, kepuasan kerja, tingkah laku dan motivasi. Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data yang berkaitan. Kajian ini telah dijalankan di Ngiu Kee, Kuching. Sebanyak 70 responden telah dipilih secara persampelan bertujuan, yang terdiri daripada 37 responden Generasi- X dan 33 responden Generasi-Boom. Data kajian ini adalah dianalisis menggunakan SPSS versi 12.0 di mana analisis Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti perkaitan antara faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi kerja. Ujian-t pula digunakan untuk mengenalpasti perbezaan persepsi di antara pekerja Generasi-X dan Generasi- Boom. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pekerja daripada Generasi-X dan Generasi-Boom tidak mempunyai perbezaan persepsi terhadap faktor yang mempengaruhi persepsi kerja. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utarna yang mempengaruhi persepsi kerja kedua-dua generasi adalah wang dan diikuti pula dengan pengetahuan, kepuasan dan pengisian masa lapang. Justeru itu, dapatan kajian
menunjukkan bahawa sikap individu, kepuasan keija dan motivasi mempunyai perkaitan signifikan dengan persepsi kerja Generasi-X, manakala hanya kepuasan kerja sahaja yang mempunyai perkaitan signifikan dengan persepsi keija Generasi-Boom. Oleh itu, dicadangkan agar organisasi dan pengurusan perlu mengenal pasti nilai terhadap kerja
supaya dapat meningkatkan persepsi keija dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi keija para pekerja.
x
ABSTRACT
FACTORS THAT INFLUENCING THE EVALUATION OF WORK IN GENERA TION-X
AND GENERA TION-BOOM
Hu San San
This study aims to idenlifi,. factors influencing perception of work in Generation-X and Generation-Boom at Ngiu Kee, Kuching, Sarawak. Besides, this study also aims to identify the relationship between perception of work and the fitctors such as attitudes, joh
satisfaction, behaviors and motivation. Questionnaire survey . for nl is used to collect data
that related to the study. This study was carried out in Ngiu Kee, Kuching. A total of 70
respondents (37 fi"oni Generation-X and 33 . from Generation-Boom) were taken as
samples out of the population of 160 stuffs of all level in Ngiu Kee, Kuching. The data
was collected through the distribution of, questionnaire and interview. The data of this
study was analyzed by using the SPSS version 12.0 where the method of Pearson 's
Product Moment Coefficient of Correlation is used. The result from the research shouts that employees from Generation-Bonin and Generation-X do not have differences in their
work perception. The research shott: v that the main factors that influence perception of
work is monev. firllow by knowledge, satisfaction and leisure. Besides, the research shoats that attitudes, job satisfitction and motivation has significant relationship with stork
perception in Generation-X, but only joh satisfaction have significant relationship it"ith
work perception in Generation-Boom. So, in term to increase the employees perception
of work and their work pcrfirrnuuice. the organi: ation and management should study their employee's evaluation towards their work.
XI
BAB l
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Kerja merupakan satu aktiviti yang menjadi sebahagian daripada tuntutan
kehidupan manusia. Oleh demikian, mengetahui faktor-faktor yang mempenganuhi
persepsi pekerja terhadap pekerjaan mereka adalah penting untuk melaksanakan kerja
dengan baik.
Secara umumnya, manusia adalah bekerja untuk pelbagai sebab. Sebah-sebab yang utama
adalah kewangan kerana kerja dapat menampung kehidupan din sendiri dan keluarga.
Walau bagaimanapun, setiap pekerjaan mempunyai daya tarikan, fäedah dan kepentingan
yang berbeza. Oleh kerana keija adalah seperti aspek usaha dan ikhtiar seseorang,
perkaitan antara kerja dan umur adalah penting (Linda, 1993).
Penilaian kerja juga adalah berbeza dari segi generasi. Kumpulan pekerja adalah datang
daripada dua generasi yang berbeza iaitu Generasi-X dan Generasi-Boom. Menurut
Bradford dan Raines (1993), Generasi-X terdiri daripada pekeija yang dilahirkan di
antara tahun 1965 dan 1976. Manakala Generasi-Boorn pula terdiri daripada pekerja yang
dilahirkan di antara tahun 1946 dan 1964. Kedua-dua individu dari dua generasi juga
adalah berbeza dari segi gaya hidup dan aktiviti yang mereka lakukan. Menurut Senin
(2000), generasi muda sekarang kurang terlibat dalarn aktiviti luaran seperti hersukan
I
berbanding dengan generasi sebelumnya. Mereka banyak menghabiskan masa dengan
menonton wayang, televisyen dan berkunjung ke pameran seni.
Dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi yang baik di dalam organisasi, semua
pekerja harus melibatkan diri dan tidak boleh diletakkan pada organisasi sahaja, tetapi
hendaklah melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu dan organisasi. Individu pekerja
adalah bertanggungjawab untuk menilai persepsi kerja mereka pada masa sekarang iaitu
mengenal pasti sejauh manakah nilai kerja, sebab-sebab untuk bekerja, kepentingan kerja
dan minat mereka terhadap pekerjaan mereka dan secara langsung akan meningkatkan
prestasi kerja mereka.
Penilaian kerja merupakan satu petunjuk ke arah kesejahteraan dan mempunyai pengaruh
yang besar di jiwa setiap pekerja (Kasim, 2004). Nilai dan kerja mempunyai hubungan
yang rapat dan erat. Persepsi yang positif dapat mempengaruhi sikap dan pandangan
pekerja terhadap sesuatu tindakan. Persepsi kerja juga merujuk pada sikap pekerja
terhadap kerja dan berkaitan dengan makna yang diberikan oleh individu teifiadap kerja.
Menurut Kasim (2004), nilai kerja yang lebih baik adalah dipengaruhi dan diasaskan
pada kebersihan jiwa, akhlak mulia dan memperjuangkan kehaikan serta kemakmuran.
lni adalah berkaitan dengan makna yang diberikan oleh individu mengenai kerjanya.
Prestasi kerja yang cemerlang adalah hasil daripada nilai kerja yang positif dan amanah
akan dapat meningkatkan produktiviti organisasi (Kasim, 2004). OIch itu, persepsi keija
juga boleh dijadikan petunjuk untuk menilai sejauh manakah kedua-dua generasi iaitu
Generasi-X dan Generasi-Boom membuat penilaian terhadap kerjaya dan bagaimana pula
kebanggaan, rasa tanggungjawab, kesungguhan, cara bekerja dan akhirnya, prestasi kerja
yang mereka hasilkan.
Selain daripada itu, persepsi kerja juga akan menentukan setakat manakah kedudukan
kakitangan terhadap minat kerja organisasi tersebut. Kajian ini telah menumpukan
kepada aspek individu Generasi-X dan Generasi-Boom yang mempengaruhi persepsi
terhadap kerja mereka iaitu faktor seperti sikap individu, kepuasan kerja, motivasi,
tingkah laku para pekerja itu sendiri.
1.2 Latar Belakang Kajian
Pada masa kini, sumber manusia yang terdapat di pasaran huruh terdiri daripada
dua generasi yang herbeza iaitu Generasi-X dan Generasi-Boom. Terdapat perbezaan
yang ketara antara dua generasi ini terutamanya dari segi nilai. Oleh itu, kemungkinan
kedua-dua generasi ini mempunyai persepsi yang herbeza terhadap keija. Menurut
Elizabeth (2003), kedua-dua generasi mempunyai perbezaan yang ketara dari segi nilai,
pengalarnan, cara bekerja dan sikap.
Sejak dahulu lagi, hubungan di antara pekerja dengan tugas atau kerja nureka telah
menarik ahli psikologi untuk niembuat kajian. Biasanya kajian ini adalah herhuhung
dengan kaedah yang berkesan dalam meningkatkan keupayaan seseorang pekeija dan
perkara yang berkaitan dengan hakat pekerja. Menurut Salawaty (2003), konsep seperti
3
keperluan, insentif, motivasi, sikap dan matlamat adalah lebih kerap menjadi tumpuan
berbanding konsep keupayaan, kemahiran dan bakat.
Para pekerja merasa diri mereka dihargai dengan perhatian yang diberikan oleh para
penyelidik, dan ini telah merangsang mereka untuk meningkatkan produktiviti.
Pembayaran gaji dan upah semata-mata tidak menjamin persepsi kerja yang positil: Oleh
itu adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk mendorong para pekerja
berusaha ke arah mencapai matlamat organisasi, dan pada ketika yang sarna memberikan
kepuasan kepada para pekerja yang berusaha ke arah itu.
Pengurus di dalam semua jenis organisasi secara automatik akan berhadapan dengan
kenyataan bahawa persepsi kelompok pekerja itu berheza. Sesetengah pekeija
menunjukkan persepsi yang positit; menunjukkan kegemhiraan tentang kerja yang
mereka lakukan. Sebaliknya, terdapat pekerja-pekeija lain yang menunjukkan pei; sepsi
yang negatif, iaitu tidak suka akan kerja mereka. Oleh itu, motivasi merupakan satu topik
yang terpenting dalam pengurusan. Motivasi merupakan perkara yang paling penting hagi
seseorang kerana ia merupakan penyebah, menyalur dan mempeilahankan perlakuan
manusia. Selain itu, motivasi juga herkait rapat dengan persepsi keija seseorang (Linda,
1993).
Menurut Kasim (2004), penilaian terhadap keºja amat berkaitan dengan tingkah laku
individu di tempat keºja. Peºsepsi keija individu dikenal pasti sebagai manilcstasi hudaya
keija, budaya organisasi dan mempunyai hubungan rapat dengan kejayaan organisasi.
4
Persepsi terhadap kerja menjelaskan hubungan di antara tingkah laku orientasi kehendak
dan pencapaian. Secara amnya, persepsi kerja merupakan daya terpendam yang
mempengaruhi dan mencorakkan kelakuan seseorang. Oleh demikian, ia merangkumi
aspek kebanggaan dan penglibatan dalam kerja dan keutamaan aktiviti kerja yang
menarik serta dapat memberi kejayaan kepada individu. Selain itu, persepsi kerja juga
berkaitan dengan ganjaran ekstrinsik seperti kenaikan gaji, pangkat, tanggungjawab kerja
baru, dan pengiktirafan yang diberikan oleh organisasi kepada pekerja.
Dalam mengenal pasti faktor yang mempengaruhi persepsi kerja, ia dapat memberi
panduan kepada pekerja ke arah mencapai matlamat pekerjaan yang spesilik. Persepsi
kerja juga adalah amat berkaitan dengan tingkah laku individu di tempat kerja dan ia
dapat menentukan kepuasan kerja dan prestasi kerja individu dalam sesebuah organisasi.
Prestasi kerja yang cemerlang adalah hasil daripada persepsi keija yang positif dan
amanah di mana akan meningkatkan produktiviti organisasi.
Sikap yang positifatau negatifitu timbul lantaran adanya persepsi atau pemberian makna
terhadap suatu objek atau peristiwa. Persepsi atau pemberian makna tersebut ditentukan
oleh suatu sistem nilai untuk berperilaku yang berlaku pada suatu lingkungan tertentu.
Sikap yang malas akan mempengaruhi prestasi kerja seseorang pekerja dan secara
langsung akan mempengaruhi persepsi kerja mereka.
5
1.3 Penyataan Masalah
Oleh kerana kedua-dua generasi ini dibesarkan dalam persekitaran yang berbeza,
maka, tidak mustahil mereka mempunyai nilai yang berbeza. Apabila umur pekerja
semakin meningkat, persepsi terhadap kerja mereka juga akan berubah. Menurut Snel dan
Cremer (1994), ada pekerja yang sudah berurnur menganggap kerja penting bagi mereka
untuk mendapatkan pendapatan yang lebih daripada pekerja yang masih muda. Oleh
demikian, nilai yang berbeza ini secara langsung akan mempengaruhi persepsi terhadap
kerja.
Oleh itu, kajian ini akan menfokuskan soalan kajian seperti berikut:
Apakah taktor-faktor yang mempengaruhi persepsi kerja pekerja di tempat keija'?
Adakah persepsi kerja Generasi-X dan Generasi-Boom berbezä?
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Objektif Untunt
Untuk mengenal pasti taktor-faktor yang mempengaruhi persepsi keija Generasi-
X dan Generasi-Boom.
6
1.4.2 Objektif Khusus
i) Mengenal pasti perkaitan di antara sikap individu dan persepsi kerja antara
Generasi-X dan Generasi-Boom;
ii) Mengenal pasti perkaitan di antara kepuasan kerja dan persepsi kerja antara
Generasi-X dan Generasi-Boom;
iii) Mengenal pasti perkaitan di antara motivasi dan persepsi kerja antara Generasi-X
dan Generasi-Boom;
iv) Mengenal pasti perkaitan di antara tingkah laku dan persepsi kerja antara
Generasi-X dan Generasi-Boom;
v) Mengenal pasti persepsi kerja di antara Generasi-X dan Generasi-Boom.
1.5 Kerangka Konseptual
Menurut kajian im, pembolehubah tidak bersandar adalah merujuk kepada sikap
individu, kepuasan kerja, motiva5i, dan tingkah laku. Manakala, pembolehubah bersandar
pula merujuk kepada persepsi kerja. Perbezaan antara pembolehubah tidak bersandar dan
pembolehubah bersandar dan kedua-dua Generasi-X dan Generasi-Boom akan dikaji
dalam kajian ini. Kerangka konseptual kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 1.
7
Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah Bersandar
Generasi-X: <35 tahun Generasi-Boom: >35 tahun
Sikap individu
Kapuasan kerja
Motivasi
Tingkah laku
Persepsi kerja
" Wang
Kepuasan
Pengetahuan
Pengisian masa lapang
Rajah 1: Kerangka Konseptual
1.6 Hipotesis
Hipotesis kajian adalah seperti berikut:
Hol: Tiada perkaitan yang signifikan antara sikap individu dan persepsi kerja dalam
Generasi-X dan Generasi-Boom;
Ho?: Tiada perkaitan yang signitikan antara kepuasan kerja dan persepsi kerja dalam
Generasi-X dan Generasi-Boom;
Ho3: Tiada perkaitan yang signitikan antara motivasi dan persepsi kerja dalam
Generasi-X dan Generasi-Boom;
Ho4: Tiada perkaitan yang signifikan antara tingkali laku dan persepsi keija dalam
Generasi-X dan Generasi-Booni;
Ho5: Tiada perbezaan antara persepsi kerja Generasi-X dan Generasi-Boom.
8
1.7 Kepentingan Kajian
Dengan mengetahui faktor yang mempengaruhi persepsi pekerja terhadap kerja,
secara tidak langsung ia akan mempengaruhi prestasi pekerja pekerja. nleh itu, kajian ini
dapat mencerminkan sejauh manakah persepsi pekerja terhadap kerja. la dapat membantu
sesebuah organisasi untuk menentukan strategi yang lebih sesuai untuk memotivasikan
dan mendorong pekerja dengan faktor-faktor yang telah dikaji.
Selain itu, hasil kajian ini juga memberi mantäat kepada pihak pengurusan sumber
manusia di mana dapat membantu dalam meningkatkan persepsi dan membangunkan
pekerja dengan memuaskan kehendak pekerja dan mengenal pasti kelemahan dan
kebolehan pekerja serta organisasi. Dalam memahami faktor ini, pihak pengurusan
sumber manusia boleh mengambil langkah untuk mengubah suai, memperbaiki persepsi
pekerja dalam organisasi dan juga berupaya untuk memenuhi dan memahami kepuasan
pekerja di organisasi.
Melalui kajian tentang persepsi keija, pekeija dapat mengenal pasti dan memperhaiki
keadaan persekitaran yang berpotensi membawa kebahagiaan di mana ancaman kepada
kesedaran dan melemahkan kebolehan pekerja untuk membuat keputusan. nleh demikian,
faktor yang mempengaruhi persepsi pekerja terhadap kerja memainkan peranan yang
tertentu untuk meningkatkan prestasi keija pekeija.
9
Dapatan kajian ini juga memberi suatu pandangan yang jelas kepada pengurus sumber
manusia di organisasi yang telah dikaji dan juga memberi rujukan kepada organisasi lain
untuk mengetahui dengan lebih teliti tentang peranan dan faktor yang mempengaruhi
persepsi kerja Generasi-X dan Generasi-Boom.
1.8 Definisi Konseptual Dan Istilah
Persepsi Kerja
Definisi Konseptual: Individu yang mempunyai sifat keperibadian tinggi iaitu
"conscientiousness " yang menunjukkan pendekatan lebih cenderung terhadap kehidupan
yang merangkumi dedikasi akan kerja (Yankelovich & Immerwahr, 1984).
Definisi Istilah: Merujuk kepada sebab-sebab dan kepentingan untuk bekerja sama ada
untuk mendapatkan wang, kepuasan, pengetahuan dan masa lapang.
Generasi-X
Definisi Konseptual: Menun. it Bradford dan Raines (1992), gencrasi ini adalah terdiri
daripada individu yang dilahirkan antara tahun 1965 dan 1976.
Definisi Istilah: Merujuk kepada populasi pekerja di bawah umur 35 tahun yang sedang
bekerja di Ngiu Kee, Kuching.
Generasi-Boom
Definisi Konseptual: Menurut Wyld (1994), generasi ini adalah terdiri daripada individu
yang berumur di antara 36 dan 60 iaitu dilahirkan pada tahun 1980 dan 1990.
10
Definisi Istilah: Merujuk kepada populasi pekerja berumur 36 tahun ke atas yang sedang
bekerja di Ngiu Kee, Kuching.
Sikap individu
Definisi Konseptual: Menurut Fontana (2000), sikap didefinisikan sebagai suatu
kelompok kepercayaan, penilaian dan perangai niat terhadap suatu objek.
Definisi Istilah: Merujuk kepada kepercayaan, emosi dan kelakuan pekerja terhadap
kerj a.
Kepuasan Kerja
Definisi Konseptual: Menurut Cranny dan Smith (1992), kepuasan kerja merupakan
fungsi untuk memperteguhkan sistem suasana kerja dan keperluan individu.
Definisi Istilah: Merujuk kepada penilaian pekerja terhadap gaji, suasana kerja, dan
pihak atasan.
Motivasi
Definisi Konseptual: Menurut McShane dan Von Glinow (2004), motivasi merupakan
dorongan antara seseorang yang akan mempengaruhi arah, tujuan, ketabahan dan
kelakuan secara sukarela.
Definisi Istilah: Merujuk kepada dorongan yang diberikan kepada pekeija daripada
kerjayanya seperti wang, kuasa dan keselamatan keija.
11
Tingkah laku
Defcnisi Konseptual: Menurut Sekuler dan Black (1990), walaupun seseorang itu
menggunakan kelakuan sebagai satu cara mengkaji persepsi untuk merangsangkan tindak
balas, ia membezakan apa kelakuan bertindak balas digunakan secara kekal.
Definisi Istilah: Merujuk kepada disiplin atau tatatertib pekerja.
1.9 Limitasi Kajian
Kajian ini adalah hanya menfokuskan kepada pekerja di Ngiu Kee, Kuching.
Manakala responden dalam kajian ini hanya terhad kepada dua kumpulan iaitu Generasi-
X dan Generasi-Boom tanpa mempengaruhi kumpulan lain seperti Generasi-Y iaitu
kumpulan pekerja yang dilahirkan antara tahun 1978 dan 1983 (Couplan, 1991).
Limitasi kajian ini hanya diuji dengan faktor-faktor yang akan mempengaruhimya seperti
sikap, kepuasan kerja, motivasi dan tingkah laku sahaja. Walau bagaimanapun, masih
terdapat faktor yang lain turut akan mempengaruhi persepsi kerja yang tidak dikaji dal am
kajian ini seperti penilaian prestasi pekerja dan ganjaran yang diterima oleh pekeija
(Bradford & Raines, 1992). Namun demikian, ganjaran yang diterima oleh pekeija
mempunyai perkaitan yang rapat dengan persepsi kerja seseorang pekerja itu. Ini
bermakna pekerja yang diberi ganjaran adalah lebih bermotivasi (McShane & Von
Glinow, 2004).
12
Selain daripada itu, keadaan ekonomi juga akan mempengaruhi persepsi pekerja terhadap
kerja mereka. Ini adalah kerana perubahan keadaan ekonomi seperti apabila kegawatan
ekonomi berlaku, pekerja adalah lebih mementingkan pekerjaan untuk mendapatkan
wang. Oleh itu, jika kajian ini dibuat pada masa kegawatan ekonomi, maka keputusan
mungkin akan berbeza daripada kajian yang dibuat semasa keadaan ekonomi yang baik.
1.10 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini telah menekankan tentang objektif, hipotesis,
kepentingan dan limitasi kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi persepsi dalam dua generasi yang berbeza. Terdapat lima objektif
khusus dan empat hipotesis nul yang terdapat dalam bab ini. Selain itu, bab ini juga
merangkumi definisi konseptual dan definisi istilah penting yang digunakan dalam kajian.
Dalam bab seterusnya pula merupakan ulasan karya terhadap persepsi kerja dalam
Generasi-X dan Generasi-Boom.
13
BAB 2
SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.1 Pengenalan
Secara amnya, bab ini membincangkan kajian-kajian yang telah dibuat oleh
pengkaji lain yang berkaitan dengan kajian ini. Tujuan bab ini adalah untuk
membincangkan tentang persepsi pekerja terhadap kerja. Kajian ini adalah berhubung
dengan kaedah yang berkesan dalam meningkatkan keupayaan seseorang pekerja serta
perkara yang berkaitan dengan bakat dan prestasi kerja.
2.2 Perbezaan Persepsi Kerja Di Antara Pekerja Generasi-X Dan Pekerja
Generasi-Boom
Terdapat pelbagai perbezaan di antara Generasi-X dan Generasi-Boom terhadap
persepsi kerja. Persepsi kerja seseorang adalah berbeza dari segi generasi kerana
kepuasan golongan pekerja tua adalah lebih mudah dipuaskan berbanding dengan pekerja
golongan muda kerana mereka menjadi lebih sedar akan keperluan dan memhuat pilihan
yang lebih baik (Linda, 1993). Dari segi taraf hidup juga, Generasi-X dan Generasi-
Boom adalah berbeza. Oleh demikian, kehendak dan keperluan kedua-dua generasi
tersebutjuga adalah berbeza.
14