hak orang melayu

43
Pendahuluan . Kedudukan istimewa orang Melayu adalah unsur tradisi yang keempat. Perkara 153 memberi tanggungjawab yang berat kepada Yang Dipertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra dari Sabah dan Sarawak. Dalam perjanjian itu antara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan British, peruntukan untuk mengutamakan penduduk berbangsa Melayu 1 tidak diperlukan, kerana Negara ini merupakan sebuah negara Melayu dan tiada sesiapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan kedudukan orang Melayu. Akan tetapi akibat beberapa perjanjian dengan kerajaan British iaitu raja-raja Melayu dikehendaki menurut nasihat British dalam semua hal ehwal kecuali adat istimewa dan agama Islam, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sedikit demi sedikit terhakis. Apakah kedudukan istimewa orang melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan?, Di bawah Perkara 153 Yang di Pertuan Agong dikehendaki , dalam batas-batas perlembagaan dan undang- undang Persekutuan , melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera negeri Sabah Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam , dalam pemberian biasiswa , dan bantuan atau kemudaha pendidikan yang lain dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan dan perdagangan . 1 Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagaskar. 1

Upload: ayuapiz

Post on 24-May-2015

55.172 views

Category:

Technology


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: HAK ORANG MELAYU

Pendahuluan .

Kedudukan istimewa orang Melayu adalah unsur tradisi yang keempat.

Perkara 153 memberi tanggungjawab yang berat kepada Yang Dipertuan Agong

untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra dari Sabah

dan Sarawak. Dalam perjanjian itu antara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan

British, peruntukan untuk mengutamakan penduduk berbangsa Melayu1 tidak

diperlukan, kerana Negara ini merupakan sebuah negara Melayu dan tiada

sesiapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan kedudukan orang Melayu.

Akan tetapi akibat beberapa perjanjian dengan kerajaan British iaitu raja-raja

Melayu dikehendaki menurut nasihat British dalam semua hal ehwal kecuali adat

istimewa dan agama Islam, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sedikit

demi sedikit terhakis.

Apakah kedudukan istimewa orang melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan?,

Di bawah Perkara 153 Yang di Pertuan Agong dikehendaki , dalam batas-batas

perlembagaan dan undang-undang Persekutuan , melaksanakan dasar

melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera negeri Sabah

Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dalam

perkhidmatan awam , dalam pemberian biasiswa , dan bantuan atau kemudaha

pendidikan yang lain dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan

dan perdagangan .

Kedudukan istimewa orang melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara

89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada

undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang melayu

daripada diselenggarakan oleh orang bukan melayu .

Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak , bahawa ia di seimbangkan

dengan kepentingan sah kaum lain , yang secara amnya termasuklah hak

mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewaganegaraan

dalam perlembagaan , hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-

1 Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagaskar.

1

Page 2: HAK ORANG MELAYU

masing , hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang palin penting , hak

untuk mendapat layanan yang sama rata .

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang

di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal

Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel

mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-

kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan

awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai

sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan

legal bagi ketuanan Melayu , kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah

penduduk asal Malaysia.

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan

Malaysia.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan

istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan

Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada

peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong

hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-

undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi

kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri

Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan

anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran

yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam

2

Page 3: HAK ORANG MELAYU

perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada

biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang

seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh

Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh

undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau

perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara

ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2),

perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah

dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa,

danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain,

memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada

mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-

mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi

pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau

kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah

mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang

persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh

melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang

olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan

pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau

lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan,

maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-

undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am

kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-

3

Page 4: HAK ORANG MELAYU

undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang

dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit

atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri

Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-

Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan

sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan

atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau

lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau

dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan

mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian

apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak

seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya

dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-

mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi

mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu

boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit

atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri

Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi

maksud memastikan perizaban itu—

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak,

keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang

itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau

(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen

mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen

kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika

pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-

4

Page 5: HAK ORANG MELAYU

undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa

keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik

bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan

hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau

(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan

pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian

permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa

pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide

sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa

untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-

mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen

sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang

itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan

atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan

biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-

mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan

selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya,

bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab

bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon

bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang

layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan

Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu

kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran

daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana

antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh

Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu

dengan sewajarnya.

5

Page 6: HAK ORANG MELAYU

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk

menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban

bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan

Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri

Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya

dalam Perkara 161A.

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang

bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan

artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai

hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan

menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia

dipertahankan.

Hak-hak istimewa orang Melayu

Sebelum mengulas lebih lanjut haruslah ditafsirkan dahulu apa itu orang

Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan2. Perkara 160 mendefinisikan

orang Melayu sebagai “seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap

bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir sebelum Hari

Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu bapanya lahir di

Persekutuan atau di Singapura pada Hari Merdeka itu, ia adalah berdomisilkan di

Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang

tersebut.

Pembukaan lombong-lombong bijih dan ladang getah serta dasar pintu

terbuka imigresen pada awal abad ini menyebabkan orang-orang Melayu

2 Perkara 3, 32, 38, 152 dan 153.

6

Page 7: HAK ORANG MELAYU

terdampar di kampung-kampung mereka. Dari segi ekonomi dan pendidikan

mereka tidak dapat bersaing dengan kaum pendatang yang masuk ke Negara ini

untuk bekerja dilombong dan ladang getah. Setiap orang di Tanah Melayu

mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang

berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di

Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan

baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah

Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri

Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Apakah kedudukan istimewa orang Melayu yang dilindungi dalam

Perlembagaan? Di bawah Perkara 1533 Yang di-Pertuan Agomg dikehendaki

dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang Persekutuan,

melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan

Bumiputra Sabah dan Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi

jawatan dan perkhidmatan awam, dalam pemberian biasiswa dan bantuan atau

kemudahan pendidikan yang lain dan permit serta lesen perniagaan dan

perdagangan.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong4, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu

tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan

dipertahankan sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli.

Tetapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan

Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada

Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu megikut syarat yang

ditetapkan.

3 Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.4 YDPA mempunyai bertanggungjawab khas untuk memelihara hak istimewa orang Melayu mengikut dan berdasarkan Perkara 153.

7

Page 8: HAK ORANG MELAYU

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu

Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu seperti tanah untuk

Orang Melayu iaitu hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran

oleh Kerajaan Negeri kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia

Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu

dengan syarat. Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi

orang ramai (bangsa lain) yang serupa, luas tanah untuk orang ramai tidak boleh

melebih luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil

untuk tujuan orang bukan Melayu. Keduanya jawatan-jawatan kanan dalam

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang

tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Ketiganya peruntukan

biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut

Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. Dilihat juga dari segi bantuan

ekonomi yang perlu mengikut peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang

Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi

membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan

Agong. Yang di-Pertuan Agong hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri

dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa

orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak

istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada

hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hak Tanah

8

Page 9: HAK ORANG MELAYU

Mengenai peruntukan ini yang merupakan kedudukan istimewa orang Melayu

yang diperuntukkan dalam Perkara 89 yang berkaitan tanah rezab orang Melayu

menurut fasal (1),

Jika mana-mana tanah disesuatu Negeri yang menjadi rezab Melayu sebelum

sahaja Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh

terus-menerus menjadi tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu

sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan

suatu Enakmen.

Menurut fasal (2) yang menyatakan, Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang

pada masa itu bukan tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang yang

ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam boleh diishtiharkan sebagai

tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu.

Mengikut peruntukan pada Perkara 90 (berhubung dengan tanah rizab Melayu)

yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kkepada undang-

undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu diselenggarakan

oleh orang bukan Melayu. Walau bagaimanapun, adalah dikesalkan bahawa

meskipun undang-undang sedemikian rupa, pada amalannya banyak tanah rizab

ini telah dipindah milik kepada orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan

orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan

Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f), juga dianggap

sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

Apabila melihat kepada sejarah, MCA dibentuk dan berperanan semenjak zaman

penjajahan British di mana MCA berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi

menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-

kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi

bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di

Malaysia. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar -bandar di Malaysia

9

Page 10: HAK ORANG MELAYU

adalah kaum Cina . Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila pelancong

melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai

'Chinatown'.

Penduduk Cina banyak bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia,

terutama sekali di kawasan-kawasan bandar. Mereka sedang menikmati

pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan kerana kerajaan

tak dapat tidak terpaksa juga membangunkan kawasan bandar seperti Kuala

Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Bandar

utama menunjukkan mereka 'anti establishment' iaitu tidak pernah mengundi

kerajaan kecuali setelah persempadanan semula bandar-bandar tertentu.

Jawatan Dalam Kerajaan

Sentimen politik masyarakat Cina di Malaysia lebih mengutamakan faktor

ekonomi dan keselesaan menjalankan aktiviti perniagaan dan mencari rezeki

kekayaan di mana juga di Malaysia. Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat

masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat

Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman

tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak

pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui

proses politik.

Peruntukan Biasiswa

10

Page 11: HAK ORANG MELAYU

Untuk mengelakkan orang Melayu tertinggal dalam bidang ekonomi, pembelaan

terhadap pendidikan orang Melayu adalah penting bagi mendapat pembelaan

terhadap hak dalam pendidikan orang Melayu. Kemudahan khas perlu diadakan

kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam

bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Peruntukan yang

termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan

keatas YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum

Bumiputra di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perbezaan kepada

mereka. Antara peruntukan utama untuk orang Melayu adalah kemasukan anak-

anak orang Melayu ke universiti dan mendapat biasiswa.

Bantuan Ekonomi

Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan

penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan

kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki

sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu

(kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya

dipegang oleh orang-orang asing.

Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut

kerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa, jawatan dalam

perkhidmatan awam dan sebagainya bagi memperbaiki kedudukan ekonomi

orang-orang Melayu

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah5 Inggeris telah mengeruhkan perpaduan

masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk kepada pekerjaan dan

sistem pelajaran yang berbeza. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya

5 Dasar “divide and rule”.

11

Page 12: HAK ORANG MELAYU

menetap di kawasan luar bandar ataupun kampung dan bekerja sebagai nelayan

dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan

serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India

kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh.

Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan prasangka antara satu

sama lain yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan

pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan

sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB)6. Tujuan rancangan ini

diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan

penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di

Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.

RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai

tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang

Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini,

sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13

Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan

dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam

ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap

penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan

manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak

negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bahawa

bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan

pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar

6 Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

12

Page 13: HAK ORANG MELAYU

bandar. Manakala orang Cina pula telah menguasai bidang perniagaan dan

bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan

menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang

Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di

bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka

bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan.

Satu bahagian yang penting daripada objektif dasar ekonomi7 ini ialah

menggalakkan orang Melayu dan rakyat pribumi yang lain mengambil bahagian

dalam sektor ekonomi moden sama ada dengan melibatkan diri secara langsung

dalam kegiatan seumpama itu atau dengan memiliki saham dalam syarikat-

syarikat. Pendekatan asas dasar itu ialah melalui rancangan-rancangan ekonomi

bagi membentuk perpaduan nasional.

Hak-hak Bangsa Melayu adalah hak peribumi.

Orang Melayu tidak harus malu dan berasa rendah diri serta jauh sekali bersikap apologis untuk menuntut sesuatu yang memang hak kita. Jangan pula kita mudah terima bulat-bulat pembohongan Dr Kua Kia Soong dalam buku "May 13" yang ingin membangkitkan suatu revolusi untuk menafikan hak dan kekuatan

sejarah orang Melayu. Pada 13 Mei 2007 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor sebuah buku bertajuk May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 (13 Mei: Dokumen Terbuka mengenai Rusuhan 1969) tulisan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soongs, dilancarkan. Buku itu menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi kaum di negara ini, sebaliknya Dr Kuamengemukakan tesis baru: ‘Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak cuba untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama rusuhan.’

Dalam kajian Dr Mansor bersama rakan-rakannya ekoran konflik di antara kaum Melayu dan India di Kampung Medan pada 7 Mac 2001, Dr Mansor tidak menafikan punca asas ialah salah faham dan salah tafsiran mengenai satu kemalangan di Kampung Medan dan kemudiannya ketegangan akibat kes

7 RRJP (RM)/ DPN, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Sains dan Teknologi.

13

Page 14: HAK ORANG MELAYU

kenduri. Bagaimanapun, penelitian mendalam mendapati kes Kampung Medan berpunca daripada masyarakat India dan Melayu dihimpit kemiskinan, walaupun dikelilingi lautan kemajuan. Ini kerana, katanya, orang yang miskin, menganggur dan terpinggir memiliki ‘disposition towards conflics and violence’(keinginan semula jadi terhadap konflik dan keganasan).

KONTRAK SOSIAL SEBAGAI PEMANGKIN PERPADUAN   MASYARAKAT

hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah

dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku

sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua

kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh

perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat

dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan

urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan

mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan

mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.

Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu

berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman

damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di

negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan

masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah

ditetapkan. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad

Badawi semasa menyampaikan ucaptama bertajuk `Cabaran Masyarakat

Berbilang Agama, Bangsa dan Budaya‘ pada Sidang Kemuncak Media Asia

2004. Beliau berkata bahawa:

“Setiap masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama perlu

diikat dengan satu kontrak sosial yang menyediakan rangka untuk

perhubungan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan persetujuan

14

Page 15: HAK ORANG MELAYU

bersama. Ia mengurangkan salah faham dan konflik kepentingan serta

membolehkan setiap orang menumpukan kepada usaha meningkatkan

hidup mereka dalam suasana aman dan harmoni”

Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau

sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum

bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang

terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana

mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang

penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.

Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak

dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan

persekutuan.

Ketuanan Melayu

Menurut Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Hishammuddin Tun Hussein mengayun-ayunkan keris untuk mempertahankan Ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara

15

Page 16: HAK ORANG MELAYU

153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan pengesahan yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar

16

Page 17: HAK ORANG MELAYU

oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap ‘menyerang’ bagi memastikan hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan.

”Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma mempertahankan diri tetapi tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan sentuh hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.

”Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi ungkapan orang Inggeris kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang paling baik, jadi kita kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan diri,” katanya ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir pula, orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah.

Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosial kontrak, orang Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang telah dinikmati oleh kaum lain di negara ini.

”Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosial beri keistimewaan tetapi kita tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak sosial, kita bagi banyak.

”Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta kerakyatan kepada orang bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan Tun Tan Siew Sin.

”Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak ambil balik hak yang diberikan kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menyatakan, selepas pilihan raya umum lalu, banyak pihak menyatakan mereka menolak perkauman tetapi mereka secara terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu mendapat begitu banyak hak di negara ini.

17

Page 18: HAK ORANG MELAYU

”Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan tanda dan mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza dengan orang Cina dan India,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyamakan kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu.

”Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada kita, sedangkan beliau tidak boleh disamakan dengan kita.

”Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit tetapi hakikatnya dia menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah oleh Anglo-Saxon. Dia cukup dengan identiti Amerika,” katanya.

Sementara itu, Tun Dr. Mahathir mengingatkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mungkin menghadapi risiko tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya gejala politik wang dalam parti itu gagal dibersihkan.

Beliau menegaskan, jika sebelum ini rakyat beralih kepada parti pembangkang disebabkan pemimpin tertentu dalam kerajaan, mereka tidak mustahil akan menolak seluruh calon BN yang didapati memenangi pemilihan parti dengan cara rasuah.

Sehubungan itu, kata beliau, adalah tidak berguna sekiranya para pemimpin UMNO berebut-rebut untuk memenangi pemilihan parti pada Mac depan termasuk melalui cara rasuah tetapi parti kecundang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

”Jadi penolakan terhadap UMNO bukan suatu yang mustahil, kemungkinan besar kerana rakyat sekarang pandang jijik kepada UMNO.

”Kalau dulu UMNO didokong oleh rakyat, mereka bersedia memberikan sokongan kepada UMNO dan BN tetapi hari ini pandangan rakyat sudah berbeza, sekarang saya fikir rakyat sudah benci dengan semua pemimpin kerana mereka terlibat rasuah.

”Rakyat pandang UMNO yang meletakkan calon-calon yang menang dalam pemilihan parti merupakan calon yang rasuah, adakah parti akan mendapat undi?,” katanya pada program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

18

Page 19: HAK ORANG MELAYU

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga membidas pandangan segelintir pihak yang menyatakan orang luar daripada UMNO tidak wajar mencampuri dan mengambil perhatian tentang apa yang berlaku dalam parti tersebut.

Ini kerana katanya, selama ini UMNO dan BN berjaya memenangi semua pilihan raya umum lalu bukan sekadar dengan sokongan ahli-ahli parti sebaliknya atas dokongan rakyat yang menyokong dasar serta perjuangan parti tersebut.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir berkata, pemimpin yang mengamalkan politik wang perlu disingkirkan daripada menduduki jawatan-jawatan penting parti bagi mengelakkan pandangan buruk rakyat yang berada di luar parti.

”Sudah tentu tidak semua pengundi gila tetapi ada yang masih waras, mereka akan tolak calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan inilah nasib yang sedang menunggu untuk mereka yang keluarkan wang yang banyak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berpandangan, pelan peralihan kuasa yang ditetapkan oleh UMNO tidak akan memberikan kesan sekiranya ia hanya membabitkan pertukaran pemimpin secara fizikal.

Sebaliknya, jelas beliau, peralihan kuasa itu mesti melibatkan pertukaran dasar-dasar yang sebelum ini didapati menjadi punca kebencian rakyat dan kerugian kepada negara serta menyebabkan UMNO menjadi lemah.

”Untuk bersihkan UMNO kita perlu kepada pemimpin yang berani dan bukan lebih mirip kepada hendak menjaga air muka orang lain.

”Oleh itu peralihan kuasa tidak hanya dalam bentuk tubuh badan sahaja tetapi mesti melibatkan segala dasar yang dibenci oleh rakyat, jika tidak peralihan itu akan menjadi sia-sia sahaja, kalau teruskan rakyat akan tolak kepimpinan UMNO,” tegasnya.

Sementara itu pada sesi soal jawab, Dr. Mahathir menegaskan beliau akan cuba membantu ahli-ahli UMNO memerangi rasuah politik dalam parti termasuk menghubungi Lembaga Disiplin parti dan menghantar laporan mengenai gejala itu kepada badan tersebut.

”Saya juga boleh masukkan nama-nama mereka yang dilaporkan terlibat dengan politik wang dalam laman blog saya,” katanya.

19

Page 20: HAK ORANG MELAYU

FAKTOR-FAKTOR MELAYU DITELAN ZAMAN

Tiada apa yang menghairankan daripada hasil kajian Jabatan Perangkaan

Malaysia yang mendedahkan bahawa sebanyak 301,000 isi rumah orang Melayu

memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. Pendedahan berdasarkan

Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) itu hanyalah penegasan berulang

bahawa orang Melayu yang merupakan kaum majoriti di negara ini

sememangnya jauh ketinggalan daripada sudut ekonomi dengan kaum minoriti

lain. Hakikatnya orang Melayu terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar

bandar serta segelintir mereka yang menetap di bandar besar, masih ramai

tergolong dalam kumpulan di bawah paras kemiskinan. Malah, bukanlah sesuatu

yang janggal juga jika dikatakan terdapat orang Melayu yang tidak mempunyai

pendapatan tetap, serta hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan

petang. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, kemampuan untuk

menyediakan sebuah kehidupan yang berkualiti kepada seluruh isi keluarga juga

pastinya sangat terhad.

Dalam serba kekurangan, ia memberikan lebih cabaran terutamanya bagi

keluarga besar, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar serta kawasan-kawasan

pinggiran bandar. Daripada soal makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan,

pendidikan dan pelbagai keperluan asas lain, semuanya terpaksa ditempuh

seadanya. Paling menyedihkan apabila masa depan pendidikan anak-anak juga

terpaksa diperjudikan, sementelah ketika ini terdapat pula syarat untuk ibu bapa

mencarum bagi pendidikan anak-anak mereka sebelum boleh diberikan

pinjaman pendidikan pada masa depan.

Dalam keadaan sudah terbeban untuk meneruskan kehidupan seharian,

bagaimana pula untuk ibu bapa ini mencarum bagi masa depan pendidikan anak

mereka? Tanpa pendidikan sempurna, maka jalur kemiskinan itu akan beterusan

dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

20

Page 21: HAK ORANG MELAYU

Di sebalik kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti yang berlaku ketika

ini, keadaan sosioekonomi yang lemah tidak boleh mengelak daripada dikaitkan

dengan pelbagai isu sosial di kalangan orang Melayu. Amalan rasuah, merempit

di kalangan anak muda, bekerja di lorong-lorong gelap dan pusat hiburan

misalnya, adalah senario kehidupan yang boleh dikaitkan dengan desakan

kehidupan yang dihimpit oleh kemiskinan. Tanpa pembangunan ekonomi yang

mampan, kelibat orang Melayu di sebalik rencam masalah sosial itu tidak

mungkin dapat dihapuskan. Hakikat ini juga meletakkan agenda pembangunan

ekonomi Melayu di tempat paling teratas di kalangan pemimpin-pemimpin

Melayu. Kita pastinya berterima kasih daripada apa yang telah diberikan oleh

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam kedudukan ekonomi orang Melayu ketika ini.

Namun sesuatu yang pasti, masih terlalu banyak yang perlu digerakkan dan

diperluaskan oleh dasar seperti ini dalam memastikan kuasa ekonomi orang

Melayu berada pada kedudukan yang sama pentingnya dengan kuasa politik

yang kita miliki ketika ini. Ironinya, perbincangan mengenai kemelut orang

Melayu bukanlah perkara baru, sebaliknya kekayaan kaum bumiputera dengan

kaum-kaum lain ini sudah dibuat perbandingan sejak lama dahulu.

Antara hakikat yang perlu diakui meskipun agak pahit untuk ditelan ialah orang

Melayu tidak berada dalam kelas ekonomi yang penting menyebabkan agak

sukar untuk mereka menentukan perjalanan ekonomi yang lebih besar.

Mengambil contoh dalam piramid jawatan di sesebuah syarikat misalnya,

meskipun kuota 30 peratus8 yang diperuntukkan kepada bumiputera dipenuhi,

namun kedudukan orang Melayu itu perlu diteliti. Hakikatnya, dalam senarai

jawatan pengurusan tertinggi sesebuah syarikat korporat, kehadiran orang

Melayu sangat kecil. Sebaliknya, orang Melayu lebih banyak berada pada

kedudukan jawatan yang lebih rendah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh

modal insan orang Melayu sendiri yang tidak cukup kuat untuk bersaing dengan

kaum lain. Tambahan pula untuk melangkah jauh dalam sektor korporat, orang

8 P.Persekutuan, Perkara 153.

21

Page 22: HAK ORANG MELAYU

Melayu perlu menepati kriteria yang sangat tinggi, termasuk latar belakang

pendidikan yang cemerlang serta menguasai bahasa Inggeris.

Barangkali disinilah kelemahan kebanyakan tenaga pekerja Melayu, yang

meskipun merupakan golongan terpelajar dan lepasan pengajian tinggi, namun

tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik sehingga menyempitkan peluang

pekerjaan dalam sektor berkenaan. Kenyataan itu sebenarnya hanyalah

sebahagian daripada dilema penguasaan ekonomi orang Melayu, kerana

hakikatnya, masih banyak isu yang membelenggu keadaan itu. Antaranya

peluang-peluang pekerjaan yang lebih didominasi oleh pekerja asing di sebalik

tingginya kadar pengangguran dikalangan orang Melayu. Begitu juga dengan

sikap segelintir industri yang meletakkan kriteria tertentu yang tidak

memungkinkan orang Melayu untuk bekerja, selain diskriminasi gaji yang

menolak kepada keinginan orang Melayu untuk menceburinya.

Dalam membincangkan tentang agenda pembangunan ekonomi Melayu juga,

pelbagai saranan diajukan supaya kek ekonomi negara dapat terbahagi secara

sama rata dan tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu semata-mata.

Antaranya ialah dengan menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam

bidang perniagaan. Tidak dinafikan, cabang perniagaan mampu menjana

pendapatan yang lumayan. Malah, ia juga digalakkan dalam Islam yang

meletakkannya sebagai sembilan daripada sepuluh pintu rezeki. Bagaimanapun,

dunia perniagaan bukanlah sektor yang boleh diceburi oleh semua orang,

sementelah senario ketika ini sangat jelas memperlihatkan dominasi atau

monopoli kumpulan tertentu sehingga sukar untuk orang Melayu bersaing.

Melainkan perniagaan makanan seperti membuka restoran, gerai-gerai kecil atau

warung, sukar untuk melihat kelibat orang Melayu sebagai tauke atau bos dalam

cabang perniagaan lain. Sama ada pasar raya, kedai runcit, bengkel kereta,

kedai elektrik, kedai perabot dan sektor perniagaan berpotensi lainnya,

semuanya dikuasai oleh kaum selain Melayu.

22

Page 23: HAK ORANG MELAYU

Tanpa ada rangkaian dan jalinan perniagaan yang kukuh, orang Melayu yang

cuba merebut peluang perniagaan ini ibarat sengaja mencari musibah, dan tidak

mustahil akan gulung tikar dengan cepat. Barangkali di sinilah pentingnya

peranan pertubuhan dan badan ekonomi Melayu dalam memastikan

kelangsungan usahawan Melayu dalam cabang perniagaan. Antara yang perlu

diberi penekanan ialah mengenalpasti cabang ekonomi yang mampu dikuasai

oleh orang Melayu dan memperluaskannya supaya mampu melahirkan lebih

ramai usahawan berjaya. Badan ekonomi Melayu juga perlu menjadi tunjang

kekuatan kepada usahawan Melayu sama ada dari segi modal, program

menambah nilai keusahawan atau sokongan logistik lainnya.

HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU : HILANG DI TELAN

ZAMAN?

Persoalan Hak Keistimewaan.

Hapuskan DEB, hapuskan ekuiti 30 peratus, hapuskan kuota, guna meritokrasi, tender terbuka dan bermacam-macam-macam lagi yang dimahukan konon-kononnya atas dasar kesamarataan. Dari persoalan asal usul orang Melayu sehinggalah kepada kontrak sosial – tidak habis-habis isu Hak Keistimewaan Orang Melayu dipersoalkan. Banyak telah dikorbankan namun kegagalan DEB dijadikan sandaran supaya hak keistimewaan dihapuskan atas alasan keadilan, atas alasan demokrasi dan atas alasan perlu persaingan yang kompetitif. Namun apa juga alasan, sebenarnya ini adalah perjuangan segelintir kepimpinan kaum Cina khususnya dan bangsa lain amnya untuk melunaskan agenda mereka.

Mereka mahu hak keistimewaan orang Melayu di hapuskan. Apakah tidak kedengaran dari mereka bahawa mereka juga perlu ada hak yang sama kerana mereka juga memperjuangkan kemerdekaan. Ada pula yang menyebut bahawa hak keistimewaan tidak perlu ada kerana Melayu juga pendatang. Belum lagi persoalan kontrak sosial sebagai satu mitos untuk mendiskriminasikan bangsa lain.  Apa sebenar yang dimahukan oleh mereka? Tepuk dada tanya selera dan adakah ini akan dilunaskan oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur?

Berapa kali kita membincangkan isu ini – namun sehingga hari ini seolah-olah

23

Page 24: HAK ORANG MELAYU

sikap toleransi kita semakin di cabar. Baru-baru ini Naib Presiden MCA menuntut 30 peratus ekuiti perlu dihapuskan untuk kemajuan ekonomi negara ini? Kenapa persoalkan 30 peratus? Adakah tuntutan memansuhkan ekuiti 30 peratus menunjukkan kaum lain tidak mahu berkongsi ekonomi dengan orang Melayu. Apa hal pula dalam isu kongsi kuasa? Ini diperlukan dan kita perlu memberi kedudukan sewajarnya untuk mereka. Adakah dengan kedudukan pekerja yang ada di Malaysia – yang mana jumlah Melayu adalah paling ramai sesuai di terajui oleh Menteri berbangsa lain selain dari Melayu?

Benar, jangan main isu rasis – isu perkauman dan isu yang sebenarnya mampu meniup api perkauman namun bila desakan dibuat atas hak yang sepatutnya dihormati oleh kaum lain adakah itu tidak salah. Adakah itu tidak mencabar orang Melayu. Noktah!

Sebenarnya apabila kita menceritakan mengenai ekuiti 30 peratus, adakah desakan penghapusan ini menunjukkan sikap toleransi kaum lain terhadap Melayu. Adakah desakan itu menunjukkan sikap tidak mahu kongsi mereka? Adakah sikap tidak mahu kongsi itu menunjukkan betapa kompromi hanya perlu ada di satu pihak sahaja?

Kita fikirkan bersama, kerana – mempersoalkan hak yang ada pada Melayu adalah tindakan yang menunjukkan sikap perkauman yang menebal dan satu pelanggaran ketetapan Raja Melayu. Apa pun persoalan utama – siapa yang dahulu membuka ruangan dan gelanggang untuk perkara ini di bahas semula. Adakah seperti yang pernah kita kata – kita di tolak dan kita beransur sedangkan kita belum lagi mempersoalkan apa yang sepatutnya diserahkan oleh bangsa lain kepada kita sebagai membayar ruangan dan pengorbanan tanah air yang di buat oleh Melayu.

Mana dia Melayu khususnya Pemuda UMNO dalam isu ini. – Jual sahaja Melayu untuk undi yang merugikan juga Melayu. Nilailah, rasakan bersama dan turunlah dalam usaha mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan DEB sehingga kegagalannya menimbulkan desakan dari kaum lain untuk dihapuskan bukan sahaja DEB itu sendiri malah roh dan semangat DEB yang apda asasnya mahu menyempurnakan orang Melayu agar setinggi dan serendah bila duduk dan bila berdiri.     

CommentsAdd New Search

24

Page 25: HAK ORANG MELAYU

PERMINTAAN ATAU PENGHINAAN ? .

1. Tindakan empat peguam termasuk seorang peguam Melayu yang ingin

mengkaji semula kontrak sosial itu boleh dianggap satu penghinaan

terhadap orang Melayu dan orang Islam.

 

Peguam Melayu ini boleh dianggap sebagai petualang kepada bangsanya

sendiri dan ia semata-mata sebagai kuda tunggangan kepada pihak lain.

 

Perkara ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia jelas termaktub

dalam perlembagaan Negara.

 

Selepas mencapai kemerdekaan, semua rakyat Negara ini faham hak masing-

masing dan perkara ini tidak perlu dibangkitkan oleh mana-mana pihak lagi.

 

Jika mereka ingin mengkaji semula hak keistimewaan orang melayu, tidak

mustahil kita juga boleh mengkaji hak keistimewaan kaum lain seperti Hak

Kerakyatan. Sebagai parti orang Melayu, UMNO akan terus mempertahankan

hak keistimewaan orang Melayu dan orang lain tidak perlu mempertikaikan

kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama selepas kemerdekaan. Jika tidak

negera ini akan jadi neraka.

 

Jika orang Cina boleh berbangga dengan negara China, orang India berbangga

dengan negara India, orang Melayu hanya boleh berbangga dengan Malaysia

sebagai negaranya yang turut dikongsi bersama kaum-kaum lain.

 

Umno berjuang untuk menjaga kepentingan orang melayu dan kita tidak pernah

meminggirkan mana-mana kaum di Negara ini. Inilah prinsip kita dan kita akan

tetap mempertahankannya sampai bila-bila.

25

Page 26: HAK ORANG MELAYU

2. November 2000, kita dikejutkan sekali lagi dengan isu hak keistimewaan

dan ketuanan Melayu oleh  Timbalan Pengerusi Perundingan Ekonomi

Negara (MAPEN 11) Dato David Chua yang meminta Hak keistimewaan

orang Melayu dihapuskan dibawah dasar penyusunan semula 

masyarakat telah mencetuskan kontoversi dan polimek mengenai suatu

perkara yang dianggap amat sensitif didalam  negara ini. Para pemimpin

UMNO telah meluahkan rasa  tidak senang mereka terhadap kenyataan

David yang dianggap akan  menggugat  kedudukan orang Melayu dan

akan  mencetuskan perbalahan kaum.

Dato seri Dr Mahathir Mohamad ( Gelaran dimasa itu, kini Tun] didalam satu

kenyataan menyatakan bahawa  kerajaan tidak akan berundur walaupun satu

langkah dalam mempertahankan hak hak  keistimewaan orang-orang Melayu di

negara ini. Hak keistimewaan tersebut termasuk  bantuan bantuan, subsidi dan

sistem koata yang diperuntukkan kepada orang Melayu.

Hak keistimewaan ini merupakan intipati kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) walaupun DEB telah tamat pada tahun 1996 tetapi hak keistimewaan

oarang Melayu dipertahankan  sebagai intiti utama pembangunan negara dan

didalam usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang perbezaan diantara

bumiputera dan bukan bumiputera.

Bagaimana pun  pengekalan Hak Keistimewaan orang Melayu ini tidak

bermakna  rakyat bukan Melayu perlu dilayan seperti warganegara  kelas kedua

dengan menafikan hak hak yang dijamin didalam Perlembagaan Persekutuan.

Golongan bukan bumiputera juga diberikan peluang yang sama rata  keran tidak

semua diantara mereka hidup didalam keadaan mewah. Masih ramai lagi yang

hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak kurang juga yang berada

dibawah garis kemiskinan.

Permintaan dan tuntutan  supaya hak  keistimewaan orang Melayu dihapuskan

mungkin disebabkan wujudnya anggapan  di kalangan masyarakat bukan

26

Page 27: HAK ORANG MELAYU

Melayu bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan melakukan diskriminasi terhadap

golongan yang bukan bumiputera. Mereka tidak mempersoalkan bantuan yang

dihulurkan oleh kerajaan kepada oarang Melayu. Yang mereka mahu ialah

bantuan yang dihulurkan  dibuat secara menyeluruh merangkumi golongan

bukan Melayu yang hidup didalam serba kekurangan. Sebagai rakyat negara ini

golongan bukan bumiputera menuntut diberikan layanan  yang membolehkan

mereka  memberikan sumbangan kearah pembanguan  serta memakmurkan

ekonomi negara.

Salah satu tuntutan 17 perkara  yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan

Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu)  yang mahukan

perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera di hapuskan dalam

segala bidang  samada ekonomi ataupun pendidikan sebenarnya hanya

mengulangi tuntutan yang pernah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Cina

pada pertengan tahun 1980an.

3. Hapuskan DEB, hapuskan ekuiti 30 peratus, hapuskan kuota, guna

meritokrasi, tender terbuka dan bermacam-macam-macam lagi yang

dimahukan konon-kononnya atas dasar kesamarataan. Dari persoalan

asal usul orang Melayu sehinggalah kepada kontrak sosial – tidak habis-

habis isu Hak Keistimewaan Orang Melayu dipersoalkan. Banyak telah

dikorbankan namun kegagalan DEB dijadikan sandaran supaya hak

keistimewaan dihapuskan atas alasan keadilan, atas alasan demokrasi

dan atas alasan perlu persaingan yang kompetitif. Namun apa juga

alasan, sebenarnya ini adalah perjuangan segelintir kepimpinan kaum

Cina khususnya dan bangsa lain amnya untuk melunaskan agenda

mereka.

Mereka mahu hak keistimewaan orang Melayu di hapuskan. Apakah tidak

27

Page 28: HAK ORANG MELAYU

kedengaran dari mereka bahawa mereka juga perlu ada hak yang sama kerana

mereka juga memperjuangkan kemerdekaan. Ada pula yang menyebut bahawa

hak keistimewaan tidak perlu ada kerana Melayu juga pendatang. Belum lagi

persoalan kontrak sosial sebagai satu mitos untuk mendiskriminasikan bangsa

lain.  Apa sebenar yang dimahukan oleh mereka? Tepuk dada tanya selera dan

adakah ini akan dilunaskan oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur?

Berapa kali kita membincangkan isu ini – namun sehingga hari ini seolah-olah

sikap toleransi kita semakin di cabar. Baru-baru ini Naib Presiden MCA

menuntut 30 peratus ekuiti perlu dihapuskan untuk kemajuan ekonomi negara

ini? Kenapa persoalkan 30 peratus? Adakah tuntutan memansuhkan ekuiti 30

peratus menunjukkan kaum lain tidak mahu berkongsi ekonomi dengan orang

Melayu. Apa hal pula dalam isu kongsi kuasa? Ini diperlukan dan kita perlu

memberi kedudukan sewajarnya untuk mereka. Adakah dengan kedudukan

pekerja yang ada di Malaysia – yang mana jumlah Melayu adalah paling ramai

sesuai di terajui oleh Menteri berbangsa lain selain dari Melayu?

Benar, jangan main isu rasis – isu perkauman dan isu yang sebenarnya mampu

meniup api perkauman namun bila desakan dibuat atas hak yang sepatutnya

dihormati oleh kaum lain adakah itu tidak salah. Adakah itu tidak mencabar

orang Melayu.

Sebenarnya apabila kita menceritakan mengenai ekuiti 30 peratus, adakah

desakan penghapusan ini menunjukkan sikap toleransi kaum lain terhadap

Melayu. Adakah desakan itu menunjukkan sikap tidak mahu kongsi mereka?

Adakah sikap tidak mahu kongsi itu menunjukkan betapa kompromi hanya perlu

ada di satu pihak sahaja?

Kita fikirkan bersama, kerana – mempersoalkan hak yang ada pada Melayu

adalah tindakan yang menunjukkan sikap perkauman yang menebal dan satu

pelanggaran ketetapan Raja Melayu. Apa pun persoalan utama – siapa yang

dahulu membuka ruangan dan gelanggang untuk perkara ini di bahas semula.

28

Page 29: HAK ORANG MELAYU

Adakah seperti yang pernah kita kata – kita di tolak dan kita beransur

sedangkan kita belum lagi mempersoalkan apa yang sepatutnya diserahkan

oleh bangsa lain kepada kita sebagai membayar ruangan dan pengorbanan

tanah air yang di buat oleh Melayu.

Mana dia Melayu khususnya Pemuda UMNO dalam isu ini. – Jual sahaja

Melayu untuk undi yang merugikan juga Melayu. Nilailah, rasakan bersama dan

turunlah dalam usaha mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan DEB

sehingga kegagalannya menimbulkan desakan dari kaum lain untuk dihapuskan

bukan sahaja DEB itu sendiri malah roh dan semangat DEB yang apda asasnya

mahu menyempurnakan orang Melayu agar setinggi dan serendah bila duduk

dan bila berdiri.     

CommentsAdd New Search

KESIMPULAN

MENGAPA kaum bukan Melayu tidak henti-henti membangkitkan isu ketuanan

Melayu9 dan apa sahaja perkara berkaitan Melayu? Seolah-olah Melayu kini

menjadi musuh bukan Melayu, lantaran apa sahaja yang menjadi milik Melayu

termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan sentiasa dipersoalkan.

Apa dosa orang Melayu terhadap bukan Melayu? Apa kurangnya orang bukan

Melayu jika dibandingkan dengan kedudukan orang Melayu yang merempat di

tanah air sendiri. Apa tuntutan bukan Melayu yang gagal dipenuhi kerajaan sejak

negara mencapai kemerdekaan? Miskin benarkah keadaan orang bukan Melayu

di Malaysia sehingga tanpa henti mereka mempertikaikan hak orang Melayu.

Apa sebenarnya maksud tersirat di sebalik tersuratnya tuntutan demi tuntutan

9 Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia .

29

Page 30: HAK ORANG MELAYU

agar hak orang Melayu dihapuskan dan tuduhan bahawa ketuanan Melayu tidak

lagi relevan?

Tentunya, orang bukan Melayu mahu orang Melayu bersaing dengan mereka

tanpa sebarang keistimewaan kerana mereka tahu Melayu tidak akan mampu

berbuat demikian. Dalam keadaan dilimpahi pelbagai keistimewaan seperti yang

didakwa oleh bukan Melayu, orang Melayu masih menguasai tangga teratas

golongan paling miskin dengan tahap pendapatan di bawah RM1,000. Malah

pencapaian ekonomi orang Melayu pun masih lemah dan tidak dapat

menandingi kekayaan orang bukan Melayu di negara ini. Begitu juga dengan

kekuatan politik bangsa Melayu yang hakikatnya tidak sekuat mana

menyebabkan ia menjadi mangsa ugutan serta hentaman oleh bukan Melayu.

Kelemahan Melayu yang amat ketara itulah hakikatnya yang mendorong bukan

Melayu tidak henti-henti 'menyalak' dan menuntut supaya hak Melayu

dihapuskan. Jelaslah matlamat mereka hanya satu iaitu ingin melihat Melayu

tersungkur di bumi sendiri sehingga akhirnya kuasa ekonomi menentukan masa

depan politik. Masalahnya orang Melayu hanya gemar bercakap, berhujah dan

beretorik setiap kali bersuara untuk mempertahankan hak bangsa sendiri. Hanya

laungan kata-kata berkumandang di sana sini namun tiada tindakan bersepadu

dilaksanakan untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang kuat dan hebat.

Segala keistimewaan yang termaktub di sisi Perlembagaan hanya dinikmati oleh

segelintir Melayu yang 'bertuah' manakala Melayu serpihan terus dianaktirikan

dan merempat di bumi sendiri. Lebih menyedihkan ada kalangan Melayu yang

turut menolak ketuanan Melayu dan tidak percaya kepada hak keistimewaan

Melayu sedangkan manusia-manusia itulah yang mengaut keuntungan daripada

dasar tersebut.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia

untuk orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan

dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew dan

30

Page 31: HAK ORANG MELAYU

akhirnya menyemarakkan lagi perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-

kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13

Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda. Ini

menyebabkan hubungan antara kaum-kaum di Tanah Melayu terjejas dan

semakin renggang. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan

pilihan raya umum 1969 diketahui.

Kacau-bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah

memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. Pengisytiharan ini

telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan

Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato

Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis

Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa

pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang

di-Pertuan Agong.

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan

MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk

membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan

menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu

masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk

di Malaysia. Adalah didapati bahawa masyarakat Malaysia masih terbahagi atas

dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan

sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah penyatuan ekonomi dan

sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu, Majlis Perundingan Negara

telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali

sebagai Rukun Negara10.

10 Mengandungi lima Perkara: (1) Kepercayaan Kepada Tuhan. (2) Kesetian Kepada Raja Dan Negara. (3) Keluhuran Perlembagaan. (4) Kedaulatan Undan-Undang. (5) Kesopanan Dan Kesusilaan.

31

Page 32: HAK ORANG MELAYU

Hakikatnya, ini bukan masa untuk beretorik atau mempertahankan Melayu

sekadar menggunakan 'air liur'. Ketuanan Melayu mesti dihidupkan semula untuk

menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati dan disegani sehingga tiada

kaum berani memperlekehkan Melayu jauh sekali mempersoalkan hak Melayu

untuk terus menerajui tampuk pemerintahan negara.

Kesemuanya itu hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak bersatu dan

bersungguh-sungguh menjayakan agenda membangunkan Melayu.

32