gaya pengajaran guru-guru teknikal di tiga buah mengikut … · 2006-04-19 · sekolah menengah...
TRANSCRIPT
GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU
MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA
SITI AISHAH BINTI SUKAIMI
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………… …........
Nama Penulis : SITI AISHAH BINTI SUKAIMI
Tarikh : 18 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Teristimewa Buat Ayah dan Mama yang sentiasa disayangi,
En. Sukaimi Bin Boyamin
Pn. Cimah Binti Ibrahim
Dengan doa, kasih sayang dan perhatian kalian membantuku dalam mengharungi
setiap kesukaran dalam hidup ini.
Buat yang disayangi,
Mohd Shahrul Nizam BinSukaimi
Mohd Syafiq Nazmi Bin Sukaimi
Muhamad Hafiz Bin Sukaimi
Hajah Munah Binti Wahab
Buat teman setia yang sentiasa memberi dorongan dalam semua situasi
Ahmad Faizal Bin Abd. Wahab
Untuk rakan-rakan seperjuangan 5 SPE yang sentiasa membantu sepanjang
perjuangan kita di sini. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini
adalah kejayaan kita bersama
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah
kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Elektrik).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan
tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, En.
Kamalularifin Bin Subari atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat
yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta
sesiapa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan
yang setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya
akan tetap dikenang hingga akhir hayat.
Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan
yang dapat dimanfaatkan oleh para pendidik dan penyelidik yang berminat serta
cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.
Siti Aishah Sukaimi
April 2006
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pengajaran yang diamalkan
oleh guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Sekolah
Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Johor
Bahru. Gaya pengajaran yang dikaji adalah gaya pengajaran pakar, gaya pengajaran
autoriti formal, gaya pengajaran model personal, gaya pengajaran pemudahcara dan
gaya pengajaran delegator. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah gaya
pengajaran guru berasaskan gaya pengajaran Anthony F. Grasha. Sementara
pembolehubah bebas yang dikenalpasti adalah gaya pengajaran pakar, gaya
pengajaran autoriti formal, gaya pengajaran model personal, gaya pengajaran
pemudahcara dan gaya pengajaran delegator. Jumlah populasi yang terlibat adalah
seramai 63 orang guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru. Penyelidik
menggunakan semua populasi sebagai sampel kajian. Rekabentuk kajian adalah
menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif perbandingan kekerapan dan
peratusan. Instrument kajian yang digunakan adalah soal selidik dari Inventori Gaya
Pengajaran Anthony F. Grasha. Hasil soal selidik dianalisis dengan menggunakan
perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 11.5. Hasil
kajian menunjukkan kebanyakan guru menggunakan gaya pengajaran pakar
manakala gaya pengajaran yang paling kurang digunakan ialah gaya pengajaran
delegator. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah
dikemukakan bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran para guru.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify teaching style that used among
teachers of technical course in Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Sekolah
Menengah Teknik Johor Bahru and Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Johor
Bahru. The teaching styles are expert teaching style, formal authority teaching style,
personal model teaching style, facilitator teaching style and delegator teaching style.
In this research, dependent variable is teaching style based on Anthony F. Grasha
Teaching Style. Meanwhile, independent variable that identify are expert teaching
style, formal authority teaching style, personal model teaching style, facilitator
teaching style and delegator teaching style. Total populations that involve are 63
teachers of technical course at SMT in Johor Bahru district. Research sample were
taken from the entire population. This reseach design used descriptive servey method
with descriptive statistic comparing frequency and percentage. Questionnaires from
Learning Style Inventory Anthony F. Grasha are used as research instrument. All the
accumulated data was analyzed using Statistical Package For Social Science (SPSS)
Version 11.5 software. The finding of this result shows that most teacher used expert
teaching style. Meanwhile, the least teaching style used among teachers is delegator
teaching style. Based on the findings of this research, a number of proposals are laid
out in order to enhance teacher’s teaching style quality.
vii
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop dan Batasan Kajian 6
viii
1.8 Definisi Konsep dan Pengoperasian 7
1.8.1 Gaya 8
1.8.2 Pengajaran 8
1.8.3 Gaya Pengajaran 8
1.8.4 Guru-Guru Teknikal 9
1.8.5 Sekolah Teknik 10
1.9 Penutup 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pendekatan Pengajaran 11
2.2.1 Pendekatan Pengajaran Berpusatkan 12
Guru, Berpusatkan Pelajar dan
Berpusatkan Bahan
2.2.2 Pendekatan Konstruktivime 13
2.2.3 Pendekatan Induktif 14
2.2.4 Pendekatan Deduktif 14
2.2.5 Pendekatan Masteri 14
2.3 Gaya Pengajaran Guru 15
2.4 Model Kajian 21
2.4.1 Gaya Pengajaran Pakar 22
2.4.2 Gaya Pengajaran Autoriti Formal 23
2.4.3 Gaya Pengajaran Model Personal 24
2.4.4 Gaya Pengajaran Pemudahcara 25
2.4.5 Gaya Pengajaran Delegator 27
2.5 Elemen-Elemen pada Gaya Pengajaran 28
Grasha
2.6 Kesimpulan 30
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Populasi Kajian 32
3.4 Prosedur Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 33
3.5.1 Kesahan Soal Selidik 36
3.5.2 Kajian Rintis 36
3.6 Analisis Data 37
3.7 Penutup 39
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Bahagian A 41
4.2.1 Taburan Responden Mengikut 41
Jantina dan Bangsa
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Tempoh 42
Pengalaman Bekerja
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 43
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Kelayakan 44
Ikhtisas dan Bidang Pengkhususan
4.3 Analisis Bahagian B 45
4.3.1 Persoalan Kajian 1 46
4.3.2 Persoalan Kajian 2 48
4.3.3 Persoalan Kajian 3 50
4.3.4 Persoalan Kajian 4 52
4.3.5 Persoalan Kajian 5 54
4.3.6 Persoalan Kajian 6 56
4.4 Analisis Keseluruhan 57
x
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Rumusan 59
5.3 Perbincangan 60
5.3.1 Persoalan Kajian 1 61
5.3.2 Persoalan Kajian 2 63
5.3.3 Persoalan Kajian 3 64
5.3.4 Persoalan Kajian 4 66
5.3.5 Persoalan Kajian 5 67
5.3.6 Persoalan Kajian 6 69
5.4 Cadangan 69
5.5 Cadangan kepada Kajian Lanjutan 71
5.6 Penutup 72
RUJUKAN 74
LAMPIRAN 80
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
Elements of teaching style (Extensions of
Grasha’s categories of teaching styles)
Populasi mengikut sekolah
Item-item soal selidik Bahagian A
Pengkelasan item-item soal selidik Bahagian
B
Skala Likert dan skor
Pekali Alpha Cronbach-klasifikasi
berdasarkan kekuatan korelasi
Pengkelasan Skala 5 Tahap kepada 3 Tahap
Skala Tahap Analisis Skor
Kaedah statistik yang digunakan bagi setiap
persoalan kajian
Taburan responden mengikut jantina dan
bangsa
Taburan responden mengikut tempoh
pengalaman bekerja
Taburan responden mengikut umur
Taburan responden mengikut kelayakan
ikhtisas dan bidang pengkhususan
Analisis taburan responden mengikut gaya
pengajaran pakar yang diamalkan oleh guru-
guru teknikal semasa mengajar
28
32
34
35
35
37
38
39
39
41
42
43
44
46
xii
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
Analisis taburan responden mengikut gaya
pengajaran autoriti formal yang diamalkan
oleh guru-guru teknikal semasa mengajar
Analisis taburan responden mengikut gaya
pengajaran model personal yang diamalkan
oleh guru-guru teknikal semasa mengajar
Analisis taburan responden mengikut gaya
pengajaran pemudahcara yang diamalkan
oleh guru-guru teknikal semasa mengajar
Analisis taburan responden mengikut gaya
pengajaran delegator yang diamalkan oleh
guru-guru teknikal semasa mengajar
Analisis taburan responden mengikut gaya
pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru
teknikal semasa mengajar
Taburan peratus keseluruhan bagi gaya
pengajaran guru-guru teknikal
48
50
52
54
56
57
xiii
SENARAI SINGKATAN
KBSM
BPPDP
KPM
SMT
SPSS
UTM
PBK
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sekolah Menengah Teknik
Statistical Package of Social Science
Universiti Teknologi Malaysia
Pembelajaran Berbantukan Komputer
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Kebenaran Dari Kementerian Pendidikan
Malaysia
80
B Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan Negeri
82
C Surat Akuan Dari Fakulti
83
D Borang Soal Selidik
84
E Pengesahan Soal Selidik
91
F Keputusan Kebolehpercayaan Kajian Rintis
95
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penyampaian pengajaran guru di dalam bilik darjah di sekolah mempunyai
impak yang mendalam terhadap keberkesanan proses pembelajaran pelajar.
Pencapaian akademik pelajar banyak dipengaruhi oleh tumpuan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan, namun begitu seorang guru yang
profesional dan prihatin dengan tugas mengajarnya perlu peka dengan elemen yang
boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Mok Soon Sang (2002), menyatakan
pengajaran merujuk kepada cara atau kegiatan guru mata pelajaran untuk
menerapkan pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar bagi tajuk yang diajar.
Guru berperanan untuk berkongsi maklumat mengenai ilmu pengetahuan dan
menunjukkan bagaimana maklumat boleh digunakan bagi menerokai idea dan
menghadapi masalah. Oleh itu pengajaran adalah aktiviti-aktiviti yang bermatlamat
dan mempunyai tujuan di mana pendidik berkongsi maklumat dengan pelajar bagi
membolehkan mereka menyempurnakan sesuatu tugasan yang tidak boleh
disempurnakan sendiri sebelum itu (Shahabuddin et al., 2003).
Gaya pengajaran adalah pendekatan yang diambil oleh seseorang guru untuk
mengajar pelajar dan biasanya menggambarkan pegangan seseorang guru mengenai
pengajaran. Felder (1993) menyatakan gaya pengajaran adalah cara seseorang
mengamati dan memproses sesuatu maklumat untuk disampaikan kepada seseorang
2
yang lain. Sesetengah guru banyak memfokuskan kepada fakta, data dan pengiraan,
manakala ada yang menggunakan teori-teori dan model pengajaran tertentu.
Terdapat juga guru yang memfokuskan kepada bentuk verbal seperti perkataan dan
lisan dan juga secara interaktif. Perbezaan-perbezaan ini merupakan satu aset kepada
para guru seandainya ia digunakan secara maksimum.
Grasha (1996) menyatakan gaya pengajaran bukan sahaja terdiri daripada
pengajaran secara langsung dan pengajaran secara tidak langsung. Kajian yang
dijalankan oleh beliau telah mengenal pasti lima gaya pengajaran iaitu gaya
pengajaran pakar, gaya pengajaran autoriti formal, gaya pengajaran model personal,
gaya pengajaran pemudahcara dan gaya pengajaran delegator. Perbezaan gaya
pengajaran ini merupakan satu aset kepada para guru dimana mereka boleh
menggunakan kepelbagaian gaya mengajar dengan semaksimum mungkin untuk
pencapaian akademik yang cemerlang di kalangan para pelajar setelah mereka
menyedari kekuatan pelajar tersebut.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan di negara ini dijangka lebih mencabar pada masa-masa akan
datang dimana muncul cabaran besar kepada warga guru dalam menangani pelbagai
masalah mendidik yang timbul seiring dengan kepesatan dan pembangunan negara.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah lama dilaksanakan dalam
sistem pendidikan negara tetapi terdapat sebilangan guru masih gagal
mengaplikasikannya dengan berkesan sehingga menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi bosan (Lee Ming Foong, 2001). Sebagai seorang guru,
perkara yang perlu dihadapi adalah bagaimana hendak mengajar pelajar supaya dapat
menguasai maklumat, konsep dan kemahiran yang berguna untuk mereka apabila
dewasa kelak (Slavin, 1997).
3
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya memerlukan strategi
pengajaran yang baik dan tersusun. Guru harus menguasai ilmu pedagogi dan
menjadi seorang yang profesional dengan mengamalkan pelbagai kaedah dan elemen
tertentu bagi menghasilkan pengajaran yang baik dan berkesan. Antara elemen yang
perlu dititikberatkan ialah mengenal pasti objektif pengajaran yang hendak dicapai
oleh pelajar-pelajar semasa atau selepas pengajaran, isi pelajaran, bahan bantu
mengajar, strategi pengajaran, gaya pengajaran, kawalan kelas, iklim bilik darjah,
komunikasi guru dengan pelajar, interaksi dalam kelas, motivasi bagi pelajar,
penutup pengajaran dan penilaian. Menurut Peterson (1992), keberkesanan
pengajaran adalah hasil teknik pengajaran yang terancang dengan memikirkan dan
memilih sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini, guru memerlukan strategi dan
gaya pengajaran yang baik untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan di dalam kelas.
Heinich et al. (1993) menyatakan gaya pengajaran merupakan faktor yang
perlu diambil kira semasa proses pembelajaran pelajar di mana kebolehan guru
menggunakan pelbagai kaedah dan media adalah sangat penting. Manusia dilahirkan
dengan pelbagai tahap kecerdasan. Ada yang lemah, sederhana dan tinggi tahap
kecerdasannya. Oleh itu, penerimaan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas adalah berbeza-beza mengikut tahap kecerdasan
masing-masing. Guru-guru haruslah peka dalam situasi ini dan pandai memilih gaya
pengajaran yang sesuai mengikut tahap kecerdasan pelajar.
Glasman (1991) menyatakan hasil kajian mendapati faktor guru adalah
penting dan perlu diambil kira dalam mewujudkan suasana pembelajaran sekolah
yang berkesan. Bagi menjamin kejayaan setiap pelajar dalam pelajarannya, guru
sepatutnya mengenali dan menghormati para pelajar. Dengan secara tidak langsung
guru mudah untuk memilih gaya pengajaran yang sesuai dengan tahap pelajar.
Secara ideal, setiap pelajar hendaklah di bantu mengikut tahap kemampuan masing-
masing. Dengan ini, aspek gaya pengajaran harus diberi tumpuan bagi
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan
keseimbangan dari segi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
4
Grasha (1996) menghuraikan gaya pengajaran sebagai orientasi dan strategi
yang digunakan oleh sesuatu institusi. Terdapat pelbagai perbezaan gaya mengajar
di kalangan para guru. Terdapat guru yang mesra kepada pelajar dan banyak
menasihat dan mengajar dengan cara yang lebih bertolak ansur dengan pelajar.
Sementara itu, terdapat guru yang lebih menekankan peraturan dalam kelas dan
mengajar pelajarnya mengikut perancangan dengan tegas.
Secara kesimpulannya, berdasarkan pendapat-pendapat tersebut, dapat dilihat
bahawa guru menggunakan pendekatan tertentu dalam pengajaran mereka yang
membawa kepada gaya pengajaran yang berbeza. Terdapat guru yang lebih
cenderung kepada berpusatkan guru dan ada yang lebih kepada berpusatkan pelajar.
Ada di antara gaya pengajaran guru sesuai kepada pelajar tertentu atau pengajaran
topik tertentu sahaja. Guru akan memilih gaya yang selesa dengan dirinya dan perlu
dipertimbangkan kesesuaian dengan pelajar (Esah, 2003).
1.3 Pernyataan Masalah
Tugas guru yang mendidik dan membentuk manusia yang mempunyai
perbezaan dari segi kebolehan kognitif, efektif dan psikomotor menuntut kebolehan
dan keupayaan yang tinggi. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab
membangunkan intelek dan sahsiah muridnya, mereka haruslah peka kepada
pelbagai gaya pengajaran yang berkesan khusus untuk perbezaan tahap kognitif
pelajar yang pelbagai. Sekiranya guru mengamalkan pendekatan yang berbeza bagi
tahap kebolehan pelajar yang berbeza, ilmu pengetahuan yang disampaikan akan
mudah difahami. Sehubungan dengan itu, penyelidik berminat untuk mengenalpasti
gaya pengajaran guru menurut Anthony F. Grasha yang terbahagi kepada lima gaya
iaitu gaya pengajaran pakar, gaya pengajaran autoriti formal, gaya pengajaran model
personal, gaya pengajaran pemudahcara dan gaya pengajaran delegator.
5
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
(i) Mengenal pasti jenis gaya pengajaran iaitu pakar, autoriti formal,
model personal, pemudahcara dan delegator di kalangan guru-guru
teknikal di tiga buah sekolah teknik sekitar daerah Johor Bahru
mengikut teori gaya pengajaran Grasha.
(ii) Mengenalpasti gaya pengajaran di kalangan guru-guru teknikal
mengikut jantina.
1.5 Persoalan Kajian
Menurut Abd. Majid (2000), persoalan kajian adalah saranan sementara yang
menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini
membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu, di dalam
kajian ini persoalan-persoalan kajian adalah:
(i) Adakah guru-guru teknikal mengamalkan gaya pengajaran pakar
semasa mengajar?
(ii) Adakah guru-guru teknikal mengamalkan gaya pengajaran autoriti
formal semasa mengajar?
(iii) Adakah guru-guru teknikal mengamalkan gaya pengajaran model
personal semasa mengajar?
(iv) Adakah guru-guru teknikal mengamalkan gaya pengajaran
pemudahcara semasa mengajar?
(v) Adakah guru-guru teknikal mengamalkan gaya pengajaran delegator
semasa mengajar?
(vi) Apakah pendekatan gaya pengajaran yang paling dominan digunakan
oleh guru-guru teknikal mengikut jantina?