garis panduan majlis konvokesyen pertama … web details/07 peraturan da… · 7.3.2 pakaian...

16
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

Upload: dokhanh

Post on 20-Feb-2018

289 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

Page 2: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

2

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT BAGI PARA GRADUAN

MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN

KOLEJ MASA KALI KE-4

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera

Para Graduan,

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ MASA

Kolej MASA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan tuan/puan menamatkan

pengajian peringkat diploma dalam bidang pengajian masing-masing. Bagi mengiktiraf kejayaan

tuan/puan, Majlis Konvokesyen Kolej MASA akan diadakan di Dewan D, MAEPS, Serdang,

Selangor. Berikut disenaraikan peraturan dan syarat-syarat bagi para graduan menghadiri Majlis

Konvokesyen Kolej MASA kali ke-4.

1.0 PENGESAHAN KEHADIRAN

1.1 Para graduan WAJIB memaklumkan dengan segera pengesahan kehadiran ke

Majlis Konvokesyen kali ke-4 dengan menghantar keratan pengesahan kehadiran

yang terdapat di dalam surat jemputan. Sila sahkan kehadiran anda SEBELUM

ATAU PADA 7 SEPTEMBER 2015 (ISNIN).

1.2 Pengesahan kehadiran hendaklah disertakan dengan salinan bukti pembayaran

yuran yang telah dibuat. Untuk bayaran melalui akaun bank, sila sertakan salinan

yang telah dilengkapkan dengan nama pelajar, ID pelajar dan nombor kad

pengenalan sebagai rujukan.

2.0 PENDAFTARAN

2.1 Para graduan DIWAJIBKAN mendaftar seperti butiran berikut:

Hari : Khamis

Tarikh : 1 Oktober 2015

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Dewan D, MAEPS, Serdang, Selangor

2.2 Pihak Pengurusan Majlis Konvokesyen berhak untuk menghalang graduan yang

tidak mendaftar pada waktu pendaftaran yang ditetapkan daripada menerima

diploma dalam Majlis Konvokesyen tersebut.

Page 3: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

3

3.0 MAJLIS KONVOKESYEN

3.1 Majlis Konvokesyen Kolej MASA kali ke-4 akan diadakan pada tarikh 1 Oktober

2015 (Khamis).

3.2 Perarakan masuk graduan ke dalam Dewan Konvokesyen adalah pada jam 2.00

petang.

3.3 Graduan yang lewat TIDAK AKAN dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen

tersebut.

3.4 Graduan tidak dibenarkan meninggalkan dewan semasa majlis berlangsung dan

diminta untuk tidak membuat bising.

4.0 RAPTAI KONVOKESYEN

4.1 Raptai akan diadakan pada 1 Oktober 2015 (Khamis) pada jam 10.00 pagi di

Dewan D, MAEPS, Serdang, Selangor. Para graduan diminta untuk berkumpul

berhampiran pintu masuk dewan setelah selesai mengambil jubah konvokesyen.

5.0 PENYERTAAN GRADUAN DAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

5.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen ini hendaklah dibuat menggunakan

Borang Pengesahan Kehadiran yang telah disertakan bersama dengan surat

jemputan. Borang ini hendaklah dihantar kepada pihak Kolej MASA SEBELUM

ATAU PADA 7 SEPTEMBER 2015 berserta bukti pembayaran yuran.

5.2 Para graduan dikehendaki mengisi borang kajian pengesanan graduan secara atas

talian (‘online’) di http://graduat.mohe.gov.my (boleh mula diisi bermula 7

SEPTEMBER 2015) dan mencetak slip untuk dibawa ketika mengambil jubah.

6.0 KAD KEBENARAN MASUK DEWAN IBU/BAPA/TETAMU

6.1 Setiap graduan akan diberikan DUA (2) keping kad kebenaran masuk dewan

untuk DUA (2) orang tetamu sahaja. Kad kebenaran masuk kepada dua orang

tetamu ini akan diserahkan semasa sesi pendaftaran graduan.

6.2 Ibu/bapa/tetamu yang tidak mempunyai kad kebenaran ini TIDAK akan

dibenarkan memasuki dewan sama sekali.

6.3 Tetamu yang berumur di bawah DUA BELAS (12) tahun tidak dibenarkan masuk

ke dalam dewan.

Page 4: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

4

6.4 Tetamu diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing SEBELUM

jam 1.45 petang.

6.5 Semasa majlis berlangsung, tetamu diminta untuk tidak membuat bising atau

melakukan apa-apa aktiviti/perbuatan yang boleh mengganggu kelancaran

perjalanan majlis.

6.6 Tetamu DILARANG keluar dan masuk dari dewan semasa Majlis Konvokesyen

sedang berlangsung.

6.7 Tetamu diminta agar mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pihak

jawatankuasa konvokesyen.

7.0 PAKAIAN KONVOKESYEN

7.1 Kod Etika Pakaian Graduan Lelaki

7.1.1 Jubah konvokesyen akan disediakan oleh pihak Kolej MASA.

7.1.2 Graduan dimestikan memakai ‘Lounge Suit’ warna hitam berserta tali

leher atau pakaian kebangsaan (Contoh: Baju Melayu cekak musang

berbutang lengkap dan bersamping) warna hitam dan kasut serta stokin

berwarna hitam.

7.1.3 Graduan tidak dibenarkan melipat atau menggulung lengan baju.

7.1.4 Graduan haruslah memastikan seluar yang dipakai bersesuaian dari segi

lebar, panjang dan warna.

7.1.5 Graduan yang menggunakan tali pinggang harus memastikan saiz kepala

tali pinggang tersebut adalah tidak terlalu besar atau keterlaluan dari segi

reka bentuk/fesyen.

7.1.6 Graduan tidak dibenarkan memakai tali bow (‘bow tie’).

7.1.7 Graduan tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna kuning.

Page 5: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

5

7.1.8 Graduan dikehendaki memakai kasut kulit hitam yang bersih dan

bersesuaian untuk majlis rasmi konvokesyen. Pemakaian selipar atau

sandal adalah dilarang sama sekali.

7.1.9 Graduan yang melanggar mana-mana peraturan ini akan DILARANG

daripada menyertai Majlis Konvokesyen.

7.1.10 Sila rujuk Lampiran 1

7.2 Sahsiah Rupa Diri Graduan Lelaki

7.2.1 Graduan hendaklah berambut pendek dan kemas serta tidak mencecah

kolar baju. Graduan adalah DILARANG daripada mewarnakan rambut.

7.2.2 Graduan dibenarkan menyimpan misai atau janggut, tetapi mestilah

kelihatan kemas dan teratur.

7.2.3 Graduan hendaklah memastikan kuku tangan adalah pendek, bersih dan

dirias rapi.

7.2.4 Graduan yang melanggar mana-mana peraturan ini akan DILARANG

daripada menyertai Majlis Konvokesyen.

7.2.5 Sila rujuk Lampiran 2

7.3 Kod Etika Pakaian Graduan Wanita

7.3.1 Jubah konvokesyen akan disediakan oleh pihak Kolej MASA.

7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung,

sari, atau sut Punjabi. Pakaian kebangsaan tanpa lengan, berlengan

pendek dan mencolok mata adalah DILARANG.

7.3.3 Pakaian graduan hendaklah berlengan panjang hingga ke pergelangan

tangan dan tanpa belah di bahagian dada atau kaki. Pakaian daripada kain

jenis jarang adalah dilarang. Pakaian tersebut hendaklah tertutup hingga ke

pangkal leher di bahagian hadapan dan belakang.

Page 6: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

6

7.3.4 Graduan dibenarkan memakai aksesori yang bersesuaian sahaja. Graduan

yang bertudung hendaklah memakai tudung yang bersesuaian dan tidak

keterlaluan dari segi fesyen.

7.3.5 Graduan dikehendaki memakai kasut hitam bertutup yang bertumit tidak

kurang dari 2 inci dan tidak melebihi 3 inci. Pemakaian selipar atau sandal

adalah dilarang sama sekali.

7.3.6 Bagi tujuan keselamatan dan tujuan-tujuan tertentu yang lain, graduan

wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka seperti

purdah, topeng muka dan lain-lain.

7.3.7 Bagi tujuan keselamatan, graduan dinasihatkan untuk tidak mengenakan

barangan kemas yang keterlaluan sehingga boleh mengganggu perjalanan

majlis, pemakaian gelang kaki adalah DILARANG.

7.3.8 Graduan tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna kuning.

7.3.9 Graduan yang melanggar mana-mana peraturan ini akan DILARANG

daripada menyertai Majlis Konvokesyen.

7.3.10 Sila rujuk Lampiran 3

7.4 Sahsiah Rupa Diri Graduan Wanita

7.4.1 Graduan hendaklah berambut kemas serta tidak keterlaluan dari segi

fesyen. Graduan adalah DILARANG daripada mewarnakan rambut.

7.4.2 Graduan hendaklah memastikan kuku tangan adalah pendek, bersih dan

dirias rapi.

7.4.3 Graduan dibenarkan untuk mengenakan solekan, tetapi hendaklah

bersesuaian, tidak terlalu tebal atau keterlaluan.

7.4.4 Graduan yang mengenakan fesyen rambut bersanggul hendaklah

memastikan ketinggian sanggul tidak melebihi paras telinga.

Page 7: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

7

7.4.5 Graduan yang melanggar mana-mana peraturan ini akan DILARANG

daripada menyertai Majlis Konvokesyen.

7.4.6 Sila rujuk Lampiran 4

7.5 Kod Etika Pakaian Tetamu

7.5.1 Para tetamu/ibubapa/penjaga hendaklah memakai pakaian kemas dan

bersopan ketika berada di dalam dewan konvokesyen. Tetamu yang

berpakaian kurang sopan atau menjolok mata tidak akan dibenarkan

memasuki dewan konvokesyen

7.5.2 Para tetamu/ibubapa/penjaga hendaklah memakai kasut yang bersesuaian

dengan majlis. Pemakaian selipar atau sandal adalah dilarang sama sekali.

7.5.3 Sila rujuk Lampiran 5

Page 8: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

8

LAMPIRAN 1 (Etika Pakaian Graduan Lelaki)

Page 9: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

9

LAMPIRAN 2 (Sahsiah Rupa Diri Graduan Lelaki)

Page 10: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

10

LAMPIRAN 3 (Etika Pakaian Graduan Wanita)

Page 11: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

11

LAMPIRAN 4 (Sahsiah Rupa Diri Graduan Wanita)

LAMPIRAN 5 (Etika Pakaian Tetamu)

Page 12: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

12

8.0 PERATURAN PEMINJAMAN JUBAH KONVOKESYEN

8.1 Peminjaman Jubah Konvokesyen

8.1.1 Graduan diminta menguruskan peminjaman jubah konvokesyen pada hari

yang telah ditetapkan iaitu pada 1 OKTOBER 2015, JAM 8.30 PAGI –

10.00 PAGI.

8.1.2 Sila bawa bersama Borang Peminjaman Jubah – borang berwarna

MERAH JAMBU (Borang KKM_1/2015) semasa mengambil jubah

konvokesyen.

8.1.3 Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jubah konvokesyen

yang dipinjam. Sebarang kos atau tuntutan ganti rugi yang disebabkan

oleh kerosakan atau kecacatan pada jubah tersebut akan ditanggung

sepenuhnya oleh graduan.

8.2 Pemulangan Jubah Konvokesyen

8.2.1 Jubah konvokesyen WAJIB dipulangkan sebaik sahaja graduan selesai

menerima penganugerahan diploma atau dalam tempoh masa dari jam

5.00 PETANG – 7.00 MALAM, 1 OKTOBER 2015.

8.2.2 Skrol dan transkrip akademik rasmi hanya akan diserahkan setelah

graduan memulangkan jubah konvokesyen seperti yang tertakluk di dalam

syarat-syarat peminjaman dan pemulangan jubah.

8.2.3 Graduan yang gagal memulangkan jubah konvokesyen pada tarikh yang

ditetapkan akan dikenakan denda seperti di bawah:

RM 200.00 (Sewa

Tambahan Sehari)

RM50.00 (Denda Kelewatan) + Caj Sewa

1 hari kelewatan RM 250.00

2 hari kelewatan RM 300.00

3 hari kelewatan RM 350.00

4 hari kelewatan RM 400.00*

Page 13: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

13

Denda RM 400.00 - graduan akan dianggap berminat untuk membeli

jubah konvokesyen yang dipinjam.

8.2.4 Jubah yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran ganti rugi mengikut

kadar seperti berikut:

KURSUS JUBAH MORTAR BOARD HOOD

DIPLOMA *RM 400.00 *RM200.00 *RM150.00

Bayaran denda adalah tertakluk kepada pindaan. Pihak Kolej MASA

berhak menukar kadar denda tanpa sebarang notis.

9.0 SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

9.1 Borang Pelepasan Graduan

Graduan diminta melengkapkan Borang Pelepasan Graduan – borang berwarna

HIJAU (Borang KKM_4/2015) sebelum membuat tuntutan sijil dan transkrip

akademik. Borang Pelepasan Graduan ini perlu dibawa semasa proses

pengambilan jubah.

9.2 Borang Pengesahan Identiti Pelajar

Graduan diminta mengisi Borang Pengesahan Identiti Pelajar – borang

berwarna UNGU (Borang KKM_5/2015) untuk tujuan semakan maklumat pelajar

dan menyerahkan borang tersebut semasa proses pengambilan jubah.

9.3 Tuntutan Sijil & Transkrip Akademik

9.3.1 Graduan diminta melengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Sijil –

borang berwarna BIRU (Borang KKM_3/2015) dan Borang

Permohonan Transkrip Akademik – borang berwarna PIC (Borang

KKM_2/2015) bagi proses permohonan tuntutan sijil dan transkrip

akademik.

9.3.2 Sila ambil perhatian bahawa proses tuntutan sijil dan transkrip akademik

rasmi para graduan hanya akan bermula pada 23 NOVEMBER 2015

(ISNIN), JAM 10.00 PAGI. Graduan diminta hadir sendiri ke Kolej

Page 14: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

14

MASA bermula tarikh tersebut untuk mendapatkan sijil dan transkrip

akademik daripada Biro Hal Ehwal Pelajar. Graduan juga dinasihatkan

untuk menuntut sijil dan transkrip masing-masing dalam tempoh 60 HARI

daripada tempoh berkenaan (23 November 2015) untuk mengelakkan

sebarang kesulitan.

9.3.3 Bagi graduan yang tidak dapat hadir pada Majlis Konvokesyen, anda

dikehendaki menuntut sijil dan transkrip akademik dengan segera. Pihak

Kolej MASA tidak akan bertanggungjawab jika berlaku

kerosakan/kehilangan dan sebagainya ke atas sijil dan transkrip akademik

sekiranya tidak dituntut dalam tempoh 60 HARI selepas Majlis

Konvokesyen berlangsung.

9.3.4 Graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil sijil dan transkrip

akademik dengan cara mengemukakan surat perwakilan/kebenaran dan

salinan kad pengenalan graduan kepada pihak Kolej MASA. Graduan juga

perlu mencatatkan nama dan nombor kad pengenalan orang yang

mewakilkan dalam surat perwakilan/kebenaran serta slip bayaran graduan

yang telah dijelaskan.

9.4 Salinan Asal Sijil & Transkrip Akademik

Setiap graduan hanya layak mendapat satu set asal sijil dan transkrip akademik.

Dokumen-dokumen tersebut hanya akan diberikan sekiranya graduan telah

memulangkan jubah konvokesyen dengan lengkap.

9.5 Kesilapan Pada Sijil Dan Transkrip Akademik

Apabila sijil dan transkrip akademik dituntut, graduan dinasihatkan untuk

menyemak sijil dan transkrip akademik masing-masing dengan teliti. Jika

terdapat sebarang kesilapan pada sijil dan transkrip akademik, graduan perlu

membuat laporan bertulis PADA HARI YANG SAMA graduan menerima sijil

dan transkrip akademik tersebut.

Page 15: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

15

9.6 Kehilangan Sijil Dan Transkrip

Polisi Kolej MASA menetapkan bahawa sijil asal hanya akan diberikan sekali

sahaja. Jika berlaku kerosakan/kehilangan sijil asal, ia tidak akan diganti.

Graduan dinasihatkan menyimpan sijil dengan sebaik mungkin. Jika berlaku

kerosakan/kehilangan sijil dan transkrip akademik, pihak Kolej MASA hanya

akan memberikan surat pengesahan tamat pengajian sahaja.

9.7 Permohonan Semula Transkrip

Jika graduan kehilangan transkrip akademik, RM 20 akan dikenakan untuk

permohonan percetakan semula transkrip. Bayaran boleh dibuat secara tunai pada

Unit Kewangan Kolej MASA.

9.8 Maklumat Tambahan

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai tuntutan sijil dan transkrip akademik,

graduan boleh menghubungi pihak Kolej MASA melalui talian telefon 03-

80623000 atau emel berikut: [email protected]

10.0 GAMBAR KONVOKESYEN

10.1 Pihak Kolej MASA akan menyediakan perkhidmatan jurugambar dan juruvideo

profesional bagi merakam gambar graduan semasa Majlis Konvokesyen sedang

berlangsung di dalam dewan. Oleh yang demikian, graduan dan tetamu adalah

DILARANG daripada mengambil gambar atau merakam video menggunakan

apa-apa alat elektronik seperti kamera, telefon bimbit, dan sebagainya.

10.2 Graduan adalah dibenarkan untuk membawa jurugambar/juruvideo persendirian.

Namun, jurugambar/juruvideo persendirian tidak akan dibenarkan masuk ke

dalam dewan sewaktu Majlis Konvokesyen berlangsung. Perkhidmatan mereka

hanya tertakluk di kawasan luar Dewan Konvokesyen.

11.0 BARANG-BARANG PERSENDIRIAN

11.1 Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang

persendirian seperti komputer riba, kamera, tas tangan dan lain-lain barang

Page 16: GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA … WEB DETAILS/07 PERATURAN DA… · 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015

16

berharga ke dalam dewan pada hari konvokesyen. Hal ini adalah untuk

mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecurian atau

kerosakan.

11.2 Graduan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan barang

persendirian masing-masing. Pihak Kolej MASA tidak akan bertanggungjawab

sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau kecurian yang mungkin berlaku ke

atas barang-barang tuan/puan semasa Majlis Konvokesyen berlangsung.

12.0 KUASA KOLEJ MASA

12.1 Graduan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang dinyatakan di atas boleh

diambil tindakan oleh pihak Kolej MASA dengan tidak membenarkan para

graduan menyertai Majlis Konvokesyen tersebut atau tuntutan sijil dan transkrip

akademik tuan/puan akan dibekukan.

13.0 PERINGATAN

13.1 Graduan/Ibubapa/Tetamu dinasihatkan untuk makan tengahari terlebih dahulu

sebelum memasuki dewan. Pintu dewan akan DITUTUP dan DIKUNCI

sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung untuk mengelakkan sebarang

gangguan terhadap kelancaran perjalanan majlis.