friezes-dan-mosaics- mt.doc

6
LAPORAN BERTULIS: MENYIASAT Matematik sebagai aktiviti budaya yang berterusan. Contoh: Bincang dalam partikular friezes dan mosaics. FRIEZES Dalam dunia Matematik, ia dianggap sebagai aktiviti budaya yang berterusan. Friezes dan mosaics merupakan salah satu contoh aktiviti budaya. Merujuk kepada definisi friezes, ia adalah sesuatu yang melibatkan satu konsep matematik untuk mengklasifikasikan corak pada permukaan 2D yang berulang-ulang dalam satu arah, berdasarkan simetri dalam corak. Friezes juga dipanggil sebagai dekorasi dinding. Terdapat pelbagai jenis corak dekorasi dinding asas yang mengaplikasikan konsep penjelmaan dalam matematik yang akan menghasilkan corak dan bentuk yang unik. Dalam aspek friezes ini, John Conway merupakan salah seorang yang mencipta nama dengan jejak langkah bagi setiap kumpulan dekorasi dinding. Selain itu, friezes juga boleh dilihat pada corak yang unik pada wau. Ini kerana ia melibatkan translasi seperti pantulan dan sisi. Contoh gambaran adalah seperti berikut:

Upload: che-wan-hasmah

Post on 21-Nov-2015

173 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN BERTULIS: MENYIASAT

Matematik sebagai aktiviti budaya yang berterusan. Contoh: Bincang dalam partikular friezes dan mosaics.

FRIEZES

Dalam dunia Matematik, ia dianggap sebagai aktiviti budaya yang berterusan. Friezes dan mosaics merupakan salah satu contoh aktiviti budaya. Merujuk kepada definisi friezes, ia adalah sesuatu yang melibatkan satu konsep matematik untuk mengklasifikasikan corak pada permukaan 2D yang berulang-ulang dalam satu arah, berdasarkan simetri dalam corak. Friezes juga dipanggil sebagai dekorasi dinding. Terdapat pelbagai jenis corak dekorasi dinding asas yang mengaplikasikan konsep penjelmaan dalam matematik yang akan menghasilkan corak dan bentuk yang unik. Dalam aspek friezes ini, John Conway merupakan salah seorang yang mencipta nama dengan jejak langkah bagi setiap kumpulan dekorasi dinding.Selain itu, friezes juga boleh dilihat pada corak yang unik pada wau. Ini kerana ia melibatkan translasi seperti pantulan dan sisi. Contoh gambaran adalah seperti berikut:

Rajah di atas menunjukkan contoh wau yang mempunyai corak yang unik. Ia jelas menunjukkan bagaimana teknik pantulan digunakan dalam menghasilkan wau tersebut. Keluasan, bentuk dan corak bagi kiri dan kanan adalah sama.

CONTOH 1: HOP

1. Dekorasi ini melibatkan translasi ke sisi dan mempunyai corak asas yang diberi gambaran sebelah tapak kaki seperti Rajah 1.

Rajah 1: Translasi ke sisi2. Corak dekorasi dinding ini terkenal di Sempadan Alcazar de los Reyes Cristianos, Cordoba, Sepanyol. Contoh corak ini adalah seperti dalam Rajah 2.

Rajah 2: Contoh friezes translasi ke sisiCONTOH 2: SIDLE

1. Dekorasi jenis ini melibatkan translasi dan pantulan secara menegak dan simetri.

2. Corak asas bagi jenis ini digambarkan dengan sebelah kaki yang saling berhadapan kemudian tapak kaki tersebut dipantulkan.

3. Gambaran lebih jelas lagi bagi corak ini seperti dalam Rajah 3.

Rajah 3: Translasi dan pantulan menegak

4. Contoh bagi corak jenis translasi sebegini biasanya terdapat pada dekorasi dinding Palacio de Velazquez Parque de Retiro Madrid, Sepanyol (Rajah 4).

Rajah 4: Contoh friezes translasi pantulan menegak

CONTOH 3: SPINNING JUMP

1. Dekorasi dinding jenis ini merupakan paling kompleks kerana ia melibatkan ketiga-tiga jenis translasi, pantulan dan putaran.

2. Corak asas bagi friezes jenis ini diberi gambaran dengan dua belah tapak kaki yang dipantulkan dan kemudiannya ditranformasikan dengan putaran. Untuk mendapat lebih jelas gambaran, Rajah 5 menerangkan segala-galanya.

Rajah 5: Friezes jenis Spinning Jump

3. Contoh corak bagi friezes ini dapat dilihat pada Back of a Bench, Banos de la Maria de Padilla Reales Alcazares, Seville, Spain. Gambaran corak ini boleh dirujuk pada Rajah 6.

Rajah 6: Contoh friezes translasi, pantulan dan putaran

MOSAICBerbeza dengan friezes, mosaics biasanya boleh dilihat pada lantai atau mozek yang bercorak. Merujuk kepada definisi, mosaic ialah seni mewujudkan imej-imej dengan himpunan kepingan kecil kaca berwarna, batu atau bahan-bahan lain. Ia boleh menjadi satu teknik seni hiasan, aspek hiasan dalaman, atau kepentingan budaya dan rohani seperti di beberapa tempat terkenal tamadun dunia.

Terdapat beberapa jenis mosaic yang terkenal di mata dunia. Berikut adalah contoh yang dapat diberikan gambaran:

Contoh 1: Roman mosaic

Contoh 2: Girih Islamic Comlex mosaic

Contoh 3: Dome of the Rock, Palestin

Kesimpulannya, aktiviti budaya sebenarnya amat berkait rapat dengan Matematik. Ini kerana ia melibatkan banyak proses matematikal dalam menghasilkan sesuatu budaya yang unik dan dikagumi oleh dunia. Budaya sangat menitikberatkan ketelitian dan ketepatan, maka asas Matematik sangat perlu diterapkan dalam proses penghasilan sesuatu aktivit budaya tersebut.