halangan komunikasi 3
TRANSCRIPT
HALANGAN KOMUNIKASI
Pensyarah: Dr Azhar Bin Mohd AliAhli Kumpulan 3
Roland KulaHanis Syazni Bt. HasniNur Izzati Bt. Mat Razi
Shahirah Izzati Bt. Shaik Osman
Maksud Komunikasi
Komunikasi adalah proses dimana manusia menghantar dan menerima mesej, proses dimana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan,proses interaksi antara manusia , dimana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukarmaklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.
Maksud Komunikasi Berkesan
Satu proses penyampaian maklumat dari penyampai kepada penerima yang akan menghasilkan maklumbalas seperti yang diharapkan.
Satu proses yang akan dapat mengubah cara seseorang untuk berfikir serta mengubah kelakuan seseorang.
Maksud Halangan• Pemesongan
Bahasa yang tidak jelas maksudnya yang digunakan semasa berkomunikasi antara satu sama lain.
Menggunakan perkataan-perkataan yang susah difahami dan jargon
HALANGAN KOMUNIKASIDikelaskan kepada lima kategoriHalangan fizikalHalangan bahasaHalangan sikap penghantarHalangan sikap penerimaHalangan alam sekitar
HALANGAN FIZIKAL halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihakKeadaan fizikal yang membezakan penyampai dan
penerima dari sudut pendidikan, latarbelakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya
Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut
Menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi
HALANGAN BAHASAPerbezaan asal usul dan keturunanPenggunaan dialek yang kurang jelas, laras
bahasa yang berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan dan nada suara
Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang berbeza antara individu
HALANGAN SIKAP PENGANTARSikap penghantar yang sering memerintah,
mengarah, mengancam, memberi amaran danmenghakimi akan memberikan kesan kepada penerima
Penerima akan menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan terkongkong
Penampilan penyampai sangat penting dalam memberi keyakinan kepada penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan
Sikap penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan membuatkan penerima merasa tidak selesa
HALANGAN SIKAP PENERIMAAda penerima yang telah mengetahui maklumat
yang ingin disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan dan mulamemberi perhatian terhadap perkara lain
Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu
Seandainya kenyataan atau maklumat yang diterima bercanggah dengan apa yang disangka akan menghalang penerima untuk terus mendengar dan menerima mesej
HALANGAN ALAM SEKITARKeadaan persekitaran yang tidak selesa, bising,
jarak jauh, gelap atau kotor turut mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi
Individu akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan
Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petir dan banjir
Punca Halangan Komunikasi :
1. Salah faham interpretasi bahasa badan dalam persekitaran silang budaya.
- Bahasa badan atau isyarat anggota badan merupakan bahasa yang tidak mengeluarkan bunyi.
- Contoh : sentuhan, memek muka.
2. Semantik
• Perkataan mempunyai makna yang berbeza terhadap sesuatu perkara.
• Maksudnya positif pada setengah budaya namun pada masa yang sama negatif kepada pengamal budaya yang lain.
• Cth : Bahasa melayu “Lawa” : cantik - Bahasa Sarawak “Lawa” : sombong
3. Perbezaan nada suara.
• Bagi sesetengah budaya nada bertukar mengikut situasi.
• Cth : Status yang merujuk kepada tahap seseorang dalam organisasi.
4. Emosi dan sikap
• Merupakan tindak balas yang berasaskan perasaan yang mempengaruhi tindakan individu.
• Cth : Orang yang marah, pendiam tetapi menyimpan kemarahannya,
SECARA LISANMENGGUNAKAN SUARA YANG
DIFAHAMI OLEH PENYAMPAI DAN PENERIMA
BUKAN LISANMENGGUNAKAN MEMEK MUKAGERAK BADANBAHASA ISYARATPERGERAKAN MATA
LANGKAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI
• Wujudkan suasana yang mesra.• Kawal perilaku, kesopanan dan kehalusan budi
pekerti.• Gunakan perkataan tepat , ringkas dan tekanan
suara yang lembut dan jelas .• Mengawal mimik muka / ekspresi wajah dan
pergerakan diri.• Bersedia untuk berkhidmat dan beri kerjasama. • Cuba fahami masalah orang lain.
LANGKAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI
• Jadi pendengar yang baik• Teliti maklumat• Galakkan orang lain memberi pendapat• Hargai pendapat dan maklumat orang lain• Bersemuka• Beri maklumbalas• Elak perkataan yang boleh menyinggung
perasaan orang.• Sentiasa insaf dan berfikiran terbuka.
LANGKAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI
• KEMAHIRAN MENDENGAR • Berhenti bercakap semasa penyampai
maklumat sedang bercakap • Beri tumpuan kepada penyampai• Tunjukkan anda minat mendengar • Bersabar• Kawal perasaan• Bertanya dengan jelas dan tepat
LANGKAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI
o Permudahkan bahasa yang digunakan.o Dengar dengan aktif.o Kurangkan gangguan bunyi. o Jangan mengkritik.o Bersedia Bertanggungjawab.o Jangan Membuat Serangan Peribadi. -Mengumpat seseorang dibelakangnya
Kesimpulan Proses komunikasi merupakan satu proses
pertukaran maklumat antara dua atau lebih manusia.Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya penyampai dan penerima maklumat memahami peranan masing-masing dalam mendapatkan proses komunikasi yang efektif.Justeru itu,untuk mencapai komunikasi efektif segala kelemahan dan halangan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa bagi meningkatkan peranan komunikasi dalam kehidupan seharian.
Ayam Hutan, Ayam Selasih
Sekian Terima Kasih