folio geografi pmr
DESCRIPTION
Contoh Kerja Khusus Kajian Geografi Tempatan 2011 Tingkatan 3TRANSCRIPT
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
Tajuk : Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Setiawangsa ,Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur .
Nama : Wan Siti Aisha Binti Wan Shukery
No.I.C : 960811-11-5438
Kelas : 3 Bakti
Nama Guru : Puan Masitah Binti Salamat
Senarai Kandungan
Bil. Senarai Kandungan Muka surat1 Penghargaan i2 Pendahuluan ii3 Objektif Kajian 14 Kawasan Kajian 2-45 Kaedah Kajian 56 Dapatan Kajian 6-117 Rumusan 128 Lampiran 13-169 Rujukan 17
PenghargaanAlhamudulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya , saya
dapat menyiapkan folio ini. Pertama sekali , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor , Tuan Haji Rafiei Bin Mustapha kerana telah membenarkan saya untuk membuat folio ini.
Saya juga ingin berterima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya , Puan Masitah Binti Salamat atas bantuan dan bimbingan yang beliau berikan. Seterusnya , saya turut berterima kasih kepada ibu dan bapa saya , Puan Saluma Binti Che Soh dan Encik Wan Shukery Bin Wan Daud kerana banyak membantu saya dalam proses menyiapkan folio ini.
Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama yang baik daripada kawan-kawan saya iaitu Nurul Nadhirah Binti Md Ismail , Muhammad Haziq Bin Zakwan , Nurul Huda Binti Ibrahim dan Siti Najihah Binti Md Zin. Akhir sekali , tidak lupa juga kepada semua pelajar dan guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang masa yang diambil untuk menyiapkan folio ini .
PendahuluanSaya Wan Siti Aisha Binti Wan Shukery dari kelas 3 Bakti telah memilih tajuk , “
Pencemaran Alam Sekitar di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur” untuk projek Kajian Geografi Tempatan saya. Saya mengkaji tentang aspek pencemaran alam sekitar, menghuraikan kesan terhadap alam sekitar, dan merumuskan kesan-kesan terhadap alam sekitar tersebut. Saya memilih kawasan kajian ini kerana menepati tema kajian dan kawan ini berhampiran dengan rumah saya. Masa yang diberikan untuk menyiapkan folio ini ialah selama 12 minggu.
Objektif KajianKajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif seperti berikut :
Konsep pencemaran alam sekitar
Jenis pencemaran alam sekitar
Punca pencemaran alam sekitar
Kesan pencemaran alam sekitar
Cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
Kawasan KajianKawasan ka j ian saya ia lah d i Taman Set iawangsa , Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur . Kuala Lumpur mempunya asa l -usul pada tahun 1850-an, ke t ika ke tua Melayu Klang, Raja Abdul lah , menyewa beberapa orang Cina untuk membuka lombong bi j ih t imah. Para penambang mendara t d i per temuan Sungai Gombak yang dahulu d ikenal i dengan nama Sungai Lumpur yang bermaksud sungai yang ber lumpur dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang, Pudu dan Batu . Tambang in i berkembang menjadi sebuah pusa t perdagangan yang menjadi sebuah bandar sempadan. Lokas i kawasan ka j ian saya in i te r le tak lebih kurang 13 k i lometer dar i Bandar Kuala Lumpur . Bentuk muka bumi d i Se t iawangsa bera lun dan berbuki t .
Petai ) Peta Zon : Desa Keramat
Peta Zon Desa Keramat
ii ) Peta kawasan kajian : Setiawangsa
Kaedah KajianSaya telah menggunakan dua kaedah untuk menjalani kerja khusus ini. Berikut
merupakan kaedah yang telah saya gunakan ;
i ) Permerhatian
Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya.
ii ) Rujukan
Selain itu, saya juga telah membuat rujukan melalui internet dan perpustakaan untuk mencari maklumat tentang pencemaran alam sekitar.
Dapatan Kajian8.1 ) Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organism-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :
1 . Pencemaran air
2 . Pencemaran laut
3 . Pencemaran bunyi
4 . Pencemaran tanah
5 . Pencemaran udara
8.2 ) Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian
Pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya adalah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi sering berlaku di kawasan kajian saya kerana terdapatnya pelbagai jenis kenderaan, seperti kereta, motosikal, van, lori dan sebagainya.
Selain itu, pencemaran udara juga sering berlaku di kawasan saya, terutamanya lori. Kebanyakkan lori akan mengeluarkan asap hitam yang banyak dan seterusnya berlaku pencemaran udara di kawasan saya.
8.3 ) Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian
i ) Kenderaan
Kenderaan merupakan punca utama yang menyumbang dalam pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya. Kenderaan ini akan mengeluarkan asap yang menyebabkan penghakisan lapisan ozon.
ii ) Racun serangga
Serangga yang melanda di kawasan saya adalah nyamuk. Nyamuk Aedes merupakan jenis nyamuk yang banyak di kawasan perumahan saya. Inilah punca berlakunya penyemburan racun serangga di kawasan perumahan saya.
iii ) Sampah sarap
Pengangkutan sampah yang tidak teratur berlaku di kawasan perumahan saya. Jika hal ini berterusan perkara ini akan menyebabkan pencemaran bau.
iv ) Pembakaran terbuka
Ada sesetengah penduduk di kawasan perumahan saya gemar membakar sampah secara terbuka. Hal ini menyebabkan asap naik ke udara dan boleh menyebabkan kesan rumah hijau.
v ) Perniagaan
Pada setiap malam Rabu dan Ahad di kawasan saya akan diadakan pasar malam. Sikap para peniaga yang tidak bertanggungjawab serta para pembeli membuang sampah merata-rata semakin menjadi-jadi. Kesannya ialah kawasan saya menjadi tercemar dan kotor. Para peniaga sepatutnya bertanggungjawab atas hal ini dengan menyediakan tong sampah. Negara kita akan maju di persada dunia jika kita boleh menjaga kebersihan negara sendiri.
8.4 ) Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian
i ) Penyakit
Penyakit seperti alahan dan asma yang disebabkan oleh pencemaran udara paling banyak dihidapi oleh penduduk. Tidak kurang juga penyakit demam denggi yang disebabkan oleh nyamuk Aedes.
ii ) Suhu meningkat
Suhu di kawasan kajian meningkat dengan mendadak kerana penambahan haba di perut bumi. Udara yang mengandungi gas berbahaya terpantul semula ke muka bumi dan berlegar di ruang atmosfera kerana kesan rumah hijau.
iii ) Udara tercemar
Penduduk kawasan kajian banyak mengatakan bahawa mereka tidak tahan dengan asap yang dihidu. Tambahan pula ada di antara anak mereka mengidap penyakit asma.
iv ) Bau busuk
Bau busuk hasil dari pembuangan sampah yang tidak teratur terpaksa dihadapi oleh penduduk. Bau busuk ini menyebabkan pencemaran bau di mana baunya tidak enak dihidu.
v ) Jerebu
Walaupun kesan ini jarang berlaku, tetapi kita boleh melihat unsur-unsur yang menyebabkan kesan ini akan berlaku. Jerebu amat bahaya sehingga kerajaan pernah mengisytiharkan darurat di negeri Sarawak pada tahun 1997. Kerajaan amat mengambil berat akan keselamatan rakyat demi menjaga ekonomi negara.
8.5 ) Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian
i ) Kuatkuasa undang-undang
Kerajaan perlu menguatkuasa undang-undang supaya para peniaga dan para pembeli di pasar malam tidak membuang sampah merata-rata. Kerajaan boleh mengenakan denda terhadap mereka yang terlibat.
ii ) Kempen cintai alam sekitar
Persatuan penduduk di kawasan kajian juga boleh mengadakan kempen cintai alam sekitar setiap tahun atau bulan untuk menyemai rasa cinta akan alam sekitar dalam diri penduduk.
iii ) Pendidikan alam sekitar
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu meletakkan satu pendidikan alam sekitar untuk pelajar di sekolah rendah supaya mereka mendapat pendedahan awal tentang bahana pencemaran alam sekitar. Oleh itu, para pewaris negara akan lebih peka akan pencemaran ini.
iv ) Petrol tanpa plumbum
Kerajaan kini telah melancarkan petrol tanpa plumbum RON95 untuk kegunaanya kenderaan di Malaysia. Ini boleh mengurangkan pencemaran udara melalui gas yang dihasilkan oleh kereta.
Bahan Grafiki ) Jadual
Bil. Jenis Pencemaran Peratus1 Udara 49 %2 Bunyi 14 %3 Air 10 %4 Tanah 5 %5 Bau 22 %
ii ) Carta Pie
Udara49%
Bau22%
Bunyi14%
Air10%
Tanah5%
Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian
RumusanSebagai rumusan, saya mendapati pencemaran-pencemaran telah mempengaruhi
kegiatan penduduk di Taman Setiawangsa. Kegiatan penduduk-penduduk di Taman Setiawangsa bukan hanya membawa kesan positif seperti mewujudkan peluang pekerjaan, keuntungan dan menyediakan banyak kemudahan tetapi juga membawa kesan negative. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran ialah kenderaan yang banyak dan kebanyakkannya menghasilkan asap yang berbahaya. Masalah-masalah yang muncul daripada pencemaran ialah rakyat yang kurang prihatin terhadap alam sekitar dan tidak menjaganya. Langkah-langkah penyelesaian ialah kerajaan perlu mengambil tindakan dan menguatkuasa undang-undang supaya rakyat tidak membuat pencemaran. Di sini, saya berharap agar penduduk-penduduk tempatan dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan supaya masalah-masalah seperti pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi dan sebagainya boleh dikurangkan pada masa akan datang. Jika penduduk Malaysia sihat setiap hari, negara kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020.
Lampiran
i ) Surat Pengenalan diri murid
ii ) Borang Temu Bual
iii ) Borang Soal Selidik
iv ) Gambar / Foto
Pencemaran udara disebabkan asap lori dan bas di Setiawangsa
Pencemaran air gara-gara penduduk tidak bertanggungjawab
Pencemaran bau yang disebabkan sampah berlonggok
Rujukani ) Internet
1. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sarawakberjaga-jagakemungkinanjerebu/Article/index_html
2 . http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-Hari-Ini
3 . http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran
ii ) Orang Sumber
1 . Kamaruddin Ilyas Bin Yacob, 44 tahun, 670903-10-5573, 30A Jalan Setiawangsa 3, Taman Setiawangsa, 54200 KL.
2. Lim Cham Gee, 38 tahun, 730808-04-6893, 22 Jalan Setiawangsa 3A, Taman Setiawangsa, 54200 KL.
3 . Haji Razali Bin Manap, 53 tahun, 580315-01-4827, No 12 Jalan Setiawangsa 3A, 54200 KL.
iii ) Buku Teks
1 . Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.