geografi stpm baharu - bahagian a penggal 1 - kuliah 2
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 2
1/10
KULIAH 2 - SISTEM SURIA
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:
(a) Menerangkan sistem suria dalam Galaksi Bima Sakti, dan sistem bumi sebagai satu
planet yang memperoleh tenaga dari matahari.
(b) Menyatakan bumi sebagai satu planet berbentuk sfera;
(c) Menerangkan putaran bumi di atas paksinya yang condong dan peredarannya
mengelilingi matahari;
(d) Menjelaskan kesan putaran dan peredaran bumi;
(e) Menjelaskan kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap unsur fizikal dan
aktiviti manusia.
KONSEP SISTEM SURIA
1. NEBULA
Nebula(Latin: awan) merupakan awan antara bintang yang terdiri daripada debu, gas, dan
plasma. Pada awalnya nebulamerujuk pada nama umum yang diberikan untuk semua objek
astronomi yang terbentang di langit, termasuk galaksi di luar Bima Sakti (beberapa contoh
penggunaan nama lama masih digunakan seperti Galaksi Andromeda dirujuk sebagai Nebula
Andromeda sebelum galaksi ditemui oleh Edwin Hubble).
Antara nebula yang wujud ialah:
NEBULA MATA KUCING
1. Cats Eye Nebula (Nebula Mata Kucing).
2. Horse Head Nebula (Nebula Kepala Kuda).
3. Crab Nebula (Nebula Ketam).
4. Ant Nebula (Nebula Semut).5. Eagle Nebula (Nebula Elang).
6. Tarantula Nebula (Nebula Kala Jengking).
7. Orion Nebula (Nebula Orion).
8. Eskimo Nebula (Nebula Eskimo).
9. Rosette Nebula (Nebula Bunga Mawar).
10. Red Square Nebula (Nebula Segi Empat Merah).
11. Ring Nebula (Nebula Cincin)
12. Eyes Of God Nebula
13. Barnards Loop.
14. Boomerang Nebula atau banyak disebut kupu-kupu galaksi.15. Hourglass Nebula.
http://4.bp.blogspot.com/-7zgAZAIvhwI/T9r1okAvPrI/AAAAAAAAAuE/T7aH8bVVdDA/s1600/a6.jpg -
7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 2
2/10
2. BIMA SAKTI
Galaksi Bima Sakti (Milky Way- terjemahan daripada Bahasa
Latin: berasal daripada Bahasa Greek: (Galaxias) kadang kala merujuk kepada "the
Galaxy"), adalah galaksi pilin berpalang yang merupakan sebahagian galaksi Kumpulan
Tempatan dan terletaknya Sistem Suria. Satah galaksi Bima Sakti dapat dilihat dari Bumi sebagai
jalur cahaya di langit malam dan rupa jalur cahaya berkenaan merupakan inspirasi kepada nama
galaksi ini.
3. SISTEM SURIASistem suria merujuk kepada salah satu daripada sistem-sistem yang terdapat di dalam Galaksi
Bima Sakti yang terdiri daripada planet-planet dan bintang-bintang yang mengelilingi matahari
mengikut orbit yang berbeza pada satah yang rata.
Matahari dan 8 planet dlam sistem suria
Sistem Suria terdiri dari Matahari dan objek selestial yang terikat kepadanya dengan graviti.
Objek ini adalah lapan planet dan 166 bulan mereka yang diketahui, empat planet kerdil dan
berbillion dari anggota kecil, termasuk asteroid, objek berais jalur Kuiper, komet, meteroid, dandebu antara planetari.
http://4.bp.blogspot.com/-VAQ_ZZPEhXY/T9sCNKZkCJI/AAAAAAAAAuo/ONM7zfkPFPE/s1600/a7.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-m4HgojfNkJA/T9sAbZldELI/AAAAAAAAAuQ/XbMQZirrUew/s1600/a5.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-VAQ_ZZPEhXY/T9sCNKZkCJI/AAAAAAAAAuo/ONM7zfkPFPE/s1600/a7.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-m4HgojfNkJA/T9sAbZldELI/AAAAAAAAAuQ/XbMQZirrUew/s1600/a5.jpg -
7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 2
3/10
Secara umum, rantau bercarta dari Sistem Suria ialah Matahari, empat planet terestrial dalaman,
jalur asteroid, empat planet gas gergasi luaran, jalur Kuiper, cakera bertaburan, dan yang
unggulnya kemungkinan hipotesisnya awan Oort. Mengikut susunan dari jarak mereka dari
Matahari, lapan planet ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
Kata kunci
- salah satu daripada sistem-sistem
- terdapat dalam Galaksi Bima Sakti
- terdiri daripada planet-planet dan bintang-bintang
- mengelilingi matahari mengikut orbit yang berbeza pada satah yang rata.
KEDUDUKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA
1 A. Bumi sebagai planet berbentuk sfera
Ciri-ciri bumi berbentuk sfera
- Bumi berbentuk sfera iaitu rata pada kedua-dua kutub.
- Jejari bumi pada garisan khatulistiwa sepanjang 6357 km dan di kutub sepanjang
6357 km.
- Memerhatikan kaki langit yang melengkung dari jarak jauh.
- Memerhatikan kapal yang muncul di kaki langit akan didapati tiang layar terlebih dahulu kelihatan
daripada bahagian-bahagian yang lain.
- Semasa kejadian gerhana bulan, bayang-bayang bumi yang terdapat di permukaan bulan
berbentuk sebahagian garis lengkung sesuatu bulatan.
2 B. Kecondongan paksi bumi dan kesannya
Konsep kecondongan paksi bumi
Kecondongan paksi bumi merujuk kepada
satu garisan condong sebanyak 23odaripada satah tegak yang di lukis dari utara ke selatan
melalui bahagian tengah bumi di mana paksi ini sentiasa bekeadaan selari pada setiap
kedudukan ( lokasi ) yang menyebabkan kejadian empat musim dan panjang siang dan malam
yang tidak sama di permukaan bumi.
http://4.bp.blogspot.com/-rv9b2o1AOvQ/T9rwvw2eUnI/AAAAAAAAAt0/2KzI9hYvEuU/s1600/a1.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-GqPMaXjGG1s/T9sBXk0oAJI/AAAAAAAAAug/sV6Q0FdRe3k/s1600/a2.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-rv9b2o1AOvQ/T9rwvw2eUnI/AAAAAAAAAt0/2KzI9hYvEuU/s1600/a1.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-GqPMaXjGG1s/T9sBXk0oAJI/AAAAAAAAAug/sV6Q0FdRe3k/s1600/a2.jpg -
7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 2
4/10
Kata kunci satu garisan condong sebanyak 23
odaripada satah tegak.
dilukis dari utara ke selatan melalui bahagian tengah bumi
sentiasa bekeadaan selari pada setiap kedudukan ( lokasi )
menyebabkan kejadian empat musim dan panjang siang dan malam yang tidak sama di
permukaan bumi
Penerangan konsep Paksi bumi merujuk kepada garisan yang dilukis secara menegak melalui bahagiantengah bumi iaitu dari utara ke selatan.
Paksi bumi berkeadaan condong sebanyak 23 o
daripada satah tegak.
Kecondongan ini sentiasa dalam keadaan yang sama di atas orbitnya pada semuatempat semasa bumi beredar mengelilingi matahari.
Paksi tersebut berkeadaan selari bagi setiap lokasi dalam peredaran mengelilingimatahari tersebut.
Kecondongan paksi ini telah menyebabkan berlakunya berberapa kesan di permukaanbumi seperti kejadian empat musim, panjang siang dan malam yang tidak sama antara kawasan.
Kesan-kesan kecondongan paksi bumi
1. Kejadian empat musim Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh dihemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasansederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana duniahemisfera selatan mengalami musim luruh.
Pada 21 Jun ( Solstis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin dihemisfera Sartan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan sartan. Kawasansederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana duniahemisfera selatan mengalami musim dingin
Pada 23 September ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musimluruh di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa.Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhanadunia hemisfera selatan mengalami musim bunga.
Pada 22 Disember ( solstis musim sejuk di hemisfera utara dan soltis musim luruh dihemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi. Kawasan
http://3.bp.blogspot.com/-axYq0qvwvzA/T9sGKaZSMhI/AAAAAAAAAu0/Lpyx-dghM0o/s1600/a8.jpg -
7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 2
5/10
sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim sejuk dan kawasan sederhana duniahemisfera selatan mengalami musim panas.
2. Perbezaan panjang siang dan malam Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin dihemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan sartan. Kawasan
sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam dankawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi siang.
Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas dihemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi. Kawasansederhana dunia di hemisfera utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dankawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi malam.
Pada 21 Mac dan 23 September ( ekuinoks ) , matahari tengah hari tegak di atas kepaladi garisan khatulistiwa. Semua kawasan di permukaan bumi mengalami panjang siang danmalam yang hampir sama.
PUTARAN BUMI DAN KESANNYA
Konsep putaran bumiPutaran bumi merujuk kepada putaran bumi di atas paksinya yang condong sebanyak 23
daripada satah tegak dan dalam keadaan selari pada semua tempat dari arah barat ke timur
dengan mengambil masa 23 jam 56 minit ( 1 hari ) bagi melengkapkan satu pusingan.
Kata kunci
- putaran bumi di atas paksinya yang condong sebanyak 23 daripada satah tegak
- dalam keadaan selari pada semua tempat
- dari arah barat ke timur
- mengambil masa 23 jam 56 minit ( 1 hari ) bagi melengkapkan satu pusingan.
Kesan-kesan putaran bumi1. Kejadian siang dan malam
Putaran bumi menyebabkan hanya satu bahagian bumi sahaja yang mengadap cahaya matahari
manakala satu bahagian lagi membelakangi matahari.
- Bahagian yang mengadap matahari akan mengalami waktu siang.
- Bahagian yang membelakangi matahari akan mengalami waktu malam.
Bahagian Bumi yang mengadap matahati siang bahagian bumi terlindung malam
http://1.bp.blogspot.com/-RUwB2_XTH1A/T9sJrwMOS1I/AAAAAAAAAvA/qKKBxctEOio/s1600/putaran+bumi.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-RUwB2_XTH1A/T9sJrwMOS1I/AAAAAAAAAvA/qKKBxctEOio/s1600/putaran+bumi.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-RUwB2_XTH1A/T9sJrwMOS1I/AAAAAAAAAvA/qKKBxctEOio/s1600/putaran+bumi.jpg -
7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 2
6/10
2. Kejadian pasang surut air laut
- Berlaku dua kali dalam tempoh 24 jam.
- Disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan matahari
- Tarikan graviti bulan yang kuat terhadap air yang berhampiran dengannya
menyebabkan aras air naik lalu terjadilah air pasang.
- Kawasan yang terletak jauh daripada bulan pula akan mengalami air surut kerana
air dari kawasan ini telah tertarik ke kawasan berhampiran bulan.
3. Perbezaan waktu tempatan
Waktu Tempatan Dunia
- Satu putaran lengkap bumi ( 360O) mengambil masa 24 jam.
- Bumi berputar sebanyak 15O
longitud dalam masa 24 jam iaitu kira-kira 4 minit
bagi 1O
longitud.
4. Pembiasan angin dan arus lautan- Bumi berputar dari barat ke timur
- Di hemisfera utara angin dan arus terbias ke arah kanan.
- Di hemisfera selatan angin dan arus terbias ke arah kiri.
PEREDARAN BUMI DAN KESANNYA
Konsep peredaran bumi
Peredaran bumi merujuk kepada peredaran bumi di atas orbitnya yang elips ikut arah lawan jam
dengan mengambil masa 365 hari ( 1 tahun ) bagi melengkapkan satu peredaran.
Kata kunci
- peredaran bumi di atas orbitnya yang elips
- ikut arah lawan jam
- mengambil masa 365 hari ( 1 tahun ) bagi melengkapkan satu peredaran.
Kesan-kesan peredaran bumi
http://4.bp.blogspot.com/-ZzH1rYSmbGQ/T9sLIIo-ESI/AAAAAAAAAvI/AOkdKVEu0mM/s1600/images.jpeg -
7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 2
7/10
1. Kejadian empat musim
- Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasan sederhana
dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim luruh.
- Pada 21 Jun ( Solstis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera
Sartan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan sartan. Kawasan sederhana
dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim dingin.
- Pada 23 September ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di
hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasan
sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia
hemisfera selatan mengalami musim bunga.
- Pada 22 Disember ( solstis musim sejuk di hemisfera utara dan soltis musim luruh di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi. Kawasan sederhana dunia
di hemisfera utara mengalami musim sejuk dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan
mengalami musim panas.
2. Perbezaan panjang siang dan malam antara kawasan
- Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan sartan. Kawasan sederhana
dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam dan kawasan
sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi siang.
- Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi. Kawasan sederhana duniadi hemisfera utara mengalami malam
- lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami
panjang malam melebihi malam.
- Pada 21 Mac dan 23 September ( ekuinoks ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di
garisan khatulistiwa. Semua kawasan di permukaan bumi mengalami panjang siang dan malam
yang hampir sama.
3. Kejadian gerhana
Konsep gerhana
- Gerhana merujuk kepada gerhana matahari atau bulan di mana kedudukan bulan, bumi danmatahari berada dalam satah mendatar yang sama.
-
7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 2
8/10
- Jika semasa bumi beredar
mengelilingi matahari , bumi berada
pada kedudukan di Antara matahari dan
bulan maka bayang bumi akan jatuh
pada bulan dan keadaan ini akan
menyebabkan berlakunya gerhana bulan.
- Sekiranya semasa peredaran bumi
mengelilingi matahari tersebut bulan
berada antara bumi dengan matahari
maka bayang bulan akan jatuh ke permukaan bumi dan keadaan ini akan menyebabkan
berlaku gerhana matahari.
4. Perubahan kedudukan ketinggian matahari
- Kedudukan matahari tengah hari berubah-ubah seiring dengan perubahan musim.
- Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera
selatan ) kedudukan matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan sartan.
- Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera
selatan ) kedudukan matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan jadi.
- Pada 21 Mac dan 23 September ( ekuinoks ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala pada
garisan khatulistiwa.
5. Kejadian perihelion dan afelion
Konsep perihelion dan afelion
Perihelion dan aphelion merujuk kepada jarak bumi
dengan matahari ketika bumi berada orbitnya yang elips di mana perihelion merujuk kepada jarak
bumi dengan matahari yang paling hampir iaitu kira-kira 147 juta km yang berlaku pada bulan
http://2.bp.blogspot.com/-pvmY2s5Z6OE/T9sMajDcOGI/AAAAAAAAAvY/_2LmGxsOLEc/s1600/afelion.jpeghttp://2.bp.blogspot.com/-yBML61LjxWo/T9sMW1_80wI/AAAAAAAAAvQ/zxsa9ogsaQc/s1600/gerhana.jpeghttp://2.bp.blogspot.com/-pvmY2s5Z6OE/T9sMajDcOGI/AAAAAAAAAvY/_2LmGxsOLEc/s1600/afelion.jpeghttp://2.bp.blogspot.com/-yBML61LjxWo/T9sMW1_80wI/AAAAAAAAAvQ/zxsa9ogsaQc/s1600/gerhana.jpeg -
7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 2
9/10
Julai manakala aphelion pula merujuk kepada jarak bumi dengan matahari yang paling jauh iaitu
kira-kira 152 juta km yang berlaku pada bulan Januari.
Kata kunci
- jarak bumi dengan matahari ketika bumi berada orbitnya yang elips
- perihelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari yang paling hamper
- aphelion pula merujuk kepada jarak bumi dengan matahari yang paling jauh
Penerangan konsep
- Orbit bumi yang elips mengakibatkan bumi tidak sentiasa berada pada jarak yang sama dengan
matahari sepanjang peredarannya mengelilingi matahari.
- Kedudukan bumi yang paling hampir dengan matahari ( 147 juta km ) dikenali sebagai perihelion
yang berlaku pada bulan Julai.
- Kedudukan bumi yang paling jauh ( 152 juta km) dikenali sebagai afelion berlaku pada bulan
Januari.
FAKTOR BERLAKUNYA KEJADIAN EMPAT MUSIM DI KAWASAN SEDERHANA DUNIA
1. Kecondongan paksi bumi
- Paksi bumi merujuk kepada satu garisan yang melalui bahagian tengah bumi dari utara ke
selatan.
- Kecondongan paksi bumi sentiasa berada dalam keadaan yang sama bagi semua tempat dalam
orbit bumi.
- Istilah keselarian digunakan untuk menerangkan fenomena paksi tersebut kerana paksi tersebut
berada dalam keadaan selari bagi setiap lokasi dalam peredaran bumi mengelilingi matahari.
- Keselarian paksi inilah yang menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahunbagi kawasan-kawasan tertentu.
2. Peredaran bumi mengelilingi matahari
- Menyebabkan kedudukan matahari tengah hari sentiasa berubah-ubah mengikut musim.
- Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di
hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa.
- Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana
dunia hemisfera selatan mengalami musim luruh.
- Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera
selatan ) kedudukan matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan sartan.
- Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhanadunia hemisfera selatan mengalami musim dingin.
- Pada 23 September ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di
hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasan
sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia
hemisfera selatan mengalami musim bunga.
- Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi. Kawasan sederhana dunia
di hemisfera utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana
dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi malam.
3. Putaran bumi atas paksinya
-
7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 2
10/10
- Putaran bumi menyebabkan hanya satu bahagian bumi sahaja yang mengadap cahaya matahari
manakala satu bahagian lagi membelakangi matahari.
- Bahagian yang mengadap matahari akan mengalami waktu siang.
- Bahagian yang membelakangi matahari akan mengalami waktu malam.
4. Keselarian paksi bumi ketika beredar mengelilingi matahari
- Istilah keselarian digunakan untuk menerangkan fenomena paksi tersebut kerana paksi tersebut
berada dalam keadaan selari bagi setiap lokasi dalam peredaran bumi mengelilingi matahari.
- Keselarian paksi inilah yang menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun bagi
kawasan-kawasan tertentu.
5. Kesferaan bumi
- Bumi berbentuk sfera dengan permukaan yang rata pada kedua-dua kutub.
- Bahangan matahari lebih tertumpu di kawasan tropika kerana lengkungan permukaan yang lebih
sempit dan menjadikan kawasan tersebut sentiasa panas.
- Bahangan matahari akan disebarkan dengan lebih luas di kawasan berlatitud tinggi kerana
lengkungan bumi yang lebih luas menyebabkan kawasan tersebut lebih sejuk daripada kawasan
tropika.
DAYA KORIOLIS
Daya koriolis merujuk kepada satu objek yang seolah-olah dipesongkan semasa objek ini
bergerak dalam lingkungan satu koordinat yang sedang berputar menyebabkan berlakunya
pembiasan objek tersebut ( contohnya angin ) di mana daya biasannya lebih tinggi di latitud
tinggi dan sifar di latitud rendah.