folio tenis

13
Dewasa ini,terdapat pelbagai jenis permainan yang menggunakan raket yang dimainkan dan tenis merupakan salah satu permainan yang paling disukai. Menurut beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak sebelum Masihi, iaitu di Mesir dan Yunani . Pada abad ke-11 ,sejenis permainan yang disebut jeu de paume, yang menyerupai permainan tenis telah dimainkan untuk pertama kali di sebuah kawasan di Perancis . Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu sedangkan pemukulnya adalah tangan.Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Italia dan Inggeris pada abad ke-13 dan mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat.Peminatnya terdiri daripada rakyat setempat terhadap permainan ini. Sejak itu perkembangan tenis terus meningkat ke negara-negara Eropa h yang lain. Raket yang sebenar diperkenalkan kali pertama pada abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang pastur berbangsa Italia. Ia menulis aturan umum tentang semua permainan yang menggunakan bola, termasuk tenis. Majalah Inggris "Sporting Magazine" menamakan permainan ini sebagai 'tenis lapangan' (lawn tennis). Dalam buku "Book of Games And Sports", yang diterbitkan dalam tahun 1801 , disebut sebagai "tenis panjang". Tenis pada mulanya merupakan permainan masyarakat kelas atas. Tenis lapangan rumput yang terkenal di zaman Ratu Victoria lalu ditiru oleh golongan menengah, dan menjadikannya sebagai permainan biasa. Klub tenis pertama yang didirikan adalah Leamington di Perancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872 . Pada masa itu, tenis disebut sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874 permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Serikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pun telah didirikan pada tahun

Upload: fyezah122550

Post on 30-Jun-2015

1.961 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: folio tenis

Dewasa ini,terdapat pelbagai jenis permainan yang menggunakan raket yang

dimainkan dan tenis merupakan salah satu permainan yang paling disukai. Menurut

beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan

sejak sebelum Masihi, iaitu di Mesir dan Yunani.

Pada abad ke-11,sejenis permainan yang disebut jeu de paume, yang

menyerupai permainan tenis telah dimainkan untuk pertama kali di sebuah kawasan

di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu sedangkan

pemukulnya adalah tangan.Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Italia dan

Inggeris pada abad ke-13 dan mendapat sambutan hangat dalam waktu yang

singkat.Peminatnya terdiri daripada rakyat setempat terhadap permainan ini. Sejak

itu perkembangan tenis terus meningkat ke negara-negara Eropah yang lain.

Raket yang sebenar diperkenalkan kali pertama pada abad ke-15 oleh Antonio

da Scalo, seorang pastur berbangsa Italia. Ia menulis aturan umum tentang semua

permainan yang menggunakan bola, termasuk tenis. Majalah Inggris "Sporting

Magazine" menamakan permainan ini sebagai 'tenis lapangan' (lawn tennis). Dalam

buku "Book of Games And Sports", yang diterbitkan dalam tahun 1801, disebut

sebagai "tenis panjang". Tenis pada mulanya merupakan permainan masyarakat

kelas atas. Tenis lapangan rumput yang terkenal di zaman Ratu Victoria lalu ditiru

oleh golongan menengah, dan menjadikannya sebagai permainan biasa.

Klub tenis pertama yang didirikan adalah Leamington di Perancis oleh J.B.

Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun

1872. Pada masa itu, tenis disebut sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun

1874 permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Serikat oleh Dr.

James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pun telah

didirikan pada tahun 1868. Dua tahun setelah itu dibukalah kantornya di Jalan

Page 2: folio tenis

Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, klub ini juga bersedia memperuntukkan

sebagian dari lahannya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan

itu, peraturan permainan tenis lapangan rumput ditulis. Amerika Serikat mendirikan

klub tenis yang pertama di Staten Island. Bermula dari situlah, permainan tenis di

Amerika Serikat berkembang dengan pesat sekali. Dari sana lahir banyak pemain

tenis tangguh yang menguasai percaturan tenis tingkat dunia.Kejuaraan tenis

pertama bermula tahun 1877.

Page 4: folio tenis

GELANGGANG

Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang

gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada

kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki)

panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk

keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas

dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

JENIS GELANGGANG

Terdapat 4 jenis gelanggang tenis yang biasa digunakan. Jenis-jenis gelanggang

ditentukan berdasarkan penggunaan bahan pada permukaan gelanggang tenis.

a) Gelanggang Tanah Liat

b) Gelanggang Rumput

c) Gelanggang Keras

d) Gelanggang INDOOR (permaidani, getah dan kayu)

GELANGGANG TANAH LIAT

Gelanggang Tanah liat diperbuat daripada besi dan batu bata yang kukuh. Tanah liat

merah kurang kukuh berbanding tanah liat hijau, atau dipanggil Tanah liat Har-Tru

"American". Kelebihan gelanggang tanah liat ialah gelanggang tanah liat

memperlahankan pergerakan bola dan menghasilkan pukulan yang kuat berbanding

gelanggang keras dan gelanggang rumput.

Page 5: folio tenis

GELANGGANG RUMPUT

Gelanggang rumput adalah gelanggang yang paling cepat disiapkan dan selalunya

digunakan untuk kegunaan sendiri atau peribadi. Pemilihan gelanggang rumput

berdasarkan kekukuhan tanah rumput lebih kurang sama dengan gelanggang golf.

Pukulan bola juga bergantung kepada kekuatan rumput.

GELANGGANG KERAS

Gelanggang keras biasanya diperbuat daripada konkrit dang dikira gelanggang tenis

peringkat sederhana. Gelanggang tenis biasanya menyebabkan bola boleh bergerak

laju tetapi perlahan daripada gelanggang rumput. Gelanngang keras ini juga adalah

antara jenis gelanggang yang biasa digunakan.

Page 6: folio tenis

GELANGGANG INDOOR

Permukaan yang istimewa hanya boleh digunakan indoor sahaja. Gelanggang indoor yang biasa digunakan adalah jenis permaidani.

Page 7: folio tenis

Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan

badminton. Dalam satu set terdapat sekurang-kurangnya enam permainan dan

dalam satu permainan sekurang-kurangnya empat kali servis.

Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Setiap pemain yang berjaya

memungut mata pertama, matanya akan dikira 15-0,manakala mata kedua yang

dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0.

Mata seterusnya yang diperolehi oleh pemain berkenaan akan menamatkan

permainan dan memberi kemenangan kepadanya. Sepanjang permainan, mata

untuk pembuat servis dikira dahulu.

Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata yang sama, matanya dikira

40-40. Untuk mencapai kemenangan salah seorang pemaian harus mendapatkan

dua mata melebihi lawannya.Oleh itu, pemula servis perlu mendahului lawannya

dengan satu mata.

Untuk mendapatkan mata kedua,pemain akan membuat servis disebelah kiri

gelanggangnya dan pungutan mata akan dikira seperti yang sebelumnya. Seseorang

pemain haruslah memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set.

Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan akan diteruskan

sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam

sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan.

Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain akan dikira

pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

 Memulakan permainan

Page 8: folio tenis

Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain

mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para

pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.

Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat

servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada

dibahagian kanan gekanggangnya.

Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan

servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini,

pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola

daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan

(B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha

mematikan ke kawasan lawannya.

Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan

akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu

kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah

seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

Dalam permainan dan Tamat permainan

Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu

mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali

atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh

memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak

sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan

isyarat jika permainan ditamatkan.

Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan

yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua

set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri

dan dengan pengadil.

Page 9: folio tenis

RAKET

Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket

yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat

raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara

282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara

368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama

dari segi keselesaan pengangannya.

Memilih raket

Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :

Saiz gengaman tangan

Saiz dan berat raket

Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru

atau mula bermain tenis.

Pegangan raket tenis

Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau

cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan,

seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa

bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket

perlulah diutamakan.

Page 10: folio tenis

BOLA TENIS

Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7

hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola

tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

  PAKAIAN

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan.

Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu

perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah

dipakai.Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun

mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri

daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar,

stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan

digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

 PEGAWAI PERMAINAN

Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan

berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang.

Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan

peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan

mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh

beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil

Page 11: folio tenis

jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu, terdapat

juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf

kebangsaan atau antarabangsa.

Pukul Depan (For e hand )

Sebuah pukulan di mana telapak tangan yang memegang raket dihadapkan ke depan.

Pukul Kilas (Backhand)

Sebuah pukulan di mana punggung tangan yang memegang raket dihadapkan ke depan.

Groundstroke

Sebuah pukulan forehand atau backhand yang dilakukan setelah bola memantul sekali di lapanganmu.

Slice

Sebuah pukulan pada permainan tenis

Dropshot

Sebuah pukulan yang mengenai net lalu jatuh di daerah lawan.

Smesy

Sebuah pukulan keras yang menghantam sebuah bola tanpa menyentuh tanah di atas kepala dan diarahkan ke lapangan sang lawan.

Lob

Sebuah pukulan dimana bola dipukul tinggi ke jurusan sebelah belakang lawan.

Passing shot

Sebuah pukulan dimana bola melalui (bukan melintas di atas) musuh yang berada di dekat net (lihat lob).

Page 12: folio tenis

Voli

Pukulan forehand atau backhand sebelum bola memantul di lapanganmu.

Contoh pukulan forehand oleh Federer

Contoh pukulan backhand slice

Page 13: folio tenis

Contoh pukulan backhand oleh Agassi.