fungsi lpp

Upload: nitamans

Post on 20-Jul-2015

158 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1.

MAKLUMAT 1.1 FUNGSI

KORPORAT

Fungsi-fungsi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) seperti yang diperuntukan dalam Akta 110, Akta LPP 1973 adalah seperti berikut: i. Untuk menggalakkan, mempergiat, memudah dan mengusaha

kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan Peladang (PP); ii. Untuk mendaftar, mengawal dan menyelia PP dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya; iii. Untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas; dan iv. Untuk memastikan supaya tugas-tugas itu dilaksanakan dengan cara yang akan memajukan dasar kerajaan khususnya berhubung dengan penyusunan semula masyarakat.

1.2

KUASA-KUASA 1.2.1 KUASA DI BAWAH PERUNTUKAN AKTA LPP 110/73: i. Menjalankan perdagangan dan perindustrian berkenaan dengan pengilangan, faedah PP; ii. Membuat tinjauan dan kajian kemungkinan berkenaan dengan projek dan `enterprise yang `viable untuk faedah PP; pengumpulan, pemprosesan, pembungkusan peningkatan dan pasaran keluaran hasil-hasil pertanian untuk

1

iii.

Bekerjasama atau bertindak sebagai agen pengurusan dengan mana-mana pihak berkuasa syarikat-syarikat, perbadanan atau lain-lain badan bagi menjalankan mana-mana aktiviti secara kawalan penuh atau separa kawalan;

iv.

Memberi bantuan kepada PP, pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau lain-lain badan atau orang perseorangan yang ada pada pendapat Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang memberi kepada ahli-ahli peladang; manfaat

v.

Membeli, memperolehi apa-apa syer dalam mana-mana syarikat awam atau syarikat persendirian untuk dilupuskan kepada PP atau orang-orang lain;

vi.

Meminta mana-mana jabatan, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti berasaskan pertanian yang boleh memberi kesan kepada PP supaya mengemukakan laporan berkenaan dengan aktiviti mereka;

vii.

Melantik agen-agen atau menubuhkan apa-apa badan lain yang difikirkan patut dalam menjalankan tugas tertentu Lembaga;

viii.

Mengenakan bayaran atau apa-apa caj lain yang difikirkan patut untuk menjalankan tugas-tugasnya; dan

ix.

Menerima sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberi oleh Lembaga apa-apa komisyen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui.

2

1.2.2

KUASA-KUASA DI BAWAH KETUA EKSEKUTIF LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG SEBAGAI PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG MENGIKUT AKTA 109/73: i. ii. Ketua Pengarah adalah Pendaftar Pertubuhan Peladang; Pendaftar boleh secara bertulis mewakilkan kepada mana-mana orang, termasuk mana-mana pegawai dalam perkhidmatan awam di Negeri-negeri Sabah dan Sarawak, daripada manamana kuasanya di bawah Akta ini kecuali kuasa untuk menggantung atau membubarkan Pertubuhan Peladang; iii. Pendaftar atau seseorang yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu adalah mempunyai kuasa: a. Untuk memeriksa akaun dan harta sesuatu Pertubuhan Peladang atau unit-unit ahli Pertubuhan Peladang itu; dan b. Untuk mengadakan sesuatu penyiasatan berkenaan dengan perjalanan urusan dan kaedah kewangan Pertubuhan Peladang itu atau unit-unit ahli Pertubuhan Peladang itu. iv. Jika Pendaftar berpendapat bahawa adalah untuk kepentingan peladang-peladang amnya dalam sesuatu kawasan berbuat demikian ia boleh dengan perintah menggantung perlembagaan atau kaedah sesuatu Pertubuhan Peladang; v. Pendaftar mengaudit atau mengarahkan di audit oleh seseorang yang diberi kuasa olehnya dengan jalan perintah am atau khas dengan bertulis akaun tiap-tiap Pertubuhan Peladang itu sekurang-kurangnya sekali dalam setahun; dan

3

vi.

Mana-mana Koperasi Asas Tani (KAT) yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 selepas mula berkuatkuasanya akta ini dan yang bertujuan berkenaan dengan pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau sesuatu perniagaan dan perdagangan seperti itu hendaklah masuk sebagai unit-unit bagi mana-mana Pertubuhan Peladang sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, yang juga menjadi Ketua Pendaftar kepada KAT seperti yang diterangkan.

4

1.3

AHLI-AHLI LEMBAGA PENGERUSI Y. Bhg. Datuk Dr. Haji Alang Perang Abdul Rahman bin Zainudin, D.M.S.M., K.M.N. TIMBALAN PENGERUSI Y. Bhg. Dato Sri Haji Abdul Rashid bin Haji Abdul Rahman, S.S.A.P., P.J.N., D.S.A.P., S.M.P., K.M.N., A.M.N., P.P.N., P.J.K. KETUA PENGARAH Y. Bhg. Dato Haji Nozir Ahmad bin Hussain, D.S.D.K , J.S.M., K.M.N. AHLI-AHLI Y. Bhg. Dato Haji Ismail bin Ibrahim, D.S.N.S., K.M.N., S.M.T., P.J.K. Ketua Pengarah, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman. D.S.P.N., D.J.N. Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Encik Che Azemi bin Haron, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Y. Bhg. Dato Annas bin Khatib Jaafar, D.I.M.P. Setiausaha Bahagian, Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan, Kementerian Pertanian Malaysia. Cik Fauziah binti Yaacob, K.M.N. Penolong Pengarah Kanan, Kementerian Kewangan Malaysia. Tuan Haji Mohammed Sepuan bin Haji Anu. Pengarah, Jabatan Pertanian Sarawak.

5

1.4

AHLI-AHLI MAJLIS PENASIHAT PELADANG PENGERUSI Y. Bhg. Datuk Dr. Haji Alang Perang Abdul Rahman bin Zainudin, D.M.S.M., K.M.N TIMBALAN PENGERUSI Y. Bhg. Dato Sri Haji Abdul Rashid bin Haji Abdul Rahman, S.S.A.P., P.J.N., D.S.A.P., S.M.P., K.M.N., A.M.N., P.P.N., P.J.K. KETUA PENGARAH LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (SETIAUSAHA) Y. Bhg. Dato Haji Nozir Ahmad bin Hussain, D.S.D.K, J.S.M., K.M.N. WAKIL KEMENTERIAN PERTANIAN Puan Rahimah bte Md Said. KETUA PENGARAH JABATAN PERTANIAN Y. Bhg. Dato Haji Ismail bin Ibrahim, D.S.N.S., K.M.N., S.M.T., P.J.K. KETUA PENGARAH JABATAN PEMBANGUNAN KOPERASI Y. Bhg. Dato Baseri bin Lamsah, D.I.M.P., A.M.N., A.S.M. WAKIL KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA DAN LUAR BANDAR Encik Imam Baweh bin Md. Halim. WAKIL KEMENTERIAN PERUSAHAAN UTAMA Y. Bhg. Dato Suboh bin Mohd. Yassin, D.P.S.J., P.I.S., K.M.N

6

WAKIL PERBENDAHARAAN MALAYSIA Cik Fauziah binti Yaacob, K.M.N. WAKIL KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA Y. M. Raja Ismail bin Dato Raja Mohamed. WAKIL JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Haji Ahmad Shahrom bin Haji Yassin, A.M.N. LANTIKAN MENTERI LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA) Tuan Haji Abd. Rahim bin Salleh, S.D.K., B.C.K. LANTIKAN MENTERI LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU (KADA) Ir. Haji Maimun @ Mahmood bin Haji Taib, S.K. LANTIKAN MENTERI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI KELANTAN Y. Bhg. Datuk Haji Ibrahim bin Haji Jusoh, P.G.D.K., A.S.D.K. WAKIL KERAJAAN NEGERI PERLIS Y. B. Dato Haji Abu Bakar bin Haji Ismail, D.P.M.P., A.M.P., P.P.N. . WAKIL KERAJAAN NEGERI KEDAH Y. B. Dato Ahmad Bashah bin Md. Hanapiah, D.S.D.K., K.M.N., A.M.K., B.K.M., P.P.N., P.J.K., J.P. WAKIL KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG Y. B. Dato Azhar bin Ibrahim, D.S.P.N.

7

WAKIL KERAJAAN NEGERI PERAK Y. B. Dato Haji Azman bin Mahalan, D.P.C.M., K.M.N., A.M.P, P.P.T., P.J.K., J.P. WAKIL KERAJAAN NEGERI SELANGOR Y. B. M Dato' Raja Ideris bin Raja Ahmad, D.S.S.A., A.M.S., A.M.N., P.J.K. WAKIL KERAJAAN NEGERI SEMBILAN Y. B. Dato' Haji Shamsul Bahari bin Mat, D.S.N.S., A.M.N., P.M.C., P.J.K. WAKIL KERAJAAN NEGERI MELAKA Y. B. Datuk Haji Ibrahim bin Durum, D.M.S.M., D.S.M., K.M.N., P.J.K. WAKIL KERAJAAN NEGERI JOHOR Y. B. Tuan Haji Othman bin Jais, S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. WAKIL KERAJAAN NEGERI PAHANG Y. B. Dato' Haji Tan Mohd. Aminuddin bin Haji Ishak, D.S.A.P., D.I.M.P., A.M.P., A.N.S., P.J.K. WAKIL KERAJAAN NEGERI TERENGGANU WAKIL KERAJAAN NEGERI SARAWAK Encik Jaul Samion, P.B.B. WAKIL KERAJAAN NEGERI SABAH Y. Bhg. Datuk Abidin Madingkir, P.G.D.K., A.S.D.K.

8

1.5

WAKIL-WAKIL PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG:

PENGURUS BESAR LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU (KADA) Ir. Haji Maimun @ Mahmood bin Taib, S.K. PENGURUS BESAR LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA) Tuan Haji Abdul Rahim bin Salleh, S.D.K., B.C.K. SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN SARAWAK Encik Jaul Samion, P.P.B.

9

1.6

PEGAWAI KANAN LPP DI IBU PEJABAT KETUA PENGARAH LPP/PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG DAN KOPERASI ASAS TANI Y. Bhg. Dato Haji Nozir Ahmad bin Hussain, D. S. D. K, J.S.M., K.M.N. TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN) Tuan Haji Milatusamshi bin Imam Nawawi, P.M.P., K.M.N., P.J.K. TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) Encik Aziz bin Abu Seman, P.M.P., K.M.N., A.M.N., P.P.T. PENGARAH BAHAGIAN PENYELIAAN DAN PENGUATKUASAAN Tuan Haji Abd. Rahman bin Taib, K.M.N., P.J.K. PENGARAH BAHAGIAN AUDIT PERTUBUHAN Encik Teh Pek Guan, A.M.N. PENGARAH BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENILAIAN Tuan Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad, P.M.P., K.M.N., A.M.P., B.C.K., P.J.K. PENGARAH BAHAGIAN PERNIAGAANTANI DAN INDUSTRI Tuan Haji Arpan Shah bin Satu. PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PELADANG Puan Hajah Mariam Mas binti Yaacob, A.M.N.

10

PENGARAH BAHAGIAN PENGELUARAN LADANG Tuan Haji Sharifudin bin Jamaludin, A.M.N. PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Encik V. Subramanian. PENGARAH BAHAGIAN HAL EHWAL KORPORAT Tuan Haji Mohd. Rosli bin Harun, A.N.S., P.P.T., P.J.K. PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Tuan Haji Mohd Salim bin Haji Taha. PENGARAH BAHAGIAN KEWANGAN Encik Md. Ayub bin Ahmad, A.M.N. PENGARAH BAHAGIAN LATIHAN Encik Mohd. Naser bin Harun.

PENGURUS UNIT AUDIT DALAM Encik Mohd. Rozalhasle bin Mat.

11

1.7

PENGARAH-PENGARAH LPP NEGERI PENGARAH LPP NEGERI PERLIS Encik Musa bin Abu Samah. PENGARAH LPP NEGERI KEDAH Encik I Thing a/l Tan Ah Kee. B.C.K. PENGARAH LPP NEGERI PULAU PINANG Encik Jasni bin Saad. PENGARAH LPP NEGERI PERAK Tuan Haji Abdul Hadi bin Abdul Majid, A.M.N. PENGARAH LPP NEGERI SELANGOR Tuan Haji Mohamad Yusof bin Haji Abd. Rahman, B.S.K., K.M.N., P.J.C. PENGARAH LPP NEGERI SEMBILAN Tuan Haji Shamsuddin bin Mat Rani. PENGARAH LPP NEGERI MELAKA Tuan Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail. PENGARAH LPP NEGERI JOHOR Tuan Haji Bahar bin Puteh Mahadi, A.M.N., A.M.S. PENGARAH LPP NEGERI PAHANG Tuan Haji Azhar bin Yunus. PENGARAH LPP NEGERI TERENGGANU Tuan Haji Abu Bakar bin Zibri, A.M.P., A.M.N.

12

PENGARAH LPP NEGERI KELANTAN Encik Kamarul Badri bin Mat Ali. PENGARAH LPP NEGERI SABAH Encik Mohd. Safian bin Mohd. Husin, A.S.D.K., K.M.N., A.M.P., B.C.K., P.J.K. PENGARAH LPP WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Encik Abdul Mubin bin Abd. Razak, S.K.

13

1.8.

STRUKTUR ORGANISASI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Y.B. MENTERI PERTANIAN MAJLIS PENASIHAT PELADANG PENGERUSILEMBAGA

KETUA PENGARAH / PENDAFTAR PP MALAYSIA

AUDIT PERTUBUHAN TIM. KETUA PENGARAH PENGURUSAN

URUSETIA KETUA PENGARAH TIM. KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PENYELIAAN DAN PENGUATKUASAAN

PERANCANGAN DAN PENILAIANPERNIAGAANTANI DAN INDUSTRI

LATIHAN

PENGELUARAN LADANGPEMBANGUNAN USAHAWAN

KEWANGAN HAL EHWAL KORPORAT

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LPP NEGERI (12 NEGERI)

14

1.9

PERUTUSAN PENGERUSISaya bagi pihak Lembaga Pengarah, dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berakhir 31 Disember 2003. LPP sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Malaysia menerima pembiayaan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Pada tahun 2003, LPP menerima RM95,398,301 di bawah Kumpulan Wang Mengurus yang terdiri daripada geran Kerajaan Persekutuan sebanyak RM92,392,966 dan baki sebanyak RM3,005,335 daripada faedah-faedah yang diterima, bayaran Audit Pendaftar dan pendapatan pelbagai. Perbelanjaan bagi tahun 2003 telah menunjukkan defisit sebanyak RM 135,062 dan telah ditampung dengan sumber dalaman LPP. Defisit ini berlaku kerana peruntukan cukai pendapatan sebanyak RM 204,767 telah dimasukkan sebagai perbelanjaan. Peruntukan yang diterima di bawah peruntukan pembangunan bagi tahun 2003 adalah berjumlah RM57,906,905 di mana pemberian Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM54,491,040 dan baki sebanyak RM3,415,865 adalah dari pelbagai sumber dalaman. Daripada jumlah perbelanjaan tersebut, perbelanjaan projek-projek pembangunan adalah sebanyak RM50,831,116 dan sebanyak RM3,659,924 digunakan untuk membeli aset tetap. Keseluruhannya, perbelanjaan pembangunan adalah berjumlah RM61,921,617 setelah mengambilkira peruntukan elaun hutang ragu dan susutnilai. Akaun pembangunan LPP mengalami defisit sebanyak RM4,014,712 yang juga termasuk peruntukan cukai pendapatan sebanyak RM537,442. Pada tahun 2003, LPP meneruskan pelaksanaan program-program pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke 8 (RMK- 8) yang meliputi strategi-strategi utama iaitu pelaksanaan Projek Perdana Pertubuhan Peladang (PP), Pendekatan kerja melalui konsep Ministry Of Agriculture Incorporated (MOA Inc.), Projek Pembangunan Zon Pengeluaran Makanan (ZPM), Mengadakan usahasama dengan Syarikat-syarikat Swasta, Pembangunan Projek Padi Kearah 10 Tan Metrik/Hektar, Pemprosesan Produk Nilai Ditambah, Program Pemindahan Teknologi (TOT), Pelan Pengeluaran Makanan PP dan Pembangunan Pusat Sumber Teknologi Maklumat (PSTM). Di samping itu LPP memberi fokus utama kepada Program Pembangunan Usahawan Peladang mewujudkan usahawan-usahawan peladang yang mengunakan teknologi untuk dan

berdayasaing. LPP juga memberi penekanan kepada melatih peladang-peladang menjadi

15

peladang usahawan melalui program inkubator dengan mengguna pakai kemudahankemudahan yang dibina melalui peruntukan di bawah program pembangunan LPP. Bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan program-program di atas, LPP mengatur kursuskursus kepada anggota dan peladang-peladang dengan memberi penekanan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran. LPP juga melaksanakan program komunikasi dan penggemblengan untuk mencetuskan gelombang-gelombang transformasi pertanian supaya para peladang didedahkan kepada teknologi pertanian yang terkini. Sehingga akhir tahun 2003, jumlah PP berdaftar adalah 282 buah yang terdiri daripada 268 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), 13 buah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan sebuah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Manakala Koperasi Asas Tani (KAT) yang masih berdaftar adalah sebanyak 539 KAT. Sehingga akhir tahun 2003, jumlah modal saham ahli-ahli PP (PPK, PPN dan NAFAS) di bawah pengendalian LPP berjumlah RM77.662 juta. Manakala isipadu perkhidmatan perniagaantani PP untuk tahun yang sama adalah sebanyak RM1,311.541 juta. Ini merupakan pertambahan sebanyak RM171.990 juta atau 13.11 peratus berbanding tahun 2002. Keuntungan bersih bagi tahun 2003 adalah RM38.95 juta iaitu peningkatan sebanyak RM16.95 juta atau 30.33 peratus berbanding tahun sebelumnya. Dengan penuh takzim, sukacita saya mengambil kesempatan merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak sehingga LPP dapat melaksana dan menjalankan tanggungjawab kepada para peladang dengan cekap dan efektif. Kejayaan ini adalah milik semua warga LPP keseluruhannya.

( DATUK DR. HJ. ALANG PERANG ABDUL RAHMAN BIN ZAINUDDIN ) Pengerusi, Lembaga Pertubuhan Peladang.

16

2.

KEWANGAN 2.1 PERUNTUKAN MENGURUS Dalam tahun 2003, LPP memperolehi pendapatan berjumlah RM95,398,301 yang terdiri daripada geran Kerajaan Persekutuan sebanyak RM92,392,966, faedah atas simpanan sebanyak RM731,312, bayaran Audit Pendaftar sebanyak RM796,000, faedah atas pinjaman kenderaan kakitangan sebanyak RM194,394, pendapatan sewa rumah kakitangan sebanyak RM939,261 dan pelbagai pendapatan sebanyak RM344,368. Perbelanjaan sebenar LPP bagi tahun 2003 berjumlah RM95,533,363 termasuk susutnilai ke atas aset tetap sebanyak RM523,076. Ini menunjukkan defisit sebanyak RM135,062. Defisit ini ditampung daripada sumber dalaman LPP. Jumlah defisit meningkat kepada RM339,829 setelah mengambilkira cukai pendapatan yang diperuntukkan dalam tahun 2003 sebanyak RM204,767.

RAJAH 1 : PRESTASI PERUNTUKAN MENGURUS 2000-2003

100.00 90.00 80.00 70.00 60.00 50.00 40.00 30.00 20.00 10.00 0.002000 2001 2002 2003

Terimaan

Perbelanjaan

17

2.2

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN Peruntukan Pembangunan tahun 2003 yang diluluskan dan diterima oleh LPP berjumlah RM24,576,149. LPP juga menerima peruntukan untuk melaksanakan projek-projek khas daripada Jabatan dan Agensi Kerajaan lain berjumlah RM29,914,891. Daripada jumlah peruntukan tersebut, LPP telah membelanjakan RM50,831,116 untuk projek-projek pembangunan dan RM3,659,924 telah digunakan untuk pembelian aset tetap. LPP menampung sebahagian perbelanjaan tersebut melalui pendapatan berjumlah RM3,415,865 dari pelbagai sumber dalaman iaitu Faedah Atas Simpanan berjumlah RM1,665,770, Faedah Atas Pinjaman Pembangunan berjumlah RM319,013 dan pelbagai pendapatan lain berjumlah RM1,431,082. Jumlah keseluruhan perbelanjaan Pembangunan termasuk elaun hutang ragu dan susutnilai adalah sebanyak RM61,384,175. Akaun Pembangunan LPP mengalami defisit sebanyak RM4,014,712 setelah mengambilkira cukai pendapatan yang diperuntukan ke akaun ini sebanyak RM537,442.

RAJAH 2 PRESTASI PERUNTUKAN PEMBANGUNAN 2000-2003

RM JUTA

70,00 60,00 50,00 40,00 30,00 20,00 10,00 0,0033,98 31,81 30,95 30,91 24,06 23,75

2000

2001Terimaan

2002Perbelanjaan

57,9

2003

61,92

18

2.3

RINGKASAN PRESTASI KEWANGAN 2.3.1 Kedudukan prestasi Kumpulanwang Mengurus dan Pembangunan, aset dan liabiliti LPP bagi tahun 2003 adalah seperti di Jadual 1. 2.3.2 Jumlah aset pada 31 Disember 2003 adalah sebanyak RM321,802,589 yang diwakili oleh: Hartanah, Loji dan Peralatan Pinjaman Jangka Panjang Aset Semasa 2.3.3 RM129,535,617 RM 23,149,356 RM169,117,616

Jumlah liabiliti LPP pada 31 Disember 2003 adalah berjumlah RM117,109,950 yang diwakili oleh: Pemiutang Pemiutang Pelbagai Pertaruhan dan deposit Pendahuluan Diterima Pendapatan Tertunda Akaun Khas Cukai RM 16,398,531 RM RM RM 171,193 355,044 924,944

RM 2,758,183 RM 95,737,477 RM 764,578

2.3.4

Analisis Nisbah Kewangan Analisis nisbah kecairan semasa LPP seperti di dalam Jadual 1

menunjukkan LPP mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan tanggungan dengan kadar nisbah kecairan 2.7 : 1. Prestasi kedudukan kewangan berbanding tahun lepas adalah seperti di Jadual 1:

19

Jadual 1: Laporan Prestasi Kewangan LPP Bagi Tahun 2003 TAHUN Hartanah, Loji dan Peralatan Pinjaman Jangka Panjang Aset Semasa JUMLAH Liabiliti Nisbah Kecairan 2002 (RM) 130,557,606 26,807,686 107,518,418 264,883,710 55,340,709 1.9 : 1 2003 (RM) 129,535,617 23,149,356 169,117,616 321,802,589 117,109,950 2.7 : 1

2.4

PRESTASI INSTITUT PENGURUSAN PELADANG Pendapatan terkumpul daripada Institut Pengurusan Peladang (IPP) dalam tahun 2003 adalah berjumlah RM3,349,310 berbanding perbelanjaan sebanyak RM2,986,527 seperti di jadual 2. Kelebihan yang diperolehi adalah sebanyak RM362,783 sebelum diambilkira peruntukan cukai pendapatan yang dikenakan. Lebihan bersih untuk tahun 2003 adalah sebanyak RM341,773. Perbandingan prestasi akaun IPP bagi tahun 2003 dan 2002 adalah seperti di jadual 3.Jadual 2 : Kedudukan Pendapatan Dan Perbelanjaan Institut Pengurusan Peladang Bagi Tahun 2003

Institut PengurusanPeladangSungai Petani Johor Bharu Rompin Machang Langkawi Ibu Pejabat Jumlah

Pendapatan (RM) 686,321 244,688 958,996 275,777 1,114,029 69,499 3,349,310

Perbelanjaan (RM) 513,168 230,810 922,732 257,998 1,061,300 21,529 3,007,537

Kelebihan (Kekurangan) (RM) 173,153 13,878 36,264 17,779 52,729 47,970 341,773

20

RAJAH 3 KEDUDUKAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN IPP BAGI TAHUN 2003

1,201,11 0,96 0,690,51 0,92

RM JUTA

0,80 0,60 0,40 0,20 0,00i Pe ta n rB ga i Jo ho Su n

1,06

1,00

0,28

0,25

ha ru

0,23

n

an g

0,26

La ng

R

M

Terimaan

Perbelanjaan

Jadual 3 : Prestasi Perbandingan Pendapatan Dan Perbelanjaan Institut Pengurusan Peladang (Keseluruhan) Tahun 2002 dan 2003

Butir/Tahun Pendapatan Perbelanjaan Kelebihan

2002 (RM) 3,378,014 2,762,256 615,758

Ib u

Pe ja ba t

om pi

ac h

ka w

ai

0,001

0,07

2003 (RM) 3,349,310 3,007,537 341,773

2.5

PENYATA KEWANGAN LPP YANG TELAH DIAUDIT 2003 Penyata Kewangan LPP setelah diaudit bagi tahun 2003 adalah seperti di Lampiran A.

21

3.

LAPORAN PRESTASI LPP Di bawah Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973, peranan LPP meliputi tiga fungsi utama iaitu: (i) (ii) (iii) Fungsi Pendaftar Fungsi sebagai Agensi Pengurusan Fungsi sebagai Agensi Pembangunan

3.1

FUNGSI PENDAFTAR Bidang tugas LPP sebagai pendaftar kepada PP adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Mendaftar PP Menyelia dan mengawal aktiviti PP dan Koperasi Asas Tani (KAT) Mengaudit akaun PP dan KAT Menyediakan pendidikan dan latihan kepada ahli Membatalkan pendaftaran PP dan KAT

3.1.1

PENDAFTARAN PERTUBUHAN PELADANG Sehingga akhir tahun 2003, bilangan PP yang berdaftar diseluruh Negara adalah seperti di Jadual 4. LPP mengurus dan menyelia 213 PP yang terdiri daripada 200 PPK, 12 PPN dan sebuah pertubuhan peladang peringkat kebangsaan iaitu NAFAS. Ketua Pengarah LPP yang juga selaku Pendaftar PP mengikut Seksyen 7(2) Akta Pertubuhan Peladang 1973 telah mewakilkan sebahagian kuasanya di bawah Akta PP 1973 kepada Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sarawak bagi negeri Sarawak, Pengurus Besar MADA di kawasan MADA dan Pengurus Besar KADA di kawasan KADA.

22

Jadual 4 : Bilangan PP Seluruh Negara Sehingga 2003 Pendaftar/Wakil LPP Semenanjung, Labuan dan Sabah KADA MADA Sarawak Jumlah PP NAFAS 1 1 PPN 12 1 13 PPK 200 13 27 28 268 JUMLAH 213 13 27 29 282

Nota untuk Jadual 4 di atas: NAFAS PPN PPK KADA MADA Pertubuhan Peladang Kebangsaan Pertubuhan Peladang Negeri Pertubuhan Peladang Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

3.1.2

PENYELIAAN DAN PENGAWALAN a. Penyeliaan Di samping penyeliaan PP, LPP juga menyelia Koperasi Asas Tani (KAT) sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 34B Akta Pertubuhan Peladang 109/1973 dibaca bersama dengan Akta 502, Akta Koperasi 1993. Jumlah KAT yang berdaftar adalah 569 buah iaitu 451 KAT di bawah penyeliaan terus LPP, sementara di bawah penyeliaan MADA dan KADA masingmasing 73 dan 45 buah. Tugas penyeliaan adalah meliputi aspek khidmat bimbingan, memberi panduan dan nasihat serta menyediakan khidmat perundingan kepada PP dan KAT dalam bidang-bidang pengurusan organisasi dan personel, pengurusan kewangan dan akaun. Penyeliaan juga termasuk memantau prestasi kewangan PP dan KAT, menyediakan peraturan dan khidmat bagi pelaburan, pinjaman, menyediakan manual-manual dan panduan

23

bagi anggota pengurusan dan ahli Jemaah Pengarah PP atau Anggota Lembaga KAT serta pendidikan melalui program latihan peladang dan pegawai. b. Pengawalan Tugas pengawalan adalah untuk memastikan PP dan KAT berjalan mengikut undang-undang dan perlembagaan Pertubuhan Peladang dan Koperasi Asas Tani. 3.1.3 PENGAUDITAN PP DAN KAT Tugas Audit Berkanun tahunan ke atas akaun-akaun PP dan KAT dijalankan oleh Bahagian Audit Pertubuhan LPP dan juga oleh firma juruaudit swasta yang dilantik oleh Pendaftar PP/Ketua Pendaftar KAT. Tugas ini dilaksana dengan berpandukan kepada Seksyen 24 Akta Pertubuhan Peladang 1973 bagi PP dan Seksyen 60 (Akta 503), Akta Koperasi 1993 bagi KAT. Kedudukan bilangan PP dan KAT yang diaudit pada tahun 2003 adalah seperti di Jadual 5.

Jadual 5 : Pengauditan PP dan KAT Dari Tahun 2002 2003 Kategori Juruaudit Pendaftar / LPP : - Pertubuhan Peladang - Koperasi Asas Tani (KAT) Juruaudit Swasta : - Pertubuhan Peladang - Koperasi Asas Tani (KAT) Jumlah : - Pertubuhan Peladang - Koperasi Asas Tani (KAT) Bilangan PP dan KAT 2002 233 518 49 6 282 524 2003 231 496 51 3 282 499

3.1.4

PENDIDIKAN DAN LATIHAN AHLI

24

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan dan pembangunan projek pertanian, sifat keusahawanan serta kepimpinan. Penekanan kursus adalah kepada pengurusan ladang berteknologi moden dan amalan pertanian yang baik serta mengendalikan ladang sebagai enterprais perniagaan. Disamping itu, penekanan kursus juga adalah untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan pemimpin peladang untuk menguruskan PP. 3.1.5 PEMBATALAN PENDAFTARAN PP DAN KAT Pembatalan pendaftaran melibatkan aktiviti penyelesaian iaitu urusan mengagihkan harta-harta KAT yang telah dibatalkan pendaftarannya kepada pihak yang berkepentingan. Pembatalan pendaftaran beberapa buah KAT perlu dilakukan kerana institusi-institusi itu tidak lagi dapat berfungsi mengikut tujuan penubuhannya akibat masalah kewangan atau anggota-anggota tidak lagi berminat dengan institusi berkenaan. Sebanyak 10 buah KAT telah dibatalkan pendaftaran pada tahun 2003.

3.2

FUNGSI SEBAGAI AGENSI PENGURUSAN Fungsi sebagai agensi pengurusan bertujuan untuk mencapai objektif LPP dan PP dengan menyediakan program-program sokongan anggota-anggota pengurusan dan mewujudkan sistem pengurusan yang kemaskini dan teratur. 3.2.1 SOKONGAN ANGGOTA Penempatan anggota LPP di PP adalah untuk menjalankan tugas-tugas menguruskan Pertubuhan-pertubuhan Peladang (PP) di semua peringkat iaitu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). LPP menempatkan anggota di PP bagi jawatanjawatan penting sahaja, manakala bagi jawatan-jawatan teknikal dan 25

sokongan diisi sendiri oleh PP. Penempatan anggota LPP di PP adalah merupakan sebahagian daripada sokongan input projek pembangunan sosio-ekonomi kerajaan dalam bentuk khidmat pengurusan PP di mana PP menjalankan perkhidmatan dan kerja-kerja pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup peladang. Sehingga akhir tahun 2003, LPP mempunyai seramai 2,766 orang anggota daripada 3,168 perjawatan yang diluluskan seperti pengagihannya di Jadual 6. Daripada jadual tersebut 1,684 orang atau 60.9 peratus ditugaskan untuk mengurus operasi PP seperti pembekalan input pertanian, pemasaran, perniagaan, perkhidmatan dan melaksanakan projek-projek pengeluaran pertanian untuk faedah ahli PP. Sementara bakinya seramai 1,082 orang atau 39.1 peratus adalah ditugaskan di LPP Ibu Pejabat, LPP Negeri dan Institut Pengurusan Peladang. Jadual 6: Agihan Perjawatan LPP Bagi Tahun 2003 Pejabat LPP/ PP Bilangan JawatanYang Diluluskan 342 656 79 48 2,043 Ibu Pejabat LPP Pejabat LPP Negeri Peringkat Daerah IPP PP Bilangan Anggota Yang Diisi 301 664 80 37 1,684 2,766

Jumlah

3,168

26

RAJAH 4 : PENGAGIHAN PERJAWATAN LPP BAGI TAHUN 2003Ibupejabat 11%

Negeri 21%

PP 64%

IPP 2%

Daerah 2%

3.3

FUNGSI SEBAGAI AGENSI PEMBANGUNAN LPP menyediakan khidmat sokongan kepada PP bagi meningkatkan peranan institusi tersebut kearah memaju dan memodenkan masyarakat peladang. Khidmat sokongan untuk pembangunan ekonomi adalah seperti menyediakan peruntukan pembiayaan dan kewangan bagi melaksanakan projek-projek yang boleh memberikan faedah kepada peladang-peladang. Peruntukan pembangunan juga disediakan untuk pembangunan sosial masyarakat peladang melalui program-program latihan, pembangunan unit peladang, pembinaan pejabat dan sebagainya. Impak daripada program pembangunan LPP dapat dilihat melalui prestasi pertubuhan peladang bagi tahun 2003 seperti di Lampiran B.

27

3.3.1

STRATEGI

PEMBANGUNAN

LPP

DALAM

RANCANGAN

MALAYSIA KE LAPAN (RMK-8) Strategi program pembangunan LPP dalam RMK-8 adalah untuk menyokong pelaksanaan Dasar Pertanian Negara Tiga (DPN3). LPP juga memberi penekanan kepada pelaksanaan program transformasi pertanian untuk menggembeling peladang-peladang dan menyelaraskan serta meningkatkan tahap perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan bagi meningkatkan pengeluaran dan pendapatan peladang. LPP melaksanakan program pembangunannya melalui PP dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut: (i) (ii) (iii) (iv) Pertanian sebagai suatu perniagaan. Penggunaan teknologi untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan kos pengeluaran. Melaksanakan aktiviti-aktiviti nilai ditambah bagi produkproduk pertanian. Menetapkan piawaian ke atas semua projek-projek pertanian yang dilaksanakan oleh PP.

3.3.2

PROGRAM KEUTAMAAN DAN STRATEGI PEMBANGUNAN LPP DALAM TAHUN 2003 Selaras dengan penekanan Kementerian Pertanian untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara, LPP mempertingkatkan lagi usaha-usaha dibidang ini khususnya bagi komoditi-komoditi yang difokuskan dalam DPN3 seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam daging, lembu daging dan ternakair. Pada tahun 2003, nilai pengeluaran makanan asas yang dihasilkan daripada projek-projek yang diuruskan oleh pertubuhan peladang berjumlah RM202.38 juta. Ini merupakan suatu peningkatan membanggakan berbanding tahun 2000, 2001 dan 28

2002 iaitu masing-masing RM163.6 juta, RM156.5 juta dan RM197 juta. Pada tahun 2003, bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran makanan asas supaya mencapai tahap komersial dan berdaya saing, LPP meneruskan pelaksanaan pendekatan seperti berikut :

(i)

Projek Perdana Pertubuhan Peladang

LPP meneruskan pelaksanaan Projek Perdana iaitu projek utama PP yang diiktiraf untuk dijadikan sebagai model dalam konteks membawa transformasi pertanian kepada peladangpeladang. Berasaskan kepada lima (5) kumpulan komoditi yang menjadi fokus Kementerian Pertanian iaitu padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan ternakair, LPP telah berjaya mewujudkan 48 buah projek contoh yang disebut Projek Perdana dalam tahun 2001. Pada tahun 2003 jumlah hasil daripada 48 buah Projek Perdana tersebut adalah bernilai RM47,676,922 juta yang melibatkan 5,439 peserta dalam komoditi padi, 121 orang komoditi sayur dan 34 peserta ternakair.

(ii)

Pendekatan Ministry Of Agriculture Incorporated (MOA Inc.)

Pelaksanaan

projek

dibawah

pendekatan

MOA

Inc.

merupakan pelaksanaan projek yang melibatkan kerjasama antara beberapa jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan meningkatkan pendapatan ahli peladang. Sebagai permulaan, Projek MOA Inc. Sik, Kedah telah diwujudkan selain daripada 48 buah Projek Perdana dimana LPP adalah sebagai Lead Agency. Projek-projek yang berjaya dimajukan sehingga tahun 2003 oleh pelbagai

29

jabatan dibawah pendekatan MoA Inc. Sik adalah seperti di Jadual 7. Projek MOA Inc. Sik, Kedah ini dijangka dapat meningkatkan pendapatan peserta secara langsung daripada kurang dari RM500.00 kepada melebihi RM1500.00 sebulan.

Jadual 7: Projek MOA Inc. Sik Kedah Jabatan / Agensi 1. LPP 2. Jabatan Pertanian 3. Jabatan Perikanan 4. Jabatan Perkhidmatan Haiwan 5. FAMA 6. Jabatan Pengaliran Dan Saliran Projek Tanaman Cili Tanaman mangga Ternakan Udang Galah Ternakan Ayam Daging Pusat Pengumpulan Hasil Ladang Kemudahan Prasarana dan Infrastruktur Ladang 34 hektar 39 kolam 50,000 ekor / pusingan 1 unit 35.82 hektar Saiz 30,000 beg/ pusingan

(iii)

Projek Pembangunan Zon Pengeluaran Makanan (ZPM) Seluas 3,234 hektar tanah telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk dibangunkan sebagai ZPM bagi tanaman buah-buahan melalui konsortium PPK, ahli-ahli PPK dan syarikat swasta dengan tanaman buah-buahan terpilih secara komersil. Daripada keluasan tersebut, hanya 2,234.9 hektar sahaja sesuai untuk ditanam dengan jenis tanaman buahbuahan seperti pulasan, rambutan, pisang, nanas dan nangka. Seluas 791 hektar telah dibangunkan sehingga tahun 2003.

30

(iv)

Usahasama Dengan Syarikat-syarikat Swasta/ Kerajaan Bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran, PP adalah digalakkan mengadakan usahasama pintar dengan syarikat swasta. Ini memandangkan syarikat-syarikat berkenaan akan membawa teknologi, luang-luang pemasaran, pengurusan yang cekap dan berkualiti serta pembiayaan dalam membangunkan projek baru. Sebanyak 67 buah PP telah berjaya melaksanakan usahasama projek dengan syarikat swasta dalam pelbagai bidang pertanian.

(v)

Pembangunan Projek Padi Kearah 10 Tan Metrik/ Hektar Program pembangunan projek padi kearah 10 metrik tan/hektar adalah bertujuan untuk meningkatkan purata hasil pengeluaran padi peladang-peladang di seluruh negara. Tumpuan LPP pada tahun 2003 adalah kepada projek-projek tanaman padi di sepuluh buah Projek Perdana yang melibatkan keluasan 1,602 hektar dengan 971 peserta. Pelaksanaan projek ini memerlukan tambahan input pertanian teratur yang lebih untuk pakai meninggikan teknologi Low hasil Input pengeluarannya. Penggunaan input tambahan dibuat dengan iaitu menerima Sustainable Agriculture (LISA) berasaskan penanaman persis yang mengutamakan keseimbangan nutrien. Pada tahun 2003 seramai 41 peserta telah berjaya mencapai penghasilan melebihi purata 8.6 metrik tan/hektar daripada 10 buah Projek Perdana tersebut.

31

(vi)

Aktiviti-aktiviti Nilai Ditambah Bagi Produk Pertanian LPP memberi penekanan kepada penglibatan PP dalam aktivitiaktiviti nilai ditambah bagi produk-produk yang dihasilkan dan sehingga Disember 2003, sebanyak 21 buah PP telah menjalankan aktiviti pemprosesan yang melibatkan komoditi padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan ternakan bernilai RM77.65 juta.

(vii)

Program Pemindahan Teknologi (TOT) Bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran yang mampu untuk berdayasaing, industri pengeluaran bahan makanan perlu dipermodenkan dengan menggunakan teknologi terkini dan menekankan amalan-amalan pertanian mesra alam, menghasilkan pengeluaran makanan yang berkualiti dan selamat untuk digunakan. Selaras dengan keperluan pemindahan teknologi ini, LPP bersama MARDI telah mengenalpasti jenis teknologi, kumpulan sasar, kaedah TOT serta aktiviti TOT yang akan dilaksanakan bagi komoditi padi, sayur-sayuran, ternakan, ternakair dan buahbuahan. Sebanyak 47 buah projek PP telah menerima tahap Skim Akreditasi Ladang dan boleh dijadikan contoh bagi tujuan TOT kepada para peladang-peladang lain.

3.3.3

PEMBIAYAAN PROJEK LPP telah menyalurkan peruntukan pembangunan berjumlah

RM24,576,149 dalam bentuk geran untuk membiayai programprogram sosio-ekonomi pertubuhan peladang seperti Pengeluaran Bahan Makanan Asas, Pembangunan Unit Peladang, Pembangunan Usahawan Peladang, Pembinaan Kemudahan Pemasaran PP, Pembekalan peralatan ICT kepada PP dan peruntukan latihan untuk

32

latihan pegawai dan peladang. Selain dari itu, program-program ini juga dibiayai melalui KumpulanWang Pinjaman Pertubuhan Peladang (K3P). Ia merupakan tabung untuk membiayai keperluan modal perniagaan PP bagi kegiatan-kegiatan yang tidak dapat dibiayai di bawah peruntukan pembangunan atau oleh Bank Pertanian Malaysia. Keutamaan pembiayaan projek ialah yang memberi faedah secara langsung kepada ahli-ahli dan pertubuhan peladang. Antara projek yang dibiayai dengan menggunakan dana ini ialah pemasaran padi, mini estet padi, modal pusingan kerja-kerja kontrak dan modal pusingan input pertanian. Dalam tahun 2003 sebanyak RM13.571 juta telah dikeluarkan bagi membiayai 50 projek PP.

3.4

PROGRAM-PROGRAM (RMK-8) 3.4.1

SOSIO-EKONOMI

PERTUBUHAN

PELADANG DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-LAPAN

PENGELUARAN BAHAN MAKANAN ASAS Objektif utama program adalah untuk meningkatkan pengeluaran makanan asas khususnya padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam daging, lembu daging dan ternakair bagi membantu pencapaian matlamat Kementerian Pertanian untuk mencapai Imbangan Dagangan Positif (BOT) dalam komoditi makanan. Perbelanjaan peruntukan untuk maksud ini bagi tahun 2003 telah bertambah sebanyak 1.3 peratus berbanding tahun 2002 iaitu daripada RM8,529,751 kepada RM9,908,989 bagi tahun 2003. Bilangan projek yang telah diluluskan adalah sebanyak 75 projek bagi tahun 2003 melibatkan 10 PPN dan 38 PPK yang menghasilkan nilai pengeluaran berjumlah RM47.68 juta. Subprojek di bawah program ini ialah:

33

(i)

Estet Padi Objektif utama projek adalah untuk memperbaiki infrastruktur sawah seperti perataan tanah sawah, memperbaiki jalan ladang, dan penggunaan input-input tambahan dan benih yang bermutu tinggi serta menyalurkan pakej teknologi yang sesuai ke arah pengeluaran padi berskala besar oleh PP dan ahli peladang melalui pelaksanaan projek kelompok dan estet padi. Pencapaian yang terbaik kesan dari penggunaan teknologi dapat dilihat dalam projek perdana padi ke arah 10 metrik tan sehektar. Penggunaan benih padi sah MR219, pakej amalan pengurusan tanah, air, rumpai, musuh dan pembajaan berpandukan padicheck telah meningkatkan purata produktiviti penghasilan padi. Daripada 10 buah projek

perdana padi, projek-projek perdana PPK Pasir Panjang, Selangor dan PPK Gunung Semanggol, Perak telah berjaya mencapai purata penghasilan padi 8.6 metrik tan sehektar. (ii) Pengeluaran Sayur-sayuran Projek ini mempunyai objektif untuk menyediakan prasarana dan peralatan yang mencukupi bagi meningkatkan hasil pengeluaran ladang PP dan usahawan setaraf dengan piawaian hasil yang ditentukan mengikut jadual. Penggunaan teknologi tinggi dalam bidang penanaman sayur-sayuran yang berjaya dilaksanakan secara komersil ialah penanaman cili dan tomato secara sistem fertigasi. Dalam tahun 2003, LPP membiayai 9 projek melibatkan keluasan 186.1 hektar dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1,183,269.

34

(iii)

Pengeluaran Ternakan Komersil Pelaksanaan projek ini berkonsepkan pembangunan projek secara perladangan komersil di samping mengkonsolidasi projek-projek kecil sediada kepada projek-projek besar dengan menggunakan teknologi terkini dan pengurusan yang bersistematik serta berdaya maju. PP telah memulakan teknologi penternakan ayam sistem reban tertutup. Pada tahun 2003, LPP telah membiayai 11 buah projek dengan perbelanjaan berjumlah RM2,408,900 melibatkan 8 buah PP.

(iv)

Pengeluaran Ternakair Objektif utama projek adalah untuk memajukan projek-projek baru yang dikenalpasti projek-projek berpotensi sediada untuk dibangunkan. dan Manakala akan diperbesar

dipertingkatkan dari segi penggunaan teknologi, kemudahan infrastruktur dan kemahiran pengurusan ke arah pengeluaran output yang optimum. Pada tahun 2003 sebanyak 31 PP mendapat pembiayaan daripada LPP untuk melaksanakan projek ternakair dengan jumlah pembiayaan RM3,264,868. (v) Pengeluaran Buah-buahan Projek ini bertujuan untuk membangunkan dan meluaskan kawasan projek buah-buahan di kawasan sedia ada dan baru dengan klon buah-buahan berkualiti termasuk tanaman jangka pendek seperti pisang dan betik serta tanaman jangka panjang seperti limau dan durian. Pada tahun 2003, LPP membelanjakan sebanyak RM2,288,556 untuk membangunkan kawasan tanaman buah-buahan seluas 492 hektar melibatkan 20 PP.

35

3.4.2

PEMBANGUNAN UNIT PELADANG Program ini mempunyai matlamat untuk memajukan peladang usahawan, unit peladang dan kampung dalam bidang ekonomi dan sosial. Subprojek di bawah program ini ialah: (i) Pembangunan Manusia Asas Komoditi (PMAK) Projek PMAK Fasa 3 yang bermula pada tahun 2001 mempunyai matlamat untuk melahirkan peladang moden supaya lebih bersikap terbuka, cergas, cekap, berilmu, berwawasan dan komited untuk membangunkan diri, keluarga dan masyarakat. Sehingga tahun 2003, sejumlah 30 unit peladang telah berjaya dibangunkan di bawah projek PMAK melibatkan 731 orang peserta merangkumi lima komoditi utama iaitu ternakan ayam daging, tanaman padi, tanaman sayuran, ternakan lembu dan ternakair berjalan dengan baik dan telah mengeluarkan hasil yang bernilai RM1,254,231.

(ii)

Pembangunan Usahawan Peladang (PUP) Matlamat program PUP adalah untuk mewujudkan ahli PP sebagai peladang usahawan dan peladang komersil dalam aktiviti terpilih PP bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatannya serta mampu menyumbang kepada pengeluaran makanan negara. Pemindahan teknologi juga telah ditumpukan kepada peladang-peladang melalui usahawan-usahawan peladang bagi mewujudkan usahawan-usahawan peladang berteknologi dan mampu untuk berdayasaing serta menjadi model kepada peladang-peladang lain. Sehingga tahun 2003 seramai 1,113 peladang usahawan telah mendapat pembiayaan di bawah program PUP.

36

(iii)

Pembangunan Unit Pertubuhan Peladang (FDU) Matlamat utama projek adalah untuk membangunkan unit peladang dengan projek ekonomi supaya ahli dalam unit tersebut dapat menjadikan unit mereka sebagai organisasi kecil yang kukuh dan maju untuk menyumbang kepada penambahan dalam pengeluaran makanan. Sehingga pada tahun 2003, sebanyak 30 unit peladang telah dibangunkan dengan penglibatan seramai 515 orang peserta.

3.4.3

KEMUDAHAN ASAS INSTITUSI Program ini memberikan tumpuan kepada penyediaan kemudahan asas peladang supaya aktiviti-aktiviti pembangunan dapat dijalankan dengan sempurna. Subprojek di bawah program ini ialah: (i) Bangunan dan Pejabat PPK Projek ini bertujuan untuk membina bangunan baru sebagai Pusat Kemajuan Peladang (PKP). Pada tahun 2003, LPP hanya membina sebuah bangunan untuk PPK Kerandang, Jerteh Terengganu. (ii) Penyelenggaraan Bangunan Projek ini bertujuan untuk menyelenggara bangunan Pusat Kemajuan Peladang (PKP) yang telah didirikan. Sehingga tahun 2003, sebanyak 172 buah PKP dan 49 buah sub-PKP telah dibina. terdapat Oleh sebab bangunan ini telah lama dibina, untuk memperbaiki kerosakan dan keperluan

sebahagiannya perlu dibina semula untuk dijadikan sebagai pejabat yang selamat digunakan. Pada tahun 2003, aktiviti pembaikan am telah dilaksanakan ke atas 60 buah PKP. 37

(iii)

Perkhidmatan Kejenteraan LPP telah menubuhkan pusat kejenteraan ladang sejak tahun 1982. Walaupun aktiviti ini telah diserahkan pengurusannya kepada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dalam tahun 1996, LPP terus membekalkan jentera baru bagi memastikan matlamat menyediakan sekurang-kurangnya 30 peratus keperluan kejenteraan peladang dicapai. Pada tahun 2003, LPP membekalkan traktor baru (19 buah), baikpulih traktor (5 buah), peralatan (30 buah) dan jentuai terpakai (5 buah) dengan peruntukan sebanyak RM3,046,065.

(iv)

Komputerisasi LPP/PP Matlamat utama projek adalah untuk memperlengkapkan kemudahan komputer di LPP dan juga PP serta membangunkan satu rangkaian capaian maklumat bagi membolehkan LPP dan PP beroperasi sebagai sebuah organisasi bersekutu. diperlukan supaya dapat Bagi mencapai tujuan ini, peralatan dan perisian yang secukupnya berhubung antara satu sama lain LPP juga dalam mendapatkan sumber data dan maklumat.

diarahkan membangunkan PP menjadi pusat sumber teknologi maklumat, maklumat peladang-peladang dan melatih peladangpeladang dalam penggunaan komputer. LPP juga mengambil inisiatif dengan memberi kelulusan kepada satu syarikat kepunyaan PPK untuk mempercepatkan penggunaan IT di PPK dengan membangunkan dan menguji Sistem Primari PP. Dalam tahun 2003, keempat-empat modul dalam sistem tersebut telah siap dibangunkan dan berada dalam pengujian dengan data-data urusniaga sebenar PPK. 2003. LPP telah menggunakan peruntukan sebanyak RM533,035.96 bagi tahun

38

3.4.4

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA Melalui program ini produk pertanian yang dihasilkan oleh PP dan peladang diproses bagi mendapatkan nilai tambah. Projek ini melibatkan aktiviti hiliran dan aktiviti lepas tuai hasil-hasil pertanian seperti buah-buahan, padi dan sayur-sayuran. Pada tahun 2003, PPN Johor dan PPK Labuan menerima peruntukan berjumlah RM280,548 bagi menyiapkan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan peralatan bagi pusat memproses ayam. Manakala PPK Bukit Awang, Kelantan bagi pembaikan kemudahan pengering kilang padi.

3.4.5

PEMBANGUNAN SUMBER TENAGA MANUSIA Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan sumber tenaga manusia untuk menambah ilmu pengetahuan, kefahaman serta kemahiran anggota LPP dan PP secara berterusan supaya dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka, selaras dengan perkembangan semasa. Subprojek di bawah program ini ialah: (i) Latihan Pegawai Objektif utama projek adalah untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan kecekapan anggota dalam konteks pengurusan PP, ahli peladang dan pembangunan tahap kerjaya di LPP dari aspek rohani, jasmani dan kualiti. Pada tahun 2003, fokus latihan pegawai adalah dalam bidang pengurusan dan teknikal yang melibatkan 196 kursus dengan peruntukan sebanyak RM1,208,633. Kursus-kursus ini telah dihadiri oleh 2,218 orang anggota. Ini adalah selaras dengan objektif khusus projek iaitu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam konteks transformasi pertanian.

39

(ii)

Latihan Peladang Di bawah projek ini, matlamat utama adalah untuk

membangunkan ahli PP yang aktif dengan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran penggunaan teknologi moden dalam pengurusan dan pembangunan projek pertanian yang lebih komersil. Fokus latihan peladang tahun 2003 juga menjurus ke arah peningkatan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran penggunaan teknologi terbaik dan sesuai dalam bidang pertanian. Sebanyak 358 kursus pengurusan dan teknikal telah dilaksanakan yang melibatkan 11,738 orang peladang dengan peruntukan RM989,728. (iii) Komunikasi dan Penggembelingan Objektif projek komunikasi adalah sebagai alat penyebaran maklumat, idea dan pengetahuan kepada kumpulan sasar. Tumpuan adalah kepada pemindahan teknologi pertanian, ternakan, ternakair dan sistem pemprosesan. Manakala program penggembelingan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan, kemahiran dan teknologi para peladang di luar bandar bagi menjayakan Dasar Pertanian Negara Ke-3 (DPN3) dan Pelan Korporat LPP 2000-2005 di samping meningkatkan semangat bersatu di bawah satu pergerakan untuk mencapai matlamat sejagat. Pada tahun 2003, penerbitan dokumentari video serta penerbitan Majalah Peladang dan Suara LPP merupakan aktiviti penting di bawah projek komunikasi yang melibatkan peruntukan sebanyak RM245,845. Projek penggembelingan pula melibatkan penggembelingan peladang untuk Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan dan Negeri, kempen, dialog dan perhimpunan peladang dengan peruntukan sebanyak RM579,761. 40

(iv)

Menaiktaraf Pusat Latihan Peladang Sehingga kini terdapat lima buah pusat latihan peladang (PLP) yang dikenali dengan nama Institut Pengurusan Peladang (IPP) di bawah kendalian LPP. Pusat-pusat ini digunakan untuk negara, melatih anggota LPP serta ahli peladang dalam pelbagai bidang. Dengan adanya kemudahan ini di seluruh kursus-kursus dapat dijalankan dengan lebih mudah dan kos pengendaliannya juga dapat dijimatkan. Pusat-pusat latihan ini dilengkapi dengan kemudahan dewan kuliah dan juga tempat penginapan untuk peserta. Pada tahun 2003, IPP tidak diberi aktiviti membaikpulih kemudahanperuntukkan dan LPP telah menggunakan peruntukan dalaman melaksanakan kemudahan serta melengkapkan peralatan bagi menjadikan IPP sebagai pusat latihan yang selesa.

3.4.6

KEMUDAHAN PEMASARAN PP Matlamat utama program adalah untuk memastikan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh PP dan ahli-ahlinya dapat dipasarkan dan memberikan pendapatan yang baik kepada pengusaha-pengusaha melalui kemudahan-kemudahan dan program-program pemasaran yang disediakan. Kemudahan seperti pusat pengumpulan hasil ladang, pusat timbang pukal, pusat pemasaran hasil pertanian dan pusat perniagaan peladang, telah diwujudkan. Pusat-pusat tersebut digunakan sebagai saluran pemasaran kepada hasil pertanian yang dikeluarkan. Kemudahan pengangkutan juga disediakan untuk membantu kegiatan pemasaran. Pada tahun 2003, aktiviti utama program adalah penyediaan infrastruktur kemudahan pemasaran PP, promosi dan pembangunan produk PP melibatkan 14 buah PPK dengan peruntukan sebanyak RM495,000.

41

3.4.7

PROGRAM SABAH

PEMBANGUNAN

PERTUBUHAN

PELADANG

LPP menguruskan pertubuhan peladang di negeri Sabah mulai 1 April 1993 dengan tumpuan utama pembangunannya adalah penyediaan bangunan pejabat untuk memberikan perkhidmatan kepada ahli. Di samping itu, pembinaan rumah kakitangan juga menjadi agenda penting untuk penempatan anggota ke kawasan luar bandar. Pada tahun 2003, usaha ini diteruskan supaya semua PP memperolehi kemudahan ini di samping melaksanakan projek-projek pengeluaran makanan. Perkhidmatan kejenteraan ladang juga dipertingkatkan melalui pembekalan jentera-jentera baru selaras dengan peningkatan projek pengeluaran ladang. Latihan kepada anggota LPP telah diperbanyakkan bagi menimba ilmu pengetahuan supaya memperolehi kemahiran dalam pengurusan untuk mentadbir PP dalam mencapai objektif memajukan organisasi tersebut. Pada tahun 2003, LPP telah membelanjakan RM5.9 juta untuk pelbagai projek di bawah Program Pembangunan PP Sabah.

42

4.

PENERAPAN KUALITI Komitmen LPP ke arah Pengurusan Berkualiti Secara Menyeluruh dalam perkhidmatan awam kini telah menjangkau sedekad. Sepanjang tempoh tersebut, budaya kecermelangan kerja telah dapat diterap dan dihayati serta menjadi amalan di LPP dalam usaha menggerakkan budaya kualiti dalam organisasi. LPP telah memperkenalkan dan membudayakan konsep `Knowledge Based dan konsep `Learning Organization dalam usaha-usaha melahirkan anggota-anggota yang berkualiti serta memiliki sifat `Professional Competency dalam usaha peningkatan dan kecemerlangan organisasi.. 4.1 Pelaksanaan MS ISO 9000 Bahagian Audit Pertubuhan Ibu Pejabat LPP dan Unit Audit LPP Negeri Kedah telahpun mendapat pengiktirafan Sijil MSO 9000 dibawah skop Pendaftaran Khidmat Audit Berkanun Ke Atas Pertubuhan Peladang dan Koperasi Berasaskan Pertanian. Manakala Pertubuhan-pertubuhan berikut telah mendapat Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti MS ISO 9001:2000: (i) (ii) (iii) (iv) Pertubuhan Peladang Kawasan Pasir Panjang (Selangor) di bawah skop Pengurusan Pemasaran Padi Pukal. Pertubuhan Peladang Kawasan Kubur Panjang (Selangor) di bawah skop Pengurusan Estet Padi. Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Pelet (Pulau Pinang) di bawah skop Pengurusan Estet Padi. Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu (Kedah) di bawah skop Pengurusan Pengedaran Beras. 4.2 Anugerah Kualiti 4.2.1 LPP amat berbangga oleh kerana Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) sekali lagi memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri Sektor Sosioekonomi Peringkat KementerianTanah dan Pembangunan Koperasi 2003.

43

4.2.2

Pemenang Anugerah Kualiti LPP Tahun 2003 (a) Anugerah Pengurusan Projek Terbaik i) ii) Kategori Tanaman Padi - PPK Pokok Sena, Pulau Pinan Kategori Sayur-sayuran - PPK Cameron Highlands, Pahang iii) Kategori Ternakair - PPK Sungai Tinggi, Perak iv) Kategori Ternakan - PPK Kuala Selangor, Selangor v) Kategori Buah-buahan - PPK Pengerang, Johor (b) Anugerah Pengurusan PP/Institut Pengurusan Peladang Bersih dan Indah serta Kuanter Terbaik. - PPK Batu Kurau, Perak (c) Anugerah Pengurusan Sistem Kerja Terbaik Pertubuhan Peladang - PPK Batu Kurau, Perak (d) Anugerah Pengurusan Terbaik LPP Negeri - LPP Negeri Perak

44