fakulti sains kognitif dan pembangunan manusia pekerja... · 2.2 konsep kerja berpasukan 12 2.3...
TRANSCRIPT
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
PERSEPSI PEKERJA TERHADAP KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN DI TELEKOM MALAYSIA BERHAD, RUCHING
Norhanizan Binti Abdul Rahman
Sarjana Muda Sains dengan Kepujian HD (Pembangunan Sumber Manusia) 66 2005 N822 2005
P.KHIDMAT MAKlUMAT AKADEMIK UNIMAS
11111111 111111111 111111 1I11I 10001 43679
PERS EPSI PEKERJA TERHADAP KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN DI TELEKOM MA LAYSIA BERHAD, KUCHING
NORHANIZAN BINT! ABDUL RAHMAN
Projek ini merupakan salah satu keperluan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia.
Fakulti Sauls Kognitif dan Pembangunan Manusia UN IVERSITI MALAYSIA SARAW AK
2005
3i!iII!I- - - - - - . - - - - - - - - ---- -
Projek bertajuk "Persepsi Pekerja Terhadap Keberkesanan Kelja Berpasukan Di Telekom Malaysia Berhad, Kuching: Satu Kajian Kes Oi Bahagian T M Retail 100" telah disediakan oleh Norhanizan Binti Abdul Rahman dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Pembangunan Manusia.
Tarikh:
O?" M~ Cloo~
PENGHARGAAN
Bersyukur ke had rat ilahi kerana kajian yang bertajuk Persepsi Pekerja Terhadap
Keberkesanan Kerja Berpasukan telah berjaya dilaksanakan.
Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada penyelia saya iaitu Encik Roslan
Bin Ali yang telah banyak membantu dan membimbing saya dalam melaksanakan
kajian ini sehingga ia telah berjaya dilaksanakan.
Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Rothman Bin
Taril iaitu salah seorang pekerja Telekom di bahagian TM Retail 100 yang telah
banyak membantu dalam menjayakan kajian ini. Begitu juga kepada Encik Rezuan
Bin Saidi selaku penolong pengurus yang telah memberi kebenaran kepada saya
untuk menjalankan kajian di bahagian TM Retail 100 ini dan tidak dilupai juga
kepada staf~staf di sini yang turut memberi kerjasama dalam menjayakan kajian ini.
Akhir sekali, terima kasih juga kepada keluarga saya yang banyak memberi sokongan
terutama sekali anak saya Siti Najiha Najwa sebagai sumber inspirasi saya untuk
berjaya. Begitu juga terima kasih diucapkan juga kepada rakan saya iaitu Haraman,
Yati, Scully, Razali, Lynne, Amini dan AI yang telah banyak membantu rnenjayakan
kajian ini.
Tambahan pula, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada Dr. Rusli
yang banyak membantu dalam menjayakan kajian ini dan tidak dilupai juga kepada
Pn. Surena, Pn. Dyg N ailul, Cik Zaiton, En. Hallin dan pensyarah- pensyarah yang lain
yang telah mengajar kami selama ini.
III
t'usul i hlt.. . •.... - .• _·SAl{ C· \VERSJTl AL YSIA "'"
94l()(l KOla ~an1llfallan
JADUAL KANDUNGAN
PENGHARGAAN iii
JADUAL KANDUNGAN iv
viiSENARAI RAJAH
viiiSENARAI JADUAL
xABSTRAK
ABSTRACT xi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN 1
1.2 LATARBELAKANG KAJIAN
1.3 PERNYATAAN MASALAH 4
1.4 OBJEKTIF KAJ1AN
1.4.1 OBJEKTIF UMUM 5
1.4.2 OBJEKTIF KHUSUS 5
1.5 HIPOTESIS KAJ1AN 6
1.6 KERANGKA KONSEPTUAL 7
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN 7
1.8 DEF1NISI ISTILAH
1.8.1 KERJA BERPASUKA 8
1.8.2 KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN 9
1.8.3 KEPIMPINAN 9
1.8.4 KOMUNIKASI 10
1.8.5 SEMANGAT BERPASUKAN 10
1.9 LIMITASI KAJIAN 11
1.10 KESIMPULAN 11
• BAB 2 KAJIAN PENULISAN LEPAS
2.1 PENGENALAN 12
2.2 KONSEP KERJA BERPASUKAN 12
2.3 KEPENTINGAN KERJA BERPASUKAN 13
2.4 TEORI DAN MODEL KERJA BERPASUKAN
2.4.1 MODEL PERKEMBANGAN DAN
IV
BAB3
..
BAB4
PEMBANGUNAN KERJA BERPASUKAN 15
2.4.2 MODEL MEMBINA SEMANGAT
BERPASUKAN 17
2.4.3 MODEL PRESTASI KERJA BERPASUKAN 18
2.4.4 MODEL KEBERKESANAN SESEBUAH
ORGANISASI 20
2.4.5 MODEL 5 PERINGKAT 22
2.4.6 MODEL KEBERK ESANAN KERJA
BERPASUKAN 23
2.4.7 MODEL C 5 KERJA BERPASUKAN 24
2.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KERJA BERPASUKAN
2.5.1 FAKTOR KEPIMPINAN 26
2.5.2 FAKTOR KOMUNIKASI 28
2.5.3 FAKTOR SEMANGAT BERPASUKAN 29
2.6 KESIMPULAN 30
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN 31
3.2 LOKASI KAJIAN 31
3.3 REKABENTUK KAJIAN 31
3.4 POPULASI DAN SAMPEL 32
3.5 INSTRUMEN KAJIAN 33
3.6 PENGUMPULAN DATA 34
3.7 ANALISIS DATA
3.7.1 ANALISA DESKRIPTIF 34
3.7.2 ANALISA INFERENSI 35
3.8 KESIMPULAN 37
DAPATAN KAJTAN DAN PERBINCANGAN
4.1 PENGENALAN 38
4.2 TABU RAN RESPONDEN BERDASARKAN
CIRI-CIRI DEMOGRAFI
4.2.1 ANALISIS TABURAN RESPONDEN
v
39 MENGIKUT JANTINA
4.2.2 ANALISIS TABU RAN RESPONDEN
MENGIKUT UMUR 40
4.2.3 ANALISIS TABURAN RESPONDEN
MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN 41
4.2.4 ANALISIS TABU RAN RESPONDEN
MENGIKUT JAWATAN YANG DlSANDANG 42
4.2.5 ANALISIS TABURAN RESPONDEN
MENGIKUT TEMPOH PERKHIDMATAN 42
4.3 PERBEZAAN ANTARA KEBERKESANAN KERJA
BERPASUKAN DENGAN CIRI-CIRI DEMOGRAFI 43
4.4 PERHUBUNGAN DI ANTARA FAKTOR-FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN
KERJA BERPASUKAN 47
4.5 FAKTOR-FAKTOR YANG PALING DOMINAN 51
4.6 RINGKASAN HASIL KAJIAN 52
4.7 KESIMPULAN 53
BAB5 RINGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN
5.1 PENGENALAN 54
5.2 RINGKASAN KAJIAN 54
5.3 KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN 56
5.4 CADANGAN KAJIAN
5.4.1 CADANGAN KEPADA ORGANISASI 57
5.4.2 PENGAMAL SUMBER MANUSIA 58
5.4.3 PENGKAJI AKAN DATANG 58
BIBLIOGRAFI
LAMPlRAN 1: BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN
LAMPIRAN 2: SURAT PERMOHONAN MENJALANKAN KAJI
VI
SENARAI RAJAH
GAMBARAJAH 1.1 KERANGKA KONSEPTUAL 7
GAMBARAJAH 2.1 MODEL PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN PASUKAN KERJA 16
GAMBARAJAH 2.2 SUMBANGAN FAKTOR SEMANGAT BERPASUKAN KEPA DA PENINGKATAN KUALITI 17
GAMBARAJAH 2.3 MODEL PRESTASI KERJA BERPASUKAN 19
GAMBARAJAH 2.4 MODEL KEBERKESANAN SESEBUAH ORGAN ISASI 21
GAMBARAJAH 2.5 MODEL 5 PERlNGKAT 22
GAMBARAJAH 2.6 MODEL C5 BERPASUKAN 25
Vll
SENARAI JADUAL
JADUAL 1 PERHUBUNGAN BERDASARKAN KORELASI PEARSON 35
JADUAL2 SKALA PENGUKURAN HUBUNGAN BERDASARKAN REGRESI LINEAR 37
JADUAL 3 T ABURAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA 39
JADUAL4 TABURAN RESPONDEN MENGIKUT PERINGKAT UMUR 40
JADUAL 5 TABURAN RESPOND EN MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN 41
JADUAL6 TABURAN RESPONDEN MENGIKUT JAWATAN YANG DI SANDANG 42
JADUAL 7 TABURAN RESPONDEN MENGIKUT TEMPOH PERKHIDMATAN 42
JADUAL 8 UJIAN-T TIDAK BERSANDAR UNTUK MELIHAT PERBEZAAN JANTINA TERHADAP KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN 43
JADUAL9 UJIAN ANOVA SEHALA UNTUK MELIHAT PERBEZAAN UMU R TERHADAP KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN 44
JADUAL 10 UJIAN ANOVA SEHALA UNTUK MELIHA T PERB EZAAN TARAF PENDIDlKAN TERHADAP KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN 45
JADUAL 11 UJjAN -T TIDAK BERSANDAR UNTUK MELIHA T PERBEZAAN JAW A T AN YANG Dl SAN DANG TERHADAP KEBERKESANAN KE RJA BERPASUKAN 45
JADUAL 12 UJIAN ANOVA SEHALA UNTUK MELIHA T PERBEZAAN T EMPOH PERKHIDMATAN TERHADAP KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN 46
V111
JADUAL 13 ANALISA KORELASJ PEARSON UNTUK MELIHA T PERHUBUNGAN OJ ANTARA KEPJMPJNAN TERHADAP KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN
JADUAL 14 ANALISA KORELASJ PEARSON UNTUK MELIHA T PERHUBUNGAN OJ ANTARA KOMUNJKASJ TERHADAP KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN
47
48
JADUAL 15 ANALISA KORELASJ PEARSON UNTUK MELIHA T PERHUBUNGAN DJ ANTARA SEMANGAT BERPASUKAN TERHADAP KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN 49
JADUAL 16 ANALISA REGRESI LINEAR UNTUK MELIHAT FAKTOR-FAKTOR YANG PALING DOMJNAN DALAM MEMPENGARUHI KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN 51
JADUAL 17 RJNGKASA N HASIL UJJAN KE ATAS HJPOTESIS KAJIAN BERDASARKAN UJIAN-T TIDAK BERSANDAR, ANOYA SEHALA, ANALISA KORELASJ PEARSON DAN ANA LISA REGRESI LINEAR 52
IX
ABSTRAK
PERSEPSI PEKERJA TERHADAP KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN
Norhanizan Abdul Rahman
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pekerja terhadap keberkesanan kerja berpasukan di Telekom Malaysia Berhad, Kuching. Satu kajian kes telah dijalankan di bahagian TM Retail 100 di Telekom dengan responden sebanyak 40 orang sahaja dan kaedah borang soal selidik telah digunakan untuk mendapat maklumbalas daripada pekerja di bahagian ini . Data yang didapati dianalisa. dengan menggunak an ujian statist ik berbentuk deskriptif dan inferensi iaitu Pekali Korelasi Pearson, Ujian-t tidak bersandar, Anova sehala dan Regresi Linear. Hasil dapatan kajian menunjukkan persepsi pekerja terhadap keberkesanan kerja berpasukan paling dipengaruhi oleh semangat berpasukan dan perhubungan yang sangat kuat wujud di antara pembolehubah ini (r = 0.771 dan P = 0.000). Ujian Anova sehala dan Ujian-t tidak bersandar menunjukkan tiada perbezaan di antara ciri-ciri demografi terhada.p keberkesanan kerja berpasukan Uantina, umur, taraf pendidikan, jawatan yang disandang dan tempoh perkhidmatan). Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya perhubungan di antara keberkesanan kerja berpasukan dengan faktor kepimpinan, komunikasi d311 semangat berpasuk311.
x
ABSTRACT
PERCEPTION OF WORKERS TOWARDS THE EFFECTIVENESS OF TEAMWORK
Norhanizon Abdul Rohman
The purpose of this study is to determine the perception of workers towards the effectiveness of teamwork in Telekom Malaysia Berhad, Kuching. One Case study was executed at TM Retail 100 department with 40 respondents only and questionnaires " ·ere used to get feedbacks from the workers at the department. Data obtained were analyzed by using descriptive and inFerential statistics including Pearson Correlation Coefficient, Independent t-test, One- Way Anova and Linear Regression The finding 0/ this research indicates that perception of workers towards the effectiveness of teamwork is strongly influenced by team spirit and the relationship between these variables is extremely strong (I' = a 771 and P = 0.000). T-test and One-Way Anova showed that there are no significant differences betweens demographic factors and the effectiveness 0/ teamwork such as gender, ages, education level, position and number of year working. The finding 0/ this research indicates that there is relationship between the effectiveness of teamwork and the factors of leadership, communication and team spirit
XI
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Kajian ini dijalankan memandangkan kerja secara berkumpulan atau berpasukan amat
penting jika sesebuah organisasi itu mahu kekal memberikan persaingan (Hackman,
1980). Kebanyakan organisasi pada masa kini amat memerJukan pengurusan yang
baik terutamanya dalam mencapai sesuatu matJamat untuk berjaya. Pernimpin
memainkan peranan penting kepada sesebuah organisasi dalam menguruskan sumber
manUSla dengan cekap supaya ia dapat membawa manfaat kepada organisasi.
Malahan, sesebuah organlsasl Juga haruslah sentiasa meningkatkan produktiviti dan
perkhidmatannya jika ingin terus kekal dan bersaing dalam arus globalisasi pada masa
kini. J usteru itu, pelbagai kaedah dan teknik diperkenalkan dalam menguruskan
sumber manusia di dalam sesebuah organisasi. Salah satu konsep yang senng
diamalkan oleh sesebuah organisasi ialah konsep kerja berpasukan.
Menurut Guzzo dan Sales (1995), kerja berpasukan sebagai satu pasukan di mana
ahli-ahlinya saling berinteraksi, mempunyai nilai kerja ke hadapan, matlamat dan
objektif yang jelas dan mesti membuat perubahan keadaan untuk mencapai matlamat
dan objektif Oleh itu, di dalam konsep kelja berpasukan, ahli-ahli pasukan adalah
merupakan unit asas dalam sesebuah organisasi kerana mereka saling membantu dan
bekerjasama di antara satu sama lain dalam mencapai matlamat yang sama. Oleh itu,
banyak masalah dan kerja dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat
berbanding dengan bekerja secara individu. Terdapat banyak organisasi sentiasa
melakukan perubahan, contoh.nya dari segi polisi, teknologi dan persekitaran luaran
dan dalaman dan ini dapat membantu sesebuah pasukan dalam menjalankan tugas
dengan lebih baik, mempelajari sesuatu dengan lebih cepat dan boleh menerima
perubahan dengan terbuka. Tidak hairanlah jika kerja berpasukan dianggap sebagai
aset yang penting bagi kejayaan sesebuah organisasi (Miller dan Brown, 1993).
Walaupun kerja berpasukan biasa diamalkan oleh sesebuah organisasi tetapi ia tetap
memerlukan sokongan dan kesabaran bagi semua pihak yang terlibat jika sesuatu
matlamat hendak dicapai. Kemungkinan pada pennulaan konsep ini adalah sukar
untuk dilaksanakan tetapi ia pasti akan berjaya dilaksanakan jika semua pihak
bersikap positif dan memberi kerjasama serta komitmen sepenuhnya di antara satu
sarna lain dalam usaha untuk menjayakan konsep kerja berpasukan di dalam sesebuah
orgamsasl serta secara tidak langsung dapat mencapai matlamat organisasi dengan
Jayanya.
1.2 Latarbelakang Kajian
Menurut Ostennan (1994), lebih daripada 50% organisasi telah mengamalkan kerja
berpasukan sebagai sebahagian daripada kecekapan pengorganisasian semula. Oleh
itu, kajian ini akan dijalankan di Telekom Malaysia Berhad, Jalan Simpang Tiga,
Kuching iaitu terhadap para pekerja yang bekerja di dalam organisasi ini. Akan tetapi
tumpuan hanya dilakukan kepada bahagian TM Retail 100 sahaja untuk menjalankan
kajian ini.
Organisasi ini sebenamya hendak menjadi sebuah syarikat komunikasi pilihan dengan
penumpuan kepada pelanggan dan pihak -pihak lain yang berkepentingan dalam
syarikat pad a masa akan datang. Nilai-nilai teras yang diamalkan oleh organisasi ini
2
adalah KRI ST AL yang dianggap sesuatu nilai yang tinggi dan juga merupakan
sesuatu medium untuk menyalur tenaga dan pemikiran yang tinggi dengan memupuk
semangat untuk bekerjasama dan profesionalisme dalam mencapai matlamat
sebenarnya. Inilah menjad ikan amalan kerja berpasukan begitu penting dalam
mencapai matlamat organisasi ini dan juga selari dengan nilai-nilai teras yang telah
diamalkan oleh Telekom yang juga merupakan satu budaya. Di dalam KRIST AL,
salah satu perkara yang perlu diamalkan adalah menyebarkan semangat berpasukan
dan bekerjasama di kalangan pekerja. Inilah yang menjadikan amalan kerja
berpasukan sangat penting dalam merealisasikan matlamat organisas i ini. Melalui
seman gat berpasukan dan kerjasama, ia dapat menggelakkan perasaan ego bagi
seseorang individu, meringankan beban kerj a rakan sekerja, bekerja dalam keadaan
halmoni, mengaku kesilapan sebagai satu pasukan dan juga memberi penghargaan
kepada pasukan yang mempunyai pencapaian yang baik di dalam sumbangan yang
diberikan kepada organisasi. Ini akan mendorong kepada para pekerja agar lebih
berusaha dan bekerjasama di dalam satu pasukan kerana ia merupakan satu
tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada sesebuah pasukan.
Menurut Kline (1999) juga, menubuhkan sesebuah kerja berpasukarl adalah
merupakan sebahagian daripada keperluan di dalam kehidupan sesebuah organisasi.
Kajian ini akan melihat sama ada pekerja-pekeja di organisasi ini akan melibatkan diri
sekiranya terdapat tugas yang perlu dilaksanakan. Malahan kajian ini benujuan untuk
mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kerja berpasukan di dalam
organisasi ini dan ciri-ciri demogarfi juga telah ditentukan bagi mengetahui persepsi
pekerja di Telekom Malaysia Berhad, Kuching terhadap keberkesanan kerja
berpasukan. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk melihat amalan kerja
3
berpasukan ini rnendapat sokongan sepenuhnya oleh para pekerja di orgaI1J SaSI 1111
atau selebihnya rnelalui hasil yang akan diperolehi nanti.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Parker (1994), kerja berpasukan rnerupakan pengurnpulan individu dan
setiap apa yang kita bawa kepada sesebuah pasukan dapat rnenentukan perbezaan
sarna ada ia rnernbawa kejayaan atau kegagalan . .Tusteru itu , rnelalui konsep kerj a
berpasukan, ia rnungkin dapat rnernbantu rnencapai rnatlarnat organisasi dan dapat
rnenghasilkan sesuatu kerja yang lebih berkualiti dan baik. Akan tetapi bukan terlalu
mudah untuk rnelaksanakan konsep ini kerana ia rnemerlukan sikap pekerja yang
positif dalam rnengamalkan kerja berpasukan dengan berinteraksi dan bekerjasama di
antara satu sarna lain di dalam sesebuah organisasi. Jni sukar untuk dipastikan bahawa
adakah ia dapat diterirna oleh semua pekerja agar ia dapat diamalkan di dalam
sesebuah organisasi. Apabila rnasalah mula timbul yang berpunca daripada pekerja
sendiri yang sukar untuk menerima pelaksanaan konsep kerja berpasukan, maka ia
bo leh menjejaskan kestabilan sesebuah organisasi. Malahan, prestas i dan motivas i
pekerja turut menurun dan ini tidak dapat membantu organisasi untuk mencapai
matlamat dengan jayanya.
Untuk membentuk sebuah pasukan yang efektif, faktor-faktor yang rnendorong
kepada keberkesanan kerja berpasukan harus diambil kira iaitu kornunikasi,
kepimpinan dan juga sernangat berpasukan. lni dapat dilihat rnelalui persepsi pekerja
terhadap faktor -faktor ini dan perkaitannya terhadap keberkesanan kerja berpasukan.
Begitu juga dengan persepsi pekerja terhadap keberkesanan kerja berpasukan
berdasarkan ciri-ciri dernografi seperti jantina, urnur, taraf pendidikan, jawatan yang
4
disandang dan tempoh perkhidmatan. Di mana kajian ini akan dijalankan ke atas
persepsi pekerja-peke~a Telekom Malaysia Berhad, Kuching terhadap konsep kerja
berpasukan ini . Ini dapat membantu untuk mengenalpasti sama ada keberkesanan
ke~a berpasukan dapat diamalkan di dalam organisasi ini. Tambahan pula,
menentukan sama ada ia dapat memberi sumbangan dan dapat memperolehi hasil
yang baik kepada organisasi serta dapat menghadapi persaingan dan cabaran yang
bakal ditempuhi pada masa akan datang. Mengikut pendapat Timmons (1979), kerja
berpasukan dianggap kunci kepada sesuatu pergerakan yang proaktif yang
menyumbang kepada pembangunan di dalam sesebuah organisasi.
1.4 Objektif Kajian
Objektifkajian adalah terbahagi kepada dua iaitu objektifumum dan objektifkhusus.
1.4.1 ObjektifUmum
Untuk mengkaji persepsi pekerja terhadap keberkesanan kerja berpasukan
berdasarkan faktor-faktor yang dipilih dan telah mempengaruhi keberkesanan
kerja berpasukan di Telekom Malaysia Berhad, Jalan Simpang Tiga, Kuching.
1.4.2 Objektif Khusus
Terdapat lima objektif khusus iaitu :
a) Untuk mengenalpasti perhubungan di antara keberkesanan kerja
berpasukan dengan kepimpinan.
b) Untuk mengenaipasti perhubungan di antara keberkesanan kerja
berpasukan dengan komunikasi.
5
c) Untuk mengenalpasti perhubungan di antara keberkesanan kerja
berpasukan dengan semangat berpasukan.
d) Untuk mengenalpasti perbezaan persepsi pekerja mengikut jantina,
umur, taraf pendidikan, jawatan yang disandang dan tempah
perklUdmatan.
e) Untuk mengenalpasti faktar yang paling daminan dalam
mempengaruhi keberkesanan kerja berpasukan.
1.5 Hipotesis Kajian
Ha 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap
keberkesanan kerja berpasukan.
Ha2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara umur terhadap
keberkesanan kerja berpasukan.
Ha3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara taraf pendidikan terhadap
keberkesanan kerja berpasukan.
Ha4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jawatan yang disandang
terhadap keberkesanan kerja berpasukan.
Ho5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tempoh perkhidmatan
terhadap keberkesanan kerja berpasukan.
Ho6 : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara kepimpinan terhadap
keberkesanan kerja berpasukan.
Ho 7 : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara komunikasi terhadap
keberkesanan kerja berpasukan.
HaS : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara semangat berpasukan
terhadap keberkesanan kerja berpasukan.
6
Ho9 Tidak terdapat faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi
keberkesanan kerja berpasukan
1.6 Kerangka Konseptual
Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah
Ciri-Ciri Demografi :
• JANTlNA
• UMUR
• TARAF PENDIDIKAN • JAWATAN YANG
D1SANDANG • TEMPOH
PERKHIDMATAN
KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Kerja Berpasukan : /• KEPIMPINAN
• KOMUNIKASI • SEMANGAT BERPASUKAN
Raj ah 1.1 : Kerangka Konseptual
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini amat penting dijalankan khususnya untuk orgal1Isasl seperti Telekom
Malaysia Berhad, Kuching yang mengamalkan konsep kerja berpasukan. Ia adalah
merupakan tempat kajian ini dijalankan dan ini dapat membantu untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pekerja terhadap keberkesanan kerja
berpasukan. Ini juga dapat membantu untuk menyelesaikan masalah berkaitan yang
timbuI di dalam organisasi.
7
Kepentingan kajian ini juga dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada
organisasi mengenai kelebihan dalam pengamalan kerja berpasukan sebagai bahan
rujukan atau bacaan. Ini dapat memberi semangat kepada semua pekerja di dalam
organisasi untuk bekerja secara berpasukan agar mereka dapat berusaha bersama
sama untuk mencapai matlamat organisasi serta mampu memberi sumbangan serta
dapat memberi hasil yang terbaik terhadap organisasi. Malahan, ia dapat membantu
pengamal sumber manusia supaya lebih peka tentang kajian ini dan bersedia
menghadap i masalah yang mungkin akan timbul pada masa akan datang yang
berkaitan dengan konsep ini. Dengan adanya hasil kajian ini juga, maka ia dapat
menggalakkan para pengkaji akan datang untuk meneruskan kajian ini supaya dapat
berusaha untuk mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam kerja secara berpasukan
dan kajian ini juga dapat menjadi panduan kepada pengkaji akan datang.
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Kerja Berpasukan
Konseptual
Menurut Nadler, Spencer & Associates (1998) , kerj a berpasukan bermaksud
sekumpulan orang yang bersama-sama untuk melakukan sesuatu kerja.
Operasional
Kerja berpasukan daJam kajian ini adalah merupakan sekumpulan pekerja
yang berusaha dan bekerjasama di antara sa tu sarna lain untuk menghasilkan
sesuatu kerja dengan lebih baik dengan adanya sikap yang positif di dalam
sesebuah pas ukan untuk memberi sumbangan dan berusaha dalam mencapai
matJamat organisasi.
8
1.8.2 Keberkesanan Kerja Berpasukan
Konseptual
Menurul Hannan (1992), mendefmisikan kebcrkesanan kerja berpasukan
apabila setiap ahli dalam pasukan bekerjasama dan berkongsi objektif yang
sama. Sctiap ahli pasukan mengetahui perkara yang hendak dicapai, ke mana
halatuju dan bagaimana untuk mencapai matJamat yang telah ditetapkan.
Opel'asional
Keberkesanan kerja berpasukan dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasli
lahap keberkesanan kerja berpasukan yang dicapai dengan mengenalpasti
objektif organisasi supaya dapat bekerjasama dan beltukar pendapat dalam
menuju tujuan yang sebenar.
1.8.3 Kepimpinan
Konseptual
Menurut Aminuddin (1990), kepimpinan adalah tingkahlaku individu apabila
ia sedang mengarahkan aktiviti kelompok ke arah mallamat yang dikongsi
bersama.
Operasional
Kepimpinan dalam kajian ini adalah merujuk kepada keupayaan pengurus
unluk mempengaruhi pekerja-pekerjanya agar bekerjasama dan berusaha
bersama-sama di dalam salu kumpulan supaya mallamal organisasi dapal
dicapai. Pemimpin yang efektif baleh membawa kesan yang positif kepada
o rgamsasl.
9
1.8.4 Komunikasi
Konseptual
Menurut Miller (1995), komunikasi adalah tingkahJaku manusia yang
merangkumi 5 ciri-ciri kritikal ; komunikasi melibatkan 2 atau Jebih individu ;
sesuatu proses ; simbolik atau sesuatu lambang ; sesuatu urusan pemiagaan
dan sesuatu yang mempunyai niat sebenar.
Operasionai
Komunikasi dalam kajian ini adalah merupakan perhubungan di antara aWi
aWi di dalam sesuatu kumpulan meJaJui interaksi sesama sendiri daJam
mencapai kat a sepakat demi mencapai rnatlamat organisasi ditambahi pula
dengan adanya sikap kerjasama dalam menghasilkan sesuatu kerja.
1.8.5 Semangat Berpasukan
Konseptual
Menurut Syer dan Connolly (1996), semangat berpasukan adalah di mana aWi
ahli di daJam sesebuah pasukan memiliki kombinasi synergy iaitu sifat toJong
menolong untuk meningkatkan pencapaian dan bersikap positif
Operasional
Semangat berpasukan daJam kajian ini adalah merujuk kepada ahli-ahli di
dalam kumpulan yang mempunyai sifat kerjasama, bertukar pendapat serta
bertingkahJaku baik dalam usaha untuk menghasilkan sesuatu kerja yang Jebih
efektif dan secara tidak langsung dapat membantu mencapai matlamat
10
organisasi. Malahan, ia juga dapat mewujudkan sikap saling percaya di antara
satu sarna lain di dalam satu pasukan.
1.9 Lirnitasi Kajian
Kajian ini hanya melibatkan pekerja-pekerja di bahagian yang telah dipilih di
Telekom Malaysia Berhad, lalan Sirnapang Tiga, Kuching. Tidak semua pekerja
pekerja yang bekerja di Telekom ini akan terlibat di dalam kajian ini atau langsung
tidak membabitkan mana-mana organisasi lain. Di mana tumpuan kajian hanya
dilakukan pada pekerja yang bekerja di bahagian TM Retail 100 sahaja. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi keberkesanan kerja berpasukan yang perlu
diambilkira untuk menjalankan kajian ini iaitu dengan bergantung kepada hasil yang
diperolehi melalui pengedaran borang soal selidik yang diberikan kepada responden
nanti. la amat bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan responden untuk mendapat
hasil kajian yang lebih baik dan kukuh di dalam organisasi ini.
1.10 Kesirnpulan
Bab I ini banyak menjelaskan mengenai pengenalan, latarbelakang, pernyataan
masalah, objektif, hipotesis, kerangka konseptual, kepentingan kajian, definisi ist ilah
dan juga limitasi kajian yang dijalankan tentang persepsi pekerja terhadap
keberkesanan kerja berpasukan di Telekom, Kuching, Sarawak. Bab seterusnya pula
akan menjelaskan tentang tinjauan kajian.
11
BAB2
KAJIAN PENULISAN LEPAS
2.1 Pengenalan
Bab ini lebih menumpukan kepada pendapat-pendapat sarna ada dari tempatan atau
luar negeri mengenai komponen penting di dalam kerja berpasukan. Oi antaranya
adalah konsep kerja berpasukan, kepentingan kerja berpasukan, teori dan model kerja
berpasukan dan faktor-faktor yang mempengamhi kerja berpasukan.
2.2 Konsep Kerja Berpasukan
Konsep kerja berpasukan adalah sangat penting bagi sesebuah organisasi untuk
mendapatkan hasil kerja yang lebih berkesan dan berkualiti. Ini disebabkan melalui
kerja berpasukan, ahli-ahli dalam pasukan dapat bertukar pendapat dan berkongsi
maklumat dan sarna-sarna bemsaha untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.
Tambahan pula, ahli-ahli di dalam pasukan tersebut dapat berkomunikasi dan
berinteraksi serta dapat mengeratkan lagi hubungan di antara satu sarna lain. Menumt
Giber, Carter dan Go ldsmith (2000), kerja berpasukan mempakan ahli-ahli yang
melibatkan diri di dalam sesebuah pasukan dengan melihat dan mendengar pendapat
daripada sumbangan ahli-ahli lain. la juga menyediakan bantu an sekiranya ahli-ahJi di
dalam satu pasukan meminta pertolongan dan tumt bersama-sama di dalam satu unit
meningkatkan prestasi secara keselumhan bagi kepentingan sesebuah organisasi.
Menumt Haywood (1998) dan Plunkett & Attner (1994) menyatakan bahawa ahli-ahli
kumpulan perlu berinteraksi sesama ahli, mempunyai peranan serta kedudukan dalam
kumpulan dan mesti berkongsi matlamat yang sarna. Manakala Carr (J 996)
12