gaya pengurusan konflik guru dalam kalangan guru … · 5.3.2 gaya kolaborasi paling di gemari oleh...

27
GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU BESAR SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU NORMAH BINTI ABD KADIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 27-Feb-2020

26 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU BESAR SEKOLAH RENDAH

DAERAH JOHOR BAHRU

NORMAH BINTI ABD KADIR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

PSZ 19:16 ( Pind. 1/97 )

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS * JUDUL: GAYA PENGURUSAN KONFLIK DALAM KALANGAN GURU BESAR SEKOLAH

RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN : 2006/2009

Saya NORMAH BINTI ABD. KADIR

( HURUF BESAR )

Mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( / )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti

yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972

TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah Ditentukan oleh organisasi / badan di mana Penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

( TANDATANGAN PENULIS ) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

No 170 JALAN SABAR, DR LOKMAN BIN MOHD TAHIR TAMAN MAS, Nama Penyelia 81000 KULAIJAYA Tarikh: 7 November 2008 Tarikh: 7 November 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD , sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

# Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan

kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) ”

Tandatangan : ______________________________

Nama Penyelia: DR LOKMAN BIN MOHD TAHIR

Tarikh: 7 NOVEMBER 2008

Page 4: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU BESAR SEKOLAH RENDAH

DAERAH JOHOR BAHRU

NORMAH BINTI ABD KADIR K/P : 581113-01-5830

No Matrik : BP 060096

Laporan Projek ini Dikemukan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

7 November 2008

Page 5: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

“Saya akui karya adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………

Nama Penyelidik : NORMAH BINTI ABD KADIR

Tarikh : 7 November 2008

Page 6: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

iii

DEDIKASI

Istimewa buat insan tercinta

Ayahanda yang dikasihi,

Restu dan limpah kasih sayangmu amat ku hargai,

Suami dan anak-anak tersayang

Ismail, Najwah, Nabihah, Hafizi Dan Hafni

Terima kasih atas kesabaran,

sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai harganya.

Doa dan ingatanmu,

mengiringi setiap langkahku dan dorongan kepada yang lain.

Kepada semua rakan seperjuangan,

teman-teman, guru,

terima kasih atas semua pertolongan dan khidmat kalian.

Semoga Allah merahmati kita selalu.

Page 7: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dipanjatkan penuh

kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana Projek Sarjana Muda saya dapat disempurnakan

dengan jayanya.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan

dan ribuan terima kasih buat Dr. Lokman bin Mohd. Tahir selaku penyelia Projek Sarjana

Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran serta tunjuk ajar yang

membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

Penghargaan juga saya rakamkan kepada Kerajaan Malaysia khususnya Institut

Aminuddin Baki (IAB) yang telah menaja pengajian ini sepenuhnya. Kerjasama daripada

suami dan anak-anak, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, guru dan staf

Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir dan Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10, rakan-

rakan pengajian dan pensyarah-pensyarah lain juga amat saya hargai. Penghargaan juga

ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam penyediaan laporan ini.

Semoga Allah S.W.T akan sentiasa melimpahi rahmatNya ke atas mereka yang

telah menyumbangkan kerjasama, sokongan dan bantuan yang begitu besar maknanya

terhadap penghasilan laporan sarjana muda ini, Insya Allah.

Page 8: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

v

ABSTRAK

Konflik merupakan fenomena semulajadi yang dialami oleh setiap individu

yang berinteraksi dengan individu lain. Setiap orang mempunyai gaya tersendiri

dalam menguruskan konflik mengikut kesesuaian dan keadaan. Maka kajian ini cuba

meneliti gaya penyelesaian konflik yang digunakan oleh guru besar menggunakan

lima kaedah yang dikemukan dalam model Thomas-Kilmann iaitu gaya persaingan,

kolaborasi, mengelak, akomodasi dan tolak ansur. Soal selidik yang digunakan adalah

diadaptasi daripada Model Konflik Thomas – Kilmann. Populasi kajian adalah 88

orang guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru yang dipilih sebagai responden.

Bagi menilai dapatan kajian ini, dua jenis statistik yang digunakan iaitu statistik

deskriptif mendapatkan jumlah skor, min dan peratus. Manakala statistik inferensi

untuk pengujian hipotesis iaitu menggunakan Ujian-t dan ANOVA. Analisis

deskriptif menunjukkan bahawa min pengurusan konflik adalah gaya kolaborasi yang

paling digemari dan min gaya persaingan paling kurang digemari. Data daripada

pengujian hipotesis juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan

di antara faktor jantina, umur, taraf akademik, tempoh perkhidmatan sebagai guru

besar dan keterlibatan kursus pengurusan konflik dengan gaya pengurusan konflik

guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru.

Page 9: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

vi

ABSTRACT

Conflict is a natural phenomenon faced by every individual in their

communication process and interaction with other. Every individual has his/her own

way in dealing with conflict. In this research, researchers tries to assessed five

conflict management styles which were adapted from Thomas-Kilmann which were

competitive conflict management, accommodation conflict management, tolerance

conflict management, collaboration conflict management and eluding conflict

management. The questionnaires was adapted from Thomas – Kilmann Conflict

Model. Respondents from this study were heads of primary schools in Johor Bahru

district consist of 88 school head teachers. Two main statistics were used which are

includes descriptive statistics mean score and percentage whereas inferential statistics

was used in hypotheses testing were the t-test and ANOVA. Descriptive analysis

indicated that collaboration conflict management style’s mean the most popular

whereby competitive conflict management style was the least popular. The result of

hypotheses testing reflected that there were no significant differences between sex,

age, martial status, academic educational level and length of service as head of school

and relationship with the conflict management style among the heads of primary

school in Johor Bahru district.

Page 10: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI SIMBOL ix

SENARAI SINGKATAN x

SENARAI LAMPIRAN xi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

Page 11: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

viii

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Definisi Operasional 11

1.9 Rumusan 12

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 14

2.2 Definisi Konflik 15

2.3 Definisi Mengurus Konflik 17

2.4 Model Konflik Organisasi 21

2.5 Punca Konflik 24

2.6 Jenis Konflik 28

2.6.1 Konflik Pentadbiran Organisasi 30

2.6.2 Operasi Konflik 31

2.7 Kesan Konflik 32

2.8 Gaya Pengurusan Konflik 37

2.8.1 Persaingan 40

2.8.2 Kolaborasi 41

2.8.3 Mengelak 42

2.8.4 Akomodasi 43

2.8.5 Tolak Ansur 43

Page 12: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

ix

2.9 Sorotan Kajian Lepas Tentang Gaya Pngurusan 44

Konflik

2.9.1 Kajian Dalam Negara 45

2.9.2 Kajian Luar Negara 49

2.10 Rumusan 53

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 54

3.2 Reka Bentuk Kajian 55

3.3 Lokasi Kajian 55

3.4 Populasi Kajian 56

3.5 Instrumen Kajian 56

3.6 Prosedur Kajian 59

3.7 Kajian Rintis 60

3.8 Kaedah Penganalisisan Data 61

3.9 Rumusan 62

BAB IV ANALISI DATA

4.1 Pengenalan 63

4.2 Demografi Populasi 64

4.2.1 Demografi Populasi Mengikut Jantina 64

Page 13: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

x

4.2.2 Demografi Populasi Mengikut Umur 65

4.2.3 Demografi Populasi Mengikut Etnik 66

4.2.4 Demografi Populasi Mengikut Taraf Pencapaian 66

Akademik

4.2.5 Demografi Populasi Mengikut Tempoh 67

Perkhidmatan

4.2.6 Demografi Keterlibatan Populasi Dalam Kursus 68

Pengurusan Konflik

4.3 Analisis Persoalan Kajian 68

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1: Adakah Guru Besar 70

Di Johor Bahru Melaksanakan Kesemua Lima

Gaya Pengurusan Konflik.

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2: Apakah Gaya 75

Pengurusan Konflik Paling Digemari Oleh Guru

Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3: Apakah Gaya 76

Pengurusan Konflik Paling Tidak Di Gemari Oleh

Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru

4.3.4 Dapatan Persoalan 4: Apakah Terdapat Perbezaan 77

Faktor-Faktor Demografi Jantina, Umur, Kelayakan

Akademik, Tempoh Perkhidmatan Menjadi Guru

Besar Dan Keterlibatan Kursus Konflik Dengan

Gaya Pengurusan Konflik.

4.4 Analisis Hipotesis Kajian 82

4.5 Rumusan 85

Page 14: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

xi

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 87

5.2 Rumusan 88

5.3 Perbincangan 90

5.3.1 guru besar di johor bharu melaksanakan kesemua 91

Lima gaya pengurusan konflik berdasarkan model

Thomaas dan Kilmann

5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95

Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru

5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak Di Gemari Oleh 97

Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru

5.3.4 Perbezaan Dalam Pengamalan Gaya Pengurusan 98

Konflik Berdasarkan Faktor Demografi

5.4 Implikasi Kajian 91

5.5 Cadangan Perlaksaan 101

5.6 Cadangan Untuk Penyelidikan Masa Depan 102

5.7 Penutup 104

BIBLIOGRAFI 105

LAMPIRAN 113

Page 15: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Persoalan Item Soal Selidik Bahagian Gaya Pengurusan

Konflik 57

3.2 Taburan Skor Min 59

4.1 Taburan Populasi Mengikut Jantina 64

4.2 Taburan Populasi Mengikut Umur 65

4.3 Taburan Populasi Mengikut Etnik 66

4.4 Taburan Populasi Mengikut Taraf Pencapaian Akademik 66

4.5 Demografi Populasi Mengikut Tempoh Perkhidmatan 67

4.6 Taburan Keterlibatan Populasi Dalam Kursus Pengurusan

Konflik 68

4.7 Tahap Gaya Persaingan 70

4.8 Tahap Gaya Kolaborasi 71

4.9 Tahap Gaya Mengelak 72

4.10 Tahap Gaya Akomodasi 73

4.11 Tahap Gaya Tolak Ansur 74

4.12 Skor Min Terhadap 5 Gaya Pengurusan Konflik 75

4.13 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan

Jantina 77

4.14 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan

Umur 78

4.15 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan

Tempoh Perkhidmatan Menjadi Guru Besar 79

4.16 Nilai Skor Min Gaya Perguruan Konflik Berdasarkan

Kelulusan Akademik 80

4.17 Nilai Skor Min Berdasarkan Keterlibatan Menghadiri

Kursus Konflik 81

Page 16: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

xiii

4.18 Analisis Interferensi Tentang Perbezaan Gaya Pengurusan

Konflik Guru Besar Daerah Johor Bahru Berdasarkan

Faktor Demografi 83

Page 17: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKASURAT

2.1 Tahap Konflik 18

2.2 Model Konflik Organisasi 22

2.3 Gaya Tentang Pengurusan Konflik Antara Peribadi 39

4.1 Nilai Skor Min Gaya Pegurusan Konflik Berdasarkan

Jantina 77

4.2 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan

Umur 78

4.3 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan

Tempoh Perkhidmatan Menjadi Guru Besar 79

4.4 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan

Kelulusan Akademik 80

4.5 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan

Keterlibatan Menghadiri Kursus Konflik 81

Page 18: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

xv

SENARAI SINGKATAN

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PIBG Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

SPSS Statistical Package for Social Science Version 13.0

PKNS Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor

TLDM Tentera Laut Diraja Malaysia

Page 19: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Organisasi sekolah merupakan asas kepada kesinambungan era-era dalam

peradaban sejagat telah direncanakan untuk menghasilkan sumber manusia yang

berkemampuan bagi menerajui pelbagai aktiviti dalam semua aspek. Sekolah juga

mempunyai visi dan misi untuk mengubah manusia sejajar dengan keperluan dan

tuntutan nasional. Secara tidak langsung, telah menjadi tugas dan tanggungjawab

pendidik untuk mengembangkan potensi yang ada pada setiap individu untuk

memenuhi cita-cita itu.

Pada umumnya, sekolah merupakan sebuah institusi atau organisasi formal

yang dapat membentuk masyarakat menjadi seorang insan yang berakhlak mulia dan

berbudi pekerti tinggi. Dalam konteks sekarang, sekolah bukan hanya sebagai

penyalur ilmu pengetahuan tetapi sebagai agen berlakunya proses sosialisasi. Peranan

utama sekolah untuk memberikan pendidikan yang sempurna dan seimbang dari segi

Page 20: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

2

jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk melahirkan insan yang dapat memberi

sumbangan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia

sebuah negara maju dan cemerlang pendidikan bertaraf dunia (Mok Soon Sang,

2002).

Pengurusan sekolah pada masa kini amat kompleks kerana menghadapi

pelbagai masalah dan konflik di kalangan kakitangannya. Dasar Pembangunan

Negara (DPN) seperti yang termaktub dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang

Kedua (1991-2000, RRJP 2) menyenaraikan beberapa cabaran yang meliputi aspek

politik, sosial, kebudayaan, dan sikap masyarakat Malaysia. Cabaran tersebut

memberi implikasi yang besar ke arah membangunkan sistem pendidikan bertaraf

dunia. Cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk

melahirkan warganegara yang berdaya tahan, dinamik, progresif, berilmu

pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat negara dan

antarabangsa. Pada masa yang sama, sistem pendidikan turut menggariskan usaha

meningkatkan nilai-nilai akhlak mulia dan moral, menanamkan sikap positif dan

liberal serta mempunyai budaya penyayang di kalangan warga Malaysia. Hasrat dan

matlamat ini telah diterjemahkan dalam FPK pada tahun 1989 (Rancangan Malaysia

Kesembilan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

Persediaan menghadapi cabaran era teknologi maklumat yang semakin

canggih dapat menukar dunia menjadi “global village” dengan pengertian bahawa

dunia tanpa sempadan. Untuk memikul tanggungjawab yang semakin mencabar ini,

para Guru Besar tidak dapat lari daripada masalah konflik yang berlaku di sekolah.

Secara tidak langsung ia menggambarkan peranan guru besar yang semakin penting

sebagai nadi penggerak. Sistem pendidikan memerlukan pedoman yang jelas agar

wawasan pendidikan tercapai selaras dengan Wawasan 2020. Agenda pengisian

wawasan pendidikan mengemukakan konsep dan idea-idea perubahan tentang cara

dan gaya mengurus, bekerja, perhubungan manusia dan budaya. Di antara perkara-

perkara yang ditekankan termasuklah perpaduan, gaya pengurusan dan kepimpinan,

perkhidmatan penyayang, empowerment, budaya ilmu dan budaya kecemerlangan

Page 21: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

3

(Wan Zahid,1993). Menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang

holistik, realistik dan memberi penekanan kepada pembangunan dari segi “hard and

soft development”. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga merupakan

satu pelan yang selari dengan agenda nasional serta pelan-pelan pendidikan yang

telah digubal sebelum ini.

Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian

pendidikan, PIPP juga akan memberi penekanan kepada prosedur, mekanisme dan

proses pelaksanaan projek serta program pendidikan agar ia dilaksanakan secara

telus, cekap dan berkesan, tanpa pertindihan dan pembaziran serta dapat dinikmati

oleh golongan sasaran tepat pada waktu yang ditetapkan.

Sistem pendidikan memerlukan perubahan daripada pendekatan ‘satu saiz

untuk semua’ kepada pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat

dan masyarakat sekitar. Pengurusan konflik dapat membantu guru besar berdepan

dengan cabaran globalisasi dan pada waktu yang sama, PIPP ini akan mula

melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Apabila memperkatakan tentang konflik, kita tidak boleh menafikan

perhubungan di antara dua pihak di dalam sesebuah organisasi. Konflik mungkin

timbul kerana bersifat dinamik dan menghadapi bermacam-macam perubahan dari

masa ke semasa.

1.2 Latar Belakang Kajian

Konflik merupakan satu daripada masalah yang lumrah wujud dalam organisasi

sekolah tidak kira di mana ia berada. Konflik ini wujud disebabkan sekolah

Page 22: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

4

merupakan sebuah organisasi yang melahirkan output dalam bentuk sumber manusia

yang menjadi aset utama negara. Segelintir masyarakat menganggap konflik

merupakan satu pengalaman negatif tetapi sebenarnya bukan semua konflik tersebut

adalah buruk. Ada konflik yang boleh memberikan maklumat yang diagnostik.

Sekiranya selalu terdapat keadaan yang tegang atau konflik antara pihak pentadbiran

dengan guru, dapat menggambarkan masalah wujud antara hubungan pihak

pentadbiran dengan guru tersebut. Mengikut satu bancian yang dilaksanakan oleh

Thomas dan Schmidth, (1972) seorang pengurus di Amerika Syarikat telah

menumpukan kira-kira dua puluh peratus dari masa kerjanya bagi menyelesaikan

masalah konflik yang timbul. Di Malaysia pula, ianya dianggarkan lebih kurang satu

setengah daripada lapan jam masa bekerja sehari adalah ditumpukan bagi

menghadapi konflik (Jaafar, 1996).

Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh American Management Association

(Paris dan Newston, 1995) telah menunjukkan responden (ketua eksekutif, penolong

pegawai dan pegawai biasa) telah menggunakan dua puluh empat peratus dari masa

mereka untuk menguruskan konflik. Jelas menunjukkan banyak masa kepada

pengurusan konflik berbanding dengan masa yang ditumpukan kepada perkara lain

seperti perancangan, komunikasi, motivasi atau membuat keputusan. Konflik yang

berlaku tidak selalu merugikan malah konflik adalah perlu untuk perubahan dan

kemajuan sesebuah organisasi (Pierre dan Peppers, 2003). Dalam kehidupan seharian,

konflik sering diperlukan dan diciptakan dan membawa keberkesanan dalam

pengurusan. Sehubungan dengan itu, perlu ditegaskan bahawa konflik bukan

merupakan tanda kelemahan seorang pemimpin berkenaan atau bukti kegagalan

pimpinannya (Meyers, 1994). Kadangkala konflik juga boleh membuatkan seseorang

menjadi kreatif dan dapat mengeluarkan pendapat lebih inovatif dan bernas. Ada

masanya satu situasi konflik boleh membawa pihak berkonflik, berkonfrontasi antara

satu sama lain. Selalunya selepas meluahkan perasaan masing-masing, mereka akan

menjadi lebih bersefahaman dan akan dapat merapatkan lagi hubungan di antara

mereka.

Page 23: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

5

Menurut Steers dan Black (1994), konflik di dalam organisasi sekolah boleh

dibahagikan kepada empat jenis iaitu: konflik matlamat yang berlaku apabila

kehendak individu dan kumpulan di dalam organisasi berbeza dengan kehendak

individu dan kumpulan lain. Kedua, konflik kognitif yang timbul apabila pendapat

dan idea individu dan kumpulan dalam organisasi yang sama. Ketiga, konflik afektif

yang terjadi apabila sikap dan perasaan individu dan kumpulan tidak bersesuaian

dengan individu dan kumpulan yang lain. Keempat, konflik gelagat di mana gelagat

individu dan kumpulan dalam organisasi tidak dapat diterima oleh individu dan

kumpulan yang lain. Bagi Fasnacht (1990) pula, pengurusan konflik amat bergantung

kepada piawai individu dan relatif kepada interaksi dengan pihak lain. Korabik, Basil

dan Watson (1993) pula berpendapat pengurusan konflik, sikap dan tingkah laku

pekerja itu adalah penggerak kepada sistem perkembangan dan akan mempengaruhi

keberkesanan sesuatu organisasi tersebut. Greenberg (1996) menyatakan dalam setiap

situasi, manusia bertanggungjawab ke atas setiap tindakan yang diambilnya. Situasi

konflik yang berlaku di sekolah akan memberi peluang kepada guru besar untuk

memilih gaya bertindak balas terhadap konflik yang mereka hadapi. Seorang guru

besar perlu tahu mengatasi dan menguruskan konflik dengan memilih gaya

pengurusan konflik yang sesuai dengan konflik yang berlaku di sekolah. Konflik

merupakan elemen yang dapat merosakkan daya produktiviti dan membantutkan

perubahan sesebuah kumpulan atau organisasi. Namun demikian adalah sukar untuk

menyangkal pendapat yang mengatakan konflik adalah sesuatu yang lumrah apabila

manusia saling berhubungan di antara satu dengan yang lain (Razali, 1993).

1.3 Pernyataan Masalah

Bagi melicinkan pentadbiran, organisasi akan dibahagikan kepada jabatan atau

subunit-subunit. Faktor dominan yang mencetuskan konflik antara jabatan ialah

Page 24: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

6

wujudnya keadaan saling bergantungan antara satu sama lain. Perkara ini merujuk

pada saling bersandaran untuk menyempurnakan tugas. Potensi untuk berlaku konflik

adalah tinggi apabila faktor saling bergantungan antara satu sama lain juga tinggi.

Aspek ini timbul adakalanya dari segi tugas yang berhubungan.

Konflik akan berterusan apabila sesuatu tugas itu didapati saling

bergantungan secara berurutan. Misalnya, unit pengawas sekolah tidak dapat

melaksanakan tugas sekiranya unit disiplin tidak terlebih dahulu menyelesaikan

tugasnya, dan unit disiplin pula tidak dapat melaksanakan tugas tersebut apabila unit

hal ehwal murid belum menyempurnakan tugasnya. Selain itu, konflik juga timbul

antara panitia apabila sesuatu pencapaian sekolah diukur berdasarkan pencapaian

keseluruhan sekolah. Apabila pencapaian bahasa Inggeris merosot akan memberikan

implikasi kepada pencapaian akademik keseluruhan sekolah. Seseorang guru besar

memainkan pelbagai peranan pada masa yang sama. Konflik jenis ini berlaku apabila

timbul kekeliruan dalam memenuhi tuntutan tugas. Seorang pengurus mungkin

meminta pekerjanya untuk cuba mengurangkan kos tetapi pada masa yang sama

mereka perlu meningkatkan gaji pekerja. Contohnya, seorang ahli dalam organisasi

yang pendiam mungkin akan berkonflik dengan ahli yang peramah dan kuat berbual.

Perbezaan persepsi juga boleh menimbulkan konflik antara individu dalam membuat

sesuatu perkara atau menyelesaikan masalah yang akan berlaku perbezaan pendapat.

Konflik akan menjadi lebih hebat apabila pendapat ahli organisasi tidak diterima oleh

ahli lain untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan sesuatu projek.

Seseorang pengurus perlu menilai persekitaran sama ada persekitaran dalaman

atau luaran, meramal perubahan dan membentuk dasar. Dalam melaksanakan tugas

ini, pengurus terpaksa menghadapi konflik yang wujud sama ada kalangan

pengurusan atasan atau pekerja. Tindakan pengurus memanipulasikan tugas yang

dibuat oleh pekerja mungkin akan menyebabkan pekerja tidak puas hati dan berasa

tertekan kerana merasakan diri mereka tertipu. Pengurus perlu memberi fokus kepada

Page 25: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

7

hal di atas dengan menjelaskan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin kepada

pekerja berkenaan. Konflik akan timbul apabila pengurus gagal menyampaikan hal

ini kepada pekerjanya. Pengurus akan mengalami pelbagai masalah berkaitan dengan

konflik ini terutamanya sikap pekerja yang tidak lagi mempercayainya atau tahap

pencapaian pekerja tersebut akan menurun. Walaupun terdapat banyak faktor yang

menyebabkan wujudnya konflik di dalam sekolah, namun dalam kajian ini faktor

konflik yang dihadapi oleh guru besar adalah halangan komunikasi. Menurut

Goldhaber (1992), kebanyakan masalah komunikasi di dalam organisasi berlaku

disebabkan wujudnya perbezaan tanggapan di kalangan mereka yang berkomunikasi.

Konflik dan pertikaian sering muncul akibat salah faham ketika

berkomunikasi, komunikasi tidak berkesan dan komunikasi yang destruktif. Salah

faham dan komunikasi tidak berkesan sering timbul daripada fakta bahawa setiap

orang mempunyai perasaan dan pengalaman yang berbeza terhadap perkara yang

sama. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh perbezaan dari segi pandangan umum

dan agama, keturunan status sosial-ekonomi, etnik pendidikan, bahasa, umur dan

lain-lain. Oleh demikian, setiap individu atau kumpulan akan mempunyai perbezaan

dari segi persepsi, kepercayaan dan nilai, matlamat, jangkaan, cara mengeluarkan

idea dan bertingkah laku. Komunikasi yang efektif dapat membantu meningkatkan

kefahaman guru besar terhadap perbezaan matlamat dan seterusnya ke arah kaedah

penyelesaian konflik yang lebih kreatif. Dengan memahami kerjasama dan

persaingan dalam proses sosial, konflik yang bersifat konstruktif dan penyelesaian

konflik yang baik adalah sama dengan proses kerjasama yang berkesan manakala

proses destruktif dapat ditimbulkan. Konflik konstruktif dan penyelesaian konflik

yang baik adalah sama dengan proses kerjasama yang berkesan manakala proses

destruktif pula sama dengan proses interaksi persaingan (Deutsch, 1991).

Konflik-konflik yang wujud dalam sesebuah organisasi seperti sekolah

menimbulkan pelbagai akibat kepada sesebuah organisasi. Oleh itu, amat perlu

Page 26: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

8

sesebuah organisasi seperti itu mencari jalan untuk mengurangkan konflik dalam

kerja sebelum mengganggu ketenteraman dan produktivitinya (Sabitha dan Mahmood

Nazar, 1995). Penyelesaian konflik memerlukan cara tertentu daripada pihak yang

menghadapi konflik dalam sesuatu organisasi. Dalam hal ini, memandangkan konflik

yang dialami oleh para guru besar di organisasi sekolah yang berbeza-beza, cara

pengurusannya juga dalam konteks yang berbeza-beza. Berdasarkan kepada

permasalahan yang telah dikemukakan, maka penyelidik ingin mengenal pasti gaya

pengurusan konflik yang diamalkan oleh guru besar di Johor Bahru dengan merujuk

kepada model Kilmann dan Thomas (1978).

1.4 Objektif Kajian

i. Mengenal pasti sama ada guru besar menggunakan kelima-lima gaya

pengurusan konflik berdasarkan model Thomas dan Kilmann.

ii. Mengenal pasti gaya pengurusan konflik paling digemari guru besar sekolah

rendah daerah Johor Bahru.

iii. Mengenal pasti gaya pengurusan paling tidak digemari oleh guru besar

sekolah rendah daerah Johor Bahru.

iv. Menentukan perbezaan antara faktor demografi (jantina, umur, kelayakan

akademik, tempoh menjadi guru besar dan keterlibatan kursus konflik)

berdasarkan gaya pengurusan konflik Guru Besar Sekolah Rendah Daerah

Johor Bahru.

Page 27: GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU … · 5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95 Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak

9

1.5 Persoalan Kajian

Penyelidikan tentang gaya pengurusan konflik di kalangan guru besar ini bertujuan

untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:-

i. Adakah guru besar di Johor Bahru melaksanakan kesemua lima gaya

pengurusan konflik seperti dalam model Thomas dan Kilmann.

ii. Apakah gaya pengurusan konflik paling digemari oleh guru besar

sekolah rendah daerah Johor Bahru berdasarkan skor min.

iii. Apakah gaya pengurusan konflik paling tidak digemari oleh guru

besar sekolah rendah daerah Johor Bahru berdasarkan skor min.

iv. Adakah terdapat perbezaan faktor-faktor demografi (jantina, umur,

kelayakan akademik, tempoh perkhidmatan menjadi guru besar dan

keterlibatan kursus guru besar) dengan gaya pengurusan konflik.

1.6 Hipotesis Kajian

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pengurusan konflik

dalam kalangan guru besar berdasarkan jantina. Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pengurusan konflik

dalam kalangan guru besar berdasarkan umur. Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pengurusan konflik

dalam kalangan guru besar berdasarkan tempoh perkhidmatan menjadi guru besar.

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pengurusan konflik

dalam kalangan guru besar berdasarkan kelulusan akademik. Ho5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pengurusan konflik

dalam kalangan guru besar berdasarkan keterlibatan menghadiri kursus konflik.