formatted

16
PENGUCAPAN AWAM 1 JENIS UCAPAN Ucapan ini boleh digolongkan dalam bentuk ucapan informatif yang bertujuan untuk memenuhi keperluan majlis khas. Pengucap iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijemput untuk berucap bagi merasmikan Majlis Profesor Negara (MPN) dan mengumumkan pemilihan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE). Dalam ucapannya beliau juga turut meyelitkan cadangan, nasihat dan beberapa pengumuman yang bersifat informatif kepada audiens. Tugasan 2 | Analisis Teks Ucapan Penuh

Upload: nadia-balqis

Post on 25-Jun-2015

349 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Formatted

PENGUCAPAN AWAM 1

JENIS UCAPAN

Ucapan ini boleh digolongkan dalam bentuk ucapan informatif yang bertujuan untuk

memenuhi keperluan majlis khas. Pengucap iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

dijemput untuk berucap bagi merasmikan Majlis Profesor Negara (MPN) dan mengumumkan

pemilihan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE). Dalam ucapannya beliau juga turut

meyelitkan cadangan, nasihat dan beberapa pengumuman yang bersifat informatif kepada

audiens.

| Analisis Teks Ucapan Penuh

Page 2: Formatted

PENGUCAPAN AWAM 2

SARANG LABAH-LABAH

| Analisis Teks Ucapan Penuh

Ucapan

Kepentingan ilmu

Sentiasa diberi perhatian dan

keutamaan kerajaan

Banyak dasar dan inisiatif melibatkat IPT

Pengluasan kepada penjanaan ekosistem

intelektual subur

Peranan ahli akademik

Semakin krikital, sekaligus strategik

Konsep 'murabbi'

Usaha penyelarian tugas profesor dengan kesarjanaan

seperti dalam sejarah

Kajian semula peranan, skim dan pengiktirafan ahli

akademik

Makluman penubuhan jawatankuasa khas oleh

KPT

Pengumuman 1

Pengumuman 2

Skim gaji lebih menarik tanpa mediokriti

Page 3: Formatted

PENGUCAPAN AWAM 3

PENGENALAN

Dalam bahagian pengenalan, pengucap iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd.

Najib Bin Tun Abdul Razak telah memulakan ucapan dengan ucapan salam sebelum protokol.

Hal ini adalah amalan yang tepat kerana bagi pengucap Islam, junjungan besar Nabi Muhammad

SAW telah bersabda yang maksudnya “Salam itu hendaklah mendahului kalam atau

percakapan”. Jadi, salam hendaklah diucapkan dahulu sebelum diikuti dengan protokol.

Protokol dalam ucapan ini telah disusun dengan baik dan teratur mengikut urutan

kepentingan berdasarkan panggilan kehormat, nama dan pangkat serta jawatan.

Pengenalan ucapan ini telah dimulakan dengan preview dan teknik menarik perhatian

tanpa peralihan daripada preview kepada teknik menarik perhatian.

Perenggan pertama dalam bahagian pengenalan merupakan preview. “Petang ini kita

akan menyaksikan Pelancaran Majlis Profesor Negara (MPN) yakni sebuah mekanisme yang

akan mengumpulkan intelengsia keilmuan dari seluruh negara. Kita juga akan mengumumkan

pemilihan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) yang bakal merancakkan lagi

agenda penyelidikan dan pembangunan Negara pada masa mendatang.” Pengucap telah

preview dua isi yang akan diucapkan dalam ucapannya iaitu Pelancaran Majlis Profesor Negara

(MPN) dan pemilihan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE).

Perenggan kedua dalam pengenalan merupakan teknik menarik perhatian. Antara teknik-

teknik menarik perhatian yang digunakan ialah petikan daripada hadis Rasulullah SAW “Hadis

Rasulullah SAW menyatakan bahawa sekiranya kita berkehendak kepada dunia, kita

memerlukan ilmu, sekiranya kita berkehendak kepada akhirat, kita memerlukan ilmu, sekiranya

kita berkehendak kepada kedua-duanya, adalah juga dengan jalan ilmu”. Seterusnya pengucap

telah merujuk kepada majlis dan penganjur “Justeru saya mengucapkan syabas kepada pihak

penganjur dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana berjaya menghimpunkan begitu ramai

ilmuwan dan cerdik pandai dalam majlis yang bermakna ini”. Selain itu, pengucap juga telah

merujuk kepada audiens dan menyatakan statistik dan fakta yang menarik, “Sepanjang ingatan

saya, inilah julung kalinya kita dapat menghimpunkan sebilangan besar para profesor yang

jumlahnya terkini dikhabarkan pada saya seramai 1,426 orang”.

| Analisis Teks Ucapan Penuh

Page 4: Formatted

PENGUCAPAN AWAM 4

Secara keseluruhannya, pengenalan ucapan ini telah dibuat dengan agak baik. Preview

kepada ucapan telah dilakukan tetapi isi dalam preview tidak mencakupi keseluruhan isi ucapan.

Kekurangan pada pengenalan ini adalah terletak pada ketiadaan kesinambungan atau peralihan

dari bahagian preview kepada bahagian teknik menarik perhatian. Tanpa peralihan, ucapan ini

kelihatan tidak lancar dan mengelirukan.

Teknik menarik perhatian pula telah mencapai objektifnya dengan berkesan melalui

persembahannya. Teknik yang digunakan telah berjaya menarik minat audiens yang terdiri dalam

kalangan inteligensia-inteligensia dan membuat mereka mendengar dengan bijaksana.

| Analisis Teks Ucapan Penuh

Page 5: Formatted

PENGUCAPAN AWAM 5

IDEA UTAMA DAN PECAHAN ISI

Terdapat tiga idea utama yang dibawa oleh Dato’ Sri Najib dalam ucapan ini iaitu

kepentingan ilmu, peranan ahli akademik, serta kajian semula peranan, skim dan pengiktirafan

ahli akademik.

Idea pertama iaitu kepentingan ilmu membincangkan tentang betapa kerajaan memberi

perhatian dan keutamaan terhadap perkembangan pengajian tinggi. Ini ditunjukkan dengan

banyak dasar dan inisiatif yang melibatkan pengajian tinggi yang dilakukan sejak beliau menjadi

Perdana Menteri. Ia juga dikuatkan melalui pengumuman Model Baru Ekonomi (MBE). Beliau

juga menerangkan bahawa peranan institusi pengajian tinggi dalam MBE bukan terhad setakat

melahirkan generasi terpelajar dengan menyediakan program akademik yang bermutu, malah

harus diperluaskan kepada penjanaan ekosistem intelektual subur untuk maju menjelang tahun

2020.

Idea kedua iaitu peranan ahli akademik mengandungi dua aspek, iaitu konsep murabbi

serta keselarian dengan tugas kesarjanaan. Aspek pertama iaitu konsep murabbi merujuk kepada

Pensyarah universiti sebagai tenaga pengajar dan penyelidik terbaik yang bermotivasi. Ia

diutarakan dalam majlis agar para profesor meluaskan batasan tugas keilmuan. Dalam sejarah,

murabbi merupakan ahli ilmu berwawasan, guru berhemah tinggi, sarjana yang ilmunya sampai

ke tahap hikmah, pemikir penggerak zaman berkemahiran sesuai dengan peredaran waktu serta

Lebih rela berusaha keras dalam bidang ilmu daripada leka dengan tarikan lain. Dalam aspek

kedua peranan ahli akademik, Dato’ Seri Najib menyatakan harapannya untuk penyelarian tugas

profesor dengan tugas kesarjanaan seperti dalam sejarah dapat diusahakan melalui MPN. Di sini

beliau menggunakan perbandingan sejarah Greek, Islam, Rom dan Mogul sebagai bahan

sokongan.

Idea ketiga yang dibawa dalam ucapan ini adalah kajian semula peranan, skim dan

pengiktirafan ahli akademik. Ia turut melibatkan imbuhan kewangan kepada pensyarah universiti

awam dan swasta agar setanding dengan kepakaran mereka serta setaraf dengan negara maju,

| Analisis Teks Ucapan Penuh

Page 6: Formatted

PENGUCAPAN AWAM 6

ataupun sekurang-kurangnya jiran-jiran terdekat. Dato’ Sri Najib juga telah membuat dua

pengumuman yang berkenaan dengan aspek bawaan idea ini, iaitu:

1 a. Pindaan Seksyen 46 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 bagi menambah

jumlah Profesor Diraja yang boleh dilantik pada satu-satu masa yang kini

hanya

terhad kepada tiga orang:

- Adakan pakej “remuneration” sesuai dengan ketinggian status Profesor Diraja

yang tidak terikat dengan mana-mana tangga gaji sedia ada dalam

perkhidmatan awam.

1b. Satu kategori Profesor Kanan akan diwujudkan:

- Diletakkan di bawah Gred Turus perkhidmatan awam.

- Jumlah jawatan Profesor Diraja dan Profesor Kanan akan ditentukan

kemudian oleh jawatankuasa khas;

serta

2. Arahkan kajian semula beberapa Peraturan Perkhidmatan Awam yang mempunyai

implikasi ke atas kebersanan peranan dan aktiviti IPTA dikaji semula:

- Surat Pekeliling Bilangan 3 Tahun 2008

- Garis Panduan Pelaburan untuk IPTA, April 2004

- Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Beliau menyifatkan tindak-tindakan yang diumumkannya ini sebagai usaha bagi

mewujudkan satu ekosistem terbaik untuk pengkomersialan produk penyelidikan dan

pembangunan univerisiti, program dan aktiviti pembangunan usahawan bagi mengurangkan

pergantungan kewangan kepada kerajaan. Beliau juga mengingatkan bahawa tujuan mencapai

skim gaji adalah untuk memperkasakan pengajian tinggi, serta menyeru agar mediokriti dijauhi.

| Analisis Teks Ucapan Penuh

Page 7: Formatted

PENGUCAPAN AWAM 7

BAHAN SOKONGAN

Dalam badan ucapan ini, pengucap tidak menggunakan banyak bahan sokongan. Satu-

satunya bahan sokongan yang ketara adalah penggunaan perbandingan sejarah Greek, Islam,

Rom dan Mogul untuk menunjukkan impak dan kepentingan ilmu dan kesarjanaan dalam isi

peranan ahli akademik; seperti berikut:

“Menerusi Majlis Profesor Negara juga saya berharap usaha untuk meletakkan tugas

profesor selari dengan tugas kesarjanaan sebagaimana terakam dalam catatan sejarah. Sejak

zaman kegemilangan Greek lagi, tugas kesarjanaan mempunyai impak menyerlah dalam

pembinaan minda masyarakat dan peradaban sehingga zaman berzaman. Para sarjana Greek,

seperti Aristotle dan Socrates, mencetuskan gagasan besar dan kreativiti nilai tinggi sehingga

membolehkan bangsa Greek menguasai zamannya.

 

Demikian juga peradaban Islam yang meletakkan kepentingan ilmu dan peranan

ilmuwan pada martabat sebagai pewaris para Nabi. Sebaliknya bangsa Rom dan Mogul

misalnya, terkenal dengan kekuatan bala tentera tetapi lemah dari segi kesarjanaan. 

Berbanding dengan yang lain, bangsa Greek dan peradaban Islam masih dirasakan

kehadirannya sehingga kini disebabkan sumbangan kesarjanaan yang menyerlah.” 

| Analisis Teks Ucapan Penuh

Page 8: Formatted

PENGUCAPAN AWAM 8

BAHASA

Bahasa yang digunakan oleh pengucap dalam ucapan ini merupakan Bahasa Melayu baku

secara keseluruhannya, dengan beberapa selingan perkataan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa

Arab. Ucapan ini tidak melibatkan sebarang penggunaan bahasa istana akibat ketiadaan tetamu

kehormat dari keluarga diraja. Bahasa yang digunakan dalam ucapan ini adalah sesuai dengan

audiens dan situasi majlis yang intelektual dan profesional.

| Analisis Teks Ucapan Penuh

Page 9: Formatted

PENGUCAPAN AWAM 9

PENUTUP

Bahagian penutup dalam ucapan ini telah dibuat dengan terlalu drastik kerana pengucap

berhenti berucap dengan secara tiba-tiba, seolah-olah tidak sedar bahawa masa yang diberikan

untuk berucap telah tamat.

Walau bagaimanapun, tujuan utama ucapan ini iaitu merasmikan pelancaran Majlis

Profesor Negara (MPN) telah dijalankan dengan Berjaya. “Saya dengan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim merasmikan pelancaran Majlis Profesor Negara (MPN) dan

pemilihan 6 Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE).”

Penutup yang drastik dan tanpa review akan menyebabkan audiens yang sedang

menumpukan perhatian mendengar menjadi terkejut dan lupa kepada intipati ucapan yang telah

disebutkan tadi.

Penutup yang drastik juga menampakkan ucapan ini tidak kemas dan berterabur.

Tindakan berhenti secara tiba-tiba telah menjadikan ucapan ini tergantung, tanpa rumusan dan

meninggalkan audiens dalam keadaan tertanya-tanya dan aliran ucapan menjadi kurang jelas. Hal

ini demikian kerana pemikiran audiens yang sedang berada di puncak situasi ucapan tidak

disalurkan mengikut saluran yang betul. Justeru, penutup begini kurang berkesan bagi pengucap

untuk menyampaikan mesej.

Penutup ucapan ini juga tidak dibuat dengan menarik dan tidak meninggalkan kesan yang

mendalam kepada audiens dan tidak mengubah mood audiens.

Secara keseluruhannya, penutup ini agak lemah kerana tidak mempunyai review, tidak

licin, berstruktur dan menarik untuk memberikan impak kepada audiens. Walau bagaimanapun,

satu tujuan penutup ini telah berjaya dijalankan, iaitu perasmian pelancaran Majlis Profesor

Negara (MPN).

| Analisis Teks Ucapan Penuh

Page 10: Formatted

PENGUCAPAN AWAM 10

KEKUATAN DAN KELEMAHAN ISI

KEKUATAN:

Persembahan pengenalan

Persembahan dalam bahagian pengenalan telah dibuat dengan baik. Bahan sokongan yang

digunakan telah dapat menarik perhatian pendengar dan membuatkan mereka dengar dengan

bijaksana. Protokol dalam pengenalan ucapan ini adalah tepat dan mengikut susunan keutamaan

berdasarkan gelaran kehormat, nama dan pangkat serta darjat.

Isi intelektual

Ucapan ini mengandungi isi-isi yang intelektual, profesional dan sesuai dengan tema majlis serta

audiens yang mendengarnya. Pengucap menekankan tiga idea utama iaitu kepentingan ilmu,

peranan ahli akademik serta kajian semula peranan, skim dan pengiktirafan ahli akademik. Ini

berkenaan dengan audiens sebahagian besarnya merupakan ahli akademik di mana mereka

mampu mencapah khasiatnya dan mempraktikkan apa yang disampaikan pada masa akan datang.

Berunsur nasihat

Selain mengutarakan perkara-perkara intelektual, pengucap juga menyelitkan unsur nasihat

dalam ucapannya. Ini dapat dilihat dalam beberapa aspek. Antaranya, beliau meletakkan konsep

murabbi yang bersifat mulia dan menyeluruh dari pelbagai segi sebagai model untuk diikuti.

Beliau juga turut mengingatkan audiens agar berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai

kualiti tertinggi dan kemajuan negara, serta menjauhi budaya kecincaian.

| Analisis Teks Ucapan Penuh

Page 11: Formatted

PENGUCAPAN AWAM 11

KELEMAHAN:

Tiada kesinambungan

Pengenalan ucapan ini tidak berkesinambungan. Hal ini menyebabkan pendengar menjadi

kurang fokus kerana ucapan ini tidak lancar dan pendengar tidak dapat menggambarkan

keseluruhan perjalanan ucapan. Preview ucapan ini tidak mencakupi keseluruhan isi ucapan yang

akan dibincangkan.

Olahan tidak konsisten

Pengucap tidak mengolah isi-isinya dengan begitu konsisten. Hanya aspek menyelarikan tugas

profesor dengan tugas kesarjanaan seperti dalam sejarah diberikan bahan sokongan dan olahan

yang konkrit. Isi yang lain hanya digupas secara teori dan memerlukan pendengar berfikir lebih

kritis untuk memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan pengucap.

Kesamaran peralihan isi

Isi –isi dalam ucapan ini berkait dengan terlalu rapat satu sama lain dan sukar untuk dipisahkan

sekaligus. Ini boleh menyebabkan pendengar tidak mampu membezakan kaitan isi dengan jelas

dan keliru dengan apa yang cuba disampaikan oleh pengucap. Pendengar juga mungkin tidak

memberi perhatian penuh dan hanya mendengar bahagian-bahagian yang benar-benar

berkepentingan kepada mereka dalam ucapan ini; iaitu pengumuman berkaitan skim gaji.

Penutup terlalu drastik dan tidak menarik

Penutup ucapan telah dibuat dengan begitu drastik. Hal ini menyebabkan pendengar terkejut

kerana tumpuan tinggi yang diberikan diberhentikan secara tiba-tiba. Penutup ucapan ini

kekurangan bahagian review. Ketiadaan review menyebabkan audiens lupa akan isi-isi yang telah

dikemukakan. Penutup dilakukan dengan cara yang tidak menarik langsung kerana tiada apa-apa

ayat yang dapat mengubah mood audiens mahupun meninggalkan kesan emosi yang mendalam

terhadap para audiens.

| Analisis Teks Ucapan Penuh