gurkha

5
GURKHA SAYA akan setia pada parti, kata Tuan Gurkha. Dan tetap setia pada parti, berjuang habis-habisan kepada parti, kata Tuan Gurkha lagi. Oleh sebab itu, usah pertingkaikan kegurkhaan saya kembali kepada parti, tegas Tuan Gurkha bersungguh-sungguh, berusaha menyakinkan aku. Aku diam. Hati rasa was-was mendengarnya. Apa benar yang diucapkan itu daripada mulut Tuan Gurkha? Tidak. Mustahil. Aku toleh ke kiri aku toleh ke kanan, mencari seseorang yang mungkin datangnya suara itu. Tidak pula aku lihat sesiapa kerana memang tidak ada sesiapa. Hanya kami berdua saja: Pak Sarman dan Tuan Gurkha. Apakah itu kata-kata daripada hati Tuan Gurkha? aku menduga. Kata-kata apa? Setia dan kesetiaan. Perjuangan dan habis-habisan. Apa Pak Sarman tidak mendengar? Bukan tidak mendengar. Kerana mendengarlah saya bertanya. Tuan Gurkha menatap aku, merenung aku. Mungkin hatinya terguris. Mungkin juga dia marah, atau entahlah. Pokoknya, aku was-was mendengar kata-kata itu. Mungkin suara daripada malaikat atau iblis, desis mulutku sendirian. Pak Sarman kata saya iblis? Lho, tidak. Maksud saya kata-kata itu. Mungkin daripada malaikat atau daripada iblis.Bukankah saya di depan Pak Sarman? Sayalah yang mengucapkannya. Mengucapkan apa? Lho, belum faham rupanya orang tua ini. Maka kata-kata itu diucapkan Tuan Gurkha sekali lagi, persis sepertinya tanpa sedikit pun berkurang atau bertambah. Aku mengangguk-angguk tanda faham bahawa kata-kata itu memang benar daripada mulut Tuan Gurkha. Faham? Ya, faham. Nah, sekarang saya mahu bertanyakan Pak Sarman. Adakah Pak Sarman juga seperti saya? Tanya Gurkha. Tidak. Lho, kenapa? Tuan orang besar-besar. Saya orang kecil-kecil. Tuan kaya-raya. Saya miskin kedana.Maksud saya, setia dan kesetiaan kepada parti. Bagaimana? O ya, pasti. Saya sudah puluhan tahun dalam parti dan beginilah. Ya, itulah gurkha yang baik. Apa ada gurkha yang tidak baik?

Upload: priyamalarpalanisamy

Post on 14-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cerpen

TRANSCRIPT

Page 1: Gurkha

GURKHA

“SAYA akan setia pada parti,” kata Tuan Gurkha. “Dan tetap setia pada parti, berjuang

habis-habisan kepada parti,” kata Tuan Gurkha lagi. “Oleh sebab itu, usah pertingkaikan

kegurkhaan saya kembali kepada parti,” tegas Tuan Gurkha bersungguh-sungguh, berusaha

menyakinkan aku.

Aku diam. Hati rasa was-was mendengarnya. Apa benar yang diucapkan itu

daripada mulut Tuan Gurkha? Tidak. Mustahil. Aku toleh ke kiri aku toleh ke kanan, mencari

seseorang yang mungkin datangnya suara itu. Tidak pula aku lihat sesiapa kerana memang

tidak ada sesiapa. Hanya kami berdua saja: Pak Sarman dan Tuan Gurkha.

“Apakah itu kata-kata daripada hati Tuan Gurkha?” aku menduga.

“Kata-kata apa?”

“Setia dan kesetiaan. Perjuangan dan habis-habisan.”

“Apa Pak Sarman tidak mendengar?”

“Bukan tidak mendengar. Kerana mendengarlah saya bertanya.

Tuan Gurkha menatap aku, merenung aku. Mungkin hatinya terguris. Mungkin juga

dia marah, atau entahlah. Pokoknya, aku was-was mendengar kata-kata itu.

“Mungkin suara daripada malaikat atau iblis,” desis mulutku sendirian.

“Pak Sarman kata saya iblis?”

“Lho, tidak. Maksud saya kata-kata itu. Mungkin daripada malaikat atau daripada

iblis.”

“Bukankah saya di depan Pak Sarman? Sayalah yang mengucapkannya.”

“Mengucapkan apa?”

“Lho, belum faham rupanya orang tua ini.”

Maka kata-kata itu diucapkan Tuan Gurkha sekali lagi, persis sepertinya tanpa

sedikit pun berkurang atau bertambah. Aku mengangguk-angguk tanda faham bahawa kata-

kata itu memang benar daripada mulut Tuan Gurkha.

“Faham?”

“Ya, faham.”

“Nah, sekarang saya mahu bertanyakan Pak Sarman. Adakah Pak Sarman juga

seperti saya?” Tanya Gurkha.

“Tidak.”

“Lho, kenapa?”

“Tuan orang besar-besar. Saya orang kecil-kecil. Tuan kaya-raya. Saya miskin

kedana.”

“Maksud saya, setia dan kesetiaan kepada parti. Bagaimana?”

Page 2: Gurkha

“O … ya, pasti. Saya sudah puluhan tahun dalam parti dan beginilah.”

“Ya, itulah gurkha yang baik.”

“Apa ada gurkha yang tidak baik?”

Terkejut dengan pertanyaanku, maka dikatakan Tuan Gurkha bahawa memang ada

gurkha yang tidak baik. Kata Tuan Gurkha, kalau tidak, masakan British memilih orang untuk

jadi gurkha. Tidak dipilih orang Melayu jadi gurkha, kata Tuan Gurkha, kerana yang hendak

dijaga bijih dari tanah nenek-moyang mereka.

Tidak dipilih Orang Cina jadi gurkha kerana dicurigai sebab di Tanah Besar Cina

pada waktu itu sedang anti-British. Mungkin yang datang ke Tanah Melayu itu perisik-perisik

Cina yang sedang mencari sasaran dan merangka strategi menyerang British.

Dan jelas Tuan Gurkha lagi, orang India memang digazetkan untuk kerja ladang

getah dan buruh binaan kereta api.

“Tambah lagi, British juga menjajah India,” jelas Tuan Gurkha. “India tentu tidak

bersetuju dengan British yang mencuri kekayaannya. Maka, sudah tentu orang India tidak

sesuai untuk jadi gurkha.”

“Justeru, siapa?”

“Justeru, Nepal. Negara kecil miskin itu. British tidak jajah Nepal dan Nepal tidak

anti-British.

Maka Tuan Gurkha pun bercerita tentang Nepal dan kenepalannya. Katanya,

kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan menjadi sifat semulajadi kaum Nepal dan kerana sifat

azali inilah disukai Britih. Hidup mereka sangat miskin, susah dan kedana. Rakyatnya

berkais pagi-pagi dan petang-petang, namun jarang peroleh hasil lumayan. Mereka sering

kelaparan, tidak makan berhari-hari. Justeru, kata Tuan Gurkha, mereka tidak pernah

mendesis dibayar gaji kecil. Pada mereka, kata Tuan Gurkha, kerja dan hasil kerja amat

rahmat kerana memberi mereka makan dan makan itu perlu dijaga kerana ketidakpuasan

akan menggugatkan kerja dan hasil kerja dan seterusnya menggugatkan makan mereka.

“Justeru itulah mereka begitu taat,” kata Tuan Gurkha. “Sebagai balasan kesetiaan

British memberi kerja. Nepal diminta patuh kepada titah British dan sebarang protes dan

tindakan protes seperti menuntut gaji tinggi misalnya akan menerima balasan keras

daripada British.”

“Apa Tuan juga dari Nepal?”

“Oh, tidak!.”

“Keturunan Nepal?”

“Pun tidak.”

“Kenapa Tuan mahu jadi gurkha?”

Page 3: Gurkha

Wajahnya sekali lagi berubah. Mungkin dia tersinggung dengan pertanyaanku. Aku

sengaja bertanyakan begitu kerana aku tahu benar peranggai lelaki bernama Tuan Gurkha

ini.

Kalau kalian mahu tahu, ceritanya begini;

Sejak majlis bersama rakyat di Kampung Bahagia, Tuan Gurkha sering berkunjung

ke pejabat parti kami. Pada hal sebelumnya, Tuan Gurkha jarang berbuat demikian.

Malahan tidak pernah bertanya khabar akan kami. Jadual harian dan disiplin dirinya turut

berubah. Tiba-tiba saja dia melencong ke pejabat parti kami, sepulang sebagai Pengurus di

syarikatnya. Bersamanya dibawakan cerita dan idea yang enak-enak didengar. Idea bernas

untuk dilaksanakan. Dan, setiap kali berkunjung, Tuan Gurkha tidak lupa membelanja kami,

minum teh tarik di kedai mamak.

Setelah beberapa tahun Tuan Gurkha berkunjung ke pejabat parti kami, suatu

petang Tuan Presiden memanggil semua Jawatankuasa Parti ke biliknya.

“Ada agenda mahu dibincangkan segera,” kata Tuan Presiden.

Tuan Presiden memberitahu kami bahawa beliau mahu melantik Tuan Gurkha

sebagai Pengerusi Biro Kebajikan Parti. Kami, para Jawatankuasa Parti, mengiyakan saja

kerana menduga akan keberuntungannya. Tambahan lagi memang sesuai jawatan itu

dengan Tuan Gurkha kerana selama ini pun Tuan Gurkha mengambil-berat akan kebajikan

kami.

Kami senang sangat dengan berita itu. Beliau mudah mesra dan mesra dengan

sesiapa sahaja dalam parti. Kerja-kerjanya sangat berkesan sehingga tiada lagi desas-

desus para ahli akan ketidakpuasan hati terhadap Tuan Presiden dan Jawatankuasa Parti.

Beliau bukan sahaja pandai menjaga hubungan ahli parti dengan aktiviti-aktiviti

kemesraannya, malah setiap aktiviti dilibatkan masyarakat setempat. Maka banyaklah puji-

pujian diberikan orang ramai kepada parti, dan lebih-lebih lagi kepada Tuan Presiden dan

Tuan Gurkha. Setiap aktiviti dijalankan mendapat sambutan hangat. Ini disokong pula

dengan media, bertambah popular nama parti dan nama Tuan Presiden dan nama Tuan

Gurkha.

Baik Tuan Gurkha rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Tuan Gurkha bercita-cita

besar. Suatu hari dalam Pramesyuarat Agung Parti, Tuan Gurkha mengumumkan bahawa

dia ingin mencipta rekod. Dia mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden Parti yang

berpenggal-penggal lamanya tidak ditandingi lawan. Tersentak Tuan Presiden

mendengarnya. Mukanya pucat dan mulutnya terlopong. Saya yakin Tuan Presiden tidak

percaya dengan hasrat Tuan Gurkha itu. Lebih tidak percaya lagi Tuan Presiden, ramai Ahli

Jawatankuasa Bahagian Parti bersetuju. Rupa-rupanya Tuan Gurkha telah melobi secara

senyap-senyap akan hasratnya itu.

Page 4: Gurkha

Mahu tidak mahu terpaksalah diadakan pemilihan jawatan Presiden. Jawatankuasa

Pemilihan Parti memutuskan bahawa masa diberikan dua bulan untuk semua calon jawatan

Presiden dan jawatan-jawatan dalam Jawatankuasa Parti berkempen.

Sungguh sengit kempen dengan isu-isu mengguriskan hati.

Pada hari pemilihan, saat paling genting menunggu keputusan Jawatan Presiden.

Setelah lima kali mengira, maka Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti mengumumkan

bahawa jawatan Presiden masih dimenangi oleh Tuan Presiden. Tuan Gurkha dan gurkha-

gurkhanya rasa tidak puas hati lalu keluar parti. Mereka menubuhkan parti baru dan Tuan

Gurkha dilantik sebagai Presiden. Ramai ahli parti Tuan Presiden keluar menjadi ahli parti

Tuan Gurkha. Namun, jawatan Tuan Gurkha bertahan lima penggal saja. Masuk penggal

keenam, jawatan presiden dirampas oleh timbalannya, juga dalam Mesyuarat Agung Parti.

Tuan Gurkha dan gurkha-gurkhanya kecewa dan berkecil hati, lalu keluar daripada parti

berkenaan. Tuan Gurkha dan gurkha-gurkhanya memohon masuk parti Tuan Presiden

semula.

Mulianya Tuan Presiden, masih menerima Tuan Gurkha dan gurkha-gurkhanya

sebagai ahli parti. Dan, berita sirih pulang ke ganggang, gelar Tuan Gurkha, inilah yang

diberitakan kepada saya, sewaktu saya bertemu dengannya di Cofee House Jalan Ampang.

Apabila saya bertanyakan kepada Tuan Gurkha, “Apakah Tuan Presiden percaya

kepada Tuan Gurkha dan kemasukkan Tuan Gukha itu memberi keuntungan kepada parti?”

maka Tuan Gurkha menjawab persis demikian itulah.

“Saya akan setia pada parti dan akan tetap setia pada parti, berjuang habis-habisan

kepada parti. Oleh sebab itu, usah pertingkaikan kegurkhaan saya kembali kepada parti,”

tegas Tuan Gurkha bersungguh-sungguh, berusaha menyakinkan saya.

“Tapi, gurkha Tuan Gurkha pernah mati di sini!” kataku, setelah melihat wajahnya

kembali tenang.

“Kali ini tidak lagi. Aku bersungguh benar jadi gurkha,” tegasnya.

Aku terus diam tanpa mengomen. Sebagai seorang yang setia pada parti dan Tuan

Presiden, aku berserah. Tentunya Tuan Presiden lebih arif tentang semua itu.

Sehingga kini, 12 tahun berlalu. Janji Tuan Gurkha tidak pernah benar. Telah tiga

kali Tuan Gurkha bertanding rebut jawatan presiden. Dan khabarnya, Tuan Gurkha akan

terus bertanding dan bertanding sehingga berpresiden dirinya.

‘Barangkali itulah sebab British tidak lantik orang Melayu jadi gurkha,’ bisik hatiku.

‘kerana kegurkhaan mereka tidak pernah seperti Nepal.’

Bukit Mertajam

3 – 7 Oktober 2006

Page 5: Gurkha