fenomena foreign terrorist fighters (ftf) dan … · kemasukan hampir 20,000 anggota pejuang asing...
TRANSCRIPT
TERHAD
1
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Kertas Kerja Cawangan Anti Keganasan
Rujuk : BSPP (AK)/J2 2/1111
Tarikh : 30 Jun 18
FENOMENA FOREIGN TERRORIST FIGHTERS (FTF)
DAN EVOLUSI ANCAMAN KONTEMPORARI
PENGENALAN
1. Fenomena Foreign Terrorist Fighters (FTF) ataupun pengganas asing merupakan
satu bentuk ancaman keganasan yang perlu diberi perhatian semasa kerana ancaman ini telah
menular dengan drastik dan belum ada petanda menunjukkan penurunan untuk jangka masa
panjang. Kewujudan rangkaian FTF dalam aspek terorisme telah lama wujud dan semakin
berkembang di era globalisasi dengan bantuan teknologi canggih serta mobilisasi dan migrasi
dari satu negara ke negara lain.
2. Secara lazimnya, gerakan ini dilakukan secara transnasional iaitu gerakan merentasi
sempadan sesebuah negara dan dilakukan secara rawak untuk mengelak daripada dikesan
oleh pihak berkuasa. Isu FTF semakin signifikan setelah pembentukan organisasi militan
Daesh pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, hakikatnya, isu FTF ini telah bermula sejak
Perang Afghanistan di sekitar era 80’an yang memperlihatkan migrasi beribu-ribu pejuang
asing dari pelbagai negara ke Afghanistan untuk menyertai perang menentang Tentera Soviet
Union.
FTF di Syria
DEFINISI
3. Dari segi definisi, FTF ataupun anggota pengganas asing bermaksud individu yang
menyertai rangkaian kumpulan pengganas di luar negara mereka bertujuan untuk melakukan
tindakan keganasan secara sukarela bagi mencapai matlamat kumpulan. Sasaran keganasan
FTF adalah ke atas mana-mana pihak yang menentang mereka termasuk orang awam. FTF
tidak semestinya terdiri daripada sesuatu kumpulan individu ataupun kumpulan militan. FTF
juga boleh digerakkan secara persendirian ataupun lone wolf. FTF berpegang kepada
TERHAD
2
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
ideologi radikal ekstremis khususnya ideologi Salafi Wahabi, Jihadi dan Takfiri bagi militan
Daesh. Ketiga-tiga ideologi ini telah menyuntik semangat FTF dalam melancarkan serangan
keganasan.
4. Di bawah definisi United Nations Security Council resolution 2178 adalah seperti
berikut:
“Individuals who travel to a State other than their States of residence or nationality for the
purpose of the perpetration, planning, or preparation of, or participation in, terrorist acts or
the providing or receiving of terrorist training, including in connection with armed conflict.”
5. Definisi Mujahidin bermaksud satu gerakan yang diaturgerak ke kawasan konflik
bertujuan untuk menentang pihak musuh ataupun legitimate target yang menceroboh
sesebuah wilayah Islam. Gerakan Mujahidin ini disertai oleh sukarelawan-sukarelawan luar
yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang yang membantu masyarakat Islam yang
tertindas. Gerakan ini amat sinonim dengan situasi perang semasa Perang Afghanistan dan
Bosnia Herzegovina. Serangan dilancarkan ke arah pihak penentang khususnya pasukan
keselamatan yang melakukan penindasan dan berhasrat melakukan genosid ke atas penduduk
setempat.
6. Gerakan Mujahidin amat berbeza dengan FTF khususnya dari segi motif perjuangan.
Gerakan Mujahidin memperjuangkan perlindungan ke atas masyarakat Islam yang tertindas.
Manakala, FTF memperjuangan pembentukan wilayah autonomi ataupun Khilafah Islamiyah
dengan menggunakan kekerasan ke atas sesiapa sahaja. FTF juga mengambil kesempatan
untuk menjadi warga sesebuah negara (Khilafah) dengan berselindung di sebalik istilah
Mujahidin itu.
KEKELIRUAN ANTARA ISTILAH MUJAHIDIN DAN FTF
7. Terdapat kekeliruan apabila sesetengah golongan atau pengikut gerakan Islam
menggelar diri mereka sebagai Mujahidin apabila memasuki wilayah atau negara asing.
Fenomena ini sangat ketara semasa era perang di Afghanistan dahulu. Namun, istilah
Mujahidin ini adalah berbeza daripada istilah FTF. Golongan Mujahidin secara khususnya
merujuk kepada golongan Jihadis yang benar-benar berjuang untuk menentang kekejaman
Kafir Hirbi yang menakluki atau menjajah sesebuah negara umat Islam.
8. Dalam konteks kontemporari, istilah Mujahidin ini telah disalahguna oleh individu-
individu yang berhasrat untuk berhijrah ke negara lain dengan menggunakan alasan untuk
berjihad. Fenomena kebanjiran hampir 30,000 FTF di Iraq dan Syria pada tahun 2014 – 2017
menyaksikan bagaimana istilah ‘Mujahidin’ ini telah disalahgunakan.
TERHAD
3
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
EVOLUSI FTF
9. Perkembangan evolusi FTF adalah melalui fasa-fasa berikut:
a. Perang Afghanistan.
b. Perang Bosnia Herzegovina.
c. Ad Dawlah Al Islamiya Fil Iraq Wa Ash Sham (Daesh).
Perang Afghanistan
10. Perang Afghanistan bermula pada tahun 1979 hingga 1989 yang menyaksikan
kebanjiran besar-besaran pejuang asing ke negara tersebut. Gerakan ini digelar sebagai
gerakan Mujahidin atas sebab matlamat penubuhannya adalah untuk menentang Tentera
Soviet Union dari Rusia serta menghalau keluar elemen Soviet Union dari Afghanistan yang
dianggap sebagai gerakan atheist. Dengan itu, Jihad Askari (ketenteraan) adalah jalan
penyelesaiannya.
11. Perjuangan Mujahidin ini turut menerima bantuan logistik daripada Amerika Syarikat
(AS), Arab Saudi dan pembiayaan dana dari Pakistan. Malahan, sekolah-sekolah agama dan
madrasah-madrasah di Pakistan juga menggalakkan penuntut-penuntut asing untuk menyertai
perang ini. Pada ketika itu, Peshawar di Pakistan telah dijadikan sebagai hub utama
kemasukan gerakan Mujahidin ke Afghanistan.
Pejuang Mujahidin di wilayah Afghanistan
12. Menyentuh mengenai gerakan Mujahidin, gerakan ini dipengaruhi oleh seorang
pengasas jihad global yang terkenal pada ketika itu. Pelopor tersebut dikenali sebagai
Abdullah Azzam (1941-1989) dari Palestin. Pada tahun 1984, Abdullah Azzzam telah
menubuhkan Service Office di Afghanistan untuk menguruskan kemasukan Foreign Jihadists
ke Afghanistan. Abdullah menggunakan naratif yang sangat menarik kepada bakal Mujahidin
bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk berjihad melindungi negara
Islam (Islamic Territory) yang pada ketika itu merujuk kepada Afghanistan. Beliau juga telah
mengeluarkan Fatwa bahawa hukum berjihad di Afghanistan adalah Fardhu Ain kepada umat
TERHAD
4
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Islam. Naratif Abdullah Azzam ini dilihat berjaya menarik minat gerakan Mujahidin dengan
kemasukan hampir 20,000 anggota pejuang asing dari pelbagai negara ke Afghanistan pada
ketika itu.
Abdullah Azzam
13. Salah seorang anggota Mujahidin yang menganggotai gerakan ini adalah pemimpin Al
Qaeda, Osama bin Laden (OBL) yang kemudiannya menjadikan Azzam sebagai mentornya.
Walau bagaimanapun, Abdullah Azzam telah terbunuh bersama dengan dua anak lelakinya
dalam serangan bom pada bulan November 1989. Meskipun begitu, legasinya telah
diteruskan oleh Osama dengan pembentukan kumpulan Al Qaeda (The Base). Pada masa
yang sama, Osama juga memiliki dokumen Abdullah Azzam yang mengandungi senarai
nama-nama pejuang asing.
Osama bin Laden
14. Dalam konteks Malaysia, beberapa rakyat negara ini pernah menjadi alumni
Mujahidin semasa era Afghanistan ini. Sebagai contoh, Nasir Abbas, Zainon Ismail, Samsul
Bahri dan Rafi Udin serta bekas-bekas Mujahid yang pernah ke Afghanistan.
Dari kiri: Nasir Abbas, Zainon Ismail dan Rafi Udin
TERHAD
5
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Pasca Perang Afghanistan
15. Perang Afghanistan tamat pada bulan Februari 1989 dengan pengunduran Tentera
Soviet Union. Sebahagian besar Mujahidin yang terlibat telah kembali ke tanah air masing-
masing. Sebahagian lagi tinggal di Afghanistan dan Pakistan untuk meneruskan latihan
militan. Pejuang-pejuang yang telah pulang ke negara asal kebanyakannya menubuhkan
kumpulan-kumpulan tertentu untuk menyambung perjuangan jihad dan menyebarkan
ideologi radikal kepada masyarakat tempatan. Ini termasuk Abdurrajak Janjalani iaitu
pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf (KAS) dan Zainon Ismail @ Cikgu Nan, pemimpin
Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
Konflik Di Bosnia
16. Berakhirnya Perang Dingin pada tahun 1991 telah menyaksikan konflik baharu
muncul di negara-negara Balkan (situasi di negara-negara bekas Yugoslavia seperti Bosnia,
Croatia dan Serbia menjadi sangat kritikal). Situasi bertambah kompleks dengan kehadiran
gerakan Mujahidin untuk menyambung perjuangan yang dianggap jihad ke atas pihak yang
menindas masyarakat Islam khususnya di Bosnia Herzegovina.
17. Perbalahan antara masyarakat Islam dengan masyarakat Kristian Serbia telah
mencetuskan Perang Saudara di negara tersebut pada tahun 1992. Sekaligus, keadaan ini telah
menarik perhatian Mujahidin dari Afghanistan dan Eropah. Kemasukan gerakan ini ke Bosnia
pada awalnya adalah atas tujuan bantuan kemanusiaan yang kemudiannya diambil peluang
untuk melancarkan jihad. Salah sebuah gerakan Mujahidin yang beroperasi di Bosnia adalah
gerakan El Mudžahid Battalion. Gerakan El Mudžahid Battalion juga dianggotai oleh
pejuang-pejuang dari Peshawar.
El Mudžahid Battalion
TERHAD
6
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
18. Pengaruh Abdullah Azzam juga memberi kesan kepada gerakan pejuang asing ini.
Dalam tempoh tahun 1992 hingga 1995, Bosnia Herzegovina telah menerima kemasukan
sebanyak 2,000 anggota Mujahidin yang mana majoritinya adalah dari negara-negara Balkan.
Sebahagian besar pejuang-pejuang ini pernah menjalani latihan di kem-kem tajaan Al Qaeda
di Afghanistan.
19. Gerakan ini juga mendorong kepada penyertaan sekelompok pejuang asing dari
Eropah dan negara-negara lain seperti Turki, Iran, Jordan, Syria, Indonesia dan Malaysia. Naratif
penindasan masyarakat Islam di Bosnia telah dijadikan tarikan utama untuk menarik tumpuan
Mujahidin. Gerakan Mujahidin beroperasi di Bosnia sehingga tahun 1995 sebelum berundur
keluar. Pengunduran sebahagian daripadanya juga menyumbang kepada keanggotaan
kumpulan Al-Qaeda. Mujahidin yang simpati akan berundur dari sesebuah negara/wilayah
setelah konflik berakhir dan keadaan inilah yang membezakan mereka dengan FTF.
KEMARAAN FTF DALAM GERAKAN MUJAHIDIN
20. Gerakan Mujahidin sebelum ini lebih bercorak kepada perjuangan menentang pihak-
pihak yang menindas masyarakat Islam dan cubaan menjajah negara sepertimana Afghanistan
dan Bosnia. Corak serangan lebih kepada mensasarkan pihak musuh ataupun tentera musuh
(legitimate target).
21. Namun begitu, sebahagian daripada Mujahidin ini tidak sepenuhnya memperjuangkan
perjuangan asal. Peluang ini telah diambil oleh rangkaian kumpulan pengganas dan FTF
untuk mengeksport ideologi radikal dan memperkembangkan rangkaian serta aktiviti
keganasan ke negara-negara sasaran.
22. Situasi ini mempunyai persamaan dengan operasi organisasi Al Qaeda yang cuba
memperluaskan pengaruhnya di Bosnia ketika konflik etnik meletus di negara berkenaan.
Untuk tujuan tersebut, seorang komander dan anggota kanan Osama iaitu Sheikh Abu Abdel
Aziz Barbaros telah dihantar ke Bosnia dengan anggota-anggota Al Qaeda yang lain dan
merancang untuk mendirikan kem Al Qaeda di negara tersebut. Tujuan rancangan ini adalah
untuk memenuhi keperluan logistik Al Qaeda dalam melancarkan serangan ke atas barat
khususnya pengaruh AS di Eropah Timur. Seorang lagi anggota FTF Al Qaeda yang turut
menyertai Perang Bosnia ke atas Serb ialah Ali Hammad. Anggota ini telah direkrut oleh Al
Qaeda di Bahrain.
TERHAD
7
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Anggota Al-Qaeda: Sheikh Abu Abdel Aziz Barbaros dan Ali Hammad
AD DAWLAH AL ISLAMIYA FIL IRAQ WA ASH SHAM (DAESH) @ ISLAMIC
STATE OF IRAQ AND SYRIA (ISIS)
23. Pembentukan militan ISIS @ Daesh di bawah pimpinan Abu Bakr Al Baghdadi pada
tahun 2014 adalah hasil produk perang saudara antara penganut Sunni dan Syiah di Iraq dan
insiden Arab Spring di Asia Barat. Gerakan FTF militan Daesh dilihat lebih unik dan drastik
berbanding sebelumnya dengan mengambilkira pelbagai faktor.
24. Di awal kejayaan Daesh, dianggarkan sebanyak 25,000 hingga 30,000 anggota Daesh
daripada lebih 80 buah negara adalah terdiri daripada anggota militan asing. Anggaran ini
telah mencatatkan penyertaan tertinggi FTF berbanding dengan gerakan-gerakan Mujahidin
dalam konflik sebelum ini. Sebahagiannya adalah daripada kelompok seperti berikut:
a. Tunisia – 3000 anggota.
b. Arab Saudi – 2500 anggota.
c. Morocco– 1500 anggota.
d. Lubnan – 900 anggota.
e. Rusia – 1500 anggota.
f. Uzbekistan – 500 anggota.
g. Turkmenistan – 36 anggota.
h. Kazakhstan – 25 anggota.
i. Eropah – 4000 anggota.
j. AS/Australia/New Zealand – 500 anggota.
k. Asia Tenggara – 1000 anggota.
25. Pada tahun 2005 – 2010, Al Qaeda mempunyai pengikut seramai 5000 anggota di
Timur Tengah tetapi mereka tidak berjaya menarik FTF sebagaimana yang dilakukan oleh
Daesh. Dalam masa 4 tahun (tempoh 2014 – 2017), lebih 30,000 militan asing berada di Iraq
dan Syria. Naratif yang membezakan di antara Mujahidin dan FTF ialah konsep Khilafah
Islamiyah seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
TERHAD
8
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
FTF Daesh
26. FTF ini tidak hanya berhijrah ke Syria dan Iraq semata-mata untuk menjadi warga
Khilafah Islamiyah tetapi turut menyertai perang ke atas musuh Daesh sehingga
sebahagiannya mendapat jolokan kelompok yang paling ekstrem dan ganas berbanding Daesh
dari Syria dan Iraq. Mereka dilihat lebih agresif dan kejam dalam melakukan keganasan ke
atas tahanan dan tebusan Daesh khususnya dalam menghukum Tentera Syria dan Iraq.
Serangan bunuh diri di Syria dan Iraq juga kebanyakannya dilakukan oleh FTF Eropah.
FTF Daesh yang melancarkan pembunuhan kejam dan brutal ke atas tebusan
FTF Malaysia: Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, Zainuri Kamarudin, Rafi Udin dan Koperal Zahar
TERHAD
9
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
FAKTOR-FAKTOR MENDORONG GERAKAN FTF DAESH
27. FTF dalam gerakan militan ke Syria dan Iraq terdiri daripada pelbagai latar belakang
termasuk golongan mualaf (individu yang baru memeluk Islam). Antara faktor penyumbang
kepada gerakan ini adalah seperti berikut:
a. Isolasi. Faktor ini dilihat sebagai push factor penyertaan FTF dari Eropah
khususnya dalam kalangan imigran dari Asia Barat, Afrika, Asia Selatan dan Eropah
Timur. Perasaan isolasi ini berlaku apabila individu berkenaan sering terasa tersisih
daripada masyarakat tempatan disebabkan perbezaan budaya dan sentimen anti-
imigran oleh Eropah. FTF beranggapan bahawa migrasi ke Syria, Iraq ataupun ke
lokasi-lokasi kekuasaan Daesh akan membantu mereka dari aspek pengisian jiwa,
nilai kekitaan dan semangat Muslim Brotherhood.
b. Naratif Penindasan. Naratif penindasan golongan Sunni di Syria dan Iraq
menjadi propaganda yang sering dimainkan oleh rangkaian militan Daesh. Daesh
menyatakan bahawa mereka adalah pelindung golongan Sunni yang mendorong FTF
untuk migrasi ke kedua-dua negara tersebut.
c. Pengaruh Media Sosial. Media sosial amat membantu dalam mempengaruhi
gerakan FTF. Ia telah menyebelahi Daesh dari pelbagai sudut sehingga berjaya menarik
tumpuan lebih 20,000 pejuang asing ke Syria dan Iraq dalam usaha untuk mewujudkan
sebuah Khilafah Islamiyah. Antara saluran media yang digunapakai oleh FTF untuk
berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain adalah Facebook, Youtube, Twitter,
JustPaste, Instagram, Tumblr, Telegram, WeChat, Whatsapp, Periscope, Snapchat,
Viber, blog, Skype, website (ISIS.com, alQaeda.org).
d. Insentif. Insentif yang ditawarkan kepada FTF adalah dalam bentuk kewangan
seperti elaun dan upah. Insentif-insentif lain termasuklah pemberian senjata api serta
bahan letupan secara percuma. Di Syria dan Iraq, ada dalam kalangan FTF yang
ditawarkan bekerja di sektor-sektor tertentu seperti di restoran, rumah sakit, pengawal
keselamatan dan lain-lain.
e. Kehidupan Yang Baik. FTF juga dimomokkan dengan kehidupan yang
sempurna setelah penubuhan Khilafah Islamiyah di Syria dan Iraq yang mana
menjanjikan kehidupan yang lebih Islamik dan harmoni. Dari aspek ini, media Daesh
bertanggungjawab dalam menyebarkan propaganda menarik mengenai Khilafah
Islamiyah agar memberi persepsi positif kepada FTF. Di sini, terselit kononnya
elemen romantis dan perikemanusiaan dalam kalangan masyarakat yang dipimpin
Daesh.
TERHAD
10
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Fenomena FTF Di Asia Tenggara
28. FTF di Asia Tenggara juga bukanlah satu isu baharu. Kehadiran FTF di rantau ini
telah wujud hasil pembawaan pengaruh Al Qaeda ke atas kumpulan-kumpulan pengganas
tempatan. Tumpuan FTF di rantau ini bermula dengan kemunculan seorang anggota
pengganas Al Qaeda yang dikenali sebagai Ramzi Yousef, (warganegara Pakistan) di
Filipina. Ramzi merupakan anggota Al Qaeda yang terlatih dalam pembuatan bahan letupan
sejak mengikuti latihan militan di Afghanistan pada awal 1990'an. Ramzi mempunyai
pertalian dengan KAS dan tujuannya ke Filipina adalah berhasrat untuk mengembangkan
modus operandi Al Qaeda di Asia Tenggara. Ramzi berperanan sebagai pakar bom kepada
KAS. Pada masa yang sama, KAS juga menerima sumber dana daripada Al Qaeda.
Ramzi Yousef
29. Pada ketika ini, ancaman FTF di Asia Tenggara tidak sahaja melibatkan FTF dari Asia
Barat mahupun Asia Selatan. Ancaman ini telah dipelbagaikan dengan kehadiran FTF dari
negara-negara lain termasuk dari China atas pengaruh militan Daesh. Dalam tempoh tahun
2015 dan 2016, lima anggota pengganas daripada etnik Uighur telah dikesan berada di
Sulawesi, Indonesia untuk menjalani latihan militan dengan kumpulan Mujahidin Indonesia
Timur (MIT). Terdapat juga beberapa siri tangkapan ke atas suspek pengganas Uighur di
Indonesia yang dipercayai cuba merancang serangan bunuh diri.
Pengganas Uighur di Indonesia
TERHAD
11
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
30. Ancaman FTF di rantau ini menjadi tumpuan khusus semasa insiden keganasan di
Marawi, Selatan Mindanao yang tercetus pada 23 Mei 17. Dianggarkan bahawa 89 anggota
FTF terlibat dalam insiden ini termasuk dari Indonesia, Malaysia, Bangladesh, Cechnya,
Arab Saudi, India dan Pakistan. Insiden ini berakhir pada 25 Okt 17 setelah Pasukan
Keselamatan Filipina menawan kembali Marawi daripada rangkaian militan Daesh Filipina
iaitu kumpulan Maute dan KAS. Susulan insiden ini, beberapa tangkapan telah dibuat ke atas
FTF dari Indonesia, Mesir, Sepanyol dan warganegara asing yang lain kerana dikatakan
mempunyai pertalian dengan rangkaian Daesh Filipina. Kebanyakan yang ditangkap
mempunyai kaitan dengan pembuatan bahan bom buatan sendiri dan aktiviti merekrut
anggota baharu pengganas. FTF dari Malaysia telah dikaitkan dengan aktiviti penyaluran
dana dan penyebaran ideologi Daesh. Anggota-anggota FTF ini termasuk Dr Mahmud
Ahmad, Muhammad Joraimee Awang Raimee, Najib Hussein, Amin Baco dan Gaddafi.
Kehadiran FTF di Marawi adalah untuk menubuhkan sebuah Khilafah Islamiyah di wilayah
tersebut. Sekali lagi, fenomena ini membezakan Mujahidin dengan FTF kerana umat Islam di
Marawi bukanlah golongan tertindas.
Bukti penyertaan FTF termasuk anggota militan Malaysia di Marawi
31. Fenomena FTF turut melanda di Malaysia. Sejak bulan Februari 2013 hingga Jun
2018, kira-kira lebih daripada 100 suspek pengganas asing telah ditahan. Ini termasuk suspek
rangkaian Daesh, Fetullah Terrorist Organisation (FETO), Jamaatul Mujahideen, KAS, Al
Qaeda dan Jemaah Anshorut Daulah (JAD). Mereka disyaki terlibat dalam kesalahan
imigresen, cubaan melancarkan serangan di dalam dan luar negara, menyalurkan sumber
dana kepada kumpulan pengganas, merekrut rakyat tempatan dan asing untuk manfaat
rangkaian pengganas, mencari perlindungan di dalam negara dan menyebarkan ideologi
pengganas. Sebahagiannya telah diusir pulang ke negara asal melalui kerjasama antara
PDRM dengan Jabatan Imigresen Malaysia.
TERHAD
12
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
FTF yang ditangkap di Malaysia
TERHAD
13

ANALISA FENOMENA FTF DAN IMPLIKASI TERHADAP KESELAMATAN
SESEBUAH NEGARA
32. FTF bergerak secara transnasional dan ancamannya adalah pelbagai. Analisa-analisa
yang memperlihatkan implikasi keselamatan ancaman FTF adalah seperti berikut:
a. Pembawaan Ideologi Songsang FTF. Bagi ancaman FTF rangkaian Daesh,
FTF aktif mempengaruhi pengikut-pengikut dengan doktrin Negara Islam-Khalifah,
Salafi Takfiri, jihad dan mati syahid. Naratif dan hadis akhir zaman juga akan terus
digunakan untuk memanipulasi serta memerangkap Muslim seluruh dunia untuk
menyokong ataupun berhijrah ke Asia Barat dalam tempoh mendatang. Kekalahan
militan Daesh di Syria dan Iraq tidak mematahkan semangat FTF untuk terus
menyambung perjuangan di tempat lain memandangkan masih berpegang teguh
dengan ideologi radikal ekstremis yang sukar ditinggalkan. Situasi ini akan terus
berulang dengan kewujudan kumpulan-kumpulan baharu selepas kejatuhan Daesh dan
Al Qaeda kelak. FTF tidak berkongsi ideologi dengan golongan Mujahidin yang
ikhlas berjuang untuk mempertahankan maruah dan nasib umat Islam yang tertindas.
Sebaliknya, FTF hanya berhasrat untuk mencapai objektif dan matlamat politik
pemimpin masing-masing dengan adanya pemberian insentif, di samping
menyalahgunakan agama dan semangat nasionalisme untuk menarik pengikut yang
ramai.
b. Ancaman Returnees. Fenomena ini berlaku ketika tamatnya sesuatu perang
yang melibatkan penyertaan FTF di negara-negara konflik. FTF ini berpotensi samada
menetap di negara konflik untuk meneruskan perjuangan, melarikan diri ke negara
lain ataupun cubaan memasuki sesebuah negara secara haram. Adalah
membimbangkan sekiranya FTF ini berupaya memasuki sesebuah negara tanpa
pemantauan rapi disebabkan kelemahan aspek kawalan keselamatan. FTF yang pernah
menyertai perang ataupun pertempuran di zon konflik tidak mustahil akan melakukan
cubaan serangan sebagai respon kesinambungan jihad yang masih dipegang. Cubaan
ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk menggunakan penduduk tempatan
yang telah terpengaruh dengan propaganda pengganas. FTF yang terlatih dilihat lebih
berbahaya kerana mempunyai kepakaran dalam melancarkan serangan di luar
jangkaan. Dicatatkan bahawa lebih daripada 5600 FTF Daesh telah kembali ke tanah
air masing-masing dan ada juga yang melarikan diri ke negara lain untuk tujuan
mencari perlindungan.
c. Pusat Transit FTF. FTF cuba mengambil kesempatan ke atas dasar
keterbukaan sesebuah negara untuk menjalankan modus operandi mereka.
Kebiasaannya, FTF akan menjalankan aktiviti penyeludupan senjata api sama ada
membawa masuk senjata api ke negara sasaran ataupun membawa keluar senjata api
TERHAD
14
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
ke destinasi lain untuk manfaat mereka. Selain itu, antara aktiviti lain yang sinonim
adalah mencari perlindungan di sesebuah negara untuk mengelak daripada ditangkap
oleh pihak berkuasa dari negara asal. Seterusnya, FTF juga berupaya menjadikan
sesebuah negara sebagai tempat pertemuan untuk aktiviti keganasan lain termasuk
rancangan mengkoordinasikan serangan samada di negara FTF itu sendiri ataupun di
tempat-tempat lain. FTF yang bekerja di sesebuah negara asing juga mengambil
peluang yang ada untuk menyalurkan sumbangan dana kepada organisasi induk di
luar negara.
d. Jenayah Transnasional. FTF mengambil kesempatan atas jalinan kerjasama
dengan kunpulan jenayah ataupun sindiket jenayah transnasional untuk aktiviti
keganasan. Kerjasama yang terjalin merangkumi perolehan dokumen perjalanan
palsu, penggubahan wang haram, penyeludupan senjata api, senjata bio-kimia, dadah
dan bahan letupan. FTF juga boleh membeli senjata ataupun bahan terlarang tersebut
melalui aplikasi Dark Web secara rahsia. FTF juga menggunakan kerjasama ini untuk
membeli dokumen perjalanan palsu memandangkan ada dalam kalangan FTF sebelum
ini telah menghapuskan dokumen tersebut sebagai tanda kesetiaan kepada penubuhan
Khilafah Islamiyah di Syria dan Iraq. FTF juga berpotensi tinggi terlibat dalam
aktiviti-aktiviti jenayah lain khususnya dalam aktiviti penculikan dan tebusan, peras
ugut, hacking dan sebagainya bertujuan untuk mendapatkan sumber dana untuk
kelangsungan modus operandi.
Upacara pembakaran dokumen perjalanan oleh FTF Daesh
e. Mewujudkan sel-sel kecil. FTF berperanan menjadi anggota sokongan
kepada sesuatu organisasi pengganas sepertimana rangkaian FTF Al Qaeda dan
Daesh. Dengan memiliki pengalaman dan kepakaran dalam melakukan keganasan
boleh mendorong mereka untuk mewujudkan sel-sel kecil pengganas untuk beroperasi
secara proksi secara tidak langsung bagi pihak FTF di sesebuah tempat ataupun di
negara-negara tertentu. Pada ketika ini, FTF Daesh dilihat aktif dalam aspek ini yang
mana banyak sel-sel kecil telah diwujudkan di pelbagai negara termasuk di Perancis,
Jerman, United Kingdom, Malaysia dan Indonesia. Rangkaian FTF ini berupaya
melancarkan serangan-serangan berskala kecil tetapi berimpak tinggi seperti serangan
tembakan rambang, serangan menggunakan senjata tajam, serangan bom, Vehicle
TERHAD
15
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Borne Improvised Explosive Device (VBIED), serangan rempuhan dengan kenderaan
berat ke atas orang awam dan pihak berkuasa. Motif serangan adalah tindakan
menyokong perjuangan pengganas/Daesh. FTF juga menggalakkan pengikutnya untuk
melancarkan serangan di tanah air sendiri sekiranya dihalang ke Syria dan Iraq.
f. Pengaruhi organisasi politik tempatan. Rangkaian FTF juga berpotensi
mempengaruhi organisasi politik tempatan samada ia bersifat Islamik Fundamentalis
mahupun Nasionalis-Sosialis. Dengan berpegang kepada ideologi keras dan
konservatif, FTF boleh berfungsi sebagai satu gerakan yang menyuntik semangat
jihad dan nasionalisme dalam pengisian manifesto sesuatu organisasi politik. Mereka
juga berupaya menyelitkan unsur-unsur provokatif dan sentimen anti-Kerajaan, anti-
demokrasi serta anti-Barat dengan konotatif berbaur radikal ekstremis untuk tujuan
meraih sokongan para penyokong. Sentimen-sentimen keras FTF ini kelak berupaya
menyebabkan perbalahan pendapat dan ketidaksefahaman yang sekaligus
mencetuskan ketegangan kaum dan agama serta menjejaskan perpaduan di sesebuah
negara. Peluang ini akan digunakan oleh gerakan FTF untuk mengambil tindakan
keganasan ke atas pihak penentang.
g. FTF dan Media Sosial. Media sosial adalah medium interaktif dan berkesan
dalam perbincangan awam secara alam maya. Oleh itu, jaringan media sosial dan
Internet amat penting kepada gerakan FTF untuk pelbagai tujuan khususnya dalam
melakukan aktiviti keganasan. Antaranya seperti penyebaran naratif dan propaganda
pengganas, menghubungkan rangkaian/network, pembiayaan dana, latihan keganasan,
perancangan serangan, penggodaman dan data mining. Pada tahun 2017, seorang
anggota pengganas Filipina iaitu Karen Aisha Al Muslimah telah ditangkap kerana
aktiviti merekrut FTF dari luar Filipina melalui WhatsApp, Facebook dan Telegram.
Wanita ini juga berjaya merekrut seorang lelaki India bernama Mohammed Naseer
yang telah diusir pulang dari Sudan pada tahun 2015 atas cubaan memasuki Syria
untuk menyertai Daesh. Justeru, usaha menyekat dan membendung penularan
propaganda FTF di media sosial wajar dipertingkatkan memandangkan FTF
mempunyai pakar siber yang licik dan berkebolehan dalam mengendalikan teknologi
ini.
Karen Aisha Al Muslimah
TERHAD
16
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
h. Perluasan Pengaruh. FTF yang kembali dari zon-zon konflik tidak akan
berhenti melakukan keganasan disebabkan semangat perjuangan dan perang yang
masih tertanam di dalam diri mereka. Justeru, FTF akan mengambil peluang
untuk meneruskan aktiviti perluasan kuasa dengan mensasarkan daerah, wilayah
ataupun lokasi yang mundur dan lemah dari segi perundangan anti-keganasan
untuk bertapak dan beroperasi. Pada ketika ini, operasi FTF sedang tertumpu di
Selatan Filipina, utara Afrika, Afghanistan, Yaman, Pakistan dan India.
PENUTUP
33. Gerakan FTF berkembang selaras dengan perkembangan situasi semasa dan terus
berevolusi untuk kepentingan organisasi induk kumpulan pengganas serta rangkaiannya.
Dengan pelbagai faktor yang menyumbang kepada keberkesanan gerakan ini dalam
melaksanakan operasi dan memperluaskan pengaruh serta modus operandi, aktiviti FTF akan
terus wujud dan memberi ancaman kepada keselamatan global.
34. FTF tidak mudah dipatahkan selagi mereka mendapat sokongan daripada pengikut
dan sympathizer yang bersimpati dengan perjuangan serta matlamat keganasan FTF. FTF
juga menyumbang kepada ancaman-ancaman baharu keganasan yang lain bergantung kepada
kepakaran dan pengetahuan anggota serta jaringan organisasi FTF itu sendiri. Setiap
anggotanya yang cedera, ditangkap dan terbunuh akan digantikan dengan anggota baharu
bagi memperkukuhkan dan mengekalkan kewujudan sesuatu kumpulan pengganas.
35. Pada ketika, FTF Daesh masih memberi ancaman yang membimbangkan di
kebanyakan negara yang mana kebimbangan ini lebih tertumpu kepada rangkaian kecil Daesh
di luar Syria dan Iraq yang terus melancarkan serangan keganasan sehingga mengakibatkan
kecederaan dan kematian tinggi dalam kalangan orang awam. Meskipun Daesh di Syria dan
Iraq telah lumpuh, FTF Daesh masih lagi meneruskan operasi keganasan melalui ruangan
siber. Naratif melancarkan serangan di luar Syria dan Iraq akan terus dimainkan oleh FTF
untuk tujuan publisiti dan menakutkan pihak musuh walaupun pada hakikatnya, mereka
berada dalam tekanan disebabkan perlaksanaan kempen anti keganasan oleh pihak berkuasa
ke atas mereka. Justeru, tumpuan menangani tidak hanya kepada FTF Daesh tetapi perlu
mengambilkira jaringan FTF kumpulan lain yang berlainan ideologi dengan Daesh. Antara
kumpulan pengganas yang berpotensi melakukan aktiviti keganasan dengan menggunakan
jaringan proksi seumpama FTF ialah kumpulan Liberation of Tamil Eelam (LTTE) di Sri
Lanka , Khalistan Tiger Force (KTF) di India, Kurdish People’s Protection Units (YPG) di
Syria dan sebagainya yang beroperasi melalui gerakan penyokong berdasarkan diaspora etnik
dan ideologi nasionalisme.
Disediakan oleh: Lailatul Afizdha binti Arip, Peg Sel Analisa Cwg Anti Keganasan.