garis panduan program perkhidmatan pasukan … · 2016-11-08 · c. memberi penerangan perkhidmatan...
TRANSCRIPT
GARIS PANDUAN PROGRAM
PERKHIDMATAN PASUKAN
KESIHATAN MENTAL MASYARAKAT
(PaKMM)
Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
1 November 2016
A.Pendahuluan
Dasar Kesihatan Mental Negara (2013)Objektif dan nilai-nilai teras:
Tadbir urus yang baik
Penerimaan social
Komprehensif
Mudah diperolehi dan saksama
Kesinambungan dan integrase
Kerjasama pelbagai sector
Penglibatan masyarakat
Perundangan
Perlindungan terhadap
individu berisiko
Kompetensi- sumber manusia
dan latihan
Pemantauan dan penilaian
berterusan
Amalan berasaskan bukti
saintifik
Pemantauan dan kaji semula.
Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental
(2010), Bahagian III, Seksyen 16.
(Akta Kesihatan Mental, 2001)
(1) Pengarah perubatan atau pemegang lesan atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang berkenaan, ke
atas hospital psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat
hendaklah memastikan penubuhan suatu Pasukan Kesihatan
Mental Masyarakat bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan
mental masyarakat.
(2) Pasukan Kesihatan Mental Masyarakat hendaklah –
(a) terdiri daripada orang pelbagai disiplin, dan
(b) diketuai oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar
sebaik-baiknya ahli psikiatri.
(3) Pasukan Kesihatan Mental Masyarakat hendaklah
memberi perkhidmatan kesihatan mental yang
menyeluruh.
(4) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang
yang bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang
berkenaan, ke atas hospital psikiatri atau pusat kesihatan
mental masyarakat hendaklah mengekalkan daftar bagi
pesakit di bawah jagaan Pasukan Kesihatan Mental
Masyarakat itu.
Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental (2010),
Bahagian III, Seksyen 16. (Akta Kesihatan Mental,
2001)
Dasar Operasi Perkhidmatan Psikiatri dan
Kesihatan Mental (Psychiatric and Mental Health Services Operational Policy National
Operational Policy, Medical Development Division, Ministry of Health
Malaysia 2011)
mengesyorkan supaya Pasukan Kesihatan Mental
Masyarakat (PaKMM) menyediakan satu perkhidmatan
psikiatri dalam masyarakat yang komprehensif untuk
menjaga pesakit yang mengidapi penyakit psikiatri yang
serius.
B.Objektif Am:
Program Pasukan Kesihatan Mental Masyarakat
bertujuan untuk memberikan perkhidmatan
penjagaan kesihatan mental masyarakat yang
menyeluruh.
C.Objektif Khusus:
1. Mendapatkan penglibatan pesakit serta keluarga danseterusnya memperkasakan keluarga dan komuniti dalampenjagaan pesakit di rumah
2. Mengajar pesakit dan keluarga/penjaga cara-carapengurusan penyakit psikiatri yang merangkumi pendidikan, usaha untuk mencapai komplian dengan rawatan, pencegahan relaps, latihan kemahiran daya tindak positif, dsb.
3. Mendidik pesakit dan keluarga/penjaga mengenai tanda-tanda amaran awal gejala-gejala relaps untuk mencegahrelaps yang teruk dan seterusnya mengurangkan kadarkemasukan pesakit ke wad psikiatri
C.Objektif Khusus:
4. Menggalakkan sokongan social yang positif di kalanganahli keluarga dan rakan sebaya pesakit
5. Mewujudkan jaringan (networking) di antara pelbagaiagensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam penjagaanpsikiatri di komuniti
6. Berusaha mengurangkan stigma terhadap penyakitmental di mata masyarakat
7. Membantu memulihkan pesakit ke arah penyembuhan(“Recovery”)
8. Menggalakkan dan menyokong pesakit supayabekerja/bersekolah demi meningkatkan kualiti hiduppesakit
D. Skop Perkhidmatan:
Semua pesakit yang menerima Perkhidmatan Pasukan
Kesihatan Mental Masyarakat (PaKMM) mesti diperiksa
dan diberikan diagnosa oleh Pegawai Perubatan/Pakar
di Hospital/Klinik Kesihatan.
Pelan rawatan individu dan rawatan ubat-ubatan yang
diberikan harus berpandukan Garispanduan Amalan
Klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia atau amalan
yang berasaskan bukti akademik.
D. Skop Perkhidmatan:
1. Saringan sebelum penerimaan kes
Pesakit perlu diperiksa oleh pegawai perubatan dan
penilaian pesakit secara bersemuka untuk membolehkan
pegawai perubatan membuat keputusan klinikal tentang
kesesuaian pesakit dirujuk kepada pasukan kesihatan
mental masyarakat.
Keputusan klinikal pegawai perubatan tersebut hendaklah
berdasarkan kepada hasil keseluruhan pemeriksaan
klinikal dengan mengambil kira faktor-faktor psikososial.
2. Pemeriksaan pesakit & membuat diagnosa klinikal
Pegawai perubatan perlu mengambil riwayat dan
sejarah daripada pesakit dan keluarga, ataupun
sumber-sumber lain yang berkenaan. Pemeriksaan
status mental akan dijalankan dan diagnosa klinikal
akan dibuat. Pemeriksaan fizikal juga perlu
dijalankan.
Pemeriksaan makmal yang bersesuaian seperti ECG,
pemeriksaan darah (contohnya full blood count,
fasting blood sugar, fasting lipid profile, liver function
test, renal function test, dan lain-lain) perlu diambil.
2. Pemeriksaan pesakit & membuat diagnosa klinikal
Rawatan ubat-ubatan yang bersesuaian perlu diberikan.
Pesakit perlu dinilai samada beliau bersetuju untuk
menerima rawatan ubat-ubatan. Pemantauan di hospital
diperlukan jika pesakit yang enggan menerima rawatan
ubat-ubatan dan tiada kesedaran terhadap penyakit
untuk mengoptimakan rawatan ubat-ubatan demi
menstabilkan penyakit psikiatri.
3. Menilai dan memulakan rawatan
ubat-ubatan yang bersesuaian
Pemberian ubatan antipsikotik adalah merupakan intervensi
penting rawatan akut pesakit mental. Pegawai Perubatan yang
menjaga di hospital/klinik kesihatan perlu memaklumkan
kepada pesakit dan keluarga mengenai nama ubat, dos,
kekerapan (treatment regime), cara pengambilan. Maklumat
ini perlu didokumentasikan dalam rekod pesakit.
Pemantauan dan penilaian kesan sampingan ubat-ubatan
psikotropik juga perlu dijalankan dan didokumentasikan oleh
pegawai perubatan yang menjaga di dalam rekod perubatan
pesakit semasa pesakit menghadiri rawatan susulan di
hospital/klinik kesihatan.
4. Penilaian sosial dan sokongan keluarga
Pegawai perubatan perlu meninjau suasana sosial dan
tahap sokongan serta penglibatan keluarga dalam
pengendalian penyakit pesakit untuk menentukan
kesesuaian untuk rawatan di rumah.
Usaha perlu dipertingkatkan untuk mendapatkan
penglibatan keluarga supaya pesakit boleh bermanafaat
daripada perkhidmatan pasukan kesihatan mental
masyarakat (PaKMM).
5. Mendapatkan persetujuan pesakit dan
keluarga untuk perkhidmatan pasukan
kesihatan mental masyarakat
Persetujuan secara bertulis perlu diperolehi daripadapesakit dan keluarga/penjaga yang rela menerimaperkhidmatan PaKMM. Pesakit dan keluarga perludimaklumkan tentang rawatan / intervensi dan sokonganyang disediakan semasa pesakit mendapat rawatan di rumah.
Merujuk Lampiran 3 : BORANG KEIZINAN MENJALANI PERAWATAN DI RUMAH UNTUK PESAKIT MENTAL OLEH PASUKAN KESIHATAN MASYARKAT HOSPITAL ..……………..
6. Perlantikan Pengurus Kes
Seorang pengurus kes (biasanya terdiri daripada
Penolong Pegawai Perubatan atau Jururawat Terlatih)
akan dilantik untuk bertanggungjawab kepada setiap
pesakit yang menerima perkhidmatan pasukan
kesihatan mental masyarakat (PaKMM).
7. Proses kerja pengurus kes selepas
menerima rujukan
Setelah menerima rujukan, pengurus kes akan memastikanbiodata pesakit adalah tepat dan selengkap mungkin(termasuk alamat rumah yang lengkap, nombor telefonpesakit, keluarga atau waris yang berkenaan), mendapatkanlatarbelakang keluarga sebanyak mungkin, membuattemujanji dengan pesakit atau keluarga, dan daftarkanrujukan ke dalam buku pendaftaran.
Pengurus kes perlu menetapkan temujanji dengan pesakitatau keluarga secara bersemuka dalam tempoh tiga haribekerja selepas dirujuk. Bagi kes kecemasan, pesakit dankeluarga/penjaga dinasihatkan untuk mendapat penilaiandan perawatan segera di Jabatan Kecemasan Hospital berdekatan.
7. Proses kerja pengurus kes selepas
menerima rujukan
Pengurus kes akan mendapatkan penglibatan (“engage”)
pesakit dan keluarga/penjaga untuk perkhidmatan
pasukan kesihatan mental masyarakat (PaKMM). Nombor
talian telefon pejabat perkhidmatan pasukan kesihatan
mental masyarakat (PaKMM) hendaklah dimaklumkan
kepada pesakit dan keluarga/penjaga untuk mereka
hubungi apabila adanya sebarang kemusykilan atau
masalah.
Rujukan tersebut akan dibentangkan di perbincangan
harian pasukan kesihatan mental masyarakat (PaKMM)
mengenai kesesuaian kes untuk perkhidmatan ini.
8. Lawatan dan rawatan di rumah
Aktiviti-aktiviti perawatan pesakit dan intervensi keluargadilakukan semasa lawatan ke rumah. Kekerapan lawatan kerumah ditentukan berdasarkan keperluan pesakit. Lawatanminima ialah sekali seminggu untuk kes akut dan sekalisebulan dalam kes asertif.
8.1. Persediaan untuk lawatan ke rumah kali pertama
Pastikan pesakit dan keluarga/penjaga berada di rumah (temujanjimelalui telefon dsb)
Menetapkan tarikh dan masa lawatan yang bersesuaian untukkedua-dua pihak
8.2. Semasa lawatan
a. Memperkenalkan diri (menunjukkan tag nama dan jawatan
hospital)
b. Membina dan menjalin hubungan terapeutik
c. Memberi penerangan perkhidmatan pasukan kesihatan mental
masyarakat (PaKMM) kepada pesakit dan keluarga/penjaga
d. Menjalankan penilaian ke atas pesakit
Keadaan mental pesakit semasa
Pengetahuan pesakit dan keluarga/penjaga tentang rawatan
Sokongan keluarga
Faktor-faktor risiko
Keperluan asas
8.2. Semasa lawatan
e. Dokumentasikan ubat-ubatan yang diberikan dan jumlah pil yang
dibekalkan.
f. Menetapkan kekerapan lawatan yang akan dilakukan
g. Tetapkan tarikh temujanji seterusnya
h. Sediakan pelan penjagaan rawatan
i. Dokumentasikan penilaian dan perbincangan lawatan ini di dalam
rekod pesakit
j. Bincang bersama ahli pasukan kesihatan mental masyarakat (PaKMM)
di perjumpaan harian setiap kali selepas lawatan pertama
k. Catitkan lawatan dalam buku pergerakan ‘Lawatan ke Rumah’
8.3 Lawatan ke rumah seterusnya
8.3.1. Persediaan lawatan
Penyediaan beg lawatan, peralatan perubatan dan ubat-
ubatan
Penetapan tarikh lawatan selepas membuat temujanji
dengan pesakit dan keluarga/penjaga
Merancang matlamat perawatan (“Treatment outcome”)
dan aktiviti yang akan dijalankan semasa lawatan
(contohnya memberi psychoeducation, menyemak
komplian dengan rawatan ubat-ubatan melalui pengiraan
pil (“Pill count”), dsb.
8.3.2. Semasa lawatan
Menjalinkan perhubungan baik (“Establish rapport”) dengan
pesakit dan keluarga/penjaga
Menemubual pesakit dan keluarga/penjaga
Penilaian terhadap
Keadaan mental pesakit
Komplian terhadap treatment, sokongan keluarga, penilaian
faktor-faktor risiko dan gejala-gejala penyakit
Rekod perkembangan pesakit
Memberi “psychoeducation”
8.3.2. Semasa lawatan
Memberi khidmat nasihat/kaunseling
Menyemak keperluan asas pesakit dan cuba membantu pesakit
dan keluarga/penjaga dalam keperluan asas (contohnya
kebersihan, makan minum dsb).
Dokumentasikan ubat-ubatan yang diberikan dan bilangan pil yang
dibekalkan. Menyemak cara penyimpanan ubat-ubatan yang ada.
Jika pengurus kes membekalkan ubat di rumah, dokumen bekalan
ubat yang diberikan termasuk nama ubat, dos dan bilangan pil
yang dibekalkan.
Memberi suntikan depot di rumah dengan persetujuan pesakit dan
keluarga/penjaga jika ada keperluan.
8.3.3. Selepas lawatan
Dokumentasikan laporan keadaan pesakit dan lawatan di
dalam rekod pesakit
Berbincang bersama pasukan kesihatan mental masyarakat
bila perlu
Rujukan kepada agensi-agensi lain (contohnya Jabatan
Kebajikan Masyarakat, dsb.) sekiranya perlu
Rekodkan lawatan di dalam buku ‘Lawatan ke Rumah’
selepas setiap lawatan
9. Perbincangan kes
Perbincangan dalam kumpulan pasukan kesihatan mental
masyarakat (PaKMM)
Semua kes-kes rujukan baru
Membincangkan kes-kes yang telah dinilaikan
Membincangkan kes-kes bila berlaku perubahan dalam keadaan
pesakit
Membincangkan kes-kes bermasalah
Membincangkan kes-kes yang dicadangkan untuk didiscaj dari
pasukan kesihatan mental masyarakat (PaKMM)
Hal-hal lain
10. Perancangan Pelan Perawatan Individu
Pengurus kes bersama-sama pasukan kesihatan mental
masyarakat (PaKMM) yang ahlinya terdiri daripada pelbagai
disiplin akan membincangkan pelan perawatan individu pesakit
berdasarkan keadaan klinikal dan keperluan pesakit.
Pengurus kes mendokumentasikan pelan perawatan ini dalam
rekod pesakit untuk dilaksanakan.
Pelan ini akan akan diubahsuai mengikut keperluan pesakit
semasa dengan perbincangan bersama pesakit,
keluarga/penjaga dan ahli pasukan kesihatan mental
masyarakat (PaKMM).
10. Perancangan Pelan Perawatan Individu
Pelan perawatan ini merangkumi semua masalah dan isu-isu
yang unik untuk pesakit dan keluarga/penjaganya.
Ini termasuk masalah aktiviti harian seperti makan minum,
kebersihan diri, pengurusan kewangan, konflik keluarga,
tingkah laku yang mencabar, dsb.
Matlamat perawatan (“Treatment outcome”) PaKMM akan
dibincang bersama pesakit dan keluarga/penjaga.
Matlamat perawatan (“Treatment outcome”) perlu dikaji
semula secara berkala bergantung kepada keperluan pesakit
dan keluarga/penjaga.
11. Program Intervensi Keluarga
Program intervensi keluarga merupakan satu tugasan utamapengurus kes yang bertujuan untuk mendapatkan penglibatandan sokongan keluarga yang aktif serta positif di dalampenjagaan pesakit di rumah.
Komponen intervensi keluarga yang penting termasuk:
Menggalakkan penglibatan keluarga/penjaga dalam pemantauanrawatan ubat-ubatan dan psikososial yang berterusan.
Memberi maklumat dan pendidikan kepada keluarga/penjagamengenai penyakit, termasuk gejala-gejala dan tanda-tanda amaranrelaps
Memberi maklumat dan pendidikan kepada keluarga/penjagamengenai kepentingan rawatan ubat-ubatan dan kesan sampinganyang mungkin timbul dan langkah-langkah pembetulan yang bersesuaian.
11. Komponen penting Program Intervensi
Keluarga termasuk:
Meningatkan komplian rawatan melalui psychoeducation yang berterusan
kepada keluarga/penjaga
Membincangkan konflik yang wujud di dalam keluarga dan memudahkan
(“facilitate’) penyelesaian masalah di kalangan ahli keluarga/penjaga
Mempertingkatkan cara komunikasi yang bersesuaian di kalangan ahli
keluarga/penjaga
Mengenali ciri-ciri emosi yang negatif di kalangan ahli keluarga/penjaga
yang boleh menyebabkan relaps pesakit dan mengambil tindakan
sewajarnya
Menggalakkan aktiviti riadah yang berkesan di kalangan ahli
keluarga/penjaga
Berbincang dengan ahli keluarga/penjaga mengenai cara-cara menangani
stres yang berkesan
12. Pendidikan mengenai penyakit psikiatri
(psychoeducation)
Pendidikan mengenai penyakit psikaitri perlu diberikan
kepada pesakit dan keluarga/penjaga bertujuan untuk
memberi kefahaman tentang penyakit mental,
kepentingan rawatan dan cara-cara memantau
perawatan pesakit.
13. Menjalin Hubungan Baik Dengan
Pesakit Dan Keluarga
Pengurus kes perlu berusaha menjalinkan perhubungan yang
baik dengan pesakit / keluarga pesakit dan keluarga/penjaga
yang merupakan rakan kongsi penjagaan perawatan pesakit di
rumah.
Sebarang masalah dan kemusykilan pesakit dan keluarga
hendaklah didengar dan dijawab dengan baik.
Pesakit dan keluarga perlu terlibat dalam perancangan dan
pelaksanaan perawatan dan intervensi di rumah.
14. Menilai Kemajuan Pesakit
Kemajuan pesakit akan dinilai di rumah oleh pengurus kes.
Ini termasuk pemeriksaan klinikal untuk gejala penyakit,
pemeriksaan fizikal yang asas (contohnya tekanan darah, berat
badan dsb.) tahap kefungsian dan kesan sampingan perawatan
ubat-ubatan.
Semua penilaian ini perlu didokumentasikan di dalam rekod
perubatan pesakit.
Jika berlaku kemerosotan status klinikal ataupun kesan
sampingan pesakit, maklumat ini perlu dirujuk kepada pegawai
perubatan yang menjaga dengan segera untuk tindakan
seterusnya atau dibentangkan dalam mesyuarat pasukan
kesihatan mental masyarakat (PaKMM).
15. Pemberian dan pemantauan ubat-
ubatan
Perawatan ubat-ubatan biasanya diberikan secara oral atau suntikan
(“parenteral”).
Pengurus kes perlu memberi maklumat mengenai kepentingan rawatan
ubat-ubatan kepada pesakit dan keluarga/penjaga.
Di samping itu, penjelasan perlu diberikan mengenai dos dan kekerapan
ubat-ubatan (“Treatment regime”) pesakit pada setiap lawatan ke rumah
untuk memperkukuhkan komplian rawatan.
Pesakit dan keluarga/penjaga juga perlu dimaklumkan mengenai cara
penyimpanan ubat yang betul dan mengenalpasti kesan sampingan ubat-
ubatan.
Pengurus kes akan memantau komplian pesakit dari semasa ke semasa
dengan pengiraan pil dsb.
15. Pemberian dan pemantauan ubat-
ubatan
Kerjasama keluarga/penjaga dalam penyeliaan dan pemberian ubatan
kepada pesakit adalah penting dalam perawatan pesakit.
Pesakit perlu menghadiri rawatan susulan di klinik/hospital yang
berdekatan sekurang-kurangnya sekali dalam masa enam sekali bulan
untuk mendapatkan pemeriksaan status mental, fizikal, ECG dan
pemeriksaan makmal yang berkenaan secara berkala.
Mereka juga digalakkan mengambil rawatan ubat-ubatan (depot atau
ubat makan) di klinik/hospital berdekatan.
Pengurus kes akan membantu dalam urusan ubat-ubatan berdasarkan
keperluan unik pesakit dan keluarga/penjaga semasa.
Strategi untuk meningkatkan komplian rawatan
ubat-ubatan adalah seperti yang berikut:
a. Pendidikan (Psychoeducation)
b. Latihan kemahiran daya tindak (Coping skill training)
c. “Behavioural tailoring”
d. Meringkaskan cara perawatan (Simplying treatment regime)
e. “Medication device”
f. Penggunaan suntikan “depot”
a. Pendidikan (Psychoeducation)
Tujuan memberi “Psychoeducation” adalah untuk membantu pesakit
dan keluarga/penjaga memahami penyakit dan kepentingan rawatan
supaya mereka boleh menerima rawatan dengan sikap yang positif.
Komponen yang penting dalam “Psychoeducation” adalah seperti yang
berikut:
Memahami penyakit psikiatri yang dihidapi termasuk gejala-gejala penyakit
Memberi maklumat mengenaI kepentingan rawatan ubat-ubatan, kebaikan ubat dan
kesan sampingannya
Meninjau pandangan pesakit terhadap perawatan dan memupuk motivasi pesakit
untuk tekun mengambil rawatan melalui:
• Perbincangan akibat tidak mengambil rawatan
• Pembetulan prasangka dan pandangan salah mengenai rawatan ubat-ubatan
Mempelajari cara-cara penjagaan perawatan sendiri
Menggalakkan amalan cara hidup sihat termasuk kesihatan fizikal dan mental
b. Latihan kemahiran daya tindak (Skill training)
Membantu pesakit membina keupayaan serta kemahiran untuk
berbincang dengan pegawai perubatan yang menjaga mengenai
rawatan
Melatih kemahiran yang terlibat dalam perbincangan dengan pegawai
perubatan yang menjaga mengenai opsyen rawatan, kaedah rawatan
dan kesan sampingan rawatan
Dengan adanya komunikasi yang lebih baik antara pesakit dan pegawai
perubatan yang menjaga, pesakit akan lebih yakin dan komplian
dengan rawatan
Memupuk nilai diri dan bertanggung jawab kepada kesihatan sendiri
c. “Behavioural tailoring”
Behavioural tailoring merupakan cara-cara/strategi untuk
memperingatkan pesakit mengambil ubat-ubatan berpandukan
tabiat hidup harian pesakit.
Contohnya kotak ubat ditempatkan di tepi berus gigi, nota
peringatan di peti sejuk, kotak ubat ditempatkan di tepi hand
phone charger.
Dengan memastikan pengambilan rawatan ubat-ubatan, kadar
relaps penyakit psikiatri akan berkurangan dan ini akan
mengurangkan keperluan kemasukan ke hospital.
d. Meringkaskan cara perawatan
(Simplifying treatment regime)
Mengurangkan bilangan ubat kepada yang benar-benar
diperlukan
Memberikan regim sekali pada waktu malam jika boleh
(berbanding dengan dua atau tiga kali sehari)
e. “Medication devices”
Menggunakan kotak ubat (Pill box) – yang bertujuan
mengurangkan kekeliruan dan lupa dos ubat.
Pengisian kotak ubat mingguan dibuat oleh pesakit, dengan
bantuan keluarga dan pengurus kes.
“Timer” yang boleh diset di smart phone untuk
memperingatkan pesakit mengambil ubat mengikut masa
yang ditetapkan.
f. Penggunaan suntikan “depot”
Pesakit yang mempunyai masalah mengambil ubat secara
oral boleh dipertimbangkan untuk suntikan depot untuk
memastikan komplian rawatan.
16. Program pencegahan relaps
(Relapse prevention program)
Relaps boleh berlaku secara beransur-ansur dalam tempoh
beberapa hari atau beberapa bulan. Pesakti dan keluarga perlu
membelajari tanda-tanda amaran awal relaps penyakit, factor
pencetus relaps dan menyediakan satu perancangan pencegahan
atau pengendalian relaps. Proses ini perlu melibatkan pesakit,
keluarga/penjaga atau semua yang berkenaan.
Langkah-langkah dalam pencegahan relaps adalah seperti yang
berikut:
a. Menyediakan satu perancangan pencegahan relaps bersama
pesakit, keluarga, pengurus kes atau ahli pasukan kesihatan mental
yang berkenaan.
Langkah-langkah dalam pencegahan relaps adalah
seperti yang berikut:
b. Membincangkan impak relaps kepada kehidupan pesakit dan keluarga.
Ini juga melibatkan kesan relaps atas kefungisan pesakit dan gangguan
kehidupan harian. Dalam pada itu, perbincangan ditumpukan kepada
kepentingan mengenalpasti tanda-tanda amaran relaps supaya
tindakan bersesuaian boleh diambil untuk mencegah relaps.
c. Membincangkan bagaimana peristiwa yang tertekan (stressful) boleh
mencetuskan relaps. Menggunakan pengalaman relaps yang lepas
sebagai scenario pembelajaran dan membantu pesakit mengenalpasti
stressor yang berkenaan.
d. Menerangkan kepada pesakit dan keluarga tentang tanda-tanda
amaran awal relaps seperti perasaan gelisah, perubahan emosi,
tingkahlaku menyendiri, dsb. Pesakit dan keluarga perlu
mengenalpasti tanda-tanda amaran awal relaps yang unik untuk
pesakit.
Langkah-langkah dalam pencegahan relaps adalah
seperti yang berikut:
e. Pesakit dan keluarga, dengan bantuan pengurus kes dan ahli pasukan
kesihatan mental yang berkenaan perlu berbincang dan merancang cara
tindakan yang terbaik untuk menangani relaps atau krisis. Semua yang
terlibat perlu bersetuju pada pelan tindakan yang ditetapkan, siapa yang
akan memantau tanda-tanda relaps and langkah-langkah yang perlu
diambil apabila ianya berlaku. Ini termasuk maklumat mengenai
perkhidmatan kecemasan di klinik/hospital berdekatan serta memohon
pertolongan daripada balai polis yang terdekat.
f. Setiap langkah pelan tindakan ini dicatitkan, dan latihan (rehearsal &
role play) dijalankan bersama pesakit dan keluarga.
g. Selepas setiap relaps, semua yang berkenaan akan bertemu dan
berbincang kembali pelan tersebut untuk menambahbaik langkah-
langkah tindakan dan strategi yang berkenaan untuk mendapat pelan
tindakan yang lebih berkesan.
17. Membantu keluarga/penjaga untuk
merancang tindakan apabila berlaku krisis
Pasukan kesihatan mental masyarakat atau pengurus kes
perlu berbincang dengan keluarga/penjaga untuk
menyediakan tindakan yang sesuai diambil serta cara yang
terbaik untuk menangani krisis.
Sekiranya perkhidmatan sepenuh masa (24 jam sehari)
tidak dapat disediakan oleh pasukan kesihatan mental
masyarakat, keluarga dan penjaga perlu dimaklumkan
mengenai perkhidmatan kecemasan di hospital berdekatan
atau memohon pertolongan daripada balai polis yang
terdekat.
18. Discaj pesakit
Pesakit telah stabil dan komplian dengan rawatan ubat-ubatan dan
berupaya mendapatkan rawatan susulan di klinik/hospital yang
berdekatan boleh dipertimbangkan untuk discaj.
Pengurus kes akan membuat penilaian dan merancang discaj untuk
rawatan pesakit luar.
Penentuan rawatan selanjutnya boleh dibantu dengan penggunaan
skala seperti “Threshold Assessment Grid” (TAG) atau “Skala
Penilaian Berbatas” (SPB) (Lampiran 1), Camberwell Assessment of
Needs-short Schedule (CANSAS) atau Penilaian Keperluan
Camberwell (PKC) (Lampiran 2), dsb.
Secara amnya, pesakit boleh digolongkan kepada
tiga tahap (level) seperti yang berikut:
Tahap 1 (level 1): pesakit-pesakit pada peringkat 1 memerlukan
perkhidmatan pasukan kesihatan mental masyarakat. Mereka
mempunyai penyakit mental yang serius, masalah sosial yang rumit,
kekurangan kemahiran daya tindak (poor coping skills) dan tidak tekun
dengan rawatan ubat-ubatan. Pesakit berisiko tinggi dan mudah relaps
jika dibiarkan bersendirian.
Tahap 2 (level 2): pesakit pada peringkat ini agak stabil tetapi tidak
boleh diharapkan sepenuhnya. Mereka mempunyai sokongan keluarga
baik dan pesakit/keluarga memerlukan pasukan kesihatan mental
masyarakat untuk terus stabil di masyarakat.
Tahap 3 (level 3): pesakit pada peringkat ini adalah stabil. Mereka tekun
mengambil rawatan ubat-ubatan dan boleh menghadirkan diri ke klinik
untuk rawatan susulan tanpa sebarang masalah. Pesakit ini boleh
disusuli di Klinik Kesihatan/Hospital yang terdekat.
Penolakan perkhidmatan PaKMM
Pesakit atau keluarga yang ingin menolak rawatan
daripada pasukan kesihatan mental masyarakat akan
menandatangani borang penolakan.
Rujuk Lampiran 4 : SURAT PENOLAKAN PERKHIDMATAN PASUKAN
KESIHATAN MENTAL MASYARAKAT HOSPITAL ……………………………
19. Pengumpulan data dan pemantauan
perkhidmatan
Pengurus kes dan pasukan kesihatan mental masyarakat
perlu mengumpul data kemajuan perkhidmatan untuk
pemantauan dan tujuan menambahbaik perkhidmatan.
E. Komponen Perkhidmatan(Psychiatric and Mental Health Services Operational Policy National
Operational Policy, Malaysia 2011).
Pasukan Kesihatan Mental Masyarakat merangkumi dua
komponen perkhidmatan utama iaitu:
1. Perkhidmatan Perawatan Akut, PPA
Bertujuan mengatasi krisis yang sedang dialami oleh pesakit.
Ianya melibatkan penilaian faktor-faktor risiko dan menanganinya.
2. Perkhidmatan Komuniti Asertif, PKA
Bertujuan mencegah relaps penyakit psikiatri
Penilaian faktor-faktor risiko pesakit
untuk perkhidmatan perawatan akut
Sejarah risiko
Gejala-gejala psikotik yang di luar kawalan pesakit (contohnya commanding
hallucinations, persecutory delusions, dsb.)
Kesedaran pesakit mengenai penyakit (“insight”) dan kerelaan pesakit mengambil
rawatan ubat-ubatan
Sejarah penyalahgunaan dadah (contohnya pil ecstasy, syabu yang menyebabkan
pesakit menjadi lebih ganas dan agresif)
Gejala-gejala mencederakan diri sendiri, orang lain atau harta benda
Sokongan keluarga yang sedia ada
Sejarah kemasukan ke wad psikiatri
Sejarah keganasan atau rekod forensik
Pertimbangan klinikal dengan persetujuan keluarga adalah
amat kritikal dalam proses ini untuk menentukan samada
pesakit perlu dimasukkan ke hospital ataupun Perkhidmatan
Perawatan Akut boleh ditawarkan sebagai alternatif kepada
kemasukan ke hospital.
Untuk pesakit yang sangat ganas kerana pengaruh dadah
atau penyakit psikotik, ketiadaan sokongan keluarga,
bertingkahlaku mencederakan diri sendiri, orang lain, dan
harta benda, tiada insight dan enggan memakan ubat atau
bekerja dalam perawatan, pesakit perlu dimasukkan ke
hospital untuk proses penstabilan.
Keluarga perlu diberi nasihat berdasarkan Akta Kesihatan
Mental (2001) dan Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental
(2010) tentang proses kemasukan ke hospital.
E.2. PERAWATAN KOMUNITI ASERTIF
Strategi untuk mencegah relaps termasuk:
usaha berterusan untuk mendapatkan penglibatan pesakit dan
keluarga dalam pengendalian penyakit mental yang serius dan
membantu pesakit menjalani kehidupan seperti insan biasa di
pangkuan masyarakat
memastikan pesakit mengambil rawatan ubat-ubatan
meneruskan pendidikan
mempertingkatkan daya tindak (coping skills)
memupuk sokongan keluarga dan sosial
menggalakkan pesakit kembali bekerja di masyarakat.
menggalakkan kerjasama antara staf kesihatan, pesakit,
keluarga/penjaga dan agensi-agensi kerajaan dan badan
sukarelawan lain yang terlibat
E.2.2. Program intervensi keluarga
Menimbulkan kesedaran di kalangan keluarga peranan penting yang
dimainkan oleh mereka untuk membantu pesakit mengendalikan
penyakit psikiatri yang serius dan berpanjangan
Mendapatkan penglibatan ahli keluarga dalam pengurusan penyakit
Menjalin hubungan kerjasama di kalangan pesakit dan keluarga/penjaga
Memberi pendidikan kepada keluarga mengenai penyakit psikiatri yang
dihidapi oleh ahli keluarga mereka dan kepentingan rawatan ubat-
ubatan, serta kesan sampingan yang mungkin timbul dengan rawatan
tersebut.
Fasilitate cara positif di kalangan keluarga dalam penyelesaian dan
konflik
Mendidik mengenai cara komunikasi yang efektif dan positif
E.2.3 Program “Illness self management
and recovery”
Penyembuhan adalah stau proses yang melibatkan pesakit dan ahli
keluarga supaya mampu berdikari.
PaKMM berupaya dalam mengalakkan proses penyembuhan ini.
Penyembuhan memerlukan pesakit dan keluarga mempunyai
kepercayaan bahawa mereka boleh sembuh dan seterusnya
membentuk identiti sendiri.
Penyembuhan juga memerlukan sokongan berterusan dari PaKMM
untuk bersama pesakit dan keluarga dalam perjalanan
penyembuhanan ini.
Program ini merangkumi intervensi yang
keberkesanannya berasaskan bukti kajian
(evidence-based interventions) yang berikut:
Pendidikan (psychoeducation)
Usaha meningkatkan komplian dengan rawatan ubat-ubatan
(Enhancing medication adherence)
Latihan mengenai pencegahan relaps (relapse prevention training)
Latihan kemahiran daya tindak yang positif (coping skill training)
Menjalin kerjasama di kalangan keluarga melalui pendidikan
(Family collaboration and education)
Menggalakkan pesakit membantu sendiri dalam pengendalian
penyakit psikiatri (Self help)
Memupuk sokongan di kalangan rakan sebaya (peer support)
E.2.4. Program pencegahan relaps (Relapse
prevention program)
Pendidikan dan latihan diberikan kepada pesakti dan
keluarganya mengenai kepentingan mencegah relaps.
Mereka perlu mengenalpasti and mempelajari tanda-tanda
amaran awal relaps penyakit, faktor pencetus relaps dan
menyediakan satu perancangan pencegahan atau pengendalian
relaps.
Proses ini perlu melibatkan pesakit, keluarga/penjaga atau
semua yang berkenaan.
PENILAIAN PROGRAM termasuk indikator-indikator yang berikut:-
i. Indikator Perkhidmatan
Bilangan kes baru dan lama
Bilangan lawatan ke rumah oleh Pengurus kes
Bilangan dan peratus pesakit yang dinilai oleh Pasukan
Pelbagai Disiplin
Bilangan sesi intervensi keluarga yang dijalankan
ii. Indikator Kemajuan
Bilangan pesakit yang discaj
Bilangan rujukan semula dalam masa tiga bulan
Bilangan kemasukan ke wad semasa rawatan di rumah
Bilangan komplikasi semasa rawatan di rumah
Bilangan kes tercicir
Kajian kepuasan pelanggan
G. Tugas dan tanggungjawab pasukan
kesihatan mental masyarakat
Staf Pasukan Pelbagai Disiplin terdiri daripada &
tanggungjawab disenaraikan:
Pakar Psikiatri
Pengawai Perubatan Psikiatri
Penolong Pegawai Perubatan
Jururawat terlatih
Pegawai Farmasi
Pegawai Jurupulih Cara Kerja
Pegawai Kebajikan Sosial Perubatan
LAMPIRAN-LAMPIRAN
Lampiran 1: PENILAIAN PESAKIT MENTAL DENGAN PENGGUNAAN “THRESHOLD
ASSESSMENT GRID” (TAG) / “SKALA PENILAIAN BERBATAS” (SPB).
Lampiran 2: PENILAIAN KEPERLUAN ASAS PESAKIT MENTAL DENGAN PENGGUNAAN
PENILAIAN SKALA CAMBERWELL ASSESSMENT OF NEEDS-SHORT SCHEDULE (CANSAS)
ATAU PENILAIAN KEPERLUAN CAMBERWELL (PKC)
Lampiran 3 : BORANG KEIZINAN MENJALANI PERAWATAN DI RUMAH UNTUK PESAKIT
MENTAL OLEH PASUKAN KESIHATAN MASYARKAT HOSPITAL ..……………..
Lampiran 4 : SURAT PENOLAKAN PERKHIDMATAN PASUKAN KESIHATAN MENTAL
MASYARAKAT HOSPITAL ……………………………
Lampiran 5 : SENARAI SEMAK BEG RAWATAN PASUKAN KESIHATAN MENTAL
MASYARAKAT
Lampiran 6 : KAD MAKLUMAT PERKHIDMATAN PASUKAN KESIHATAN MENTAL
MASYARAKAT (Call card)
Rujukan
1. Dasar Kesihatan Mental Negara 2013
2. Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615)
3. Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental (2010)
4. Garispanduan Perkhidmatan Perawatan Akut, Bahagian Pembangunan KesihatanKeluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001
5. Garispanduan Perawatan Komuniti Asertif, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001
6. Garispanduan Program Intervensi Keluarga, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001
7. Psychiatric and Mental Health Servicdes Operational Policy National Operational Policy, Medical Development Division, Ministry of Health Malaysia 2011
8. Tom Craig & Soumitra Pathare, Assertive community treatment for the severely mentally ill in West Lambeth, Advances in Psychiatric Treatment (1997), vol.3, pp. 111-118
9. Textbook of Community Psychiatry, Edited by Graham Thornicroft and George Szmukler, Oxford Medical Publications, Oxford University Press, 2001.
10. Handbook of Community Psychiatry. Edited by Hunter L. McQuistion, Wesley E. Sowers, Jules M. Ranz, Jacqueline Maus Feldman. Springer, 2013.
Sekian, terima kasih…