hadis sahih & hadis hasan -pengajian tafsir aq & as
TRANSCRIPT
PEMBAHAGIAN HADIS DARI SUDUT KUALITI PERAWI HADIS
HADIS SAHIH & PEMBENTANGANHADIS HASAN & PEMBAHGIAN
PENSYARAH : USTAZAH HAMIDAH BT HJ USMANDISEDIAKAN OLEH : FARRA SHAHIRRA BT ASEHRI
Ajjaj al-Khatib – Hadis yang
bersambung sanadnya melalui
periwayatan perawi tsiqah daripada perawilain yang tsiqah dari awal
hingga akhir.
Sihat atau tidak sakit
DEFINISIHADIS SAHIH
SANAD BERSAM
BUNG
PERAWI ADIL
PERAWI DHOBIT
TIDAK
SYAZ
TIADA
ILLAH
SYARAT HADIS SAHIH
PEMBAHAGIAN HADIS
SAHIH
SAHIH LI DZATIHI
SAHIH LI GHAIRIHI
SAHIH LI DZATIHI
Hadith yang memenuhi syarat-syarat hadis sahih seperti para perawi adil , para perawi
yang dobit dari segi tulisan atau
hafazan , tidak janggal dan tidak
illah .
CONTOH HADIS LI DZATIHI
SAHIH LI GHAIRIHIHadis yang mana sanadnya bersambung
dan perawinya adil serta dhobit , cuma sudut keadilan dan dhobitnya kurang sedikit Sahih Li Zatih.
Hadis ini berasal dari Hadis Hassan Li Zatih, namun ia dinaikkan kepada Sahih Li Ghairih ekoran terdapat dua syarat yang melayakkan naik taraf
Kerana ia telah diriwayatkan melalui perawi yang sudah terkenal dengan kebenaran dan baik , walaupun hanya sedikit kurang pemeliharaan.
Kerana ia telah diriwayatkan melalui jalan sanad yang sahih dan mempunyai kekuatan dan mempunyai kekuatan untuk menyokong hadis ini .
CONTOH HADIS SAHIH LI GHAIRIHI
Imam al Tarmizi meriwayatkan melalui jalan sanad Muhammad bin Amru
daripada Abu Salamah daripada Abu hurairah,
Rasullulah SAW bersabda, Sekiranya tidak kerana
bimbang menjadi bebanan terhadap umatku , nescaya aku akan memerintahkan
mereka agar bersugi setiap kali hendak menunaikan
solat
HADIS HASSANHadis yang bersambung
sanadnya, syarat hadis hasan adalah sama
dengan hadis sahih tetapi kurang dhobit.
PEMBAHAGIAN HADIS
HASAN
HASAN LI DZATIHI
HASAN LI GHAIRIHI
HASAN LI DZATIHI
BAHASA : Arab, al-Hasan adalah sifat
musyabbahat dari perkataan al-Husn
(sesuatu yang elok). Antonimnya ialah perkataan al-
Qubh (sesuatu yang buruk)
Al-Hasan juga membawa maksud al-Jamil
(sesuatu yang cantik)
ISTILAH : hadith yang bersambung sanadnya daripada awal sehingga akhir, dipindahkan oleh
perawi yang adil, dabit namun kurang sedikit dabitnya
berbanding perawi hadith sahih, tidak terdapat syaz,
dan tiada illat.
Hukum al-Hasan Lizatih
Dari sudut hukum, hadith-hadith yang martabatnya al-Hasan Lizatih adalah sama seperti hadith sahih dalam berhujah dari sudut aqidah, ibadah, muamalah, akhlak, adab, dan lainnya.
Martabat al-Hasan Lizatih
Kedudukan atau martabat al-Hasan Lizatih adalah terletak antara al-Sahih Lighayrihdan al-Hasan Lighayrih. Hadith yang martabatnya al-Sahih Lizatih dan al-Sahih Lighayrih adalah lebih diutamakan apabila berlaku pertentangan dengan al-Hasan Lizatih. Namun begitu, sekiranya berlaku pertentangan pula antara al-Hasan Lizatihdan al-Hasan Lighayrih, maka al-Hasan Lizatih akan diutamakan.
Contoh hadis hasan lidzatihi
“Diriwayatkan daripada Qutaybah bin Sa’id, daripada Ja’far bin Sulayman al-Quba’iy, daripada Abi ‘Imran al-Juni, daripada Abi Bakr bin Abi Musa, katanya: Aku mendengar al-‘Aduwwi berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
Terjemahan:“Sesungguhnya pintu-pintu syurga (terletak) dibawah bayangan pedang”.
يوف الس ظالل تحت الجنة أبواب إن
HASAN LI GHAIRIHI
Al-Hasan Lighayrihi menurut istilah ilmu hadith ialah hadith daif yang keadaan daifnya sedikit. Ia diangkat martabatnya
disebabkan bilangan jalur sanadnya yang banyak.
Dari takrif tersebut, al-Hasan Lighayrih pada asalnya adalah hadith daif. Ia diangkat martabatnya lantaran dua syarat berikut :
Keadaan daifnya adalah rendah. Daifnya hadith ini adalah disebabkan buruknya hafalan salah seorang perawinya, atau terputus (jalur) sanad, atau disebabkan perawinya tidak dikenali.
2 Hadith tersebut hendaklah telah diriwayatkan oleh jalan sanad yang lain sama ada setaraf atau lebih kuat daripadanya.
Martabat al-Hasan Lighayrih
Al-Hasan Lighayrih berada pada tahap terakhir atau paling rendah dari segi penerimaan sesebuah hadith. Oleh kerana itu, martabat-martabat yang sebelumnya adalah lebih didahulukan untuk diterima sekiranya berlaku sebarang pertembungan hadith.
Hukum al-Hasan Lighayrih
Dari segi hujah, kita dibolehkan untuk mengambilnya sebagai dalil dari aspek aqidah, hukum hakam, ibadat, muamalat, akhlaq, adab, dan lainnya.