folio rugby

17

Upload: muhammad-zulfadli

Post on 23-Jun-2015

3.883 views

Category:

Sports


21 download

DESCRIPTION

penerangan cara-cara bermain ragbi.. padahal ni kerja sekolah aku nye.. hehe

TRANSCRIPT

Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William

Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu,

bermulanya perlawanan ragbi.sukan ini dicipta berdasarkan sejarah yang berlaku secara

spontan.

Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini,

mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di

sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi

permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.

Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13

permainan bersama dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang

ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan.Pelbagai perubahan telah

diadakan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai scrum bermaksud perbuatan atau kaedah

memulakan semula permainan selepas suatu pelanggaran apabila kedua-dua lawan pek

kumpulan ke hadapan bersama-sama dengan kepala ke bawah dan saling dan tekan

untuk mendapatkan tanah manakala scrumhalf melemparkan bola dan pemain tengah

(hooker)cuba untuk rebut bola untuk pasukan mereka sendiri.pemain biasanya dipanggil

oleh pengadil (set banyak orang) tetapi boleh dibentuk secara spontan (longgar banyak

orang.

Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah

mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah

mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi. 1906

akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Football di

Amerika Syarikat.

Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great Britain, New Zealand,

Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab

antara tahun 1964 hingga 1980. 1975 dibentuk Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika

Syarikat(The United States of America Rugby Football Union (USARFU). Kini permainan

ragbi berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.

Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata

kasar namun jika betul cara bermain pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya, ragbi

adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang malah memerlukan

disiplin yang tinggi. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap

lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi

pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu

di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat

yang baik.

Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di

England, pada waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah

Rugby. Dia secara tidak sengaja telah mengambil dan membawa lari bola tersebut.

Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah

melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti ini ragbi telah diperkembangkan

sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge juga telah membuat

beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini.

Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak

negara. Pada mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang

permainan selalu berubah. Selain itu cara permainannya yang agak lasak

menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu

pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak

aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia

tidak seganas dahulu.

Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos perbelanjaan.

Apa yang penting dalam permainan ragbi ini ialah ; bolanya tidak boleh dibaling ke

hadapan. Sebaliknya, ia harus dilontar ke belakang. Selain itu, permainan ini

membenarkan pemain menarik pemain dan boleh juga menjatuhkan pemain tetapi

tidak dibenarkan sama sekali menyepak pemain!!!

Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang

pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin

meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil

"forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil

"queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.

Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba

mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil

"the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan

menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas

pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula "conversion". Seorang pemain yang

diberi gelaran "fly half" adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan

menendang bola dan melepasi palang gol.

Menghantar bola ialah cara menyampaikan bola kepada rakan yang berada pada

kedudukan yang lebih baik untuk menggerakkan bola terutama membuat serangan.

Pemain ragbi menghantar bola menggunakan tangan sama ada dua belah atau pun

sebelah. Penerima juga akan menerima bola menggunakan tangan. Terdapat tiga

jenis hantaran dalam sukan ragbi, iaitu seperti berikut :-

Hantaran Pendek Searas :

Hantaran ini dilakukan oleh pemain kepada rakannya yang berada pada posisi

yang dekat atau dalam kedudukan yang baik untuk menerima bola. Searas

bermaksud pada ketinggian yang sama antara penghantar dan penerima bola,

biasanya antara lutut dan pinggang. Hantaran ini boleh dilakukan sama ada dalam

kedudukan berdiri ataupun berlari. Yang penting ialah antara penghantar dan

penerima harus ada persefahaman.

Hantaran Scrum-half :

Hantaran ini dilakukan apabila bola berada di atas tanah, sama ada daripada

scrum, ruck, atau maul atau line-out. Hantaran ini biasanya dilakukan oleh scrum-

half yang sememangnya ditugaskan untuk membuat hantaran ini menjadikan fly-half

dan stand-off sebagai sasaran penerima. Hantaran ini dilakukan dengan pantas,

dengan menghantar ke aras pinggang atau lutut penerima. Pemain lain juga harus

dapat melakukan hantaran cara ini.

Hantaran Scrum-half ( Terbang ):

Hantaran ini juga dilakukan dengan pantas biasanya untuk bola di atas tanah.

Hantaran ini digunakan untuk menghantar bola pada jarak yang agak jauh tetapi

terpaksa dilakukan dengan pantas. Penghantar akan membuat hantaran sambil

menerbangkan badannya. Setiap pemain harus dapat membuat hantaran cara ini

walaupun hantaran ini sering dilakukan oleh scrum-half.

Hantaran Spin

Hantaran spin merupakan hantaran yang asas untuk menghantar bola ragbi

kepada ahli pasukan yang lain. Balingan ini hanya sah apabila pemain membaling

bola ke arah belakang sahaja. Balingan ke arah hadapan adalah batal.

Menerima bola merupakan kemahiran penting dalam permainan ragbi. Setiap

pemain harus dapat melakukan kemahiran ini dalam pelbagai situasi atau keadaan.

Tangkapan yang baik akan melicinkan pergerakan dan memudahkan strategi

dijalankan. Walaupun menangkap dan menerima bola sering di gabungkan sebagai

satu kemahiran, tetapi sebenarnya adalah berbeza.

Tangkapan Daripada Hantaran Rakan :

Penerima dan penghantar hendaklah dapat membaca perlakuan atau

tindakan rakan. Penerima hendaklah menumpukan perhatian kepada penghantar di

samping menempatkan diri pada kedudukan yang bebas daripada lawan. Dia harus

menghulurkan tangannya untuk menangkap dan bukan sekadar menanti bola

datang kepadanya. Antara kedua-dua pemain hendaklah pada jarak yang sesuai.

Tangkapan Bola Tinggi Tendangan Lawan :

Pemain harus dapat menguasai kemahiran ini kerana dalam permainan ini,

pemain lawan sering melakukan tendangan tinggi, sama ada ketika menyerang atau

bertahan. Untuk menangkap bola tinggi, pemain hendaklah meletakkan salah satu

kakinya ke hadapan, dan badan pada kedudukan mengiring. Kedua-dua tangan

hendaklah dipanjangkan. Bola hendaklah dibawa ke dada sebaik sahaja berjaya

ditangkap.

Tangkapan bola rendah :

Bola rendah biasanya dari lutut ke bawah sama ada daripada hantaran rakan dan

lawan. Pemain hendaklah meletakkan salah satu kakinya ke hadapan dan

membengkokkan lutut. Pemain menangkap bola daripada kedudukan tangan yang

dikeluarkan ke arah bola. Sebaik ditangkap bola harus dirapatkan pada badan atau

dada untuk pergerakan selanjutnya.

4. Tangkapan Bola Di atas Tanah :

Bola yang diletakkan di atas tanah boleh di ambil sama ada dalam kedudukan

berhenti atau berlari. Caranya ialah dengan mencedok bola dengan tangan yang

hampir dengannya kepada tangan yang lagi satu yang terletak di hadapan bola.

Pemain boleh memilih tangan kiri atau kanan untuk mencedok atau menampan bola.

Berlari dalam permainan ragbi bermaksud pemain berlari sambil membawa bola.

Keupayaan melakukan pecutan merupakan kelebihan kepada seseorang pemain

ragbi. Selain daripada berlari lurus,pemain diharapkan dapat berlari dalam pelbagai

hala (zig-zag) untuk melakukan serangan dan dapat mengelakkan diri daripada

dijatuhkan lawan.

Berlari Membawa Bola Dalam Dua Tangan :

Dengan memegang bola pada kedua-dua belah tangan, pemain mempunyai tiga

pilihan apabila dihalang atau cuba dijatuhkan lawan,iaitu terus berlari,membuat

hantaran pantas dan menendang bola itu. Yang penting dia dappat berlari dan

memperoleh kelebihan kawasan sebelum dia dihalang atau di jatuhkan lawan jika

dia tidak dapat melakukan tiga pilihan tadi. Pemain hendaklah memegang bola pada

bahagian tepi nya dengan jari diregangkan. Pemain juga hendaklah tentukan arah

larian yang akan ditujunya.

Kemahiran menendang dalam permainan ragbi adalah penting bagi semua

pemain. Tendangan yang dilakukan hendaklah mempunyai matlamat atau

tujuannya.

Antara tujuan melakukan tendangan ialah:

Untuk memperoleh kelebihan kawasan permainan Untuk menyelamatkan bola, ketika diasak pasukan lawan. Untuk memberi peluang dan masa rakan sepasukan mengejarnya dan

seterusnya mendapatkan bola semasa melakukan serangan. Untuk mendapatkan mata sama ada menerusi tendangan penalty ataupun

conversion atau dropped goal, serta memulakan permainan.

Terdapat beberapa jenis tendangan seperti berikut:

Tendangan lepas (Punting):

Dilakukan untu mendapatkan kelebihan kawasan dan memberi masa kepada

rakan mengejar bola semasa serangan. Cara melakukan tendangan ini ialah dengan

memegang bola pada kedua-dua tangan. Apabila pemain bersedia untu membuat

tendangan dia akan melepaskan bola dan pada masa yang sama menendang ke

arah yang di tuju.

Tendangan lantun (dropped kick):

Dilakukan dengan cara pemain melepaskan bola menegak ke tanah, lalu

menendangnya sebaik sahaja melantun dari tanah. Tendangan ini harus dilakukan

dengan pantas kerana kemungkinan lantunan itu tidak menepati arah yang

dikehendaki. Tendangan ini digunakan terutamanya untuk mendapatkan mata,

memulakan permainan selepas conversion yang gagal dan untuk mengeluarkan bola

dari kawasan permainan.

Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting yang

perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. Sebelum memulakan

permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi perlulah dipelajari untuk

mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang salah semasa bermain di atas padang.

Terdapat juga pelindung badan yang boleh dipakai semasa bermain Ragbi.

Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada,

pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi.

Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk

mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian

di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk

mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk sukan ini

adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainan ini, dan

hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian

yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan serius patah bahu atau tangan

Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat

daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti

Adidas,Nike,Canterburry,Hasbro dan banyak lagi. Tetapi kini, terdapat jenama lain

seperti Gilbert,Kooga,Puma. Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang

mempunyai stad di tapak seperti kasut bola.Terbahagi kepada 2 jenis iaitu 6 stad

untuk bahagian forward dan 8 stad untuk backline. Ini adalah dengan tujuan untuk

bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya.

Dilengkapi dengan stoking, pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek

atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.Ragbi juga terkenal dengan

body armor atau body tight sejenis baju nipis yang ketat dipakai sebelum

menyarung jersey.Tujuannya ialah untuk mngelakkan dari kulit badan calar akibat

jatuh atau terseret di atas padang.