full assignment (autosaved) 1
DESCRIPTION
mathTRANSCRIPT
1 TUGASAN PROJEK MTE 3112
1.0 PENGENALAN
Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang baik adalah penting bagi memastikan
mutu dan kualiti item-item ujian yang dibina mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
Sebagai seorang bakal pendidik, adalah satu kemestian untuk menguasai kemahiran membina
JSU, membina item ujian dan mentadbir ujian di samping mampu membuat laporan terhadap
pencapaian pelajar serta menganalisis item ujian berkenaan.
Item-item ujian juga perlulah mempunyai aras kesukaran yang sesuai, keupayaan
mendiskriminasi dan distraktor yang berkesan. Justeru itu ujian perlu dibina dengan
menggunakan teknik-teknik pengukuran dan penilaian yang betul agar matlamat yang sahih
dan dipercayai dicapai disamping kualiti ujian adalah tinggi.
Tugasan ini adalah dibawah subjek Amalan Pentaksiran Dalam Matematik, kod kursus
MTE 3112. Hasil pembelajaran yang ingin ditekankan dalam tugasan pada kali ini adalah
dengan mengharapkan guru pelatih dapat menerangkan maksud penilaian dan pentaksiran
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah.
Selain itu, tugasan ini diharap dapat memberikan guru pelatih peluang meneroka
pelbagai alat pentaksiran yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah
rendah, membina jadual spesifikasi ujian bagi sesuatu ujian berasaskan sukatan matematik
sekolah rendah, membina item ujian yang sesuai untuk mentaksir pencapaian pelajar,
mentadbir, serta membuat analisis dan pentafsiran skor ujian.
Tugasan projek ini berobjektifkan untuk mengumpul dan memahami maklumat tentang
makna pengukuran, pengujian, penilaian, ciri-ciri item yang baik, analisis item, kesahan dan
kebolehpercayaan, membina jadual spesifikasi ujian bagi satu ujian matematik sekolah rendah,
menghasilkan satu kertas ujian untuk mengukur pencapaian pelajar di sekolah, serta mentadbir
ujian berkenaan dan melakukan analisis item,menentukan tahap kebolehpercayaan soalan-
soalan yang dihasilkan.
2 TUGASAN PROJEK MTE 3112
2.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
2.1 Definisi
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya
mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan,
kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para
pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif
pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti
pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan
iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras
kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti
berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain
itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan
keutuhan.
2.2 Langkah Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual
Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:
3 TUGASAN PROJEK MTE 3112
Rajah 1: Langkah Penyediaan JSU
Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat
yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu
dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang
dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil
oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk
dengan tajuk-tajuk lain juga diambil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat
sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masa bagi
sesuatu tajuk tersebut.
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini
dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis
objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji.
Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh
Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting
kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan
bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina.
Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya
mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya
mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi
peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.
Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya
dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras
4 TUGASAN PROJEK MTE 3112
kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap
kecedasan murid.
Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah
penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama,
sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan
sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada
kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira
masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran,
panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.
2.3 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian
dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat
membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat
mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran
dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari
semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan
dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan
pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang
lain.
7 TUGASAN PROJEK MTE 3112
4.0 LAPORAN SKOR PENCAPAIAN UJIAN
4.1 Laporan Pencapaian Murid 5 Arif SK Dato’ Idris
BIL NAMA SKOR
1 Nasyrah bt Azizan19
2 Nur Aisyah bt Ani18
3 Nurul Ezzah bt Abidin18
4 Danial Aiman bin Mohd Rapidi17
5 Mimi Aslinda bt Abd Halim15
6 Nurin Adibah bt Badrul Hisham15
7 Muhammad Zamzam bin Abdul Rashid14
8 Nur Hidayah bt Suhaiza14
9 Airiel Aziezi bin Abdullah Soni13
10 Nurul Athirah bt Zamzuri13
11 Imanina Farhanah bt Feizal12
12 Muhammad Ieman Adam b Zaini Ambia12
13 Nur Athirah Fathanah bt Rahim12
14 Nur Atiqah Aisyah bt Sabaruddin12
15 Norfarah Hanna bt Aba Zarim11
16 Nur Fatirah binti Mohd Normalah11
17 Nurul Najihah bt Abdul Rahman11
18 Asraf bin Hj Zainal11
19 Ammar Haziq b. Mohd Sanusi10
20 Siti Farhani bt Rosman10
21 Muhamad Firdaus bin Ridzuan Lopos9
22 Nur Aina Amirah bt Ismail9
8 TUGASAN PROJEK MTE 3112
23 Muhamad Alif Fitri b. Hanizam8
24 Nur Izzati Aqilah bt Nasran8
25 Mohammad Khalish b Marsan7
26 Nur Ain bt Mohd Razali7
27 Muhammad Fajrul Islam bin Nadzri6
Jadual 1: Skor Pencapaian Murid
Rajah 2: Carta Pai Kekerapan Skor Ujian
10 TUGASAN PROJEK MTE 3112
4.1.1 Min Ujian
Skor Ujian Kekerapan (f) Nilai Tengah (X’) fX’
16 – 20 4 18 72
11 – 15 14 13 182
6 – 10 9 8 72
N = 27 ∑fX’ = 326
Min = ( ∑ fX’ ) ÷ N
= 326 ÷ 27
= 12.07
4.1.2 Median Ujian
Skor Ujian: 6, 7, 7, 8, 8, 9, 9, 10, 10, 11, 11, 11, 11, 12, 12, 12, 12, 13, 13, 14, 14, 15, 15, 17,
18, 18, 19
Median Ujian = 12
4.1.3 Mod Ujian
Skor Ujian: 6, 7, 7, 8, 8, 9, 9, 10, 10, 11, 11, 11, 11, 12, 12, 12, 12, 13, 13, 14, 14, 15, 15, 17,
18, 18, 19
Mod Ujian = 11 dan 12
11 TUGASAN PROJEK MTE 3112
4.1.4 Sisihan Piawai Ujian
Skor UjianKekerapan
(f)
Nilai Tengah
(X)fX X2 fX2
16 – 20 4 18 72 324 1296
11 – 15 14 13 182 169 2366
6 – 10 9 8 72 64 576
∑f = 27 ∑fX = 326 ∑fX2 = 4238
Sisihan Piawai Ujian, =
=
= 11.18
4.1.4 Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai Ujian
Sisihan piawai merupakan ukuran kebolehubahan sebaran skor-skor. Ia merupakan
sejauh mana skor berubah di sekeliling min. Melalui ujian yang telah dijalankan, nilai sisihan
piawai ialah 11.18. Semakin besar nilai sisihan piawai, semakin besar sebaran skor dalam
taburan. Ini bermakna data ujian ini adalah tersebar luas antara satu sama lain (heterogen).
12 TUGASAN PROJEK MTE 3112
4.1.5 Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi
4.1.5.1 Perkaitan antara I.K dan I.D dengan Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian
Dalam bidang penilaian, kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga boleh dilihat dari
segi nilai I.D dan I.K.nya seperti yang berikut:
“Kuasa mendiskriminasi sesuatu item ialah satu teknik untuk menunjukkkan keesahan
item itu. Sekiranya seseorang guru yakin dengan keesahan isi ujiannya, maka secara logiknya
dia boleh mengandaikan bahawa skor-skor sesuatu item adalah bersetuju dengan skor-skor
keseluruhan ujian. Sekiranya ujian adalah sah maka sesuatu item yang bersetuju dengan ujian
itu juga adalah juga sah. Sekiranya sesuatu item itu bersetuju dengan ujian, maka lebih ramai
pelajar-pelajar yang berkebolehan tinggi daripada pelajar yang berkebolehan rendah menjawab
item itu dengan betul.” (Abdul Fatah, 1985: 144)
Manakala pakar bahasa dari Barat menyatakan:
“The construction of solid and reliable tests requires consideration of quantitative
information regarding the difficulty and discrimination power of each test exercise or item, that is
proposed for use.” (Davis, B.F., 1953: 97)
Kenyataan-kenyataan di atas sama-sama menunjukkan bahawa I.D dan I.K adalah
berhubungan rapat dengan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu bahan ujian. Bahan-bahan
ujian yang sudah dianalisis untuk melihat kuasa diskriminasinya, dan didapati baik, bolehlah
digunakan berulang kali oleh guru dan ini sudah pasti dapat menguntungkan masanya; juga ia
dapat memastikan bahawa ujian yang diberinya kepada pelajar adalah sah dan boleh
dipercayai (Azman Wan Chik, 1982:138)
4.1.5.2 Indeks Kesukaran Ujian
Indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina terlalu
sukar, sederhana atau terlalu mudah (Mok, 1995: 129). Formula untuk menghitung nilai indeks
kesukaran adalah seperti berikut:
13 TUGASAN PROJEK MTE 3112
Indeks kesukaran =
Di mana Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi yang menjawab item/soalan dengan betul
Bs = Jumlah calon dalam kumpulan sederhana yang menjawab item/soalan dengan
betul
Br = Jumlah calon dalam kumpulan rendah yang menjawab item/soalan dengan betul
J = Jumlah calon
Setelah nilai indeks kesukaran untuk item/soalan tertentu diperolehi, pentafsiran item/soalan itu
dapat dibuat berdasarkan jadual seperti di bawah:
Indeks Kesukaran (I.K) Pentafsiran Item/Soalan Keputusan
I.K < 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai
0.3 < I.K < 0.8 Sederhana Terima
I.K > 0.8 Terlalu Mudah Ubahsuai
Jadual 2: Pentafsiran item/soalan berdasarkan Indeks Kesukaran (Mok, 1995: 129)
Jelasnya daripada jadual di atas, dapat dilihat bahawa jika lebih tinggi nilai indeks kesukaran,
maka ia bermakna lebih senanglah soalan tersebut dan jika nilai indeks kesukaran rendah,
maka lebih sukarlah item atau soalan itu. Jadual berikut memaparkan nilai Indeks Kesukaran
daripada ujian yang dijawab oleh pelajar 5 Arif:
14 TUGASAN PROJEK MTE 3112
Nombor Soalan Indeks Kesukaran (p)
1 0.85
2 0.74
3 0.93
4 0.48
5 0.44
6 0.41
7 0.81
8 0.81
9 0.85
10 0.70
11 0.85
12 0.19
13 0.78
14 0.22
15 0.74
16 0.44
17 0.37
18 0.44
19 0.63
20 0.22
Jadual 3: Nilai Indeks Kesukaran Ujian bagi Tahun 5 Arif
15 TUGASAN PROJEK MTE 3112
4.1.5.3 Indeks Diskriminasi Ujian
Indeks Diskriminasi mempunyai kuasa atau fungsi membezakan calon-calon daripada
kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat (Mok 1995: 130). Dengan perkataan lain, Indeks
Diskriminasi menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran itu membezakan
pencapaian di antara pelajar-pelajar baik dengan yang lemah dan seterusnya sama ada tiap-
tiap satu soalan atau butiran membezakan pelajar (Azman Wan Chik, 1982: 137)
Tujuan mengadakan penganalisaan soalan untuk mendapatkan indeks diskriminasi ialah
untuk mengetahui sama ada soalan yang dibina itu terlampau susah sehingga pelajar yang baik
juga tidak dapat menjawabnya atau disebaliknya ia terlalu senang sehingga pelajar yang lemah
juga dapat memberi jawapan yang betul.
Formula berikut digunakan untuk mengira nilai indeks diskriminasi:
Indeks Diskriminasi:
Di mana Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item/soalan dengan betul.
Bs = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item/soalan dengan betul.
J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah
Nilai indeks diskriminasi yang diperolehi daripada formula di atas dapat menolong kita
menentukan sama ada item/soalan yang dibina itu bermutu tinggi atau tidak. Jadual berikut
memberi satu kaedah umum untuk membolehkan kita mentafsir soalan yang dikaji.
16 TUGASAN PROJEK MTE 3112
Indeks Diskriminasi (I.D) Pentafsiran Item/Soalan Keputusan
I.D ≥ 0.4 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima
0.2 ≤ I.D < 0.4Diskriminasi positif yang
sederhanaUbahsuai item/soaln
0 ≤ I.D < 0.2Diskriminasi positif yang
rendahTulis item/soalan semula
I.D < 0
Diskriminasi negatif, prestasi
kumpulan rendah lebih baik
daripada kumpulan tinggi
Item/soalan itu buruk dan
harus dibuang
Jadual 4: Pentafsiran item/soalan berdasarkan Indeks Diskriminasi (Mok, 1995: 129)
Jadual berikut memaparkan nilai Indeks Diskriminasi ujian pelajar 5 Arif:
Nombor Soalan Indeks Diskriminasi (d)
1 0.24
2 0.59
3 0
4 0.59
5 0.47
6 0.47
7 0.12
8 0.35
9 0.24
10 0.47
11 0.12
17 TUGASAN PROJEK MTE 3112
12 0.12
13 0.24
14 0
15 0.35
16 0.35
17 0.59
18 0.47
19 0.59
20 0.24
4.1.5.4 Pengiraan Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi (d) dengan Menggunakan MS Excel
Berikut merupakan hasil pengiraan Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi (d)
menggunakan MS Excel:
18 TUGASAN PROJEK MTE 3112
4.1.5.5 Pentafsiran dan Penganalisaan I.D (p) dan I.K (d) untuk Ujian bagi Tahun 5 Arif
Soalan I.K
(p)
Pentafsiran Cadangan I.D
(d)
Pentafsiran Cadangan Analisa
1 0.85
Terlalu
mudah
Ubahsuai
0.24
Diskriminasi
positif yang
sederhana
Ubahsuai Mudah tapi
boleh
diterima
2 0.74
Sederhana Terima
0.59
Diskriminasi
positif yang
tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
3 0.93
Terlalu
mudah
Ubahsuai
0
Diskriminasi
positif yang
rendah
Tulis
soalan
semula
Soalan yang
lemah
4 0.48
Sederhana Terima
0.59
Diskriminasi
positif yang
tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
5 0.44
Sederhana Terima
0.47
Diskriminasi
positif yang
tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
6 0.41
Sederhana Terima
0.47
Diskriminasi
positif yang
tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
7 0.81
Terlalu
mudah
Ubahsuai
0.12
Diskriminasi
positif yang
rendah
Tulis
soalan
semula
Mudah dan
tak dapat
membezakan
8 0.81
Terlalu
mudah
Ubahsuai
0.35
Diskriminasi
positif yang
sederhana
Ubahsuai Mudah tapi
boleh
diterima
9 0.85 Terlalu Ubahsuai 0.24 Diskriminasi Ubahsuai Mudah tapi
19 TUGASAN PROJEK MTE 3112
mudah positif yang
sederhana
boleh
diterima
10 0.70
Sederhana Terima
0.47
Diskriminasi
positif yang
tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
11 0.85
Terlalu
mudah
Ubahsuai
0.12
Diskriminasi
positif yang
rendah
Tulis
soalan
semula
Mudah dan
tak dapat
membezakan
12 0.19
Terlalu
sukar
Ubahsuai
0.12
Diskriminasi
positif yang
rendah
Tulis
soalan
semula
Sukar dan
tak dapat
membezakan
13 0.78
Sederhana Terima
0.24
Diskriminasi
positif yang
sederhana
Ubahsuai Boleh
diterima
14 0.22
Terlalu
sukar
Ubahsuai
0
Diskriminasi
positif yang
rendah
Tulis
soalan
semula
Soalan yang
lemah
15 0.74
Sederhana Terima
0.35
Diskriminasi
positif yang
sederhana
Ubahsuai Boleh
diterima
16 0.44
Sederhana Terima
0.35
Diskriminasi
positif yang
sederhana
Ubahsuai Boleh
diterima
17 0.37
Sederhana Terima
0.59
Diskriminasi
positif yang
tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
18 0.44
Sederhana Terima
0.47
Diskriminasi
positif yang
tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
20 TUGASAN PROJEK MTE 3112
19 0.63
Sederhana Terima
0.59
Diskriminasi
positif yang
tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
20 0.22
Terlalu
sukar
Ubahsuai
0.24
Diskriminasi
positif yang
sederhana
Ubahsuai Sukar tapi
boleh
diterima
Jadual 5:Penganalisaan dan Pentafsiran Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi untuk Ujian Matematik Tahun 5 Arif
Pada keseluruhannya, keputusan analisis yang diperolehi agak menggalakkan.
Keputusan analisis menunjukkan 8 daripada 10 soalan yang dibina mencapai tahap baik iaitu
nilai p nya sederhana dan nilai d masing-masing mencapai nilai diskriminasi positif yang tinggi.
Soalan-soalan yang berkualiti tinggi ini ialah soalan 2, 4, 5, 6, 10, 17, 18, 19. Ini bererti soalan-
soalan ini dapat membezakan kemampuan kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah dengan
jelasnya.
Bagi sesebuah ujian, soalan yang boleh dijawab dengan betul oleh semua pelajar atau
soalan yang tidak boleh dijawab oleh semua pelajar merupakan soalan yang lemah (Abdul
Fatah, 1985: 144). Soalan-soalan sedemikian akan menyebabkan semua pelajar mendapat
kosong atau markah penuh. Keadaan ini berlaku pada soalan 3 dan soalan 14. Hampir semua
pelajar dari semua kumpulan dapat menjawab soalan 3 iaitu nilai p mencapai 0.93. Ujian
sedemikian tidak menunjukkan sebarang perbezaan antara pelajar, ini dibuktikan dengan nilai d
mencapai 0. Bagi soalan 14 pula hampir semua pelajar dari semua kumpulan tidak dapat
menjawabnya iaitu nilai k mencapai 0.22. Nilai d pula mencapai 0. Dengan itu, soalan-soalan ini
merupakan soalan lemah yang harus ditulis semula kerana ia langsung tidak dapat
membezakan kumpulan cerdas daripada kumpulan lemah.
Keadaan yang hampir sama berlaku pada soalan 7 di mana 80% daripada 27 orang
pelajar (p=0.81) dapat menjawabnya dan nilai d hanya mencapai 0.12. Soalan 12 juga
mengalami keadaan yang sama di mana hanya 20% (p=0.19) tidak dapat menjawabnya. Nilai d
juga hanya mencapai 0.12. Satu soalan di mana setiap orang mendapat markah penuh atau
hampir mendapat markah penuh adalah satu soalan yang sangat senang. Pelajar-pelajar telah
dihalang dari menunjukkan pencapaian sebenar mereka. Soalan lain yang serupa seperti ini
ialah soalan 11.
21 TUGASAN PROJEK MTE 3112
Kadangkala, dalam sesuatu ujian, adalah wajar jika sesetengah soalan yang mudah
diguna untuk memberi peluang kejayaan kepada pelajar yang lemah; juga soalan-soalan yang
susah boleh diberi untuk mencabar pelajar-pelajar yang berkebolehan tinggi. Soalan 1 (p=0.85)
dan soalan 20 (p=0.22) yang berada di tahap agak mudah dan agak sukar diberikan tetapi oleh
kerana nilai d masing-masing mencapai 0.24 yang bererti nilai diskriminasi positif yang
sederhana. Ini bermakna soalan ini walaupun susah dan senang tetapi tidaklah lemah, jadi ia
masih boleh diterima. Begitu juga hal yang sama pada soalan 8 dan 9.
Bagi soalan-soalan seperti soalan 13 (p=0.78), 15 (p=0.74) dan 16 (p=0.44) di mana
nilai d masing-masing mencapai 0.24 (soalan 13) dan 0.35 (soalan 15 dan 16), ini bereti
diskriminasinya sederhana dan kesukarannya agak tinggi. Walau bagaimanapun, kita boleh
menyimpulkan bahawa soalan tersebut tidak lemah, tetapi Cuma agak sukar sahaja.
Bagi 20 soalan yang dikaji ini, tiada satu soalan yang mendiskriminasi secara negatif.
Sesuatu soalan jika mendiskriminasi secara negatif, ini bermakna ia tidak bersetuju dengan
ujian tersebut. ada sesuatu yang tidak kena mengenai soalan tersebut (Abdul Fatah, 1985:
145). Sekiranya sesuatu soalan itu sukar dan tidak boleh dijawab dengan betul oleh sebahagian
besar pelajar-pelajar dari kumpulan di atas, maka sudah tentu ramai lagi pelajar-pelajar dari
golongan bawah tidak boleh menjawab soalan tersebut dengan betul.
4.1.5.6 Soalan-soalan yang Telah Diubah
22 TUGASAN PROJEK MTE 3112
3. Berapakah jumlah wang RM 4 059.49, RM 187.89, dan RM 5 082.92
A. RM 9 330.30B. RM 9 033.30C. RM 9 003.33D. RM 9 303.30
7. Berapakah yang tinggal jika daripada RM 15 505 dikurangkan sebanyak RM 6 719.05 dan RM 998.95?
A. RM 7 786.85B. RM 7 786.90C. RM 7 787.85D. RM 7 787.90
11. Di dalam sebuah dompet terdapat wang sebanyak RM 592.05. Kirakan jumlah wang yang ada jika terdapat 37 dompet yang sama.
A. RM 19 806.75B. RM 19 808.65C. RM 21 905.85D. RM 21 906.75
12. Rajah dibawah menunjukkan sekeping kad.
RM 6 392.40 x K = RM 51 139.20
Tentukan nilai bagi K yang paling sesuai bagi kiraan tersebut.
A. 6B. 7C. 8D. 9
14. RM 24 120 ÷ 42 =
23 TUGASAN PROJEK MTE 3112
A. RM 574.28B. RM 575.38C. RM 575.30D. RM 579.29
4.2 Laporan Pencapaian Murid 5 Bestari SK Dato’ Idris
4.2.1 Maklumat Hasil Keputusan Ujian terhadap 22 orang murid 5 Bestari
Saya telah menjalankan ujian matematik mengenai topik iaitu Wang bagi tahun 5 yang
melibatkan bidang pembelajaran iaitu Wang hingga RM 100 000. Ujian yang telah dilakukan 19
Ogos 2013 terhadap 22 orang murid. Maklumat keputusan ujian adalah seperti berikut:
Bil Nama murid Jumlah skor daripada 20 soalan
1 Nur Alya Amalina Binti Abdul Ghaffar 11
2 Zul Shaqir Aiman Bin Zulkifli 11
3 Muhammad Haiqimi Bin Ahmad Omar 11
4 Muhammad Haziq Bin Ismail 10
5 Nabil Bin Marzikmar 10
24 TUGASAN PROJEK MTE 3112
6 Elly Nur Najwa Binti Mohd Ali 10
7 Muhammad Danish Aqil Bin Norazli 9
8 Siti Nor Lyana Binti Ramli 8
9 Muhammad Haziq Bin Kamarulzaman 8
10 Muhammad Firdaus Bin Mohd Khairul Faizal 8
12 Puteri Balqis Binti Juhari 8
13 Muhammad Haizimi Bin Ahmad Omar 8
14 Faizuddin Bin Azhar 7
15 Arif Bin Roszaidi 6
16 Iqmal Hakim Bin Azman 6
17 Izzah Binti Arifin 6
18 Muhammad Haikal Hafizi Bin Fazul 5
19 Aniq Syahmi Bin Azli 5
Bil Nama murid Jumlah skor daripada 20 soalan
20 Muhammad Amirul Syazwan Bin Ismail 5
21 Nur Khairunnisa Binti Abidy 4
22 Raja Amir Azhar Raja Zaimi 4
23 Siti Nur Atika Binti Musa 4
Perkara yang boleh saya dapati iaitu jumlah skor tertinggi iaitu Nur Alya Amalina, Zul Shaqir
Aiman dan Muhammad Haiqimi manakala jumlah skor terendah ialah Nur Khairunnisa, Raja
Amir Azhar dan Siti Nur Atika.
4.2.2 Pengiraan Statistik Min, Median, Mod Dan Sisihan Piawai. i Pengiraan Mod.
25 TUGASAN PROJEK MTE 3112
Mod adalah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi. Susunan data bagi
jumlah skor ialah:
4, 4, 4, 5, 5, 5, 6, 6, 6, 7, 8, 8, 8, 8, 8, 9, 10, 10, 10, 11, 11, 11
Maka taburan kekerapan bagi jumlah skor telah dimasukkan ke dalam bentuk jadual 1 iaitu:
Jumlah Skor Kekerapan, f
4 3
5 3
6 3
7 1
8 5
9 1
10 3
11 3
Rajah 1
Kesimpulannya, taburan jumlah skor ini mempunyai satu mod (unimod) sahaja.
Nilai mod ialah 8.
ii Pengiraan Median.
Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai
purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap.
Jumlah murid yang terdiri daripada 22 orang telah menyebabkan nilai purata dua
skor tengah-tengah taburan dipilih iaitu:
4, 4, 4, 5, 5, 5, 6, 6, 6, 7, 8, 8, 8, 8, 8, 9, 10, 10, 10, 11, 11, 11
Maka median =
= 8
26 TUGASAN PROJEK MTE 3112
Kesimpulannya, median bagi 22 orang ialah 8.
iii Pengiraan Min
Min digunakan secara luas kerana mengambil kira semua skor dalam taburan
dan sangat jitu. Min digunakan bagi mengira nilai purata skor dalam keputusan ujian
22 orang murid kelas 5 Bestari.
Min, =
=
= 7.45
iv Pengiraan Sisihan Piawai,
Sisihan piawai dapat membantu dalam mengetahui tentang berapa jauh skor-
skor tersebut tersebar. Bagi 22 orang murid 5 Bestari, kiraan sisihan piawai bagi satu
set yang tidak terkumpul adalah seperti berikut:
Jumlah Skor (X) Kekerapan, f fx f
4 3 4x3 = 12 = 16 3x16 = 48
27 TUGASAN PROJEK MTE 3112
5 3 5x3 = 15 = 25 3x25 = 75
6 3 6x3 = 18 = 36 3x36 = 108
7 1 7x1= 7 = 49 1x49 = 49
8 5 8x5 = 40 = 64 5x64 = 320
9 1 9x1 = 9 =81 1x81 = 81
10 3 10x3 = 30 = 100 3x100 = 300
11 3 11x3 = 33 = 121 3x121 = 363
N = 22 = 164 = 1344
Dengan menggunakan formula, =
=
= 2.34961
Sisihan Piawai bagi ialah 2.34961, di mana ini kurang daripada 10. Nilai kecil ini
menunjukkan bahawa kebanyakan skor adalah berhampiran dengan min 7.45. ini
bermaksud bahawa data taburan bercorak homogen dan skor-skor tidak tersebar
luas.
28 TUGASAN PROJEK MTE 3112
v Graf Kekerapan melawan jumlah skor bagi 22 orang murid 5 Bestari
Jumlah Skor Kekerapan, f
4 3
5 3
6 3
7 1
8 5
9 1
10 3
11 3
29 TUGASAN PROJEK MTE 3112
4.2.3 Laporan Analisis Item
4.2.3.1 Indeks kesukaran
Indeks kesukaran digunakan bagi menunjukkan sama ada soalan yang dibina
terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah. Berdasarkan soalan yang telah diuji kepada
22 orang murid. Keputusan indeks kesukaran menggunakan MS Excel adalah seperti
berikut:
Nombor
soalan
Indeks Kesukaran Pentafsiran item/ soalan Keputusan
1 0.818181818 Terlalu mudah Ubahsuai
2 0.590909091 Sederhana Terima
3 0.863636364 Terlalu mudah Ubahsuai
4 0.090909091 Terlalu sukar Ubahsuai
5 0.5 Sederhana Terima
6 0.363636364 Sederhana Terima
7 0.454545455 Sederhana Terima
8 0.272727273 Terlalu sukar Ubahsuai
9 0.363636364 Sederhana Terima
10 0.545454545 Sederhana Terima
11 0.454545455 Sederhana Terima
12 0.363636364 Sederhana Terima
13 0.409090909 Sederhana Terima
14 0.181818182 Terlalu sukar Ubahsuai
Nombor Indeks Kesukaran Pentafsiran item/ soalan Keputusan
30 TUGASAN PROJEK MTE 3112
soalan
15 0.272727273 Terlalu sukar Ubahsuai
16 0.136363636 Terlalu sukar Ubahsuai
17 0.181818182 Terlalu sukar Ubahsuai
18 0.181818182 Terlalu sukar Ubahsuai
19 0.227272727 Terlalu sukar Ubahsuai
20 0.181818182 Terlalu sukar Ubahsuai
Soalan 4, 8, 14, 15, 16, 17, 18, 19 dan 20 merupakan soalan yang terlalu sukar
bagi kebanyakkan murid 5 Bestari dan perlu diubahsuai manakala soalan 1 dan 3 adalah
terlalu mudah dijawab dan perlu diubahsuai. Soalan 2, 5, 6, 7, 9, 10, 11, 12 dan 13 adalah
sederhana dan item/soalan diterima bagi diuji kepada 22 orang murid 5 Bestari.
4.2.3.2 Indeks Diskriminasi
Indeks diskriminasi mempunyai kuasa atau fungsi membezakan calon-calon
daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat. Ini bagi mengetahui sama ada
soalan yang dibina itu terlampau susah sehingga pelajar yang baik tidak dapat
menjawabnya atau sebaliknyaia terlalu senang sehingga pelajar yang lemah juga dapat
memberikan jawapan yang betul.
Nombor
soalan
Indeks
Diskriminasi
Pentafsiran item/ soalan Keputusan
1 0.166666667 Diskriminasi positif yang
rendah
Tulis item/soalan
semula
31 TUGASAN PROJEK MTE 3112
2 0.666666667 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima
Nombor
soalan
Indeks
Diskriminasi
Pentafsiran item/ soalan Keputusan
3 0.333333333 Diskriminasi positif yang
sederhana
Ubahsuai item/soalan
4 0 Diskriminasi positif yang
rendah
Tulis item/soalan
semula
5 0.166666667 Diskriminasi positif yang
rendah
Tulis item/soalan
semula
6 0.5 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima
7 0.666666667 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima
8 0.333333333 Diskriminasi positif yang
sederhana
Ubahsuai item/soalan
9 0.166666667 Diskriminasi positif yang
rendah
Tulis item/soalan
semula
10 0.333333333 Diskriminasi positif yang
sederhana
Ubahsuai item/soalan
11 0.666666667Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
12 0.666666667 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima
13 0.333333333 Diskriminasi positif yang
sederhana
Ubahsuai item/soalan
14 0 Diskriminasi positif yang
rendah
Tulis item/soalan
semula
15 0.666666667 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima
32 TUGASAN PROJEK MTE 3112
Nombor
soalan
Indeks
Diskriminasi
Pentafsiran item/ soalan Keputusan
16 0 Diskriminasi positif yang
rendah
Tulis item/soalan
semula
17 0 Diskriminasi positif yang
rendah
Tulis item/soalan
semula
18 0.5 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima
19 -0.333333333 Diskriminasi negatif, prestasi
Kumpulan rendah lebih baik
daripada kumpulan tinggi
Item soalan Buruk dan
perlu dibuang
20 0.166666667 Diskriminasi positif yang
rendah
Tulis item/ soalan
semula
Soalan 2, 6, 7, 11, 12, 15 dan 18 mempunyai diskriminasi yang tinggi dan amat
sesuai diterima manakala soalan 19 memiliki diskriminasi negatif dan perlu dibuang.
Soalan 3, 8 dan 10 mempunyai diskriminasi positif sederhana dan perlu diubahsuai
item/soalan. Diskriminasi positif rendah ada pada soalan 1, 4, 5, 9, 14, 16, 17 dan 20 dan
perlu tulis item/soalan semula.
4.2.3.3 Pengiraan Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi (d) dengan Menggunakan MS Excel
Berikut merupakan hasil pengiraan Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi
(d) menggunakan MS Excel:
33 TUGASAN PROJEK MTE 3112
4.2.3.3 Penganalisaan dan Pentaksiran I.D dan I.K bagi 20 soalan.
Soalan I.K Pentafsiran Cadangan I.D Pentafsiran Cadangan Analisa
1 0.82 Terlalu
mudah
Ubahsuai 0.17 Diskriminasi positif
yang rendah
Tulis
item/soalan
semula
Soalan
yang
lemah
2 0.59 Sederhana Terima 0.67 Diskriminasi positif
yang tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
3 0.86 Terlalu
mudah
Ubahsuai 0.33 Diskriminasi positif
yang sederhana
Ubahsuai
item/soalan
Mudah tapi
boleh
diterima
4 0.09 Terlalu
sukar
Ubahsuai 0 Diskriminasi positif
yang rendah
Tulis
item/soalan
semula
Soalan
yang
lemah
5 0.5 Sederhana Terima 0.17 Diskriminasi positif
yang rendah
Tulis
item/soalan
semula
Sederhana
dan tak
dapat
bezakan
6 0.36 Sederhana Terima 0.5 Diskriminasi positif
yang tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
7 0.45 Sederhana Terima 0.67 Diskriminasi positif
yang tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
8 0.27 Terlalu
sukar
Ubahsuai 0.33 Diskriminasi positif
yang sederhana
Ubahsuai
item/soalan
Boleh
diterima.
34 TUGASAN PROJEK MTE 3112
Soalan I.K Pentafsiran Cadangan I.D Pentafsiran Cadangan Analisa
9 0.36 Sederhana Terima 0.16 Diskriminasi positif
yang rendah
Tulis
item/soalan
semula
Sederhana
dan tak
dapat
bezakan
10 0.54 Sederhana Terima 0.33 Diskriminasi positif
yang sederhana
Ubahsuai
item/soalan
Boleh
diterima
11 0.45 Sederhana Terima 0.67 Diskriminasi positif
yang tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
12 0.36 Sederhana Terima 0.67 Diskriminasi positif
yang tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
13 0.41 Sederhana Terima 0.33 Diskriminasi positif
yang sederhana
Ubahsuai
item/soalan
Boleh
diterima
14 0.18 Terlalu
sukar
Ubahsuai 0 Diskriminasi positif
yang rendah
Tulis
item/soalan
semula
Soalan
yang
lemah
15 0.27 Terlalu
sukar
Ubahsuai 0.67 Diskriminasi positif
yang tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
16 0.14 Terlalu
sukar
Ubahsuai 0 Diskriminasi positif
yang rendah
Tulis
item/soalan
semula
Soalan
yang
lemah
17 0.18 Terlalu
sukar
Ubahsuai 0 Diskriminasi positif
yang rendah
Tulis
item/soalan
semula
Soalan
yang
lemah
35 TUGASAN PROJEK MTE 3112
Soalan I.K Pentafsiran Cadangan I.D Pentafsiran Cadangan Analisa
18 0.18 Terlalu
sukar
Ubahsuai 0.5 Diskriminasi positif
yang tinggi
Amat
sesuai
diterima
Baik
19 0.23 Terlalu
sukar
Ubahsuai -0.33 Diskriminasi negatif,
prestasi Kumpulan
rendah lebih baik
daripada kumpulan
tinggi
Item
soalan
buruk dan
perlu
dibuang
Soalan
dibuang.
20 0.18 Terlalu
sukar
Ubahsuai 0.17 Diskriminasi positif
yang rendah
Tulis item/
soalan
semula
Soalan
yang
lemah
Pada keseluruhannya keputusan analisis yang diperolehi menunjukkan 7 daripada 20
soalan yang dibina mencapai tahap baik iaitu mempunyai nilai diskriminasi positif yang tinggi.
Soalan-soalan 2, 6, 7, 11, 12, 15 dan 18 adalah soalan yang dapat membantu membezakan
kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah dengan jelasnya.
Bagi sesebuah ujian, soalan/item yang dijawab dengan betul oleh semua pelajar atau
soalan yang tidak boleh dijawab oleh pelajar merupakan soalan yang lemah. Soalan-soalan ini
menyebabkan semua murid dapat kosong atau markah penuh. Keadaan ini berlaku pada
soalan 1, 4, 14, 16, 17, dan 20. Soalan 1 menunjukkan di mana hampir semua murid dapat
menjawabnya iaitu I.K mencapai 0.82. Ujian tersebut tidak menunjukkkan sebarang perbezaan
antara murid, ini dibuktikan dengan nilai dikriminasi yang menghampiri nilai 0.17. Dengan ini,
soalan ini merupakan soalan lemah yang ditulis semula kerana tidak dapat membezakan
kumpulan cerdas daripada kumpulan lemah.
Keadaan yang hampir berlaku pada Soalan 4, 14, 16, 17, dan 20 memiliki I.K mencapai
yang kurang daripada 0.3 di mana segelintir murid sukar untuk menjawab soalan tersebut
kerana memiliki pentaksiran soalan yang terlalu sukar. Murid-murid telah dihalang untuk
menunjukkan pencapaian mereka.
36 TUGASAN PROJEK MTE 3112
Kadangkala, dalam sesuatu ujian adalah wajar jika sesetengah soalan yang mudah
digunakan bagi memberikan peluang kejayaan pada murid lemah serta soalan yang susah
diberikan kepada murid berkebolehan tinggi. Soalan 3, 8, 10 dan 13 boleh membantu murid
lemah bagi menjawab soalan tersebut. Walau bagaimanapun, kita boleh menyimpulkan
bahawa soalan tersebut tidaklah lemah, tetapi Cuma agak sukar dan sederhana sahaja.
Bagi soalan 19, ini menunjukkan soalan yang mendskriminasi secara negatif. Ini
bermakna ada sesuatu yang tidak kena mengenai soalan ini. Jika soalan ini sukar dan tidak
boleh dijawab dengan betul oleh sebahagian besar murid 5 Bestari, maka sudah tentu ramai
murid golongan bawah tidak boleh menjawab soalan tersebut dengan betul. Soalan ini perlu
dibuang.
Kesimpulannya, tujuh soalan memiliki diskriminasi yang tinggi, empat soalan
mempunyai diskriminasi yang sederhana, lapan soalan terdiri daripada diskriminasi yang
rendah serta satu soalan mempunyai diskriminasi yang negatif.
37 TUGASAN PROJEK MTE 3112
4.2.3.4 Soalan yang perlu ditulis semula
i) Soalan 1
Dua puluh lima ribu tiga ratus enam ringgit empat puluh sembilan sen ditulis
sebagai:
A. RM 25 36.49B. RM 25 306.49C. RM 25 360.49D. RM 25 630.49
ii) Soalan 4
RM 28 000 - RM24 000 = keping RM 50
A. 40B. 80C. 90D. 100
iii) Soalan 5
Jadual di bawah menunjukkan bilangan nilai wang kertas dan syiling.
Wang 80 keping
RM 100
40 keping
RM 50
8 keping
RM 1
9 keping
20 sen
Jumlah RM 8 000 RM2 000 RM 8 RM 1.80
Hitung jumlah wang tersebut?
A. RM 10 009.80B. RM 11 081.80C. RM 13 801.80 D. RM 18 001.80
iv) Soalan 9
Berapakah baki jika sebuah kereta Myvi berharga RM 59 985 ditolak dengan
RM 37 499.50?
A. RM 22 485.50B. RM 22 596.50C. RM 96 384.50D. RM 97 484.50
38 TUGASAN PROJEK MTE 3112
v) Soalan 14
RM 24 120 ÷ 42 =
E. RM 574.30F. RM 475.40G. RM 535.60H. RM 679.20
vi) Soalan 16Pilih jawapan yang paling sesuai bagi RM 276 ÷ 6 =
A. RM 46B. RM 100C. RM 24D. RM 32
vii) Soalan 17 (RM 1 374x12) – (RM 4 613 + RM 8 446) =
A. RM 3 429B. RM 2 111C. RM 7 068D. RM 11 681
viii) Soalan 20RM 8 380 + (4 x RM 1676) =
A. RM 6 704B. RM 7 961C. RM 8 799D. RM 10 056
ix) Soalan 19 ( Item yang diganti apabila soalan lama dibuang)RM 22 460 ÷ 25 =
A. RM 8 98.40B. RM 9 66.00C. RM 7 79.50D. RM 2 34.55
39 TUGASAN PROJEK MTE 3112
5.0 RUMUSAN
Semasa guru mengulang kaji ujian, contohnya ujian kemajuan di dalam kelas, jika
terdapat pelajar yang memberi komen bahawa sesuatu soalan itu tidak jelas atau amat sukar,
maka guru berkenaan haruslah membuat semakan dengan menggunakan indeks kesukaran
dan indeks diskriminasi untuk membuktikan sama ada komen itu berasas atau tidak. Walaupun
usaha untuk menentukan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi mengambil masa yang
banyak, tetapi ia amat penting untuk seorang guru membaiki kualiti ujiannya pada masa akan
datang.
Usaha menganalisis dan mentafsirkan item/soalan walaupun memakan masa, tetapi ia
amat perlu dijalankan kerana dapatannya akan memberi manfaat yang tidak terhingga khasnya
kepada penyedia soalan, amnya kepada pelajar. Perolehan indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi bukan sahaja dapat meningkatkan mutu dan kualiti ujian dari segi keberkesanan,
tetapi yang pentingnya ia menguatkan lagi kesahan serta kebolehpercayaan sesuatu ujian dan
pencapaian pelajar yang sebenar dapat diketahui.
41 TUGASAN PROJEK MTE 3112
RUJUKAN
Abdul Fatah Abdul Malek. (1985). Pengukuran Pendidikan – Satu Pengenalan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Azman Wan Chik. (1982). Ujian Bahasa Malaysia: Panduan dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributor Sdn Bhd.
Azman Wan Chik. (1987). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilain Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Davis, B.F. (1953) “Item Analysis in Relation to Educational and Psychological Testing”.
Psychological Bulletin 49.
Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan 3 – Penilaian dalam Proses Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
42 TUGASAN PROJEK MTE 3112
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN........................................................................................................................1
2.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)......................................................................................2
2.1 Definisi.............................................................................................................................................2
2.2 Langkah Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian...........................................................................2
2.3 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)..............................................................................4
2.4 Jadual Spesifikasi Ujian Bagi Pelajar Tahun 5 SK Dato’ Idris..................................................5
3.0 KERTAS SOALAN UJIAN.......................................................................................................6
4.0 LAPORAN SKOR PENCAPAIAN UJIAN.................................................................................7
4.1 Laporan Pencapaian Murid 5 Arif SK Dato’ Idris.......................................................................7
4.1.1 Min Ujian................................................................................................................................10
4.1.2 Median Ujian..........................................................................................................................10
4.1.3 Mod Ujian...............................................................................................................................10
4.1.4 Sisihan Piawai Ujian.............................................................................................................11
4.1.4 Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai Ujian................................................................................11
4.1.5 Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi.......................................................................12
4.2 Laporan Pencapaian Murid 5 Bestari SK Dato’ Idris..........................................................24
4.2.1 Maklumat Hasil Keputusan Ujian terhadap 22 orang murid 5 Bestari...........................24
4.2.2 Pengiraan Statistik Min, Median, Mod Dan Sisihan Piawai.............................................25
4.2.3 Laporan Analisis Item...........................................................................................................29
5.0 RUMUSAN.............................................................................................................................39
LAMPIRAN..................................................................................................................................40
RUJUKAN....................................................................................................................................41