guru perlu bersedia menjadi kreatif

4
Guru perlu bersedia menjadi kreatif, inovasi 19 May 2014, 10:40 AM | Berita Semasa Golongan guru harus melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan melakukan perubahan ke arah kreativiti dan inovasi bersesuaian dengan tema sambutan Hari Guru kali ke- 43 tahun ini iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, keperluan tersebut bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang memerlukan guru kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusny a melahirkan produk berkualiti. Menurutnya, guru mesti bersedia memainkan peranan penting dalam mengerakkan kreativiti dan inovasi dalam semua bidang di sekolah dan bijak menerapkan kedua-dua elemen tersebut melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.  ``Guru tidak boleh lagi mempraktikan pengajaran yang sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana pelajar pada hari ini semakin bijak seiring dan pengetahuan semakin mencab ar dan sebab itu, guru harus bersedia membuat perubahan ini. ``Salah satu perubahan ini adalah dengan cara mencabar keupayaan pelajar mereka ber fikir dengan menggunakan pelbagai teknik me ngajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid atau boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran,' katanya ketika menjadi panel Forum Pendidikan sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke- 43 di PWTC baru-baru ini.  Selain Noor Rezan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S.K. Devamany dan Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Jessica Ong Hai Liaw turut menjadi ahli panel pada forum itu yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, menurut Noor Rezan, sebagai guru, golongan berkenaan perlu memainkan peranan penting bagi menerapkan kedua-dua elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka sama ada dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah.  ``Guru mesti bertindak sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi kerana guru sebagai penyampai ilmu perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid ag ar menjadi lebih dinamik. ``Sesungguhny a murid yang kreatif dan inovatif aka n menjadi seorang y ang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita bes ar, berani dan y akin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganeg ara bagi menghadapi ca baran masa de pan terutama dalam memasuki era 2020,' katanya. Sementara itu, menurut Devamany, pelaksanaan aspek pedagogi yang

Upload: syirah-i-shy

Post on 12-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Guru perlu bersedia menjadi kreatif, inovasi19 May 2014, 10:40 AM |Berita Semasa

Golongan guru harus melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang danmelakukan perubahan ke arah kreativiti dan inovasi bersesuaian dengan tema sambutan Hari Gurukali ke-43 tahun ini iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, keperluantersebut bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang memerlukan guru kreatifdan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk berkualiti.Menurutnya, guru mesti bersedia memainkan peranan penting dalam mengerakkan kreativiti daninovasi dalam semua bidang di sekolah dan bijak menerapkan kedua-dua elemen tersebut melaluiaktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.``Guru tidak boleh lagi mempraktikan pengajaran yang sama seperti 10 atau 20 tahun dahulukerana pelajar pada hari ini semakin bijak seiring dan pengetahuan semakin mencabar dan sebabitu, guru harus bersedia membuat perubahan ini.``Salah satu perubahan ini adalah dengan cara mencabar keupayaan pelajar mereka berfikirdengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minatmurid atau boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran,' katanya ketika menjadi panel ForumPendidikan sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-43 di PWTC baru-baru ini.Selain Noor Rezan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S.K. Devamany danPensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Jessica Ong Hai Liaw turutmenjadi ahli panel pada forum itu yang dikendalikan Ketua Pegawai EksekutifPerbadanan Kota Buku, Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar.Mengulas lanjut mengenai perkara itu, menurut Noor Rezan, sebagai guru, golongan berkenaan perlumemainkan peranan penting bagi menerapkan kedua-dua elemen kreativiti dan inovasi dalampengajaran mereka sama ada dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah.``Guru mesti bertindak sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi kerana guru sebagaipenyampai ilmu perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam menjanaminda murid agar menjadi lebih dinamik.``Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa berfikir,ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-cirimurid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa depanterutama dalam memasuki era 2020,' katanya.Sementara itu, menurut Devamany, pelaksanaan aspek pedagogi yang kreatif dan inovatif amatpenting agar kurikulum yang digubal dapat diterjemahkan dengan cara menarik, berkesan danberkualiti.``Zaman sudah berubah dan kini guru-guru berada pada alaf ke-21 dan untuk itu, guru mesti bersedia menghadapi cabaran semasa dan mesti mengambil usaha menggerakkan peranan sebagai pencetuskreativiti dan penjana inovasi,' katanya.Namun, pada masa yang sama, katanya, Kementerian Pendidikan perlu memastikan sistem pendidikanyang disediakan telah sempurna dan sesuai mengikut keperluan warga pendidik seterusnya mampumembantu golongan itu mencapai matlamat pendidikan negara.

SK DEVAMANY (kanan) bersama bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (tengah) dan Pensyarah Kanan Jabatan Kenegaraan, Kemimpinan dan Ketamadunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Jessica Ong Hai Liaw sebagai panel forum pendidikan sempena Festival Hari Guru Kebangsaan 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.Dengan memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan.Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin negara pada masa akan datang.Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik dalam kehidupan.PENULISialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.