garis panduan perkhidmatan talian internet interim...
TRANSCRIPT
Garis Panduan Perkhidmatan
Talian Internet Interim di
Bahagian Sumber dan Teknologi
Pendidikan (BSTP), Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri
(BTPN), Pusat Teknologi
Pendidikan Bahagian (PTPB),
Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan
Sekolah-Sekolah KPM
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Garis Panduan ini adalah mengenai Perkhidmatan Talian Internet Interim
di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB), Pusat Kegiatan Guru (PKG) Dan Sekolah-Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019.
1.2 Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Kelulusan Khas Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh: 14 Jun 2019 No Rujukan: S/K.KEW/PK/KPM/05/06/S.K.4(37)
2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Talian internet sekolah di bawah Kontrak 1BestariNet Fasa 2 dijadualkan
berakhir pada 30 Jun 2019.
2.2 Talian internet interim ini akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019 di BSTP, BTPN, PTPB, PKG dan Sekolah-Sekolah di bawah KPM.
3.0 OBJEKTIF 3.1 Memastikan talian internet di sekolah tidak putus dan berterusan untuk
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta Pengurusan dan Pentadbiran (PdT).
3.2 Memastikan semua aplikasi dalam talian KPM dapat diakses oleh warga KPM.
3.3 Sebagai persediaan alternatif talian internet yang baharu apabila kontrak 1BestariNet Fasa 2 tamat pada 30 Jun 2019.
3.4 Memastikan guru dan murid dapat melaksanakan PdPc berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
4.0 KAEDAH PELAKSANAAN 4.1 Tadbir Urus Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 4.1.1 Pelantikan Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian
Internet Interim (Pelantikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri) Pengerusi : Ketua Sektor Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT (SPMICT) Pengerusi Ganti : Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah, BTPN
Ahli : Wakil Unit Kewangan Wakil Sektor Pengurusan Sekolah Penolong PPD ICT Urus Setia : SPMICT
4.1.2 Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 3 orang (termasuk pengerusi).
4.1.3 Kekerapan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau mengikut keperluan.
4.1.4 Mengesahkan Internet Service Provider (ISP) setiap sekolah berdasarkan ketetapan Surat Kelulusan Kementerian Kewangan serta semakan yang dibuat oleh Pasukan Kerja Daerah.
4.1.5 Memperakui syor Pasukan Kerja Daerah bagi penamatan ISP yang tidak memenuhi perkhidmatan yang ditawarkan.
4.1.6 Menyediakan laporan Pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim dan dikemukakan kepada BPM, KPM.
4.2 Tadbir Urus Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
4.2.1 Pelantikan Pasukan Kerja Peringkat Daerah bagi kerja-kerja pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim (Pelantikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah) Pengerusi : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ICT Pengerusi Ganti : Penyelia ICT Setiausaha : Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ahli : Ketua Juruteknik Komputer Daerah Guru Penyelaras Bestari Juruteknik Komputer PKG Juruteknik Komputer Sekolah Urus Setia : Unit Pentadbiran dan Kewangan
4.2.2 Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 3 orang (termasuk
pengerusi).
4.2.3 Kekerapan mesyuarat sekurang-kurangnya 1 bulan sekali atau mengikut keperluan.
4.2.4 Menetapkan ISP berdasarkan kelulusan Kementerian Kewangan dan liputan terbaik di sekolah.
4.2.5 Pengujian dan Pentauliahan talian internet interim oleh Pasukan Kerja peringkat daerah.
4.2.6 Pengesahan penerimaan perkhidmatan internet melalui Sijil
Akuan Penerimaan (SAP) dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) daripada ISP yang dilantik untuk pemasangan kali pertama.
4.2.7 Pemantauan pelaksanaan perkhidmatan talian internet interim sekolah.
4.2.8 Menyediakan laporan perkhidmatan ISP dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim peringkat negeri o Laporan Prestasi Perkhidmatan (rujuk Lampiran C) o Laporan Aduan Perkhidmatan Internet Service Provider (ISP)
(rujuk Lampiran D) o Laporan Kewangan (cetakan MyGFMAS) o Salinan SAP dan SPP (pengesahan penerimaan
perkhidmatan)
4.2.9 Mengemukakan syor penamatan ISP yang tidak memenuhi perkhidmatan yang ditawarkan.
4.2.10 Memastikan pengesahan bil dibuat oleh sekolah dan dihantar ke PPD.
5.0 PEMBAYARAN 5.1 BPM akan menyediakan subwaran peruntukan kewangan talian internet
interim kepada BSTP, BTPN ,JPN dan PPD yang terpilih.
5.2 Peruntukan yang akan diturunkan adalah di bawah bayaran Utiliti dibawah Objek Sebagai (OS23000 mengikut kod aktiviti yang ditetapkan oleh Bahagian Akaun.
5.3 Pembayaran dicadangkan secara pukal mengikut kod aktiviti yang telah disediakan dan jika sebaliknya maka pembayaran akan dibuat secara baucar.
5.4 Pihak ISP yang dilantik perlu mengemukakan bil dalam tempoh 5 hari selepas akhir bulan sebelumnya.
5.5 BSTP, BTPN, PPD, PTPB dan sekolah perlu membuat pengesahan dan menghantar bil kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh 5 hari bekerja selepas bil diterima.
5.6 BSTP, BTPN dan PPD membuat pembayaran (pukal / baucar).
5.7 Pihak PPD perlu menghantar laporan bulanan prestasi perbelanjaan setiap bulan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Interim Perkhidmatan Internet Interim peringkat negeri.
5.8 Pihak JPN perlu menghantar laporan bulanan prestasi perbelanjaan setiap bulan kepada BPM, KPM.
6.0 PEMANTAUAN PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET 6.1 Pemantauan boleh dbuat menggunakan borang speed test atau borang
Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) yang diberikan kepada semua JPN dan PPD.
7.0 PERANAN 7.1 SEKOLAH 7.1.1 Menerima surat arahan Perkhidmatan Talian Internet Interim
daripada KPM
7.1.2 Menerima kunjungan KPM, JPN, Pasukan Kerja Daerah dan ISP bagi tujuan pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim .
7.1.3 Menentukan lokasi pemasangan talian internet: Keutamaan di pejabat, makmal komputer dan bilik guru. Walaubagaimana pun, sekolah boleh menentukan lokasi terbaik di kawasan sekolah dengan mengambil kira liputan capaian internet bagi memastikan proses PdPc dapat berlaku dan aplikasi dalam KPM dapat diakses.
7.1.4 Memastikan SAP perkhidmatan ditandatangani oleh pihak pentadbir dan SPP ditandatangani oleh wakil Pasukan Kerja Daerah dan satu salinan SAP dan SPP tersebut disimpan oleh pihak sekolah.
7.1.5 Jika tiada capaian internet atau kerosakan peralatan pihak sekolah perlu membuat aduan kepada pihak ISP mengikut terma perjanjian dan syarat.
7.1.6 Sekiranya ISP gagal menyelesaikan aduan dalam tempoh 24 jam, pihak sekolah perlu memaklumkan kepada pihak pasukan kerja peringkat daerah dengan mengemukakan maklumat berikut: o Tarikh aduan o Nombor tiket aduan o Log aduan
7.1.7 Sekolah perlu membuat pengesahan dan menghantar bil kepada PPD dalam tempoh 5 hari selepas bil diterima.
7.1.8 Sebarang pertanyaan berkaitan pelaksanaan perkhidmatan talian internet interim boleh merujuk kepada Pasukan Kerja Daerah / JPN / KPM.
7.2 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
7.2.1 Pelantikan Pasukan Kerja Peringkat Daerah bagi kerja-kerja pelaksanaan perkhidmatan talian internet interim (Pelantikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah)
7.2.2 Mengurusetia mesyuarat sekurang-kurangnya 1 bulan sekali atau
mengikut keperluan.
7.2.3 Menetapkan ISP berdasarkan kelulusan Kementerian Kewangan dan liputan terbaik di sekolah.
7.2.4 Pengujian dan Pentauliahan talian internet interim oleh Pasukan Kerja Peringkat Daerah
7.2.5 Pengesahan penerimaan perkhidmatan talian internet interim daripada ISP dilantik (SAP dan SPP) untuk pemasangan kali pertama.
7.2.6 Pemantauan pelaksanaan perkhidmatan talian internet interim di sekolah
7.2.7 Menyediakan laporan perkhidmatan ISP dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim peringkat negeri o Laporan Prestasi Perkhidmatan (rujuk Lampiran C) o Laporan Aduan Perkhidmatan ISP (rujuk Lampiran D) o Laporan Kewangan (cetakan MyGFMAS) o Salinan SAP dan SPP (pengesahan penerimaan
perkhidmatan)
7.2.8 Mengemukakan syor penamatan ISP yang tidak memenuhi perkhidmatan yang ditawarkan.
7.2.9 Sekiranya ISP dilantik gagal menyediakan perkhidmatan, Pasukan Kerja Daerah boleh mengesyorkan cadangan penambahbaikan perkhidmatan kepada KPM.
7.2.10 Memastikan pengesahan bil dibuat oleh sekolah dan diterima oleh PPD dalam tempoh 5 hari bekerja.
7.2.11 Memastikan semua sekolah di bawah seliaan masing-masing menerima capaian internet sebagaimana yang telah ditetapkan.
7.2.12 Mengambil tindakan segera jika terdapat aduan dari pihak sekolah.
7.2.13 Membuat bayaran selepas semua dokumen adalah lengkap dan mematuhi tatacara kewangan yang berkuatkuasa.
7.2.14 Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada sekolah-sekolah dalam pelaksanaan talian internet interim ini
7.3 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
7.3.1 Pelantikan Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian
Internet Interim (dilantik oleh Pengarah Pendidikan Negeri).
7.3.2 Mengurusetia mesyuarat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau mengikut keperluan.
7.3.3 Mengesahkan pemilihan ISP setiap sekolah berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Pasukan Kerja Daerah.
7.3.4 Memperakui syor Pasukan Kerja Daerah bagi penamatan ISP yang tidak memenuhi perkhidmatan yang ditawarkan.
7.3.5 Menyediakan laporan Pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim dan dikemukakan kepada BPM, KPM.
7.3.6 Bertanggungjawab sebagai Pengurus di peringkat JPN.
7.3.7 Memastikan semua sekolah di bawah seliaan masing-masing menerima capaian internet sebagaimana yang telah ditetapkan.
7.3.8 Memastikan semua ISP mematuhi terma perjanjian dan syarat yang telah ditetapkan.
7.4 Bahagian Pengurusan Maklumat
7.4.1 Menyediakan Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet
Interim di BSTP, BTPN, PTPB, PKG dan Sekolah-Sekolah di bawah KPM bermula 01 Julai 2019.
7.4.2 Memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim dilaksanakan mengikut ketetapan dan kelulusan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
7.4.3 Menyediakan surat arahan kepada JPN berserta senarai sekolah dan ISP serta jadual pemasangan.
7.4.4 Memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim dilaksanakan mengikut ketetapan dan kelulusan dari Kementerian Kewangan Malaysia
7.4.5 Merancang, mengurus dan menyediakan agihan peruntukan serta menurunkan subwaran kepada BSTP, BTPN dan PPD untuk bayaran talian internet interim di PKG, PTPB dan sekolah-sekolah KPM.
7.4.6 Menyediakan laporan bulanan capaian talian internet dan status bayaran kepada Pengurusan Tertinggi KPM.
7.4.7 Melaksanakan pemantauan pelaksanaan talian internet interim ke lokasi terlibat supaya pihak syarikat mematuhi terma perjanjian perkhidmatan yang telah ditetapkan.
7.4.8 Memberi khidmat nasihat kepada BSTP, BTPN, JPN, PPD, PPTB, PKG dan sekolah.
7.4.9 Mengumpul dan menganalisis segala data yang diterima dari BSTP dan JPN.
7.5 Syarikat
7.5.1 Menerima surat arahan Perkhidmatan Talian Internet Interim
daripada KPM
7.5.2 Menyediakan perkhidmatan berdasarkan surat arahan yang telah ditetapkan.
7.5.3 Pihak syarikat perlu mengadakan perbincangan dengan JPN dan PPD bagi tujuan urusan pelaksanaan perkhidmatan pelaksanaan talian internet interim
7.5.4 Syarikat perlu menyenaraikan nama kakitangan berdaftar yang akan melaksanakan kerja-kerja pemasangan talian internet di sekolah berserta kad kuasa bergambar dan surat kebenaran.
7.5.5 Syarikat hendaklah boleh dihubungi melalui surat, lisan, telefon, faks, emel atau lain-lain cara bagi menyelesaikan sebarang masalah capaian internet di sekolah.
7.5.6 Kakitangan syarikat yang hadir ke sekolah / lokasi untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan atau lain-lain yang melibatkan talian internet mesti memakai kad pengenalan diri.
7.5.7 Syarikat yang hadir ke sekolah / lokasi mesti melaporkan diri dan memohon kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah, jika gagal pihak sekolah berhak untuk tidak membenarkan syarikat menjalankan kerja-kerja.
7.5.8 Syarikat dikehendaki menyerahkan bil bulanan kepada BSTP, BTPN, PTPB, PKG dan Sekolah-sekolah KPM mengenai caj bayaran talian internet sekolah-sekolah selewat-lewatnya 5hb setiap bulan di bulan berikutnya.
7.5.9 Syarikat dikehendaki menyerahkan ringkasan bil bulanan kepada BTPN, PTPB dan PPD.
8.0 PENUTUP 8.1 Pelaksanaan talian internet interim di sekolah merupakan kaedah
alternatif sementara menunggu proses tender terbuka yang dijangkakan akan selesai perolehan pada Disember 2019
8.2 Memandangkan proses untuk meneruskan dengan Kontrak 1BestariNet sedia ada secara interim akan mengakibatkan kos yang berlipat ganda maka kaedah secara interim dari pelbagai ISP digunakan untuk memberi penjimatan dan menguntungkan kerajaan.
8.3 Keberkesanan pelaksanaan ini boleh dicapai dengan kerjasama pelbagai pihak terutama JPN, PPD dan sekolah. Kerjasama padu diperlukan dalam keselarasan aduan, maklumat dan pemantauan pelaksanaan projek interim ini. Langkah ini perlu supaya syarikat yang dilantik adalah selari dengan objektif keperluan capaian oleh sekolah.
8.4 Berpandukan saranan pihak kerajaan memastikan setiap projek dilaksanakan secara kos efektif, proses interim ini diurus secara berhemah dan mematuhi tatacara kewangan semasa.
Disediakan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 25 JUN 2019
ALIRAN PROSES : PEMASANGAN PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET INTERIM
(BPM)
BSTP JPN
PPD
SEKOLAH
ISP
PEMASANGAN TALIAN
INTERNET
SURAT ARAHAN
SENARAI SEKOLAH MENGIKUT ISP
JADUAL PEMASANGAN
SURAT KEBENARAN
PEMASANGAN TALIAN INTERNET
TERIMA JADUAL DAN SURAT
KEBENARAN PEMASANGAN
TALIAN INTERNET
TERIMA JADUAL DAN
SURAT KEBENARAN
PEMASANGAN TALIAN
INTERNET
PEMASANGANIAN
INTERNET
PENGESAHAN
SAP (PENTADBIR) & SPP (PASUKAN
KERJA)
PENYEDIAAN
SAP & SPP
TAMAT
MULA
ALIRAN PROSES : TADBIR URUS
MULA
TIDAK
1
Pelantikan Jawatankuasa Pelaksanaan Interim Perkhidmatan Internet (Dilantik oleh pengarah BSTP/JPN/BTPN)
2
Mengeluarkan surat arahan pelaksanaan senarai sekolah berserta ISP dan jadual pemasangan (Pentadbir Projek BPM)
3 Pelantikan Pasukan Kerja Peringkat Daerah bagi kerja-kerja pelaksanaan interim perkhidmatan internet
6 Menerima pemasangan talian internet interim daripada ISP yang telah ditetapkan (Sekolah)
Menerima pemasangan talian internet interim daripada ISP yang telah ditetapkan (BSTP, BTPN,PTPB dan PKG)
7
9
4 Menetapkan ISP berdasarkan kelulusan MOF dan liputan terbaik bagi sekolah di Daerah
Y
A
TIDAK
Mengesahkan pemilihan ISP setiap sekolah berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Pasukan Kerja Peringkat Daerah
5
Pengujian dan Pentauliahan talian internet interim oleh Pasukan Kerja Peringkat Daerah
8
Y
A
Pemantauan pelaksanaan perkhidmatan internet interim
10
Menyediakan laporan perkhidmatan ISP dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Interim Perkhidmatan Internet peringkat negeri
CARTA ALIRAN : PEMBAYARAN
ISP
BSTP BTPN PTPB PKG
SEKOLAH
BSTP BTPN PPD
PTPB
TEMPOH MASA
Tempoh pembayaran bil 14 hari 5 hari 5 hari
MULA KELUARKAN
BIL BULANAN
MENERIMA DAN
MENGESAHKAN
BIL BULANAN
MENGHANTAR
BIL KE PTJ
MENYEMAK
BIL TAMAT
PEMBAYARAN
UNIT KEWANGAN
(PUKAL/BAUCAR)
PAKEJ INTERIM PERKHIDMATAN INTERNET BAGI 10,214 SEKOLAH, SATU (1) BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BSTP), 15 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN), 13 PUSAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN BAHAGIAN (PTPB) DAN 366 PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)
SIJIL AKUAN PENERIMAAN
Nama Jabatan: BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Nama & Alamat Syarikat:
No. Rujukan Syarikat/No.
Inbois:
Telekom Malaysia Berhad
17 Selatan, Menara TM, Jalan Pantai
Baru, 50672 Kuala Lumpur
No. Rujukan Jabatan: No. Kontrak/Pesanan Kerajaan: KPM/40/2014/06/0024
Butiran (Kod Item)
Nama Alat-Alat/ Bahan-Bahan Buatan
(Jenama/Model) Dan Negara Asal
Kuantiti Harga (RM) Direkodkan Dalam Buku Stok
Ulasan Jabatan Seunit
Jumlah No. Buku Stok Mukasurat
1.
UONU
Huawei / China
3
RM129
RM 387
Laporan
pengesahan
pemasangan dan ujilari disertakan untuk diserahan
kepada BPM
ERINGATAN:
1. SAP hendaklah disediakan asal dan 2 salinan
untuk edaran berikut:
a. Salinan asal PTJ yang membayar
b. 1 salinan asal kepada Kontraktor
c. 1 salinan asal kepada lokasi/agensi yang
dipasang peralatan.
2. Pegawai Penerima hendaklah daripada pegawai
yang telah dilantik oleh Ketua Jabatan dan
memiliki kepakaran teknikal ICT.
Saya mengaku bahawa alat-alat/bahan-
bahan yang tersebut di atas telah diterima
dan disemak betul oleh saya pada
……………………………………………….
…………………………………………………….
Tandatangan Pegawai Penerima
Nama Pegawai Penerima: …………………….
Tarikh : ..........................
Disahkan oleh:
…………………………………………………….
Tandatangan
Pengetua/Guru Besar/PK/GPK
/Guru Penyelaras ICT /Juruteknik
Komputer Sekolah
Nama dan Cop Jawatan:
Tarikh: ……………………………………….
1
SIJIL PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3-4, Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
(Nama Syarikat dan Alamat)
………………………………………….….
………………………………………….….
Tuan,
PAKEJ INTERIM PERKHIDMATAN INTERNET BAGI 10,214 SEKOLAH, SATU (1)
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BSTP), 15 BAHAGIAN
TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN), 13 PUSAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN
BAHAGIAN (PTPB) DAN 366 PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)
No. Kontrak: ……………………………….......
Merujuk kepada kontrak tersebut di atas, dengan ini dimaklumkan bahawa item di bawah
yang mana telah dibekalkan ke ………………………………… pada ………………… dan telah berjaya
dipasang, diujilari dan ditauliah pada ………………………………………
Bil. No. Kod & Nama
Item Kuantiti
1. Perkhidmatan Unifi
(50mbps) 3 unit
2. Dimaklumkan juga bahawa dengan pengesahan kerja-kerja pemasangan, pengujian dan
pentauliahan oleh Ketua Jabatan seperti di bawah, tidak menghadkan pihak tuan/puan
untuk membuat apa-apa tuntutan kepada kami seperti mana yang ditetapkan di dalam
syarat-syarat kontrak sekiranya berlaku apa-apa kerosakan terhadap item tersebut.
…………………………………….………………
(Tandatangan Pegawai ICT JPN/
Pegawai ICT BTPN/Pegawai ICT PPD/
Pegawai PKG/Guru Penyelaras ICT /
Juruteknik Komputer Sekolah)
(Nama dan Cop Jabatan)
Tarikh: ……………………….
Pengesahan Ketua Jabatan/Bahagian
Dengan ini adalah disahkan bahawa item seperti yang dinyatakan seperti di para 1 di
atas telah dipasang, diujilari dan ditauliah pada ………………………… Disahkan juga di sini
bahawa segala perubahan dan pembetulan kepada mana-mana maklumat yang
tercatat sebelum ini telah diambil kira dan dipersetujui oleh saya pada tarikh
pengesahan ini.
………………………………………. Tarikh : ……………………………
(Tandatangan Pengetua/Guru Besar)
(Nama dan Cop Jabatan)