folio bsmm

39
FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1.0 PENGENALAN Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli tentang cara untuk menjadi seorang ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Melalui penglibatan dalam Bulan Sabit Merah Malaysia, seseorang ahli akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika cemas. Bulan Sabit Merah Malaysia berhasrat untuk melatih para ahli supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat asas dan lanjutan. Antara objektif penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah: 1. Melatih ahli supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. 2. Melatih ahli supaya mempunyai kemahiran berkaitan dengan perrkhidmatan pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat lanjutan. 3. Melahirkan lebih ramai atau jurulatih untuk pihak pasukan bantuan sukarela yang mana Bulan Sabit Merah Malaysia mampu mengembang, membentuk, memimpin dan merancang kegiatan kesukarelaan melalui aktiviti berpersatuan. Pelbagai aktiviti dijalankan dalam Bulan Sabit Merah Malaysia. Ini termasuklah latihan kawad kaki, latihan pertolongan cemas, lawatan ke hospital iaitu ke wad kecemasan, ceramah tentang punca-punca penyakit dan juga pencegahannya serta perkhemahan rekreasi. Kegiatan luar juga turut diadakan bertujuan untuk memperluaskan pandangan, pengalaman dan pengetahuan semua ahli persatuan ini. 1

Upload: meamr27

Post on 25-Dec-2015

1.954 views

Category:

Documents


109 download

TRANSCRIPT

Page 1: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran dalam

kalangan ahli tentang cara untuk menjadi seorang ahli sukarelawan yang berilmu dan

berdisiplin. Melalui penglibatan dalam Bulan Sabit Merah Malaysia, seseorang ahli akan

didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa sama ada

semasa tenang atau ketika cemas.

Bulan Sabit Merah Malaysia berhasrat untuk melatih para ahli supaya memahami

prinsip-prinsip pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat asas dan

lanjutan. Antara objektif penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah:

1. Melatih ahli supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk

kegunaan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

2. Melatih ahli supaya mempunyai kemahiran berkaitan dengan perrkhidmatan

pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat lanjutan.

3. Melahirkan lebih ramai atau jurulatih untuk pihak pasukan bantuan sukarela yang

mana Bulan Sabit Merah Malaysia mampu mengembang, membentuk,

memimpin dan merancang kegiatan kesukarelaan melalui aktiviti berpersatuan.

Pelbagai aktiviti dijalankan dalam Bulan Sabit Merah Malaysia. Ini termasuklah latihan

kawad kaki, latihan pertolongan cemas, lawatan ke hospital iaitu ke wad kecemasan, ceramah

tentang punca-punca penyakit dan juga pencegahannya serta perkhemahan rekreasi. Kegiatan

luar juga turut diadakan bertujuan untuk memperluaskan pandangan, pengalaman dan

pengetahuan semua ahli persatuan ini.

1

Page 2: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

2.0 SEJARAH

2.1 Pengasas Palang Merah

Gambar 1: Henry Dunant

Bapa Palang Merah Jean Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei, 1828 di Geneva,

Switzerland dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heidden, Zurich,

Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Beliau

seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran

Calvinisme yang kuat. Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika,

beliau menyaksikan Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini. Buku

tulisannya 'A Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan mangsa perang di

kalangan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino melibatkan tentera Perancis

menentang tentera Austria. Henry Dunant dilahirkan di Geneva, Switzerland. Bapanya

ahli perniagaan Jean-Jacques Dunant dan ibunya Antoinette Dunant-Colladon.

Keluarganya penganut Kristian aliran Calvinisme dan merupakan keluarga elit di

Geneva. Ibu bapanya merupakan aktivis sosial, banyak meluangkan masa membantu

anak-anak yatim dan anak mangsa perceraian. Ibunya bekerja di rumah sakit dan biasa

membantu mereka yang miskin. Sejak 1836 Henry Dunant sering mengikuti ibu bapanya

membuat kerja-kerja kebajikan di sebuah penjara Toulon, Switzerland. Pada 1846 Henry

Dunant melihat sendiri pemberontakan dan menyertai Persatuan Geneva untuk Alm.

Kemudian bersama rakan-rakan telah menubuhkan dan pengasas 'Thursday

Association' iaitu satu pasukan muzik untuk mengkaji kitab Bible dan membantu mereka

yang menderita. Dia melapangkan masa untuk melawat banduan di penjara dan

2

Page 3: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

pelbagai kerja sukarela lain. Pada 30 November 1852 Henry Dunant telah mengasaskan

Persatuan Pemuda Kristian (Young Men's Christian Association / YMCA) cawangan

Geneva. Tiga tahun kemudian Henry terlibat dalam mesyuarat di Perancis untuk

mengasaskan pertubuhan antarabangsa tersebut namun pada tahun yang sama Henry

Dunant tersingkir dari Kolej Calvin kerana markah peperiksaan amat rendah. Dia

kemudian bekerja dengan syarikat pengurup wang Lullin und Sautter. Syarikat-syarikat

Henry Dunant di Algeria telah bankrap seperti firma kewangan CriditGenevois akibat

satu skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah

Perdagangan Geneva kerana amalan mengelirukan. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu

beliau dipinggirkan. Henry Dunant meletakkan jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867

dan pada 8 September 1867 meletakkan jawatan dari ICRC. Sejak itu Gustave Moynier

telah menjadi Presiden dan memainkan peranan utama dalam ICRC. Pada Februari

1868 ibu Henry Dunant meninggal dunia. Pada 1868 juga Henry Dunant disingkir dari

YMCA kerana muflis. Pada 1867 Henry Dunant meninggalkan Geneva dan enggan

kembali lagi. Gustave Moynier pula merancang agar semua wang insuran tidak

diserahkan kepada Henry Dunant. Malah cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival

Paris Sedunia tidak diberi kepadanya sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier

dan Dufour agar wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar separuh

hutang-hutang Henry Dunant jika kawan-kawan Dunant membayar yang lain. Tetapi

usaha ini juga dihalang oleh Moynier. Dunant pindah ke Paris dalam keadaan papa

kedana. Namun dia tetap meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela.

Sepanjang Peperangan Perancis-Prusia (1870-1871) dia mengasaskan

Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan Bersama untuk

Tamadun dan Pemerintahan'. Dia mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan

mengadakan mahkamah antarabangsa bagi memnyelesaikan konflik-konflik

antarabangsa. Dia juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Kemudian

dia bekerja di sebuah perpustakaan. Henry Dunant masih hidup bankrap dan terhutang

akibat mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan.

Semua kawan dan lawan menjauhkan diri. Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat

Persatuan Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan Sepanyol tetapi dia

semakin dilupakan. Dia berpindah-randah dari Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan

Karlsruhe. Di Stuttgart dia bertemu dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman.

Pada 1881 dengan bantuan rakan dia kembali ke kampung halamannya di Heiden,

Geneva. Pada 1887 Henry Dunant pergi ke London dan menerima bantuan kewangan

3

Page 4: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

dari pelbagai pihak dan kembali ke Heiden Julai 1887. Pada 30 April 1892 beliau

terlantar sakit di hospital yang dipunyai oleh Dr Hermann Altherr. Di Heiden, Henry

Dunant bertemu dengan seorang guru muda bernama Wilhelm Sonderegger dan

isterinya Susanna. Rene, iaitu anak Wilhelm Sonderegger telah menerbitkan surat-surat

daripada Henry Dunant kepada bapanya Wilhelm Sonderegger. Mereka menubuhkan

cawangan Palang Merah Heiden. Pada 1890 Henry menjadi presiden kehormat dan

mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi Gustave Moynier tetap memusuhinya.

Wilhelm Sonderegger meninggal dunia pada 1904 ketika berusia 42 tahun.

Pada September 1895, George Baumberger, ketua editor Die Ostschweiz, St.

Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang Merah dan telah menemubual

Henry Dunant di Heiden. Akhirnya Henry Dunant menerima pelbagai pingat termasuk

Swiss Binet-Fendt Prize dan pingat dari Pope Leo XIII. Dia juga menerima sokongan

Tzar Rusia, Maria Feodorovna. Selepas itu sumbangan dan derma wang mencurah-

curah sejak itu kepadanya. Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan

Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Pada 1903 Heney Dunant diberi ijazah

doktor kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman dan akhirnya dia terlantar di hospital

sehingga dia meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam 10 malam. Pada akhir

hayatnya dia mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan, bangkrap, dikejar

pemungut hutang dan kritikan daripada Moynier. Dia pernah meminta jururawat

memeriksa makanan sama ada telah diracun atau tidak. Walaupun masih Kristian, dia

beralih kepada Calvinisme dan merancang agama umum. Ironinya, Henry Dunant dan

Gustave Moynier tidak pernah berdamai. Henry Dunant dikebumikan tanpa sebarang

upacara di perkuburan Sihlfeld, Zurich, Switzerland.

Dalam wasiatnya, dia mahu mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan

Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway dan Switzerland. Dia juga mahu wang dibayar

kepada pemiutang-pemiutang. Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit

Merah/ Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry

Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata

dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh

ICRC kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry

Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.

2.2 Sejarah Penubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa

4

Page 5: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Gambar 2: Lambang Bulan Sabit Merah dan Palang Merah

Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia lebih dikenali sebagai Palang

Merah. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei

1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai Bapa Palang Merah. Idea

menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan

pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada

perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan

penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas

kepada mangsa yang cedera. Inisiatif Henry Dunant ialah:

i. Membantu tentera yang cedera dan sakit.

ii. Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa

peperangan.

iii. Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital sementara.

iv. Meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan cemas tanpa

mengira agama dan negara tentera terbabit .

v. Menggunakan kempen dan slogan 'Tuttifratelli' (Kitakan bersaudara). Slogan

ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglione delle Stiviere.

vi. Membantu membebaskan beberapa doktor dari pasukan Austria yang telah

ditawan oleh Perancis.

5

Page 6: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah menerbitkan buku bertajuk

"Kenangan Di Solferino". Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah

bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kira tentera,

tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat. Buku ini berjaya menyedarkan

ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan

Henry Dunant, iaitu:

i. Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan

orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.

ii. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-

mana pasukan hendaklah dibantu.

1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim kepada

ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah dengan cadangan

utamanya, “Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi membantu tentera yang

cedera”. Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undang-undang

Gustave Moynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama dalam mesyuarat

Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare) pada 9 Februari

1963. Mereka mengkaji cadangan Dunant dan mencadangkan lima ahli jawatankuasa

khas dan Henry Dunant salah seorang daripadanya. Ahli lain ialah GustaveMoynier,

Ketua tentera Switzerland Jeneral Henri Dufour, Doktor Louis Appia dan Theodore

Maunoir. Mesyuarat pertama mereka pada 17 Februari 1863 dan tarikh ini dianggap

sebagai tarikh penubuhan Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC). Pada

mulanya kelima-lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana berbeza visi,

perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant terlalu idealis. Henry

Dunant meneruskan pengembaraan dan terus dengan idea-ideanya iaitu 'organisasi

sukarela'.

Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil bahagian dalam mesyuarat di

Geneva bagi membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera semasa peperangan'.

Peranan Henry Dunant cuba diperkecilkan oleh Gustave Moynier. Pada 1864 Parlimen

Switzerland telah mengatur pertemuan diplomatik dari 12 negara bagi menandatangani

Konvensyen Geneva. Hasilnya pada 1864 Persatuan Palang Merah Antarabangsa

6

Page 7: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

(ICRC) ditubuhkan tanpa kehadiran beliau sendiri. Konvensyen Geneva 1964 juga

berdasarkan cadangan Henry Dunant dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa

ini. Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan

Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera dikenali sebagai

Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka

akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu Palang Merah yang berlatarkan warna

putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang

ada persamaan dengan bendera negara tersebut. Pada tahun 1876, ketika berperang

dengan Rusia, Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah

tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam. Pada mulanya Jawatankuasa

Antarabangsa Palang Merah tidak bersetuju dengan tindakan turki dan mendakwa

Palang Merah tidak ada kaitan dengan agama Kristian. Akhirnya pada tahun 1929,

Persindangan Palang Merah Antarabangsa mengiktiraf lambang Bulan Sabit Merah

yang diguna pakai.

2.3 Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia

Gambar 3: Logo Bulan Sabit Merah Malaysia

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang

ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957

dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Persatuan Bulan Sabit

Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan

Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak

cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950

dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di

7

Page 8: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah

Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa

pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, suatu penggubalan

akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan)

Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan

cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu

Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1

Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar

nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran

penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan

Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. Bulan Sabit Merah Malaysia

ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut:

i. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidak sesuai lagi

Persatuan palang Merah di semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibu pejabatnya

jauh di London. Satu akta parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu

Federation of Malaya red Cross Society (Incorporation) Act of Parliament (Act No. 4 of

1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

ii. Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan

Sarawak di bawahnya, telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysia red

Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan)

(Law of Malasyia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.

iii. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malaysia Red

Crescent Society (Change of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

(Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).

Sehingga tahun 2004, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mempunyai 15

cawangan dan 148 chapter dengan keanggotaan seramai 290,832 ahli. Pada 25 Mac

2007, satu Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan penjenamaan

semula bagi PBSMM yang melibatkan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah

8

Page 9: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Malaysia (BSMM). Akhirnya pada 27 Jun 2007, Surat Pekeliling telah dikeluarkan dan

diedarkan kepada semua cawangan bagi memaklumkan pertukaran tersebut secara

rasmi.

2.4 Prinsip Bulan Sabit Merah

Bagi memantapkan kewibawaan pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit

Merah, terdapat 7 Prinsip Asas pergerakan iaitu kemanusiaan, kesaksamaan,

keberkecualian, kebebasan, khidmat sukarela, ketunggalan dan kesejagatan. Setiap

prinsip dihuraikan seperti berikut:

i. Kemanusian

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat

untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan

pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana

jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-

menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama,

dan kedamaian yang berkekalan dalam kalangan manusia.

ii. Kesaksamaan

Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam

kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi

keutamaan kepada keskes kecemasan yang paling serius.

iii. Keberkecualian

Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, persatuan tidak

menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang

bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.

iv. Kebebasan

Walaupun berupa badan sokongan, kepada pihak yang berkuasa awam, dan

tertakluk kepada undang-undang negara, persatuan tetap menjaga autonominya supaya

ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

9

Page 10: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

v. Khidmat Sukarela

Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan untuk

mencari untung.

vi. Ketunggalan

Hanya ada satu persatuan palang merah atau bulan sabit merah dalam

sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya

meliputi seluruh negara.

vii. Kesejagatan

Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh

dunia di mana semua persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta

saling membantu di antara satu sama lain.

2.5 Undang-Undang Kemanusian Antarabangsa

Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah International Committee

Red Cross (ICRC) di Kuala Lumpur menempatkan Delegasi Serantau yang meliputi

aktiviti-aktiviti di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Jepun, serta Pusat

Sumber Serantau yang menyokong kerja delegasi-delegasi ICRC di Asia Tenggara dan

Asia Timur. ICRC telah hadir di Malaysia semenjak awal dekad 1970-an, bekerjasama

dengan pihak-pihak berkuasa dalam melawat orang dalam tahanan serta

mempromosikan dan menyebarkan undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa

(UUKA) selaras dengan mandatnya yang telah diberikan di bawah Konvensyen Geneva

tahun 1949. Hari ini, ICRC telah menjalin hubungan kerja yang erat dengan beberapa

Kementerian termasuk Kementerian Luar Negeri Malaysia, Kementerian Pendidikan,

Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri, Angkatan Tentera

Malaysia dan Polis, Jabatan Peguam Negara, serta lain-lain pihak berkepentingan.

10

Page 11: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

i. Penglibatan dengan Angkatan Tentera Malaysia

Penjalinan hubungan yang kukuh dengan Angkatan Tentera Malaysia

merupakan unsur penting dalam usaha ICRC untuk bekerjasama dengan pembuat-

pembuat keputusan dalam bidang ketenteraan di semua peringkat. ICRC membantu

pihak Angkatan Tentera untuk memasukkan UUKA ke dalam pengajaran dan

latihannya. Hasil daripada sumbangan ICRC, dalam tahun 2007 sukatan pelajaran

latihan Angkatan Tentera Laut telah mula merangkumi mata pelajaran UUKA. ICRC

terus menyokong pembangunan latihan UUKA di dalam Angkatan Tentera Darat dan

Tentera Udara. Di atas jemputan Angkatan Tentera, ICRC kerap mengadakan taklimat

bagi pegawai-pegawai kanan tentera di Kolej Kakitangan Tentera, Pusat Peperangan

Bersama (PESAMA), Pusat Pengaman di Port Dickson dan Unit Perubatan Tentera di

Kem Terendak [18], Melaka. ICRC dan Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama

menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang membabitkan tajuk-tajuk berkenaan

dengan undang-undang konflik bersenjata (UUKB). ICRC menaja pegawai-pegawai

terpilih ke luar negara untuk menghadiri kursus-kursus UUKB dan juga menyertai

latihan-latihan tentera di Malaysia seperti EX Keris Strike.

ii. Mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian

Dalam Negeri

ICRC telah meneruskan usaha untuk memupuk hubungan kerja dengan

beberapa jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Memandangkan kepakaran

ICRC dalam isu-isu berkaitan dengan penahanan serta pengalaman lamanya dalam

membantu pihak-pihak berkuasa untuk memenuhi keperluan kemanusiaan bagi orang

yang dinafikan kebebasan, ICRC sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen

berkenaan isu pendatang-pendatang haram dalam tahanan.

Satu projek kerjasama yang baru muncul adalah dengan Jabatan Pertahanan

Awam Malaysia, di mana sukarelawan-sukarelawannya merupakan antara orang yang

pertama bertindak balas jika terdapat kematian secara beramai-ramai berikutan

daripada bencana alam. Bersama dengan Jabatan tersebut, ICRC sedang

menghasilkan modul latihan mengenai pengurusan mayat manusia jika terdapat

kematian secara beramai-ramai demi membenarkan keluarga-keluarga mangsa untuk

11

Page 12: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

dimaklumkan tentang nasib orang yang tersayang. ICRC turut menemui pegawai-

pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia bagi membincangkan peluang-peluang untuk

kerjasama dalam masa hadapan, termasuk menganjurkan bengkel-bengkel

penguatkuasaan undang-undang bagi pegawai-pegawai kanan polis berkenaan dengan

Piawai-piawai Kepolisan Antarabangsa dan hak asasi manusia.

Baru-baru ini, ICRC telah menganjurkan sesi taklimat untuk lebih daripada 200

pegawai Malaysia yang sedang menunggu untuk dihantar ke misi Pengaman Malaysia

PBB ke Timor Timur, Sudan dan Lubnan. Sesi-sesi taklimat mengenai peranan, mandat

dan aktiviti-aktiviti ICRC telah diadakan dengan pegawai-pegawai kanan polis di Ibu

Pejabat PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Kolej Polis di Cheras dan Pusat Latihan

Polis di Ulu Kinta.

iii. Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa

ICRC mempromosikan pemeteraian dan kesertaan ke dalam triti Undang-

Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) serta memberi nasihat kepada Negara-

negara mengenai langkah-langkah perundangan dan pentadbiran untuk melaksanakan

triti tersebut. Bagi tujuan ini, ICRC mengendalikan pelbagai latihan, bengkel dan acara

untuk mempertingkatkan tahap kesedaran UUKA di kalangan agensi-agensi kerajaan

dan institusi-institusi pendidikan utama. Ia telah menghasilkan pangkalan data

perundangan dan undang-undang model yang telah diterima-pakai oleh negara-negara,

termasuk Malaysia (contohnya Akta Konvensyen Geneva 1962, Akta Pelaksanaan

Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000, Akta Konvensyen Senjata Kimia

2006).

ICRC menyokong kerja Jawatankuasa Kebangsaan UUKA dan sehingga kini, 93

Jawatankuasa Kebangsaan seumpana ini wujud di serata dunia. Dalam tahun 2007,

Jawatankuasa Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (JUKAM) telah

ditubuhkan. JUKAM dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri. Hari ini, Jabatan

Penyelidikan, Triti dan Perundangan Antarabangsa, di bawah Kementerian Luar Negeri,

bertindak sebagai sekretariat JUKAM. ICRC terus berusaha untuk mempromosikan

UUKA di Malaysia menerusi JUKAM dan agensi-agensi kerajaan individu serta

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

12

Page 13: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

iv. Bekerjasama dengan Universiti-universiti

Sejak tahun 2004, ICRC telah menganjurkan pelbagai seminar, ceramah,

simposium, serta pertandingan perdebatan dan mahkamah moot bersama-sama dengan

institusi-institusi seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti

Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan

Universiti Teknologi MARA. ICRC turut menyokong usaha-usaha pihak-pihak berkuasa

universiti untuk merangka sukatan pelajaran model mengenai UUKA untuk dimasukkan

ke dalam kursus-kursus akademik berkaitan dengan undang-undang, sains politik dan

hak asasi manusia.

v. Membolehkan keluarga-keluarga untuk terus berhubung dengan orang

yang tersayang

Selaku sebahagian daripada rangkaian pertalian keluarga Pergerakan

Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, ICRC dengan kerjasama Bulan

Sabit Malaysia menyediakan perkhidmatan pengesanan dan perkhidmatan-

perkhidmatan lain kepada keluarga-keluarga yang perlu menghubungi orang yang

tersayang mereka setelah dipisahkan akibat daripada situasi konflik, bencana atau

kejadian-kejadian lain. ICRC bekerjasama dengan penuh ketelusan dengan pihakpihak

berkuasa berkenaan untuk memastikan bahawa orang dalam tahanan di luar negara

(termasuk Guantanamo Bay) dapat berutus dengan keluarga-keluarga mereka melalui

pertukaran Perutusan Palang Merah.

vi. Perkongsian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

Sejak tahun 2002, ICRC telah bekerja rapat dengan Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk mempromosikan persepaduan program pelajaran Penerokaan Undang-

undang Kemanusiaan (PUUK) di sekolah-sekolah. Ini telah tercapai dalam tahun 2007

apabila bahagian-bahagian berkaitan dalam modul PUUK telah disepadukan ke dalam

sukatan pelajaran “Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan‟, yang sedang diajar di

seluruh negara kepada pelajar-pelajar berusia 15 tahun. Dianggap sebagai paling maju

13

Page 14: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

di Asia, kerjasama di antara Kementerian Pendidikan dengan ICRC sering disebut

sebagai kajian kes amalan terbaik untuk menunjukkan bagaimana untuk bersama-sama

menghasilkan program PUUK. Dalam tahun 2009, ICRC telah menyerahkan program

tersebut kepada Kementerian Pelajaran dan Bulan Sabit Merah Malaysia, yang

merupakan rakan kongsi kebangsaan ICRC dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan

Sabit Merah. Kini, ICRC kekal sebahagian daripada proses perundingan dan latihan

demi menyokong pembangunan program PUUK dengan lebih lanjut lagi.

3.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

14

Page 15: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

3.1 STRUKTUR ORGANISASI

3.1.1 ANTARABANGSA

3.1.2 KEBANGSAAN

3.1.1 KEBANGSAAN

15

PERHIMPUNAN AGUNG PRESIDEN PERSEKUTUAN

MAJLIS EKSEKUTIF SETIAUSAHA AGUNG

SEKRETARIAT PERSEKUTUAN

BANTUANPEMBAN-GUNAN

KESIHATAN & KHIDMAT

MASYARAKAT

BELIASURUHANJA

YA KEWANGAN

PERSATUAN KEBANGSAAN (AHLI PERHIMPUNAN)

BENDAHARI AGUNG

SURUHANJAYA PERHIMPUNAN AGUNG

Page 16: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Rajah 1: Carta Organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat

Kebangsaan

16

JAWATANKUASA KEBANGSAAN

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

CAWANGAN

CABANG

UNIT

URUSETIA KEBANGSAAN

URUSETIA CAWANGAN

URUSETIA CABANG

PASUKAN KEBAJIKAN BANTUAN SUKARELA LAIN-LAIN UNIT

PASUKAN KEBAJIKAN PASUKAN KEBAJIKAN

Page 17: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Rajah 2: Struktur dan Organisasi peringkat kebangsaan/ negeri/ daerah/ IPG

Berdasarkan Rajah 2, satu organisasi pusat akan mengandungi Senat

BSMM, Majlis Kebangsaan, Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan dan

Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan. Setiap cawangan-cawangan dan

jawatankuasa serta beberapa jawatankuasa masing-masing dibentuk disetiap

negeri dan wilayah persekutuan Malaysia.

Senat BSMM

Senat BSMM ialah badan tertinggi dalam organisasi. Senat tidak

mempunyai kuasa eksekutif. Didalam senat terdapat 25 senator yang akan

dilantik atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan dikalangan ahli-ahli BSMM.

Peranan utama senat adalah untuk meningkatkan imej dan matlamat persatuan

sejajar dengan prinsip-prinsip pergerakan.

17

Page 18: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Majlis Kebangsaan

Majlis Kebangsaan merupakan badan yang terpenting dan mempunyai

kuasa mengendalikan pengurusan serta mengawal semua hal-hal persatuan.

Mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun dan

memerlukan satu pertiga ahli bagi membentuk korum. Majlis ini yang terdiri

daripada:

1) Pengerusi Kebangsaan

2) Timbalan Pengerusi Kebangsaan

3) Empat naib pengerusi kebangsaan. Seorang daripadanya dipilih dikalangan

pengerusi cawangan.

4) Pengerusi jawatankusa-jawatankuasa kebangsaan.

5) dua orang wakil daripada setiap cawangan (pengerusi cawangan/ naib

pengerusi/ pengarah cawangan/ setiausaha kehormat/ bendahari kehormat).

6) Pengarah Angkatan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

7) Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia (MMA).

8) Seorang wakil daripada setiap kementerian kerajaan yang bertanggungjawab

berkenaan pendidikan, alam sekitar, hal ehwal negeri, kesihatan dan belia.

Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan

Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan pula menguruskan hal ehwal

persatuan. Ahlinya terdiri daripada:

1) Pemegang jawatan utama (Pengerusi, timbalan, naib pengerusi dan

bendahari kehormat).

2) Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan.

3) Wakil daripada setiap 5 zon.

18

Page 19: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

3.1.3 SEKOLAH

Rajah 3: Organisasi BSMM di Sekolah

Objektif:

1. Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang

dirancang.Ini akan membawa keseronokan dan memberi peluang kepada

pelajar untuk bergaul dan memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang

berfaedah.

2. Menanam nilai kesihatan dan kecergasan dalam diri pelajar.

3. Pengajaran dan pembelajaran ilmu pertolongan cemas akan

membolehkan pelajar berkemahiran untuk menolong diri dan orang lain.

4. Menanam semangat berkerjasama, tanggungjawab, taat setia dan

cintakan sekolah dan negara.

19

GURU PENASIHAT

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

BENDAHARI

AHLI JAWANTANKUASAAHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA

SETIAUSAHA

Page 20: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

5. Mencungkil dan memupuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar dalam

pengurusan unit dalam pertubuhan di sekolah.

6. Memupuk tali persahabatan di antara ahli-ahli.

7. Melalui latihan kawad dan pertandingan, pelajar dapat mematuhi

peraturan, undang-undang dan displin.

Aktiviti :

1. Perjumpaan mingguan

2. Latihan Kawad Kaki

3. Kursus

4. Pertandingan Kawad Kaki

5. Perkhemahan

6. Perbarisan

7. Peperiksaan Pertolongan Cemas

8. Jamuan Makan Malam

9. Kutipan Hari Bendera

10. Sukarela amal

11. Pameran

20

Page 21: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

3.2 PENGURUSAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

3.2.1 PENDAFTARAN AHLI

Pendaftaran sebagai ahli BSMM boleh dilakukan secara online atau melalui

pengisian borangyang boleh didapati di cawangan BSMM. Yuran BSMM adalah berdasarkan

kategori keahlian. Di bawah merupakan contoh maklumat yang dikehendaki oleh BSMM.

21

Page 22: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

3.2.2 PENDAFTARAN KUMPULAN

Penubuhan Pasukan Kanak-kanak Bulan Sabit Merah Malaysia mestilah

didaftarkan oleh Pemimpin Link. Sesebuah pasukan kanak-kanak mestilah

mempunyai keahlian sekurang-kurangnya 12 orang ahli untuk didaftarkan.

Pasukan kanak-kanak merupakan unit pertama dalam keluarga Bulan Sabit

Merah Malaysia sebelum seseorang ahli kanak-kanak itu memupuk minat,

mempelajari dan menguasai asa Bulan Sabit Merah pada peringkat awal.

Pasukan kanak-kanak Bulan Sabit Merah Malaysia terbuka kepada murid Tahap

Dua yang terdiri daripada Tahun 4 hingga Tahun 6. Oleh yang demikian, para

pemimpin mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa ahli bagi

bergiat aktif dalam kegiatan Bulan sabit Merah Malaysia di sekolah masing-

masing. Kebenaran bertulis daripada ibubapa merupakan salah satu daripada

peraturan kokurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia.

22

Page 23: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Keahlian PBSMM di peringkat sekolah dan penubuhannya di peringkat

sekolah, PBSMM dibahagikan kepada 2 unit iaitu:

1. Unit Kanak-kanak (link) bagi ahli sekolah rendah

2. Unit Belia (Youth) bagi ahli sekolah menengah

Untuk menubuhkan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah

perlu mengikut prosedur sekolah dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah

Malaysia. Berikut merupakan langkah-langkah penubuhan PBSMM di peringkat

sekolah.

1. Tubuh jawatankuasa penaja penubuhan PBSMM. (Tindakan : Guru)

2. Kemukakan permohonan bertulis kepada pengetua atau guru besar.

(Tindakan: Guru)

3. Terima dan kaji permohonan serta pertimbangkan sokongan kepada

permohonan. (Tindakan: Pengetua/ Guru Besar)

4. Jika lulus, mulakan proses permohonan pendaftaran sebagai unit gabungan

PBSMM.(Tindakan: Guru)

5. Dapatkan borang pendaftaran sama ada pasukan belia atau pasukan kanak-

kanak dan lengkapkan(dalam tiga salinan) (Tindakan: Guru)

6. Dapatkan borang pendaftaran keahlian, semua ahli perlu mendaftar dengan

menggunakan borang tersebut. (Tindakan: Guru)

7. Kutip borang yang diisi maklumat yang diperlukan berserta yuran pendaftaran

dan hantar borang pendaftaran pasukan dan pendaftaran keahlian kepada

setiausaha BSMM - cawangan. (Tindakan: Guru)

8. Terima borang pendaftaran dan yuran keahlian.(Tindakan: Setiausaha BSMM

cawangan)

9. Pertimbangkan permohonan pendaftaran yang diterima. (Tindakan:

Setiausaha BSMM cawangan)

23

Page 24: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

10. Proses kad keahlian dan dihantar ke sekolah. (Tindakan: Setiausaha BSMM

cawangan)

11. Terima kelulusan pendaftaran dan kad keahlian. (Tindakan: Pengetua/ Guru

Besar)

12. Tubuh organisasi PBSMM di sekolah. (Tindakan: Penolong Kanan

Kokurikulum)

13. Dapatkan perlembagaan, sukatan pelajaran, skema latihan, skema penilaian

pencapaian, senarai aktiviti tahunan dan sebagainya. (Tindakan: Penolong

Kanan Kokurikulum)

14. Buat perancangan tahunan dan takwim perjumpaan serta aktiviti yang

dicadangkan. (Tindakan: Guru)

15. Sediakan laporan penubuhan PBSMM di sekolah dan hantar kepada JPN

negeri (Unit Kokurikulum) serta satu salinan kepada setiausaha BSMM

cawangan. (Tindakan: Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan Kokurikulum)

Sijil rasmi akan dikeluarkan oleh ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit

Merah Malaysia sebagai bukti bahawa sesebuah pasukan yang terdapat di

sekolah itu telah berdaftar. Kesatuan Bulan Sabit Merah di peringkat cabang

hendaklah memastikan bahawa pemimpin Pasukan Kanak-kanak diberikan

tauliah perlantikan sebagai pemimpin pasukan. Di samping itu, kad keahlian juga

akan dikeluarkan kepada para pemimpin.

Setelah kad keahlian dan sijil pendaftaran Pasukan Kanak-kanak

diperoleh, segala aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia boleh dijalankan. Semua

pemimpin pasukan boleh menjalankan aktiviti ini dengan berpandukan kepada

buku panduan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan Bukan Sabit

Merah Malaysia. Berdasarkan Buku Panduan Bulan Sabit Merah untuk kanak-

kanak, kebanyakan aktiviti lebih kepada pembentukan jati diri, latihan

kepimpinan asas pertolongan cemas, sejarah Bulan Sabit Merah dan Palang

Merah serta undang-undang kemanusiaan.

24

Page 25: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

3.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Peraturan penubuhan pasukan Kanak-kanak Bulan Sabit Merah Malaysia boleh

dirujuk melalui Buku Panduan No.2, Bulan Sabit Merah Malaysia. Antara perkara

berkaitan dengan penubuhan Pasukan Kanak-kanak adalah seperti berikut:

Pasukan Kanak-kanak

Pasukan ini ditubuhkan di sekolah rendah dengan pengetahuan asas seperti:

a) Kesihatan

b) Pertolongan Cemas

c) Persahabatan antarabangsa dan melatih ahli-ahli berfikir cara-cara

memberi pertolongan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Ahli-ahli juga digalakkan membuat permainan kanak-kanak dan gambar-gambar

berbuku untuk kanak-kanak di rumah kebajikan dan hospital.

Penaung

Apabila sesebuah Pasukan Kanak-kanak Bulan Sabit Merah Malaysia

ditubuhkan di sekolah rendah, Guru Besar agi sekolah berkenaan secara

automatik akan dilantik sebagai penaung bagi pasukan tersebut.

Pemimpin

Pemimpin (biasanya terdiri daripada guru yang menjaga) pasukan di sekolah

rendah yang dipanggil Pemimpin Kanak-kanak (Link Leader). Beliau akan

dibantu oleh Penolong Pemimpin Kanak-kanak.

Seksyen

Pasukan kanak-kanak boleh mempunyai dua atau lebih seksyen. Setiap seksyen

hendaklah mempunyai tidak kurang daripada 8 orang ahli. Setiap seksyen akan

diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil ketua seksyen dan dibantu pula

penolong ketua seksyen.

25

Page 26: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Tanggungjawab pemimpin kanak-kanak

Pemimpin kanak-kanak bertanggungjawab terhadap tatatertib latihan,

kecekapan, pakaian seragam, rekod dan kewangan pasukan kanak-kanak dan

menentukan pegawai-pegawai dan ahli menerima arahan-arahan tertentu untuk

menjalankan tugas. Dengan kelulusan jawatankuasa daerah, pemimpin perlu

menganjurkan kursus/ latihan berdasarkan sukatan pelajaran persatuan.

Tanggungjawab Penolong Pemimpin Kanak-kanak

Penolong Pemimpin Kanak-kanak membantu menjalankan tugas yang

diserahkan kepadanya oleh pemimpin dan memimpin pasukan Link semasa

ketiadaan pemimpinnya.

Tanggungjawab Ketua Utama Seksyen

Ketua utama seksyen bertanggungjawab kepada semua seksyen. Beliau perlu

menjalankan tugas yang telah diserahkan kepadanya oleh ketua pemimpin.

Semasa ketiadaan pemimpin atasan, tugas-tugas pasukan akan diserahkan

kepada beliau.

3.4 TAKWIM DAN PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

Jadual 1: Contoh Perancangan Tahunan

26

Page 27: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

4.0 PENDIDIKAN BULAN SABIT MERAH

4.1 LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Lagu Bulan Sabit Merah” telah pertama kali dimainkan sewaktu perasmian rasmi

pertukaran nama pergerakan dari Palang Merah Malaysia ke Bulan Sabit Merah

Malaysia.

Bulan Sabit Merah Di Malaysia

Giat Berjasa Untuk Negara

Tidak Kira Kaum Dan Agama

Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara

Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia

Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia

Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat

Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lirik: Dato Dol Ramli.

Lagu: Dato Johari Salleh.

27

Page 28: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

4.2 COGAN KATA dan IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Perkara yang wajib dan diterangkan kepada pelajar ialah cogan kata dan bacaan

ikrar. Cogan kata bagi persatu BSMM ialah ‘BERKHIDMAT’. Ikrar pula ialah persetiaan

yang perlu difahami dan sentiasa dalam ingatan setiap ahli. Persetiaan ini adalah

mustahak pada waktu penerimaan ahli baharu.

Ikrar ini biasanya dibaca oleh semua pegawai dan ahli Bulan Sabit Merah

Malaysia sebagai janji atau persetiaan yang mereka akan menjalankan tugas dan

tanggungjawab sukarela kepada persatuan. Berikut ialah ikrar berkenaan:

BAHAWA KAMI, AHLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, BELIA PERSATUAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN INI BERJANJI, AKAN TAAT KEPADA

TUHAN, SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG

DIPERTUAN NEGERI KAMI, BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA, SERTA

AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA, MEMBANTU MEREKA

YANG SAKIT DAN MENDERITA, BERDASARKAN KEPADA PRINSIP PALANG

MERAH DAN BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT; KEMANUSIAN;

KESAKSAMAAN; KEBERKECUALIAN; KEBEBASAN; PERKHIDMATAN;

SUKARELA; KETUNGGALAN; KESEJAGATAN.

28

Page 29: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

4.3 UNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Etika pemakaian Pakaian PBSM terbahagi kepada dua iaitu kategori pakaian

pelatih atau pelajar dan pakaian pemimpin. Perbezaan pakaian antara pelatih dan

pemimpin hanyalah dari segi bush jaket dan pangkat. Gambar di bawah adalah contoh

pakaian lengkap seragam pelajar dari kanak-kanak hingga remaja. Baju seragam dan

aksesori yang terdapat pada pakaian pelatih atau pelajar adalah seperti gambar di

bawah:

Gambar 4: Uniform BSMM

29

Page 30: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Gambar 5: Uniform No. 2 bagi pegawai lelaki

Gambar 5: Uniform No. 3 bagi pegawai lelaki

30

Page 31: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Gambar 7: Uniform No. 2 bagi pegawai perempuan

Gambar 8: Uniform No. 5 Belia/ Kanak-kanak (Link) lelaki

31

Page 32: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Gambar 9: Uniform No. 5 Belia/ Kanak-kanak (Link) Wanita

Gambar 10: Aksesori Uniform BSSM

32

Page 33: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

5.0 PETI PERTOLONGAN CEMAS DALAM BULAN MERAH MALAYSIA

33

Page 34: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta

peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat

yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel

dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan

sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain

seperti sekolah,kilang,hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan

terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya.

Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:

1. Dresing steril - beberapa saiz.

2. Plaster - beberapa saiz.

3. Bendej tiga segi ( kain anduh )

4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung )

5. Larutan Flavin ( Iodin)

6. Larutan atau krim antiseptik

7. Gunting kecil

Gambar 13: Peti pertolongan cemas

34

Page 35: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Jadual 2: Peralatan asas yang perlu ada dalam peti

Setiap ahli BSSm perlu mengetahui kegunaan bahan dan peralatan di dalam peti pertolongan

cemas. Jadual dibawah menunjukkan fungsi alat dan bahan di dalam peti pertolongan cemas:

BI

LPERKARA KEGUNAAN

1. Triangular bandage (kain anduh)

Untul mengampu bahagian kecederaan/ kepatahan,

membalut luka/ pendarahan yang didapati ada

kepatahan tulang

2. Sterile eye padMelindung mata yang tercedera/ terkena bendasing

3. Non-sterile gauze

Sterile gauze

Melakukan pencucian/pembebat luka‡

Membuat balutan/memberi tekananpada perdarahan

35

Page 36: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

dan menstabilkankepatahan

BIL PERKARA KEGUNAAN

4.

Elastic bandage/crepe bandage

Roller bandage

Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk

membalut luka dan jugakecederaan ringan

eg.

dislocation(terseliuh)

5.Glove -d i sposab le /nonsterile

Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber

jangkitan

6. Scissor Memotong gauze/bandage

7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat

8.

Sterile multi-trauma

dressing/ gauzeMelakukan pencucian/pembebatan luka

9. Alcohol prep padsMencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka

sebelum membalut.

10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar

11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic

12.Dettol (boleh diganti dengan

Normal Saline solution 0.9%)Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar

13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot

36

Page 37: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Rujukan

Amir Hamzah Aman (2014). Bulan Sabit Merah Malaysia. Kuala Lumpur, Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (2000). Pendidikan Dalam Palang Merah dan Bulan

Sabit Merah. Kuala Lumpur, Penerbit Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Persatuan Bulan Sabit Merah (SMKPP) diakses pada 2 September 2014 di laman sesawang

http://pbsmsmkpp.blogspot.com/p/pertolongan-cemas-bantuan-segera-atau.html

Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Perlis diakses pada 9 September 2014 di laman

sesawang http://bsmm-perlis.blogspot.com

37

Page 38: FOLIO BSMM

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

38

L

A

M

P

I

R

A

N