folio pendidikan seni visual
DESCRIPTION
Folio Sek MenTRANSCRIPT
FOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL
TINGKATAN 1
MRSM KUCHING
UNSUR-UNSUR SENI DAN PRINSIP REKAAN
Nama : Matthew lance ak Gunben
Kelas : 1 Al-Razie
Nama Guru : En. Nasarudin Sapuan
UNSUR-UNSUR SENI
1) GARISAN- Garisan ialah cantuman satu siri titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak tertentu
Contoh garisan pada sumber alam semulajadi
Garisan pada kulit harimau (garisan beralun dan tebal)
Garisan pada urat daun (garisan melintang dan halus)
CONTOH GARISAN PADA OBJEK CIPTAAN MANUSIA
Garisan berpancar pada rim tayar dan garisan
bergerigi pada gergaji
Garisan tebal dan lurus pada papan
CONTOH GARISAN PADA HASIL SENI VISUAL
Garisan tebal,garisan beralun dan garisan lurus nipis
pada catan
2)RUPA
-Kawasan rata yang dilingkari oleh satu garisan luar dan tidak mempunyai jisim
-Hasil pertemuan sesuatu garisan dengan titik permulaannya
CONTOH RUPA PADA SUMBER ALAM SEMULAJADI
Percikan air (rupa organik)
CONTOH RUPA PADA OBJEK CIPTAAN MANUSIA
Logo (rupa geometri)
CONTOH RUPA PADA HASIL SENI VISUAL
Corak (rupa organik dan geometri)
3) BENTUK-Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi.Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
CONTOH BENTUK PADA ALAM SEMULAJADI
Bentuk awan ( bentuk konkrit)
CONTOH BENTUK PADA OBJEK CIPTAAN MANUSIA
Kraf tangan ( bentuk konkrit)
CONTOH BENTUK PADA HASIL SENI VISUAL
LUKISAN ( BENTUK
ILUSI)
4)
JALINAN
- Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.Setiap objek yang berjalinan,
mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri. Terdapat dua jenis jalinan iaitu JALINAN SENTUH dan JALINAN TAMPAK.
CONTOH JALINAN PADA SUMBER ALAM SEMULA JADI
Jalinan berduri pada kulit durian ( jalinan sentuh )
CONTOH JALINAN PADA OBJEK BUATAN MANUSIA
Jalinan pada bunga tayar
dan kulit
rambutan (jalinan sentuh)
CONTOH JALINAN PADA HASIL SENI VISUAL
Jalinan pada lukisan yang menunjukkan bentuk dan ruang ( jalinan tampak )
5) RUANG- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek,
jarak di antara dua objek, ataupun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek.terdapat dua jenis ruang iaitu ruang nyata dan ruang tampak.
CONTOH RUANG PADA SUMBER ALAM SEMULAJADI
RONGGA DALAM BUNGA (RUANG NYATA)
CONTOH RUANG PADA OBJEK CIPTAAN MANUSIA
RUANG NYATA DALAM PASU DAN BAKUL
CONTOH RUANG PADA HASIL SENI VISUAL
RUANG TAMPAK DALAM LUKISAN
6) WARNA-Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Dalam seni visual, warna terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:1. Warna Asas/Utama2. Warna Sekunder3. Warna TertierWarna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning.Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.Warna SekunderWarna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.Warna Asas Warna SekunderKuning + Biru = HijauBiru + Merah = UnguMerah + Kuning = Jingga
Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder.
Warna Asas Warna Sekunder Warna TertierBiru + Ungu = Biru-UnguMerah + Ungu = Merah-UnguMerah + Jingga = Merah-JinggaKuning + Jingga = Kuning-JinggaKuning + Hijau = Kuning-HijauBiru + Hijau = Biru-Hijau
Warna NeutralWarna neutral merupakan warna yang tidak tergolong dalam kategori warna asal, warna sekunder dan warna tertier.Warna neutral terdiri daripada warna putih dan hitam atau campuran kedua-duanya.
CONTOH WARNA PADA SUMBER ALAM SEMULAJADI
Warna pada pelangi yang mengandungi merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. ( Warna Asas, Sekunder dan Tertier )
CONTOH WARNA PADA OBJEK CIPTAAN MANUSIA
Warna Unggu Pada Kereta ( Warna Sekunder )
CONTOH WARNA PADA HASIL SENI VISUAL
Lukisan flora berwarna-warni yang menimbulkan perasaan ceria
PRINSIP REKAAN
1) KONTRA
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan.Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan.Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
CONTOH KONTRA PADA SUMBER ALAM SEMULAJADI
Unsur warna kontra dan ton warna dalam pemandangan senja
CONTOH KONTRA PADA OBJEK CIPTAAN MANUSIA
Tulisan yang berwarna pada kek yang berwarna putih bertujuan
untuk menonjolkan bahagian penting
CONTOH KONTRA PADA HASIL SENI VISUAL
Kontra dalam lukisan
2) HARMONI
-Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai.Dalam istilah seni harmoni merupakan
hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang.Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna.Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
CONTOH HARMONI PADA SUMBER ALAM SEMULAJADI
Keseragaman jalinan pada kulit nanas dan sisik ikan
CONTOH HARMONI PADA OBJEK BUATAN MANUSIA
Corak dan susunan jubin dan corak dalam kelarai
CONTOH HARMONI PADA HASIL SENI VISUAL
Keseragaman warna pada lukisan
3)PENEGASAN-1. Penegasan bermaksud sesuatu yang menjadi fokus dan kelihatan lebih ketara apabila dibandingkan dengan objek yang lain. Penegasan diwujudkan bertujuan untuk menarik perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu. Penegasan dapat diwujudkan melalui ruang, objek, tema dan gaya.
CONTOH PENEGASAN PADA SUMBER ALAM SEMULAJADI
Warna bunga raya merah di antara daun-daun hijau
CONTOH PENEGASAN PADA OBJEK BUATAN MANUSIA
Papan tanda yang berada di tepi jalan raya
CONTOH PENEGASAN PADA HASIL SENI VISUAL
Warna putih burung dalam catan
4) IMBANGAN -Imbangan bermaksud kesamaan
dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri
dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut
b. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan
CONTOH IMBANGAN PADA SUMBER ALAM SEMULAJADI
Corak pada kepak kupu-kupu ( Imbangan tidak simetri ) dan corak pada kepak rama-rama (imbangan simetri )
CONTOH IMBANGAN PADA OBJEK CIPTAAN MANUSIA
Ruang rumah ( imbangan simetri )
dan lipatan baju ( tidak simetri )
CONTOH IMBANGAN PADA HASIL SENI VISUAL
Corak lukisan flora 3D(Simetri)dan
corak pada kain(Tidak simetri)
5) IRAMA DAN PERGERAKAN- Pergerakan ialah keadaan objek yang bergerak,
bergoyang dan bersinar. Irama ialah satu kesan ilusi yang wujud daripada perulangan susunan satu atau lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan harmoni.Keadaan hidup dan bergerak, ilusi ruang dan perspektif, irama dan suasana yang menarik, kesan tumpuan dan gambaran yang bertenaga. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.
CONTOH IRAMA DAN PERGERAKAN PADA SUMBER ALAM SEMULAJADI
Irama dan pergerakan pada ombak laut dan pergerakan ikan dalam laut
CONTOH IRAMA DAN PERGERAKAN PADA OBJEK BUATAN MANUSIA
Kibaran bendera dan bentuk ‘Roller Coaster’
CONTOH IRAMA DAN PERGERAKAN PADA HASIL SENI VISUAL
Bentuk orang mendayung dalam arca untuk menghasilkan pergerakan dan lukisan yang menggambarkan pergerakan air
terjun.
6) KEPELBAGAIAN
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
CONTOH KEPELBAGAIAN PADA SUMBER ALAM SEMULAJADI
Kepelbagaian dari segi warna, bentuk, jalinan, bentuk dan saiz sayuran dan
hidupan laut
CONTOH KEPELBAGAIAN PADA OBJEK BUATAN MANUSIA
Kepelbagaian bentuk dan jenis objek dalam bilik dan kepelbagaian dari segi bentuk, saiz, jalinan dan corak pada hasil kraf tangan
CONTOH KEPELBAGAIAN PADA HASIL SENI VISUAL
Pelbagai warna, bentuk, jalinan dan arah dalam lukisan
7)KESATUAN- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan .Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
CONTOH KESATUAN PADA SUMBER ALAM SEMULAJADI
Kesatuan pada buah- buahan dan bungaCONTOH KESATUAN PADA OBJEK BUATAN MANUSIA
Kesatuan tema jenis objek dan warna
CONTOH KESATUAN PADA HASIL SENI VISUAL
Kesatuan tema dalam lukisan