folio sivik
TRANSCRIPT
Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
Tingkatan 4
TAJUK: PENGUMPULAN CERITA PATRIOTIK (LEFTENAN ADNAN WIRA NEGARA)
AHLI KUMPULAN:1)GAN WEI SEAN 2)NURUL IZZATI BINTI RIZAN3)SURENKUMAR A/L MANIMARAN4)NIMAAL A/L RAJASAGARAN
Isi Kandungan2.1 Tajuk Projek 2.2 Matlamat Projek 2.3 Objektif 2.4 Kaedah Pengumpulan2.5 Pelaksanaan Projek 2.6 Hasil Projek 2.7 Menbuat Refleksi2.8 Penghargaan2.9 Membuat Refleksi2.10Senarai Lampiran
2.1TAJUK:
PENGUMPULAN CERITA
PATRIOTIK (LEFTENAN
ADNAN WIRA NEGARA)
2.2 Matlamat Projek
a)Mengaplikasi pengetahuan dan nilai sivik dankewarganegaraan di luar bilik darjah.
b)Menyedarkan murid tentang pentingnyasemangat patriotik terhadap negara.
c)Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin,dan bertanggungjawab terhadap masyarakatdan Negara.
d)Menyedarkan akan pentingnya jasa yang telah perajurit Negara memepertahankan Negarademi memerdekakan Malaysia.
2.3 Objektif
a)Mengenal tokoh dan cerita patriotic denganlebih dekat.
b)Menanam sikap patriotik balam diri murid.
c)Menghormati tokoh yang pernah berjasa dan berbakti kepada negara.
2.4 Kaedah Pengumpulan
a)Mengkaji bahan-bahan rujukan seperti bukusejarah, majalah, dan berita-berita tertentu.
b)Membuat perbincangan atau temu bual denganguru sejarah atau tokoh tempatan yangmempunyai pengetahuan atau pengalamantentang sejarah berkenaan.
c)Menggunakan alat perakam yang bersesuaiansemasa sesi temu bual atau perbincangan.
d)Mencatat, menulis, dan menaip bahan-bahanyang diperoleh dengan lengkap danmenyerahkan kepada ketua kumpulan untuk tindakan selanjutnya.
2.5 Pelaksanaan Projek
a)Mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan utnuk tugas-tugas yang hendak dijalankan.
b)Mencari sumber rujukan dan mengenal pasti guru atau pihal tertentu untuk sesi temu bual dan perbincangan.
c)Menyediakan gambar, peta, dan bahan-bahan lain yang berkaitan sebagai lampiran.
d)Mengarang atau menulis bahan-bhaan dalam bentuk yang mudah difahami dan sempurna.
e)Menyemak dan membuat suntingan dair segi isi kandungan, ejaan ayat, dan sebagainya untuk laporan dan tugasan keseluruhannya.
2.6 Hasil Projek
Latar Belakang:
Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung
Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung
dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga
merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia
memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk , ditenggelamkan
oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi
terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang,Selangor .
Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia
merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan
pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama
lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki
tentera.
Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu
(Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik.Pada tahun
1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan– kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang
tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam
perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI.
Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-
Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah
menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun
ke-7, Kompeni 'C' .
Sebagai Ketua Keluarga:
Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru di
kampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua
lelaki,Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor ), dan seorang anak
perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus
selepas kejatuhan Singapura.
Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya
bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang
dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia
untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung
mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana
isterinya,Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali
terakhir mereka bersama.
Pertempuran Di Bukit Candu:
Pendaratan tentera Jepun di Malaya [Tanah Melayu](Malaysia)dan tindakan pantas
tentera Jepun memaksaTentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran
akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih
dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang
memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.
Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa
bertempur dari ketumbukan Tentera ke-25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan
pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan
terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua
alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak
Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan
Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan
utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang
tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh. Pertahanan permatang itu telah
ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan kecil
Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu(1Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2
Melayu, bersama-sama dengan battalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera British
dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya(1st Malaya Brigade).
Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di
bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada
persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang
tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilanmeriam.
Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan Pasir
Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur
disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C' . Adnan dan orang-orangnya telah
membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai
Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di
bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).
Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke
tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan
ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42
kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt.Adnan Saidi memerintah
orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir.
Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.
Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada
Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27
tahun,memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India(British-Indian
Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan
Lt.Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu
bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British.
Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan
berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera
Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam
bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya.
Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu
bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.
Kematian Pejuang:
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk
bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan
jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet. Tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh.
Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi
enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan
darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk
bertahan bersunguh-sungguh.
Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah
seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu.Dalam kacau-
bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau
terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian
mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat
perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum
diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada
pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya
telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali.Dalam kejadian lain disebut lehernya
telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak
Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada
seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang
dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit
Candu,teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas
pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong
Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu
bilik,terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya
basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya,
Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat
tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt.Adnan Saidi
tidak dibakar).
Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang
telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan
satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus
dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari
tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:
"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang
Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen
Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang
teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir
Panjang)..."
2.7 Membuat Refleksi
a) Kejayaan Projek Projek ini berjaya mencapai objektif yang dihasratkan. Mengumpulkan cerita/kisah patriotik. Ahli-ahli kumpulan dapat memahami cerita dan kisah patriotik dengan lebih
mendalam lagi. Merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli dalam kumpulan dan kumpulan
dengan kumpulan yang lain. Menanamkan sikap patriotik dalam kalangan murid.
b) Masalah projek Kekurangan pakar rujuk tmepatan tentang tokoh-tokoh tertentu. Kesukaran untuk memperoleh gambar-gambar yang sesuai bagi tokoh-tokoh
tertentu. Kesukaran untuk memperoleh cerita atau kisah patriotik yang melibatkan wanita.
c) Cara mengatasi masalah Berbincang dengan guru-guru dan mendapatkan nasihat daripada mereka. Memperoleh gambar-gambar tertentu daripada Internet, pusat sumber, dan
Perpustakaan Negara.
2.8 Penghargaan
GURU:
Terima kasih kepada Puan Hanani kerana membantu kami dalam misi menyiapkan kerja kursus Sivik Tingkatan 4.
2.10 Senarai Lampiran
Gambar-gambar Terkumpul:
Leftenan Adnan
Potret Leftenan Adnan
Senjata Yang Digunakan Semasa Pertempuran di Bukit Candu:
Lewis Machinegun
Bayonet
Bom Tangan
Mortar
Senarai Bahan Rujukan:
a)http://ms.wikipedia.org/wiki/Adnan_bin_Said i
b)http://www.youtube.com/view_play_list? p=F7FC7FC371E8D57A&search_query=left enan+adnan
c)http://images.google.com.my/images?hl=en&q=leftenan+adnan&gbv=2&aq=1&oq=lefte