gerak kerja karnival sukan sekolah 2011 (repaired)

Upload: fieda-gosnon

Post on 12-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

GERKO 2:SUKAN

GERAK KERJA KOKURIKULUM( Tugasan 2 : FOLIO SUKAN)

KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN SEKOLAH KEBANGSAAN LOBOK PUSING

Disediakan Oleh :

HAIDI SUFIAN BIN GOSNONUnit PAI 1KPLI SR LPBS j-QAF

SEKOLAH KEBANGSAAN LOBOK PUSING,JALAN MASJID MARZUKIAH,KG LUBOK PUSING 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR.

KANDUNGAN FOLIO

Penghargaan

Biodata Pelajar

Tugasan 1:

Laporan karnival sukan dan permainan SK LOBOK PUSING

Refleksi

Tugasan 2:

Bahan bukti dan lampiran:

Borang Rekod KolaborasiLampiran

MAKLUMAT DIRI

BUTIRAN PERIBADI

NAMA:Haidi Sufian bin GosnonTARIKH LAHIR:17 April 1986NO KAD PENGENALAN:860417-43-5131UMUR:26 TahunTEMPAT LAHIR: SelangorJANTINA: LelakiSTATUS: BujangWARGANEGARA: MalaysiaAGAMA:IslamBANGSA:MelayuALAMAT SURAT MENYURAT:No 1, Jalan Marjan, KG Lubok Pusing, 45300 Sungai Besar, Selangor TELEFON BIMBIT:019-3500448

LATARBELAKANG AKADEMIK2010 Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu & Warisan Dengan KepujianUniversiti Islam Antarabangsa, MalaysiaPengkhususan Usulluddin dan Perbandingan Agama

2005Pra ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu & Warisan Dengan KepujianMatrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, MalaysiaPengkhususan Usulluddin dan Perbandingan Agama

2003Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

MAKTAB Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Cheras, Kuala LumpurPENGKHUSUSAN PENDIDIKAN ISLAM (KPLI-SR) j-QAF MODE LATIHAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS) AMBILAN JANUARI 2011

SEKOLAH TEMPAT MENGAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN LOBOK PUSING JLN MASJID, KG LUBOK PUSING 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR. No. Telefon : 0332164810

KUMPULAN

A215A0000L PENDIDIKAN ISLAM KUMPULAN PAI 1

PENSYARAH PEMBIMBING (MENTOR)

EN AHMAD ZAINI BIN ISHAK

GURU PEMBIMBING

EN MOHD FIKRI BIN ABDULLAH

PENGHARGAAN

Saya telah memilih aktiviti karnival permainan ini sebagai bahan untuk tugasan gerko 2 saya. Dalam usaha untuk menyiapkan folio ini, saya telah mendapat pandangan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Untuk itu, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga khusus kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En Tarmidi bin Md Saad dan Ustaz Fikri bin Abdullah yang tidak pernah jemu membantu saya memberi maklumat demi maklumat dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh institut selama ini.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pihak pentadbiran SK Lobok Pusing iaitu En. Abdul Halim bin Setan (Guru Besar), Puan Siti Habsah bte Ahmad Suffian (GPK 1), En Tamzis bin Kusin (GPK HEM)) serta kepada semua warga pendidik dan kakitangan SK LOBOK PUSING. Sesungguhnya jasa kalian amat saya hargai.

Akhirnya, tanpa sokongan dan bantuan daripada kalian tentu sukar untuk saya menyiapkan folio ini dengan sempurna.

CARTA ALIRANKARNIVAL PERMAINAN SEKOLAH KEBANGSAAN LOBOK LUSINGPADA 10 OKTOBER HINGGA 1 NOVEMBER 2012

Siapkan kertas kerja dan serahkan kepada GPK KO.Selesai

10. Penyerahan laporan lengkap kepada GPK KO

Berbincang dengan GPK KO tentang tarikh dan tempat.

9. Menyiapkan laporan

3. Mengemukakan permohonan kepada Guru Besar dan membentangkan kertas kerja Karnival Permainan

8 .Melaporkan perjalanan carnival kepada GPK KO

Bentang dalam mesyuarat guru dan beri taklimat mengenai karnival.

7. Carnival sukan permainan berlangsung

5. Edarkan borang penyertaan kepada murid atau guru rumah sukan

Acara dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan.

TUGASAN 1

1.TULISKAN SATU LAPORAN AKTIVITI YANG MELIPUTI:

Perancangan aktiviti Pengelolaan aktiviti Laporan aktiviti Refleksi

Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) adalah berkonsepkan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Melaluinya murid-murid didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk membantu perkembangan mental, fizikal, minat dan bakat mereka. Di samping itu ia juga dapat membentuk nilai-nilai estetika dan sosial yang positif.

Justeru itu, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan oleh Unit Kokurikulum SK Lobok Pusing termasuklah program karnival sukan dan permainan Peringkat sekolah. Karnival sukan dan permainan merupakan satu program tahunan yang diadakan pada setiap tahun di Sekolah Kebangsaan Lobok Pusing. program ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum. Pelaksanaan program ini telah berjaya menarik ramai penyertaan di kalangan murid-murid SK Lobok Pusing setiap kali ia dianjurkan. Karnival ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan di sekolah ini. Ianya bertujuan untuk mencungkil bakat baru dan seterusnya dapat mewakili sekolah pada tahun hadapan.

Program ini amat penting untuk setiap murid dalam melahirkan modal insan yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semua aktiviti yang dijalankan diharap dapat menjadikan murid lebih berminat terhadap aktiviti sukan dan menjadikan amalan harian. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan murid. Antara tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk: Mencari bakat baru untuk mewakili sekolah. Mendidik murid supaya sentiasa bersukan untuk kesihatan. Memberi peluang kepada murid yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti permainan bermain. Mengamalkan semangat berpasukan. Memupuk semangat kerjasama antara guru-guru dan murid-murid.

Alhamdulillah, selaku guru yang masih di dalam latihan .saya telah berkesempatan juga untuk turut melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan pada penghujung tahun 2012 ini . Di mana saya telah ditugaskan di dalam jawatankuasa kecil penyelenggaraan program untuk peserta dan guru yang terlibat. Walaupun tugas ini bukan besar, namun saya berbangga kerana ia telah memberi pengalaman baru dalam hidup saya sebagai seorang guru.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN Sebagai sebuah negara membangun Malaysia memerlukan modal insan berkualiti, berdaya saing dan mempunyai semangat juang yang tinggi bagi memelihara kesejahteraan negara. Justeru, dalam usaha untuk membantu negara melahirkan generasi pelapis yang berjiwa kental, Sekolah Kebangsaan Lobok Pusing telah mengambil keputusan untuk menjadikan program karnival sukan dan permainan sebagai program tahunan sekolah. Ia merupakan salah satu aktiviti yang telah terkandung dalam takwim perancangan Unit Kokurikulum .Bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat memberi impak yang tinggi kepada pelajar maka pihak penganjur telah merancang dengan teliti mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah. Perancangan dan pelaksanaan program ini bermula dengan satu mesyuarat khas bagi merangka kertas kerja, menyusun tentatif, membuat belanjawan dan melantik ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program ini. Setiausaha program karnival yang dilantik telah mengemukakan permohonan bertulis kepada Guru Besar dan GPK Kokurikulum untuk memohon kebenaran bagi menganjur dan melaksanakan program tersebut. Setelah dibentangkan secra ringkas, akhirnya Guru Besar dan GPK Kokurikulum telah meluluskan permohonan tersebut . Pihak penganjur juga telah mengadakan beberapa mesyuarat lain bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan program ini. Mesyuarat-mesyuarat tersebut adalah perlu untuk memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat. Ahli jawatankuasa pengelola yang dilantik sentiasa diingatkan oleh pihak penganjur agar memastikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dapat disempurnakan demi kepentingan bersama. Untuk itu senarai semak telah disediakan bagi menentukan pelaksanaan bidang tugas sesebuah jawatankuasa yang dibentuk. Dengan cara ini pihak penganjur dapat mengesan masalah-masalah yang timbul dan dapat mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya .

PENGELOLAAN PROGRAM KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN

Program Karnival dan sukan ini dikelolakan sepenuhnya oleh jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik khas oleh pihak penganjur. Proses pengagihan tugas ini telah dibuat berpandukan kepada kelayakan, bakat, kebolehan dan kemampuan masing-masing.Pelantikan jawatankuasa ini dibuat bagi memastikan agar program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mampu mencapai objektif yang telah digariskan.

LAPORAN KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN SKLP 2012

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LOBOK PUSING BAGI TAHUN 2012

Disediakan oleh :

EN HAIDI SUFIAN BIN GOSNON SETIAUSAHA PROGRAM KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINANSEKOLAH KEBANGSAAN LOBOK PUSING45300 SUNGAI BESAR

PENGENALAN

Karnival ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan di sekolah ini. Ianya bertujuan untuk mencungkil bakat baru dan seterusnya dapat mewakili sekolah pada tahun hadapan.Program ini amat penting untuk setiap murid dalam melahirkan modal insan yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

TUJUAN AKTIVITI

Semua aktiviti yang dijalankan diharap dapat menjadikan murid lebih berminat terhadap aktiviti sukan dan menjadikan amalan harian. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan murid.

TAJUK PROGRAMKarnival permainan futsal, bola baling dan bola jaring.

OBJEKTIF

4.1Mencari bakat baru untuk mewakili sekolah.4.2Mendidik murid supaya sentiasa bersukan untuk kesihatan.4.3Memberi peluang kepada murid yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti permainan bermain. 4.6Mengamalkan semangat berpasukan.4.7Memupuk semangat kerjasama antara guru-guru dan murid-murid.TEMPOH AKTIVITI

Tarikh : 10/10 - 1/11/2012

Masa : 3.30 ptg 6.00 ptg.

Tempat : Padang SKLP

KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahap 2 (tahun 4, 5, dan ) Sekolah Kebangsaan Lobok Pusing.

JAWATANKUASA PENGELOLA KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN SEKOLAH KEBANGSAAN LOBOK PUSING

Berikut adalah carta organisasi dan jadual yang menunjukkan jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat secara langsung dalam mengelolakan program karnival tersebut berserta bidang tugas yang telah dipertanggungjawabkan

PENGERUSI: EN. TARMIDI BIN MD SAADN. PENGERUSI 1: EN. MOHD SOBRI BIN SULAIMANSETIAUSAHA: EN. HAIDI SUFIAN BIN GOSNNONPENEYELARASSUKAN DAN PERMAINAN: EN. MUHAMMAD HAFIDZ BIN ABDUL AZIZ

AHLI JAWATANKUASA

PENGADIL FUTSALEN. FADZLAN BIN CHE PAEN. TAMZIS BIN KUSIN

PENGADIL BOLA BALINGEN. TARMIDI BIN MD SAADEN. MOHD HAFIDZ BIN ABD. AZIZ

PENGADIL BOLA JARINGCIK NOOR AFZHAN BT MOHDPN NOOR AFIDAH BT ROHMAT

KETUA HAKIM / PENGUMPUL KEPUTUSANPN. NIK ASNIDA MARINI BT ABDUL RAHMANEN. MOHD. YUSERI BIN MANAF

HADIAHPN. SITI NOR SHARMILA BTE HUSINPN SITI NORMAH BT MOHAMAD

PERTOLONGAN CEMAS

PN SITI HABSAH BT AHMAD SUFFIAN

JADUAL PERLAWANAN FUTSAL

HARI :RABU (10.10. 2012)MASA:4.30-6.00 PETANGTEMPAT:PADANG SKLP

BIRU LAWAN MERAH HIJAU LAWAN KUNING PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE 3 DAN KE 4 PERLAWANAN PENENTUAN JOHAN DAN N.JOHAN

JADUAL PERLAWANAN BOLA JARING

HARI :RABU (10.10 2012)MASA:4.30-6.00 PETANGTEMPAT:PADANG SKLP

BIRU LAWAN MERAH HIJAU LAWAN KUNING PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE 3 DAN KE 4 PERLAWANAN PENENTUAN JOHAN DAN N.JOHAN

JADUAL PERLAWANAN BOLA BALING (L)

HARI :RABU (10.10. 2012)MASA:4.30-6.00 PETANGTEMPAT:PADANG SKLP

BIRU LAWAN MERAH HIJAU LAWAN KUNING PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE 3 DAN KE 4 PERLAWANAN PENENTUAN JOHAN DAN N.JOHAN

JADUAL PERLAWANAN BOLA BALING (P)

HARI :KHAMIS (1.11. 2012)MASA:4.30-6.00 PETANGTEMPAT:PADANG SKTA

BIRU LAWAN MERAH HIJAU LAWAN KUNING PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE 3 DAN KE 4 PERLAWANAN PENENTUAN JOHAN DAN N.JOHAN

AKTIVITI

1. Futsal tahun 4 melibatkan 40 murid dan dibahagikan mengikut rumah sukan. Pertandingan dalam format liga. a. Johan Hijau.b. N. johan Kuning.c. Ketiga Merah.d. Keempat Biru.

2. Futsal tahun 5 melibatkan 40 murid dan dibahagikan mengikut rumah sukan. Pertandingan dalam format liga

a. Johan Merah.b. N. johan Biru.c. Ketiga Kuning. d. Keempat Hijau.

3. Bola baling lelaki tahun 4 melibatkan 40 murid dan dibahagikan mengikut rumah sukan. Pertandingan dalam format kalah mati. a. Johan Hijau.b. N. johan Biru.c. Ketiga Merah.d. Keempat Kuning.

4. Bola baling tahun 5 lelaki melibatkan 30 murid dan dibahagikan mengikut rumah sukan. Pertandingan dalam format kalah mati. a. Johan Biru.b. N. johan Hijau.c. Ketiga Merah.

5. Bola baling tahun 4 perempuan melibatkan 40 murid dan dibahagikan mengikut rumah sukan. Pertandingan dalam format kalah mati. a. Johan Kuning.b. N. johan Merah.c. Ketiga Hijau.d. Keempat Biru.

6. Bola jaring tahun 4 melibatkan 40 murid dan dibahagikan mengikut rumah sukan. Pertandingan dalam format liga. a. Johan .Birub. N. johan .Hijauc. Ketiga .Kuningd. Keempat .Merah

7. Bola jaring tahun 5 melibatkan 40 murid dan dibahagikan mengikut rumah sukan. Pertandingan dalam format liga. a. Johan Hijau.b. N. johan Kuning.c. Ketiga Merah.d. Keempat Biru

PERUNTUKAN KEWANGAN

ANGGARAN PERBELANJAANHADIAH PERTANDINGANFUTSALJOHAN10 orang x RM 3.50 = RM 35.00N. JOHAN10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE TIGA10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE EMPATSAGU HATI= RM 30.00JUMLAH= RM 125.00

BOLA BALING LELAKIJOHAN10 orang x RM 3.50 = RM 35.00N. JOHAN10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE TIGA10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE EMPATSAGU HATI= RM 30.00JUMLAH= RM 125.00

BOLA BALING PEREMPUANJOHAN10 orang x RM 3.50 = RM 35.00N. JOHAN10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE TIGA10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE EMPATSAGU HATI= RM 30.00JUMLAH= RM 125.00

BOLA JARINGJOHAN10 orang x RM 3.50 = RM 35.00N. JOHAN10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE TIGA10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE EMPATSAGU HATI= RM 30.00JUMLAH= RM 125.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 500.00

PEMANTAUAN AKTIVITI

Secara keseluruhannya, program karnival sukan dan permainan ini boleh dianggap berjaya dan mencapai objektif perlaksanaannya. Melalui laporan yang telah diterima daripada setiap jawatankuasa-jawatakuasa pengelola yang dilantik, tiada masalah yang timbul dan setiap tanggungjawab dan tugasan yang diamanahkan telah dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Justeru, merumuskan bahawa jawatankuasa-jawatankuasa pengelola yang dilantik telah berjaya dalam memastikan aktiviti ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah yang mengganggu kelancaran aktiviti.

STATISTIK PENGLIBATAN KESELURUHAN

Statistik penglibatan para pemain dan guru pada keseluruhannya memuaskan. Ini kerana tiada peserta yang menarik diri daripada permainan pada saat akhir . Namun terdapat juga murid dan guru yang terlewat daripada segi masa dalam menyertai sesuatu aktiviti atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun ia tidaklah menggangu statistik penglibatan mereka secara keseluruhannya.

Maklum Balas pemain

Melalui post mortem yang di buat setelah program ini berakhir, kami dapati hampir semua pemain berpuas hati dengan program ini. Mereka menyatakan rasa gembira atas pengalaman yang iperolehi sepanjang perlawanan berlangsung.

Penutup

Secara rumusannya, program karnival ini telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada para peserta, guru-guru dan juga pihak-pihak yang terlibat. Secara tidak langsng aktiviti ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada pelbagai pihak selain dapat mewujudkan pergaulan sosial yang sihat sesama rakan sebaya dan guru-guru.

REFLEKSI

REFLEKSI KEPADA PROGRAM KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN

KEKUATAN PROGRAM KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN

Pelaksanaan program carnival sukan dan permainan adalah tambahan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di mana ia memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman melalui perhubungan sosial yang sihat dengan rakan sebaya. Justeru, aktiviti sebegini perlulah diteruskan sebagai aktiviti sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kekuatan yang dapat dilihat daripada program tersebut adalah : -

Membentuk Modal Insan

Para peserta yang menyertai program ini diterapkan dengan nilai-nilai murni yang sememangnya amat diperlukan dalam usaha untuk membentuk modal insan yang sempurna dan mantap dari segi fizikal dan mental. Selain itu ketetapan masa ditekankan, agar peserta tahu menghargai dan menepati masa. Secara tidak langsung ia dapat mendisiplinkan diri mereka walau di mana sahaja mereka berada.

Memupuk Semangat Bekerjasama Dan Bertolak Ansur

Sebelum permainan berlangsung mereka ditugaskan mencari ahli pasukan sendiri mengikut darjah berdasarkan rumah sukan . Mereka juga diminta agar melantik ketua pasukan masing-masing Di sini mereka telah berjaya memupuk semangat bekerjasama dan bertolak ansur sesama rakan sebaya. Sikap kerja berpasukan yang diterapkan di dalam aktiviti ini sememangnya penting kepada peserta bagi menghadapi suasana yang lebih mencabar pada masa akan datang. Dengan cara ini para pelajar akan menjadi lebih berkeyakinan dan menitikberatkan nilai tanggungjawab, disiplin dan kecekapan di dalam menjalankan tugas harian.

Membanteras Gegala Sosial

Ketinggian akhlak dan kekuatan ilmu itu amat penting dalam mendidik anak-anak bangsa. Tambahan pula, kita harus membina sahsiah dan keperibadian yang luhur di samping mempertahankan disiplin-disiplin ilmu. Dengan menyertai aktiviti luar seperti carnival sukan ini , mereka dapat menjauhkan diri daripada pengaruh gejala sosial seperti merokok, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, gengsterisme, vandalisme dan sebagainya kerana masa yang terluang telah dapat dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Tambahan pula pelaksanaannya adalah di lingkungan kawasan sekolah dan tidak terdedah kepada ancaman bahaya. Secara tidak langsung, harapan negara untuk membentuk remaja yang sihat dari segi mental dan fizikal untuk mewarisi teraju pemerintahan negara dengan kreatif dan inovatif akan tercapai.

KELEMAHAN PROGRAM KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN

Namun begitu masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam program carnival ini .Ia sangat penting bagi mencapai kejayaan dan kesempurnaan dalam setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan. Antara kelemahan-kelemahan tersebut adalah :-

Kelonggaran masa

Jika dilihat daripada tentatif program yang diatur oleh pihak penganjur, masa yang ditetapkan amat bersesuaian. Namun terdapat murid dan guru bertugas tidak peka dengan jadual, ini menyebabkan beberapa permainan yang sepatutnya berlangsung pada hari yang ditetapkan telah ditangguhkan kepada hari yang berikutnya. Kelewatan ini telah menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati di kalangan para peserta dan guru lain yang menyertai kerana terpaksa menunggu tanpa sebarang pengisian aktiviti.Tiada kerjasama yang baik daripada sebahagian pelajar dan guru.

Dalam keseronokan murid-murid yang mempunyai semangat kesukanan, ada juga murid-murid yang menganggap aktiviti ini membuang masa mereka. Mereka menganggap ianya tidak termasuk dalam silibus pembelajaran. Sikap seperti ini menyusahkan dan amat mengecewakan rakan rakan seperjuangan yang lain, guru-guru terpaksa memujuk murid-murid yang tidak memberi kerjasama kerana kekurangan ahli untuk bermain dalam satu pasukan.

Sikap seperti ini juga harus dielakkan kerana ia akan menyebabkan kelumpuhan generasi akan datang. Sepatutnya sebagai seorang murid yang cemerlang mereka akan berusaha sedaya upaya memenuhi kehendak sekolah dan sentiasa memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan setiap program yang dianjurkan sekolah.

Begitu juga dengan sebahagian guru-guru yang menganggap program sebegini tidak berfaedah dan membuang masa mereka. Mereka tidak memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam memantau gerak geri murid-murid. Murid- murid terpaksa menunggu pengadil dalam tempoh masa yang agak lama. Sikap sebegini juga menyusahkan guru-guru dan murid yang lain. Sebagai seorang guru sepatutnya menunjukkan sikap yang baik dan ini yang sentiasa kita war-warkan iaitu KEPIMPINAN MELALUI TELADAN. CADANGAN BAGI PENAMBAHBAIKAN PROGRAM KARNIVAL DAN SUKAN

Bagi memastikan agar program karnival dan sukan ini dapat dilaksanakan dengan lebih jaya dan berkesan lagi pada masa akan datang, beberapa langkah yang lebih bijak perlulah diambil. Antara cadangan langkah-langkah yang boleh diambil bagi penambahbaikan kepada program ini adalah :-

Wujudkan Jalinan Kerjasama Yang Baik

Semua pihak yang terlibat di dalam sesuatu aktiviti yang dirancang sama ada pihak penganjur mahupun pihak yang menyertai mestilah mempunyai jalinan kerjasama yang baik. Jalinan kerjasama amat penting dalam memastikan kelancaran perjalanan aktiviti yang dirancang. Melalui jalinan kerjasama yang baik disertai pula dengan rasa tanggungjawab yang tinggi segala masalah-masalah yang tidak sepatutnya berlaku mampu dielakkan. Justeru itu, semua pihak yang terlibat perlulah melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh tanggungjawab demi memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya dan berkesan serta dapat mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.

Ketepatan Masa

Semua pihak yang terlibat perlulah memastikan agar setiap aktiviti yang dirancang dilaksanakan tepat pada masanya. Ini bertujuan agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan tanpa ada sebarang penangguhan masa. Pelaksanaan yang tepat pada masanya juga dapat mengelakkan pelbagai masalah seperti kebosanan dan hilang tumpuan. Sekiranya pemain yang terlibat mula merasa bosan, maka mereka akan hilang tumpuan terhadap aktiviti yang dilaksanakan. Secara tidak langsung keberkesanan sesuatu aktiviti itu akan terjejas. Justeru, semua pihak yang telibat perlu lebih prihatin dan menitikberakan soal masa dalam setiap aktiviti yang akan dilaksanakan.

Kempen Cintai Aktiviti Luar Bilik Darjah

Unit Kokurikulum perlulah memperbanyakkan lagi pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah seperti program ini. Tanamkan ke dalam diri pelajar bahawa aktiviti ini bukanlah untuk keseronokan sebaliknya ia amat perlu dalam usaha untuk memperolehi pelbagai maklumat dan pengalaman. Selain itu, mereka juga dapat memperluaskan pergaulan sosial yang sihat sesama rakan sebaya dan guru-guru.

Perketatkan Peraturan

Setiap program dan aktiviti yang dirancang perlu kepada penetapan undang-undang dan peraturan khas bagi memastikan keberkesanan dalam perlaksanaannya. Justeru, pihak yang terlibat perlulah menggubal undang-undang dan peraturan yang bersesuaian. Setiap undang-undang dan peraturan yang digariskan ini perlulah dipatuhi oleh setiap pihak yang terlibat bagi mengelakkan sebarang masalah. Tanpa penetapan undang-undang dan peraturan yang sesuai tidak mungkin sesuatu program dan aktiviti itu dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya.

Sebagai rumusan, program karnival dan sukan ini adalah aktiviti yang amat bermanfaat dan perlu dititikberatkan oleh pelajar mahupun guru. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang bemanfaat dan berkesan akan memberi kesan yang positif terhadap minda dan fizikal pelajar. Tanpa tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas tidak mungkin seseorang pelajar itu mampu memberi tumpuan yang baik di dalam akademik.Sewajarnya, program yang berbentuk aktiviti sukan ini diadakan lebih kerap dan ianya bukanlah menjadi tanggungjawab guru yang menganjurkan sahaja,sebaliknya, semua guru bertanggungjawab untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan para pelajar kepada pergaulan sosial yang sihat.

TUGASAN 2:

SERTAKAN BAHAN BAHAN BUKTI BAGI MENYOKONG TUGASAN ANDA SEPERTI:1) SURAT- MENYURAT2) MINIT MESYUARAT3) AJK DAN SENARAI TUGAS4) PENYATA KEWANGAN 5) TENTATIF PROGRAM6) GAMBAR /RAKAMAN

SEKOLAH KEBANGSAAN LOBOK PUSING45300 SUNGAI BESARSELANGOR DARUL EHSAN Kod Sekolah: BBA6012Tel/Fax: 0332164810

Ruj Kami: BBA6012/09/001/001/( 25 )Tarikh : 15 SEPTEMBER 2012Guru BesarSekolah Kebangsaan Lobok Pusing45300 Sungai BesarSelangor Darul Ehsan

Tuan,

PROGRAM KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN SEKOLAH LOBOK PUSING 2012

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Sukan SK Lobok Pusing telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu Program Karnival Sukan dan Permainan peringkat sekolah.

2.Butiran tentang Program tersebut adalah seperti di bawah.

2.1Tarikh:10/10-5/10/20122.2Tujuan Program:menjadikan murid lebih berminat terhadap Aktiviti sukan dan menjadi amalan seharian2.3Peserta:semua murid tahun 4,5 dan 6 SKLP 2.4Guru Penasihat:Guru-guru rumah sukan 2.5Keperluan Lain:AJK akan mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa setiap murid yang menyertai program ini

3.Bersama-sama ini saya sertakan kertas kerja program karnival sukan dan permainan tersebut untuk perhatian dan pertimbangan puan.

4.Kami berharap permohonan kami ini akan dipertimbangkan dan mendapat kelulusan daripada puan.

Sekian, terima kasih

Yang benar

(EN HAIDI SUFIAN BIN GOSNON)Setiausaha Program Karnival Sukan dan PermainanSekolah Kebangsaan Lobok Pusing.

SEKOLAH KEBANGSAAN LOBOK PUSING45300 SUNGAI BESARSELANGOR DARUL EHSANKod Sekolah: BBA6012Tel /Fax: 0332164810

Ruj Kami: BBA6012/09/001/001/( 26 )Tarikh : 15 SEPTEMBER 2012

Guru Penolong Kanan KokurikulumSekolah Kebangsaan Lobok Pusing45300 Sungai Besar,Selangor Darul Ehsan

Tuan,

PROGRAM KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN SEKOLAH LOBOK PUSING 2012

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Sukan SK Lobok Pusing telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu Program Karnival Sukan dan Permainan peringkat sekolah.

2.Butiran tentang Program tersebut adalah seperti di bawah.

2.1Tarikh:10/10-1/11/20122.2Tujuan Program:menjadikan murid lebih berminat terhadap Aktiviti sukan dan menjadi amalan seharian2.3Peserta:semua murid tahun 4,5 dan 6 SKLP 2.4Guru Penasihat:Guru-guru rumah sukan 2.5Keperluan Lain:AJK akan mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa setiap murid yang menyertai program ini

3.Bersama-sama ini saya sertakan kertas kerja program tersebut untuk perhatian dan pertimbangan puan.

4.Kami berharap permohonan kami ini akan dipertimbangkan dan mendapat kelulusan daripada puan.

Sekian, terima kasih

Yang benar

(EN. HAIDI SUFIAN BIN GOSNON)Setiausaha Program Karnival Sukan dan PermainanSekolah Kebangsaan Lobok Pusing45300 Sungai Besar,Selangor Darul Ehsan

SEKOLAH KEBANGSAAN LOBOK PUSING45300 SUNGAI BESARSELANGOR DARUL EHSANKod Sekolah: BBA6012Tel /Fax: 0332164810

Ruj Kami: BBA6012/09/001/001/( 27) Tarikh : 15 SEPTEMBER 2012

Kepada,

Ibu / Bapa / PenjagaMurid tahun 4, 5 dan 6Sekolah Kebangsaan Lobok Pusing 45300 Sungai BesarSelangor Darul Ehsan.

Tuan/Puan,

PROGRAM KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN SK LOBOK PUSING 2012

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa *anak/jagaan tuan/puan _______________________________________________ dari kelas ________________ telah dipilih untuk menyertai Program Karnival Sukan dan Permainan SKLP di Padang Sekolah Kebangsaan Lobok PUsing pada 10/10- 01/11/2012

2.Sehubungan itu, pihak penganjur telah menetapkan bahawa setiap murid dikehendaki hadir untuk menjalani sesi latihan yang ditetapkan mengikut rumah.

3.Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga keselamatan murid-murid dan memastikan segala peraturan dipatuhi oleh anak/jagaan tuan/puan sepanjang latihan ini diadakan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

4.Bersama sama surat ini disertakan jadual latihan yang akan dihadiri oleh murid-murid SKTA.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

(HALIB BIN SETAN)Guru BesarSekolah Kebangsaan Lobok Pusing45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan

PENGERUSI: EN. TARMIDI BIN MD SAADN. PENGERUSI 1: EN. MOHD SOBRI BIN SULAIMANSETIAUSAHA: EN. HAIDI SUFIAN BIN GOSNNONPENEYELARASSUKAN DAN PERMAINAN: EN. MUHAMMAD HAFIDZ BIN ABDUL AZIZ

AHLI JAWATANKUASA

PENGADIL FUTSALEN. FADZLAN BIN CHE PAEN. TAMZIS BIN KUSIN

PENGADIL BOLA BALINGEN. TARMIDI BIN MD SAADEN. MOHD HAFIDZ BIN ABD. AZIZ

PENGADIL BOLA JARINGCIK NOOR AFZHAN BT MOHDPN NOOR AFIDAH BT ROHMAT

KETUA HAKIM / PENGUMPUL KEPUTUSANPN. NIK ASNIDA MARINI BT ABDUL RAHMANEN. MOHD. YUSERI BIN MANAF

HADIAHPN. SITI NOR SHARMILA BTE HUSINPN SITI NORMAH BT MOHAMAD

PERTOLONGAN CEMAS

PN SITI HABSAH BT AHMAD SUFFIAN

ANGGARAN PERBELANJAANHADIAH PERTANDINGAN

FUTSALJOHAN10 orang x RM 3.50 = RM 35.00N. JOHAN10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE TIGA10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE EMPATSAGU HATI= RM 30.00JUMLAH= RM 125.00

BOLA BALING LELAKIJOHAN10 orang x RM 3.50 = RM 35.00N. JOHAN10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE TIGA10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE EMPATSAGU HATI= RM 30.00JUMLAH= RM 125.00

BOLA BALING PEREMPUANJOHAN10 orang x RM 3.50 = RM 35.00N. JOHAN10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE TIGA10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE EMPATSAGU HATI= RM 30.00JUMLAH= RM 125.00

BOLA JARING

JOHAN10 orang x RM 3.50 = RM 35.00N. JOHAN10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE TIGA10 orang x RM 3.00 = RM 30.00KE EMPATSAGU HATI= RM 30.00JUMLAH= RM 125.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 500.00

JADUAL PERLAWANAN FUTSAL

HARI :RABU (10.10. 2012)MASA:4.30-6.00 PETANGTEMPAT:PADANG SKLP

BIRU LAWAN MERAH HIJAU LAWAN KUNING PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE 3 DAN KE 4 PERLAWANAN PENENTUAN JOHAN DAN N.JOHAN

JADUAL PERLAWANAN BOLA JARING

HARI :RABU (10.10 2012)MASA:4.30-6.00 PETANGTEMPAT:PADANG SKLP

BIRU LAWAN MERAH HIJAU LAWAN KUNING PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE 3 DAN KE 4 PERLAWANAN PENENTUAN JOHAN DAN N.JOHAN

JADUAL PERLAWANAN BOLA BALING (L)

HARI :RABU (10.10. 2012)MASA:4.30-6.00 PETANGTEMPAT:PADANG SKLP

BIRU LAWAN MERAH HIJAU LAWAN KUNING PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE 3 DAN KE 4 PERLAWANAN PENENTUAN JOHAN DAN N.JOHAN

JADUAL PERLAWANAN BOLA BALING (P)

HARI :KHAMIS (1.11. 2012)MASA:4.30-6.00 PETANGTEMPAT:PADANG SKTA

BIRU LAWAN MERAH HIJAU LAWAN KUNING PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE 3 DAN KE 4 PERLAWANAN PENENTUAN JOHAN DAN N.JOHAN

PERLAWANAN PENENTUAN JOHAN DAN N.JOHAN

LAMPIRAN:GAMBAR

\

1

22