garis panduan pensijilan ukur bahan: pengurus perolehan · pada tahap ini, calon didedahkan dengan...

27
Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan CAWANGAN KONTRAK & UKUR BAHAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

Upload: tranliem

Post on 31-May-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

Garis panduan

pensijilan UKUR BAHAN:

pengurus perolehan CAWANGAN KONTRAK & UKUR BAHAN

IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

Page 2: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

1

PROGRAM PENSIJILAN UKUR BAHAN

PENSIJILAN PENGURUS PEROLEHAN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF

3.0 TAHAP PENSIJILAN

4.0 KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN

5.0 SYARAT PERMOHONAN (LALUAN BIASA)

6.0 SYARAT PERMOHONAN (LALUAN KHAS)

7.0 CARA MEMOHON

8.0 LATIHAN

9.0 PENILAIAN

10.0 LAMPIRAN

Lampiran 1 - Modul Pensijilan

Lampiran 2 - Borang Permohonan Untuk Pentauliahan Bagi Program

Pensijilan

Lampiran 3- Carta Alir Permohonan Untuk Pentauliahan Bagi Program

Pensijilan

Lampiran 4 - Senarai Semak Bagi Pematuhan Syarat-syarat Permohonan

Page 3: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

2

PROGRAM PENSIJILAN UKUR BAHAN

PENSIJILAN PENGURUS PEROLEHAN

1.0 PENGENALAN

Program Pensijilan Pengurus Perolehan (Procurement Manager) ini adalah

program di mana Juruukur Bahan akan melalui proses pentauliahan bagi

mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran di dalam perolehan

Kerajaan seperti yang disyaratkan dan menepati piawaian pensijilan.

Melalui pentauliahan ini, Juruukur Bahan akan lebih berperanan di dalam

melaksanakan tanggungjawab professional dan seterusnya membantu

Jabatan dalam memberikan nasihat berkaitan perolehan.

Ini merupakan usaha Jabatan selaras dengan Pelan Strategik JKR untuk

melahirkan lebih ramai Juruukur Bahan berkepakaran dalam bidang khusus.

2.0 OBJEKTIF

Pensijilan Pengurus Perolehan ini adalah untuk :-

i) Meningkatkan Kompetensi Juruukur Bahan dalam bidang Perolehan;

ii) Mengiktiraf pengetahuan dan pengalaman Juruukur Bahan dalam

bidang perolehan;

iii) Melahirkan pakar dan penasihat dalam bidang Perolehan selari

dengan kehendak Pelan Bisnes Cawangan;

iv) Mewujudkan peluang pembangunan kerjaya di samping dapat

meningkatkan keupayaan, keyakinan diri dan kepuasan individu.

Page 4: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

3

3.0 TAHAP PENSIJILAN

Penetapan tahap Pensijilan Pengurus Perolehan ini adalah merujuk kepada

MODEL COMPETENCY & DICTIONARY JKR 293-006-11. Tahap

pengkelasan adalah terdiri daripada tiga (3) tahap pengkelasan. Tahap

pengkelasan adalah terdiri daripada Tahap 2 - Basic, Tahap 3 - Competent

dan Tahap 4 – Proficient.

Sijil-sijil akan diberi sejajar dengan tahap pengkelasan tertentu dan akan

diberi gelaran seperti berikut:-

3.1 Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2

3.2 Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement)

Tahap 3

3.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)

Tahap 4

Pensijilan Pengurus Perolehan Tahap 4 bukan sahaja mentauliahkan

seseorang Juruukur Bahan itu Proficient tetapi juga memantapkan

pengetahuan pegawai tersebut menuju laluannya sebagai Subject

Matter Expert (SME) dalam perolehan Kerajaan.

4.0 KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN

Calon hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam

menguruskan perolehan Kerajaan di sepanjang berkhidmat sebagai Juruukur

Bahan.

Ciri-ciri kekompetenan yang dijangka dimiliki adalah seperti berikut:-

i) Berkemahiran dalam menguruskan perolehan Kerajaan;

Page 5: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

4

ii) Mengenalpasti masalah dan berkebolehan menangani masalah

berkaitan perolehan;

iii) Berkebolehan menjalankan tugas tanpa pengawasan.

Skop pengetahuan bagi tahap-tahap pensijilan yang berkaitan adalah seperti

berikut:-

4.1 Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2

Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep,

kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

untuk menganalisa keperluan penggunaan perolehan Kerajaan

seterusnya mengadaptasikan kepada projek-projek Kerajaan. Butiran

modul pensijilan adalah seperti di Lampiran 1.

4.2 Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement)

Tahap 3

Pada tahap ini, calon mampu untuk menganalisa dan mengenalpasti

elemen elemen kritikal sebelum keputusan penggunaan perolehan ke

atas projek. Calon telah didedahkan dengan amalan baik perolehan di

sektor swasta dan antarabangsa. Calon lebih mahir untuk mengambil

kira lebih banyak faktor untuk memastikan kejayaan projek melalui

perolehan yang sesuai. Calon juga mampu untuk menjangka masalah

dan memberikan hujah. Calon juga berkemahiran untuk memberi

panduan kepada agensi luar berkenaan perolehan Kerajaan dan juga

peraturan-peraturan Kerajaan berkenaan perolehan Kerajaan. Butiran

modul pensijilan adalah seperti di Lampiran 1.

Page 6: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

5

4.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)

Tahap 4

Pada tahap ini, calon lebih mahir untuk mengambil kira lebih banyak

faktor untuk membantu menjayakan projek melalui perolehan yang

sesuai yang mana calon juga mampu untuk menyelesaikan masalah

dan membuat pembaikan serta pengubahsuaian. Calon dilengkapkan

dengan pengetahuan undang-undang serta amalan perolehan swasta

yang lebih mendalam berbanding Tahap 3. Butiran modul pensijilan

adalah seperti di Lampiran 1.

5.0 SYARAT PERMOHONAN (LALUAN BIASA)

Calon berminat boleh memohon dengan memenuhi syarat yang ditetapkan :-

5.1 Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2

Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:-

a) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Juruukur

Bahan minimum dua (2) tahun;

b) Telah hadir sekurang-kurangnya dua (2) kursus asas

Perolehan anjuran LJBM atau CKUB atau CREaTE atau

INTAN atau CIDB atau RISM.

c) Berdaftar dengan LJBM sekurang-kurangnya sebagai Juruukur

Bahan Provisional (Provisional Quantity Surveyor).

Page 7: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

6

5.2 Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement)

Tahap 3

Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:-

a) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Juruukur

Bahan minimum lima (5) tahun;

b) Lulus kursus Tahap 2;

c) Berdaftar dengan LJBM sekurang-kurangnya sebagai Juruukur

Bahan Provisional (Provisional Quantity Surveyor).

5.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)

Tahap 4

Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:-

a) Pengalaman bekerja sebagai Juruukur Bahan dalam sektor

Kerajaan minimum lapan (8) tahun;

b) Pengalaman menguruskan perolehan Kerajaan dalam tempoh

sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;

c) Calon telah lulus kursus Tahap 3;

d) Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai,

Juruukur Bahan Profesional ATAU Juruukur Bahan Konsultan

(Professional Quantity Surveyor (PQS) OR Consultant Quantity

Surveyor (CQS));

Dan salah satu daripada

e) Berpengalaman menjadi penceramah/fasilitator ATAU

membuat pembentangan kertas kerja dalam bidang perolehan

di peringkat Jabatan/ Agensi/ Kementerian;

Page 8: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

7

f) Berpengalaman dalam menyediakan garis panduan ATAU

menulis buku/ artikel/ lain-lain penulisan dalam bidang

perolehan di peringkat Jabatan/ Agensi/Kementerian.

5.4 SYARAT PEMBANTU JURUUKUR BAHAN KE TAHAP 2

Calon mestilah memenuhi kriteria tersebut:

a) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Penolong

Juruukur Bahan minimum tujuh (7) tahun;

b) Telah hadir sekurang-kurangnya empat (4) kursus asas Perolehan

anjuran LJBM atau CKUB atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau

RISM.

6.0 SYARAT PERMOHONAN (LALUAN KHAS)

Calon juga boleh dikecualikan daripada tahap-tahap tertentu di atas melalui

Laluan Khas. Permohonan boleh dipertimbangkan oleh Panel Bidang

Kepakaran dengan syarat pemohon perlu mengemukakan pembuktian

seperti berikut:

6.1 Laluan Khas Ke Tahap 2

a) Mempunyai kelulusan Sarjana atau setaraf dengannya dalam

bidang perolehan;

b) Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai,

Juruukur Bahan Profesional (Professional Quantity Surveyor

(PQS)) ataupun Juruukur Bahan Konsultan (Consultant

Quantity Surveyor (CQS)) dengan Laporan Analisa Kritikal

dalam bidang perolehan;

c) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan selama lima (5)

tahun dan sekurang-kurangnya pernah 3 kali terlibat didalam

salah satu proses:

Page 9: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

8

Perolehan Kapasiti

1 Proses Perolehan

Tender atau

HODT/Penilai Tender

2 Proses Sebutharga atau Urusetia/Ahli Jawatankuasa

3 Proses FMM HODT/Penilai Tender

d) Telah hadir sekurang-kurangnya dua (2) bilangan kursus asas

Perolehan ataupun daripada salah satu modul berikut:

i. Tender

ii. Sebutharga

Kursus tersebut mestilah dianjurkan oleh sama ada oleh LJBM,

atau CKUB atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau RISM.

Kursus tersebut juga mestilah didalam tempoh masa 5 tahun

daripada tempoh permohonan.

6.2 Laluan Khas Ke Tahap 3

a) Mempunyai kelulusan Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dalam

bidang perolehan;

b) Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai,

Juruukur Bahan Profesional (Professional Quantity Surveyor (PQS))

ataupun Juruukur Bahan Konsultan (Consultant Quantity Surveyor

(CQS)) dengan Laporan Analisa Kritikal dalam bidang perolehan;

c) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan selama lapan (8) tahun

dan sekurang-kurangnya pernah 5 kali terlibat didalam proses:

Page 10: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

9

Bidang Perolehan Kapasiti

1 Proses Perolehan

Tender

HOPT/HODT/Penilai Tender/Ahli

Lembaga Perolehan/Urusetia

Lembaga Perolehan

2 Proses Sebutharga Urusetia/Ahli Jawatankuasa

3 Proses FMM HOPT/HODT/Penilai Tender

d) Telah hadir sekurang-kurangnya lima (5) bilangan kursus asas

Perolehan ataupun daripada salah satu modul berikut:

i. Tender

ii. Sebutharga

iii. Penilaian Tender

iv. FMM

Kursus tersebut mestilah dianjurkan oleh sama ada oleh LJBM, atau

CKUB atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau RISM. Kursus

tersebut juga mestilah didalam tempoh masa 5 tahun daripada

tempoh permohonan;

e) Personal statement yang menceritakan pengalaman mengendalikan

perolehan sepanjang bekerja;

f) Berpengalaman menjadi penceramah/fasilitator sekurang-kurangnya

2 kali di dalam subjek perolehan asas ataupun mana-mana modul

seperti yang disenaraikan pada D (i), (ii), (iii), (iv) di peringkat Jabatan/

Agensi/ Kementerian;

g) Berpengalaman dalam menyediakan garis panduan ATAU menulis

buku/ artikel/ lain-lain penulisan dalam bidang perolehan di peringkat

Jabatan/ Agensi/Kementerian.

Page 11: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

10

6.3 Laluan Khas Bagi Calon Yang Diperakukan Oleh Ketua Disiplin

Calon yang diperakukan oleh Ketua Disiplin berdasarkan pengalaman dan

perkhidmatan dalam bidang perolehan.

Calon-calon dikehendaki untuk mengemukakan bukti-bukti lanjut sekiranya

diperlukan oleh Panel Bidang Kepakaran dan penilaian adalah berdasarkan

temuduga/temubual.

7.0 CARA MEMOHON

Hebahan program akan dibuat melalui :-

i) Laman Web JKR;

ii) Surat Jemputan calon kepada Ketua Jabatan.

Pertanyaan dan borang permohonan yang lengkap di Lampiran A hendaklah

dialamatkan kepada:-

Makmal Penyelidikan Ukur Bahan

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE),

Jabatan Kerja Raya Malaysia,

Jalan Kemus, Simpang Ampat,

78000 Alor Gajah,

Melaka.

Carta alir permohonan untuk pentauliahan bagi program pensijilan adalah

seperti di Lampiran 3.

Page 12: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

11

8.0 LATIHAN

Program ini akan dikendalikan mengikut modul kursus teknikal yang telah

digubal dengan merujuk kepada kursus anjuran CREaTE.

Senarai modul berkaitan keseluruhan Program adalah seperti di Lampiran 1.

9.0 PENILAIAN

Pentauliahan pensijilan akan dinilai berdasarkan perkara-perkara berikut:-

9.1 Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2

a) Kehadiran penuh sepanjang tempoh berkursus;

b) Lulus ujian pensijilan.

9.2 Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement)

Tahap 3

a) Kehadiran penuh sepanjang tempoh berkursus;

b) Lulus ujian pensijilan.

9.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)

Tahap 4

a) Kehadiran penuh sepanjang tempoh berkursus;

b) Menyediakan Laporan Cadangan Penyelesaian Kajian Kes;

c) Lulus Pembentangan Cadangan Penyelesaian Kajian Kes

Pembahagian markah penilaian adalah seperti berikut:-

Program Pensijilan Kriteria Markah

Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2

Peperiksaan Objektif (individu)

100%

Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement) Tahap 3

Peperiksaan Subjektif (individu) 100%

Page 13: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

12

Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager) Tahap 4

Laporan Cadangan Penyelesaian

Kajian Kes

60%

Pembentangan Laporan Cadangan

Penyelesaian Kajian Kes

40%

Calon mestilah memperolehi markah keseluruhan sekurang-kurangnya

80% untuk melayakkan memperolehi pensijilan ini.

Page 14: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

LAMPIRAN 1 SIJIL TAHAP 2

Kompetensi Modul Kandungan Modul Tempoh Modul

Kaedah Penyampaian

Tatacara Perolehan dan Peraturan Kerajaan

Pengenalan Kaedah Perolehan Kerja Konvensional Kerajaan PK1 oleh Kementerian Kewangan • Dasar, Prinsip dan

Perancangan Perolehan

• Kaedah Perolehan

• Isu dan Cabaran

• Pendedahan kepada lesson learnt

2 Jam

Syarahan

Perolehan Tender Terhad/Pra-kelayakan oleh JKR 2 Jam

Tatacara Perolehan Kerja di bawah RM 500K dan Perolehan Darurat

2 Jam

Penyediaan dokumen tender dan TTD 2 Jam

Kaedah Penilaian Tender 2 Jam

Pengenalan Perolehan dalam FMM 2 Jam

Pengenalan kepada Perolehan Perlantikan Perunding dan Kaedah Penilaian Teknikal dan Kewangan Perunding oleh JKR

2 Jam

Pengenalan kepada Kontrak Bekalan dan Perkhidmatan oleh Kementerian Kewangan

2 Jam

Perolehan bagi menyiapkan Projek Sakit 2 Jam

Etika dan Integriti

Integriti dalam Pengurusan Perolehan oleh SPRM • Konsep Integriti didalam perolehan awam

• Kesalahan rasuah didalam perolehan awam dan lain-lain kesalahan yang berkaitan

• Etika mengurus perolehan awam

• Isu dan Cabaran

2 Jam Syarahan

13

Page 15: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

SIJIL TAHAP 2

Kompetensi Modul Kandungan Modul Tempoh Modul

Kaedah Penyampaian

Teknikal

Kaedah Perolehan Swasta dan Antarabangsa (I) • Konsep

• Strategi Pemilihan Kontraktor

• Kaedah Pelaksanaan

• Amalan Terbaik

• Isu dan Cabaran

2 Jam

Syarahan

Kos Kitar Hayat (J) • Konsep

• Pengiraan kos kitar hayat (Kaizen costing etc)

• Analisis Kos Kitar Hayat

• Aplikasi Kos Kitar Hayat

• Amalan Terbaik

• Isu dan Cabaran

2 Jam

Penyenggaraan dan Operasi (J) • Konsep

• Pegurusan penyenggaraan dan operasi

• Pengiraan Kos Penyenggaraan dan Operasi

• Value Analysis

• Amalan Terbaik

• Isu dan Cabaran

2 Jam

Pengurusan Risiko • Konsep

• Komponen kos didalam risiko

• Identification of risk

• Assessment of risk

• Valuing risk

2 Jam

14

Page 16: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

• Legal liability, economic damages and non-economic damages

Pengenalan kepada Kontrak Konsesi (I) • Konsep

• Klausa-Klausa

• Isu dan Cabaran

• Pengajaran

2 Jam

Peraturan-peraturan Perolehan Kerajaan (akta, pekeliling, panduan) (I)

• Akta

• Peraturan

2 Jam

Kemahiran keras dan kemahiran

insani

Kemahiran Rundingan • Konsep

• Persediaan rundingan

• Rundingan

• Strategi

• Psikologi rundingan

• Pos rundingan

• Isu dan Cabaran

2 Jam Syarahan dan latihan di dalam

kelas

Kemahiran Mengurus Pemegang Saham 2 Jam Syarahan dan latihan di dalam

kelas

Isu Perundangan didalam Perolehan (J) • Pembentukan kontrak

• Surat Niat

• Surat Setuju Terima Kes dan Iktibar

4 Jam Syarahan

15

Page 17: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

TAHAP 4

Kompetensi Modul Kandungan Modul Tempoh Modul

Kaedah Penyampaian

Pentadbiran Kewangan Kerajaan & Perakaunan Kerajaan (KKR)

• Konsep kewangan Kerajaan

• Pengurusan Kewangan Kerajaan

• Sumber Kewangan Kerajaan

• Ekonomi Sektor Awam

• Prinsip perakaunan kerajaan

• Jenis Perakaunan Kerajaan

• Amalan Terbaik

• Isu dan Cabaran

2 Jam Syarahan

TPPA dan Perolehan Kerajaan (R) 2 Jam Syarahan

Pelan Kewangan • Pengenalan kepada pelan kewangan

• Perancangan dan penilaian kewangan

• Cash Flow forecasting

2 Jam Syarahan

Model Kewangan (optional) (UKAS) • Pengenalan kepada model kewangan

• Analisa Penyata Kewangan

• Analisa Kewangan

• Ratio kewangan

• Model Kewangan

2 Jam Syarahan

Lawatan Teknikal dan Kajian Kes 4 Jam Lawatan

16

Page 18: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

1 of 6

BORANG PERMOHONAN PENGURUS PEROLEHAN

(Diisi Oleh Calon)

TAHAP : 2 TAHAP : 3 TAHAP: 4

LALUAN KHAS TAHAP : 3 LALUAN KHAS TAHAP : 4

BAHAGIAN I : MAKLUMAT PERIBADI PEMOHON

Nama Penuh

Jawatan

No. Kad Pengenalan

Tarikh Lantikan Pertama & Gred Sekarang

Jantina Bahagian

Nama &Alamat Majikan

Cawangan/ Negeri

No. Tel (P) No. Tel (Bimbit)

No. Fax Emel

No BQSM

Bil Kakitangan Seliaan

BAHAGIAN II : KELAYAKAN AKADEMIK

Bil Sijil/Diploma/Ijazah/Ijazah Sarjana/PHD Kolej/Universiti Tahun

BAHAGIAN III : LAIN –LAIN KELAYAKAN

Bil Kelayakan Kolej/Universiti/Badan

Iktisas Tahun

LEKATKAN GAMBAR TERKINI

Page 19: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

2 of 6

BAHAGIAN IV : PENGALAMAN KERJA (Pengalaman kerja dan tempoh)

Bil Tempat Bertugas Bidang tugas (secara ringkas) Gred Jawatan /Tempoh

Page 20: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

3 of 6

Laluan Khas Tahap 2

BAHAGIAN V : SENARAI KURSUS YANG DI HADIRI Sila sertakan Salinan Sijil Kursus yang telah akui sah

Bil Nama Kursus Tarikh & Tempoh Anjuran

BAHAGIAN VI : PENGALAMAN PEROLEHAN

Bil Nama Projek Pengalaman melaksanakan perolehan tender/sebutharga/FMM

(Sertakan pembuktian)

Page 21: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

4 of 6

Laluan Khas Tahap 3

BAHAGIAN VII : SIJIL KURSUS YANG DI HADIRI/TENAGA PENGAJAR Sila sertakan salinan Sijil Kursus yang telah akui sah

Bil Nama Kursus Tarikh & Tempoh Anjuran

BAHAGIAN VIII : PENGALAMAN PEROLEHAN

Bil Nama Projek Pengalaman melaksanakan perolehan tender/sebutharga/FMM

(Sertakan pembuktian)

Page 22: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

5 of 6

Laluan Khas Tahap 4

BAHAGIAN IX : SIJIL KURSUS SEBAGAI TENAGA PENGAJAR Sila sertakan salinan Sijil Kursus yang telah akui sah

Bil Nama Kursus Tarikh & Tempoh Anjuran

BAHAGIAN X : PENGLIBATAN INDUSTRI

Bil Nama Projek Pengalaman menganggotai ahli jawatankuasa garis panduan/pekeliling

berkaitan perolehan (Sertakan pembuktian)

BAHAGIAN XI : PENGLIBATAN AKADEMIK Sila sertakan salinan Sijil Kursus yang telah akui sah

Bil Tajuk Artikel/Pembentangan Tarikh & Tempoh Anjuran

Page 23: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

6 of 6

Dengan ini saya mengaku bahawa maklumat yang di bekalkan didalam borang permohonan ini serta

dokumen yang dikemukakan didalam permohonan ini adalah benar. Tindakan akan diambil sekiranya

saya

Tandatangan Pemohon : Disokong/ Tidak Disokong

(Ketua Bahagian)

………………………………………………………

………………………………………………………

Nama : Nama :

Jawatan : Jawatan :

Cop Jabatan : Cop Jabatan :

Tarikh : Tarikh :

Perhatian: Permohonan untuk Laluan Khas Tahap 2-4 hendaklah disertakan Bersama Curriculum

Vitae

Page 24: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

PENSIJILAN UKUR BAHAN: PENGURUS PEROLEHAN

[- 1 -]

LAMPIRAN 4: SENARAI SEMAK LALUAN BIASA

TAHAP 2 (PENGURUSAN & PROFESSIONAL)

Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Juruukur Bahan minimum dua (2)

tahun

(Sila sertakan surat pengesahan tempoh perkhidmatan oleh Ketua Bahagian)

Menghadiri sekurang-kurangnya dua (2) kursus asas Perolehan anjuran LJBM atau CKUB

atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau RISM (Sila sertakan salinan sijil kursus berkaitan)

Berdaftar dengan LJBM sekurang-kurangnya sebagai Juruukur Bahan Provisional

(Provisional Quantity Surveyor).

(Sila sertakan salinan sijil pendaftaran LJBM)

TAHAP 2 (PEMBANTU JURUUKUR BAHAN)

Bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Penolong Juruukur Bahan minimum tujuh (7) tahun

(Sila sertakan surat pengesahan tempoh perkhidmatan oleh Ketua Bahagian)

Menghadiri sekurang-kurangnya empat (4) kursus asas Perolehan anjuran LJBM atau

CKUB atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau RISM (Sila sertakan salinan sijil kursus berkaitan)

TAHAP 3

Bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Juruukur Bahan minimum lima (5) tahun

(Sila sertakan surat pengesahan tempoh perkhidmatan oleh Ketua Bahagian)

Lulus kursus Tahap 2

Berdaftar dengan LJBM sekurang-kurangnya sebagai Juruukur Bahan Provisional

(Provisional Quantity Surveyor).

(Sila sertakan salinan sijil pendaftaran LJBM)

TAHAP 4

Bekerja sebagai Juruukur Bahan dalam sektor Kerajaan minimum lapan (8) tahun

(Sila sertakan surat pengesahan tempoh perkhidmatan oleh Ketua Bahagian)

Berpengalaman menguruskan perolehan Kerajaan dalam tempoh sekurang-kurangnya

tiga (3) tahun

(Sila sertakan surat pengesahan pengalaman oleh Ketua Bahagian)

Lulus kursus Tahap 3

Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai Juruukur Bahan Profesional

(Professional Quantity Surveyor - PQS) ataupun Juruukur Bahan Konsultan (Consultant

Quantity Surveyor - CQS);

(Sila sertakan salinan sijil pendaftaran LJBM)

Page 25: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

PENSIJILAN UKUR BAHAN: PENGURUS PEROLEHAN

[- 2 -]

Berpengalaman menjadi penceramah/fasilitator ATAU membuat pembentangan kertas

kerja dalam bidang perolehan di peringkat Jabatan/ Agensi/ Kementerian.

(Sila sertakan salinan surat perlantikan sebagai penceramah / fasilitator atau salinan pembentanagn

kertas kerja yang berkaitan)

Atau

Berpengalaman dalam menyediakan garis panduan ATAU menulis buku/ artikel/ lain-lain

penulisan dalam bidang perolehan di peringkat Jabatan/ Agensi/Kementerian

(Sila sertakan salinan surat perlantikan sebagai AJK dalam Jawatankuasa yang berkaitan)

Page 26: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

PENSIJILAN UKUR BAHAN: PENGURUS PEROLEHAN

[- 3 -]

LAMPIRAN 4: SENARAI SEMAK LALUAN KHAS

TAHAP 2

Mempunyai kelulusan Sarjana atau setaraf dengannya dalam bidang perolehan

(Sila sertakan salinan kelayakan akademik)

Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai, Juruukur Bahan

Profesional (Professional Quantity Surveyor - PQS) ataupun Juruukur Bahan Konsultan

(Consultant Quantity Surveyor - CQS) dengan Laporan Analisa Kritikal berkaitan bidang

perolehan (Sila sertakan sijil pendaftaran LJBM dan salinan Laporan Analisa Kritikal)

Bekerja dalam sektor Kerajaan selama lima (5) tahun dan sekurang-kurangnya pernah 3

kali terlibat didalam salah satu proses:

Bil. Perolehan Kapasiti

1 Proses Perolehan Tender HODT/Penilai Tender

2 Proses Sebutharga atau Urusetia/Ahli Jawatankuasa

3 Proses FMM HODT/Penilai Tender

(Sila sertakan dokumen sokongan yang berkaitan)

Menghadiri sekurang-kurangnya dua (2) bilangan kursus asas Perolehan ataupun

daripada salah satu modul berikut:

(i) Tender

(ii) Sebutharga

Kursus tersebut mestilah dianjurkan oleh sama ada oleh LJBM, atau CKUB atau CREaTE

atau INTAN atau CIDB atau RISM. Kursus tersebut juga mestilah didalam tempoh masa 5

tahun daripada tempoh permohonan. (Sila sertakan sijil kursus berkaitan)

TAHAP 3

Mempunyai kelulusan Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dalam bidang perolehan (Sila sertakan salinan kelayakan akademik)

Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai, Juruukur Bahan

Profesional (Professional Quantity Surveyor - PQS) ataupun Juruukur Bahan Konsultan

(Consultant Quantity Surveyor - CQS) dengan Laporan Analisa Kritikal dalam bidang

perolehan

(Sila sertakan sijil pendaftaran LJBM dan salinan Laporan Analisa Kritikal)

Page 27: Garis panduan pensijilan UKUR BAHAN: pengurus perolehan · Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep, kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

PENSIJILAN UKUR BAHAN: PENGURUS PEROLEHAN

[- 4 -]

Bekerja dalam sektor Kerajaan selama lapan (8) tahun dan sekurang-kurangnya pernah 5

kali terlibat didalam proses:

Bil. Bidang Perolehan Kapasiti

1 Proses Perolehan Tender HOPT/HODT/Penilai Tender/Ahli

Lembaga Perolehan/Urusetia Lembaga

Perolehan

2 Proses Sebutharga Urusetia/Ahli Jawatankuasa

3 Proses FMM HOPT/HODT/Penilai Tender

(Sila sertakan sijil kursus berkaitan)

Menghadiri sekurang-kurangnya dua (2) bilangan kursus asas Perolehan ataupun

daripada salah satu modul berikut:

(i) Tender

(ii) Sebutharga

(iii) Penilaian Tender

(iv) FMM

Kursus tersebut mestilah dianjurkan oleh sama ada oleh LJBM, atau CKUB atau CREaTE

atau INTAN atau CIDB atau RISM. Kursus tersebut juga mestilah didalam tempoh masa 5

tahun daripada tempoh permohonan.

(Sila sertakan sijil kursus berkaitan)

Personal statement yang menceritakan pengalaman mengendalikan perolehan sepanjang

bekerja

Sebagai penceramah/fasilitator sekurang-kurangnya 2 kali di dalam subjek perolehan asas

ataupun mana-mana modul seperti yang disenaraikan berikut di peringkat Jabatan/

Agensi/ Kementerian:-

(i) Tender

(ii) Sebutharga

(iii) Penilaian Tender

(iv) FMM

(Sila sertakan salinan surat perlantikan sebagai penceramah / fasilitator)

Menyediakan garis panduan ATAU menulis buku/ artikel/ lain-lain penulisan dalam

bidang perolehan di peringkat Jabatan/ Agensi/Kementerian

(Sila sertakan salinan surat perlantikan sebagai AJK dalam Jawatankuasa yang berkaitan)