fem 4205 : 3 (3+0) pengurusan sumber dalam persekitaran...
TRANSCRIPT
8/25/2014
1
FEM 4205 : 3 (3+0)
Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah
Resource Management in Changing Environment
HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM
BILIK A2-14
Email: [email protected]
Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
Kuliah
Tajuk Jam
5. Pengurusan Perubahan 10
Organisasi
Sumber
Keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja
6. Keselamatan dan kesihatan Persekitaran
Kehidupan 6
Penggunaan lestari
Polisi dan perundangan
8/25/2014
2
Tajuk 5
Pengurusan Perubahan
Pengurusan Perubahan
Pengurusan Perubahan
Merujuk kepada perlaksanaan pendekatan atau kaedah
tertentu untuk mempastikan usaha perubahan
organisasi adalah berjaya, termasuk mempastikan visi
dan matlamat projek adalah jelas, dan bagi
mengubahsuai sistem-sistem yang terdapat dalam
organisasi untuk mencapai matlamat secara efektif.
Aktiviti-aktiviti pengurusan perubahan termasuklah
pendekatan yang dirancang, berstruktur dan nyata
sehinggalah kepada yang tidak nyata dan tidak
dirancang.
8/25/2014
3
Pengurusan Perubahan
Definisi Pengurusan Perubahan
4 definisi asas Change Management 101: A Primer © Fred Nickols 2007
Pengurusan perubahan didefinisikan sebagai
Fungsi untuk mengurus perubahan (dari kedudukan
reaktif atau proaktif)
Suatu bidang amalan professional (terdapat kompetensi
dan kemahiran tertentu dalam kalangan profesional)
Suatu bidang ilmu pengetahuan (meliputi kaedah,
teknik, dan cara lain)
Suatu mekanisma kawalan (meliputi keperluan,
standard, proses, dan prosedur)
Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)
Suatu fungsi mengurus perubahan
Definisi pertama adalah berkaitan dengan fungsi
mengurus perubahan. Ia boleh membawa dua maksud.
Maksud pertama adalah melakukan perubahan dalam
tatacara yang sistematik atau dalam keadaan yang
terancang dan terurus.
Tujuan adalah untuk melaksanakan kaedah dan sistem
baru dengan lebih efektif dalam organisasi yang aktif
berfungsi. Perubahan yang hendak diurus berada dalam
kawalan organisasi. Perubahan dalaman boleh dihasilkan
oleh kejadian yang dicetuskan di luar organiasai iaitu di
persekitaran organisasi.
8/25/2014
4
Pengurusan Perubahan
Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)
Suatu fungsi mengurus perubahan (samb.)
Maksud yang kedua adalah maklumbalas kepada
perubahan di mana organisasi kurang atau tiada kawalan
ke atasnya seperti perundangan, sosial, kemelut politik,
pesaing, perubahan ekonomi.
Tugas mengurus perubahan termasuk juga mengurus
kesannya ke atas individu. Pihak pengurusan perlu
membantu pekerjanya mengatasi masalah dengan
perubahan yang cuba dilakukan.
Pengurusan Perubahan
Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)
Suatu bidang amalan profesional
Definisi kedua adalah ia merupakan suatu bidang amalan
professional.
Terdapat ramai perunding yang terlibat dalam perubahan
yang terancang, dan juga merupakan agen perubahan,
mengurus perubahan untuk klien.
Kebiasaannya syarikat perunding pengurusan yang besar
mempunyai suatu bahagian atau jabatan berkaitan dengan
amalan pengurusan perubahan.
8/25/2014
5
Pengurusan Perubahan
Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)
Suatu bidang amalan profesional (samb.)
Terdapat pihak perunding ini yang hanya membantu
dari segi khidmat nasihat kepada klien untuk mengurus
perubahan sehinggalah kepada melakukan sendiri
tugas mengurus perubahan itu.
Pengurusan Perubahan
Definisi Pengurusan Perubahan (samb.) Suatu bidang ilmu pengetahuan
Definisi ini melibatkan kandungan bagi pengurusan
perubahan. Ia meliputi model, kaedah dan teknik,
peralatan, kemahiran dan bentuk pengetahuan lain yang
terlibat dalam amalan pengurusan perubahan itu.
Kandungan dalam pengurusan perubahan timbul dari
bidang psikologi, sosiologi, pentadbiran perniagaan,
ekonomi, kejuruteraan industri, kejuruteraan sistem,
pengajian kemanusiaan dan perlakuan organisasi.
Komponen pengetahuan ini diintegrasikan oleh suatu
set konsep dan prinsip yang dikenali sebagai Teori
Sistem Am (General Systems Theory, GST).
8/25/2014
6
Pengurusan Perubahan
Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)
Suatu mekanisma kawalan
Perubahan selalunya berlaku dari segi Sistem Maklumat
sesebuah organisasi yang melibatkan sistem dan aplikasi
komputer yang dikenali sebagai kawalan versi.
Mekanisma kawalan ini kemudian juga dikenali sebagai
pengurusan perubahan.
Terdapat pertubuhan tertentu mengenakan kawalan
terhadap keperluan yang mesti dipenuhi apabila
membuat sebarang perubahan.
Pengurusan Perubahan Proses Perubahan
Proses Perubahan sebagai nyahbeku, berubah dan
membeku semula
Ada 3 langkah Nyahbeku, berubah dan membeku semula.
Merujuk kepada Kurt Lewin yang berdasarkan kepada
kestabilan dinamik.
Kelebihan kerangka kerja ini adalah ia memberi masa
untuk berfikir sebelum mengubah sesuatu.
Permulaan dan akhir bagi proses ini adalah kestabilan
Proses perubahan ini tidak sesuai untuk organisasi yang
berada dalam keadaan ekstrem iaitu telah sedia dalam
keadaan nyahbeku dan yang berada dalam keadaan
nyahbeku yang terlalu lama
8/25/2014
7
Pengurusan Perubahan
Proses Perubahan (samb.)
Proses perubahan sebagai penyelesaian masalah dan
pencarian masalah
Apabila memikir mengenai perubahan yang akan
dilakukan, suatu pendekatan penyelesaian masalah berlaku.
Mengurus perubahan dilihat sebagai bergerak dari satu
keadaan ke keadaan lain, yakni dari keadaan bermasalah
kepada keadaan masalah diselesaikan.
Adalah penting untuk menganalisa atau mengenalpasti
masalah. Matlamat ditentukan dan dicapai pada pelbagai
peringkat atau tahap dan dalam pelbagai bidang atau fungsi
organisasi. Bagaimana hasilnya dan caranya dibincangkan
dan berkait antara satu sama lain.
Pengurusan Perubahan
Proses Perubahan (samb.)
Proses perubahan sebagai penyelesaian masalah dan
pencarian masalah (samb.)
Perancangan yang berhati-hati diikuti dengan usaha untuk
menerima, menyokong dan komitmen. Kesan bersihnya
adalah perubahan dari satu keadaan ke keadaan lain dalam
keadaan teratur dan berancang.
Di peringkat analisis, masalah adalah suatu keadaan yang
memerlukan tindakan namun tindakan yang diperlukan
tidak diketahui. Oleh itu perlu dicari penyelesaian iaitu
kaedah untuk tindakan yang membawa kepada keadaan
penyelesaian masalah sepertimana yang diharapkan.
8/25/2014
8
Organisasi
Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang Berjaya
Cummings and Worley (Organization Development and Change, 1995)
Terdapat 5 fasa bagi pengurusan perubahan organisasi
1. memotivasikan perubahan
2. mencipta visi
3. membina sokongan politik
4. mengurus transisi (peralihan)
5. mengekalkan momentum
Organisasi
Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang
Berjaya
1. Memotivasikan Perubahan
Fasa ini termasuk membina kesediaan organisasi untuk
berubah dan membina pendekatan untuk mengatasi
halangan untuk berubah. Antaranya adalah dengan
memberi kesedaran kepada ahli-ahli organisasi
mengenai perlunya untuk berubah, menjelaskan
keadaan semasa organisasi dan kedudukan yang perlu
dicapai di masa hadapan, dan membina pendekatan
realistic mengenai bagaimana perubahan boleh dicapai.
8/25/2014
9
Organisasi
Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang Berjaya
(samb.)
1. Memotivasikan Perubahan (samb.)
Pemimpin dalam organiasai perlu mengenalpasti individu
dalam organisasi yang berkemungkinan cuba menolak
sebarang perubahan besar terhadap organisasi mungkin
disebabkan takut kehilangan/perubahan dalam kerja.
Kakitangan perlu merasa bahawa kerisauan mereka
diambilberat. Oleh itu pemimpin hendaklah
menyampaikan keperluan untuk berubah dan bagaimana
untuk perubahan dapat dicapai dengan jayanya dengan
jelas dan mempastikan kepentingan semua pihak tidak
terabai.
Organisasi Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang Berjaya
(samb.)
2. mencipta visi
pemimpin organisasi hendaklah menyampaikan suatu visi
yang jelas menerangkan apa yang cuba dicapai melalui
usaha perubahan itu.
Visi hendaklah jelas menunjukkan bagaimana pencapaian
visi itu dapat menambahbaik organisasi.
Visi hendaklah relevan dan realistik. Selalunya visi
diterangkan dalam bentuk penghasilan keseluruhan
(perubahan keseluruhan) yang akan dicapai oleh semua
bahagian dalam organisasi, termasuk matlamat & objektif
yang berkaitan untuk mencapai hasil.
8/25/2014
10
Organisasi
Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang
Berjaya (samb.)
3. membina sokongan politik
fasa ini jika tidak diberi perhatian kadangkala boleh
menghalang dari kejayaan sesuatu perubahan
politik dalam organisasi adalah berkaitan dengan kuasa
dalam kalangan ahli-ahli organisasi yang penting untuk
menjayakan tugas masing-masing.
Kuasa boleh terhasil dari kredibiliti, samada dari
kepakaran atau integriti (kesepaduan) mahupun dari
bidang kuasa kedudukannya dalam organisasi.
Organisasi Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang Berjaya
(samb.)
3. membina sokongan politik (samb.)
Perubahan selalunya membawa maksud anjakan dalam
kuasa merentas tahap pengurusan, fungsi, dan kumpulan.
Untuk berjaya, usaha peurbahan mestilah membina
sokongan semua yang mempunyai kuasa utama
contohnya pengurusan senior, pakar dalam bidang-
bidang tertentu, dan mereka yang dikenalpasti
mempunyai kepakaran dan integriti.
Cadangan dari pihak yang mempunyai kuasa-kuasa
utama dalam organisasi hendaklah diberi perhatian
segera dan dikenalpsti tindakan yang perlu
8/25/2014
11
Organisasi Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang Berjaya
(samb.)
4. Mengurus transisi (peralihan)
Fasa ini berlaku bila organisasi berusaha untuk membuat
peralihan sebenar dari keadaan semasa ke keadaan masa
hadapan.
Juga dikenali sebagai fasa implementasi pelan tindakan.
Pelan itu boleh termasuk pelbagai bentuk ”intervensi”
atau aktiviti yang direka untuk membuat perubahan
dalam organisasi.
Contohnya, membina atau mengubahsuai struktur dan
proses utama dalam organisasi.
Organisasi
Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang
Berjaya (samb.)
4. Mengurus transisi (peralihan) (samb.)
Perubahan ini mungkin memerlukan bimbingan
berterusan, latihan, penguatkuasaan polisi dan prosedur
baru.
Komunikasi yang jelas dan berterusan mengenai
keperluan perubahan, status perubahan, dan
penglibatan ahli organisasi yang aktif dalam usaha
perubahan itu hendaklah diteruskan.
8/25/2014
12
Organisasi Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang
Berjaya (samb.)
4. Mengurus transisi (peralihan) (samb.)
Sebaiknya, semua tindakan itu dimasukkan dalam suatu
Pelan Pengurusan Perubahan keseluruhan yang
meliputi objektif spesifik, yang mesti dicapai dalam
tempoh tertentu, dan tanggungjawab untuk mencapai
objektif oleh pihak-pihak tertentu.
Kebiasaannya, perlu ada pengubahsuaian dilakukan
terhadap pelan asal. Persetujuan pihak atasan dalam
organisasi diperlukan dan disampaikan perubahan pelan
ini kepada yang terlibat dan menyatakan alasan bagi
perubahan pelan.
Organisasi
Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang
Berjaya (samb.)
5. Mengekalkan momentum
biasanya fasa yang agak sukar dalam pengurusan
perubahan.
Usaha perubahan boleh bertembung dengan pelbagai
halangan, contohnya penolakan dari ahli-ahli organisasi,
perubahan ketua organisasi, pengurangan dalam jualan
dsb.
8/25/2014
13
Organisasi
Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang
Berjaya (samb.)
5. Mengekalkan momentum (samb.)
Sokongan yang kuat dan berterusan dari pihak atasan
dalam organisasi adalah penting.
Selain dari itu, mereka yang terlibat secara langsung
terutamanya pekerja-pekerja tertentu perlu terus
memberi sokongan kepada keadaan yang baharu.
Latihan dan bimbingan adalah perlu walaupun
perubahan telah menunjukkan kejayaannya di peringkat
awal.
Organisasi
Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang
Berjaya (samb.)
5. Mengekalkan momentum (samb.)
Sistem pengurusan prestasi pekerja berperanan penting
dalam fasa ini termasuklah penetapan matlamat,
perkongsian maklumbalas mengenai pencapaian
matlamat, tingkahlaku memberi ganjaran bagi
pencapaian matlamat dan pencapaian perubahan, dan
mengenalpasti isu prestasi.
8/25/2014
14
Sumber Kemahiran
Menguruskan pelbagai perubahan yang ditempuh oleh
organisasi memerlukan kemahiran yang melibatkan
sumber tenaga manusia, sumber-sumber bahan mentah
serta teknologi dan kewangan yang digunakan samada
dalam pengurusan mahupun dalam pengeluaran produk
yang terlibat dalam suatu sistem di dalam organisasi.
Kemahiran Politik
Kemahiran Menganalisis
Kemahiran Kakitangan
Kemahiran Sistem
Kemahiran Perniagaan
Sumber
Kemahiran (samb.)
Kemahiran Politik
Organisasi merupakan suatu sistem social kerana ia
terdiri dari manusia. Kedudukan agen perubahan
dengan mempunyai kepentingan tertentu di dalam
organisasi menentukan tahap penglibatan mereka
dalam politik organisasi. Agen perubahan juga terdedah
kepada kemahiran politik pihak-pihak lain mengambil
peluang untuk kepentingan mereka di dalam organisasi.
8/25/2014
15
Sumber
Kemahiran (samb.)
Kemahiran Menganalisis
Agen perubahan perlu mempunyai kemahiran
menganalisis yang baik. Kesilapan akan berlaku
sekiranya keputusan atau penyelesaian dibuat
berdasarkan kepada jangkaan sahaja.
Kesan dari jangkaan yang tidak tepat akan
memudaratkan sebarang perubahan yang diingini.
Analisis hendaklah disokong dengan justifikasi yang
bersesuaian dengan situasi yang ada dalam organisasi.
Dua aspek kemahiran menganalisis iaitu analisa operasi
aliran kerja dan kemahiran analisa kewangan
Sumber
Kemahiran (samb.)
Kemahiran Kakitangan
Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan
kepercayaan, kakitangan dalam organisasi perlu
mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal.
Individu hendaklah berupaya untuk mendengar dan
mendengar dengan aktif, menyebut semula,
menjelaskan, mengetuai suatu perbincangan,
mengeluarkan ide, dan membina ide-ide.
8/25/2014
16
Sumber
Kemahiran (samb.)
Kemahiran Sistem
Selain dari mahir dalam penggunaan komputer,
perlu tahu susunatur sumber-sumber dan rutin yang
berlaku dalam penghasilan sesuatu produk
menggunakan sumber-sumber berkenaan.
Operator, komputer, dan peralatan yang terlibat
dalam penghasilan sesuatu produk membentuk
suatu sistem dalam organisasi.
Sumber
Kemahiran (samb.)
Kemahiran Perniagaan
Mesti memahami bagaimana menjalankan perniagaan di organiasai anda berada/bekerja.
Memahami aliran sumber wang: dari mana datangnya sumber wang, ke mana ia pergi, bagaimana mendapatkannya, dan bagaimana menyimpannya.
Perlu tahu tentang pasaran dan pemasaran produk, pembangunan produk, pelanggan, jualan, menjual, menyewa, dll.
8/25/2014
17
Keselamatan dan Kesihatan
Persekitaran Kerja
Kesihatan persekitaran kerja adalah penggalakan dan
pengekalan tahap fizikal, mental dan kesejahteraan
sosial tertinggi pekerja di dalam semua pekerjaan
dengan mengelak penyimpangan dari kesihatan,
mengawal risiko dan adaptasi kerja kepada pekerja, dan
pekerja kepada kerja mereka.
Ia adalah disiplin dengan skop yang meluas melibatkan
banyak bidang yang spesifik
Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran Kerja
Matlamat
penggalakan dan pengekalan tahap fizikal, mental &
kesejahteraan sosial tertinggi pekerja di dalam semua
pekerjaan
Pengelakan kesan ke atas kesihatan yang disebabkan oleh
keadaan kerja dalam kalangan pekerja
Perlindungan pekerja dalam pekerjaan mereka dari risiko
yang terhasil dari faktor-faktor yang memberi kesan kepada
kesihatan
Penempatan dan pengekalan pekerja dalam persekitaran
kerja disesuaikan dengan keperluan fizikal dan mental
Adaptasi kerja kepada pekerja
8/25/2014
18
Keselamatan & Kesihatan Persekitaran Kerja
Kepentingannya
Persekitaran kerja hendaklah selamat dan sihat bagi mengelak sebarang penyakit dan kecederaan. Ini adalah untuk kepentingan pekerja itu sendiri. Penyakit dari persekitaran kerja yang tidak sihat memberi kesan buruk yang berpanjangan yang mungkin tidak ditunjukkan di peringkat awal sehinggalah keadaannya teruk.
Selain dari memberi faedah kepada pekerja dan organisasi, ia memberi faedah kepada orang lain yang terlibat dengan aktiviti perniagaan, seperti pelanggan dan pembekal. Pelanggan dan pembekal merasa selamat apabila berurusan dengan syarikat berkenaan.
Keselamatan & Kesihatan Persekitaran
Kerja
Kepentingannya (samb.)
Ia juga memberi faedah kepada organisasi di mana
dapat mengelak kos bagi penyakit dan kecederaan yang
wujud dari persekitaran kerja yang tidak selamat dan
sihat.
Kesihatan dan keselamatan yang baik dapat
menambahbaik reputasi organisasi dengan pelanggan,
pihak kerajaan dan perkerja sendiri. Ini dapat
meningkatkan perniagaan organisasi.
8/25/2014
19
Keselamatan & Kesihatan Persekitaran
Kerja
Kos yang terlibat bagi penyakit dan kemalangan yang
berlaku di tempat kerja
Gaji pekerja yang sakit atau cedera, termasuk kos
mereka yang mengambilalih tugas mereka
Kehilangan produktiviti disebabkan oleh gangguan pada
perniagaan dan penggantian pekerja yang tidak mahir
Kerosakan kepada produk, peralatan atau bangunan
Kos menyiasat dan membetulkan masalah
Denda dan kos perundangan jika didakwa
Keselamatan dan Kesihatan
Persekitaran Kerja
National Institute of Occupational Safety and Health
(NIOSH) di Malaysia
Objektif:
Menjalankan kajian untuk mengurangkan penyakit dan
kecederaan disebabkan kerja
Menggalakkan tempat kerja yang selamat dan sihat
melalui gandingan kerjasama antarabangsa
8/25/2014
20
Keselamatan dan Kesihatan
Persekitaran Kerja
Program NIOSH Health Hazard Evaluation (HHE)
Program NIOSH mengenai penilaian terhadap bahaya
kepada kesihatan memberi maklum balas kepada
permintaan untuk penilaian tempat kerja dari majikan,
pekerja, dan wakil mereka, dan juga agensi lain.
Melalui program ini, NIOSH mengenalpasti bahaya
terkini dan menyarankan penyelesaian yang praktikal
dan saintifik yang boleh dijalankan untuk
mengurangkan pendedahan dan mengelakkan penyakit,
kecederaan, dan ketidakupayaan
Keselamatan dan Kesihatan
Persekitaran Kerja
Peranan majikan
Disebabkan pengelakan kemalangan dan penyakit yang
efektif bermula bilamana proses kerja masih di
peringkat rekabentuk, adalah perlu bagi pihak
pengurusan untuk mengambilkira kesan negatif
persekitaran kerja dalam setiap peringkat proses kerja
semasa pembinaan proses berkenaan
Pihak pengurusan hendaklah komited kepada
keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja dan
melibatkan pekerja mereka dalam usaha ini untuk
menjayakan program keselamatan dan kesihatan kerja