golongan saffariyyah dan kerajaan ‘abbasiyyah

16
Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah PJ1153 SEJARAH ISLAM 11-656H 2016, K-12: Ezad Azraai Jamsari, JPATI

Upload: ezad-azraai-jamsari

Post on 14-Apr-2017

319 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

Golongan Saffariyyah dan

Kerajaan ‘Abbasiyyah

PJ1153 SEJARAH ISLAM 11-656H

2016, K-12: Ezad Azraai Jamsari, JPATI

Page 2: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

OBJEKTIF KULIAH M12

Memahami sejarah

kemunculan golongan

Saffariyyah.

Mengenal pasti peranan dan

sumbangan golongan

Saffariyyah dalam sejarah

Islam.Kuliah 12 / 2

Page 3: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

GOLONGAN SAFFARIYYAH Saffariyyah: Satu kumpulan orang Parsi yang

berasal dari wilayah Sistan; pengikut Ya’qub

b. Layth al-Saffar; dihormati masyarakat.

Ya’qub ialah seorang pengusaha industri

memproses emas dan tembaga; hartawan.

Namun beliau ialah seorang yang warak dan

zahid; sederhana.

Keluarga Ya’qub dikenali Saffariyyah kerana

pekerjaan bukan kerana keturunan.

Organisasi Saffariyyah berperanan sebagai

kesatuan sekerja.

Kuliah 12 / 3

Page 4: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

GOLONGAN SAFFARIYYAH Kerajaan ‘Abbasiyyah ketika ini tidak kuat;

muncul kerajaan kecil (duwaylat).

Kuasa tentera juga tidak berpusat; menjadi

kuasa regional.

Ini menyebabkan Kerajaan ‘Abbasiyyah tidak

berdaya untuk mengatasi segala bentuk

pemberontakan dan kemunculan kerajaan lain

yang lebih gagah.

Kerajaan Tahiriyyah menguasai wilayah Parsi

bagi pihak ‘Abbasiyyah ketika ini.

Namun ia lemah berhadapan dengan Khawarij.

Kuliah 12 / 4

Page 5: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

GOLONGAN SAFFARIYYAH Bagi mengatasi kelemahan Kerajaan

Tahiriyyah berhadapan dengan Khawarij,

muncul pula kumpulan sukarelawan.

Yang paling cergas ialah Saffariyyah (Ya’qub b.

Layth) dan Kinaniyyah (Salih b. al-Nadr).

Kedua-dua kumpulan ini kemudiannya

bergabung untuk menentang Khawarij.

Kumpulan ini dikenali al-Mutawwi‘in.

Ia diketuai oleh Salih (amir) dan Ya’qub

menjadi ketua tentera.

Ini menunjukkan sikap toleransi Ya’qub.

Kuliah 12 / 5

Page 6: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

GOLONGAN SAFFARIYYAH Setelah Salih meninggal, Ya’qub ambil alih.

Al-Mutawwi‘in berjaya kecapi beberapa

kemenangan; mula masyhur di kalangan

rakyat.

Kumpulan dikenali semula sebagai Saffariyyah

dan bertukar menjadi sebuah organisasi yang

berorientasikan politik; tidak lagi sosial.

Ia bukan sahaja mahu menentang Khawarij,

tetapi turut berhasrat untuk ambil alih kuasa

daripada Tahiriyyah yang lemah.

Kepimpinan Ya’qub dialu2kan oleh rakyat.

Kuliah 12 / 6

Page 7: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

KEJAYAAN SAFFARIYYAH Ya’qub berjaya kumpulkan sokongan

penduduk Sistan dan kumpulan kecil untuk

bergabung tenaga.

Beliau berjaya lakukan kejutan besar dengan

kalahkan kumpulan utama Khawarij, pimpinan

‘Ammar b. Yasir al-Sharat.

Pushang dijadikan pusat gerakan Ya’qub.

Beliau berhasrat untuk memerintah seluruh

wilayah Parsi.

Sebahagian pengikutnya menentang kerana

tidak mahu dianggap penderhaka.

Perpecahan mula berlaku dalam kumpulan ini.Kuliah 12 / 7

Page 8: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

KEJAYAAN SAFFARIYYAH Kredibiliti dan populariti Ya’qub mula terjejas

di kalangan pengikutnya.

Ya’qub terpaksa bekerjasama dengan saki baki

kumpulan Khawarij untuk tumpaskan Kerajaan

Tahiriyyah.

Puak Khawarij mula berpindah secara besar-

besaran ke Parsi.

Gandingan Saffariyyah-Khawarij memang

ganjil; pelik tapi benar.

Ya’qub sanggup buat apa saja kerana kuasa.

Mazhab: sunni atau khariji?

Mereka berjaya menawan Herat.Kuliah 12 / 8

Page 9: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

KEJAYAAN SAFFARIYYAH Khalifah ‘Abbasiyyah mula risau kerana

Ya’qub berjaya tawan Pushang dan Herat.

Ramai pihak yang tidak bersetuju sebelum ini,

mula menyokong Ya’qub.

Apatah lagi bentuk pentadbiran yang

sederhana amat menarik perhatian mereka.

Beliau kemudiannya berjaya tawan wilayah

Kirman dan Fars.

Khalifah al-Mu’taz cuba melagakan antara

Tahiriyyah dan Saffariyyah.

Berlaku pula tawar menawar antara Khalifah

dengan Ya’qub.

Kuliah 12 / 9

Page 10: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

KEJAYAAN SAFFARIYYAH Malah Ya’qub bersetuju untuk bayar ufti 15

ribu dirham kepada ‘Abbasiyyah, tidak

termasuk hadiah dan barangan berharga lain.

Khalifah tetap curiga dan Ya’qub terus

perluaskan wilayahnya dengan menawan

Shiraz.

259H/872M: Ya’qub berjaya tawan Khurasan

daripada kuasa Tahiriyyah.

Ya’qub pun menukar polisi perluasan wilayah

dan cuba jalinkan hubungan baik dengan

Khalifah ‘Abbasiyyah selepas mengalami

persitiwa gempa bumi yang kuat.

Kuliah 12 / 10

Page 11: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

262H/875M: Ya’qub pohon pengiktirafan

‘Abbasiyyah sebagai pemerintah sah bagi

Khurasan (Parsi),menggantikan Tahiriyyah.

Khalifah ambil sikap tarik tali; lantik Ya’qub

sebagai gabenor Kirman dan Fars.

Ya’qub terus yakinkan Khalifah bahawa

beliau amat taat kepadanya; beri hadiah,

cetak wang emas guna nama Khalifah, sebut

nama Khalifah dalam khutbah Jumaat.

Khalifah tetap waspada; tawarkan jawatan

Ketua Polis Baghdad.

Ya’qub mula rasa tertipu dan bertindak.

PENGIKTIRAFAN

Kuliah 12 / 11

Page 12: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

Ya’qub putuskan hubungan diplomatik

dengan ‘Abbasiyyah.

Ufti dan kiriman cukai dihentikan.

Beliau isytiharkan dirinya sebagai Amir al-

Mu’minin dan berhasrat untuk tawan kota

Baghdad.

Ketika ini, Khawarij mula sedar mereka

dipermain dan dipergunakan Ya’qub.

Mereka tarik diri daripada menyokong

hasrat Ya’qub menawan Baghdad.

Ya’qub mula bebaskan tawanan penjara dan

latih mereka sebagai tentera Saffariyyah.

PENGIKTIRAFAN

Kuliah 12 / 12

Page 13: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

Tindakan nekad Ya’qub ini menggemparkan

‘Abbasiyyah.

Khalifah bersetuju serahkan Khurasan

kepada Ya’qub, malah turut lantik beliau

sebagai Ketua Polis Baghdad.

Akan tetapi, tawaran sudah terlambat dan

tentera Ya’qub sudah menghampiri kota

Baghdad.

Khalifah turut bersiap sedia untuk

berperang.

Perang meletus antara ‘Abbasiyyah dan

tentera Saffariyyah; survival.

PENGIKTIRAFAN

Kuliah 12 / 13

Page 14: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

Tentera Ya’qub tewas dan beliau mula

mengganas dalam perjalanan pulang dari

Baghdad ke Parsi.

Beliau akhirnya menjadi tidal stabil; mental

dan fizikal.

Beliau serahkan kepimpinan kepada

adiknya, ‘Amr b. Layth.

Hubungan Saffariyyah-‘Abbasiyyah mula

pulih.

Beliau akhirnya dilantik sebagai Gabenor

bagi seluruh wilayah Parsi.

Muncul pula kuasa Samaniyyah.

KEJATUHAN SAFFARIYYAH

Kuliah 12 / 14

Page 15: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

Hubungan Saffariyyah dengan Baghdad mula

keruh semula apabila ‘Abbasiyyah

mengiktiraf kewujudan Samaniyyah.

Khalifah lantik Saman Khuda sebagai

gabenor Transoxiana (Wara’ al-Nahr).

Permusuhan Saffariyyah dan Samaniyyah

mula memuncak.

Peperangan meletus; Samaniyyah mula

berkuasa; Saffariyyah mula hancur.

Khalifah beri sokongan kepada Samaniyyah.

295H: Saffariyyah dikalahkan Samaniyyah.

Namun Saffariyyah terus beri khidmat.

KEJATUHAN SAFFARIYYAH

Kuliah 12 / 15

Page 16: Golongan Saffariyyah dan Kerajaan ‘Abbasiyyah

Asal perjuangan Saffariyyah begitu murni,

tetapi kerana kuasa, ia kemudian hancur.

Golongan Saffariyyah merupakan keluarga

kaya yang dihormati ramai.

Berjaya kuasai Parsi secara kekerasan.

Tidak mendapat sokongan mutlak

‘Abbasiyyah.

Saffariyyah berjaya tewaskan Tahiriyyah,

tapi ditewaskan pula oleh Samaniyyah.

Mereka pernah bergabung dengan Khawarij

untuk menyerang Baghdad.

RUMUSAN

Kuliah 12 / 16