fungsi bahasa melayu

Download FUNGSI BAHASA MELAYU

If you can't read please download the document

Upload: azila-abdul-aziz

Post on 26-Jun-2015

1.609 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

FUNGSI BAHASA MELAYU

1.0

PENGENALAN

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasabahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain 2.0 PERUBAHAN DALAM BAHASA MELAYU Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula.

1

FUNGSI BAHASA MELAYU

Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, bahasa melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama. 3.0 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dielek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, Bahasa Melayu RiauJohor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi dan Bengkulu. Bahasa ini juga digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

2

FUNGSI BAHASA MELAYU

Di negara kita, bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan selepas negara mencapai kemerdekaan dan berkerajaan sendiri. Seperti yang kita maklumi, sebelum merdeka, Malaya yang ditadbir oleh British menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi setelah mencapai kemerdekaan,maruah bangsa perlu dipelihara dan bangsa yang bermaruah mesti mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Oleh sebab itu Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman menyatakan kita berhak menghendaki bahasa kita sendiri. Apabila kita mempunyai bahasa kebangsaan sendiri,kita akan bersatu dan mempunyai watak sendiri. Untuk kepentingan kebangsaan, bahasa penjajah perlu digantikan dengan sebuah bahasa peribumi. 4.0 4.1 FUNGSI BAHASA MELAYU Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang pesat. Sejak merdeka, bahasa Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan di mana ia menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal Negara. Ini bererti bahasa Melayu turut dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan Malaysia. Slogan Bahasa Jiwa Bangsa menunjukkan bahasa adalah tunggak jati diri bangsa. Setelah mencapai kemerdekaan, Negara Malaysia memerlukan satu bahasa kebangsaan untuk dijadikan dasar bagi satu idenfikasi kebangsaan. Ia dapat melambangkan identiti Negara itu sendiri. Penubuhan bahasa kebangsaan ini timbul daripada desakan semangat. Semasa Malaysia masih dijajah oleh British, hanya 10% daripada bilangan penduduk negara ini yang berkebolehan bertutur di dalam bahasa Inggeris. Malaysia memerlukan sebuah bahasa yang lebih luas yang boleh digunakan dalam menjalankan hal-ehwal pentadbiran negara. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, maka perlulah sebuah bangsa kebangsaan diwujudkan untuk melambangkan identiti yang sama bagi semua kaum yang tinggal di Malaysia. Pemilihan bahasa Melayu difikirkan paling sesuai dijadikan bahasa Kebangsaan disebabkan peratusan bilangan penduduk melayu yang paling ramai di Malaysia.

3

FUNGSI BAHASA MELAYU

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan (1957) bahasa Melayu telah dimaktubkan sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal dan melambangkan identiti kebangsaan sehingga kini.Perkara ini jelas terkandung dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Dengan itu, bahasa melayu berfungsi mencipta satu lambang dimana ia memperlihatkan satu identiti kebangsaan, melambangkan kedaulatan dan mencerminkan akal budi masyarakat Malaysia. 4.2 Bahasa Rasmi Melihat fungsi bahasa rasmi yang digunakan dalam situasi rasmi seperti urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan, urusan rasmi dan kehakiman maka bahasa kebangsaan juga boleh menjadikan bahasa rasmi sesebuah negara. Bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu. Sebagai contah di Malaysia, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan sejak tahun 1957 hingga 1969 tetapi dalam urusan rasmi bahasa Inggeris masih digunakan di samping bahasa Melayu. Walau bagaimanapun pada tahun 1969, bahasa Inggeris mula hilang kedudukannya sejak bahasa Melayu dinaikkan martabatnya sebagai bahasa rasmi tunggal di Malaysia. Sebagai bahasa rasmi , bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan bahasa perbahasan di Parlimen dan di Dewan Perundangan Negeri. Kedudukan bahasa Melayu di dalam mahkamah bertambah baik apabila Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda pada Jun 1991. Pada masa kini penggunaan bahasa Melayu telah berleluasa dalam pertuturan dan juga penulisan seperti surat-menyurat rasmi, minit mesyuarat ,dokumen kerajaan, Akta, buku rancangan Malaysia, ucapan belanjawan Menteri Kewangan dan sebagainya. Fungsi bahasa Melayu ini terpisah daripada proses pembangunan negara. Kegunaan bahasa rasmi ini tidak tersebar luas dalam sektor pembangunan ekonomi, perniagaan dan teknologi negara terutamanya yang dikuasai sektor swasta.

4

FUNGSI BAHASA MELAYU

4.3

Bahasa Perpaduan Kebanyakkan negara di dunia ini memiliki lebih daripada satu bahasa. Di

Malaysia, walaupun wujud kepelbagaian pola bahasa asing, tetapi bahasa itu hanya menjadi alat komunikasi yang terbatas di dalam lingkungan kaumnya sendiri. Bahasa Melayu dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk yang berbilang kaum. Matlamat ini mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentimen dan emosi tetapi semata-mata berdasarkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan negara.Ini kerana bahasa Melayu mempunyai syarat-syarat untuk memenuhi keperluan menjadi bahasa kebangsaan serta melambangkan kedaulatan dan perpaduan negara. Ia juga menjadi asas kebudayaan kebangsaan dan menyatupadukan rakyat. Dengan adanya satu kebudayaan kebangsaan maka perpaduan rakyat yang berbilang kaum boleh dicapai. Sebagaimana yang kita tahu, bahasa Melayu ini telah berkembang sebagai bahasa pembentuk budaya dan tamadun tinggi di seluruh rantau sejak kurun ke- 14 lagi. Menurut pendapat Garivin dan Mathoit (1968) yang mengatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi penyatuan. Hasil daripada penyatupaduan ini wujudlah satu bangsa yang dikenali bangsa Malaysia. Penyatupaduan rakyat sesebuah negara jarang berlaku dengan hanya persefahaman dalam politik dan agama sahaja. Akan tetapi bahasa merupakan alat pengisi fikiran dan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran itulah alat perpaduan yang sebaik-baiknya. Tidak ada masyarakat yang statik. Semua masyarakat bersifat dinamik. Salah satu aspek kedinamikan ini dicapai melalui perkembangan bahasa yang mencerminkan perkembangan yang berlaku dalam masyarakat. Oleh sebab itu, satu lagi peranan yang dapat dimainkan oleh bahasa Melayu pada abad ke-21 ialah sebagai mangkin proses pembinaan tamadun masyarakat Malaysia. Tanpa menafikan peranan bahasa Inggeris, pembinaan bentuk masyarakat Malaysia abad ke-21 dapat dicorakkan oleh bahasa Melayu, iaitu berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa kita hendaklah maju dan berkembang mengikut acuan sendiri. Dalam hal ini, bahasa Melayu mengalas tanggungjawab dalam perpaduan rakyat Malaysia. Sehingga kini hanya bahasa Melayu sahaja yang dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasa-bahasa etnik yan g

5

FUNGSI BAHASA MELAYU

lain untuk digunakan sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik di negara ini. Inilah sebenarnya nilai dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. 4.4 Bahasa Perantaraan dan Komunikasi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini. Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa, bukan golongan elit, oleh sebab sifat dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran.Perbualan antara rakyat pelbagai kaum atau orang Melayu biasanya dijalankan dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu, tidak mungkin Pak Abu di kampung berbahasa Inggeris dengan isterinya, atau dengan jirannya. Demikian juga, ahli politik Melayu yang berkempen dalam pilihan raya akan tetap menggunakan bahasa Melayu. Dengan kata lain, bahasa Melayu kekal sebagai bahasa perhubungan masyarakat biasa, yang jauh lebih besar jumlahnya berbanding dengan jumlah masyarakat yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa campuran InggerisMelayu dalam perhubungan harian. Akhbar dan majalah dalam bahasa Melayu akan tetap laris.Siaran radio dan televisyen tetap ada dalam bahasa Melayu walaupun siaran dalam bahasa Inggeris masih lagi bertahan. Hakikatnya ialah bahawa walaupun usaha untuk mendesak rakyat Malaysia menguasai bahasa Inggeris amat pesat, termasuk menjadikan bahasa itu bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, hal ini tidak bererti bahawa bahasa Melayu tidak lagi mempunyai peranan pada abad ini. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan rakyat jelata. Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi. Bahasa Melayu juga menjadi penyalur budaya tempatan, terutama dalam kegiatan kreatif seperti bersastera dan berdrama. Dalam penggunaan bahasa sebegini, hubungan bahasa dengan emosi amat erat. Wujud ikatan yang berasaskan kemesraan yang dijalinkan dengan pengalaman yang amat bererti dalam konteks persekitaran

6

FUNGSI BAHASA MELAYU

tempatan.

Sehubungan dengan ini, sekiranya kita, yang sangat cinta akan bahasa Melayu, ingin menentukan pengekalan bahasa ini sebagai bahasa asas pembinaan jati diri bangsa, kita harus memainkan peranan sebagai penggerak bahasa. Rakyat Malaysia harus terus-menerus menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian sebagai saluran untuk mengungkap unsur budaya dan emosi. Dengan ini, jalinan emosi kita dengan bahasa akan menjadi erat. 4.5 Bahasa Ilmu Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pedidikan kebangsaan yang dilaksanakan sejak tahun 1970-an (berdasarkan Akta Pelajaran 1961 hingga Akta Pendidikan 1995) memperkukuhkan lagi taraf dan fungsi bahasa Melayu. Ini menunjukkan orang bukan melayu makin lebih cekap berbahasa Melayu dengan betul daripada orang melayu sendiri. Konsep bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu mula diperkenalkan dalam tahun 90-an. Bahasa ilmu bermaksud bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan hingga peringkat tinggi (Kamus Dewan 1944:88). Bahasa Melayu seharusnya boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu yang moden. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkap konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstark. Sebagai contoh apabila konsep ekonomi dibicarakan, bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa, monopoli, perniagaan saham, defisit dan sebagainya. Jelas di sini bahawa bahasa Melayu sepatutnya setanding dengan bahasa Inggeris dan bahasabahasa lain di dunia dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu yang moden. Untuk mencapai taraf bahasa sebagai bahasa ilmu, sesuatu bahasa itu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa.

7

FUNGSI BAHASA MELAYU

4.5.1

Keintelektualan

Keintelektualan bahasa didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu bahasa itu dalam menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa menunjukkan penggunaan laras saintifik dan ilmiah yang bertujuan menghasilkan bentuk bahasa yang tepat. Keintelektualan bahasa sebenarnya dapat dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata (kosa kata) dan struktur tatabahasa. Pengembangan perbendaharaan kata boleh dilakukan melalui penambahan istilah-istilah baru yang digunakan dalam bidang-bidang yang bersifat khusus seperti perubatan, ekonomi dan sebagainya. Istilah-istilah ini biasanya mungkin tidak akan difahami oleh penutur-penutur biasa. Selain itu juga penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata dapat memberi pengertian khusus bagi bidang tertentu kepada perkataan-perkataan biasa yang mudah difahami. 4.5.2 Kesempurnaan bahasa

Bahasa yang sempurna adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.Ia juga perlu mempunyai ciri-ciri kesempurnaan iaitu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam sesuatu konteks penggunaannya. Bahasa juga perlu mempunyai peraturan atau sistem seperti peraturan sebutan, peraturan penggunaan imbuhan, sistem struktur ayat dan frasa-frasanya. Penggunaan aspek-aspek bahasa ini penting kerana tanpa peraturan-peraturan ini, kestabilan bahasa tidak mungkin akan dicapai. Sebagai contoh dapat dilihat dari segi sebutan seperti rumah dan kereta api. Biasanya akan disebut lumah dan keletapi. Bahasa juga harus mempunyai ciri kelenturan iaitu boleh menyesuaikan dan disesuaikan dengan alam sekitar. Kesempurnaan bahasa harus berupaya dan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan masa tanpa merosakkan sifat-sifat aslinya. Contohnya dalam aspek ejaan dan sebutan yang baru seperti university dan dialect perlu dieja dan disebut seperti yang ditentukan oleh sistem ejaan baru iaitu universiti dan dialek dan sebutannya seperti yang dieja dan bukannya yuniversiti dan dailek seperti yang disebut dalam bahasa Inggeris.

8

FUNGSI BAHASA MELAYU

Di samping itu juga, kesempurnaan bahasa perlu mempunyai pelbagai cara dan gaya penyampaian. Ini bermakna sesebuah fikiran, perasaan atau pendapat itu tidak terikat kepada satu cara atau gaya sahaja tetapi juga boleh dilahirkan dalam pelbagai cara untuk melihat kesan yang berbeza. Selain itu juga, bahasa perlu mempunyai perkataan, istilah, susunan frasa dan ayat yang baik, sesuai, tepat dan boleh menyampaikan maksud dan pengertian dengan lebih berkesan tanpa menimbulkan kekeliruan maknanya. Satu perkara lagi, bahasa yang sempurna harus mempunyai ciri keindahan. Bahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan, pendapat dan buah fikiran harus mempunyai perkataan-perkataan yang sedap didengar, bertenaga, menarik dan dapat menyentuh perasaan hati pembaca atau pendengar. Bahasa-bahasa yang mengandungi unsur keindahan banyak terdapat dalam laras sastera. Ternyata bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini adalah bahasa yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Penggunaan bahasa Melayu memang tersebar luas dari segi bilangan penutur dan bidang penggunaannya. Penggunaannya dalam bidang sains dan sains sosial memang jelas dengan terlaksananya pendidikan dalam bahasa Melayu dengan terbitnya buku-buku ilmiah sama ada hasil terjemahan atau karya asal. 5.0 PERANAN BADAN KERAJAAN MEMPERKASA BAHASA Agensi-agensi kerajaan adalah jentera pelaksana dasar bahasa Melayu. Antara badan penting yangditubuhkan ialah Dewan Bahasa dan Pustaka. DBP (atau nama asalnya Balai Pustaka)Tujuan penubuhannya DBP adalah untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) pula ditubuhkan untuk mengambil alih tugas DBP bagi menterjemahkan buku ilmu. Selain DBP, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga mempunyai tanggungjawab untuk memperkasakan bahasa Melayu kerana merekalah yang memberi kelulusan papan tanda atau papan iklan.

9

FUNGSI BAHASA MELAYU

6.0

ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU Dalam mendepani era kepesatan teknologi maklumat dan hegemoni bahasa Inggeris,

bahasa ibunda adalah antara yang menerima kesan yang mendalam. Antara isu dan cabaran dalam memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu ialah: 1. Penggunaan struktur bahasa Melayu yang tidak betul atau penggunaan bahasa Inggeris secara meluas pada papan tanda iklan. 2. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai bidang ilmu di sekolah hingga ke Universiti 3. Wujud pihak tertentu yang cuba mempertikaikan kedudukan atau mencabar bahasa Melayu 4. Pengguasaan bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia. 5. Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris di kalangan pengama lmedia. 6. 7. 8. Kesungguhan dan perjuangan pemimpin kini memartabatkan bahasa Bahasa Inggeris dianggap bahasa maju dan bahasa Melayu bahasa mundur Kurang keyakinan daripada rakyat Malaysia sendiri terhadap kemampuan bahasa Melayu

7.0 KESIMPULANBahasa Jiwa Bangsa, kita biasa mendengar slogan tersebut, namun sejauh mana kita mengambil berat maksud yang tersurat dan tersirat dari slogan ini. Suatu fakta sejarah yang perlu kita ingati dalam usaha memperkasa Bahasa Melayu adalah bahasa ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan telah terbukti sebagai bahasa yang menjadi tulang belakang pembinaan ketamadunan alam Melayu. Ia juga diangkat menjadi bahasa lingua franca (sebelum abad ke 13 lagi) di seluruh kepulauan Melayu (sebelum kedatangan Barat). Bahasa ini juga menjadi bahasa pengantar kepada perkembangan agama Hindu dan Islam di alam Melayu yang kemudiannya memperlihatkan ia menerima pengaruh bahasa Sanskrit dan Arab. Oleh kerana bahasa ini ditutur oleh setiap pedagang yang datang ke alam melayu khususnya di Melaka, ia juga menjadi bahasa perdagangan, pendidikan dan sebagainya. Dalam tahun 70-an,apabila sekolah kebangsaan dan bahasa

10

FUNGSI BAHASA MELAYU

Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya hingga ke peringkat IPT, ia telah berjaya membawa pendidikan ke semua lapisan masyarakat. Ia telah melahirkan rakyat berilmu dan seterusnya membantu penjanaan ekonomi negara. Secara tidak langsung orang Melayu juga meningkat pendidikannya. Namun dalam persaingan globalisasi hari ini, seluruh pelosok masyarakat dari peringkat atas hingga ke bawah merasai keperluan untuk mempelajari dan menguasai bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini juga sebahagiannya tidak lagi menjadikan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sebaliknya lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris. Di sinilah letaknya cabaran untuk melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam masa yang sama bahasa Inggeris perlu dikuasai, sedangkan kedudukannya sudah lagi tidak dipertikaikan dalam perlembagaan. Kegagalan menguasai bahasa kebangsaan bererti kita gagal melaksanakan tanggung jawab menjayakan penyatuan bangsa. Melalui bahasa juga identiti bangsa itu terserlah kerana ia akan memancarkan nilai dan konsep budaya bangsa itu. Oleh

11

FUNGSI BAHASA MELAYU

RUJUKAN

1. Ali Ahmad dan Siti Hajar Che Man, 1996. Bunga Rampai Sastera MelayuWarisan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Ab. Rahman Ab. Rashid & Hjh Wan Som Mamt. 1995 Bahasa Melayu : Bahasadalam Komunikasi dan Proses Komunikasi. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

3. Asman Hj. Omar. 1988. Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi : BahasaDalam Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Nik Safiah Karim dan dll. 2006. Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu. DewanBahasa dan Pustaka 2006

12