folio sejarah muzik tradisional caklempong
TRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN …
KAJIAN SEJARAH TEMPATAN 20..
MUZIK TRADISIONALCAKLEMPONG
NAMA : …TINGKATAN : …TAJUK KAJIAN : MUZIK TRADISIONAL (CAKLEMPONG)GURU PENILAIAN : ….
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN
2 OBJEKTIF KAJIAN
3 KAEDAH KAJIAN
4 HASIL KAJIAN
5 RUMUSAN
6 LAMPIRAN
7 RUJUKAN
Penghargaan
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan
terima kasih kepada guru Sejarah kelas saya, iaitu Puan …. Beliau telah
memberikan panduan dan nasihat kepada saya dan rakan sekelas tentang
tajuk kerja khusus ini dan cara melakukannya. Ribuan terima kasih
kepada ibu bapa saya yang telah memberikan nasihat, dorongan serta
sokongan sepanjang masa saya melaksanakan kajian ini. Saya juga
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang telah
banyah membantu dan berkerjasama mengumpulkan maklumat penting
dalam kerja khusus ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan folio ini dilakukan adalah untuk :
a. Mengenal dengan lebih mendalam tentang muzik tradisional caklempong ini serta cara-
cara dimainkan serta mengetahui asal-usul muzik tradisional caklempong ini.
b. Mengingati muzik tradisional caklempong ini supaya kekal menjadi permainan Warisa
Budaya Malaysia walaupun terus di telan zaman yang semakin moden.
c. Menjadi bahan rujukan kepada generasi muda serta generasi yang seterusnya jika mahu
memainkan muzik tradisional caklempong ini di masa akan datang.
Kaedah kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan folio sejarah ini. Antaranya
ialah :
1. Kaedah Temu Ramah.
Menemu ramah beberapa orang yang berkenaan seperti datuk, nenek dan ibu bapa untuk
mengetaui dengan lebih lanjut tentang muzik tradisional caklempong ini.
2. Kaedah Lawatan dan Pemerhatian
Melakukan lawatan dengan memainkan muzik tradisional ini bersama rakan-rakan saya
yang berada di kampong, dari situ juga saya telah melakukan pemerhatian bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan muzik tradisional caklempong ini.
3. Kaedah Penyelidikan
Menjalankan penyelidikan di Perpustakaan sekolah, melawatan web yang berkaitan
dengan muzik tradisional ini, meminjam CD muzik tradisional seta merujuk kepada
majalah-majalah yang mengandungi unsure-unsur muzik tradisional.
Hasil kajian
Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon yang
menggunakan skel diatonic. Caklempong atau juga disebut Talimpung adalah alat
muzik Melayu tradisi Negeri Sembilan yang menyerupai gong atau tetawak kecil.
Caklempong dibawa masuk ke Tanah Melayu pada sekitar abad ke - 19 dari
Sumatera Barat melalui saudagar yang datang berniaga dan terus bermastautin di
Tanah Melayu terutama di Negeri Sembilan menyebabkan ia dikatakan berasal dari
negeri ini. Hari ini, muzik Caklempong telah dikembangkan di seluruh negara dari
Johor sehingga ke Sabah dan turut diajar kepada guru-guru pelatih semua bangsa
tanpa mengira kaum. Kini, caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa
kebanggaan negara kita.
Tujuan dimainkan
Tujuan muzik Caklempong dimainkan apabila ada majlis perasmian di Hotel atau dimana-
mana, Caklempong selalunya digunakan sebagai muzik iringan di dalam sesuatu pertunjukkan
silat atau tarian, terutamanya tarian lilin dan tarian piring. Ianya digunakan juga di dalam majlis-
majlis Diraja seperti istiadat pertabalan dan juga majlis keraian korporat. Di dalam majlis
perkahwinan pula, Caklempong dipersembahkan untuk memeriahkan lagi upacara persandingan
pengantin.
Alat-alat yang digunakan
Caklempong atau juga disebut Talimpung adalah alat muzik Melayu tradisi Negeri
Sembilan yang menyerupai gong atau tetawak kecil. Ianya terdiri dari alat-alat yang diketuk dan
mempunyai ukuran yang berbeza dan nada bunyi yang berlainan. Satu set alatan Caklempong
terdiri dari Gereteh, Sauwa(Saua), Tingkah dan Gendang Ibu. Ketika dimainkan, Caklempong
dilengkapi dengan penggunaan alat-alat muzik tradisi yang lain seperti gendang panjang, serunai,
gong dan sebagainya. Caklempong tidak memainkan lagu. Yang dimainkan oleh Caklempong
ialah rentak, dan rentak inilah yang dipanggil lagu, terjelma dalam lagu-lagu seperti Pak Tinjar
dan Goyar Bacang.
BonangGereteh (Melodi)
Tingkah (Sauwa)
Gendang Ibu dan Gendang
Anak
Bangsi dan serunai
Kayu Pengetuk Cara memegang
Bonang
Bonang Caklempong diperbuat daripada perunggu atau tembaga. Bentuknya sama seperti gong
atau tetawak kecil. Saiznya sama besar dengan sebuah piring. Seperti gong, bonang juga
mempunyai cembol atau tombol bulat di bahagian tengahnya. Bahagian inilah yang perlu
diketuk. Bonang di atur atas dua baris tali yang telah diikat di dalam tepak Caklempong.
Penalaan (tuning) boleh dilakukan dengan cara mengetuk permukaan bahagian dalam cembol
untuk mendapatkan pic yang tinggi. Penalaan pic yang rendah ialah dengan cara mengetuk
permukaan bahagian luar cembol.
Caklempong Gereteh (Melodi)
Caklempong Gereteh terdiri daripada 15 biji bonang yang disusun dalam nada C Major satu
oktaf, termasuk 7 not pilihan. Seelok-eloknya satu Ensembel Caklempong mempunyai dua set
Gereteh supaya Gereteh yang kedua dapat memainkan kaunter melodi.
Caklempong Tingkah
Caklempong Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B,
C dan D. Permainan bonang tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan
menghasilkan irama mengikut pukulan gendang. Ketukannya hanya melalu dan mudah
dimainkan.
Sauwa
Caklempong Sauwa mempunyai lapan biji bonang. Bentuknya sama sahaja dengan Caklempong
Tingkah. Bonang Sauwa diketuk mengikut corak irama ostinato dan bergerak mengikut kod
melodi. Corak irama ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain
Sauwa. Notasi Caklempong Tingkah dan Sauwa tidak disediakan, hanya kod blok sahaja
disediakan. Notasi untuk Sauwa bermula dari not E rendah (satu oktaf di bawah notasi Gereteh).
Gendang Ibu dan Gendang Anak
Gendang atau tambor biasanya diperbuat daripada kayu nangka. Kulit yang digunakan pula ialah
daripada kulit lembu atau kulit kerbau. Gendang lembu mempunyai getaran yang rendah (bass).
Kedua-dua gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan berkulit yang dipalu
dengan tangan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo dengan cara pukulan melalu.
Bangsi dan Serunai
Rupabentuk, penjarian dan cara meniup bangsi adalah serupa dengan rekoder. Meniup bangsi
adalah lebih mudah daripada meniup rekoder kerana bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa
menaikkan tonnya. Bangsi diperbuat daripada jenis buluh yang baik di mana ianya direndam,
dijemur dan diawet sebelum dijadikan bangsi. Serunai pula diperbuat daripada buluh tetapi jauh
lebih kecil daripada bangsi. Serunai hanya berukuran lebih kurang 14 sentimeter dan hanya
mempunyai 4 lubang. Serunai hanya boleh menghasilkan 5 not iaitu C, D, E, F dan G.
Kayu Pengetuk
Kayu pengetuk Caklempong berukuran kira-kira 22 sentimeter panjang. Satu pertiga daripada
kayu pengetuk dibalut dengan tali gasing supaya apabila diketukkan ke cembul Caklempong
hasil bunyinya tidak terlalu nyaring.
Not Dan Kod Lagu
Gereteh (Melodi)
Caklempong Gereteh (Melodi) terdiri daripada 15 biji bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan.
Caklempong Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D.
Latihan Gereteh
LATIHAN 1
Cara dimainkan
Caklempong dimainkan melalui tiga jenis posisi iaitu, cara tegak ialah bermain secara berdiri
dimana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki, cara duduk ialah bermain sambil bersila tanpa
tepak berkaki dan cara pacik - bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang.
Sebarang lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh
dimainkan mengikut rentak Caklempong. Untuk majlis perasmian di Hotel, Caklempong
selalunya digunakan sebagai muzik iringan di dalam sesuatu pertunjukkan silat atau tarian,
terutamanya tarian lilin dan tarian piring. Ianya digunakan juga di dalam majlis Diraja seperti
istiadat pertabalan dan juga majlis keraian korporat. Di dalam majlis perkahwinan pula,
Caklempong dipersembahkan untuk memeriahkan lagi upacara persandingan pengantin. Di
dalam tradisi dahulukala, muzik tradisional seperti Caklempong memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan, muzik ini juga dapat
menyatupadukan masyarakat dan penduduk setempat.
Rumusan
Selepas menjalankan kajian ini, saya mendapati bahawa muzik tradisional Caklempong ini
sangat sedap didengari. Muzik Caklempong ini merupakan warisan nenek moyang kita yang
harus dipelihara supaya dapat dimainkan pada masa akan datang.
Ciri-ciri dalam muzik tradisional Caklempong ini membawa kepada hubungan silaturrahim
yang lebih mesra dan saling berkerjasama dalam kumpulan tanpa mengira kaum,bangsa
mahupun agama untuk mendapatkan kemenangan bersama. Keadaan sebergini seharusnya
diperkembangkan dalam masyarakat kampung mahupun bandar. Dengan itu, terlahirlah
semangat berkerjasama dan saling hormat-menghormati lalu membentuk Negara yang aman dan
harmoni.
Demi menjaga populariti muzik tradisional Caklempong ini, ia harus didengdangkan di
majlis rasmi sekolah, di sebuah hotel dan di samping menjadikan muzik Caklempong sebagai
muzik yang boleh didendangkan ke peringkat antarabangsa.
Biodata
Nama : En Amir Bin Hj Ahmed
Umur : 45 Tahun
Alamat : Hadapan Masjid Bunut Payong, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu
Kelantan
Temu Bual
Saya : Assalamualaikum pak cik. Apa khabar?
Pak cik : Waalaikumsalam. Khabar baik.. Silalah duduk.
Saya : Terima kasih. Tujuan saya ke mari adalah untuk menemu bual pak cik tentang
muzik tradisional Caklempong.
Pak cik : Oh, begitu. Boleh. Silakan.
Saya : Apakah nama lain bagi Caklempong?
Pak cik : Caklempong juga dikenali sebagai Telempung, Telempung Tak Lempung,
Talempong dan Taklempong.
Saya : Boleh pak cik ceritakan secara ringkas latar belakang Caklempong?
Pak cik : Boleh. Caklempong dikatakan berasal dari Minangkabau di Sumatera dan di
bawa masuk ke Negeri Sembilan oleh pendatang Minangkabau. Muzik ini
terdapat di
Negeri Sembilan terutamanya di daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu.
Saya : Apakah tujuan muzik ini di mainkan?
Pak cik : Tujuan muzik ini di mainkan bagi mengiringi persembahan kaba iaitu penceritaan
bahan-bahan penglipur lara oleh tukang kaba (tukang cerita). Dalam persembahan
ini, muzik Caklempong berfungsi untuk menarik minat penonton. Selain itu, Cak
lempong turut menjadi persembahan penting dalam persembahan tumbuk kalang
iaitu persembahan yang diadakan untuk temasya menembuk emping. Bukan itu
sahaja, muzik ini turut mengiringi pelbagai jenis tarian Melayu. Caklempong
juga dimainkan dalam majlis Diraja seperti istiadat pertabalan dan juga majlis
keraian korporat. Muzil ini juga di mainkan dalam majlis perkahwinan.
Saya : Bagaimanakah Caklempong dimainkan?
Pak cik : Caklempong dimainkan dengan satu set penuh sebanyak 55 bonang. Bonang-
bonang Caklempong di letak secara tersusun dalam dua baris diatas bingkai
dibuat daripada papan dalam bentuk seperti rak empat segi dengan peta-
petaknya. Di bahagian petak-petak di rentang tali yang disebut tali para iaitu