gejala sosial di malaysia

12
Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah. Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Masalah yang ingin saya ketengahkan pada kali ini ialah gejala lumba haram atau lebih dikenali sebagai rempit.

Upload: alamean

Post on 26-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Gejala Sosial Di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Gejala Sosial Di Malaysia

Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan

sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan

sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut

telibat dalam masalah. Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai

perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan

keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam

sesuatu masyarakat ataupun negara. Banyak yang telah kita dengar tentang gejala

sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat

begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa.

Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara,

maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian

daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai

berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai

masalah sosial yang melanda mereka ini. Masalah yang ingin saya ketengahkan

pada kali ini ialah gejala lumba haram atau lebih dikenali sebagai rempit.

Melalui pembacaaan yang saya lakukan mengenai satu berita yang terdapat dalam

utusan online mendapati bahawa gejala sosial ini semakin menjadi kronik dan

menjadi isu apabila orang ramai mula menyalahkan pihak berkuasa seperti polis

dan jpj kerana gejala ini, namun mengikut pendapat saya pihak berkuasa tidak

bersalah, mereka telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka,

walaupun telah banyak langkah yang telah diperkenalkan seperti membuat operasi

secara besar besaran bagi menangkap pelaku lumba haram, namun gejala itu masih

tetap berlaku, pelaku tersebut seolah-olah tidak berasa gentar meskipun terdapat

ramai dari rakan-rakan mereka telah ditangkap dan dikenakan denda, kenapakah

Page 2: Gejala Sosial Di Malaysia

perkara ini berlaku? Utusan online juga melaporkan bahawa kira-kira 500 mat rempit

telah ditahan dan diperiksa melalui operasi yang telah dijalankan oleh pihak

berkuasa di tiga buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor dapat kita lihat

betapa ramai belia kita yang terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral ini, terdapat

banyak faktor yang boleh dikaitkan yang menyumbang kepada bilangan mat rempit

yang ramai, antara yang dapat saya kemukakan ialah faktor keluarga yang terlalu

memberi kebebasan kepada anak mereka, seperti yang kita semua tahu kenderaan

bagi mat rempit ialah motosikal, ibu bapa yang terlalu menurut kehendak anak-anak

yang inginkan motor juga menjadi faktor kepada peningkatan bilangan mat rempit di

Bandar-bandar, namun begitu, ia tidak bermaksud memberikan kemudahan seperti

motosikal kepada anak-anak merupakan satu kesalahan, sebaliknya Ibu bapa

perlulah peka terhadap anak-anak, sebagai contoh, Ibu bapa boleh membuat

peraturan supaya anak mereka tidak dibenarkan keluar dari rumah selepas pukul 12

malam tanpa sebarang urusan yang penting. Hal ini dapat mengurangkan

penglibatan anak-anak mereka dalam lumba haram kerana kebanyakan aktiviti

lumba haram bermula selapas waktu tengah malam kerana keadaan jalan yang

kurang sesak.

Dalam artikel yang saya baca juga ada menyatakan bahawa faktor utama kegiatan

merempit adalah disebabkan golongan itu berasa bosan dan mahu mencari

keseronokan ekstrem dalam hidup. Remaja sememangnya mudah berasa bosan

oleh kerana itu lah mereka lebih sukakan sesuatu yang mencabar seperti merempit,

ganjaran hadiah yang menarik membuatkan mereka lebih tertarik, antara hadiah

kemenangan yang ditawarkan ialah seorang wanita ataupun lebih dikenali sebagai

bohsia dalam kalangan “mat rempit”. Merempit ini secara tidak langsung

menyumbang kepada berlakunya gejala sosial yang lain iaitu seks bebas, kerana

Page 3: Gejala Sosial Di Malaysia

pemenang boleh melakukan apa sahaja kepada habuan mereka iaitu bohsia. Dalam

jangka masa yang panjang ia boleh mendatangkan masalah yang lebih buruk iaitu

penyebaran penyakit bejangkit seperti HIV / AIDS yang berlaku disebabkan oleh

seks bebas, bukan itu sahaja ia juga boleh membawa kepada kelahiran anak luar

nikah dan sekiranya remaja ini tidak bersedia untuk menghadapi situasi ini, mereka

akan cenderung untuk menggugurkan kandungan mereka ataupun membuang bayi

yang tidak bersalah itu.

Didalam berita yang saya baca juga ada menyalahkan institusi ibu bapa dalam

memantau pergerakan anak-anak sekal gus mencerminkan kegagaan mereka

dalam melaksanakan tanggungjawab keibubapaan. Secara logiknya anak-anak

merupakan anugerah yang diberikan oleh tuhan kepada ibu bapa untuk dijaga dan

dididik namun jelas dengan wujudnya gejala lumba haram ini membuktikan bahawa

ibu bapa masih lagi tidak mempunyai kawalan penuh terhadap aktiviti yang

dilakukan oleh anak-anak mereka. Namun begitu perlu juga diambil faktor-faktor

yang lain, besar kemungkinan berlakunya penceraian dalam keluarga yang

menjerumus kepada konflik dalam keluaga yang menyebabkan anak-anak berasa

tidak selamat lagi berada bersama keluarga. Kerana itulah mereka cenderung untuk

melibatkan diri dalam lumba haram kerana inginkan perhatian daripada orang ramai

tanpa menyedari bahawa perbuatan itu hanya membahayakan diri dan juga boleh

merosakkan masa hadapan mereka.

Di dalam artikel ini juga ade mnyebut berkenaan dengan badan bukan kerajaan

(NGO) turut perlu memainkan peranan mereka dalam mencegah gejala rempit ini

daipada terus berleluasa. Dalam menangani isu ini, kita tidak boleh hanya

bergantung kepada satu phak sahaja, sebaliknya semua pihak perlu memainkan

peranan mereka masing-masing, bermula dari institusi keluarga, masyarakat

Page 4: Gejala Sosial Di Malaysia

sehinggalah kepada pucuk kepimpinan perlulah mencari jalan penyelesaian yang

sesuai.

Artikel seterusnya yang saya baca ialah bertajuk “Virus Mat Rempit: Punca dan cara

menanganinya” yang ditulis oleh Abu Musaddad yang keluarkan pada Mei. Penulis

telah menjelaskan beberapa punca terjadinya gejala ini, antaranya ialah perasaan

ingin mencuba, Terpengaruh dengan rakan, gaya hidup dan taraf hidup pendidikan

serta kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa, itu adalah antara punca yang telah

dikemukan oleh penulis, sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dijadikan

punca, secara keseluruhannya saya bersetuju dengan pendapat penulis, ini kerana

golongan yang terlibat dengan rempit ini adalah dari golongan yang berusia antara

18 sehingga 25 tahun, pada umur sebegini banyak cabaran yang perlu mereka

hadapi seperti mula memasuki alam pekerjaan, melanjutkan pelajaran, dan

sebagainya, mereka ini mudah tertekan, sekiranya tiada individu yang membimbing

mereka kearah yang betul tidak mustahil statistik kadar lumba haram akan

meningkat pada masa hadapan.

Apa yang saya ingin tambah ialah berkaitan dengan pendapat penulis yang

mengatakan bahawa taraf hidup pendidikan merupakan punca gejala lumba haram

ini berlaku, Bagi saya, pendidikan tidak menggambarkan akhlak seseorang, jika kita

lihat pada masa sekarang, ramai individu yang berpendidikan tinggi terlibat dengan

gejala yang tidak baik seperti rasuah, peras ugut, rogol dan sebagainya, begitu juga

dengan rempit, tidak semua individu yang terlibat dalam gejala ini mempunyai

pendidikan yang rendah, melalui kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa

terdapat juga individu yang lepasan ijazah serjana yang ditahan semasa operasi

dijalankan, ini membuktikan bahawa taraf pendidikan bukannlah merupakan faktor

utama yang menyumbang kepada gejala lumba haram.

Page 5: Gejala Sosial Di Malaysia

Selain memberikan beberapa punca, penulis juga ada memberikan pendapat beliau

mengenai cara yang boleh digunakan untuk membendung gejala ini iaitu peranan

dan tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa kasih sayang

dan perhatian yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak mereka supaya

timbulnya rasa disayangi dalam diri anak-anak. Elakkan anak-anak menjadi liar

gara-gara kegagalan ibu bapa dalam memberi perhatian secukupnya, walaupun

sesibuk mana kerja, luangkanlah masa untuk bersama dengan anak-anak dengan

bertanyakan masalah, mendengar luahan dan juga keluhan mereka. Saya bersetuju

sekiranya ibu bapa merupakan orang yang paling layak dalam mencorakkan anak-

anak, sekiranya baik didikan yang diberikan sudah pasti hasilnya juga akan baik.

Penulis juga berpendapat bahawa penguatkuasaan undang-undang juga perlu

diperketatkan dengan mengenakan hukuman yang setimpal supaya hukuman itu

dapat menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengulangi perbuatan

tersebut, langkah tersebut merupakan tindakan yang bijak mengikut pandangan

saya kerana, sekiranya hukuman yang dikenakan terlalu ringan, mereka ini tidak

akan berasa erik sebaliknya akan terus mengulangi perbuatan tersebut dan berasa

bangga apabila berulang-ulang kali diambil tindakan namun tidak memberi kesan.

Selain itu juga, saya merasakan bahawa pandangan penulis yang mencadangkan

langkah ini juga sesuai sekiranya dilaksanakan selaras di semua tempat, dan

bukannya pada sesuatu tempat atau negeri sahaja. Tindakan yang berat perlu

diambil kerana gejala lumba haram ini bukan sahaja membahayakan pelaku, namun

juga orang ramai yang menggunakan jalan raya pada waktu tersebut, banyak

kemalangan yang melibatkan orang yang tidak bersalah berpunca dari kegiatan

tidak bermoral ini.

Page 6: Gejala Sosial Di Malaysia

Langkah seterusnya yang dicadangkan oleh penulis ialah dengan cara mendekati

mereka dengan cara berhemah, saya juga bersetuju dengan pendapat penulis, ini

kerana, saya yang juga merupakan seorang remaja tidak suka apabila ditegur

secara kasar, teguran yang kasar bukan sahaja membuatkan “Mat Rempit” ini

semakin menjauhi diri malahan juga boleh mendatangkan pertelingkahan kerana

pernah berlaku kes yang dilaporkan oleh akhbar berita harian dimana seorang

pemuda yang berusia 25 tahun telah meninggal dunia selepas koma 6 hari akibat

dipukul beramai-ramai oleh seramai 15 orang mat rempit, terdapat banyak lagi

jenayah yang melibatkan mat rempit antaranya ialah rogol, seks bebas, mencuri dan

sebagainya. Oleh itu amat penting untuk mendekatkan diri dengan mat rempit

bertujuan untuk mengubah mereka supaya tidak terjebak dengan masalah yang

lebih besar. Cara pendekatan yang berhemah iaitu dengan cara mengadakan

program yang melibatkan mat rempit seperti konvoi hari kemerdekaan mampu

mengelakkan golongan ini daripada menghabiskan masa dengan aktiviti lumba

haram.

Seterusnya, saya telah melakukan satu pembacaan mengenai satu kajian kes yang

berkaitan dengan mat rempit yang telah dijalankan oleh Muhammad Fuad Bin Abdul

karim, Rokiah Ismail, dan Mohamad Fauzi Sukimi,,kajian ini telah dijalankan di Kuala

Lumpur, Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui perihal aktiviti kumpulan dan

mengenal pasti elemen-elemen khusus dalam sub- budaya kumpulan Mat rempit.

Responden yang digunakan dalam kajian ini adalah seramai 45, melalui maklumat

yang diperolehi, seramai 11 orang terlibat dengan gejala ini disebabkan oleh

pengaruh rakan sebaya, 10 orang atas dasar ‘suka-suka’, 7 orang bertujuan mengisi

masa lapang, seramai 6 orang terlibat aktiviti ini kerana mengalami tekanan dalam

hidup, 3 orang lagi kerana sebagai hobi, seramai 5 orang melibatkan diri

Page 7: Gejala Sosial Di Malaysia

sepenuhnya dalam aktiviti lumba haram dan selebihnya seramai 3 orang tidak

menyatakan tujuan mereka melibatkan diri dengan gejala lumba haram, berdasarkan

maklumat ini, data saya simpulkan bahawa pengaruh dari rakan merupakan sebab

paling ramai responden ini terjebak dalam ativiti rempit, kawan merupakan orang

yang paling rapat bagi seseorang selain dari keluarga, malahan terdapat juga

segelintir yang lebih mementingkan rakan berbanding keluarga sendiri, oleh itu, hasil

dapatan kajian ini yang mengatakan bahawa pengaruh rakan mendapat peratusan

paling tinggi sudah saya jangkakan.

Terdapat juga responden yang telah menjadikan kerjaya mat rempit ini sebagi satu

kerjaya dan menjadikan wang ganjaran sebagai mata pencarian mereka, cara hidup

ini sememangnya tidak menjamin masa hadapan, kerana banyak risiko yang bakal

dihadapi, seperti di tahan oleh pihak berkuasa, kalah pertaruhan, serta boleh

membahayakan keselamatan diri. Mereka ini masih muda dan masih belum dapat

membezakan mana satu baik dan mana satu yang buru, apa yang mereka fikirkan

hanyalah keseronokan yang sementara, sebagai contoh, apabila mereka

memenangi sesuatu perlumbaan dan mendapat habuan serta sanjungan dari ‘geng-

geng’ mereka ia membuatkan mereka mula lupa diri dan beranggapan bahawa

mereka akan sentiasa bernasib baik pada perlumbaan yang seterusnya.

Kajian yang dijalankan juga menunjukkan bahawa, mat rempit ini mempuyai bahasa

tersendiri untuk berkomunikasi sesama mereka, antara istilah yang sering digunakan

ialah seperti keadaan ‘line panas’ yang membawa maksud tidak selamat untuk

berlumba dan berkumpul, manakala keadaan ‘line clear’ adalah sebaliknya. Bukan

itu sahaja, contoh yang lain ialah ‘barang panas’ dalam bahasa yang kita fahami

merujuk kepada sesuatu barang yang mempunyai haba yang panas, tetapi bagi mat

rempit, ‘barang panas bermaksud barang yang dicuri ataupun barang yang

Page 8: Gejala Sosial Di Malaysia

mendapat permintaan yang tinggi. Secara logiknya, mereka menggunakan bahasa

seperti ini adalah bertujuan untuk mengelakkan aktiviti mereka daripada dikesan

oleh pihak berkuasa ataupun ahli kumpulan yan lain. Mengikut pandangan saya,

tuhuan mereka mewujudkan bahasa ini adalah bertujuan untuk membentuk identity

mereka tersendiri dan membezakan mereka dengan masyarakat.

Secara keseluruhan, melalui pembacaan saya terhadap 3 artikel ini,saya sedar

bahawa lumba haram ini merupakan satu gejala yang boleh merosakkan masa

depan remaja yang merupakan bakal pemimpin Negara kita, Semua pihak perlu

berganding bahu bagi mengatasi masalah ini dan bukannya hanya pandai menuding

jari menyalahkan pihak yang lain. setiap punca perlu dikenalpasti dan ditangani dari

awal lagi supaya tidak semakin merebak. Sekiranya maslah ini tidak segera diatasi

hasrat bekas pemimipin Negara kita Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencapai

Negara maju pada tahun 2020 tidak akan tercapai,