governans untuk geopark: langkawi geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · governans...

16
Akademika 80 (Disember) 2010: 39-54 Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan Governance for Geopark: Langkawi Geopark as a Showcase HALIMATON SAADIAH HASHIM, RAHIMAH ABDUL AZIZ, SARAH AZIZ ABDUL GHANI AZIZ & CHAN KIM LING @ GERALDINE ABSTRAK Kepulauan Langkawi telah melalui banyak perubahan sosio-ekonomi dan kaedah pengurusan sejak kepulauan tersebut berkembang daripada sebagai ‘Pulau Lagenda Mahsuri’ dan ‘Langkawi 99 Magical Islands’ kepada ‘Langkawi Pulau Bebas Cukai’ (1987) dan ‘Langkawi Bandaraya Pelancongan’ (1990). Pengiktirafan sebagai ‘Langkawi Geopark’ (2007) telah melonjakkannya ke persada antarabangsa. Soalan utama ialah adakah sistem pengurusan Langkawi semasa memenuhi keperluan untuk melaksanakan konsep geopark dengan berkesan? Adakah sistem governans semasa masih relevan dan apakah perubahan yang diperlukan? Apakah sistem governans yang diperlukan Langkawi Geopark ke arah pembangunan lestari? Makalah ini membincangkan pembentukan sistem governans untuk Langkawi Geopark yang mempunyai ciri-ciri utama pemuliharaan (warisan geologi, biologi dan budaya); pembangunan dan penyediaan infrastruktur pelancongan (hotel/resort pelancongan, pendidikan, pameran, rekreasi dan kesedaran awam); dan pembangunan sosio-ekonomi (aktiviti ekonomi, penyertaan komuniti tempatan dan peluang-peluang baru). Pembentukan sistem pengurusan dan governans geopark memerlukan pemahaman mengenai konsep geopark, warisan dan pemuliharaan warisan, governans dan governans untuk pembangunan lestari, pengurusan transisi dan elemen penting dalam sistem pengurusan semasa. Konsep yang diinginkan masih belum terbentuk. Namun, pada amnya amalan semasa boleh diteruskan cuma perlu ditokok tambah dengan aktiviti-aktiviti peningkatan kefahaman dan kesedaran awam secara sistematik melalui program pendidikan awam yang komprehensif; program perundingan yang lebih banyak dan pembuatan keputusan bersama oleh pihak berkepentingan. Kata kunci: Geopark, warisan, governans, pembangunan lestari, pengurusan transisi ABSTRACT Langkawi Islands have gone through many changes since it changed status from being ‘Mahsuri Legendary Island’ and ‘Langkawi 99 Magical Islands’ to ‘Langkawi Tax Free Island’ (1987) to ‘Langkawi Tourism City’ (2000). Its recognition as ‘Langkawi Geopark (2007) has put it on an international arena. The main question is whether Langkawi’s existing management system meets the requirements to implement the geopark concept effectively? Is the current governance system still relevant and what are the neccessary changes? What is the governance system that is needed towards sustainable development? This article discusses the formulation of a governance system for Langkawi Geopark which contains the main characteristics for conservation (geological, biological and cultural heritage); development and provision of tourism infrastructure (hotels/tourist resorts, education, exhibition, recreation and public awareness); and socio-economic development (economic activities, local community participation and new opportunities). The formulation of geopark’s management and governance system requires the understanding of concepts of geopark, heritage and heritage conservation, governance and governance for sustainable development, transition management and critical elements in the current management system. The desired concept has not been formed. However, in general the current practice can continue but with systematic adapation and improvements in awareness building acitivities through public education programme, that is comprehensive, more consultative programmes, and decision-making processes that involve the stakeholders. Keywords: Geopark, heritage, governance, sustainable development, transition management PENGENALAN Langkawi merupakan satu kepulauan yang terletak di bahagian utara negeri Kedah di pantai barat Semenanjung Malaysia (Peta 1). Dari segi geografinya, Langkawi mempunyai satu pulau yang besar (Pulau Langkawi) dan di sekitarnya terdapat 103 buah pulau-pulau kecil. Namun, hanya 99 buah pulau yang sentiasa kelihatan dan yang sentiasa menjadikan Langkawi lebih dikenali sebagai Langkawi 99 Magical Islands (Peta 2).

Upload: ngolien

Post on 26-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

Akademika 80 (Disember) 2010: 39-54

Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan

Governance for Geopark: Langkawi Geopark as a Showcase

HALIMATON SAADIAH HASHIM, RAHIMAH ABDUL AZIZ, SARAH AZIZ ABDUL GHANI AZIZ &CHAN KIM LING @ GERALDINE

ABSTRAK

Kepulauan Langkawi telah melalui banyak perubahan sosio-ekonomi dan kaedah pengurusan sejak kepulauantersebut berkembang daripada sebagai ‘Pulau Lagenda Mahsuri’ dan ‘Langkawi 99 Magical Islands’ kepada‘Langkawi Pulau Bebas Cukai’ (1987) dan ‘Langkawi Bandaraya Pelancongan’ (1990). Pengiktirafan sebagai‘Langkawi Geopark’ (2007) telah melonjakkannya ke persada antarabangsa. Soalan utama ialah adakah sistempengurusan Langkawi semasa memenuhi keperluan untuk melaksanakan konsep geopark dengan berkesan? Adakahsistem governans semasa masih relevan dan apakah perubahan yang diperlukan? Apakah sistem governans yangdiperlukan Langkawi Geopark ke arah pembangunan lestari? Makalah ini membincangkan pembentukan sistemgovernans untuk Langkawi Geopark yang mempunyai ciri-ciri utama pemuliharaan (warisan geologi, biologi danbudaya); pembangunan dan penyediaan infrastruktur pelancongan (hotel/resort pelancongan, pendidikan,pameran, rekreasi dan kesedaran awam); dan pembangunan sosio-ekonomi (aktiviti ekonomi, penyertaan komunititempatan dan peluang-peluang baru). Pembentukan sistem pengurusan dan governans geopark memerlukanpemahaman mengenai konsep geopark, warisan dan pemuliharaan warisan, governans dan governans untukpembangunan lestari, pengurusan transisi dan elemen penting dalam sistem pengurusan semasa. Konsep yangdiinginkan masih belum terbentuk. Namun, pada amnya amalan semasa boleh diteruskan cuma perlu ditokoktambah dengan aktiviti-aktiviti peningkatan kefahaman dan kesedaran awam secara sistematik melalui programpendidikan awam yang komprehensif; program perundingan yang lebih banyak dan pembuatan keputusan bersamaoleh pihak berkepentingan.

Kata kunci: Geopark, warisan, governans, pembangunan lestari, pengurusan transisi

ABSTRACT

Langkawi Islands have gone through many changes since it changed status from being ‘Mahsuri Legendary Island’and ‘Langkawi 99 Magical Islands’ to ‘Langkawi Tax Free Island’ (1987) to ‘Langkawi Tourism City’ (2000). Itsrecognition as ‘Langkawi Geopark (2007) has put it on an international arena. The main question is whetherLangkawi’s existing management system meets the requirements to implement the geopark concept effectively? Is thecurrent governance system still relevant and what are the neccessary changes? What is the governance system that isneeded towards sustainable development? This article discusses the formulation of a governance system for LangkawiGeopark which contains the main characteristics for conservation (geological, biological and cultural heritage);development and provision of tourism infrastructure (hotels/tourist resorts, education, exhibition, recreation andpublic awareness); and socio-economic development (economic activities, local community participation and newopportunities). The formulation of geopark’s management and governance system requires the understanding ofconcepts of geopark, heritage and heritage conservation, governance and governance for sustainable development,transition management and critical elements in the current management system. The desired concept has not beenformed. However, in general the current practice can continue but with systematic adapation and improvements inawareness building acitivities through public education programme, that is comprehensive, more consultativeprogrammes, and decision-making processes that involve the stakeholders.

Keywords: Geopark, heritage, governance, sustainable development, transition management

PENGENALAN

Langkawi merupakan satu kepulauan yang terletak dibahagian utara negeri Kedah di pantai barat SemenanjungMalaysia (Peta 1). Dari segi geografinya, Langkawi

mempunyai satu pulau yang besar (Pulau Langkawi) dandi sekitarnya terdapat 103 buah pulau-pulau kecil. Namun,hanya 99 buah pulau yang sentiasa kelihatan dan yangsentiasa menjadikan Langkawi lebih dikenali sebagaiLangkawi 99 Magical Islands (Peta 2).

Page 2: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

40 Akademika 80

Kepulauan Langkawi kaya dengan khazanahkepelbagaian geologi dan biologi (warisan geo danwarisan bio) dan warisan sosio-budaya (warisan budaya)empat kaum utama, iaitu Melayu, China, India dan Siam.Kepulauan tersebut juga terkenal dengan sejarah, lagendadan mitos yang sangat menarik kerana dikaitkan dengannama-nama pulau dan lokasi; keunikan dan kecantikanalam semula jadi – pantai pasir yang putih serta pantaipasir hitam yang bersih dan cantik; batu-batuan yangberatusan jutaan tahun umurnya serta berbentuk unik;bukit-bukau dan gunung-ganang yang berdiri gagahdengan kebanyakannya dihiasi dengan hutan tropika darayang tua; perkampungan petani yang terletak di antarasawah padi, tanaman getah dan dusun; dan kampung-kampung nelayan yang terletak di pesisir pantai PulauLangkawi, Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting.Kebanyakan pulau tidak didiami dan hanya merupakantarikan pelancongan alam semula jadi.

Selama lebih kurang lima ratus tahun, Langkawimerupakan kawasan yang sangat mundur, tetapi dalammasa lima puluh tahun belakangan telah dikenali danpopular dalam kalangan pelancong tempatan danantarabangsa. Perubahan besar berlaku apabila Langkawimengalami anjakan pembangunan yang mendadakselepas tahun 1987, iaitu setelah diiktiraf sebagaiLangkawi Pulau Bebas Cukai. Selepas itu bermulalahpembangunan pesat di Langkawi hingga seperti yangdilihat pada hari ini. Dengan status baru ini, Langkawitelah masuk ke persada antarabangsa. Industripelancongan dan aktiviti perniagaan telah menampakkanimpaknya ke atas pembangunan fizikal dan sosio-ekonomi. Penduduk tempatan telah mengharungiperubahan daripada kehidupan tradisi denganberpendapatan rendah kepada ekonomi separa-modenyang menjana pendapatan yang lebih lumayan.Infrastruktur dan utiliti moden menjajari Langkawi yangkemudiannya terkenal dengan pengisytiharan DeklarasiLangkawi 1989 mengenai pembangunan lestari yangditandatangani oleh ketua-ketua kerajaan negara-negaraKomanwel semasa bermesyuarat di pulau itu; LangkawiInternational Dialogue yang disertai oleh ramai pemimpinnegara-negara Selatan; dan LeTour de Langkawi yangdisertai oleh ramai pelumba basikal dari seluruh dunia.Pulau yang dahulunya telah disumpah menjadi padangjarak padang terkukur oleh Mahsuri puteri lagendaLangkawi, kini telah berubah wajah daripada hanyasebuah pulau lagenda kepada pulau pelancongan hinggadiberi label Langkawi Bandaraya Pelancongan padatahun 2000. Pulau besar Langkawi kini mempunyai hotelbertaraf empat dan lima bintang; jalan raya yang modenmerentasi pulau besar dan membawa aktiviti-aktiviti yangmampu meningkatkan ekonominya ke tahap yang hampirsama dengan tahap ekonomi di tanah besar negeri Kedah.Namun, Langkawi tidak terlepas daripada impak negatifpembangunan yang pesat yang berlaku secara mendadak– hasil pembangunan yang ‘ad hoc’; terdapat alam sekitaryang rosak dan tercemar; pengurusan sisa pepejal yang

kurang berkesan; infrastruktur yang kurang sempurna;utiliti moden yang masih tidak sampai ke kawasan-kawasanmundur; dan masih terdapat golongan miskin danterpinggir. Sungguhpun demikian, tarikan pelancongdomestik dan antarabangsa ke destinasi alam semula jadiyang unik dan cantik masih kukuh di Langkawi.

Pada bulan Mei 2006, Langkawi sekali lagimenghadapi satu anjakan pembangunan apabilakepulauan tersebut diisytiharkan sebagai sebuah TamanGeo atau Geopark oleh Kerajaan Negeri Kedah.Pengiktirafan sebagai sebuah global geopark telahdilakukan oleh Global Geoparks Network (GGN) dandisokong oleh United Nations Educational, Scientificand Cultural Organisation (UNESCO) pada bulan Jun2007. Pengiktirafan ini telah menaikkan taraf kepulauanLangkawi sebagai sebuah global geopark yang pertamadi Malaysia dan di Asia Tenggara dan yang ke-52 di dunia.Langkawi Geopark mempunyai sumber geologi yangdiiktiraf berumur lebih 500 juta tahun iaitu semasa ZamanCambrian (Mohd Shafeea et al. 2007). Organisasi tersebutmengesahkan Langkawi Geopark sebagai kepulauan yangmempunyai batu-batuan yang tertua di Malaysia dan diantara yang tertua di Asia Tenggara dan dengan itu,mengiktirafkan khazanah warisan tabii dan budaya yangterdapat di sana.

Senario di atas menunjukkan Langkawi telah melaluibeberapa anjakan pembangunan dan telah berjayamempertahankan kekentalannya melalui pengubahsuaiandan penambahbaikan sistem pengurusan yang diperlukanuntuk menghadapi cabaran akibat perubahan. Dalam masayang sama keperluan dan permintaan pelbagai kumpulan

PETA 1. Lokasi Langkawi GeoparkSumber: http://langkawidiscovery.com/images/langkawi/

October 2009

Page 3: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41

pihak berkepentingan semakin meningkat. Selari dengankonsep geopark yang berpaksikan pemuliharaan warisangeologi, biologi dan budaya, pelancongan danpembangunan dalam pendekatan pembangunan lestari,Langkawi Geopark memerlukan sistem pengurusan dangovernans yang sesuai dan selari dengan fungsi danperanan kepulauan ini, khususnya dalam aspekpembangunan sosio-ekonomi, pemuliharaan sumber tabiidan budaya serta pembinaan komuniti lestari. Soalannyaialah adakah sistem dan amalan semasa pengurusanLangkawi memenuhi keperluan semasa dan akan datanguntuk melaksanakan konsep geopark dengan berkesan?Adakah sistem governans semasa yang diamalkan masihrelevan untuk diteruskan dan jika perlu, apakah perubahanyang diperlukan untuk melaksanakan konsep geoparkdengan berkesan? Apakah jenis sistem governans yangperlu digunakan dalam pengurusan Langkawi Geoparkke arah pembangunan lestari?

Makalah ini membincangkan beberapa penemuanhasil ‘Kajian Sistem Governans Pemuliharaan WarisanMalaysia: Kajian Kes Langkawi Geopark’, yang bertujuanmenjawab tiga soalan di atas. Kajian tersebutmenggabungkan lapan bidang ilmu, iaitu pembangunanlestari, pemuliharaan warisan, penyusunan institusi,kerangka perundangan, jalinan hubungan, penglibatankomuniti, penerimaan awam serta guna tanah danpembangunan fizikal. Kajian-kajian lain berkaitanLangkawi Geopark dan beberapa geopark global yangterpilih telah juga diteliti. Selain itu keadaan setempatdianalisis melalui temubual/perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan di peringkat kerajaan persekutuan,negeri dan tempatan serta NGO. Kaedah lain yangdigunakan dalam kajian ialah survei melalui soal selidikyang diajukan kepada anggota komuniti, pelancong,pengusaha pelancong dan peniaga tempatan selian

melakukan analisis situasi dan mendapatkan maklumbalasmelalui seminar dan mesyuarat.

Berdasarkan hasil penyelidikan, penulis telahmengenalpasti beberapa elemen yang perlu dijadikan asaspembentukan sistem governans Langkawi Geopark.Memandangkan kajian yang dilakukan ini adalahkomprehensif, kajian tersebut mampu membentuk satuacuan governans yang boleh diadaptasi bagi penggunaansemua global geopark. Pembentukan sistem governansini bermula dengan memahami beberapa konsep asas;mengenalpasti amalan semasa pengurusan dan corakgovernans semasa Langkawi Geopark; pengenalan jurangantara pelaksanaan dengan konsep; dan elemen-elemengovernans Langkawi Geopark.

PEMAHAMAN KONSEP

Pembentukan sistem pengurusan dan governans geoparkmemerlukan pemahaman mengenai konsep ‘geopark’,‘warisan’ dan ‘pemuliharaan warisan’, ‘governans’ dan‘governans untuk pembangunan lestari’ dan elemenpenting dalam sistem pengurusan semasa. Berikut adalahbeberapa penemuan awal yang berkaitan.

GEOPARK

Definisi geopark yang digunakan sebagai asas kajianialah yang dicadangkan dalam Guidelines and Criteriafor National Geoparks Seeking UNESCO’s Assistanceto Join the Global Geoparks Network (UNESCO April2010) aitu:

... A Geopark is a geographical area where geological heritagesites are part of a holistic concept of protection, education andsustainable development. The geopark should take into accountthe whole geographical setting of the region, and shall not solelyinclude sites of geological significance. The synergy betweengeodiversity, biodiversity and culture, in addition to both tangibleand non-tangible heritage are such that non-geological themesmust be highlighted as an integral part of each geopark, especiallywhen their importance in relation to landscape and geology canbe demonstrated to the visitors. For this reason, it is necessaryto also include and highlight sites of ecological, archaelogical,historical and cultural value within each geopark. In manysocieties, natural, cultural and social history are inextricablylinked and cannot be separated.

Definisi oleh UNESCO yang holistik itu menjelaskanbahawa geopark adalah satu kawasan atau wilayah dimana terdapat pemuliharaan warisan geologi, biologi danbudaya melalui pelaksanaan konsep perlindungan,pendidikan dan pembangunan lestari yang bersepadu.Penulis bersetuju dengan pandangan Ibrahim Komoo(2010), yang telah memberi kepentingan kepada kualitihidup penduduk tempatan yang tercapai melalui aktivitipemuliharaan warisan yang berkaitan dengan geoparkserta nilai-nilai murni yang dikaitkan dengan pemeliharaandan pemuliharaan warisan yang berkaitan dengan sosio-fisiko-budaya persekitaran manusia itu sendiri. Walau

PETA 2. Langkawi 99 Magical IslandsSumber: Rancangan Tempatan Daerah Langkawi 2010

Page 4: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

42 Akademika 80

bagaimanapun, penulis berpendapat bahawa penekananyang sama perlu diberikan kepada semua aspekpemuliharaan ke arah peningkatan kualiti hidup.

Kajian menunjukkan Langkawi Geopark bolehdibahagikan kepada tiga komponen utama (Shafie et al.2007), yang menyokong definisi geopark oleh GGNUNESCO. Tiga komponen yang dimaksudkan ialah:

1. Pemuliharaan (warisan geologi, kepelbagaian biologi,sosio-budaya);

2. Pembangunan dan penyediaan infrastrukturpelancongan (hotel/resort pelancongan, pendidikan,pameran, rekreasi dan kesedaran awam); dan

3. Pembangunan sosio-ekonomi (aktiviti ekonomi,penyertaan komuniti tempatan dan peluang-peluangbaru).

Perkara yang tidak dinyatakan dengan jelas dalamringkasan mengenai geopark di atas ialah konsep‘perlindungan’. Adakah ‘perlindungan’ bermaknapengawalan geopark hendaklah melalui pewartaankeseluruhan geopark atau pewartaan tapak-tapak warisanyang khusus? Adakah pewartaan diperlukan? Jawapankepada soalan ini akan dibincang kemudian. Satu soalanlagi ialah: adakah sistem governans yang dilaksanakanoleh Langkawi Geopark masa kini mematuhi syarat-syaratpengiktirafan GGN UNESCO? Jawapan kepada soalan inijuga akan dibincang kemudian.

Garis panduan dan kriteria UNESCO telahmenyenaraikan enam kriteria bagi membolehkanpengiktirafan sebagai geopark diperoleh daripada GGNUNESCO. Penulis bersetuju bahawa enam kriteria ini bolehdigunakan untuk memastikan pelaksanaan konsepgeopark yang menepati kehendak GGN. Enam kriteriayang dimaksudkan (Rajah 1) ialah: (1) saiz danperletakan geopark itu mesti jelas dari segi pentadbiranatau perundangan; (2) pengurusan geopark perlumelalui pelan pengurusan yang formal dan

mengintegrasikan penglibatan penduduk tempatan; (3)penglibatan penduduk perlu dipertingkatkan melaluipelaksanaan program pendidikan formal dan tidak formal;(4) pemuliharaan warisan mesti membawa kepadapembangunan ekonomi setempat; (5) programpemuliharaan warisan perlu melalui pemeliharaan secaraformal; dan (6) terdapat jalinan antara geopark atau pihak-pihak lain yang berkaitan dengan pelaksanaan konsepgeopark di peringkat global. Analisis telah dijalankanuntuk mengenalpasti tahap pematuhan LangkawiGeopark kepada kriteria GGN UNESCO tersebut di atasdengan menggunakan kaedah Analisis Situasi.

PEMULIHARAAN WARISAN

Perbincangan mengenai konsep geopark mentafsirkanbahawa geopark ialah mengenai pemuliharaan semuawarisan. Oleh itu konsep ‘warisan’ dan ‘pemuliharaanwarisan’ perlu difahami oleh semua pihak berkepentinganyang berkaitan dengan geopark. ‘Warisan’ meliputi semuaaspek yang manusia mahu dan perlu pelihara dan pulihara,iaitu daripada udara yang bersih sehingga kepada tarianbudaya asli dan sumber semula jadi. Warisan bolehmendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, rantau,negara, wilayah, tempatan, kejiranan mahupun di rumah.Dalam konteks ini, pengurusan warisan melibatkanpelbagai pihak berkepentingan, bergantung kepada jeniswarisan dan peringkat pengiktirafan (Peter Howard 2003).Takrifan ini perlu diterjemahkan dalam konteks Malaysiadan Langkawi.

Akta Warisan Kebangsaan (AWK) 2005 (Akta 645),yang diwartakan pada 31 Disember 2005 dandikuatkuasakan pada 1 Mac 2006 menyediakanperuntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaanWarisan Kebangsaan, warisan semula jadi, warisankebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaandi bawah air, harta karun dan bagi perkara-perkara yangberkaitan. Namun, ‘Dialog Governans dan PendidikanPemuliharaan Warisan: Istilah, Konsep dan Konteks’peringkat Kebangsaan, yang dianjurkan oleh KumpulanPenyelidikan Governans Pemuliharaan Warisan pada 28Feb 2008, telah mendapati banyak istilah, konsep dankonteks yang berkaitan dengan warisan danpemuliharaan warisan masih kurang jelas dalam kalanganpihak-pihak berkepentingan sama ada di pihak akademiamahupun dalam kalangan pihak pelaksana. WalaupunKementerian Kebudayaan, Kesenian dan WarisanMalaysia telah ditubuhkan pada 27 Mac 2004 tetapi,fungsi dan aktiviti pemuliharaan warisan telahdimasukkan dalam Senarai Bersama (Concurrent List)dalam Perlembagaan Malaysia. Dengan penglibatanserta tanggungjawab oleh Kerajaan Persekutuan danKerajaan Negeri dan pelbagai pihak berkepentinganyang berkenaan, isu governans bagi pemuliharaanwarisan masih mempunyai banyak soalan yang perlukanjawapan dan penjelasan.

RAJAH 1. Enam Garis Panduan dan Kriteria untukPengiktirafan sebagai Geopark (GGN UNESCO 2010)

Page 5: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 43

Antara isu yang dibangkitkan dalam Dialog 2008tersebut ialah:

1. Konteks, maksud dan penggunaan istilah‘pemuliharaan’, ‘warisan’ dan ‘pemuliharaan warisan’tidak jelas, mungkin disebabkan penggunaan dantanggapan yang berbeza;

2. Kepentingan ‘pemuliharaan’ dan ‘warisan’ serta‘pemuliharaan warisan’ berbeza-beza dan bergantungkepada peringkat pihak yang berkepentingan danpihak yang menerima manfaat;

3. Kesinambungan antara aspek pemuliharaan warisankebudayaan dan tabii tidak berapa jelas;

4. Pengaplikasian atau penterjemahan apa yangdifahamkan sebagai pemuliharaan dan warisanberbeza-beza, terutamanya dikalangan pembuatkeputusan; dan

5. Penerimaan dan tanggapan masyarakat khususnyadari segi pemahaman dan ingatan berkaitan programpemuliharaan warisan yang telah dilaksanakan olehKerajaan termasuk yang dipromosikan oleh institusitertentu seperti UKM adalah kurang jelas.

Daripada perbincangan di atas didapati bahawakejayaan sesuatu geopark bergantung juga kepadapemahaman dan penghayatan sepenuhnya konsepwarisan dan pemuliharaan warisan oleh semua pihakberkepentingan.

GOVERNANS

Pembentukan Governans Langkawi Geopark perlu memberiperhatian kepada isu dan soalan tersebut di atas dalamkalangan semua pihak berkepentingan, termasuk komunititempatan. The Commission on Global Governance, 1995(Howard 2003:3) menyatakan bahawa konsep ‘governans’adalah luas, iaitu merangkumi tindakan-tindakan kerajaandan proses-proses lain, formal dan tidak formal, yangdiambil oleh komuniti untuk membuat keputusan bagikepentingan bersama dan bagaimana hendak bertindaksecara berkumpulan dan perkongsian. Laporan yangdikeluarkan oleh United Nations Economic and SocialCouncil pada tahun 2006 (United Nations 2006), telahcuba menyenaraikan pelbagai definisi konsep, terminologi,konteks dan penggunaan terma berkaitan denganperkataan ‘governans’. Pihak United Nations di dalamlaporan yang sama menyatakan bahawa kata sepakatberkenaan definisi, penggunaan terma dan konteksgovernans masih belum dapat dicapai, kerana termagovernans ini tertakluk kepada cara dan ‘tempat’penggunaannya. Ada pihak yang memberi penjelasanterma yang lebih cenderung kepada pendekatan sosial,manakala ada yang memberi penjelasan yang terfokusdari segi penggunaan di peringkat kerajaan, dan ada pulayang membahagikannya kepada konteks untukpentadbiran dan pengurusan.

Rujukan kepustakaan menunjukkan bahawaterdapat dua ciri utama governans sama ada dalam

merangka definisi, penggunaan terma atau konteks, iaitu:(1) Perlu mengenal pasti pengguna terma dan kontekspenggunaan (user and use type); dan (2) Perlu melihatskop pemakaiannya, sama ada dari segi institusi (strukturgovernans); sistem pelaksanaan kuasa, kawalan danperintah (sistem governans) atau pelaksanaan tindakan,aktiviti atau rancangan (proses governans).

Dengan menerima dan mengambil kira isu-isu diatas, penulis memilih definisi governans yang lebihmudah oleh UNDP (1997), sebagai asas bagi pembentukandefinisi governans Langkawi Geopark, iaitu:

Governance is the exercise of economic, political andadministrative authority to manage a country’s affairs at alllevels. It comprises the mechanisms, processes and institutionsthrough which citizens and groups articulate their interests,exercise their legal rights, meet their obligations and mediatetheir differences.

Satu lagi definisi yang sangat relevan ialah olehKooiman (1993) yang memahami governans sebagaipenyelarasan sosial (social coordination) yang berbezadaripada mengurus (managing) yang bermaksudmenunjuk arah, memandu, mengawal masyarakat.Governans ialah bagaimana seseorang mengambiltindakan melalui pelbagai jenis interaksi (deliberasi,perundingan, self-regulation atau authoritative choice)dan bagaimana seseorang membuat keputusan.

GOVERNANS UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI

Konsep ‘pembangunan lestari’ yang diterima pakai dalampenyelidikan ini ialah yang dipelopori oleh JawatankuasaBruntdland, yang terdapat di dalam buku Our CommonFuture (WCED 1987), iaitu “... pembangunan yangmemenuhi keperluan generasi semasa tanpamengkompromikan keupayaan generasi akan datanguntuk memenuhi keperluan mereka...”. Definisi operasiyang digunapakai dalam penyelidikan ini ialahpembangunan yang memberi pertimbangan yangseimbang antara pembangunan ekonomi danpemuliharaan warisan geologi, biologi, binaan serta sosio-budaya, bagi kesejahteraan komuniti semasa dan akandatang. Ketiga-tiga konsep utama ini merupakan asaspenyelidikan ini.

Terdapat banyak inisiatif ke arah pembangunanlestari oleh pihak kerajaan, swasta dan komuniti.Terdapat juga banyak definisi dan prinsip pembangunanlestari. Namun, makna dan implikasi konsep-konsepyang dibina masih kurang jelas. Walau bagaimanapun,intepretasi oleh Kemp, Parto and Gibson (2005) bolehmenyediakan asas kepada governans untukpembangunan lestari. Mereka menganggap governansuntuk pembangunan lestari sebagai:

... sustainability is about protection and creation; requirements ofsustainability are multiple and interconnected; pursuit ofsustainability hinges on integration; care requirements and generalrules must be accompanied by context specific elaborations;

Page 6: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

44 Akademika 80

diversity is necessary; surprise is inevitable; transparency and publicengagement are key characteristics of decision making forsustainability; explicit rules and processes are needed for decisionsabout trade-offs and compromises; and the end is open (adaptasidaripada Kemp, Parto & Gibson 2005).

Berasaskan pemerhatian di atas, penulis bersetujudengan empat komponen governans untuk kelestarianyang telah dicadangkan oleh Kemp et al. (2005) iaitu: (1)pelaksanaan dasar-dasar bersepadu yang disertaidengan penambahbaikan interaksi antara semuainstitusi; (2) mempunyai objekif, kriteria, peraturangalang-ganti (trade-off) dan petunjuk yang dimilikibersama oleh semua pihak; (3) mempunyai maklumat daninsentif untuk pelaksanaan inovasi yang praktikal olehsemua pihak berkepentingan; dan (4) melaksanakanprogram untuk sistem inovasi dalam penyediaanperkhidmatan yang terintegrasi, contohnya inovasidalam teknologi mesti disertai dengan proses perubahanmasyarakat yang berterusan dalam institusi formal dantidak formal.

Pendekatan pengurusan transisi telah diperkenalkansebagai satu pendekatan dalam governans ke arahpembangunan lestari. Pendekatan tersebut telahdiamalkan dan menunjukkan kejayaan di Netherlandsyang terkenal dengan amalan perancangan danpengurusan strategik jangka panjang sejak 2000 (Kempet al. 2005). Terdapat banyak aspek pengurusan transisitermasuk yang terkeluar dari pendekatan-pendekatantradisi seperti memfokus kepada pihak yang berinovasi,mengamalkan objektif yang berinovasi dan radikal sertamengamalkan pendekatan penyertaan awam yang selektif.Pengurusan transisi itu sendiri adalah satu inovasi keranamenyediakan pendekatan preskriptif ke arah governanssebagai asas kepada model dasar-dasar operasi; dankerana juga menyediakan model yang normatif denganmenerima pembangunan lestari sebagai matlamat jangkapanjang. Dalam pendekatan ini juga, penyelidikanberbentuk multi-disiplin dan berorientasikan amalan ataupraktis adalah elemen-elemen utama.

Dalam pengurusan transisi, perubahan sistemmasyarakat dianggap sebagai satu kes sistem yangdinamik, di mana sistem yang dinamik diubahsuaimengikut keadaan perubahan dalaman dan luaran. Dalamsistem masyarakat, perubahan struktur biasanya adalahhasil tindakan individu yang disebabkan oleh keadaanperubahan masyarakat. Konsep pengurusan transisi akancuba menghuraikan corak interaksi antara individu,organisasi, jaringan dan regim dalam konteks masyarakatdan bagaimana dalam tempoh sesuatu masa, interaksi iniakan membawa kepada perubahan nonlinear dalam regimyang kukuh.

Konsep pengurusan transisi yang diringkaskan diatas adalah relevan untuk dilaksanakan di LangkawiGeopark yang bermatlamatkan pembangunan lestari.

AMALAN SEMASA PENGURUSAN LANGKAWIGEOPARK

Dari segi pentadbiran, Langkawi terletak dalam kawasanpentadbiran Daerah Langkawi. Pada masa yang samaLangkawi diwujudkan di bawah Perlembagaan NegeriKedah yang diketuai oleh Pegawai Daerah Langkawi danjuga berada dalam kawasan Pihak Berkuasa TempatanMajlis Perbandaran Langkawi, yang diketuai oleh YangDi Pertua Majlis Perbandaran Langkawi. Kedua-dua entitiini ditubuhkan di bawah Perlembagaan Kerajaan NegeriKedah Darul Aman, yang diketuai oleh Menteri BesarKedah yang juga menjadi Pengerusi Majlis MesyuaratKerajaan Negeri Kedah (Kedah State EXCO).

Langkawi ditadbir dan diurus oleh banyak institusikerajaan yang bertanggungjawab terhadap bidang-bidangtertentu. Bagi hal-hal yang disenaraikan dalam SenaraiPersekutuan Perlembagaan Malaysia, agensi-agensikerajaan persekutuan bertanggungjawab secara langsungdan tidak langsung. Hal-hal dalam Senarai Persekutuanialah pertahanan, kewarganegaraan, mata wang,perundangan kriminal, kewangan dan komunikasi. Agensi-agensi di peringkat negeri yang diketuai oleh pegawai-pegawai perlantikan kerajaan persekutuan melalui jabatan-jabatan persekutuan mentadbir dan mengurus hal-halyang disenaraikan dalam Senarai Bersama iaitukeselamatan daripada kebakaran, warisan, taman negara,sukan dan perumahan. Bagi yang tersenarai dalamSenarai Negeri pula, agensi-agensi kerajaan negeribertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan untukorang Muslim, tanah, perhutanan, mahkamah syariah,perlombongan dan perpustakaan (PerlembagaanMalaysia). Di peringkat tempatan Majlis PerbandaranLangkawi ditubuhkan dibawah Akta Kerajaan Tempatan1976 (Akta 171) dan Lembaga Pembangunan Langkawiatau LADA beroperasi di bawah Akta LembagaPembangunan Langkawi 1990 (Akta 423). Pemuliharaanwarisan iaitu persoalan utama dalam makalah ini terletakdalam Senarai Bersama Perlembagaan Malaysia, dibawahperuntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK) (Akta645 Malaysia), yang diwartakan pada 31 Disember 2005dan dikuatkuasakan pada 1 Mac 2006.

Kesimpulan daripada gambaran di atas ialahLangkawi telah mempunyai statut dan perundangan yangmenjadi asas kepada tindakan tindakan yang diambil.Prosedur pentadbiran juga dipandu oleh banyak sistemdan peraturan yang telah dilaksanakan seperti SistemPengurusan Menyeluruh, MS ISO 2000 dan banyak lagi.Soalan yang penulis ingin mencari jawapan ialah apakahstruktur governans dalam konteks semasa LangkawiGeopark (LG)? Beberapa penemuan awal telah diperolehi.

GOVERNANS LANGKAWI GEOPARK

Secara konseptual, governans Langkawi Geopark merujukkepada penyusunan sistematik yang formal dan tidakformal untuk mentadbir urus penggunaan dan

Page 7: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 45

pemuliharaan sumber warisan untuk pembangunannya.Setiap struktur mempunyai fungsi dan bidangtanggungjawab yang tersendiri. Contoh-contoh khususstruktur formal dalam konteks Langkawi Geopark ialahundang-undang, dasar, rancangan pembangunan danstruktur organisasi (iaitu struktur pentadbiran danpengurusan seperti carta organisasi dan jabatan-jabatanyang berkaitan). Contoh akta-akta (selain daripada yangtelah dihuraikan di atas) ialah Akta Pemuliharaan Tanah1960, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, NationalLand Code 1965, Protected Areas and Places Act 1959,Land Acquisition Act 1960, Evidence Act 1950, PenalCode 1997, Emblems and Names (Prevention of Improperuse) Act 1963, Control of Paddy and Rice Act 1994,Customs Act 1967, Fees Act 1951 dan Street, Drainageand Building Act 1974. Akta-akta lain ialah Free ZonesAct 1990, Tourism Industry Act 1992, Waters Act 1920,Protection of Wildlife Act 1972, Mineral DevelopmentAct 1994, Geological Survey Act 1974, MalaysianTourism Promotion Board Act 1992, GeographicalIndications Act 2000, Environmental Quality Act 1974,Consumer Protection Act 1999, Bills of Sale Act 1982,Akta Taman Negara 1980, Animals Ordinance 1953,Fisheries Act 1985, Drainage Works Act 1954,Explosives Act 1957, Irrigation Areas Act 1953, PlantQuarantine Act 1976, Poisons Act 1952, Pesticides Act1974, Education Act 1996, Deposit of Library MaterialAct 1986, dan sebagainya. Selain daripada akta-akta yangdisebut di atas, struktur yang berkaitan denganpembangunan Langkawi secara keseluruhannya termasukRancangan Tempatan Daerah Langkawi (Langkawi LocalPlan) (2001-2015), Rancangan Struktur Negeri Kedah(2000-2020), Rancangan Malaysia ke 9, RancanganMalaysia ke 10, polisi-polisi dan undang-undang yangberkaitan dengan penggunaan tanah (land use), dandasar-dasar dan perundangan berkenaan perniagaan danpembangunan ekonomi di Langkawi.

Walaupun akta-akta yang dinyatakan di atasdiwujudkan dalam konteks pembangunan Malaysia(termasuk Kedah dan Langkawi), namun secara umumnya,akta-akta ini dapat dikaitkan secara langsung dan tidaklangsung dengan kriteria pembangunan sebuah geoparkyang telah ditetapkan oleh pihak UNESCO, iaitu saiz dansetting (isu-isu delineation, demarcation dangazettement); struktur pengurusan (tentang ruang lingkupdan bidang tanggungjawab); pelan pengurusan; alat-alatsokongan untuk pendidikan; penentuan hal-hal dan cara-cara perlindungan dan pemuliharaan; tapak geowarisan(areas and outcrops); rejim perundangan; trade andcollection control dan kawasan-kawasan perlanconganyang dikawal.

Contoh struktur pengurusan organisasi pula bolehkelihatan dalam organisasi Kerajaan Persekutuan, Negeridan Tempatan; organisasi komuniti; organisasi NGO danorganisasi sekolah. Secara khususnya, strukturorganisasi adalah berkenaan dengan proses pembuatankeputusan, pembahagian dan pengkhususan tugas dan

tanggungjawab, ganjaran dan manfaat, dan pengagihandan penggunaan kuasa dan kawalan (Hall 2005). Dalamsesebuah organisasi ataupun mana-mana sistemgovernans, struktur membentuk lapisan yang berbeza-beza, contohnya lapisan tentang pembahagian danpengkhususan kerja, lapisan pengagihan danpenggunaan kuasa dan kawalan (hierarki kuasa), lapisansistem ganjaran dan sebagainya. Di samping itu, lapisan-lapisan itu boleh bertindan lapis memandangkan pihak(atau individu) yang sama boleh berada di lapisan dandalam jabatan yang berbeza-beza dengan setiap lapisandan jabatan juga saling berkaitan antara satu sama lainkerana berada dalam konteks organisasi atau sistemgovernans yang sama serta mempunyai matlamat utamayang sama. Peranan, fungsi dan tanggungjawab setiappihak berkepentingan dalam setiap lapisan struktur jelasdikenalpasti. Di samping itu, struktur tersebut secarakeseluruhannya boleh dikategorikan sebagai strukturpolitik, struktur kerja, struktur ekonomi dan struktur sosialyang formal.

Struktur juga boleh berkenaan dengan struktur kerjadan tanggungjawab yang diwujudkan, secara ad hocataupun tidak, untuk membincang dan melaksanakansesuatu praktis bagi pembangunan geopark danLangkawi, sebagai contoh sesuatu projek atau aktivititentang pemuliharaan warisan atau alam persekitaran ataukempen kesedaran awam tentang geopark. Struktursebegini juga berkaitan dengan proses pembuatankeputusan, pembahagian dan pengkhususan tugas dantanggungjawab, ganjaran dan manfaat, dan pengagihandan penggunaan kuasa dan kawalan. Peranan, fungsi dantanggungjawab setiap pihak berkepentingan dalam setiaplapisan dalam struktur tersebut juga jelas dikenalpasti.

Bagi struktur organisasi komuniti pula, contohnyaadalah seperti struktur formal pentadbiran yang berkaitandengan pembahagian dan pengkhususan kerja dantanggungjawab, pembuatan keputusan, dan pengagihandan penggunaan kuasa dan kawalan. Struktur itu terdapatdalam organisasi komuniti seperti Kumpulan PengurusanSumber Perikanan (KPSP) (nama lama Kumpulan EkonomiNelayan (KEN)) di Kilim dan Pantai Tengah, KumpulanEkonomi Wanita (KEW) di Kuala Triang, persatuan-persatuan kampung dan Kelab Geopark di SMK TunkuPutra Langkawi. Anggota komuniti juga bolehmewujudkan struktur kerja dan tanggungjawab untukmelaksanakan sesuatu projek tentang pemuliharaanwarisan di kampung atau kawasan mereka, contohnyaprojek Inap Desa (Homestay). Anggota komuniti bolehbekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan yanglain seperti KEMAS atau LADA atau Pelancongan Malaysia.Berbanding dengan struktur governans formal, strukturgovernans yang tidak formal biasanya bersifat ‘sosial’,iaitu berbentuk hubungan sosial dan interaksi sosial dalamkalangan pihak-pihak berkepentingan. Contoh terbaikialah struktur hubungan sosial (jaringan sosial) berbentukpersahabatan atau kekeluargaan yang terjalin dalamkalangan aktor atau pihak berkepentingan seperti di antara

Page 8: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

46 Akademika 80

anggota komuniti kampung ataupun pihak-pihakberkepentingan yang lain.

Dalam makalah ini, ‘fungsi’ bermaksud fungsi umumyang dimainkan oleh setiap pihak berkepentingan untukpembangunan Langkawi secara keseluruhannya. Selainitu, ‘fungsi’ juga bermaksud fungsi setiap pihakberkepentingan dalam struktur organisasi atau strukurkerja dan tanggungjawab sesuatu projek atau praktisyang lain melalui jawatan atau peranan yang telahdiamanahkan kepada mereka. Maka, secara konseptualnyaboleh dikatakan terdapat hubungkait yang rapat antaraelemen ‘struktur’ dan elemen ‘fungsi’ dalam sistemgovernans Langkawi Geopark. Dalam makalah ini fungsiumum beberapa agensi awam sahaja yang akan dihuraikan.

FUNGSI UMUM BEBERAPA AGENSI AWAM

Secara amnya untuk pembangunan Langkawi, LADAsebagai aktor dan pihak yang berkepentingan yang utamamemainkan fungsi-fungsi umum yang telah digariskandalam misi dan visi mereka. Visi LADA ialah “... menjadiagensi terunggul dalam pembangunan Pulau Langkawidari aspek pembangunan fizikal, infrastruktur danpelancongan...” (LADA 2008: 1). Manakala misinya ialah“... membangunkan Pulau Langkawi secara tersusun danterarah agar menjadi destinasi pelancongan terungguluntuk memberi faedah maksimum kepadapenduduknya...” (LADA 2008: 1). Bersesuaian dengan visidan misinya, LADA menjadikan pelaksanaan danpengurusan projek pembangunan sebagai perkhidmatanterasnya (LADA 2008: 1).

Kerajaan Persekutuan melalui Akta 423 telah memberimandat dan kepercayaan kepada LADA untukmelaksanakan aktiviti pembangunan yang selaras denganstrategi dan dasar LADA, iaitu aktiviti-aktiviti berbentukpelancongan, komersial atau industri (LADA 2008: 6). LADAjuga dikehendaki bekerjasama dengan pihak ketiga dalamaktiviti-aktiviti yang dijalankan olehnya, dan jugamenghulurkan pertolongan, bantuan kewangan atauseumpamanya kepada pihak ketiga yang dapatmelaksanakan aktiviti-aktiviti pelancongan, komersialatau industri (LADA 2008: 6).

Semenjak Langkawi diiktiraf sebagai sebuah globalgeopark pada tahun 2007, LADA telah menubuhkan satustruktur pentadbiran dan pengurusan khas (juga strukturkerja dan tanggungjawab) dalam organisasinya untukmenguruskan geopark. Struktur itu bernama BahagianGeopark, bertujuan mengendalikan segala urusanberkaitan dengan Langkawi Geopark, khususnyapengurusan warisan geologi, budaya dan biodiversitiyang dapat memberi identiti baru kepada Langkawi sebagaidestinasi pelancongan eko, geo dan budaya yang terbarudi rantau Asia Tenggara dan mampu menarik lebih ramaipelancong ke pulau ini (LADA 2007: 44). Mengikut LADA,pengurusan Langkawi sebagai geopark melalui BahagianGeoparknya meliputi 3 komponen, iaitu pemuliharaan

warisan bernilai dalam geopark, pembangunanpelancongan dan pembangunan sosio-ekonomi(menggalakkan penyertaan anggota masyarakat dalamgeopark termasuk perniagaan dan kebudayaan) (LADA2007: 45). Fungsi-fungsi khusus Bahagian Geoparkadalah seperti yang tertulis dalam Laporan Tahunan 2007iaitu (LADA 2007: 45):

1. Merancang dan melaksanakan polisi bahagian mengenaisumber tenaga manusia, kewangan, pentadbiran, perancanganpembangunan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal LangkawiGeopark;

2. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan analisis komposisibatuan dan sumber-sumber yang berkaitan dengan geologidan mendokumentasikannya sebagai maklumat untuk tarikanpelancong;

3. Melaksanakan tanggungjawab dari segi aktiviti pembangunanekonomi dengan program-program latihan dan khidmatnasihat kepada masyarakat bertujuan untuk meningkatkantaraf hidup penduduk tempatan supaya mereka mendapatmanfaat dan faedah dari penubuhan Langkawi Geopark;

4. Menyampaikan maklumat dan penerangan berkenaanLangkawi Geopark kepada masyarakat umum tentangkepentingannya;

5. Memastikan infrastruktur geosite di tahap kelas pertamadengan menjalankan pemantauan kebersihan danpenyelenggaraaan di tahap maksimum; dan

6. Menyelaraskan aktiviti kesedaran kepentingan hutan dansistem ekologi dengan agensi lain yang berkaitan di sampingmelindungi keaslian hutan dan tumbuhan yang mempunyainilai warisan dari sebarang kemusnahan.

Berbanding dengan LADA, visi Majlis PerbandaranLangkawi seperti yang dinyatakan dalam laman webnyapula ialah ... “menjadikan Pulau Langkawi sebagaidestinasi pelancongan bertaraf dunia...”, dan misinya ialah... “menjadikan Majlis Perbandaran Langkawi BandarayaPelancongan sebagai sebuah organisasi penguasatempatan yang cekap dan berwibawa ke arahpembentukan sebuah masyarakat Bandar yang progresifdan dinamik di samping mengekalkan keindahan alamsemulajadi yang menjadi tarikan utama pelancong dalamdan luar Negara...” (http://www.mplbp.gov.my/web/guest/home 14 Oktober 2009). Fungsi-fungsi umumnyauntuk pembangunan Langkawi adalah seperti tersenaraidi bawah:

1. Melipatgandakan usaha-usaha menambah danmempelbagaikan punca hasil dalam usaha mengurangkanpergantungan ke atas hasil cukai taksiran;

2. Mempertingkatkan kemahiran dan kecekapan perkhidmatanperbandaran selaras dengan kehendak, citarasa dan keselesaanpenduduk;

3. Mempertingkatkan pengindahan kawasan dan kawalankebersihan serta kesihatan;

4. Menggalakkan pembangunan fizikal selaras dengan polisiperancangan negeri mengikut keutamaan yang ditetapkan;

5. Menambah pemilikan tanah-tanah kerajaan dalam kawasanBandar Langkawi untuk dibangunkan sebagai projek komersil/pelaburan hartanah;

6. Mengkaji semula kadar sewaan gerai-gerai yang telahdinaiktaraf di samping meningkatkan operasi tunggakan sewakedai;

7. Menambah dan memperhebatkan lagi kempen-kempenkebersihan, kursus-kursus dan gotong-royong di kalangan parapeniaga dan penduduk setempat;

Page 9: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 47

8. Menambah dan meningkatkan kemahiran dan kecekapankakitangan Majlis melalui pelbagai kursus dan seminar-seminardalaman mahupun luaran;

9. Menyelenggara dan membaikpulih secara menyeluruhkemudahan awam sedia ada seperti tandas awam, tamanpermainan dan sebagainya.

Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pula mempunyaimisi untuk membangunkan Langkawi dan meningkatkantaraf hidup penduduknya melalui pengurusan projek-projek kecil luar bandar (http://www.kedah.gov.my).Fungsi umumnya di Langkawi ialah:

1. Menjadi nadi penggerak kepada kemajuan serta pembangunanLangkawi terutamanya dalam pengurusan projek-projek kecilluar bandar;

2. Menyelaraskan informasi atau aduan daripada pihak bawahan(pelanggan) untuk dikemukakan kepada pihak atasan;

3. Merancang aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembangunandi luar bandar khususnya melalui projek-projek;

4. Memastikan prasarana atau infrastruktur yang sedia adaberupaya memberi kemudahan kepada penduduk Langkawi;

5. Membaiki taraf hidup penduduk Langkawi khususnya orangmiskin dan anak-anak yatim;

6. Menjadi badan penyelaras atau protokol untuk acara lawatanyang melibatkan menteri, raja, kedutaan asing dan sebagainya;

7. Mengumpul data-data kemasukan pelancong ke Langkawipada tiap-tiap bulan dan dihantar kepada Unit PerancangEkonomi Negeri, Pejabat YAB Menteri Besar Kedah danagensi-agensi lain; dan akhirnya,

8. Membuat kutipan hasil daripada pemilik pusat hiburan yangberupa cukai hiburan dan pembayaran lesen.

(http://www.kedah.gov.my/infojabatan/mainfile/home5.asp?kodjab=133012&namajabatan=pdl&homepage=home5 14 Oktober 2009)

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah menggariskanvisinya sebagai ‘mendapat pengiktirafan sebagai sebuahagensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secaraberkekalan’ (http://kedforestry.cjb.net/ - 29 Oktober 2009).Seperti juga agensi awam yang lain, misi jabatan ini ialahuntuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secaraberkekalan dan memaksimakan sumbangannya kepadapembangunan sosio-ekonomi negara (http://kedforestry.cjb.net/ - 29 Oktober 2009). Terdapat beberapafungsi umum yang dimainkannya dalam konteks NegeriKedah dan Langkawi. Antara fungsi umumnya ialah (1)mengendalikan aspek pentadbiran, perkhidmatan dankewangan; (2) mengendalikan aspek kutipan hasil yangmeliputi premium, royalti, ses pembangunan hutan dancaj-caj lain; (3) menjalankan operasi pelesenanpengusahasilan hutan dan industri berasas kayu, kawalanpengusahasilan hutan dan operasi industri berasas kayuserta penguatkuasaan undang-undang perhutanan; (4)merancang dan melaksanakan projek-projek pengurusandan pembangunan sumber hutan termasuk aktiviti-aktivitiyang berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaanhutan serta latihan dan pengembangan perhutanan (http://kedforestry.cjb.net/ 29 Oktober 2009).

Bagi Pejabat Kebajikan Masyarakat atau KEMAS,visinya ialah mewujudkan masyarakat sejahtera danpenyayang sementara misinya ialah membangunkanmasyarakat ke arah kesejahteraan (http://kedah.gov.my/

jkmnkedah/ 29 Oktober 2009). KEMAS menggariskanobjektif utamanya, iaitu memberi perlindungan pemulihankepada kumpulan sasar Jabatan; membangunkan anggotamasyarakat dan komuniti supaya mereka berubah sikapdan meningkatkan keupayaan mereka untuk berdikari;mewujudkan anggota masyarakat dan komuniti yangberbudaya penyayang, dan meningkatkan kesejahteraanmasyarakat dan komuniti melalui perkhidmatan kebajikandan pembangunan sosial yang profesional danperkongsian tanggungjawab yang strategik (http://kedah.gov.my/jkmnkedah/ - 29 Oktober 2009).

Visi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah ialahmewujudkan pentadbiran tanah sebagai sebuah jabatanyang cekap dan unggul. Misinya pula ialah mengurus,dan mengawal sumber tanah bagi mencapai pembangunanyang seimbang dari segi ekonomi, sosial dan fizikal (http:// www.ptgkedah.gov.my - 29 Oktober 2009). Antaraobjektif umum organisasi ini ialah menjadi penasihatkepada pihak berkuasa negeri dalam segala aspekpentadbiran tanah mengikut peruntukan undang-undang;membantu pihak berkuasa dalam hal menentukan dasartanah dan galian negeri selaras dengan kehendak dasar-dasar kerajaan; memimpin, menyelaras dan mengawasiaktiviti pejabat-pejabat tanah di seluruh negeri supayatugas yang dijalankan mengikut undang-undang yangditetapkan; menentukan hasil tanah dan galian dipungutdengan cara yang berkesan dan memuaskan yangmerupakan pendapatan kepada kerajaan negeri, danakhirnya, menentukan dan menjaga dokumen hakmilik danrekod urusan tanah yang dikemaskini serta pemilikan hartayang sah mengikut undang-undang (http://www.ptgkedah.gov.my - 29 Oktober 2009).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedahmempunyai beberapa matlamat utama dan fungsi yangberkaitan. Jabatan ini berperanan utama dalam menasihat,merancang dan menyelaras perancangan danpembangunan di peringkat Negeri, Pihak BerkuasaTempatan dan agensi-agensi Kerajaan berkaitanpemeliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanahmelalui perancangan bandar dan desa dan kawalanpembangunan tanah dalam negeri (http://www.jpbdkedah.gov.my/ – 29 Oktober 2009). Secaraumumnya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa NegeriKedah menjalankan fungsinya di dua peringkat, iaitu diperingkat negeri dan peringkat tempatan. Di peringkatnegeri, fungsi utama Jabatan ialah menjadi penasihatutama kepada kerajaan negeri dalam segala hal-ehwalperancangan bandar dan desa serta bertindak sebagaiurusetia kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (http://www.jpbdkedah.gov.my/ – 29 Oktober 2009). Jabatan jugabertanggungjawab dalam perumusan dan pengawalandasar-dasar gunatanah serta penyediaan pelan-pelanpembangunan untuk berbagai sektor. Di samping itu,jabatan juga memberi khidmat nasihat kepada pihakberkuasa tempatan dalam perkara-perkara yang berkaitandengan kawalan pembangunan dan penyediaan pelan-pelan susun atur. Di peringkat tempatan pula, Jabatan ini

Page 10: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

48 Akademika 80

berfungsi untuk memastikan semua unit mengendalikankerja-kerja harian bersangkutan dengan pengawalanperancangan dan projek-projek rancangan tempatan yangkecil dan pelan-pelan tatatur tempatan (http://www.jpbdkedah.gov.my/ – 29 Oktober 2009). Jabatan jugaterlibat dengan dan mengesyorkan perancangan dibandar-bandar/pekan-pekan dikawal mengikut prinsip-prinsip perancangan. Di samping itu, pemberian khidmatnasihat teknikal dalam hal kemajuan dan pembangunantanah juga merupakan satu lagi fungsi jabatan ini diperingkat tempatan.

JURANG ANTARA KONSEP, FUNGSI DAN PRAKTIS

Bahagian-bahagian sebelum ini telah menerangkanmengenai sebahagian konsep utama dan pihakberkepentingan utama dalam pengurusan LangkawiGeopark. Keberkesanan governans Langkawi memerlukanperhatian dan penglibatan penuh oleh setiap pihakberkepentingan, atau pun sekurang-kurangnya pihakyang utama. Kekerapan penglibatan dalam setiap praktisyang sama merupakan fungsi penyertaan atau pengukurtahap penyertaan. Penglibatan juga boleh dikaji dari segiproses pembuatan keputusan, bentuk pengagihan tugasdan tanggungjawab, bentuk penggunaan danpengagihan kuasa dan kawalan, bentuk dan proseskomunikasi dan interaksi yang terjalin semasa penglibatan,dan akhirnya, pelaksanaan amalan (practice). Amalan itujuga dapat memberi idea tentang struktur yang wujuddan juga fungsi yang dimainkan oleh pihakberkepentingan. Jalinan hubungan antara pihak-pihakberkepentingan juga dapat diketahui.

Terdapat banyak contoh amalan yang telah dapatdiketahui hasil kajian yang dilakukan. Antara amalanuntuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenaiLangkawi Geopark ialah aktiviti-aktiviti yang dijalankanoleh LADA dan/ dengan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dengan bantuan pihak swasta dan NGO: focusgroup discussion, dialog, forum dan mesyuarat di antarapihak-pihak berkepentingan; persidangan dan seminarperingkat tempatan dan antarabangsa; pameran tentanggeoforest park; dan lawatan-lawatan pelajar sekolah keKilim Karst Geoforest Park, Machinchang GeoforestPark dan Dayang Bunting Marble Geoforest Park.Aktiviti lain termasuk penubuhan Kelab Geopark olehSMK Tunku Putra Langkawi, aktiviti perniagaan, aktivitiperkhidmatan, aktiviti oleh operator pelancong danpengeluaran dan penjualan barangan komersialtempatan. Di samping itu, terdapat juga aktiviti-aktivitilain seperti penyebaran maklumat tentang Geoparkmelalui brosur, radio, TV, laman web, akhbar tempatan;penubuhan Pusat Informasi Geopark (GeoparkInfocentre) di Oriental Village di Machinchang GeoforestPark; papan-papan tanda dan papan maklumat tentangGeopark di sekitar Geoforest Park, hotel-hotel, restoran,tempat membeli belah; kempen kesedaran untuk pekerja

hotel (contoh di Hotel Awana), orang awam, orangkampung, orang tempatan, pelancong, para peniaga;penguatkuasaan undang-undang; pembangunan tanahdan pembekalan pekerjaan kepada rakyat tempatan(contoh di hotel-hotel, restoran, kedai, dll.).

Pada tahun 2008, LADA telah banyak berusaha giatmempromosikan geopark kepada orang ramai, pelancong,agensi awam dan industri swasta. Kegiatan promosi yangbertujuan meningkatkan pengetahuan orang ramai danagensi tentang geopark adalah termasuk penyampaianmaklumat melalui taklimat dan promosi, seminar danpersidangan, pemantauan dan penyelenggaraan danaktiviti kesedaran berkenaan dengan geopark (LADA 2008:55). Taklimat telah diberi kepada pihak agensi dan pihakswasta seperti pihak pemandu pelancong Langkawi,Lafarge Cement Sdn Bhd. Teluk Ewa Langkawi, pihakUniversiti Sains Malaysia (USM), Universiti TeknolgiMARA (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM),Program Perhimpunan Mesra Sekolah Rendah PeringkatKebangsaan Tahun 2008, Sekolah Menengah SultanAhmad Terengganu, Sekolah Kebangsaan Kampung BaruTerengganu, Politeknik Jeli Kelantan dan PerbadananPembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) (LADA 2008: 55).Selain itu, LADA juga telah mengadakan beberapa aktivitipameran tentang Geopark di dalam dan di luar Langkawi.Contoh aktiviti tersebut ialah Malaysia Airlines TravelFair, Pesta Air 2008, Larian Geopark Eco-RectourCampaign-LAGEC 08, Geopark Calling Day, PertandinganKawad Kecekapan Bomba, ‘Hot N Happenin’ Weekandin Langkawi 2008, Pameran Langkawi Geopark, Sempenasambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia, ProgramMerakyatkan seni dan budaya Laman Padi 2008, MiniKarnival Program Pelancongan Pelajar Perak 2008, ExpoJimat anjuran Imperial Eagle dan Malaysia Saving Sales2008 (LADA 2008: 56). Aktiviti pada 31 Oktober sehingga1 November 2009, yang dianjurkan oleh pihak industriswasta seperti The Frangipani Langkawi Resort & Spa,AOS Convention & Events Sdn Bhd, Asian OverlandServices Tour and Travel Sdn Bhd, Malaysia NatureSociety dan United Nations Global Compact NetworkMalaysia dengan kerjasama LADA, Tourism Malaysia,Majlis Perbandaran Langkawi, Tourism Langkawi danlain-lain ialah Green Month Campaign 2009 (brosur GreenMonth Campaign 2009). Kempen ini bertujuanmewujudkan kesedaran orang awam dan pelancongtentang peri pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaanalam sekitar kepada pembangunan Langkawi.

Pihak LADA juga bergiat dalam mengadakan banyaklawatan untuk orang awam dan agensi ke Kilim KarstGeoforest Park, Machinchang Geoforest Park dan DayangBunting Marble Geoforest Park. Antara agensi atau jabatanyang telah menikmati lawatan-lawatan tersebut ialahPerbadanan Hang Tuah Jaya, Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian danWarisan (KEKWA), BERNAMA, Universiti Utara Malaysia(UUM), TV9, Kementerian Kewangan, MATTA Exco, MajlisBandaraya Ipoh, Washington Times, Tourism Malaysia

Page 11: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 49

Sarawak, Jabatan Audit Malaysia Cawangan Melaka,Jabatan Penjara Malaysia (Penjara Wanita Kajang), MediaFamil Group, Yayasan Sultanah Bahiyah dan TravelWriters (LADA 2008: 62). Agensi-agensi awam dan swastayang lain adalah seperti UPM, Kolej Linton NegeriSembilan, Peserta kursus antarabangsa anjuran InstitutTadbiran Negara (INTAN), Perbadanan Labuan Sabah,Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR), SuruhanjayaKerjasama UNESCO Malaysia, Majlis TindakanPelancongan Langkawi, Malaysia Press Institute, PelangiBeach Resort, Sarawak Tourism Board, Maktab RendahSains Mara, Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak ForestryCorporation, Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah,Kelab Foto Kreatif UTM dan akhirnya, Kebudayaan,Kesenian dan Warisann Negeri Terengganu (LADA 2008:62). Langkawi Geopark Infocentre yang merupakan pusatpameran dan informasi maklumat tentang LangkawiGeopark ditubuhkan oleh LADA dan bertempat di OrientalVillage di Machinchang Geoforest Park. Pusat ini dibukasetiap hari untuk para pengunjung ke geoforest park itu.Jumlah pengunjung ke pusat maklumat itu telah mengalamipeningkatan daripada 31,549 orang sepanjang 2007kepada 41,133 orang pada sepanjang 2008 (LADA 2008:64). Selain itu, pihak LADA juga mempromosikan LangkawiGeopark (LGG) ke pihak antarabangsa melalui lawatan-lawatan rasmi ke Zigong Geopark Negara China dan 3rdInternational UNESCO Conference on Geopark danGlobal Geopark Fair di Osnabruck Jerman (LADA 2008:58). Pada 9-16 April 2010, LADA juga berkesempatanmempromosikan LGG secara giat melalui penglibatansecara langsung sebagai penganjur bersama 4thInternational UNESCO Conference on Geopark danGlobal Geopark Fair di hotel Awana Porto Malai,Langkawi.

Semakan serta penelitian terhadap dokumen danlaman web laman web rasmi agensi-agensi kerajaan dantemubual serta soal selidik yang melibatkan pihakberkepentingan telah membolehkan penyelidikmenterjemah dan memahami fungsi, peranan dan keperluanpihak-pihak berkepentingan dalam pembangunanLangkawi Geopark. Selain itu, mendalami tahap kefahamanmereka mengenai konsep geopark, geoforests dan geosites,kepentingan pemuliharaan warisan dan pembangunanlestari dalam Langkawi Geopark; aspirasi dan cabaran yangdihadapi mereka dalam pelaksanaan Langkawi Geopark;dan harapan serta cadangan mereka terhadap aspek-aspekyang memerlukan pelaksanaan sistem governansLangkawi Geopark yang berkesan.

Perancangan guna tanah telah diiktiraf sebagai alatpelaksanaan pembangunan lestari oleh JawatankuasaBrundtland (WCED 1987). Perancangan guna tanah jugaterkandung dalam perbahasan mengenai kelestarian diPersidangan Stockholm 1972, di Rio Summit 1992 dan diJohannesburg Summit 2002. Bab 10 Agenda 21 pula telahmengesahkan bahawa perancangan dan pengurusan gunatanah adalah perlu untuk pembangunan lestari danterkandung dalam konsep geopark. Ciri-ciri dan sumber

tabii dan budaya mesti ‘co-exist’ dalam cara yang serasidan diuruskan secara lestari. Analisis menunjukkanbahawa perancangan dan pengurusan guna tanahmerupakan alat governans yang sangat baik bagiLangkawi Geopark.

Kajian perbandingan antara konsep dan prinsipperancangan guna tanah dengan garispanduan dankriteria geopark oleh GGN UNESCO menunjukkan bahawaperancangan dan pengurusan guna tanah bolehmemenuhi kriteria dan manifestasi geopark (HalimatonSaadiah Hashim 2010). Kriteria perancangan guna tanahadalah selaras dengan kriteria geopark. Hierarki dalamsistem perancangan guna tanah di Malaysia adalahselaras dengan struktur hirarki kuasa, pentadbiran danpengurusan negara, negeri dan tempatan. Di peringkatpersekutuan, Pelan Fizikal Negara menyediakan dasar danstrategi yang perlu dipatuhi oleh kerajaan negeri Diperingkat negeri pula, Rancangan Struktur Negerimenyediakan dasar, strategi dan cadangan pembangunanfizikal yang perlu dipatuhi oleh pihak kerajaan, agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta. Bagi peringkattempatan, Kerajaan Negeri melalui JawatankuasaPerancang Negeri, meluluskan Rancangan Tempatan yangmenyediakan zoning dan garis panduan pembangunanguna tanah, pemajuan tanah, perlindungan danpemuliharaan, pemeliharaan topografi, landskap,pemeliharaan dan pemuliharaan warisan dan kawasan-kawasan estetik. Analisis menunjukkan walaupun terdapatalat yang berpotensial, tetapi ‘geopark’ telah tidakdimasukkan dalam Rancangan Struktur dan RancanganTempatan Daerah Langkawi. Hal ini kerana pertama, namaLangkawi Geopark tidak terkandung dalam perancangandi atas; hanya tiga kawasan pemuliharaan, iaituMachincang Cambrian Geoforest Park, Kilim KarstGeoforest Park dan Dayang Bunting Marble GeoforestPark yang dinyatakan dalam Rancangan Tempatan DaerahLangkawi, tetapi sejumlah 97 tapak geo (geosites) lagitidak dinyatakan dan ditunjukkan dalam rancangantersebut (Peta 3 dan Peta 4).

Penulis melihat Rancangan Struktur dan RancanganTempatan sebagai satu peluang untuk mewartakanLangkawi Geopark, walaupun secara tidak langsung, yangtelah tidak dimanfaatkan kerana Akta Perancangan Bandardan Desa 1976 membolehkan pewartaan rancangan ini.Dengan tidak memasukkan Langkawi Geopark dalam alat-alat perancangan, pihak kerajaan negeri dan MajlisPerbandaran Langkawi serta LADA telah hilang peluanguntuk membawa Langkawi Geopark ke Majlis PerancanganFizikal Negara di peringkat persekutuan (dipengerusikanoleh Perdana Menteri) dan di Jawatankuasa PerancangNegeri (dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah).

Aktiviti yang telah membawa kepada penemuan yangpaling kritikal dalam penyelidikan mengenai LangkawiGeopark ialah analisis situasi mengenai LangkawiGeopark yang telah dijalankan oleh penulis danpenyelidik lain. Maklumat asas dari analisis dokumendan temu ramah serta soal selidik pihak berkepentingan

Page 12: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

50 Akademika 80

PETA 3. Tiga Kawasan Pemuliharaan Utama di Langkawi Geopark yang Dimasukkan dalamRancangan Tempatan Daerah Langkawi

Sumber: Draf Rancangan Tempatan Langkawi 2010

PETA 4. Sembilan Puluh Tujuh Geo-Tapak (Geo-Sites) yang Perlu DipuliharaNota: Banyak lagi geo-tapak yang perlu dikenalpasti untuk pemprofailan,tetapi tidak dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Daerah Langkawi.

Page 13: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 51

yang berkaitan dengan tujuh bidang penyelidikan(penyusunan institusi, kerangka perundangan, jalinanhubungan, pemuliharaan warisan geologi, penerimaanawam dan guna tanah dan pembangunan fizikal) telahdigunakan untuk menganalisis Guidelines and Criteriafor National Geoparks seeking UNESCO’s assistance tojoin the Global Geoparks Network (UNESCO April2010). Analisis ini dijalankan untuk menilai tahapkeberkesanan LADA dan agensi-agensi berkenaan dalammelaksanakan konsep Langkawi Geopark dan tahappematuhannya kepada garis panduan oleh pihak UNESCO(lihat Rajah 2). Analisis ini telah mendapati beberapakekuatan dan kekurangan di Langkawi Geopark, namunterdapat juga beberapa peluang untuk penambahbaikan.

Penemuan terpenting hasil kajian ialah perlunyasatu Pelan Pengurusan Langkawi Geopark yangmencadangkan sistem governans serta kaedah-kaedahyang berkesan dalam pengurusan Langkawi Geopark.Pelan pengurusan ini perlu disediakan segera ataupunsekurang-kurangnya proses penyediaannya perludimulakan sebelum lawatan audit ke Langkawi Geoparkoleh pihak GGN-UNESCO pada tahun 2011. Penemuan initelah diterima baik oleh pihak LADA. Pada 26 Ogos 2010,penulis bersama LADA telah membentangkan cadanganpenyediaan Pelan Pengurusan Langkawi Geopark kepadaJawatankuasa Perancang Negeri Kedah yangdipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri BesarKedah untuk mendapat persetujuan dan kelulusan.Cadangan tersebut telah dipersetujui dan diluluskan.Dengan ini kumpulan penyelidik ini, secara usaha samadengan LADA dan Majlis Perbandaran Langkawi, akanmemulakan penyediaan pelan pengurusan berkenaandalam masa terdekat. Dan seterusnya penyelidikan fasapertama berkaitan sistem governans Langkawi Geoparkditeruskan lagi.

Pemuliharaan tiga tapak pemuliharaan utama (Peta 3)adalah sangat penting dalam Langkawi Geopark.Penyelidikan warisan geologi pula telah mengenal pastisebanyak 97 geotapak (geosites) di Langkawi dan masihbanyak lagi yang belum dikenal pasti (Peta 4). Daripadaini hanya sejumlah kecil sahaja yang telah diperincikandan profil setiap satu disediakan. Penyelidikan sokonganmengenai geo tapak perlu diteruskan oleh kumpulan

penyelidik yang berkenaan. Selaras dengan konseppembangunan lestari, adalah dijangkakan penyelidikanini akan menghasilkan satu kerangka sistem governansyang boleh menyatupadukan pemuliharaan warisangeologi, marin, biologi, budaya serta sosioekonomi dalamPelan Pengurusan Langkawi Geopark. Penemuanpenyelidikan ini mengenai jalinan hubungan antara pihakberkepentingan, penglibatan awam dalam proses membuatkeputusan, tahap kesedaran dan kefahaman awammengenai konsep Langkawi Geopark serta tahappenterjemahan serta penerapan konsep LangkawiGeopark dalam rancangan-rancangan pembangunan yangberkaitan dengan Langkawi Geopark (Rancangan FizikalNegara, Rancangan Struktur Negeri Kedah danRancangan Tempatan Daerah Langkawi) akan terusdianalisis dan apa-apa cadangan yang muncul akandisalurkan kepada pihak-pihak berkepentingan untuktujuan pelaksanaan.

Penemuan lain juga adalah kritikal bagi menambahbaik sistem governans Langkawi Geopark. Di antara yanglebih kritikal ialah keadaan kurangnya kesedaran dankefahaman mengenai konsep geopark dalam kalanganpihak-pihak berkepentingan, termasuk yang sangatpenting iaitu LADA dan Majlis Perbandaran Langkawi,iaitu dua badan yang bertanggungjawab terhadappenyelarasan pembangunan di Langkawi serta oleh pihakawam yang boleh memainkan peranan yang sangatpenting dalam pembangunan lestari. Selain itu terdapatlompang komunikasi yang memberi impak kepadarangkaian hubungan institusi. Hasil kajian juga mendapatiperlunya pendidikan dan program kesedaran dankefahaman mengenai geopark dan peranan masing-masingdisampaikan secara formal dan berterusan kepada agensikerajaan, swasta dan NGO, pelajar dan komuniti.Penyelidik juga mendapati perlunya pihak-pihak yangbertanggungjawab menyelaras dan mengurus LangkawiGeopark dikenal pasti; perlunya mengintegrasi konsepgeopark dalam rancangan-rancangan pembangunan yangberkaitan dengan Langkawi; keperluan pengiktirafanLangkawi Geopark oleh semua pihak; penyelarasan antarakerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenaipembangunan Langkawi; keperluan menjalin hubungandengan geopark lain di peringkat antarabangsa untuk

RAJAH 2. Aliran Analisis Situasi Pematuhan kepada Garis Panduan dan Kriteria UNESCO dan GGN oleh Langkawi Geopark (LG)

Situasi dan tahappematuhan

pelaksanaan konsepgeopark di bawah

naungan UNESCO &GGN dari aspek

governans oleh LG

Fungsi & peranan,isu & masalah,

aspirasi & harapanpihak berkepentingan

terhadap LG

Analisis situasipematuhan kepadaGarispanduan &

Kriteria Geopark olehGGN-UNESCO 2010

Temu bual, soalselidik &

perbincangandengan pihak

berkepentingan

Page 14: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

52 Akademika 80

menimba ilmu dan pengalaman mereka mengurusgeopark; dan pentingnya merekodkan ilmu tradisi, mitosdan sejarah dari sumber lisan sebelum bahan-bahantersebut menjadi pupus.

KERANGKA GOVERNANS LANGKAWI GEOPARK

Pada asasnya, pemuliharaan warisan tabii dan budayaLangkawi Georpark mestilah selari dengan prosespembangunan lestari. Pembangunan sosioekonomipenduduk Langkawi hendaklah diteruskan supayapenduduknya tetap menikmati faedah pembangunannegara dan negeri Kedah. Yang pentingnya ialahpeningkatan kualiti hidup penduduk Langkawi, mengikutacuan yang ditetapkan oleh penduduknya denganbantuan pihak-pihak berkepentingan.

Governans Langkawi perlu menintegrasikan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan konsep-konsep asasyang telah diterangkan di awal makalah ini. Satu takrifanyang mudah telah dibina oleh penulis iaitu, “...governans melihat aspek struktur, sistem dan prosesurus tadbir yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan,yang memberi fokus kepada kuasa, subjek, objektif/tujuan, bidang kuasa, tatacara, langkah-langkah dan skopsesuatu perundangan, institusi atau pihak-pihakberkepentingan...” (Sarah Aziz 2010). Sistem governansini perlu dibentuk dengan mengambil kira beberapaelemen yang telah dikenal pasti termasuk pemahamanistilah dan falsafah warisan dan pemeliharaan sertapemuliharaan warisan oleh semua pihak berkepentingan;penterjemahan enam garis panduan dan kriteria oleh GGNUNESCO mengenai konsep geopark sebagaimana yangtelah digariskan dalam makalah ini. Selain itu, elemen laintermasuk pemahaman sepenuhya konsep asas governans,governans baik, governans untuk pembangunan lestaridan pengurusan transisi; pemahaman sepenuhnya sistempentadbiran, pengurusan dan governans sedia adasupaya governans yang dibentuk untuk melaksanakanLangkawi Geopark dengan berkesan dapat diintegrasikandengan jayanya, tanpa mengganggu-gugat sistem-sistempengurusan dan governans yang telah berjayadilaksanakan sebelum ini.

Sistem governans Langkawi Geopark perlumengambil kira hubungan antara kerajaan dan agensi-agensi di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.Sistem tersebut juga mematuhi Perlembagaan Malaysiadan undang-undang yang menyediakan kuasa, mandatdan sekatan kepada setiap pihak di pelbagai peringkat;mematuhi peraturan-peraturan pentadbiran yang telahditerima pakai oleh agensi-agensi kerajaan; serta sistemgovernans yang telah wujud di Langkawi sebelumwujudnya Langkawi Geopark. Peranan pihak swasta, NGOdan komuniti sangat penting tetapi pihak yang memainkanperanan utama sebagai pemangkin, fasilitator danpenyelaras fungsi dan aktiviti ialah agensi-agensi kerajaandan pelaksanaan pendekatan atas ke bawah (top-down)

dan bawah ke atas (bottom up). Sistem governansLangkawi Geopark perlu mengambil kira keunikanmasyarakat majmuk Langkawi serta kepelbagaian budayadan agama yang diamalkan. Proses pemuliharaan warisanpula perlu diasimilasikan dalam proses perancangan,pelaksanaan dan pengurusan pembangunan sedia adadan di masa depan.

Kejayaan sistem governans Langkawi Geoparkmemerlukan satu faktor penyatuan (consolidating factor).Faktor ini ialah ‘Semangat Kawi,’ iaitu elemen spiritualyang mendokong prinsip perlindungan dan pemuliharaanwarisan tabii dan warisan sosiobudaya manusia. Perkataan‘kawi’ datang daripada perkataan ‘Langkawi’ danmerupakan simbol sesuatu yang teguh kerana ‘kawi’datang daripada perkataan ‘batu kawi’ yang berwarnamerah-kecoklatan, iaitu warna helang yang menjadisimbol kemegahan Langkawi Geopark. Komuniti sertapihak-pihak berkepentingan yang lain yang mempunyaisemangat ‘kawi’ ialah yang ‘berpengetahuan’ tentangfalsafah warisan tabii dan hubungan dengan warisansosiobudaya tempatan; ‘berpenghayatan,’ iaitumenghayati kepentingan melindung dan memuliharakedua-dua warisan tersebut; dan ‘beramal’, iaitumengamalkan kegiatan lestari dan mesra warisan (OngPuay Liu 2010). Ini bermakna peningkatan kesedaran dankefahaman mengenai Langkawi Geopark melalui programpendidikan awam sangat penting.

Untuk menghidupkan semangat ‘kawi’ ini, semuapihak berkepentingan perlu memahami malahan mencintaiaspek geo, bio, budaya dan hubungan antara mereka. Iniakan diikuti dengan semangat sepunya Langkawi Geoparkdan penghayatan amalan perundingan dan mendapatpersetujuan semua pihak sebelum sesuatu membuatkeputusan dan melaksanakan sesuatu. Apabila Langkawidimiliki oleh semua ‘geoparkians,’ maka semua programpemuliharaan dan pembangunan lestari yang berkaitandengannya akan menjadi lebih mudah dan lebih berkesan.

KESIMPULAN

Tiga soalan utama yang telah diutarakan di bahagian awalmakalah ini, iaitu sama ada sistem dan amalan semasapengurusan Langkawi memenuhi keperluan semasa danakan datang; adakah sistem governans semasa yangdiamalkan masih relevan untuk diteruskan; dan apakahsistem governans yang perlu digunakan dalampengurusan Langkawi Geopark ke arah pembangunanlestari. Jawapan sepenuhnya belum lagi diperoleh. Namundemikian pada amnya amalan semasa masih bolehditeruskan cuma ditambah dengan aktiviti-aktivitipeningkatan kefahaman dan kesedaran awam yangsistematik melalui program pendidikan awam yangkomprehensif. Selain itu mengadakan lebih banyakprogram perundingan dan pembuatan keputusan bersamapihak-pihak berkepentingan. Hubungan antara pihak-pihak berkepentingan di semua peringkat kerajaan dan

Page 15: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 53

pentadbiran negara perlu dipereratkan lagi supayaLangkawi menjadi milik semua. Peluang-peluang untukmengukuhkan status Langkawi perlu digunakansepenuhnya, seperti memasukkan ‘Langkawi Geopark’dalam dokumen perancangan di semua peringkat dan jugadalam program semua agensi. Sebaran mengenai Semangat‘Kawi’ perlu dipergiatkan sehingga menjadi sebati denganaspirasi penduduk Langkawi.

Penyelidikan mengenai sistem governans bagipemuliharaan warisan di Langawi Geopark yang dilakukantelah menerima sambutan baik daripada LADA, agensi-agensi pelaksana di Langkawi, pihak berkuasa negeriKedah dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.Penyelidikan ini akan diteruskan sehingga siappenyediaan Pelan Pengurusan Langkawi Geopark agarsatu sistem governans pengurusan Langkawi Geoparkdapat dihasilkan.

PENGHARGAAN

Penulis mengucapkan terima kasih kepada anggotakumpulan Governans Pemuliharaan Warisan yang lain,iaitu Ong Puay Liu (Insitut Kajian Etnik atau KITA), SharinaAbdul Halim (Institut Alam Sekitar dan Pembangunan atauLESTARI) dan Ibrahim Komoo (Institut Kajian BencanaAsia Tenggara atau SEADPRI). Selaras dengan konsepdan ciri-ciri governans, kumpulan penyelidik ini diberinama GAMAT yang bermaksud “Governance is Advisory,Management, Advocacy, Togetherness.” Penulis jugamerakamkan penghargaan kepada Universiti KebangsaanMalaysia (UKM) yang membiayai penyelidikan ini melaluigeran UKM-GUP-PLW-08-11-048.

RUJUKAN

Chan Kim Ling @ Geraldine, Sarah Aziz, Halimaton SaadiahHashim and Rahimah Aziz. 2010. Jaringan dalamGovernans untuk Langkawi Geopark. AKADEMIKA Jld.80: ____ (Keluaran Khas). Geopark Peraga PembangunanLestari Wilayah.

Halimaton Saadiah Hashim, Sarah Aziz, Rahimah Abdul Aziz,Ong Puay Liu, Chan Kim Ling @ Geraldine. 2010. LandUse Planning and Management as a Governance Tool forLangkawi Geopark. Kertas kerja dibentangkan di 4th

International Conference on Geoparks 2010, Langkawi,Malaysia.

. 2010. Governance for LangkawiGeopark: The Sustainable Land Use Management Option.Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium KebangsaanWarisan dan Pemuliharaan, anjuran Sustainable RegionalDevelopment Research Niche, di Awana Porto Malai,Langkawi, 26-28 Februari 2010.

Hall, R.E. 2005. Organizations: Structures, Processes andOutcomes. 9th Edition, New Jersey: Upper Saddle River.

Howard, P. 2003. Heritage: Management, Interpretation,Identity. London: Continuum.

Ibrahim Komoo. 2004. Geoheritage Conservation and ItsPotential for Geopark Development in Asia-Oceania.Dalam Warisan Geologi Malaysia (Geological Heritage of

Malaysia). Mohd Shafeea Leman & Ibrahim Komoo.(Pnyt.). 221-230. Bangi: LESTARI UKM.

. 2010. ‘Geopark sebagai PeragaPembangunan Lestari Wilayah.’ Kertas kerja yangdibentangkan di Simposium Kebangsaan Warisan danPemuliharaan, Anjuran Projek Arus Perdana “Geoparksebagai Peraga Pembangunan Lestari Wilayah,” KelompokWarisan dan Pemuliharaan, Nic Pembangunan LestariWilayah, 26-28 Februari 2010, Awana Porto Malai,Langkawi.

. 2010. Geopark Peraga PembangunanLestari Wilayah. AKADEMIKA Jld. 80: 7-16 (KeluaranKhas). Geopark Peraga Pembangunan Lestari Wilayah.

Institute of Governance. 1999. Governance in Transition: Issuesand Challenges for Canada. Plumpte, T. & Graham, J.

Jabatan Warisan Negara. 2008. http://www.warisan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=175&Itemid=166. (Dimuatturun pada 8 Oktober 2010.

Kemp, R. & Parto, S. 2005. Governance for SustainableDevelopment: Moving from Theory to Practice,”International Journal of Sustainable Development Jld 8,No. ½ (http://kemp.unu-merit.nl/pdf/IJSD%208(1)%2002%20Kemp%20et%20al.pdf (10 Oktober 2010).

Lembaga Pembangunan Langkawi. 2006. Laporan Tahunan2006. Langkawi: Lembaga Pembangunan Langkawi.

. 2007. Laporan Tahunan 2007. Langkawi:Lembaga Pembangunan Langkawi.

.2008. Laporan Tahunan 2008. Langkawi:Lembaga Pembangunan Langkawi.

. 2008. Laporan Tahunan 2008. Langkawi:Lembaga Pembangunan Langkawi.

McKeever, P.J. 2009. The UNESCO Global Network of NationalGeoparks: Geological Heritage and Sustainability.LESTARI Public Lecture No. 7. Bangi: LESTARI, UKM.

Mohd Shafeea Leman, Kamarulzaman Abdul Ghani, IbrahimKomoo & Norhayati Ahmad. (Pnyt.). 2007. LangkawiGeopark. Bangi: LESTARI, UKM & LADA.

Norzaini Azman, Sharina Abdul Halim, Ong Puay Liu, RuslinAmir & Ibrahim Komoo. 2010, ‘Pendidikan Awam untukMemperkukuhkan Komponen Pemuliharaan dalamPembangunan Langkawi Geopark’. Kertas kerja yangdibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Warisan danPemuliharaan, Anjuran Projek Arus Perdana “Geoparksebagai Peraga Pembangunan Lestari Wilayah,” KelompokWarisan dan Pemuliharaan, Nic Pembangunan LestariWilayah, 26-28 Februari 2010, Awana Porto Malai,Langkawi.

Ong Puay Liu et.al. 2010. ‘Langkawi Geopark and the Makingof ‘GeoParkians’ out of Langkawians: Experience fromWithin.’ Kertas kerja yang dibentangkan dalam SimposiumKebangsaan Warisan dan Pemuliharaan. Anjuran ProjekArus Perdana “Geopark sebagai Peraga PembangunanLestari Wilayah,” Kelompok Warisan dan Pemuliharaan,Nic Pembangunan Lestari Wilayah, 26-28 Februari 2010,Awana Porto Malai, Langkawi.

, Nur Hafizah Yusoff & Sharina AbdulHalim 2010. Menjejak Semangat ‘Kawi: Langkawi SebagaiGeopark. AKADEMIKA Jld. 80: 53-66 (Keluaran Khas).Geopark Peraga Pembangunan Lestari Wilayah.

& Sharina Abdul Halim. 2010a. ‘Trilogy inGeopark Governance: The Geo, the bio and theAnthropos’. Kertas kerja yang dibentangkan dalam

Page 16: Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai …journalarticle.ukm.my/578/1/1.pdf · Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan 41 pihak berkepentingan semakin meningkat

54 Akademika 80

Simposium Kebangsaan Warisan dan Pemuliharaan.Anjuran Projek Arus Perdana “Geopark sebagai PeragaPembangunan Lestari Wilayah,” Kelompok Warisan danPemuliharaan, Nic Pembangunan Lestari Wilayah, 26-28Februari 2010, Awana Porto Malai, Langkawi.

Rahimah Abdul Aziz, Halimaton Saadiah Hashim, Ong PuayLiu, Chan Kim Ling @ Geraldine, Sarah Aziz, SharinaAbdul Halim & Ibrahim Komoo. 2010. ‘Framing Researchfor Geopark Governance: Situational Analysis Approach.’Kertas kerja yang dibentangkan dalam SimposiumKebangsaan Warisan dan Pemuliharaan. Anjuran ProjekArus Perdana “Geopark sebagai Peraga PembangunanLestari Wilayah,” Kelompok Warisan dan Pemuliharaan,Nic Pembangunan Lestari Wilayah, 26-28 Februari 2010,Awana Porto Malai, Langkawi.

Ruslin Amir, Norzaini Azman, Sharina Abdul Halim, et. al. 2010.‘Pendidikan Awam Geopark Langkawi: Sekolah sebagaiAgen Perubahan’. Kertas kerja yang dibentangkan dalam‘Simposium Kebangsaan Warisan dan Pemuliharaan.’Anjuran Projek Arus Perdana “Geopark sebagai PeragaPembangunan Lestari Wilayah,” Kelompok Warisan danPemuliharaan, Nic Pembangunan Lestari Wilayah, 26-28Februari 2010, Awana Porto Malai, Langkawi..

Sarah Aziz, Chan Kim Ling @ Geraldine, Rahimah Abdul Aziz,Halimaton Saadiah Hashim, Ong Puay Liu & Sharina AbdulHalim 2010. ‘Langkawi Geopark Governance: ‘Law-yering’ Up For Conservation.’ Poster presented at the 4th

International Conference on Geoparks 2010, Langkawi,Malaysia.

Sarah Aziz. 2010. ‘Options for a Legislative Framework forLangkawi Geopark Governance.’ Kertas kerja yangdibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Warisan danPemuliharaan. Anjuran Projek Arus Perdana “Geoparksebagai Peraga Pembangunan Lestari Wilayah,” KelompokWarisan dan Pemuliharaan, Nic Pembangunan LestariWilayah, 26-28 Februari 2010, Awana Porto Malai,Langkawi.

Sharina Abdul Halim, Ong Puay Liu, Norzaini Azman, IbrahimKomoo, Rahimah Abdul Aziz, Sarah Aziz, Geraldine Chan,Halimaton Saadiah Hashim & Ruslin Amir. 2010.‘Understanding the Meaning of Geopark and HeritageConservation from Local Perspectives: Views from TwoFishing Villages in Langkawi, Kedah, Malaysia.’ Kertaskerja yang dibentangkan dalam Simposium KebangsaanWarisan dan Pemuliharaan. Anjuran Projek Arus Perdana“Geopark sebagai Peraga Pembangunan Lestari Wilayah,”Kelompok Warisan dan Pemuliharaan, Nic PembangunanLestari Wilayah, 26-28 Februari 2010, Awana Porto Malai,Langkawi.

The World Bank. 1991. Managing Development: TheGovernance Dimension, A Discussion Paper August 29,Washington, D.C: The World Bank. http://www-wds.worldbank.org/external/default/WDSContentServer/WDSP/IB/2006/03/07/000090341_20060307104630/Rendered/PDF/34899.pdf (10 Oktober 2010).

UNDP. 1997. Governance for Sustainable Human Development:A UNDP Policy Document. http://mirror.undp.org.magnet/policy (10 Oktober 2010).

UNESCO. 2010. Guidelines and Criteria for National Geoparksseeking UNESCO’s assistance to join Global GeoparksNetwork (GGN) (April 2010). http://www.unesco.org/science/earth/doc1geopark/2010guidelines.pdf.Dimuatturun pada 29 September 2010.

United Nations Economic and Social Council. 2006. Definitionsof basic concepts and terminologies in governance andpublic adminstration, Committee of Experts on PublicAdminstration, Fifth Session, New York, 27-31 March2006, Agenda item 5. http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/un/unpan022332.pdf (10 Oktober2010).

UNPA GLOSSARY.http://www.unpan.org/Directories/UNPublicAdministration

Glossary/tabid/928/language/en-US/Default.aspx (10Oktober 2010).

http://www.globaLangkawi Geoparkeopark.org/publish/portal1/tab59/ (13 Oktober 2009).

http://www.lada.gov.my/index.php?option=com_content&v i e w = a r t i c l e & i d = 4 4 : j o o m l a - s e c u r i t y - s t r i k e -team&catid=29:the-cms. (13 Oktober 2009).

http://langkawidiscovery.com/images/langkawi_map.jpg (13Oktober 2009).

http://www.mplbp.gov.my/web/guest/home (14 Oktober 2009).h t t p : / / w w w. k e d a h . g o v. m y / i n f o j a b a t a n / m a i n f i l e /

home5.asp?kodjab=133012&namajabatan=pdl&homepage=home5 (14 Oktober 2009).

http://kedforestry.cjb.net/ (29 Oktober 2009).http://kedah.gov.my/jkmnkedah/ (29 Oktober 2009).http:// www.ptgkedah.gov.my (29 Oktober 2009).http://www.jpbdkedah.gov.my/ (29 Oktober 2009).

Halimaton Saadiah Hashim, PhD.Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)Universiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM, BangiSelangor, Malaysia

Rahimah Abdul Aziz, PhD.Fakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM, BangiSelangor, Malaysia

Sarah Aziz Abdul Ghani AzizInstitut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)Universiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM, BangiSelangor, Malaysia

Chan Kim Ling @ Geraldine, PhD.Fakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniverisit Kebangsaan Malaysia43600UKM, BangiSelangor, Malaysia