festival sains dan teknologi peringkat · pdf fileborang pendaftaran ada di laman web ......

14
1 FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2015 Festival ini akan diadakan pada jam 7.30 pagi (pendaftaran) di 2 lokasi iaitu di : a. SMK Kompleks Sultan Abu Bakar (9 Mei 2015) - Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket - Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah - Pertandingan “Solar Car Race” - Pertandingan “Solar Boat Race” - Pertandingan “Portable Cooking With Nature” - Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan (Kumpulan / Individu) - Pertandingan Science Show b. SK Taman Universiti 2 (9 Mei 2015) - Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah - Pertandingan Bercerita Sains (Tahap 1 - tahun3 shj) Bahasa Inggeris - Pertandingan Eureka Reee Beach House Oleh itu, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam festival ini diminta berada di lokasi yang betul selewat-lewatnya 30 minit sebelum pertandingan-pertandingan dimulakan untuk sesi pendaftaran. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja untuk pertandingan yang akan mereka sertai. Pastikan umur peserta dan bilangan peserta mematuhi syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Setiap peserta mestilah memakai pakaian uniform lengkap sekolah. Untuk makluman semua sekolah, Pertandingan Amali Sains akan diadakan untuk kategori Menengah Rendah sahaja. Oleh itu, sekolah-sekolah yang telah memilih Pertandingan Amali Sains Menengah Atas akan dimasukkan ke dalam kategori Pertandingan Amali Sains Menengah Rendah. Terdapat beberapa perubahan dalam peraturan bagi beberapa pertandingan. Oleh itu, semua sekolah dikehendaki memastikan peraturan baru dipatuhi. Borang pendaftaran ada di laman web berikut : http://ppdjb.edu.my/jbdat/fst/index.php. Pihak sekolah dikehendaki mengisi borang-borang tersebut mengikut pertandingan yang akan disertai dan memastikan borang-borang tersebut disahkan oleh pihak Pengetua / Guru Besar sekolah masing-masing dan bawa pada hari pertandingan. Mohon kerjasama pihak sekolah menguruskan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk menjalankan aktiviti diluar kawasan sekolah. Guru pengiring diminta memastikan keselamatan pelajar semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Kerjasama dari semua pihak dipohon untuk menjayakan festival ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor Bahru 2015 mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan majlis ini.

Upload: nguyendieu

Post on 03-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

1

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2015 Festival ini akan diadakan pada jam 7.30 pagi (pendaftaran) di 2 lokasi iaitu di :

a. SMK Kompleks Sultan Abu Bakar (9 Mei 2015) - Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket - Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah - Pertandingan “Solar Car Race” - Pertandingan “Solar Boat Race” - Pertandingan “Portable Cooking With Nature” - Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan (Kumpulan / Individu) - Pertandingan Science Show b. SK Taman Universiti 2 (9 Mei 2015) - Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah - Pertandingan Bercerita Sains (Tahap 1 - tahun3 shj) Bahasa Inggeris - Pertandingan Eureka Reee Beach House Oleh itu, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam festival ini diminta berada di lokasi yang betul selewat-lewatnya 30 minit sebelum pertandingan-pertandingan dimulakan untuk sesi pendaftaran. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja untuk pertandingan yang akan mereka sertai. Pastikan umur peserta dan bilangan peserta mematuhi syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Setiap peserta mestilah memakai pakaian uniform lengkap sekolah. Untuk makluman semua sekolah, Pertandingan Amali Sains akan diadakan untuk kategori Menengah Rendah sahaja. Oleh itu, sekolah-sekolah yang telah memilih Pertandingan Amali Sains Menengah Atas akan dimasukkan ke dalam kategori Pertandingan Amali Sains Menengah Rendah. Terdapat beberapa perubahan dalam peraturan bagi beberapa pertandingan. Oleh itu, semua sekolah dikehendaki memastikan peraturan baru dipatuhi. Borang pendaftaran ada di laman web berikut : http://ppdjb.edu.my/jbdat/fst/index.php. Pihak sekolah dikehendaki mengisi borang-borang tersebut mengikut pertandingan yang akan disertai dan memastikan borang-borang tersebut disahkan oleh pihak Pengetua / Guru Besar sekolah masing-masing dan bawa pada hari pertandingan. Mohon kerjasama pihak sekolah menguruskan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk menjalankan aktiviti diluar kawasan sekolah. Guru pengiring diminta memastikan keselamatan pelajar semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Kerjasama dari semua pihak dipohon untuk menjayakan festival ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor Bahru 2015 mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan majlis ini.

Page 2: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

2

PERUBAHAN DALAM PERATURAN PERTANDINGAN Berikut adalah beberapa perubahan yang perlu dilakukan dalam pertandingan-pertandingan berikut. Peraturan-peraturan lain tidak mengalami sebarang perubahan dan masih mengikut syarat dan peraturan peringkat kebangsaan. Setiap pasukan diminta mematuhi peraturan-peraturan ini. 1. PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET a. Roket mestilah siap dibina oleh setiap pasukan sebelum pertandingan diadakan. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori sahaja iaitu, R2 – Sasaran Terbaik (Best Target) R3 – Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)

b. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan untuk pemasangan roket untuk pertandingan ini. Penggunaan botol berjenama kickkapoo, 7up dan pepsi tidak dibenarkan digunakan semasa pertandingan.

2. PERTANDINGAN “SOLAR CAR RACE” a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu : i. Persembahan Multimedia (10 minit) ii. Pertandingan Kelajuan

b. Kereta solar perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk pemasangan kereta untuk pertandingan ini dan sekolah perlu membawa laptop masing-masing ke tempat pertandingan.

3. PERTANDINGAN “SOLAR BOAT RACE” a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu : i. Persembahan Multimedia (10 minit) ii. Pertandingan Kelajuan b. Bot solar perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk

pemasangan bot untuk pertandingan ini dan sekolah perlu membawa laptop masing-masing ke tempat pertandingan.

4. PERTANDINGAN “PORTABLE COOKING WITH NATURE” a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu : i. Persembahan Multimedia (10 minit) ii. Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam

b. Dapur solar perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk pemasangan dapur solar untuk pertandingan ini dan sekolah perlu membawa laptop masing-masing ke tempat pertandingan.

Page 3: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

3

5. PERTANDINGAN AMALI SAINS (SAINTIS MUDA) MENENGAH DAN RENDAH a. 5 stesen yang akan dipertandingan adalah di dalam makmal sahaja. b. Masa yang diperuntukkan untuk setiap stesen adalah sebanyak 10 minit sahaja.

c. Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta “Lab Coat” semasa pertandingan dijalankan

6. PERTANDINGAN EUREKA REEE BEACH HOUSE a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu : i. Persembahan Multimedia (10 minit) ii. Penghakiman model yang dibina

b. Model rumah perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan

untuk pemasangan Model Rumah untuk pertandingan ini dan sekolah perlu membawa laptop masing-masing ke tempat pertandingan.

7. PERTANDINGAN PERTUNJUKAN SAINS (SCIENCE SHOW) a. Pertandingan ini terbahagi kepada 1 peringkat sahaja, iaitu :

i. Persembahan Demostrasi (10 minit) minimum 3 demonstrasi dalam setiap persembahan

b. Semua peralatan berkaitan dengan persembahan perlulah siap dibawa sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk persembahan semasa pertandingan ini.

BILANGAN PESERTA SETIAP PASUKAN

BIL JENIS PERTANDINGAN BIL PESERTA PELAJAR

1 Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2 orang

2 Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah 2 orang

3 Pertandingan ”Solar Car Race” 3 orang

4 Pertandingan ”Solar Boat Race” 3 orang

5 Pertandingan ”Portable Cooking With Nature” 3 orang

6 Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan 3 orang

7 Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah 2 orang

8 Pertandingan EUREKA REEE Beach House 4 orang

9 Pertandingan Bercerita Sains (Tahap 1 – Tahun 3 Sahaja Bahasa Inggeris

1 orang

10 Pertandingan Science Show 3 orang

Page 4: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

4

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITION

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN : 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 . 2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dengan seorang guru pembimbing. 3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan. 4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama. 5 Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri

aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Car Competition adalah bebas. 6 Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman.

Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Car Competition, adalah tidak dibenarkan.

7 Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Car Competition tidak boleh melebihi 1 watt.

8 Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model Solar Car Competition. Jenis alat adalah bebas. 9 Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu: a) binaan badan b) chasis c) tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit) 10 Pertukaran hanya dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja. 11 Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model Solar Car Competition turut diambil kira. 12 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari

masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.

13 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu: a) Persembahan multimedia – 10 minit b) Pertandingan Kelajuan

Page 5: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

5

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SOLAR BOAT COMPETITION

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN : 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 . 2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dengan seorang guru pembimbing. 3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan. 4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama. 5 Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri

aerodinamik. 6 Saiz dan berat model Solar Boat Competition adalah bebas. Walaubagaimana pun

panjang bot tidak boleh melebihi 30 cm panjang. 7 Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman.

Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model bot, adalah tidak dibenarkan.

8 Kuasa maksima setiap rekabentuk model tidak boleh melebihi 1 watt. 9 Hanya 1 alat tambahan elektronik sahaja dibenarkan dipasang pada model bot. Jenis alat adalah bebas. 10 Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model akan diambil kira. 11 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari

masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.

12 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu: a) Pembentangan persembahan multimedia – 10 minit b) Pertandingan Kelajuan

Page 6: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

6

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PORTABLE COOKING WITH NATURE SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN : 1 Pertandingan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah rendah Tingkatan 1 hingga 3. 2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dan seorang guru pembimbing. 3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan. 4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama. 5 Peserta bebas menentukan rekabentuk, saiz atau bahan yang hendak digunakan. 6 Bekas yang direka mestilah boleh menampung isipadu air sebanyak 500ml (air). 7 Alat yang dibina haruslah berkemampuan memasak air atau makanan pejal. 8 Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja tanpa

sebarang sokongan komponen elektrik tambahan untuk meningkatkan suhu. 9 Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk persembahan Multimedia Power Point yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. 10 Persembahan perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan, kecekapan

menyerap tenaga solar, kebaikan dan sebagainya. 11 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari

masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.

12 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu: a) Persembahan multimedia – 10 minit b) Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam

Page 7: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

7

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN SAINTIS MUDA SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN :

1 Peserta pertandingan adalah daripada pelajar-pelajar: a. Sekolah Rendah - Tahun 4 - 6 b. Sekolah Menengah - Tingkatan 1 – 3

2. Soalan tugasan, jawapan atau keputusan eksperimen adalah dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

3. Setiap pasukan akan diwakili oleh 2 orang peserta. 4. Setiap kumpulan peserta adalah dari sekolah yang sama. Setiap pasukan diiringi

oleh seorang guru pembimbing. 5. Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta “Lab

Coat” semasa pertandingan dijalankan. 6. Peserta tidak dibenarkan membawa peralatan atau bahan dari luar selain

daripada peralatan dan bahan yang disediakan oleh penganjur. 7. Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang nota, buku atau apa-apa bahan

sumber ke tempat pertandingan. 8. Peserta hanya dibenarkan membawa alat tulis dan kalkulator (bukan saintifik)

sendiri. 9. Guru Pembimbing tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa

pertandingan dijalankan. 10. Setiap pasukan akan melakukan amali dalam 5 stesen secara berterusan dengan

masa 10 minit bagi stesen didalam makmal. 11. Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan amali selepas loceng penamat

dibunyikan menandakan tamat pertandingan. 12. Penilaian dibuat berdasarkan kemahiran pengendalian radas dan juga keputusan

amali mengikut stesen. 13. Keputusan hakim adalah muktamad.

Page 8: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

8

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (BAHASA INGGERIS)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

a) Pertandingan ini dibuka kepada murid sekolah rendah Tahap 1 sahaja (tahun 3 sahaja).

b) Setiap sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang guru pengiring.

c) Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja yang dibenarkan berada di pentas untuk mempersembahkan ceritanya.

d) Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah.

e) Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. f) Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urus setia pada hari pertama karnival. g) Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5

minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :- i Permulaan - 1 kali

ii Minit keempat - 1 kali

iii Minit kelima - 2 kali

Markah tidak akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan.

h) Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem pembesar suara dengan clip microphone.

i) Penggunaan komputer dan LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk membantu persembahan adalah tidak dibenarkan.

j) Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa atau dipersembahkan. Props tambahan tidak dibenarkan.

k) Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut :- i Mesej dan isi fakta sains 40%

ii Penyampaian/Persembahan 20%

iii Bahasa 20%

iv Kreativiti 15%

v Penghayatan dan penampilan 5%

l) Keputusan hakim adalah muktamad.

Page 9: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

9

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN EUREKA RE & EE BEACH HOUSE

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN : 1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 dan 5. 2 Setiap sekolah dibenarkan menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta. 3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah rendah jenis kebangsaan. 4 Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 murid perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari 1 jantina. 5 Peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing. 6 Tema projek adalah Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE) atau Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (TDKT). 7 Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House. 8 Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah di tepi pantai yang mengaplikasikan konsep-konsep Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE). 9 Model rumah perlu disiap pasang dengan LED menggunakan panel solar yang

ditempatkan di bahagian tertentu di dalam atau di luar rumah dan mestilah boleh menyala atau berfungsi dengan baik.

11 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan persembahan multimedia yang disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 12 Semasa pertandingan dijalankan, guru pembimbing dibenarkan berada berhampiran pasukannya pada jarak yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tetapi tidak dibenarkan menyentuh sebarang bahan atau alatan yang digunakan. 13 Model tersebut hendaklah berskala 1:25 atas tapak rumah di mana dimensinya adalah seperti berikut; a) Keluasan Rumah : seratus meter persegi (100 m2). b) Mempunyai kemudahan: 2 bilik tidur 1 bilik air 1 dapur 1 ruang makan 1 ruang tamu 14 Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan rupa bentuk elemen-elemen KT & TD.

Page 10: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

10

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN INOVASI SAINS DAN KEJURUTERAAN

1. TAJUK : PERTANDINGAN INOVASI SAINS DAN KEJURUTERAAN 2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN: 2.1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 dan 5. 2.2 Pertandingan adalah secara berpasukan yang terdiri daripada 3 orang peserta. 2.3 Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap. 2.4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja. 2.5 Pembentangan adalah dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. 2.6 Komputer riba, LCD perlu dibawa oleh sekolah masing-masing dan bahan-bahan lain

seperti model, carta dan lain-lain yang boleh membantu dalam pembentangan boleh dibawa.

2.7 Pihak urusetia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta. 2.8 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 3. KAEDAH PENGHAKIMAN Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut: 3.1 Isi (50%) 3.2 Kelancaran bahasa (20%) 3.3 Penyampaian (20%) 3.4 Penggunaan alat bantu pembentangan (10%)

Page 11: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

11

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SCIENCE SHOW

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 6 di seluruh Malaysia.

2. Penyertaan adalah secara 3 orang murid dan seorang guru pembimbing. 3. Persembahan dan Skrip mestilah berunsurkan sains. 4. Skrip persembahan hendaklah disediakan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

dan bersifat karya asli. Peserta tidak dibenarkan mencampuradukan kedua-dua bahasa dalam satu persembahan.

5. Jangka masa Pertunjukan Sains hendaklah tidak melebihi 10 minit. 6. Pelajar dikehendaki mempersembahkan minimum 3 demonstrasi dalam setiap persembahan. 7. Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti keagamaan, perkauman dan

politik dalam persembahan. 8. Peserta hendaklah memakai pakaian yang kemas, sopan dan bersesuaian. Pemakaian kostum

tertakluk kepada daya kreativiti masing-masing dan tidak mengganggu kelancaran persembahan.

9. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang menggunakan sumber bahan-bahan terpakai atau mengamalkan Konsep 3R.

10. Peserta tidak digalakkan menggunakan bahan yang berbahaya, mudah terbakar dan beracun. Langkah keselamatan hendaklah dititikberatkan semasa pengunaan bahan-bahan tersebut.

11. Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan pertunjukan sains yang dijalankan adalah selamat dan mematuhi syarat-syarat pertandingan.

12. Semua penyertaan hendaklah disertakan bersama borang penyertaan yang lengkap beserta skrip persembahan. Hanya penyertaan yang lengkap akan dinilai.

13. Skrip harus ditaip mengikut format berikut: i. ‘FONT’ : ARIAL ii. ‘SIZE’ : 12 iii. ‘SPACING’ : DOUBLE SPACING

14. Semua penyertaan yang dihantar adalah dianggap sebagai kepunyaan atau hak milik PPD Johor Bahru termasuk mana-mana hak milik intelektual yang berkenaan.

15. Hanya satu pasukan akan terpilih mewakili daerah ke Pertandingan Peringkat Negeri. 16. Keputusan hakim adalah muktamad.

Page 12: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

12

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET

PERATURAN UMUM

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk sekolah menengah agama bantuan kerajaan.

2. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang pelajar (berusia 12-16 tahun sahaja) dan diiringi oleh seorang guru pembimbing sahaja.

3. Pertukaran peserta dalam pasukan adalah TIDAK dibenarkan. 4. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut:

a) Kateogri R2 - Sasaran Terbaik (Best Target)

b) Kategori R3 - Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)

5. Festival Sains dan Teknologi menetapkan model roket siap bina sebelum pertandingan menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter. Penggunaan botol berjenama kickkapoo, 7up dan pepsi tidak dibenarkan digunakan semasa pertandingan.

6. Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dan sirip roket air dengan hanya menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja.

7. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja.

8. Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja.

9. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal.

10. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan. 11. Pihak urusetia tidak bertanggugjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan

oleh kecuaian peserta dan guru.

SYARAT KATEOGRI R2 - SASARAN TERBAIK (BEST TARGET)

1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air dan mengena sasaran untuk memperolehi markah maksimum.

2. Jarak sasaran, x dari tapak pelancar adalah ditetapkan 100m. Bagaimanapun, panel hakim pada hari pertandingan berhak menentukan jarak baru di antara 50m dan 100m.

3. Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh di sasaran, setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara dan sudut roket.

4. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi. 5. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat 2 kali pelancaran sahaja. 6. Jarak roket air yang jatuh dalam zon-zon sasaran akan diambil dan markah akan

ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bull’s-eye).

Page 13: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

13

7. Sekiranya roket air berpecah kepada 2 bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan) dan hanya 1 percubaan lagi dibenarkan.

8. Gambarajah berikut menunjukkan rekabentuk tapak pelancaran, zon-zon sasaran dan markah bagi setiap zon:

Petunjuk:

SYARAT KATEGORI R3 - PAYUNG TERJUN TERBAIK (BEST PARACHUTE)

1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun dan catatan masa roket di udara akan diambil.

2. Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air. Sila rujuk Komponen Utama Roket Air.

3. Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi. 4. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan

tekanan udara. 5. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi. 6. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat 2 kali pelancaran sahaja.

Zon I : 100 mata Zon III : 60 mata Zon V : 20 mata

Zon II : 80 mata Zon IV : 40 mata

7 m

9 m

5 m

3 m

Tapak Pelancar

50 m -100 m

1 m

II III IV V I

Page 14: FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT · PDF fileBorang pendaftaran ada di laman web ... Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor ... 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah

14

7. Masa akan mula diambil semasa roket air dilancarkan sehingga ianya: i. Jatuh ke permukaan Bumi; atau ii. Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau iii. Hilang dari pemerhatian para hakim; atau iv. Terbang di udara selama 15 minit*.

KOMPONEN UTAMA ROKET AIR