hak asasi manusia dan kerelevan di · pdf filehak mengenai sivik dan politik seperti ......
TRANSCRIPT
Hak Asasi Manusia dan Kerelevanannya di Sekolah
Hak Asasi Manusia ialah
Keperluan asas untuk kesejahteraan seseorang
Wujud semenjak ciptaan manusia
Hak merupakan
Keperluan asas
Bukan
Kehendak
Manusia memerlukan udara, air yang bersih dan makanan yang berkhasiat
Oleh kerana itu, udara, air dan makanan adalah hak asasi manusia
Adakah Komputer Merupakan Hak atau Kehendak?
Adalah baik untuk memiliki komputer, tetapi ia bukanlah keperluan.
Jadi, memiliki komputer adalah kehendak, bukan keperluan asas manusia.
Adakah Pendidikan Merupakan Hak atau Kehendak?
Diperlukan untuk perkembangan seseorang.
Jadi, mendapatkan pendidikan adalah hak dan bukan kehendak.
Persepsi Hak Asasi Manusia sebagai Kehendak
Menyebabkan ramai orang, termasuk guru, pentadbir sekolah dan pegawai di Kementerian Pelajaran merasa tidak selesa dan bimbang apabila hak asasi manusia dibincangkan.
Hak Asasi Manusia ialah semua
Sejagat
Tidak tertakluk kepada:
bangsa
agama
jantian
kebolehan
taraf sosio-ekonomik
Hak Asasi Manusia adalah untuk semua:
Kanak-kanak
Orang tua
Orang kurang upaya
Ibu tunggal
Pekerja asing
Hak asasi manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori:
Hak sivik dan politik
Misalnya:
Kebebasan meluahkan
pendapat
Hak kepada nyawa
Keselamatan diri
Hak Asasi Manusia: kategori kedua
Hak ekonomi, sosial dan budaya
Misalnya:
Hak untuk bekerja;
Hak untuk rehat dan rekreasi;
Hak untuk mengamali kepercayaan agama.
Perisytiharan Keperluan sebagai Hak
Semenjak penciptaan, manusia mempunyai keperluan-keperluan tertentu.
Baru-baru ini, keperluan ini diisytiharkan sebagai hak asasi manusia.
Perisytiharan ini:
Diterima oleh Penghimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.
Dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat atau the Universal Declaration of Human Rights (UDHR)
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)
Terdiri daripada
Mukadimah yang mengiktirafkan keutuhan kemuliaan dan hak sama rata adalah untuk semua manusia.
30 perkara yang menyatakan hak dan kebebasan yang asas untuk semua.
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)
Perkara 3-21 berkaitan dengan hak mengenai sivik dan politik seperti
hak kepada nyawa
hak kepada perlindungan yang samarata
hak berkeluarga
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)
Perkara 23-27 berkaitan dengan hak mengenai ekonomi, sosial dan budaya seperti
hak untuk bekerja,
hak terhadap pendidikan
hak mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan.
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)
Bukan perjanjian or triti
Satu set prinsip tentang hak asasi manusia
Piawai antarabangsa
Semua instrumen tentang hak asasi manusia berdasarkan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Instrumen Hak Asasi Manusia: Contoh-contoh
International Covenant on Civil and Political Rights diterima pada 1966.
International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights yang diterima pada 1966.
Instrumen Hak Asasi Manusia: Contoh-contoh
International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of Their Families
International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination
Instrumen Hak Asasi Manusia: Contoh-contoh
Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW)
Convention on the Rights of the Child (CRC)
Kedua-dua konvensi ini telah ditandatangani oleh Malaysia.
Hak Warganegara
Hak dijaminkan dalam Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan
Misalnya:
Kesaksamaan di bawah undang-undang
Tiada diskriminasi berdasarkan jantina, kaum dan agama
Untuk menjamin dan melindungi hak-hak orang di
Malaysia
Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dengan Akta Parlimen
Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 Akta 597
Dikenali sebagai SUHAKAM.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Untuk memastikan rakyat tidak dinafikan hak asasi manusia.
SUHAKAM dikehendaki menjalankan 4 fungsi yang disebutkan dalam Akta 597
Fungsi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
1. Untuk memupuk kesedaran tentang hak asasi manusia melalui pendidikan dan aktiviti-aktiviti yang lain.
2. Untuk menasihati kerajaan tentang undang-undang yang melanggar hak asasi manusia.
Fungsi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
3. Untuk mengesyorkan kepada
kerajaan triti dan surat cara antarabangsa.
4. Untuk menyiasat aduan yang berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.
Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Diwartakan pada 9.9.99
9 September diisytiharkan sebagai Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September, 2001.
Konvensyen MengenaiHak Kanak-kanak
Bertujuan untuk melindungi kesejahteraan kanak-kanak
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC)
Diterima oleh Perhimpunan
Agung Bangsa-Bangsa Bersatu
pada 20 November, 1989
Berkuat kuasa pada 2 September,
1990
Malaysia menjadi ahli pada 17
Februari, 1995
Prinsip-prinsip Umum
Tiada diskriminasi
Kewajipan untuk mengambil kira kepentingan kanak-kanak
Menghormati pendapat kanak-kanak
Hak untuk nyawa, perlindungan dan perkembangan
Hak Kanak-kanak
Hak kanak-kanak dalam konvensyen boleh dibahagikan kepada 4 kategori:
Kehidupan ) sebagai objek utk
Perlindungan ) perlindungan &
Perkembangan) bantuan
Penyertaan: kanak-kanak adalah aktif
Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-kanak (CRC)
CRC terdiri daripada mukadimah dan 54 perkara.
Dibahagikan kepada 3 bahagian:
Bah. 1 (Perkara 1-41): hak kanak-kanak
Bah. 2 (Per 42-45): pelaksanaan
Bah. 3 (Per 46-54): fasal
CRCMengandungi:
Hak-hak kanak-kanak dan juga
Langkah-langkah mengenai pelaksanaan seperti kewajipan kerajaan untuk memastikan
pelaksanaan hak-hak terdapat dalam CRC.
kanak-kanak dan orang dewasa di dalam negara tahu hak-hak dalam CRC
Pelaksanaan CRC
Guru dan pegawai Kementerian Pelajaran, sebagai agen atau wakil kerajaan, perlu memastikan hak kanak-kanak tidak dinafikan.
Hak-hak Kanak-kanak Yang Spesifik dan Kerelevanannya di Sekolah
Perkara 1:Seseorang yang berumur di bawah 18 tahun kecuali di bawah undang-undang yang spesifik.
Perkara 28 Hak terhadap Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama wajib dan percuma
Kerelevanan Artikel 28 kepada guru
Semua kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan.
Adalah wajib untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun untuk mendapat pendidikan.
Ini termasuk kanak-kanak kurang upaya, miskin dan kanak-kanak Orang Asal.
Kerelevanan Artikel 28 kepada guru
Jika guru memaska murid yang tidak mampu membayar yuran sekolah hingga dia takut ke sekolah.
Adakah guru mencabuli hak murid ini?
Perkara 29 Matlamat Pendidikan
Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi paling tinggi
Apakah Kerelevanan Artikel 29?
Adakah guru mencabuli hak kanak-kanak jika memfokus terhadap mendapat keputusan peperiksaan yang baik sahaja?
Article 23 Kanak-kanak kurang upayaSeseorang kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak kepada penjagaan, pendidikan dan latihan khas untuk membantunya menikmati kehidupan yang sepenuhnya.
Apakah Kerelevanan Artikel 23?
Sesiapapun tidak boleh menafikan hak kanak-kanak kurang upaya untuk mendapat pendidikan, hak bergerak dan menjalani kehidupan bermaruah.
Sekolah harus menerima kanak-kanak kurang upaya tanpa mengambil kira jenis ketidakupayaan.
Apakah Kerelevanan Artikel 23?
Aishah mempunyai masalah
pendengaran dan tidak faham apa
yang diajar oleh guru.
Guru tidak mempedulikan Aishah.
Adakah guru memcabuli hak Aishah yang seorang kurang upaya?
Artikel 12: Pendapat kanak-kanakKanak-kanak mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dengan bebas dan pendapat itu hendaklah diambilkira dalam perkara-perkara atau prosedur berkaitan dengan mereka.
Kerelevanan Artikel 12
Ibubapa, sekolah dan masyarakat harus menghormati hak kanak-kanak untuk menyuarakan pendapat dan idea.
Artikel 13: Kebebasan bersuaraKanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya, menerima maklumat, meluahkan idea atau maklumat, tanpa mengira sempadan.
Apakah Kerelevanan Artikel 13?
Kanak-kanak bukan sahaja mempunyai hak untuk menyatakan pendapat malah hak untuk mendapat maklumat
Belajar secara menghafal menafikan hak kanak-kanak untuk mengakses dan mendapat maklumat.
Adakah mengajar kanak-kanak untuk mengakses dan mendapat maklumat adalah tugas guru di sekolah?
Tanggungjawab murid
Tetapi kanak-kanak perlu menghormati hak atau reputasi orang lain.
Tidak menjejaskan keselamatan, ketenteraman awam, kesihatan mental atau kemoralan.
Artikel 17:Akses kepada maklumat yang sew